Program Isra' Mikraj Kolej Ungku Omar

Published by: Syed Mohd Idham Alhabsyee on 20th Aug 2010 | View all blogs by Syed Mohd Idham Alhabsyee
Salam Tanggal 22 Julai 2010, Sekretariat Kerohanian Kolej Ungku Omar(KUO) dengan kerjasama Kelab Iqra' telah menjayakan program tahunan kolej iaitu Program Isra' dan Mikraj bertempat di Foyer KUO. Jemputan pada kali ini ialah Ustaz Zikmal Foad, pensyarah dari Jabatan Da'wah dan kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM. Untuk rekod, Ustaz Zikmal pernah memberi ceramah di KUO pada tahun lepas untuk program yang sama. Secara tidak langsung, segala urusan dengan beliau berjalan dengan jayanya dan perjalanan program lancar. Program bermula pada jam 8.15 malam selepas selesainya Solat magrib bersama - sama pengetua KUO iaitu Prof. Madya Mejar Dr. Samsul Adabi bin Mamat yang juga antara jemputan kehormat ke majlis dan program pertama di KUO ini. Tajuk ceramah pada kali ini Isra' Mikraj 1001 Hikmah dikupas secara baik sekali oleh Ustaz Zikmal dan mengaitkan bersama isu - isu semasa kini. Antara objektif utama program ini dilaksanakan ialah melahirkan ummah yang kreatif dan dinamis dengan mengambil iktibar peristiwa yang di alami oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, seperti ;melalui peringkat - peringkat langit dan bertemu pelbagai jenis golongan ( syurga dan neraka ) yang tidak akan tercapai oleh logik akal manusia biasa. Ceramah berlangsung selama hampir 1 jam di selang selikan dengan jenaka berilmiah dan penuh pengajaran,serta penghuni kolej seramai lebih daripada 150 orang terhibur dengan ceramah yang disampai oleh Ustaz Zikmal.Ceramah Isra' Mikraj 1001 Hikmah berakhir pada jam 9.30 malam, dan para jemputan dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan . Diharapkan dengan pengisian kerohanian tersebut mahasiswa terutamanya mendapat manfaat dan pengajaran berguna dari ceramah yang telah disampaikan. Program - program bercorak kerohanian diharapkan akan mendapat tempat di hati penghuni Muslim KUO secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara penghuni, JAKSA , Felo dan pentadbiran Kolej.InsyaALLAH, program sebegini sememangnya diteruskan tahun demi tahun. Salam,

Comments

1 Comment

  • ma chen
    by ma chen 4 months ago
    Aimersoft M4V converter kasalukuyan ay ang pinakamahusay na M4V converterM4V sa MP4 Converterconverter M4V na maaaring convert Quicktime M4V na pelikula sa AVI, MPEG, MP4, MPG, WMV, ASF at Vob.M4V sa MPEG Converter M4V sa AVI Converter Tulad ng alam namin Quicktime pelikula ay karaniwang may mga format ng video ng M4V, M4V sa WMV Converter MOV, Qt, MP4, at M4V, Sa ito Converter M4V , maaari mong huwag mag-atubiling convert sa kanila lahat sa mabilis na bilis at mataas na kalidad ng output.
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.
Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links