Kamaruzaman Mahmood

Kamaruzaman Mahmood

46 years old
Male
Address
Taman Semenyih Indah
43500
Semenyih, Selangor
Malaysia
Current Status
Share something with NEWPACES
Information
  • University/Education
    The National University of Malaysia

Location

Groups

1 Groups...

Events

0 Events...

Music

Videos

No videos yet...

Latest Activity

  • ×
    chenhaiyang chenhaiyang
    chenhaiyang chenhaiyang commented on Kamaruzaman Mahmood's wall:
    Your blog page is of terrific high quality. Head my aksing whther I can get some ads from you? For those who agree, make sure you get hold of me by way of e mail and tel me the advert type. Herve Leger Dress,Herve Leger Wholesale,Herve Leger ...
    7 days ago

About

KAMARUZAMAN BIN MAHMOOD (G75772)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Perubahan pemikiran dan budaya masyarakat mengikut Cynthia Enloe

1. Pendahuluan

2. Biodata Cynthia Enloe

3. Tulisan-tulisan dan kajian-kajian penting Cynthia Enloe:

4. Buku-Buku Penting tulisan Cynthia Enloe mengenai Perubahan
pemikiran dan budaya masyarakat

5. Cynthia Enloe dan kajian mengenai masyarakat

6. 'Perubahan pemikiran mengikut Cynthia Enloe

7. 'Perubahan masyarakat dalam pemikiran Cynthia Enloe

8. Kesimpulan


1.0 PENDAHULUAN
Cynthia Enloe dilahirkan di New York City dalam tahun 1938 dan dalam tahun 1960 beliau mendapat pendidikan di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan di Connecticut College dan seterusnya pada tahun 1963 beliau mendapat Sarjana dan empat tahun kemudian dalam tahun 1967, beliau menyambung pengajian di University of California di Berkeley, dan mendapat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik.

Beliau dilantik menjadi Profesor di Department of Government di Clark University di Worcester, Massachusetts sejak tahun 1972. Sekarang beliau bertugas sebagai Profesor di Jabatan Pembangunan International, Komuniti dan Persekitaran di Universiti Clark di Worcester, Massachusetts. Beliau juga merupakan Pengarah Universiti Clark dalam Program Pengajian Wanita.

Kerjaya beliau termasuklah Fulbrights di Malaysia dan Guyana. Beliau juga bertugas sebagai Profesor Jemputan di Jepun, Britain dan Canada dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Sweden, Norway, Germany, Korea, Turki dan juga di beberapa buah universiti di serata Amerika Syarikat.

Di Clark beliau terpilih sebagai ‘Outstanding Teacher’ atau ‘Guru Cemerlang’ atau ‘Guru Menyerlah’ sebanyak tiga kali berturut-turut. Dalam tahun 2009 beliau dianugerahkan Kedoktoran Kehormat oleh University of London’s School of Oriental and Asian Studies.

2.0 TULISAN-TULISAN DAN KAJIAN-KAJIAN PENTING CYNTHIA ENLOE
Buku-buku dan artikel-artikel Enloe telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di seluruh dunia termasuklah ke dalam bahasa Sepanyol, Turki, Jepun, Korea, Sweden dan Jerman. Beliau pernah menulis untuk Massachusettes Magazine dan pernah muncul di National Public Radio dan BBC.

Pengajaran dan penyelidikan beliau bertumpu tentang feminisme dan berfokuskan kepada percaturan politik di kalangan wanita di arena kebangsaan dan antarabangsa dengan menekankan kepada bagaimana tenaga kerja wanita di permurahkan di dalam kilang-kilang globalisasi dan bagaimana tenaga emosi dan fizikal kaum wanita di eksploitasikan untuk membantu kerajaan dalam polisi pembiayaian peperangan. Beliau juga mengupaskan dalam tulisan-tulisan dan kajian-kajian penting beliau bagaimana wanita cuba menitikberatkan soal-soal perkauman, kasta, etnik dan identiti nasional, dan kekangan yang membuahkan idea tentang feminisme.

Kerana jasa beliau dalam bidang penulisan ini, beliau banyak menerima anugerah; contohnya ‘The Susan Strange Award, International Studies Association’ terpilih oleh ISA Presidents 2007 sebagai pengiktirafan di atas kerja-kerja beliau.

Di antara karya-karya penting yang lain yang ditulis oleh Cynthia Enloe ialah dalam tahun 2000 beliau telah menulis buku bertajuk: Making Feminist Sense of International Politics. Dalam tahun 2004 beliau telah menghasilkan The International Politics of Militarizing Women’s Lives. Karya beliau seterusnya ialah dalam tahun 2007 yang berjudul Globalisation and Militarism: Feminists Make the Link dan dalam tahun 2010 beliau telah menulis karya yang bertajuk Making Feminist Sense of the Iraq War.

3.0 BUKU-BUKU PENTING TULISAN CYNTHIA ENLOE MENGENAI PERUBAHAN PEMIKIRAN DAN BUDAYA MASYARAKAT
Antara buku terpenting yang ditulis oleh Cynthia Enloe ialah The Curious Feminist. Enloe
memusatkan perhatiannya kepada kesan globalisasi ke atas tenaga dan upah bagi tenaga kerja wanita. Buku ini bukan sahaja berkisar kepada peranan wanita dalam pasaran ekonomi, konflik dunia dan kuasa politik, malah menunjukkan minat utama Enloe dalam menjalinkan tema-tema tersebut dalam kehidupan seharian wanita. Dalam buku ini juga beliau mengutarakan sebab-sebab beliau berminat menjadi seorang feminis. Beliau menekankan bahawa perasaan ingin tahu seorang feminis bererti bahawa tiada kehidupan wanita menjangkaui skop minatnya. Beliau juga memberi tumpuan kepada pengaruh budaya Amerika terhadap wanita-wanita di Negara-negara lain dan memberi perhatian terhadap aspek-aspek maskulin pertubuhan-pertubuhan besar seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Angkatan Tentera Amerika. Walaupun beliau melihat keganasan bermula dari lelaki tetapi beliau tidak menyangkal bahawa keganasan juga boleh dilakukan oleh kaum wanita.

Karya Cynthia Enloe yang paling terkenal ialah Bananas, Beaches and Bases:Making Feminine Sense of Politics. Beliau telah memfokuskan perhatian kepada tujuh arena utama dari Hubungan Internasional yang melibatkan gender iaitu pelancongan,, nasionalisme, pengkalan tentera, diplomasi, tenagakerja wanita di bidang pertanian, tekstil dan rumahtangga.

Mengenai pelancongan, beliau berpendapat bahawa pelancongan dan seks merupakan komponen dalam sistem politik dan ekonomi global dan fakta bahawa ini dikatakan serius lebih merupakan konstruksi mengenai keseriusan disbanding kebijakan pelancongan.

Dalam bukunya ‘Bananas, Beaches and Bases’ beliau mengutarakan sexism sebagai isu yang menonjol dan memberikan pembaca satu pandangan terhadap sejarah komponen dunia moden sebagai industri pelancongan. Enloe menggambarkan hubungan antara wanita dari pelbagai kebudayaan dalam tahun-tahun 1800. Enloe juga membincangkan tentang penjajahan dalam persepsi maskulin di Barat dan feminism di Timur. Beliau membincangkan soal wanita dalam pelbagai kebudayaan.
Dalam Bananas, Beaches and Bases (1990) dan The Morning After: Sexual Politics at the End of the Cold War (1993) Enloe membuat satu perubahan yang sangat ketara di mana beliau telah meningkatkan subjek-subjek yang dahulunya tidak menonjol ke suatu tahap yang menjadi tumpuan utama atau ‘central position’.dalam Kajian Hubungan Antarabangsa.

Dalam bukunya The Morning After: Sexual Politics at the End of the Cold War, Enloe telah memfokuskan diri pada hubungan gender dan peranan melestarikan ketenteraan semasa dan setelah Perang Dingin. Beliau juga telah meneliti mengenai implikasi gender pada era pasca Perang Dingin. Dalam bukunya ini Cynthia Enloe menjelaskan bagaimana ibu-ibu Rusia menarik dukungan mereka pada tentera Soviet kerana anak-anak mereka mati dalam peperangan Afghanistan. Ini merupakan salah satu manifestasi peribadi dan kekuatan gender yang mendorong kepada delegitimasi regim Soviet dan berakhirnya Perang Dingin.

Apa yang dikemukakan di sini oleh teori feminism dalam kajian Hubungan Internasional adalah membuat disiplin ilmu ini tidak ‘bias’ gender.

Dalam buku terbarunya ‘Maneuvers: The International Politics of Militarizing Women’s Lives, Enloe membincangkan tentang tema militari dan bagaimana kerajaan menggunakan tenaga kerja wanita dalam proses persiapan dan membiayai peperangan. Menerusi buku ini beliau telah memahat reputasinya sebagai seorang archaelogis sosial yang hebat.

4.0 CYNTHIA ENLOE DAN KAJIAN MENGENAI MASYARAKAT
Dalam usaha mencorakkan sesebuah masyarakat, Negara, bahkan peradaban umat manusia, ideologi merupakan salah satu aspek penting yang menentukan kebangkitan dan pembentukan peradaban tersebut. Ideologi pula merupakan aqidah difahami melalui proses berfikir yang melahirkan segenap peraturan untuk memecahkan berbagai permasalahan kehidupan manusia. Dengan memahami bahawa masyarakat adalah sekumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama diikat oleh peraturan kehidupan yang sama maka rekonstruksi sesebuah masyarakat dapat dilakukan dengan perubahan terhadap unsur iaitu mengubah cara berfikir serta terikat dengan nilai-nilai.

Tema utama dalam kajian-kajian dan kerja-kerja Enloe mengenai masyarakat ialah mengenai proses ketenteraan.di mana beliau mendefinisikannya sebagai proses langkah demi langkah di mana sesuatu itu boleh dikawal melalui kebergantungan atau memperolehi nilai melalui militari sebagai satu institusi atau kriteria ketenteraan. Beliau melihat proses ini sebagai sesuatu yang maskulin dalam masyarakat.

Cara yang paling ketara di mana wanita dapat diserapkan ke dalam masyarakat ketenteraan ialah dengan menjadi asykar sebenarnya. Ini menjadi satu fenomena yang signifikan. Di akhir era Apartheid, 1994, Angkatan Tentera Afrika Selatan ialah 11% wanita; menyamai tentera Amerika Syarikat pada masa itu. Autonomi dan kuasa wanita.

Cynthia Enloe menganggap kedudukan wanita dalam masyarakat, khususnya masyarakat internasional sebagai aksesori kaum lelaki. Wanita Dunia Ketiga terutamanya menjadi objek ‘sex tourism.’

Cynthia Enloe, dalam kajiannya tentang masyarakat, juga telah mengemukakan tiga jenis suku bangsa tertentu dalam sesebuah masyarakat. Pertamanya, suku bangsa yang berpuak-puak. Keduanya suku bangsa kebangsaan yang dibahagikan kepada suku bangsa kebangsaan dari luar dan suku bangsa bumiputera. Ketiganya suku bangsa ras baru asalnya.

Bagi Cynthia Enloe, semua manusia adalah makhluk hidup yang berkebudayaan dan bahkan seseorang itu mengidentifikasikan dirinya sebagai anggota dari suatu suku bangsa tertentu, (Enloe, 1973). Kerana itu ethnicity bukan hanya suatu bentuk yang melingkari individu tetapi ia juga berkait pada ikatan pekerjaan, daerah geografi, kelas sosial, agama, gender umur, ras dan ideologi. Setiap ikatan berbeza. Beliau selanjutnya berpendapat bahawa ethnicity lebih merupakan fenomena kolektif daripada perorangan atau individu, kerananya dapat dimanfaatkan oleh elit politik untuk membangun strategi menjaga keamanan masyarakat dan Negara.

Seterusnya Cynthia Enloe (1980) menganjurkan satu model pemetaan yang meliputi pertamanya, satu bangsa yang dikategorikan seperti peka dan biasanya bermukim di daerah-daerah perbatasan. Keduanya, berbagai suku bangsa yang berperanan dalam perekonomian, antara lain kerana biasanya memiliki hak-hak istimewa. Ketiganya, suku bangsa yang memiliki potensi merubah politik yang ada. Keempatnya, suku bangsa yang memiliki potensi bersaing dengan Negara asing dan akhir sekali, yang kelinnya ialah suku bangsa yang memiliki akses terbesar dalam struktur yang telah terpola dalam negaranya.

5.0 ‘PERUBAHAN PEMIKIRAN’ MENGIKUT CYNTHIA ENLOE
Dalam hamper semua masyarakat, lebih-lebih lagi pada zaman tradisi dan zaman pra-moden, kedudukan wanita pada umumnya adalah rendah daripada kedudukan kaum lelaki. Malah ada yang menganggap bahawa wanita tidak ada tempat langsung dalam masyarakat. Mereka adalah tertakluk pada kuasa dan autoriti kaum lelaki. Hingga kini pun kebanyakan masyarakat di dunia masih meletakkan wanita di kedudukan lebih rendah daripada kedudukan kaum lelaki. Mereka tidak diberi peluang yang seluas diberi kepada lelaki dalam pelbagai bidang kehidupan termasuk bidang pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain.

Pemodenan dan perubahan pemikiran masyarakat telah membuka lembaran baru bagi
kaum wanita, seterusnya sedikit sebanyak membebaskan mereka dari belenggu kaum lelaki dan ini dapat dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan gerakan feminism yang radikal.

Perubahan persekitaran yang begitu dinamik dan sukar diramal pada masa kini tidak membolehkan wanita berada di zon yang selesa atau mengekalkan "status quo" agak lama. Dalam era ledakan informasi dan ilmu pengetahuan (knowledge), kaum wanita boleh menjadi tidak berkesan dengan mudah dan tanpa disedari. Dalam hubungan ini, aspek pembangunan diri untuk menjadi wanita yang berjaya semakin mendesak. Mereka yang alpa akan menjadi usang dimakan zaman. Apa yang jelas negara memerlukan kaum wanita berganding bahu dengan kaum lelaki bagi menangani cabaran baru. Dalam erti kata lain, peranan wanita menjadi sama penting dengan kaum lelaki untuk pembangunan negara.

Untuk terus maju dalam era informasi dan ilmu pengetahuan, wanita perlu mempunyai minda dan sikap yang terbuka. Wanita harus mampu memahami dan menangani perubahan serta sanggup menyesuaikan diri mengikut keadaan persekitaran.Wanita perlu sedar betapa pentingnya kepekaan mereka terhadap perubahan. .

Mengikut Cynthia Enloe, wanita perlu mengubah cara pemikiran mereka untuk menyahut cabaran-cabaran hebat dalam era globalisasi ini. Perubahan pemikiran ini mesti merangkumi sistem idea tentang kehidupan sosial dan pengalaman manusia yang berkembang atas persoalan wanita dalam masyarakat. Objek penelitian dan juga titiktolak bagi semua kajian yang dilakukan adalah berkisar pada keadaan dan pengelaman kaum wanita.

Bagi Enloe, wanita mesti mengubah cara pemikiran mereka supaya dapat mengubah fenomena hubungan internasional yang cenderung hanya melihat pihak yang jahat. Bagi beliau, wanita jarang sekali berada di podium-podium pembuat keputusan. Sedikit di antara wanita yang berada di dalam angkatan tentera tetapi mereka paling ramai di barisan korban dan mangsa perkosaan tentera.
Pemikiran Cynthia Enloe digambarkan secara ringkas tetapi penuh erti dalam dasar pemikirannya: ‘the personal is political’. Slogan yang dihasilkan oleh feminis radikal Cynthia Enloe ini mengeluarkan ungkapan dalam melihat fenomena global iaitu ‘the personal is international’. Terminologi ini memperlihatkan bagaimana politik ada secara internasional, membentuk identiti personal, kehidupan peribadi serta hubungan antara manusia di dunia.

Mengikut Cynthia Enloe, perubahan pemikiran dapat merubah kehidupan kaum wanita dan dapat meningkatkan martabat mereka di persada dunia.

6.0 ‘PERUBAHAN MASYARAKAT DALAM PEMIKIRAN CYNTHIA ENLOE’
Manusia secara semulajadinya suka bermasyarakat. Masing-masing saling memerlukan dan bekerjasama untuk kehidupan yang lebih bermakna. Pembangunan dan pembentukan masyarakat tidak boleh dipisahkan dari peranan individu dalam masyarakat itu.

Dalam sesebuah masyarakat itu pula perlu terjadi suatu perubahan sosial yang diberi nama modenisasi. Modenisasi adalah penerapan pengetahuan ilmiah yang ada pada semua bidang kehidupan atau semua aspek-aspek masyarakat. Istilah modenisasi juga merujuk kepada keseluruhan perubahan budaya dan struktur masyarakat seiring dengan revolusi industri.

Lebih jauh lagi Cynthia Enloe menggambarkan bahawa hubungan gender merupakan bahagian pembentuk hubungan dalam masyarakat setempat ataupun masyarakat internasional. Enloe berusaha mengangkat kenyataan bahawa interaksi yang terjadi di peringkat dunia sebenarnya dibangunkan oleh hubungan hierarki yang terjadi sehari-hari. Beliau juga mengungkapkan bahawa wanita terutamanya yang berada dalam keadaan tidak berdaya seperti pada masyarakat patriarkis mahupun pada saat konflik mempertahankan pola-pola power relations yang berlaku di dunia. Oleh kerana itu feminis seperti beliau harus mengubah masyarakat supaya kaum wanita dapat dipertingkatkan lagi kedudukan mereka dalam masyarakat tersebut.

Enloe juga telah menyerlahkan konsep globalisasi iaitu globalisasi dilihat sebagai satu konsep yang dapat membantu memahami perubahan masyarakat dunia yang sedang berlaku. Sebagai seorang sarjana sains social beliau berpendapat bahawa globalisasi merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.

Beliau juga mengkritik globalisasi yang dianggap bertanggungjawab atas keadaan yang tidak samarata dan dengan kemiskinan dan ketidakseimbangan. Globalisasi yang menyediakan perbaikan ekonomi bagi wanita khususnya. Hasilnya wanita dapat kedudukan pangkat strategik dalam organisasi antarabangsa. Beliau juga telah menyerlahkan konsep politik antarabangsa dengan melihat secara peribadi dan mendalam akan realiti kehidupan seharian kaum wanita,

Satu lagi perubahan masyarakat dalam pemikiran Cynthia Enloe ialah yang berkaitan dengan ketenteraan. Proses militarization adalah merupakan tema utama dalam kerja-kerja dan kajian-kajia beliau. Beliau mendefinisikan konsep itu sebagai satu proses selangkah demi selangkah di mana sesuatu boleh dikawal melalui kebergantungan atau memperolehi nilai melalui ketenteraan sebagai satu institusi atau criteria ketenteraan. Beliau melihat proses ini sebagai sesuatu yang maskulin dalam masyarakat.

Bagi beliau, cara yang paling ketara di mana wanita dapat diserapkan ke dalam masyarakat ketenteraan ini ialah dengan menjadi askar sebenarnya. Di akhir Era Apartheid 1994, Angkatan Tentera Afrika Selatan ialah 11% wanita, menyamai Angkatan Tentera Amerika Syarikat pada masa itu. Autonomi dan kuasa wanita dapat dilihat dalam ‘militarized culture’ atau kebudayaan ketenteraan.

Dari konsep ini beliau mendalami ‘militarized prostitution’. Ini adalah penting pertamanya kerana nyawa wanita di kebanyakan Negara dipengaruhi oleh institusi ini. Keduanya subjek ini menarik perhatian kita kerana ramai lelaki menganggap dan berrfantasi bahawa wanita terbentuk oleh penglibatan mereka dalam ‘militarized prostitution’. Ketiganya penggubal polisi ketenteraan cuba merungkai sejenis maskulin yang bersesuaian dengan misi ketenteraan yang mendedahkan polisi berkaitan pelacuran militari. Keempat, pelacuran military perlu difikirkan kerana pengiraan tentangnya telah membentuk polisi asing di arena antarabangsa. Kelima, memahami tentang pelacuran military bermakna mencerminkan pemikiran disebalik polisi dan terhahap perkosaan, gangguan seksual, pornografi, homoseksual dan perkahwinan. Akhirnya, kuasa analitikal untuk mendedahkan politik pelacuran military membantu kita memahami pola pelacuran military di Negara asing menarik perhatian jejaka setempat.

Perubahan dalam masyarakat perlu berlaku demi mempertahankan hak-hak asasi kaum wanita yang rata-ratanya selalu ditindas. Pemikiran hebat Cynthia Enloe yang digarap dalam buku-buku dan kajian-kajiannya telah membuka mata masyarakat untuk membela kaum wanita yang sentiasa dianggap lemah.

7.0 KESIMPULAN
Tulisan ini telah menghurai pemikiran dan hasil kerja Cynthia Enloe sebagai seorang feminis yang radikal dan juga sebagai seorang professor dalam sains social dan Ilmu Pemerintahan dan Hubungan International. Pemikiran kritisnya tentang peranan wanita dalam masyarakat telah digambarkan dalam kajian-kajian dan buku-bukunya. Beliau juga merupakan pemikir utama dalam usaha untuk mengungkapkan pentingnya gender dalam teori dan praktik hubungan nasional dan internasional. Perspektif utama beliau ialah mengkaji fenomena perkosaan wanita di wilayah konflik. Beliau juga telah mendedahkan bagaimana politik antarabangsa sering melibatkan hubungan intim, identiti peribadi dan juga kehidupan peribadi. Enloe juga telah menerokai pelbagai peranan yang dimainkan oleh para wanita dalam system antarabangsa da ekonomi global sebagai pekerja kilang, pekerja domestic, aktivis, diplomat dan juga askar. Pengajaran dan penyelidikan beliau berkisar tentang feminism dan fokus kepada percaturan politik di kalangan wanita di arena nasional dan international.
RUJUKAN

Enloe, Cynthia. 1990. Bananas, Beaches and Bases: Making Feminist Sense of International Relations. Berkeley: University of California Press.
Enloe, Cynthia. 1994. The Morning After: Sexual Politics and the End of the Cold War. Berkeley: University of California Press.
Enloe, Cynthia. 1973. Ethnic Conflict and Political Development. Boston: Little Brown and Company.
Zawiah Mohammad Yusof dan Masnizah Mohd. 2005. Sains Sosial dan Teknologi Maklumat. Malaysia: Prentice Hall.
Enloe, Cynthia. 2011. Cynthia Enloe – Wikipedia, the free encyclopedia. http://www.en.wikipedia.org/wiki/ Cynthia Enloe [ 3 Mei 2011 ].






Latest Blog Posts

1 Blogs...

Feed

Friends

2 Friends

  • zam haziq
  • Samsul  Adabi

The Wall

23 Wall Posts

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.
Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links