TEORI POLITIK ISLAM 2: MEMAHAMI SIASAH SYAR'IYYAH
TEORI POLITIK ISLAM
Adaptasi
Ò Intro
Ò Pengertian pertama; ertikata pemerintahan dan pentadbiran
Ò Pengertian Kedua; Ertikata Hukum
- Masoleh Mursalah
- Ijtihad
Ò siyasah syar’iyyah dalam konteks sebuah pemerintahan negara
Ò Siasah yang adil dan siasah yang zalim
intro
Ò Pertama, dengan pengertian; sesuatu yang direalisasikan oleh sesuatu falsafah tertentu tentang politik dan pemerintahan yang melibatkan bentuk dan sifat organisasi negara dan pemerintahan berkenaan secara menyeluruh.
Ò Sedangkan yang kedua lebih bersifat hasil ijtihad semasa dalam hal-hal yang tidak ditentukan secara jelas oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
Bayangan jawaban persoalan adakah politik dan agama berasingan, Politik Islam, Islamic State, Berijtihad , Islam dan sekular dan lain-lain
Pengertian Pertama
Ò Dalam bahasa Arab siasah bererti melakukan kebaikan untuk sesuatu. pengertian ini kemudiaannya dikembangkan sehingga bererti apa sahaja peraturan yang bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan sistem hidup.
al-Maqrizi
Ò Berasaskan kepada pengertian yang luas ini beliau membahagikan siyasah kepada dua. Pertamanya ialah;
- siyasah yang adil, yang merupakan sebahagian dari hukum syarak
- siyasah yang zalim, yang diharamkan oleh syarak.
Ò Berasaskan kepada konsep yang luas inilah maka Siyasah Syar’iyyah diertikan oleh sesetengah penulis sebagai;
Ò pemikiran tentang politik dan pentadbiran negara Islam
Ò secara umum ia juga dilihat sebagai satu istilah yang sama ertinya dengan Ahkam Sultaniyah dan Nizam al-Hukum yang boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai Sistem Pemerintahan.
Ò “Berasaskan kepada kedudukan ini ilmu Siyasah Syari’iyyah itu ialah; ilmu yang menghuraikan tentang sistem dan undang-undang pentadbiran negara Islam yang bertepatan dengan dasar Islam”.
Ò Abdul-Wahhab Khallaf: (d. January 19th, 1956 AD: notable Islamic Jurisprudence scholar Abdul-Wahhab Khallaf, one of the leading Fiqh references in the modern age. He authored many books in Fiqh and fundamentals of religion. He was also a member of the Arabic Council.
Ò istilah siyasah syari’yyah ialah perkara yang berhubung dengan undang-undang ketatanegaraan dan pentadbiran, iaitu yang merangkumi soal-soal kekuasaan pemerintah, khalifah, ahlulhalli wal-‘aqdi, hak individu dan sebagainya.
Huraian oleh Fathi ‘Uthman. Dalam bukunya al-Fikr al-Qanuni al-Islami
Ò Ertikata Hukum/HUKUMAN
Ò Begitupun, bagi para fuhaqa, siyasah syari’iyyah mengertikan sesuatu yang lain. Ia tidak menunjukkan satu kelompok hukum tertentu, seperti di atas. Sebaliknya menunjukkan atau kaedah tertentu dalam penentuan hukum.
Ò “kelonggaran bagi para pemerintah melakukan apa sahaja yang boleh membawa kebaikan selagi ianya tidak bertentangan dengan prinsip agama walaupun tidak ada dalil-dalil khusus yang membolehkan ia dilakukan.
Ò Ahmad Fathi Bahansi, bagi para fuhaqa, siyasah syar’iyyah
Ò Lihat juga; Abdul-Wahhab Khallaf dalam bukunya as-siyasah as-syar’iyyah
Ò siyasah syar’iyyah itu ialah langkah yang diambil oleh pemerintah berasaskan kepentingan yang dirasakannya walaupun tidak berdasarkan kepada sesuatu dalil secara tertentu.
az-Zaila’l dalam al-Bahr ar-Ra’iq,
Ò ..siyasah ialah tindakan yang boleh menjamin kepentingan orang ramai dan menjauhkan keburukan walaupun tidak ada hadis Rasulullah atau wahyu Tuhan tentangnya.
Ibnu ‘Uqail, seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu al-Qaiyyim dalam buku beliau at-Turuq al-hukmiyah Fi as-Siyasah as-Syar’iyyah.
Ò Masoleh Mursalah
Ò kesimpulan dari sudut pandangan fuhaqa;
siyasah syar’iyyah sebenarnya ialah menggunakan Masoleh Mursalah dalam menentukan hukum sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama ‘usul fiqh.
Ò
“Berasaskan kepada pengertian ini siyasah
Sayr’iyah ialah beramal dengan Masoleh Mursalah. Kerana
Masoleh Mursalah ialah sesuatu (nilai) yang tidak diterima atau
ditolak oleh mana-mana dalil dengan secara
khusus”.
___________________
Abdul-Wahhab Khallaf
Ò Ijtihad
Ò Sesudah menegaskan bahawa terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang menghuraikan tentang negara Islam beliau menyebut:
Ò “Para fuhaqa akan berijtihad memahami sumber-sumber hukum ini, melakukan takwil, kompormi, menentukan yang mutlaq dan muqayyad, umum dan khusus serta nasikh dan mansukh antara dalil-dalil berkenaan. Begitu juga para fuhaqa akan berijtihad menentukan hukum-hukum yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah berasaskan ianya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang ada dan ianya boleh mencapai objektif syariah dan prinsip-prinsip umumnya”.
Pandangan Fathi ‘Uthman dalam buku beliau Min ‘Usul al-Fikr as-Siasi al-Islami.
Ò “Secara tabi’inya ijtihad berkenaan akan berbeza-berbeza mengikut perbezaan penilaian, hasil dari perbezaan cara berfikir antara individu dalam keadaan dan zaman yang berbeza-beza. Dalam bukunya yang amat bernilai I’llam al-Muwaqqi’in An Rabbil-‘Alamain, Ibnu al-Qayyim telah menonjolkan kaedah fiqh yang penting tentang perubahan dan perbezaan fatwa berasaskan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan faedah. Beliau menjelaskan bagaimana kesilapan besar telah berlaku terhadap syariat kerana kejahilan terhadap kaedah berkenaan. Penegasan yang sama telah dibuat oleh as-Syatibi dalam al-Muafaqat. Para fuhaqa menamakan ijtihad dalam menangani persoalan-persoalan baru bagi negara Islam sebagai Siyasah Syar’iyah.”
Ibid; Fathi ‘Uthman, Min ‘Usul al-Fikr as-Siasi al-Islami
Ò Mungkin atas dasar inilah maka Ibnu Taimiyyah apabila menulis bukunya tentang pemerintahan Islam telah menamakan buku itu sebagai as-Siyasah as- Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’i War-Ra’iyah dan tidak menamakannya sebagai al-Ahkam as-Sultaniyah sebagaimana yang dilakukannya sebelumnya oleh al-Mawardi dan Abu Ya’la al-Farra’. Sebenarnya dalam buku Ibnu Taimiyyah ini bukan sahaja mengandungi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah tentang pemerintahan Islam tetapi juga hasil ijtihad semasa yang berasakan realiti semasa umat dan pemerintahan Islam pada waktu itu.
Ò “Buku ini (tidak seperti al-Ahkam as-Sultaniyah, Karangan al-Mawardi dan Abu Ya’la) bukan sahaja mengandungi teori dan idealisme tetapi juga menganalisa realiti semasa. Ini kerana (Ibnu Taimiyyah) apabila menulis buku ini mengambil kira keadaan samasa dan realiti negara serta generasinya. Kerana Ibnu Taimiyyah bukan seorang faqih yang alim semata-mata tetapi juga aktif dalam kehidupan awam.”
Muhammad al-Mubarak dalam pengantarnya kepada buku as-Siyasah as- Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’i War-Ra’iyah cetakan Dar al-Kutub al-‘Arabiyah, Beirut:
Ò Ibn al-Qaiyyim menamakan bukunya tentang “keterangan” di mahkamah sebagai at-Turuq al-Hukmiyah Fi as-Siyasah as-Syar’iyyah,
Ò Dengan ini kelihatan, terdapat perbezaan yang jelas antara;
i. siyasah syar’iyyah sebagai satu sistem
pemerintahan Islam dan
ii.siyasah syar’iyyah sebagai satu kaedah penentuan
hukum.
Ò siyasah syar’iyyah dalam konteks sebuah pemerintahan negara
Ò siyasah syar’iyyah dalam konteks sebuah pemerintahan negara. Ia secara umum membicarakan tentang wajar atau tidak pada pandangan Islam bagi pemerintah atau badan-badan pentadbiran dibawahnya membuat keputusan atau mengambil langkah yang dikira berfaedah untuk kepentingan umum sekalipun pada lahirnya ia dilihat sebagai tidak berdasarkan dari mana-mana sumber al-Quran atau as-Sunnah.
..adalah jelas sekali harus menggunakan siyasah syar’iyyah dalam pemerintahan. Ia diterima oleh semua imam mazhab.
Ibnu ‘Uqail, seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu al-Qayyim dalam at Turuqul-hukmiyah Fi as-Siyasah as-Syar’iyah -
siyasah yang adil itu adalah sebahagian dari syariat itu sendiri. “Apa yang kita sebutkan sebagai siyasah itu hanyalah pada istilahnya sahaja. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah keadilan Allah dan RasulNya yang dapat difahami dari tanda-tanda dan gejala yang ada. Beliau seterusnya menerangkan bahawa siapa sahaja yang peka terhadap syariat dan faham bahawa ianya bertujuan untuk melaksanakan kebaikan untuk manusia akan dapat memahami bahawa siyasah yang adil itu adalah sebahagian daripadanya.
Ibnu al-Qaiyyim
Ò Para ahli hukum telah mengemukakan pelbagai contoh di mana langkah-langkah seperti ini (ijtihad) selalu diambil oleh para pemerintah dan penguasa Islam sejak zaman berzaman lagi. Antaranya ialah penulisan al-Quran, perlantikan Umar r.a. sebagai pengganti khalifah oleh Abu Bakar r.a., perlantikan enam anggota majlis perunding bagi menentukan khalifah selepas Umar r.a., pembentukan jabatan pentadbiran dan penubuhan penjara oleh Umar r.a. dan sebagainya.
Ò Antara contoh-contoh lain ialah penahanan oleh Rasulullah s.a.w. atas seorang yang tertuduh sebelum sabit kesalahannya melipatgandakan ganti rugi atas orang yang menyembunyikan barang-barang yang hilang juga dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.; tindakan Umar Ibn al-Khattab r.a. membakar istana Sa’ad Ibn Abi Waqqas kerana istana berkenaan menyebabkan gabenor tersebut terpisah dari rakyat dan larangan Umar r.a. terhadap para sahabat daripada terlalu banyak meriwatkan hadis kerana takut tersilap dan berlaku pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.
Ò Antara contoh-contoh lain lagi ialah harus menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam urusan membeli-belah dalam perkara-perkara kecil; seseorang tetamu boleh memakan hidangan yang disajikan dihadapannya tanpa perlu meminta izin dahulu; harus meruntuhkan bangunan-bangunan sekitar untuk mengelakkan dari merebaknya kebakaran dan lain-lain lagi.
Ò Oleh kerana itu adalah sangat perlu bagi pemerintah benar-benar memahami kehendak-kehendak dan realiti hidup yang berubah.
Ò Di samping menyebut contoh-contoh di dikemukakan..
Ò “Kes-kes ini dan seumpamanya adalah polisi (Siyasah) cabang berasaskan kepentingan semasa yang akan berubah-ubah, tidak sepertimana yang disangka oleh sesetengah orang sebagai syariat umum yang mengikat umat Islam sampai ke hari qiamat”.
Ibni al-Qaiyyim
Ò “Siyasah yang mereka gunakan untuk memimpin ummah ini, dan seumpamanya adalah merupakan ta’wil dari al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi apakah ia sebahagian dari syariat yang kulli yang tidak boleh berubah dengan perubahan zaman atau pun bersifat juz’i yang tertakluk kepada maslahah yang tentunya berkait dengan masa dan tempat?”
Ò ..antara bentuk siyasah syar’iyyah ialah mengambil faedah dari pengalaman bangsa-bangsa lain dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan orang ramai serta tidak pula bertentangan dengan mana-mana nas syarak sama ada secara khusus atau secara umum. Sebagai contohnya, kata beliau ialah tindakan Umar memperbaharui kaedah pentadbiran negara berasaskan pengalaman baru yang diperolehi dari jajahan-jahahan yang baru ditakluki oleh tentera-tentera Islam pada waktu itu.
Fathi ‘Uthman,
SIYASAH YANG ADIL DAN SIYASAH YANG ZALIM
Ò Doktrin Siyasah Syar’iyyah ini Perlu kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap kehendak-kehendak syariat dan realiti hidup. Sebagaimana yang ditegaskan oleh para fuhaqa, tanpa pemahaman yang menyeluruh seperti ini banyak nilai-nilai keadilan terabai dan kesalahan tindakan akan berlaku
Ò Walau bagaimanapun, para fuhaqa menganjurkan agar tidak berlaku sikap keterlaluan dalam menerima atau menolak pemakaiannya dalam urusan pemerintahan. kalaulah pihak pemerintah tidak memberikan penilaian terhadap doktrin ini sewaktu mengendalikan pemerintahan negara ia dikira sebagai tidak berlaku adil, malah sebaliknya berlaku zalim. Sebaliknya pula kalau pemerintah menggunakan doktrin ini dengan secara melampaui batas-batas syarak ia juga terjerumus ke dalam lembah kezaliman dan kemungkaran.
Ò kedua-dua golongan ini tidak boleh bersikap cuai dalam memahami maksud perutusan Rasulullah s.a.w. Berasaskan kepada nilai inilah mereka membahagikan Siyasah kepada dua bahagian; Siyasah yang adil, yang disifatkan sebagai Syar’iyyah dan keduanya Siyasah yang zalim, iaitu yang tidak Syar’iyyah.
Ò Siyasah itu terbahagi kepada dua. Pertamanya Siyasah yang zalim dan diharamkan oleh syariat. Keduanya Siyasah adil yang boleh menafikan “hak” daripada orang zalim, menghalang berlakunya kezaliman, menghindar kemungkaran dan yang boleh menjadi jalan ke arah pencapaian objektif syariat bagi umat manusia. Kerana itu Siyasah yang Syar’iyyah perlu diterima dan dijadikan asas dalam menegakkan hak. Bagaimanapun ia adalah suatu gelanggang yang luas dan boleh mengelirukan.”
‘Ala’ud-Din at-Tababulsi.
Ò Persoalan ini memang sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu ada kalangan yang berpandangan terlalu sempit sehingga menyebabkan terbengkalainya undang-undang dan peraturan. Mereka telah menyebabkan banyak hak yang hilang dan menjadikan orang jahat lebih berani melakukan kejahatan. Mereka telah menjadikan syariat sebagai tidak berdaya untuk menangani kepentingan umat manusia dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka telah menutup jalan yang betul kearah mengenali hak dan melaksanakannya sedangkan mereka tahu dengan jelas seperti mana orang lain yang juga bahawa ia adalah suatu kebenaran. Sebabnya kerana mereka sangka ianya bertentang dengan syarak…..
Ibnu al-Qaiyyim:
Ò Di satu pihak yang lain pula terdapat mereka yang terlalu longgar pendiriannya. Mereka menerima konsep Siyasah Syar’iyah ini dan menjadikannya sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya.
Ò Kedua-dua golongan di atas sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam mengenali syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutus para Rasul dan menurunkan kitab-kitabNya dengan tujuan supaya manusia berlaku adil, iaitu suatu nilai dari langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalam bentuk apa sekalipun maka itulah syariat Allah dan agamaNya.
Ò Bersikap negatif terhadap Siyasah Syar’iyyah boleh menghilangkan hak dan menghalang kelancaran undang-undang serta peraturan. Ia juga boleh menjadikan orang jahat lebih berani dan selesa. Sementara bersikap terlalu longgar dalam menggunakannya pula boleh menyebabkan berlaku kezaliman, pertumpahan darah dan pengambilan harta secara tidak syar’i.
Ò Manakala terdapat satu golongan yang bersikap fanatik yang tidak mengambil kira Siyasah Syar’iyyah ini kecuali amat sedikit sekali dengan anggapan bahawa pengalamannya bertentangan dengan kaedah syarak. Hasilnya mereka telah menutup jalan yang begitu jelas ke arah kebenaran dan membuka jalan ke arah keburukan yang jelas. Ini kerana penolakan terhadap siyasah syar’iyyah bererti penolakan terhadap nas-nas syarak dan bersikap memandang serong terhadap para khulafa’ ar-Rasyidin.
Ò Sebagai satu golongan lain pula bersikap sederhana. Mereka memilih jalan yang betul dengan melakukan kompromi antara siyasah dan syariat. Dengan itu mereka berjaya membanteraskan kebatilan dan menegakkan serta membantu syariat”.
Ò NERACA KEPENTINGAN
Ò Sebagaimana dijelaskan dari awal-awal lagi, doktrin Siyasah Syar’iyyah ini berlandaskan kepentingan umum yang diistilahkan oleh para fuqaha sebagai Masoleh Mursalah, iaitu kepentingan-kepentingan yang tidak diperakui secara jelas dan tidak pula dipertidakkan dengan secara jelas oleh al-Quran atau as-Sunnah.
Ò Mengikut para fuqaha’ kepentingan seperti ini perlu melengkapi sekurang-kurangnya tiga syarat sebelum ianya diterima sebagai asas pembinaan hukum. Syarat-syarat itu ialah:
Ò Ianya suatu kepentingan yang perlu bagi masyarakat seluruhnya dan bukan kepentingan segelintir tertentu sahaja.
Ò Ianya harus merupakan suatu kepentingan yang jelas dan tidak diragui oleh segala pihak yang menilainya.
Ò Ianya tidak bercanggah dengan tujuan asas syariat Islam atau dengan mana-mana nas yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah atau dengan mana-mana ijma’.
Ò Di samping itu, para fuqaha mengkelaskan kepentingan itu kepada tiga kategori keutamaan seperti berikut:
Ò Kepentingan asasi (Dharuriyat)
Ò Kepentingan biasa (Hajiyyat)
Ò Kepentingan mewah (Tahsiniyyat)
Ò Kepentingan asasi atau ad-Daruriyat telah dihuraikan oleh para fuhaqa sebagai keperluan-keperluan utama bagi hidup duniawi dan ukhrawi. Ianya tersimpul pada langkah-langkah untuk menjaga agama, keturunan, harta, nyawa dan akal. Kepentingan biasa pula ialah kepentingan-kepentingan untuk menjaga kebaikan hidup dan mengelak keadaan sukar seperti makan minum dan sebagainya. Sementara kepentingan mewah pula adalah untuk menjaga keselesaan hidup semata-mata seperti semua alat kemudahan harian.
Ò Ketiga-tiga kategori kepentingan ini perlu mendapat perhatian ketika sesuatu ketentuan hukum yang berdasarkan siyasah syar’iyyah itu dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk mempastikan bahawa sesuatu kepentingan yang menjadi asas kepada hukum berkenaan tidak menjejaskan kepentingan lebih utama daripadanya. Kalau tidak, hukum seperti itu tidak boleh diterima sebagai satu ketentuan yang bersifat menjamin kepentingan masyarakat. Sehubungan dengan itu Abdul-Wahhab Khallaf berkata;
Ò “Objektif hukum syarak ialah untuk menjayakan kepentingan manusia dengan cara menjamin kepentingan asasi, kepentingan biasa dan kepentingan mewah mereka. Kerana itu setiap hukum syarak tidak mempunyai kepentingan lain kecuali salah satu dari tiga kepentingan lain merupakan keseluruhan dari kepentingan manusia ini. Oleh yang diemikan kepentingan mewah tidak akan diambil kira kalau ia boleh mengganggu kepentingan baisa begitulah seterusnya kepentingan biasa tidak akan diambilkira kalau sekiranya ia boleh menggugat kepentinngan asasi…..”
Ò Kata beliau lagi:
Ò “Berasaskan kepada nilai inilah diharuskan membuka aurat atas keperluan perubatan dan pembedahan. Kerana penutupan aurat melupakan kepentingan mewah, sedangkan perubatan adalah kepentingan asasi. Begitu juga harus mengambil najis bagi tujuan perubatan atau dalam keadaan memaksa. Kerana menjauhkan diri dari najis merupakan kepentingan mewah sedangkan berubat dan mengahapuskan keadaan yang memaksa merupakan kepentingan asasi. Begitulah seterusnya harus menjual barang yang berlum ada dalam akad salam dan istina’, kejahilan tentang subjek akad dalam akad muzara’ah dan musaqat kerana orang ramai merasa tidak perlu (mengetahui maklumat-maklumat remeh berkenaan yang merupakan) kepentingan mewah sahaja.”
Ò Selanjuntya beliau berkata:
Ò “Segala fardhu dan kewajipan mesti ditunaikan oleh setiap mukallaf yang tidak berada dalam keadaan yang membolehkan mereka mengambil ruskhsah meskipun fardhu dan kewajipan berkenaan membebankan mereka. Kerana kalau tidak berbagai-bagai keperluan asasi seperti ibadat dan uqubat akan terbengkalai… Jihad diwajibkan bagi tujuan menjaga agama walaupun dalam melaksanakannya akan berlaku pengorbanan nyawa. Kerana menjaga agama lebih penting dari nyawa ….”
SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN ISLAM
Ò Sebagaimana diketahui, pemerintahan Islam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Pada waktu itu hanya Rasulullah s.a.w. sahajalah menjadi rujukan dalam semua urusan awam, sama ada perundangan, pentadbiran mahupun pengadilan. Segala undang-undang dan peraturan dalam pemerintahan tersebut berasaskan sama ada kepada wahyu secara langsung atau pertimbangan baginda sendiri berdasrakan kepada kepentingan dan keadaan semasa, atau juga berdasarkan kepada cadangan para sahabat.
Ò Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, baginda mewariskan kepada umat Islam dua petunjuk yang sentiasa tepat dan bersifat abadi, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Di samping itu baginda mewariskan juga ‘ijtihad’ sebagai cara penentuan hukum dalam kes-kes yang tidak dinaskan hukumnya dalam al-Quran atau as-Sunnah. Baginda sendiri yang mengajar bagaimana melakukan ijtihad terutama dengan menjelaskan illat atau sebab mengapa sesuatu hukum itu ditentukan. Secara umumnya illat menjelaskan bahawa setiap hukum itu mempunyai objektif atau matlamat mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan. Ia memberi faham kepada umat Islam bahawa di mana ada kebaikan dan maslahat maka di situ ada syariat atau hukum Allah. Untuk menentukan ada atau tidak adanya kebaikan ini dalam kes-kes yang tidak dinaskan oleh syarak pertimbangan akal perlu digunakan.
Ò Panduan Rasulullah s.a.w. ini telah digunakan sepenuhnya oleh para khulafa al-Rashidin dalam tugas mereka memerintah dan mentadbir negara. Dalam kes-kes yang ada nas segala kehendak nas itu diikuti. Tetapi kalau sekiranya timbul kes-kes yang tidak dinaskan sebelumnya mereka berijtihad dengan berpandukan kepentingan ummah di samping menjaga dasar-dasar dan semangat agama Islam. Adalah menjadi perkara biasa lahir hasil-hasil ijtihad yang bertentangan dengan hasil-hasil ijtihad yang lain atau boleh disifatkan sebagai tidak selaras dengan pengertian lahir nas-nas tertentu.
Ò Meskipun Rasulullah s.a.w. tidak pernah melantik pengganti baginda namun Abu Bakar r.a. melantik Umar r.a. sebagai khalifah kedua buat penggantinya. Begitupun Umar tidak mengikut tauladan Abu Bakar. Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada satu panel yang tediri dari enam orang yang beliau lantik. Tidak ada orang pada waktu itu yang menuduh Abu Bakar atau Umar sebagai melanggar syariat Allah dengan langkah-langkah yang mereka ambil itu kerana mereka telah berusaha melakukan sesuatu yang sebak mungkin dan telah berijtihad sedaya mungkin.
Ò Umar r.a. berijtihad dan memutuskan talak tiga boleh jatuh sekaligus. Sedangkan beiau sendiri amat arif bahawa al-Quran secara jelas menyebut “Talak itu dua kali…..” dan bahawa pada zaman Rasulullah sa.a.wa. serta zaman Abu Bakar r.a. talak hanya jatuh satu dalam satu peristiwa. Bagi Umar, keadaan telah berubah dan umat Islam tidak lagi sebaik mereka pada zaman Rasulullah dan zaman Abu Bakar.
Ò ‘Uthman juga berijtihad lalu menambah satu lagi bang bagi fardhu Jumaat untuk menjadikannya dua kali. Sedangkan pada zaman Rasulullah dan para khalifah sebelum beliau bang Jumaat dilakukan sekali sahaja. Asas yang beliau gunakan ialah kepentingan orang ramai memandangkan penduduk telah begitu ramai dan sudah banyak rumah-rumah yang jauh dari masjid. Begitulah juga Ali r.a. telah membuat berbagai-bagai keputusan berasaskan ijtihad semasa.
Ò Langkah-langkah yang diambil oleh para pemerintah Islam terdahulu ini telah dapat menjamin kepentingan masyarakat sepenuhnya dan telah menjadikan hukum dan peraturan Islam mampu menyaingi perubahan zaman dan keadaan. Hasilnya tidak ada orang yang merasa terkilan dengan kemampuan Islam dan kesediaannya menjawab segala cabaran, apa lagi merasa perlu kepada suatu peraturan atau sistem lain.
Ò Pada waktu itu tidak ada perpisahan antara hukum syarak dan hukum Siyasah. Semuanya disebut sebagai hukum syarak yang bersumberkan apa yang disyariatkan oleh Allah melalui RasulNya dan apa yang difahami oleh para mujtahid yang begitu cekal berusaha memahami hukum dan menentukan ianya mendatangkan kebaikan.
Ò Bagaimanapun, tidak lama kemudian lahir satu zaman di mana para mujtahid telah mengikat diri mereka dengan kaedah ijthad tertentu dengan menentukan syarat dan panduan bagi penerimaan sesuatu maslahah atau kepentingan. Apapun juga alasan mereka, langkah seperti itu telah mengongkong kebebasan mereka sendiri dalam berijtihad dan telah menyempitkan ruang berijtihad itu sendiri. Di bawah ikatan baru ini banyak Masoleh Mursalah yang diketepikan kerana tidak selaras dengan kaedah-kaedah atau pra-syarat penerimaannya yang ditentukan. Dengan itu ruang undang-undang menjadi sempit dan pengadilan juga terkongkong dengan kaedah dan prosedur tertentu dalam menentukan kebenaran dan kesalahan.
Ò Pengenepian Masoleh Mursalah dalam perundangan dan pengadilana ini telah memberi satu imej buruk kepada fiqh Islam. Ia telah dilihat sebagai tidak mampu memenuhi keperluan pemerintahan dan pentadbiran negara kerana tidak boleh menjamin kepentingan orang ramai dan tidak boleh menyaingi perubahan dan perkembangan zaman. Berasaskan kepada perundangan seperti ini para pemerintah mula berpaling bulat kepada kehendak “kepentingan awam” semata-mata tanpa beriltizam dengan pegangan para mujtahid.
Ò Hasilnya umat Islam berpendapat mereka berhadapan dengan dua sistem dan kelompok hukum yang berbeza. Pertamanya hasil istinbat para fuhaqa mujtahidin berasaskan prinsip dan kaedah mereka, dan keduanya keputusan yang dibuat oleh para pemerintah bagi tujuan kepentingan semata-mata dan mengikut perkembangan zaman. Kelompok hukum jenis kedua ini, bagaimanapun hanya terpengaruh dengan sikap para penciptanya. Ada kalanya ia bersifat sederhana dan adakalanya ia bersifat keterlaluan.
Ò Kelemahan fiqh Islam dalam menangani kepentingan masyarakat ini kemudiannya menjadi lebih ketara lagi dengan berlakunya penutupan pintu ijtihad. Dalam suasana seperti ini para fuhaqa seolah-olah memaksa orang ramai menerima sahaja apa yang diistinbatkan oleh para imam dan fuhaqa di abad-abad lampau tanpa mengira perbezaaan dan keadaan. Melihat persimpangan jalan yang begitu jauh antara fiqh dan kepentingan masyarakat semasa dalam banyak hal ini para pemerintah di negara-negara Islam lebih berminat mengambil kira peredaran zaman dan menjaga kepentingan semasa dengan mengadakan undang-undang dan peraturan yang sesuai dengan objektif berkenaan walaupun tidak selaras dengan pandangan para fuhaqa. Hal seperti ini terus berlaku sehingga masa sekarang termasuk di Malaysia.
Ò Sehubugan dengan ini Abdul Wahab Khallaf menghuraikan siyasah syari’yyah dalam pemerintahan negara sebagai:
Ò “Melaksanakan pentadbiran awam negara Islam dengan cara yang boleh memberi kebaikan dan menolak kemudaratan dalam lingkungan batas-batas syariat dan prinsip-prinsip umumnya walaupun tidak selaras dengan pandangan para imam mujtahidin. Dengan lain perkataan, mengikut jejak langkah salaf di dalam mengambil kira kepentingan dan perkembangan semasa….
Ò Tambah beliau lagi mengulas:
Ò “Sebenarnya tidak ada halangan syarak untuk mengambil apa sahaja langkah yang boleh menolak kemudaratan dan melahirkan kepentingan alma apa sahaja urusan negara selagi ianya tidak terkeluar dari batas-batas syarak dan kaedah-kaedah umumnya…”
Ò Bertolak dari objektif mempertahankan kepentingan umum ini juga satu persoalan mungkin timbul, iaitu apakah semua pihak dalam pemerintah boleh mengamalkan konsep siyasah syar’iyyah ini atau ia hanya menjadi keutamaan pihak-pihak tertentu sahaja?
Ò Dalam menghuraikan bentuk-bentuk ijtihad para sahabat Muhammad Abu Zuhrah telah menonjolkan satu sikap yang dijelaskan oleh khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a. Mengikut Abu Zuhrah, khalifah Umar Ibn al-Khattab dalam urusan pemerintahannya sebagai seorang khalifah sentiasa berijtihad dengan menggunakan kaedah al-Maslahah. Pada waktu sama beliau mengarahkan para kadhi dan hakim berijtihad (dalam menentukan hukuman) melalui kaedah Qiyas, iaitu satu kaedah pemakaiana nas secara meluas. Hal ini mengikut Abu Zuhrah ialah kerana dalam mentadbir sesuatu negara kepentingan semasa masyarakat amat perlu dijaga. Mengikut beliau lagi, perbezaan antara pemerintah yang baik dan pemerintah yang tidak baik banyak dapat dilihat pada sejauh mana ianya dapat menjamin kepentingan masyarakat di bawah pemerintahannya itu. Adapun di bidang pengadilan apa yang sangat-sangat diperlukan ialah melaksanakan keadilan antara dua pihak yang bersengketa. Hal seperti ini lebih memerlukan suatu sistem atau bentuk hukum yang tetap dan tidak mudah berubah. Untuk itu kaedah Qiyas adalah lebih wajar dan lebih menjamin keadilan.
Ò Mengikut Muhammad Abu Zuhrah lagi, pihak pentadbir sentiasa terdedah kepada masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian segera. Adalah tidak munasabah kalau masalah-masalah ini dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelesaian yang sewajarnya.
Ò Semua ini menunjukkan bahawa siyasah syar’iyyah itu bukan satu Rukhsah atau kelonggaran dalam membuat ketentuan hukum secara umum, tetapi sebaliknya suatu kaedah alma menjalankan pentadbiran negara. Tidak salah kalau ia diertikan sebagai suatu kaedah pentadbiran negara yang liberal.
Ò Dalam sebuah masyarakat yang membangun, bentuk pentadbiran seperti ini amat diperlukan sekali. Ianya lebih sempurna untuk melayani keperluan-keperluan yang ditimbulkan oleh perubahan-perubahan yang pesat dalam masyarakat berkenaan. Sesungguhnya perubahan-perubahan pesat seperti itu boleh menyebabkan kelahiran banyak masala-masalah luar jangka yang memerlukan penyelesaian dengan segera dan tepat. Kalau sekiranya satu bentuk pentadbiran yang konservatif dipertahankan dalam masyarakat yang membangun begini ia boleh membantut kelancaran pembangunan itu sendiri dan malah akan merupakan suatu penghalang besar terhadap penerusannya.
Ò Jelas, siyasah syar’iyyah adalah suatu kaedah dalam mengatasi kekakuan polisi dan jentera pemerintahan dan pentadbiran negara yang biasanya menjadi satu masalah dalam masyarakat yang pesat membangun. Melalui cara ini pelaksanaan dasar dan peraturan dapat diselesaikan dengan licin berpandukan kepentingan-kepentingan semasa asalkan sahaja tidak bertentangan dengan mana-mana nas syarak atau prisip-prinsipnya secara umum. Ini bererti bahawa pemakaiannya hanya akan berbangkit kepada sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang dapat difahami dari al-Quran dan as-Sunnah.
3 Comments
Louis Vuitton Handbags
, some usefulCoach Outlet Online
can only be left. When I was collating womenLouis Vuitton Outlet
, a Louis VuittonLouis Vuitton
came into myCoach Outlet
. My memories came back to theCoach Store Online
I first buy. I like to follow theCheap Louis Vuitton Handbags
. EachCoach Factory
I bought new whichCoach Outlet Store Online
introduced.Louis Vuitton Bags
, ChannelLouis Vuitton
and so on all hang in my shoulders. However, This Louis VuittonHermes Outlet
is my first handbags. It followed severalLouis Vuitton Outlet
. I still remembered theBurberry Outlet
why I boughtCoach Outlet Handbags
just because itsCoach Factory Outlet
. is made by aCoach Outlet Coupon
named Louis Vitton. Louis Vuitton, born in 1821. He opened his firstCoach Purse Outlet
in Paris in 1854; it was followed 31Louis Vuitton Purses
later by a store inCoach Factory Store Online
. By 1977 these twoCoach Outlet Online
alone were making annualCoach Factory Online
of around $10 million. After a slow start, moreBurberry Outlet Store
quickly began to be opened. By 1989 there were 130 stores worldwide.Coach Factory
that all the Coach handbags wereCoach Factory Outlet
designed for the customers who seek for the fahsion.Coach Outlet
But besides the handbags,Coach Outlet Online
Coach outlet also includes the other series,Coach Outlet Store Online
such as the Coach PoppyCoach Factory Outlet Online
Collection, Coach Sunglass,CoachCoach Outlet Store Online
Wallet and Coach Shoes.They are all designed in the unique styleCoach Outlet
and made of best quality.Luckily to mention about thatCoach Factory Online
visiting our website for the Coach Outlet Online will take you enjoy the real fashion of the Coach Series.We believe you wouldn't miss the best choice just for you.Click here to sign up now.