Politik dan masyarakat
SKSJ3013
POLITIK DAN MASYARAKAT
Samsu Adabi Mamat
Kuliah 1
Pengenalan Kursus:
Sinopsis, Objektif, Kandungan, Penilaian dan Rujukan
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan beberapa perspektif analisis politik dalam konteks sosiologi dan antropoliogi politik.
Faktor sosial dan budaya sebenarnya sangat penting dalam mempengaruhi politik sesebuah masyarakat:
Perbincangan mengenai beberapa faktor dalam masyarakat yang memberi impak kepada perkembangan politik – tidak hanya terbatas kepada parti politik dan pilihanraya.
Politik akan didefinisi secara yang sangat meluas; Contohnya;…Dari hubungan kelompok kecil Masai di Afrika misalnya hingga perdebatan di PBB… semuanya melibatkan hubungan yang bersifat politikal. Semua situasi sebenarnya mempunyai ‘nilai Politik’
Contoh isu “perebutan ternakan lembu antara dua tribe”; Persoalan kepimpinan dalam sesebuah kampung”, pengaruh agama dalam pembinaan sebuah masyarakat, kedudukan sesebuah tradisi, tindakan berpaling tadah dan menikam belakang dalam kelompok kecil atau organisasi antara bangsa, dan lain-lain situasi interaksi masyarakat.
Politik dalam konteks antropologi dan sosiologi politik dilihat sebagai suatu proses yang terjalin dan tersirat dalam masyarakat, politik harus mengambilkira suasana masyarakat yang mengelilinginya
Budaya, nilai serta interaksi sosial dalam masyarakat yang dipengaruhi pula oleh latar budaya sememangnya mempengaruhi politik dalam sesebuah masyarakat.
Politik sebenarnya adalah cerminan masyarakatnya, malah sesuatu tindakan politik itu tidak boleh dilihat terpisah daripada elemen sosial dan budaya.
Masyarakat yang berbeza memiliki amalan politik yang berbeza. Walaupun dua masyarakat menggunakan sistem politik atau perlembagaan yang sama. Ia tetap melahirkan ‘budaya politik’ dan nilai-nilai yang berbeza. eg.; UK, India, Malaysia dan Singapura.
Fokus Topik-Topik Perbincangan
1. Perbincangan awal berkaitan dengan Takrif politik menyangkut sudut politik dan masyarakat.
2. Perbincangan pilihan mengenai Ide sosial dan Politik dua sarjana sosial-Politik yang penting iaitu; Karl Mark dan Max Weber – banyak konsep penting yang digunapakai sehingga kini dicipta dan dipopularkan oleh dua sarjana ini.
3. Perbincangan tajuk-tajuk yang bersifat antropologi politik, tumpuan terhadap bentuk kegiatan individu atau kelompok dalam sesebuah masyarakat
4. Kedudukan tradisi yang boleh dicipta dan dibina semula dalam sesebuah masyarakat dan kerajaan.
5. Pengaruh Masyarakat terhadap Perubahan Politik
OBJEKTIF KURSUS
Menjelaskan beberapa definisi serta konsep menyangkut Politik dan Masyarakat.
Memahami keluasan persoalan politik tidak hanya berkait dengan institusi perlembagaan, pilihanraya, parti politik, kumpulan pendesak, dewan perundangan, mahkamah maupun kerajaan, juga tidak hanya melihat peristiwa historikal seperti revolusi di negara tertentu, rampasan kuasa, rusuhan kaum, pembunuhan pemimpin mahupun kemerdekaan sesebuah negara.
Memahami institusi sosial dalam masyarakat itu penting untuk memahami proses politik dengan lebih mendalam.
Memahami beberapa pendekatan sosial dalam menganalisis demokrasi Liberal
Memahami Konsep-konsep beberapa tokoh penting yang mengemukakan idea sosial dan politik seperti Karl Mark dan Max Weber; Sosialisme dan kapitalisme
Beberapa sumbangan pemikiran tokoh berkenaan dalam kajian sosial dan politik
Perubahan sesebuah sistem sosial, sesebuah sistem tradisi dan identiti boleh dipengaruhi, dirancang malah dihapuskan
Memahami beberapa konsep kontradiksi sosial dan asas-asas kepada pendekatannya.
Masyarakat dan Pembangunan politik; Masalah dan rintangan yang lazim dihadapi, faktor yang menjadi asas dalam membentuk solidariti sesebuah masyarakat
Rujukan
Mommsen, Wolfgang J. (Wolfgang Justin), 1930-..The political and social theory of Max Weber, Cambridge Polity Press 1989 xiv, 226 p. ; 24 cm. PTSL-KOLEKSI AM JC263.W42M66, PTSL-SIMPAN (JA84.N18K3 1968) - The Political and Social Theory of Max Weber: Collected Essays by Wolfgang J. Mommsen (- Nov 1, 1992)
Laclau, Ernesto (Ernesto Laclau), 1977, Politics and ideology in Marxist theory : capitalism, fascism, populism / NLB : London 203 p. ; 22 cm. PTSL-KOLEKSI AM HX56.L33
Kamrava, Mehran (Mehran Kamrava), 1964-Politics and society in the developing world /. 2nd edLondon : Routledge, 2000. xiii, 238 p. ; 25 cm. PTSL-KOLEKSI AM JF60.K297 2000
Giddens, Anthony(Anthony Giddens), Politics and sociology in the thought of Max Weber London MacMillan 1972, 64 p. ; 21 cm PTSL-KOLEKSI AM HM22.G3W4197
Randall Germain (Editor), Michael Kenny (Editor), 1 edition (January 21, 2005) The Idea of Global Civil Society: Ethics and Politics in a Globalizing Era (Routledge/RIPE Studies in Global Political Economy)
Soma Hewa (Editor), Darwin H. Stapleton (Series Editor) December 28, 2009, Globalization, Philanthropy, and Civil Society: Toward a New Political Culture in the Twenty-First Century, Springer US
William Lawrence Neuman (Author), 1 edition (November 29, 2004), Power, State and Society: An Introduction to Political Sociology, McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages;
T Oommen, (March 20, 2004) Nation, Civil Society and Social Movements, SAGE Publications Pvt. Ltd; 1 edition
Kate Nash, 200, Contemporary Political Sociology, Globalization, Politics and Power, Cowley Road Oxford; Blackwell Publishers
Rujukan
Anthony Giddens, (March 30, 1973) Capitalism and Modern Social Theory: An Analysis of the Writings of Marx, Durkheim and Max Weber, Cambridge University Press
Anthony Elliott, (January 23, 2009) Contemporary Social Theory: An introduction, Routledge
S. Husin Ali (editor), 1984, Kaum, kelas dan pembangunan Malaysia (ethnicity, class and development Malaysia) / Kuala Lumpur : Persatuan Sains Sosial Malaysia, PTSL-KOLEKSI AM, HN700.6.A7K3
Rujukan
Alan Draper 1 edition (May 10, 2007), The Good Society: An Introduction to Comparative Politics : Longman;
Peter Calvert 3 edition (April 2, 2007), Politics and Society in the Developing World (3rd Edition) : Longman;
Vivien Burr, (September 29, 2003), Social Constructionism, Routledge; 2 edition
Emile Durkheim, (September 1, 1997), The Division of Labor in Society, Free Press
Tom Bottomore 1 edition (March 19, 2010), Theories of Modern Capitalism (Routledge Revivals) , Routledge;
R. B. Jain (Editor) 1 edition (October 2006), Governing Development Across Cultures: Challenges And Dilemmas of an Emerging Sub-discipline in Political Science (World of Political Science-the Development of the Discipline), Barbara Budrich;
Arend Lijphart (September 10, 1977), Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, Yale University Press
Further reading
Alvin Rabushka,1 edition (February 7, 2008), Politics in Plural Societies: A Theory of Democratic Instability, Longman;
Maurice Cowling, (November 11, 2004), Religion and Public Doctrine in Modern England: Volume 3, Accommodations (Cambridge Studies in the History and Theory of Politics), Cambridge University Press
Arend Lijphart ; 2nd edition (February 1977) Politics of Accommodation: Pluralism and Democracy in the Netherlands , University of California Press
Karl von Vorys, (1976), DEMOCRACY WITHOUT CONSENSUS: Oxford Univ. Press
Marvin Perry, Margaret Jacob , James Jacob, Myrna Chase, Theodore H. Von Laue (October 29, 2008) 9th Edition edition, Western Civilization: Ideas, Politics, and Society, Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company;
Jolle Demmers, Alex E. Fernández Jilberto, Barbara Hogenboom (August 31, 2004), Good Governance in the Era of Global Neoliberalism: Conflict and Depolitization in Latin America, Eastern Europe, Asia and Africa, Routledge Studies in the Modern World Economy), Routledge
J. S. Furnivall, (November 7, 2008) , Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India., : ACLS Humanities E-Book
Kuliah 2
Keuniversalan Politik
Definasi dalam Kerangka Sosio-Politik
Politics consists of all activities of cooperation and conflict, within and between societies, whereby the human species goes about obtaining, using, producing and distributing resources in the course of the production and reproduction of it social and biological life. These activities are not isolated from others features of social life. They are everywhere influence, and are influenced by, the distribution of power and dicision-making, the systems of social organization, culture and ideology in societies. Politics is therefore a defining characteristics of ‘all’ human groups, and always has been (Leftwich.A.1983.Redefining Politics: Peoples, Resources and power. London: Methuen, hlm: 11)
Rangkuman ini sangat luas dan dianggap sebagai kajian politik sebenar kerana fokusnya tidak terbatas kepada institusi dan agensi pemerintahan semata-mata.
‘Iceberg’ Politik Atas (rankuman Konvensional Sains Politik) Bawah: Rangkuman ‘Mikro’ Politik
Everywhere people compete with each other and search for allies to help them achieve their goal. People everywhere are thus engaged in politics”
Politik dalam masyrakat
Dalam masydarakat Tradisional: Konflik kelompok di dalam sesebuah masyarakat Nomad
Politik dalam organisasi Besar: “Apabila konsep pembangunan dibincang dan terbuka kepada tafsiran maka ia sukar dipisah daripada urusan politik” – Konsep bank Dunia. IMF
Asas Kepada Konflik dalam Masyarakat
Kepentingan Yang Bertentangan
Ungkapan Lord Palmerston dalam menjelaskan Konsep ‘kepentingan yang bertentangan”: “….. There are no permanent friends and enemies but permenent interests”
Demokrasi dan Masyarakat: Cabaran melaksanakan demokrasi Liberal : Dalam masyarakat Sedang membangun
a. Situasi Selepas zaman Penjajahan; Great Britain, Amerika, Prancis, Belanda, Spanyol dan lain-lain.
b. Selepas Era Perang Dingin: Runtuhnya Soviet Union
Pasca Colonial: Dari sudut politik negara membangun mula bercita-cita melaksanakan pemerintahan demokrasi dan memberi kebebasan politik yang tinggi kepada rakyat. Sistem demokrasi liberal cuba dilaksanakan dan pelbagai institusi asasnya segera dibentuk seperti badan kehakiman yang bebas, badan untuk mengendalikan pilihanraya dan dewan perundangan. Negara bekas penjajah sering menjadi model demokrasi yang dilaksanakan. Contohnya: malaysia, sri langka, India dan pakistan cuba melaksanakan demokrasi berparlimen cara Great britain, manakala filipina dengan model demokrasi berpresiden Amerika Syarikat.
Negara pasca Perang Dingin:
Selepas kejatuhan Soviet, negara-negara ini juga menghadapi proses pembentukan demokrasi ( )- kes Kazakhstan, memerlukan Pemimpin luar menyelesaikan. Iraq juga adalah situasi pasca perang dingin.
Demokrasi pre-mature: dalam kedua-dua bentuk negara pasca Kolonial dan Pasca perang dingin; Sistem pemerintahan demokrasi seperti yang diamalkan di barat cuba dilaksanakan oleh negara membangun. Pada masa yang sama di kebanyakan negara ini mempunyai masyarakat yang berbeza asas latar dan budaya masing-masing; taraf pendidikan yang masih rendah, elemen feudal yang masih kuat, tingkat ekonomi yang masih mundur serta sifat budaya politik yang masih parokial (parochial:sempit/kedaerahan/terbatas). Pengenalan demokrasi seperti ini dianggap sebagai belum sampai waktunya, masih belum matang dan untuk itu tidak akan menghasilkan kesan yang baik kesan struktur asas sosial yang masih belum bersedia.
Kesan demokrasi pre-mature
-kebebasan politik yang diberikan disalahgunakan untuk tujuan kepentingan kaum dan golongan tertentu
-ada yang sering menghadapi rusuhan dan pemberontakan
-revolusi rakyat untuk memulihkan demokrasi
-kabinet yang memerintah seringkali bubar sebelum sempat mengisi penuh satu penggal pemerintahan
-pembunuhan politik sering berlaku
Keganasan politik, khususnya yang melibatkan kaum juga tidak pernah berhenti
Kerencaman sokongan yang diperoleh oleh pelbagai parti politik menyebabkan satu pasukan yang kuat gagal ditubuhkan untuk membentuk majoriti besar.
Tindakan keluar gabungan sering terjadi
Kegagalan mendapat cukup undi percaya
Parti barisan Pembangkang juga menghadapi masalah yang sama gagal mendapat cukup sokongan untuk membentuk kerajaan
Percubaan Pemulihan oleh Pimpinan Local
-Ada negara yang bertukar kepada pemerintahan autoritarian
-ada yang bertindak menyekat sahaja tahap kebebasan pesaingnya.
Ada yang mengistiharkan undang-undang tentera
Ada yang berjaya mendapat bilangan kerusi yang lebih selesa dengan kerjasama gabungan beberapa parti kecil
Ada beberapa negara yang mampu bertahan dengan membuat beberapa pindaan terhadap perlaksanaan demokrasinya demi menyesuaikan dengan latarbelakang masyarakatnya
Faktor Kegagalan demokrasi Di negara Dunia ketiga
Kebebasan tanpa kawalan menyebabkan meletusnya Konflik kaum yang turut meruntuhkan kerajaan dan keseluruhan sistem pemerintahan
Mengalami kegagalan kerana cuba melaksanakan cita-cita mereka secara segera
Pengalaman sejarah yang berbeza turut memberi kesan kepada bentuk demokrasi yang berkembang meskipun ada negara yang memiliki angkubah yang sama
Pertumbuhan Ekonomi tidak semestinya selari dengan pertumbuhan demokrasi
Kritikan Luar
Dalam apa jua keadaan Pihak luar akan mengkritik tindakan sesebuah negara membangun.
i: Kritikan dalam konflik: usaha memulih demokrasi
ii: Kritikan pasca Konflik: Tuduhan mencemar Proses demokrasi
Panduan Demokrasi pra-matang
Perlu menyedari bahawa asas sosio-politik yang kukuh perlu dibina terlebih dahulu sebelum melaksanakan demokrasi liberal
Mementingkan kestabilan (Keluar dari Konflik) lebih dari memenuhi kritikan membina demokrasi liberal
Memahami Struktur Sosial dan Persaingan Politik
Asas penting kepada perlaksanaan dan kejayaan demokrasi di negara dunia ketiga ialah faktor latar belakang masyarakatnya. Kebanyakan masyarakat negara baru ini bersifat majmuk dan perbezaan kaum adalah sangat signifikan bagi perkembangan politik persaingan.
Konflik menjadi lebih mudah berlaku apabila kaum yang berbeza mempunyai kedudukan ekonomi dan penempatan yang berbeza. Lebih serius lagi apabila sesuatu kaum dilihat sebagai menindas kaum lain. Ketidak seimbangan politik juga akan menajamkan lagi konflik yang telah sedia ada, apatah lagi apabila ia dibezakan pula dengan faktor primordial (origin/native) dan kebendaan.
Kebanyakan negara dunia ketiga tidak sama sifat heterogennya dengan masyarakat barat. Mereka lebih bersifat majmuk dalam bentuk plural seperti pandangan Furnivall (1956. Colonial Policy and Practice). Kepelbagaian kaum disertai dengan perbezaan bahasa, agama budaya, kedudukan ekonomi, malah penempatan menjelaskan lagi perpecahan. Demokrasi dengan itu lebih sukar berkembang di dalam masyarakat yang terbahagi seperti ini.
2. Demokrasi dalam Negara maju
Perbezaan kaum bukan tidak wujud di Eropah, namun ia tidak begitu signifikan kecuali dibeberapa negeri tertentu seperti Ireland utara dan Yugoslavia sahaja.
Adalah tidak adil dan tidak tepat hanya melabel negara sedang membangun sahaja yang sensitif terhadap perbezaan kaum. Elemen ini sebenarnya bersifat universal
Beberapa isu kaum telah memburukkan hubungan kaum di Amerika Syarikat kesan amalan keganasan polis kulit putih terhadap pemuda kulit hitam di dalam kes Rodney king di Los Angeles dan pembunuhan seorang kulit hitam yang diseret dengan kereta oleh lelaki kulit putih di Florida pada 1998. Beberapa sarjana berpandangan perbezaan ini boleh membawa kepada konflik etnik yang ketara.
Kecuali jepun, semua masyarakat di dunia ini bersifat berbilang kaum. Jepun memiliki kelompok Ainu dan Burakumin namun bilangannya adalah kecil. Amerika Syarikat, Great Britain, jerman mahupun Perancis yang sudah mantap demokrasinya bukan memiliki masyarakat yang homogen. Perkembangan yang telah memakan masa panjang menyebabkan pelbagai kaum di dalam satu negara itu boleh mengamalkan demokrasi.
Rujukan
(Leftwich.A. (Adrian Leftwich) 1983. Redefining Politics: Peoples, Resources and power. London: Methuen & CO,)
Kuliah 3
Manusia Sebagai makhluk Sosial
The Muqaddimah, an introduction to history. 1989. By Ibn Khaldūn, Franz Rosenthal, N. J. Dawood. . Princeton University Press, Hlm 45
Chapter I, Human Civilization in General: First Pre-Perfetory Discussion;
Human Social organization is something necessary. The philosophers expressed this by saying: “man is ‘political’ by nature”. That is, he cannot do without the social organization for which the philosophers use the technical term ‘town’ (polis)
Interaksi merupakan eleman asas di dalam proses social sesebuah masyarakat. Ia boleh berlaku dalam bentuk dua atau lebih hala di kalangan anggota atau kelompok masyarakat tidak ubah seperti hubungan antara organ di dalam satu tubuh organism biologi yang saling berhubungan di antara satu dengan yang lain. Hubungan ini pula tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya boleh bersifat kesalingan, timbale balik atau reciprocal. Output yang diperolehi daripada satu organ boleh menjadi input kepada bahagian lain dan begitu juga sebaliknya.
Proses interaksi yang berjalan dengan lancer dan hubungan timbale balik yang berkembang baik memperlihatkan fungsi-fungsi social dipenuhi dengan sewajarnya dan perkembangan ini menjamin pencapaian tingkat harmoni atau keseimbangan (equilibrium) sesebuah masyarakat.
Perbincangan ini boleh juga dilihat dari sudut teori pertukaran social atau theory of social exchange. Di dalam teori ini individu yang berinteraksi secara social melakukannya dengan matlamat memperolehi sesuatu daripadanya (reward) meskipun maklum ia terpaksa juga menanggung kos. Kos ini tidak semestinya berbentuk material aatau wang ringgit tetapi merangkumi tanggungjawab tertentu yang terpaksa dipenuhi, kepenatan rasa jemu, dan mungkin rasa cemas. Keuntungan yang diperolehi dapat dinilai dengan melihat perbezaan reward yang diperolehi dengan kos yang ditanggung
Pendekatan Struktural – Fungsionalisme
Apabila menyentuh persoalan fungsi dan keseimbangan, perbincangan ini telah mencecah persoalan fungsionalisme, suatu pendekatan popular yang masih dapat bertahan di dalam disiplin sosiologi. Pendekatan ini berupaya menjelaskan proses social dan politik di dalam sesebuah masyarakat khususnya yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
Pendekatan fungsionalisme yang menjadi pendekatan uatama di dalam peringkat awal kajian social kerapkali digunakan di dalam mengkaji integrasi social. Hubungan integrasi dengan dengan pendekatan ini menjadi begitu rapat seolah-olah pendekatan ini sekali gus membayangkan keadaan yang imbang, harmoni dan stabil
. Masyarakat di lihat sebagai satu keseluruhan yang mempunyai berbagai bahagian, sector, cabang dan peringkat. Setiap bahagian atau bahagian itu mempunyai fungsinya tersendiri dan fungsi ini harus dipenuhi untuk memastikan keseimbangan masyarakat tersebut. Sekiranya sesuatu bahagian itu tidak memainkan fungsinya (seperti polis, tidak memelihara keamanan, atau pembekalan air terhenti mahupun guru sekolah melancarkan mogok) maka akan berlaku ketidakseimbangan dalam masyarakat.
Ini memerlukan penyesuaian semula untuk mengembalikan keseimbkangan dalam masyarakat.. pokoknya konsep struktur dan fungsi penting di sini, iaitu masyarakat memiliki struktur atau berbagai bahagian yang penting membina masyarakat itu dan setiap bahagian itu memiliki fungsi yang perlu dipenuhi bagi menjamin penerusan masyarakat
. Kestabilan, integrasi, harmoni dan keseimbangan dengan itu menjadi matlamat utama dan andaian utama kepada perspektif ini dalam melihat masyarakat. Durkheim, Malinowski, Radcliffe-Brown dan Parson adalah antara pelopor huraian masyarakat melalui pendekatan ini.
Keadaan integrasi social sebenarnya boleh juga dibincang melalui pendekatan konflik. Melalui pendekatan ini hubungan di dalam masyarakat kelihatan sepadu namun sebenarnya tidak sejahtera dengan kedudukan kelas yang berbeza. Kelas bawahan yang lebih besar saiznya kelihatan hidup aman di bawah dominasi kelas atasan. Mereka yang memainkan peranannya sebagai pekerja atau petani merasakan bahawa memang fungsi mereka adalah untuk berkerja seperti sewajarnya tanpa merasa diperas.
Kedudukan seperti ni akan berterusan selagi kesedaran bahawa mereka berada di dalam satu kelas itu sebenarnya boleh menggugat masih tidak timbul. Secara teori, dengan kelahiran kesedaran kelas akan menyebabkan revolusi meletus daripada kelas bawahan ini sama ada kelas petani ataupun buruh. Untuk huraian pendekatan ini rujuk modul dua atau tiga yang membincangkan ide social dan politik Marx.
Melalui pendekatan fungsionalisme ini Malinowski menjelaskan kedudukan integrasi social di dalam sesuatu masyarakat. Antara lain beliau cuba menjelaskan bagaimana ritual keagamaan sesuatu masyarakat itu member sumbangan kepada pengukuhan integrasi social meskipun tidak sehingga menyimpulkan agama itu tidak lain daripada menyembah masyarakat itu sendiri. Seperti Durkheim beliau juga mengkaji masyarakat yang ringkas atau simple di kepulauan Trobriand berhampiran dengan new Guinea. Nilai-nilai dan norma yang terdapat di dalam amalan sesuatu ritual dilihatnya memperkukuhkan hubunjgan social di kalangan ahli.
Umpamanya apabila seseorang ahli kelompok itu meninggal dunia, kehilangannya dirasakan sangat oleh ahli dengan ratapan, tangis, sedih dan kecewa dan ini sebenarnya bersifat disruptive kepada hubungan social kelompok tersebut. Namun kematian ini diduduli dengan berbagai ritual seperti majlis pengebumian, dan beberapap peringkat lain sebelum dan sesudah itu. Ritual ini akan disertai oleh ramai ahli kelompok dan secara tampa sedar ia sekali lagi berperanan mengukuhkan hubungan integrkasi di kalangan meraka.
Seperti di kebanyakan masyarakat simple lain ritual memang banyak diamalkan di dalam masyarakat ini. Ia bukan sahaja terdapat didalam urusan kematian tetapi di dalam urusan lain seperti kelahiran bayi, menyembut umur puberty, perkahwinan malah sehingga kepada urusan merawat pesakit, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. Ritual yang banyak menarik peranan seramai mungkin ahli dan walau sekecil mana peranan anggota ia tetap penting kepada kelompok tersebut. Hubungan mereka terus padu dengan sumbangan setiap ahli di dalm ritual ini.
Talcott Parsons merupakan sarjana seterusnya yang melanjutkan perkembangan pendekatan fungsionalisme menjelaskan betapa factor konsesus nilai adalah merupakan factor utma yang berperanan penting di dalam pembentukan integrasi social ini. Huraian system social beliau memberikan factor-faktor yang membawa kepada penerusan system tersebut dan factor integrasi merupakan satu yang utama
. Parsons menekankan dalam usaha mencapai integrasi, satu prasyarat yang utama perlua da ialah nilai sepakat (value consensus). Nilai ini dalam sesuatu masyaarakat meletakkan asas kepada mereka untuk berkerjasama memandangkan ia yang melahirkan matlamat bersama dan mewujudkan hubungan bersepadun sesame mereka
Menurut Parsons lagi, masyarakat yang memiliki integrasi social yang tinggi tidak semestinya tidak mengalami konflik di dalamnya tetapi konflik ini tidak seperti peperangan saudara atau rusuhan besar-besaran seluruh Negara. Konflik yang berlaku kerana kepentingan yang berbeza antara individu atau kelompok tetap wujud tetapi tidak sehingga memecahkan keseimbangannya. Parsons lebih senang dengan keadaan ini yang dinamakannya sebagai ‘moving equilibrium”. Dalam keadaan seperti ini sesebuah masyarakat it uterus berkembang dan mengalami perubahan tetapi tidak berpecah.
Masyarakat Malaysia umpamanya telah m engalami perpecahan pada 1969 kesan daripada peristiwa 13 mei. Perkembangannya dari tahun 1970-1995 memperlihatkan integrasi yang baik dan kelihatan berkedudukan imban. Namun apakah tiada ada kemajuan, perkembangan atau perubahan yang berlaku didalamnya, atau tidak mungkin tidak ada konflik kepentingan yang wujud. Sudah tentu semua itu masih wujud.
Kerangka Fungsionalisme dan impak kepada Proses Politik
Berasaskann kerangka fungsionalisme ini ternyata kestabilan dan harmoni menjadi garis sempadan persaingan. Setiap satu gerakan dan tindakan sentiasa berasaskan nilai-nilai positif ini. Dengan itu persoalan konflik, revolusi, rampasan kuasa, tikam belakang, berpaling tadah atau rusuhan bukan menjadi nilai dalam kerangka ini. Bagaimanapun tuntutan atau kehendak sesuatu kelompok mesti diutarakan dan tidak semudahnya diketepikan. Apakah kaedah yang digunakan dalam kerangka ini.
Apa yang nyata dalam masyarakat seperti ini , proses politik bersifat accommodation dan bargaining kerap diamalkan sebagai kaedah mempengaruhi sesuatu keputusan, malah dua proses politik ini menjadi elemen asas kepada perkembangan politik demokrasi.
Di samping dua kaedah ini terdapat beberapa kaedah lain yang selalu juga digunakan di dalam masyarkat demokrasi seperti rundingan, gesaan, desakan dan kerjasama tetapi kebiasaannya beberapa kaedah ini diguna serentak dengan dua kaedah di atas. Di dalam menjalankan usaha bargaining dan accommodation berbagai cara digunakan oleh kelompok atau individu untuk mempengaruhi sesuatu keputusan. Menghantaar memorandum kepada pucuk pimpinan kerajaan adalah kaedah yang deplomatik.
Kiranya proses demokrasi liberal berpanjangan ‘dalam kes Malaysia’ walaupun PR berkuasa selepas pilihanraya 13, ini adalah suatu situasi yang baik bagi orang melayu. Namun kiranya demokrasi liberal sudah tidak diteruskan lagi oleh ‘pimpinan ketika itu’ –kebarangkaliannya model singapora diteruskan’ maka politik liberal sekarang di malaysia’ adalah kerangka politik demokrasi liberal penipuan ‘ kepada orang Melayu. (SA)
Ada juga yang menemui wakil rakyat atau menteri cabinet dan cuba melobi, menyuarakan pendapat di dalam media dan mengadakan rundingan atau dialog. Sekiranya masih gagal beberapa kaedah yang lebih tegas seerti mengadakan piket dan demonstrasi secara aman di adakan untuk mempengaruhi keputusan tersebut serta pendapat public. Penggunaan kekerasan seperti rampasan kuasa, penculikan dan tebusan sserta revolusi atau pembrontokan sebagai alat desakan adalah diluar daripada skop rule of the game arena demokrasi liberalism.
Semua ini adalah merupakan proses interaksi social yang dilihat secara mikro seperti yang dibincang di atas tadi. Oleh kerana perlakuannya dilakukan di dalam dunia social maka ia tertakluk kepada segala norma, adatndan kawalan social serta budaya, sempadan dan undang-undang yang terdapat di dalam masyarakat tersebut. Sebagai contoh meskipun Great Braitai dan India mengamalkan demokrasi namun amalan accommodation dan bargaining di dua Negara ini ternyata berbeza.
Kajian di dalam politik perbandingan yang dipelopori oleh Gabriel Almond, Sidney Verba, james Coleman dan G. Bingham Powell umpamanya banyak menekankan persoalan perbezaan amalan seperti ini yang kemudian dinamakan sebagai budaya politik. Seperti contoh di atas dua Negara tersebut sama-sama mengamalkan system politik demokrasi tetapi ia tidak bermakna kedua-duanya mempunyai budaya politik yang sama. Mengikut pengkelasan sarjana di atas great Braitin jelas mempunyai budaya politik participant tetapi adalah tidak jelas bagi inndia. Latar belakang nilai, budaya, taraf pendidikan, ekonomi dan infra struktur turut mempengaruhi amalan politik mereka.
Accommodation – Bargaining Dalam Kerangka Demokrasi
Accommodation dan bargaining adalah dua kaedah pang popular digunakan di dalam persaingan antara kelompok mahupun individu di dalam arena politik demokrasi. Accommodation dapat diangap sebagai penyelesaian isu-isu serta konflik melalui rundingan untuk mewujudkan suatu konsesus
Konsensus yang dibentuk akan menyelesaikan isu atau konflik tersebut. Bargaining pula adalah merupakan usaha tawar menawar yang dibuat diantara pihak yang berkepentingan untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua pihak terlibat. Dua kaedah ini kerap digunakan memandangkan prosesnya yang tidak melibatkan kekerasan dan kelihatan lebih mencerminkan suatu aktiviti social atau politik yang lebih civilized.
Bayangkan proses social dan politik yang wujud di zaman pertengahan abad dahulu di mana kekuatan tenaga Fizikal menjadi penentu kekuasaan. Bayangkan juga keadaan alamiah yang digambarkan oleh Thomas Hobbes, zaman savage dan b;arbaric yang digambarkan oleh Lewis Henry Morgan dan juga sifat masyarakat militant gambaran Herbert Spencer (sekadar beberapa contoh). Semuanya menunjukkan keadaan yang tidak bertamadun dan mengenepikan unsure tolak ansur dan rundingan yang sekali gus gagal memelihara kesejahteraan semua pihak.
Demokrasi liberal merupakan suatu jenis pemerintahan yang mengutamakan kebebasan rakyat samada untuk bersuara, bergerak, berpendapat mahupun memilih kerajaan. Individu, pertubuhan dan kelompok masyarakat memiliki kebabasan asas. Pertubuhan pendesak mahupun parti politikbebas bergerak, menyuarakan kepentingan dan sama-sama berusaha menentukan suatu keputusan demi memelihara kepentingannya.
Pilihanraya diadakan bagi memilih wakil rakyat ke dewan perundangan dan membentuk kerajaan. Akhbar majalah dan lain-lain media seperti radio dan television dibenarkan bergerak dan menyuarakan pendapat berbagai pihak. Di dalam arena yang serba bebas ini persaingan dan konflik (secara sihat) kepentingan sentiasa wujud malah menjadi eleman penting kepada system sedemikian. Accommodation dan bargaining bukan menjadi perkara asing malah mendapat tempat istimewa di dalam system politik ini.
Sesuatu dasar kerajaan boleh dipengaruhi melalui kaedah ini, begitu juga dengan dasar dan tindakan pertubuhan lain. Pertubuhan pendesak dan parti politik bukan sahaja ingin mempengaruhi dasar kerajaan tetapi juga sentiasa peka dengan dasar serta langkah parti politik dan pertubuhan pendesak lain.. pertubuhan alam sekitar umpamanya sentiasa memerhatikan kegiatan pertubuhan pengilang atau peladang di samping kerap berinteraksi dengan jabatan Alam Sekitar. Kesatuan sekerja pula seringkali berhubung dnegna jabatan buruh di samping berinteraksi dengan badan majikannya.
Sebagai contoh, perselisihan di antara kesatuan sekerja dengan pertubuhan majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan dan proses yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Langkah sesuatu pertubuhan ynag tidak dipersetujui mungkin akan di dedahkan di media, atau sekiranya serius di bawa ke mahkamah. Di dalam masyarakat pluralistic seperti terdapat beribu pertubuhan lagi bergerak bebas dan masing-masing memiliki kepentingan, ada yang berbeza atau bertentangan dengan yang lain meskipun tidak dapat dinafikan ada juga yang selari matlamat perjuangannya.
Pendekatan Pluralist (Groups)
Pendekatan ini mula sekali dikembangkan secara sistematik oleh Arthur F. Bentley yang menulis The Process of Government (Cambridge, Mass., `1967, terbitan pertama pada tahun 1908). Beliau menjelaskan bagaimana dasar-dasar kerajaan sebenarnya boleh dipengaruhi oleh pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain Bentley, David B. Truman merupakan seorang sarjana yang turut mengembangkan pendekatan ini.
Tulisannya, Governmental Process turut membincangkan proses penggubalan dasar kerajaan dan pengaruh orang ramai terhadapnya. Sedikit sebanyak pendekatan ini terpengaruh dengan beberapa kajian dari disiplin sosiologi khususnya pendekatan fungsionalisme yang menekankan persoalan fungsi, equilibrium dan saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Pendekatan ni kini kerap kali digunakan khususnya di dalam mengkaji proses politik masyarakat demokrasi seperti di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara eropah.
Kaedah yang memperllihatkan masyarakat ini merupakan satu arena untuk para pertubuhan bergerak dan bersaing serta saling mempengaruhi satu sama lain, mencirikan sebagai suatu masyarakat pluralistic. Pendekatan pluralistic atau groups ini mengandaikan kehidupan masyarakat sentiasa mengandungi proses persaingan dan tawar menawar di antara pertubuhan sesame mereka mahupun individu sesame mereka ataupun antara kedua-duanya, individu dan kelompok.
Di dalam keadaan ini groups yang berbeza ini sanggup bertolak ansur di dalam menentukan sesuatu keputusan. Ia terpaksa mengambilkira anggotanya dalam masa yang sama mempunyai kesetiaan ynag berbelah bagi dengan pertubuhan lain (divided loyalties)
Mengikut Bill dan Hardgrave lagi anggota groups ini sebenarnya merasa berbelah bagi kerana memiliki kepentingan yang berbagai. Mereka juga pada masa yang sama menjadi ahli kepada yang lain, cross cutting cleavages atau sokongan dan keahlian bersilang kelompok berlaku di sini. Dalam satu masa ia menyokong NGO kesatuan sekerja umpamanya tetapi dalam isu yang lain ia menyokong pula NGO lain yang beroposisi dengan kesatuan sekerja.
Apa yang penting di sini ialah isu yang menjadi focus, bukan parti atau kaum atau sentiment primordial. Keadah pluralistic ini memaksa mereka untuk menerima hakikat bahawa untuk mendapat segala-galanya adalah tidak realistic dan dengan sanggup untuk menerima sesuatu yang lebih rendah tetapi yang masih di dalam persetujuan mereka.
Multi membership atau overlapping membership hanya menyebabkan hubungan ikatan keahlian seseorang ahli terhadap satu-satu pertubuhan itu longgar. Ia adalah merupakan perkara biasa di dalam politik pluralistic ini. Dalam masa yang sama cross cutting cleavages juga adalah perkara biasa.
Di dalam keadaan ini adalah tidak menghairankan jika beberapa individu menyertai sati kelompok agama dan di dalam pertubuhan bahasa umpamanya sebahagian sahaja daripada mereka menyertainya dan bercampurpula dengan beberapa individu lain daripada pertubuhan agama lain. Struktur social yang [pelbagai dan kompleks seprti ini hanya menjadikan tekanan politik bersifat sederhana.
Sementara itu di dalam sesuatu bargaining. Kerana menyedari bahawa mereka tidak mungkin memperoleh sepenuh matlamat, maka mereka sanggup untuk berunding bagi memperoleh sesuatu yang lebih rendah matlamatnya. Sebenarnya inilah hakikat accommodation dan bargaining iaitu kesanggupan untuk mencapai matlamat yang lebih rendah nilainya tetapi diterima dalam suatu consensus oleh semua pihak.
Persaingan pertubuhan ini berjalan di dalam bentuk yang sihat, dan dilakukan secara sah (constitutional). Hanya yang Berjaya meyakinkan majority dan penggubal dasar biasanya akan mendapat sokongan dan diterima tuntutan atau cadangan mereka.
Demokrasi Consociational: Politics of accommodation
Istilah ini dipopularkan oleh Arend Lijphart seorang sarjana Denmark. Arend Lijphart yang berminat di dalam disiplin ini sebelum ini menerbitkan The Politics of accommodation (9168) yang menghususkan kajian demokrasi ini di netherland. Beberapa tahun kemudian beliau meluaskan kajinanya dan menerbitkan pula Democracy in Pluran Society (1977) yang melihat cirri-ciri konsosiasional di luar eropah seperti di Malaysia, Cyprus, Nigeria dan Lebanon.
Di dalam tulisan beliau Cosociational Democracy (1969) beliau membezakan demokrasi ini dengan yang terdapat di Anglo-American dan lain-lain Negara eropah. Sebelum itu di dalam tulisannya Comparetive Political system. Gabriel Almond memberikan tiga jenis demokrasi yang diamalkan di barat:
Pertam yang bersifat system Anglo-American (seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom)
Kedua bersifat (Continental European Political System (seperti di Prancis, german dan Italy)
Ketiganya ialah yang bersifat Scandinavian and Low Countries, tetapi tidak menjelaskan dnegan lebih lanjut jenis ketiga ini. Arend Lijphart yenag mengjkaji perkara ini menjelaskan sifat ketiga ini dan menamakannya. Consociational democracy
Demokrasi ini memperlihatkan persaingan berbagai kelompok kesan daripada struktur masyarakat yang terlalu terbahagi (segmented). Masyarakat seperti ini memiliki sub-budaya yang pelbagai. Masyarakat Negara-negara Scandanavia dan beberapa nehgara eropah berdekatan umpamanya memiliki kelompok-kelompok yang terbahagi kepada suku agama dan kaum. Bagi natherland umpamanya perpecahan utama yang wujud antara kelompok Roman katolik, Dutch Reformed dan lain-lain kelompok Orthodox reformed. Di samping itu terdapat lagi kelompok yang lebih kecil tetapi tetap aktif seperti Mennonites, Lutherans dan Yahidi.
Perasaan kekelompokan ini begitu kuat sehingga ia mempengaruhi kuat ikatan mereka di dalam perkembangan politik Negara. Kehadiran kepelbagaian kelompok dan sokongan ini hanya menggagalkan pembentukan sebuah parti yang diungguli oleh sebahagian besar masyarakat.
Masyarakat yang terlalu terbahagi sifatnya hanya melahirkan kepelbagaian budaya atau sub-budaya yang kemudiannya menpengaruhi pula budaya politiknya. Budaya politik masyarakat seperti ini bersifat fragmented dan dengan itu persaingan kelihatan sengit, meskipun tidak akan menghasilkan stu pihak yang akan menjadi juara
. Kerana terlalu fragmented maka banyak pihak akan mendapat sokongan tetapi masing-masing gagal mendominasi dewan perundangan Negara dan dengan itu gabungan di antara beberapa parti politik tidak dapat dielakkan sebagai langkah untuk membentuk kerajaan.
Gabungan dibentuk antara sekurang-kurangnya dua parti, biasanya lebih daripada dua untuk memastikan dominasi dewan perundangan terjamin. Consensus perlu dipupuk di antara parti-parti berkenaan agar gabungan dapat dibentuk. Dasar dan ideology parti sering menjadi perkiraan di dalam pembentukan gabungan di samping keputusan pilihanraya yang membolehkan majority selesa dibentuk. Dalam mencapai consensus ini accommodation dan bargaining menjadi asas perbincangan.
Seperti kata David Apter,
The key to consociationali accommodation is elite bargaining. The key to elite bargaining is responsible leadership highly accountable to its community. But the existence of various communitities must not be threatened by consociation. Identities must be preserved”
Dengan itu apa yang penting rundingan dan accommodation berjalan, namun identity sesuatu pertubuhan tidak tergugat dengan suatu keputusan tawar menawar itu.
Dahrendorf yang kritikal di dalam menerima pendekatan ini menamakan kerjasama anatar elit berlainan kelompok ini sebagai “a cartel of elite’. Mereka berkerjasama tetapi sebenarnya hanya diperingkat elit dan golongan massa bawahan hanya dikaburi denhgan laungan kerjasama, harmoni, tawar menawar dan rundingan tetapi yang untung hanyalah golongan elit. Pandangan pendekatan konflik ini ada benarnya meskipun it tidak juga member alternative yang lebih baik kepada penyelesaian kepada masyarakat yang segmented ini.
Mengikut Lijphart dinegara-negara seperti Denmark, Sweden dan Belanda masyarakat adalah begitu terbahagi sekali sifatnya. Kelompok kecil samaada bersifat social atau keagamaan kelihatan banyak bilangannya dan masing-masing memiliki pengikut yang ramai. Pengaruh sifat ini menyerap ke dalam parti politik di mana perbagai parti dibentuk dengan struktur masyarakat demikian berpecah. Setelah pilihanraya diadakan parti-parti ini gagal berkuasa dengan sendiri kerana sokongan rakyat yang tidak tertumpu kepada satu atau dua parti utama, sebaliknya jelas perpecah kepada berbagai parti. Accommodation dan bargaining berjalan sebaik sahaja pilihanraya diadakan sebagai usaha membentuk sebuah kerajaan.
Di dalam tulisannya The politics of accommodation Lijphart menulis,
Dutch Politics is a politics of accommodation. That is the secret of its success. The term accommodation is here used in the sense of settlement of divisive issues and conflicts where only a minimal exists
Accommodation terpaksa dijalankan untuk menyelesaikan persaingan atau tuntutan bertindan antara kelompok. Di dalam proses accommodation ini sudah tentu suatu keputusan mutlak tidak akan dicapai oleh semua pihak. Consensus mutlak juga tidak mungkin akan diperolehi melalui proses ini. Walau bagaimanapun ia sekurang-kurangnya memberikan suatu tahap consensus minima yang munasabah bagi semua pihak.
Usaha accommodation akan gagal sekiranya sebarang consensus tiada langsung diperolehi. Apa yang penting di dalam masyarakat yang terbahagi seperti ini mereka menerima rule of the game yang bersifat sedemikian.
Mengikut Lijphart lagi.
Dutch national Consensus is weak and narrow, but it does contain the crucial component of a widely shared attitude that the existing system ought to be maintained and not be allowed to disintegrate (1975:103)
Dengan ini apa yang penting mereka bersaing malah ‘berkonflik’ di dalam mempengaruhi sebarang keputusan tetapi akur dengan system yang mendasari semua peraturan persaingan inji. Elit politik bergerak di atas landasan peraturan ini berusaha mengekalkannya.
Kuliah 4
Karl Marx dan Idea sosiAl- Politik
Pendahuluan
Marx berasal dari Jerman, berketurunan Yahudi. Beliau berkawan rapat dengan Friedrich Engels (1820-1895). yang kemudian banyak menerbitkan tulisan beliau termasuk draf yang masih mentah sifatnya setelah Marx meninggal dunia.
Marx pernah tinggal di Perancis tetapi kegiatan politik dan tulisannya yang radikal tidak disenangi oleh kerajaan Perancis pada masa itu menyebabkan beliau di arah keluar dari Negara tersebut. Beliau kemudian kembali ke German tetapi kemudian beliau dihalau oleh kerajaan German pula kerana kegiatan politiknya. Beliau cuba kembali ke Prancis tetapi tidak lama dan akhir sekali bersama keluarganya berpindah ke England. Ketika di Negara ini kehidupannya agak susah kerana tekanan ekonomi pada masa itu tetapi kerap dibantu oleh sahabatnya Engels anak seorang hartawan.
Pemikiran beliau tertumpu kepada permulaan perkembangan masyarakat kapitalis Eropah Beliau merupakan tokoh yang mengemukakan idea revolusi proletar,
pengaruh pemikirannya banyak menyusupi gerakan social dan politik di merata dunia. Banyak majikan yang tidak senang dengan gerakan kesatuan sekerjanya kesan daripada pengaruh perjuangan beliau dan banyak Negara menjadi tidak aman kerana pengaruh pemikirannya.
Beliau banyak menulis dan antara yang terkenal ialah Communist manifesto, Capital, German ideology dan contribution to the Critique to the Political Economy. Beliau juga pernah menjadi editor kepada satu akhbar radical yang terkenal di german bernama Reinische Zeitung. Tesis kedoktorannya membincangkan tajuk “Feuerbach’s The Essence of Christianity” diterbitkan pada tahun 1841
Pemikiran Karl Marx mendapat pengaruh kuat daripada tokoh falsafah German Ludwig Feuerbach (1804 – 1872) dan gurunya Georg Friedrich Hegel - the greatest of the German idealist philosophers (1770-1831) - meskipun Marx sendiri banyak mengkritik dan meminda ide kedua-dua pemikir ini. Pemikiran idealis Hegel banyak mempengaruhi ide marx mengenai ekonomi masyarakat manakala Feuerbach menarik beliau kepada alam meterial yang menjadi inti kepada keseluruhan pemikirannya.
Meskipun dua sarjana ini banyak mempengaruhi Marx, idea mereka berdua tidak juga seragam. kajian Feuerbach lebih menekankan kepada keadaan real man dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan alam nyata, the real atau dikatakan juga sebagai material world. Hagel pula seolah-olah bertentangan dengan pendekatan demikian melihat pula yang real itu sebagai terhasil daripada alam ketuhanan (divine). Pengaruh idea atau alam ide Plato kelihatan kuat dalam pemikiran Hagel ini
Ide Marx nampaknya lebih cenderung dengan pemikiran Feuerbach di dalam hal ini memandangkan Feuerbach berpendapat the devine itu hanyalah merupakan hasil yang bersifat illusory daripada alam nyata ini
Marx kemudian mengalihkan sepenuhnya idea hegel yang melihat ide semuanya kepada pandangan yang sepenuhnya bertentangan dengan melihat alam material seluruhnya. Dengan ertikata lain marx menggunakan cara pendekatan alam material Feuerbach untuk mengalihkan asepenuhnya alam ide hegel. Pengaruh hegel dengan itu mempunyai kesan tidak langsung kepada fikiran Marx.
Daripada kebanyakan tulisannya kelihatan marx menolak idea positif sains di dalam mengkaji masyarakat seperti yang dikemukakan oleh comte. Bagi beliau tidak akan wujud suatu general laws atau teori sejagat dengan penjelasan yang konkrit mengenai sebarang fenomena masyarakat meskipun beliau menerima sebarang kajian social yang saintifik lagi objektif
Marx sebenarnya seorang naturalist tetapi didalam masa yang sama juga merupakan seorang realis. Beliau menolak pandangan david Ricardo dan Adam Smith tokoh klasik ekonomi yang terkemuka kerana tidak bersetuju dengan pandangan yang sepenuhnya mengambilkira factor-faktor ekonomi tanpa mengambilkira factor hubungan manusia di dalam pengeluaran. Beliau juga menolak natural economic laws yang dikatakan boleh diaplikasikan kepada mana-mana masyarakat.
Bagi beliau perkembangan masyarakat adalah berbeza dan perlu dilihat berdasarkan kesnya tersendiri. Di dalam keadaan lain pula Marx menganggap manusia yang dikaji tidak harus diletak sebagai satu individu secara sendirian seperti Robinson Crusoe di sebuah pulau yang tidak bermasyarakat. Dalam keadaan seperti ini tidak eujud hubungan pengeluaran dan kehidupannya dilihat sebagai tidak signifikan dan tidak bermasyarakat. Beliau menguruskan halnya sendiri tanpa sebarang hubungan dengan manusia lain.
mod Pengeluaran Dalam Historical Materialism
Karl Marx sering menekankan bahawa sejarah memainkan peranan utama di dalam melihat perkembangan masyarakat dan berpendapat bahawa sejarah manusia sejak zaman lampau hingga kini sebenarnya adalah merupakan sejarah perjuangan kelas (class struggle).
Sejarah bagi beliau adalah satu proses penciptaan yang berpanjangan, satu putaran, danpenciptaan semual akan keperluan manusia. Inilah yang membezakan manusia dengan haiwan kerana menurut beliau sejarah keperluan haiwan ituadalah tetap dan tidak berubah. Sejarah menunjukkan bahawa keperluan manusia ini berubah mengikut cita rasa dan sentiasa diperbaiki melalui proses sejarah
Beliau menghuraikan perjalanan sejarah manusia yang dikonseptualisasikan melalui historical materialism. Apa yang marx maksudkan dengan historical materialism ialah berhubung dengan pengaruh ekonomi atau material terhadap perkembangan sejarah manusia, dijelaskan melalui dialektik Hegel. Dialektik ini dijelaskan oleh Hegel melalui sifat kontradiksi terhadap sesuatu keadaan.
Sesuatu sifat atau keadaan itu adalah suatu tesis. Ia di anggap benar tetapi di dalam masa yang sama ia juga mempunyai kontradiksi yang disebut sebagai anti tesis. Anti tesis ini juga dianggap benar dan kontradiksi di antara dua keadaan ini akan melahirkan pula suatu keadaan rumusan daripada dua sifat tersebut itu yang dinamakan sebagai sintesis. Sintesis tiu pula dapat dianggap satu tesis baru dan memiliki anti tesisnya pula, dan demikianlah seterusnya proses ini b erjalan berterusan
Perubahan di dalam mod pengeluaran sesebuah masyarakat akan member pengaruh kepada hubungan social di dalam pengeluaran masyarakat tersebut. Menurut marx setiap masyarakat memiliki satu tingkat mod pengeluaran masing-masing. Umpamanya masyarakat Asiatic ialah masyarakat yang masih bersifat tribal, mood productionnya bersifat sara diri di dalam komuniti masing-masing (self sustaining within each local community).
Tiada Bandar dibentuk oleh masyarakat, tetapi ia mungkin tumbuh kerana kesan perdagangan.. bagi masyarakat ancient pula, sudah wujud Bandar-bandar dan communal city property termasuk pemilikan hamba. Hubungan social di dalam pengeluaran di sini lebih Chateel slavery. Masyarakat di zaman perhambaan ini memiliki cara pengeluaran yang berbeza dnegan masyarakat feudal. Didalam masyarakat feudal sudah tercipta teknologi mudah. Di peringkat ini juga terdapat apa yang dikatakan necessary labour namun surplus labour tidak semudahnya diperolehi sekiranya seseorang itu tidak memiliki kuasa politik dan ekonomi
Didalam mmasyarakat kapitalis, marx menjelaskan dengan panjang lebar akan sifat masyarakatnya seperti yang akan dibincang seterusnya nanti. Bagi marx lagi jika Mod pengeluaran ini berubah umpamanya daripada peringkat teknologi enjin wap kepada enjin petrol maka sejarah manusia juga akan berubah.
… the mode of production (eg. Hand labour or steam power) was fundamental in determining the kind of economy and society possessed. And the kind of cultural and social structure of that society
Secara tidak langsung marx melihat perubahan masyarakat tidak akan bebas daripada pengaruh ekonomi ini. Sesebuah masyarakat dengan ini tidak mungkin berkembang maju mendahului mod pengeluarannya. Pengaruh mod mengeluaran bukan sahaja terdapat di dalam pengeluaran tetapi juga menjangkau kepada sector pengagihan dan pengedaran. Marx menolak pandangan ekonomi politik daripada John Stuart Mills umpamanya yang beranggapaan.
…that while production is goverened by definite laws, distribution is compelled by human institutions
Bagi Marx pengagihan barangan tetap ditentukan oleh satu-satu tingkat mod pengeluaran.
Berasaskan perubahan secara ini marx memberikan beberapa peringkat masyarakat yang berkembang maju. Ia berkembang daripada satu peringkat mod pengeluaran yang mudah kepada yang lebih kompleks dan memiliki struktur sejarahnya tersendiri yang boleh dilihat berubah daripada primitive komunis kepada ancient, Asiatic, feudal, kapitalis dan membayangkan akan berubah kepada sosialis dan komunis kelak,
Di dalam masyarakat komunis yang marx bayangkan, akan wujud satu masyarakat tanpa kelas yang aman dan adil. Tiada perbezaan miskin kaya di dalam masyarakat ini dansemua anggota masyarakat mempunyai kedudukan yang sama rata. Impian Marx ini tidak tercapai. Negara ‘komunis’ yang muncul kemudian tidak sama seperti yang beliau bayangkan. Cara mencapai revolusinya juga tidak mengikut proses yang marx jelaskan.
Gambaran kapitalisme marx cukup sempurna sifatnya dengan keadaan buruh yang sengsara tertindas. Max weber juga banyak menilis mengenai pertumbuhan kapitallisme di eropah. Di sini kelihatan kedua-dua sarjana ini sama-sama menggambarkan bentuk kapitalisme yang cukup jelas. Golongan pemodal berkuasa di dalam berbagai aspek dan menjadi semakin kaya manakala golongan bruh semakin tertindas. Gambaran kapitalisme mereka seolah-olah digambarkan dalam bentuk ideal type weber
Dalam bentuk mod pengeluaran kapitalis ini system ekonomi kapitalis itu dibentuk daripada hubungan kelas pekerja dan pemodal yang berjalan secara tidak sama rata. Pengumpulan keuntungan yang berlebihan oleh kapitalis cukup memeras golongan buruh dan keadaan pemerasan ini akan manjadi cukup tenat kelak untuk mendorong kepada meletusnya satu revolusi proletar. Marx merasakan bahawa akan tiba satu peringkat apabila golongn buruh tidak dapat bertahan lagi dengan kedudukannya dan bergerak bersama untuk menjatuhkan golongan pemodal. Mereka akan melakukan satu revolusi dan membentuk suatu kerajaan revolusi proletar (yang akhirnya beliau sendiri tidak saksikan)
Hanya dalam tulisannya German Ideology (1847) bersama Rngels baru marx memberikan takrifnya mengenai masyarakat. Max mendefinisikan masyarakat sebagai,
…. A definite structure built around antagonistic social classes, division of labour and forms of private property”
Daripada takrifan ini ternyata cirri-ciri keutamaan max mengenai masyarakat adalah mengenai kelas yang sedang berkonflik dan kepentingan unsure material. Segala perkara yang dibincang seterusnya adalah berlegara disekitar dua aspek utama ini, komnflik kelas dan materialism.
Di samping itu, seperti weber marx juga begitu mengutamakan factor sejarah di dalam melihat dan memahami perkembangan tamadun masyarakat. Pemikiran beliau yang begitu terpengaruh dengan konsepsi materialism menyatakan bahawa sejarah perkembangan masyarakat yang telah dan akan terjadi akan melalui beberapa peringkat dan setiap peringkat itu dibezakan dengan mod pengeluaran yang berlainan.
Perubahan social berlaku di dalam perubahan tingkat masyarakat ini. Factor yang mendassari perubahan ini mengikut marx ialah apabila berlakunya konflik di antara forces of production (mode) dengan social relations of productions. Sesuatu tingkat mod pengeluaran sudah selari dengan hubungan pengeluarannya. Perubahan ynag sering berlaku adalah perubahan yang selari di dalam dua angkubah ini.
Namun sekiranya satu angkubah itu berubah tanpa perubahan di dalam angkubah lain ia akan melahirkan satu perubahan signifikan kepada masyarakat tersebut. Sebagai contoh sekiranya penggunaan teknologi sudah berubah namun organisasi ekonominya masih menggunakan cara lama maka ini akan menimbulkan suatu konflik yang berakhir dengan perubahan di dalam masyarakat tersebut.
Hubungan Pengeluaran Relations of Productions)
Marx melihat pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya kapitalis, dan pemerhatian beliau banyak sekali dipengaruhi oleh factor sebagai penentu kepada struktur hubungan di dalam masyarakat tersebut. Hubungan pengeluaran melibatkan segala hubungan yang terdapat di dalam satu-satu usaha pengeluaran baik antara pekerja dengan majikan, majikan dengan kesatuan sekerjanya, majikan dengan kerajaan, penentuan keputusan, pengagihan kuasa di dalamnya dan sebagainya lagi.
Mengikut marx, setiap satu system pengeluaran baik kilang, lading, perdagangan dan sebagainya pasti memiliki satu set hubungan di kalangan individu di dalam system tersebut kecuali keseluruhan system itu dijalankan oleh robot belaka.
Bagi marx hubungan yang terdapat ini adalah berbeza sifatnya daripada satu bentuk pengeluaran atau masyarakat dengan yang lain berdasarkan tingkat mod pengeluarannya. Hubungan pengeluaran di dalam tingkat pengeluaran masyarakat feudal adalah tidak sama dengan hubungan yang terdapat di dalam peringkat kapitalis.
Hubungan di sini menjelaskan bagaimana pula kedudukan majikan, apakah sepenuhnya contractual atau seperti bangsawan yang berkuasa tidak sahaja di kebun atau lading sebaliknya di luar tempat dan masa bekerja. Di peringkat feudal hubungan pengeluaran lebih banyak mengaitkan hubungan di antara tuan tanah dengan petani.
Peranan golongan aristocrat juga penting manakala di peringkat system ekonomi kapitalis peranan tuan tanah sudah jauh berkurang. Sebaliknya muncul peranan pemodal atau golongan menengah mahupun pedagang yang mengambil alih tempat tuan tanah sebagai menduduki tempat superordinate manakala kelas petani beransur luput dan digantikan dengan kelas buruh atau pekerja bagi mengisi kedudukan subordinate. Hubungan seperti ni berbeza di peringkat pengeluaran Asiatic mahupun ancient.
Golongan bangsawan berkuasa dan dihormati dalam masyarakat feudal dan petani tertindas tetapi didalam masyarakat kapitalis, pemodal yang berkuasa dan buruh yang tertindas. Struktur dua pertentangan masyarakat ini mungkin boleh ditafsirkan sama kedudukannya namu sifat individu tertentu dan jenis pekerjaannya tidak serupa. Dengan itu setiap peringkat masyarakat samada di zaman primitive, feudal, kapitalis mahupun zaman moden semuanya memiliki satu bentuk hubungan pengeluarannya yang tersendiri.
Seiring dengan ini tingkat alat pengeluaran atau mode production juga mempunyai hubungan rapat dengan hubungan pengeluaran tadi. Bentuk masyarakat yang berbeza tidak sahaja dimanifestasikan melalui hubungan yang berbeza tetapi juga tingkat teknologi mod pengeluaran yang berbeza. Mod pengelaran di dalam zaman tribal sebelum feudal lagi sudah tentu cukup primitive dan jelas ringkas. Manakala di zaman feudal ia sudah berkembang, penggunaan besi dan teknologi mudah sudah bermula. Teknologi ini berkembang lagi di dalam zaman kapitalisme dan permulaan penggunaan enjin atau motor dan kenderaan mempercepatkan lagi peningkatannya.
Bentuk hubungan pengeluaran ini akan berubah mengikut peredaran masa dan kebiasaannya perubahan ini akan selari berlaku dengan perubahan mod pengeluaran. Marx melihat ketidakselarasan ini wujud di dalam tempat dan keadaan tertentu. Semasa asia berada di peringkat Asiatic mode of production suatu masa dahulu beliau mendapati teknologi pengeluarannya sudah mengalami sedikit perubahan. Terusan-terusan untuk pengairan tanaman sudah mula dicipta dan digunakan. Bagaimanapun keadaan pemerintahan tetap tidak berubah dan ini membawa kepada satu bentuk pemerintahan terpusat kuasanya yang beliau kenali sebagai oriental despotism.
Di peru, suatu masa dahulu juga marx melihat bagaimana beberapa aspek pembangunan ekonomi ini telah di capai namun system keewangannya (ini berhubungan dengan organisasi social) masih tidak dibentuk. Ketidak selarasan ini akhirnya membantutkan pertumbuhan ekonomi (Giddens 1975:25 dan 36). Pakej perkembangan ekonomi ini nampaknya berrangkaian sifatnya dan perubahan yang berlaku kepada satu aspek mengaitkan perubahan di dalam aspek yang lain bagi menggenapi sesuatu perubahan itu. Ketidakselarasan ini hanya merosakkan.
Fokus beliau terhadap angkubah ini dianggap penting di dalam menganalisis perkembangan masyarakat, stratifikasi social, alienation, konflik dalam masyarakat dan sebagainya. Ringkasnya mod dan hubungan pengeluaran bagi marx cukup berpengaruh didalam menentukan sejarah perkembangan manusia.
Hubungan-hubungan pengeluaran inilah yang menjadi asaa kepada pemikiran Marx seterusnya. Sebenarnya set hubungan pengeluaran ini adalah merupakan asas ekonomi masyarakat tersebut yang beliau namakan substructure kepada masyarakat tersebut. Di sinilah persoalan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana dapat diperhatikan.
Persoalan asas berapa banyak pendapatan seseorang dan apa jenis pekerjaannya dapat dilihat di sini. Daripada substructure ini akan lahir pula perkara yang lebih macro seperti undang, undang Negara, sistempolitik, pentadbiran, ideology Negara dan sebagainya. Perkara-perkara ini marx namakan superstructure. Keadaan superstructure ini sepenuh ditentukan oleh substructure tadi. Sebarang perubahan yang berlaku di dalam peringkat substructure akan menpengaruhi superstructure.
alienation
Konsep alienation mula dijelaskan marx di dalam manuskrip economic and philosophies (1843-1844). Ia dapat dianggap sebagai :
… ap process in which humanity in progressively turned into a stranger in a world created by labour
Dalam ertikata lain ia membawa maksud pekerja itu terasing daripada segala hubungan baik denhgan benda yang dikeluarkan mahupun dengan rakan sekerjanya.
Proses ini adalah merupakan kesan daripada pengagihan kerjaya tinggi. Meskipun amalan ini berupaya menghasilkan produk yang banyak, pada masa yang sama ia dengan cepat menjejaskan nilai kehidupan buruh sebagai seorang insan
marx juga memberikan empat jenis alienation yang terdapat:
Alienation from nature
Alienation from himself
Alienation from his species being and
Alienkation from others…
Berdasarkan kepada teori marx ini buruh di zaman ini kelihatan benar-benar terasing daripada alam sekelilingnya samada daripada alam semulajadi, dirinya, manusia dan kemanusiaan serta daripada orang lain.
Kesan daripada pengkhususan seseorang pekerja itu hanya melakukan suatu tugas secara berulang-ulang. Jika diumpamakan di dalam suatu pengeluaran kereta seorang pekerja itu hanya ditugaskan untuk memasang engine kereta tersebut, tetapi tidak mengetahui atau berhubung langsung dengan bahagian lain kereta seperti bahagian badannya, pintu, cermin, roda dan sebagainya agi. Ia dipisahkan dari unit lain baik dari segi fizikal, mental mahupun geografi.
Buruh menjadi alien being seolah-olah tidak terikat atauberhubung langsung dengan produk yang dihasilkan. Keranan tekanan hidup seharian di zaman awal kapitalisme pekerja itu hanya pergi bekerja sehari suntuk dan balik lewat petang, kepenatan dan terus berehat di rumah. Dengan itu ia juga tidak berhubung dengan jiran, kenalan dan masyarakat keseluruhannya. Ini memperlihatkan proses alienasi ini tidak terhenti di tempat kerja sahaja sebaliknya menular di tempat kediaman. Proses ini berjalan secara tanpa sedar tetapi begitu kuat mempengaruhi kehidupan harian pekerja.
Marx mengkritik analisis yang dibuat oleh kebanyakan sarjana ekonomi yang menidakkan factor kemanusiaan di dalam analisis mereka. Kebanyakan pandangan dari sudut ekonomi hanya melihat buruh sebagai kos pengeluaran, sama kedudukannya dengan tanah, minyak atau kilang. Pandangan ekonomi politik melihat buruh itu sebagai manusia dan factor ini seharusnya diambilkira di dalam pengeluaran. Mereka tidak semata0mata menjadi buruh.
System ekonomi kapitalisme member kuasa yang cukup kuat kepada golongan kapitalis. Ia nebjadikan pekerja seperti memiliki sesuatu yang boleh dijual beli, iaitu tenaga buruhnya dan tenaga ini dijualbeli oleh golongankapitalis. Hubungan seperti ini menjadikan aktiviti pekerja sepeeti tidak lagi menjadi miliknya secara peribadi malah tenagannya sudah menjadi seperti suatu benda, subjek yang boleh diniagakan, bukan insane.
Buruh atau proletar menurut istilah Marx ini bukan sahaja rela menjual tenaga untuk hidup tetapi terpaksa menjualnya. Marx melihat seluruh masyarakat itu alienated dan bukan golongan proletar sahaja. Artis yang menjualkan hasil lukisannya, penulis yang menjual bukunya dan semuanya mengalami proses yang sama apabila tertakluk kepada penawar harga tertinggi.
Kelas proletar merupakan golongan pekerja yang bekerja keras mengikut arahan pemodal. Mereka di bayad dengan upah yang murah dan tidak diberi sebarang kemudahan lain. Melihat keadaan seperti ini marx menyifatkan proletar sebagai self confirming essence, the activity which political economy had succeeded in transforming into an object, an external thing. Keguiatan manusia di sini tidak dilihat sebagai manusia tetapi lebih sebagai objek.
Di dalam masyarakat pra kapitalis hubungan di antara sesame anggota dilihat sarat dengan nilai dan sifat saling berbalas dengan nilai tradisi. Adat menjadi sesuatu yang dominan. Sebaliknya di dalam masyarakat kapitalis strukturnya telah berubah dengan hubungan impersonal mengatur dan menjadi panduan kepada segala hubungan lain dengan keutamaan kepada nilai pertukaran yang menguntungkan.
Pertumbuhan kapitalisme dengan itu dilihat sebagai satu proses natural dan dengan itu merupakan suatu yang asas dan penting untuk perkembang sesuatu masyarakat.
Seperti weber, marx juga memerhatikan dengan teliti perkembangan kapitaisme di eropah dan tidak senang dengan struktur masyarakat yang tersusun begitu rupa dalam bentuk ekonomi kapitalisme ini. Perlu diingata di sini bahawa marx merujuk kepada kapitalisme England di abad ke 19 setiap kali beliau menghuraikan bentuk kapitalisme di dalam perbincangannya
Ekonomi kapitalisme pada masa ini tidak langsung membina pemikiran pekerja. Alienation dengan itu adalah merupakan suatu proses yang menyekat potensi aktiviti kreativiti manusia. Ia adalah merupakan satu proses dehumanization subject dan akan menyekat kepada pembinaan suatu kelompok manusia sebenar.
Semakin tinggi tingkat kapitalisme itu maka makin rendahlah nilai manusia yang ada pada buruh tersebut. Hubungan kolerasi negative ini menunjukkan nilai mereka semakin menurun dengan perkembangan ekonomi kapitalisme.
Di dalam mod pengeluaran bersifat kapitalisme kedudukan dua kelas yang bertentangan adalah nyata. Kedudukan ini sebenarnnya menjadi semakin renggang seiring dengan perkembangan kapitalisme. Pemodal yang Berjaya akan menambah pelaburn dan memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Untuk mendapatkan keuntungan berlebihan pemodal akan member upah yang lebih rendah kepada buruh. Lama kelamaan upah buruh akan menjadi semakin kecil dan surplus value pemodal terus bertambah.
Kedudukasn mereka menjadi semakin kukuh dan bilangan mereka menjadi semakin kecil apabila peniaga kecil gagal bersaing. Peniaga kecilan tidak dapat menyaingi syarikat besar pemodal ini dan semua perniagaan mereka musnah. Agensi-agensi lain yang ada banyak menyokong kedudukan mereka. Institusi bank, jabatan kerajaan dan sebagainya member kemudahan kepada golongan borjuis ini untuk mengumpul harta.
Manakala buruh yang semakin terhimpit kedudukan ekonominya menjualkan lebih banyak tenaga kerja, dengan mengambillebih masa bekerja dan bekerja tanpa cuti. Proses ini memyebabkan pemodal akan menjadi semakin kaya dan berkuasa manakala buruh sebaliknya. Proses ini dinamakan sebagai concentration atau pauperization oleh marx.
Di dalam pada itu golongan menengah yang berada diperingkat lebih rendah juga menjadi semakin susah kedudukannya kerana gagal menyaingi pemodal yang lebih besar dan kaya. Lama kelamaan mereka tewas di dalam perniagaan dan terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Proses ini membawa kepada pembentukan kelas buruh yang semakin besar. Polarisasi ini dapat dilihat melalui penjelasan marx mengenai concentration dan pauperization.
Proses ini menjadikan buruh semakin papa. Mereka tidak mempunyai sebarang cara untuk melepaskan diri daripada kongkongan ini dan apa yang penting bagi mereka ialah bekerja dan terus bekerja untuk menyara keluarga dan diri sendiri. Seperti yang dibincang di atas kelas pekerja ini dibayangkan oleh marx akan melancarkan satu revolusi untuk menjatuhkan kekuasaan golongan pemodal dan memerintah di dalam satu kerajaan proletar.
kesimpulan
Sememangnya Idea Karl Marx banyak mempengaruhi dunia. Ia tidak sahaja mempengaruhi politik dunia tetapi juga perkembangan disiplin sains social daripada akar umbi epistemologinya lagi.
Banyak ramalan atau jangkaan Marx yang meleset, namun paradigm yang diutarakannya kelihatan boleh dimanfaatkan dalam kajian social, politik dan ekonomi. Banyak kajian seterusnya yang memperkembangkan ide beliau sehingga jauh dari pandangan klasik Marx.
rujukan
Coser, lewis A. and Rosenberg, Bernard. 1969. Sociological theory (third ed.) London: macmillan
Gidden, Anthony. 1975. Capitalism and modern social theory. Cambridge university press.
Kea, russel and Urry, John 1982. Social theory as science. London: routledge and kegan paul
Kuliah 5
Baberapa Pendekatan Karl Marx megenai kesedaran kelas, Ideologi, negara dan masyarakat antarabangsa
pendahuluan
Kelahiran kelas di dalam satu masyarakat adalah tidak dapat dielakkan.
Sejarah memperlihatkan betapa sejak zaman lampau lagi kelas telah wujud meskipun tidak semestinya dilihat dari sudut material semata-mata.
Dalam masyarakat feudal dan kapitalis umpamanya perbezaan kelas adalah jelas kelihatan dan yang kaya berbeza jauh kedudukannya dengan yang miskin lagi ditindas
Kelas akan berubah kiranya system social serta system ekonomi berubah.
Contohnya kalau dulu kelas dirujuk kepada kelas hamba, petani dan bangsawan tetapi kini kelas telah berubah kepada jenis yang pelbagai.
Kelas hamba contohnya tidak ada lagi hari ini. Kelas pekerja atau buruh menjadi semakin besar apatah lagi dalam masyarakat industry.
Manakala kelas kapitalis atau pemodal meskipun kecil bilangannya ia tetap memiliki kuasa yang besar dan sangat berpengaruh dalam masyarakat. Dalam banyak hal mereka menguasai pemerintahan atau berkait rapat dengan pemerintahan. Keadaan yang sama dirujuk kepasa kelas bangsawan semasa zaman feudal.
lebihan nilai (Surplus value)
Bagi Marx: perbezaan di antara kelas dalam sesuatu masyarakat adalah berasaskan pemilikan dan penguasaan terhadap mod dan hubungan pengeluaran
Kelas akan terbentuk apabila:
hubungan pengeluaran di dalam satu masyarakat itu memberikan satu golongan peluang untuk mengumpul harta dari lebihan nilai atau surplus value yang terhasil dari pemerasan tenaga buruh.
Kelas yang menguasai pengeluaran ini dinamakan borjuis
Manakala yang berkerja diperingkat bawahan dinamakan proletar.
Surplus value atau nilai lebihan di sini dapat difaham sebagai keuntungan atau lebihan dapatan yang melampaui dari sepatutnya diperoleh oleh golongan pemodal.
Oleh kerana pembeli, penyewa atau golongan bawahan merasa tertekan dan terpaksa membayar lebih dari nilai sebenar sesuatu barangan atau perkhidmatan maka lebihan yang dibayar itu dianggap sebagai nilai lebihan.
Contoh:
Harga biasa atau harga pasaran pada waktu itu di kawasan itu ialah Rm500,00 seekar . namun ketika itu tidak ada tanah lain yang boleh disewakan hanya petak itu sahaja yang tinggal. Kerana terdesak, Seorang petani/penyewa itu terpaksa dan kerana terdesak menyewa tanah berkenaan untuk menanam padi. Tuan tanah itu pula mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sehingga RM800.
Petani yang terdesak terpaksa menerima hubingan perniagaan yang tidak seimbang ini.
Lebihan seperti ini dianggap sebagai lebihan nilai. Bagi marx inilah yang dianggap sebagai pemerasan atau penindasan.
Hal ini dalam fahaman biasa mungkin kita namakan sebagai ‘riba’
Mengikut Giddens, gambaran kelas oleh marx ini sebenarnya agak extreme, lebih bersifat theoretical construction atau semata-mata gambaran teoritas seperti juga konsep ‘ideal type Weber.
Bagi Giddens di dunia sebenar, keadaan seekstrim ini sukar
didapati. Hanya kelas borjuis yang dapat dianggap menghampiri
sifat yang agak realistic
_____________________
Anthony Giddens, Baron Giddens (born 18 January 1938) is a British sociologist who is renowned for his theory of structuration and his holistic view of modern societies. He is considered to be one of the most prominent modern contributors in the field of sociology, the author of at least 34 books, published in at least 29 languages, issuing on average more than one book every year. In 2007, Giddens was listed as the fifth most-referenced author of books in the humanities. Buku: Giddens, Anthony (1973) The Class Structure of the Advanced Societies. London : Hutchinson. (1995) Politics, Sociology and Social Theory: Encounters with Classical and Contemporary Social Thought. Cambridge : Polity (publisher).
Mengikut Marx: Borjuis merujuk kepada kelas pemodal yang mengusahakan pengeluaran dalam zaman industeri eropah dahulu seperti England.
Borjuis berasal dari perkataan perancis yang merujuk kepada satu golongan kelas menengah di Negara tersebut. Mereka dibezakan dari petani dan orang kebanyakan.
Proletar pula pada asalnya merujuk kepada kelas paling rendah di zaman lampau Rom. Manakala Marx menggunakannya dengan merujuk kepada para pekerja industry samada Bandar ataupun luar Bandar yang terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan.
Mereka hanya memiliki tulang empat kerat yang boleh ditukar dengan upah yang sangat rendah. Mereka tidak memiliki lebihan wang malah tidak memperolehi upah yang mencukupi untuk hidup selesa.
Kesedaran kelas
Konsep kesedaran kelas ini juga merupakan suatu konsep penting yang pernah diutarakan oleh marx.
Biar bagaimana besar dan kuat sesuatu kelas itu ia tidak akan menjadi satu kelas yang bermakna jika tidak memiliki kesedaran kelas
Dalam konteks ini. Golongan pekerja yang ditindas itu pada suatu peringkat tidak dapat menahan penindasan yang dialami dan kemudian timbul suatu perasaan persamaan pengalaman dan keadaan yang dialami bersama. Dengan ‘persamaan inilah, kesedaran kelas itu wujud.
Mereka merasakan bahawa mereka sama-sama susah, ditindas, tidak memiliki barangan apatah lagi mod pengeluaran dan tidak memiliki sebarang kuasa atau hak.
Mereka juga mula merasakan bahawa kelas yang bertentangan dengan mereka seperti kelas pemodal adalah jauh berbeza kedudukannya dengan mereka.
Kelas tersebut dilihat lebih mewah, lebih berkuasa tetapi lebih kecil bilangan anggotanya.
Lebih dari itu lagi mereka melihat kelas yang kecil saiznya ini menguasai kehidupan mereka dengan menentukan upah, bentuk kerja mereka dan seluruh kehidupan mereka.
Mereka dengan ini sangat tertakluk dengan kelas atasan atau kapitalis ini. Mereka bagaimanapun tidak berupaya untuk mengatasi kelas atasan ini.
Tanpa kesedaran ini mereka hanya bekerja untuk mendapatkan upah dan tidak berupaya bergerak untuk memperbaiki kedudukan.
Mengikut pandangan Marx; mobility social dan ekonomi seolah olah mustahil dalam masyarakat industry.
Kelas bersifat: class in itself; Seorang yang dilahirkan dalam keluarga proletar akan terus menjadi proletar
Kelas bersifat:Class for itself; apabila mereka sedar akan kedudukan mereka bersama di dalam kedudukan yang bertentangan dengan pemodal, dan bergerak untuk kepentingan bersama barulah kedudukan kelasnya dapat dianggap class for itself.
Bagi marx lagi: Penindasan yang berlaku akan sampai kepada kemuncaknya apabila golongan pekerja melakukan suatu bentuk revolusi pekerja yang menjatuhkan kapitalis.
Perjuangan mereka boleh Berjaya jika mereka memenuhi beberapa ciri seperti; memiliki kepimpinan yang baik dan mudah dimobilisasikan.
Kelas pekerja merupakan kelas yang besar tetapi tidak memiliki kuasa.
Proletar ini hanya dilayan sebagai pekerja dan hanya diberikan keperluan secukup hidup untuk bekerja sahaja, tanpa mengambilkira masa rehat dan kebajikannya.
Pekerja hanya mendapat upah minima dan tidak menerima sebarang kemudahan perumahan atau kesihatan, cuti, istirihat atau insurans. Kelas kapitalis tetap menguasai.
Bagi Marx: golongan Borjuis tetap berkedudukan dominan kerana modal atau capital yang dikuasai mereka.
Keadaan konflik di antara dua kelas Kekal: Buruh menagih upah yang wajar namun tidak pernah memilikinya manakala pemodal mahu keuntungan berlebihan dan pertentangan di antara mereka inilah mengekalkan keadaan komflik di antara dua kelas ini.
Bagi marx: factor konflik ini sebenarnya penting bagi mendorong perubahan dalam masyarakat.
Konflik ini bagi marx, akan menyebabkan perubahan kerana struktur masyarakat yang sedia ada itu akan berubah
Dalam menjelaskan kepentingan konflik dan perubahan ini Marx mengaplikasikan ‘falsafah dialektika’: suatu keadaan tesis seharusnya dirobah. Untuk merubahnya konflik itu perlu. Dengan konflik sesuatu keadaan tesis itu tercabar dan berhadapan dengan keadaan yang bertentangan dengannya atau antithesis. Kesan dari sini barulah muncul keadaan baru yang dianggap sebagai sintesis
Dalam aplikasi ini kelas pemodal berkonflik dengan kelas buruh dan akhirnya melahirkan suatu pemerintahan baru oleh masyarakat tanpa kelas.
Dalam ‘dunia sebenar’ Marx melihat masyarakat Komunis itu sebagai masyarakat tanpa kelas yang diidamkannya
Persepsi marx terhadap kelas petani.
Dalam tulisannya the eighteenth brumaire of Louis Napoleon (1898) beliau menolak petani sebagai satu kelas yang berpotensi melakukan revolusi untuk kepentingan mereka.
________________________
The "Eighteenth Brumaire" refers to November 9, 1799 in the French Revolutionary Calendar—the day Louis Bonaparte's uncle Napoleon Bonaparte had made himself dictator by a coup d'état; and the work is the source of one of Marx's most quoted statements, that history repeats itself, "the first as tragedy, then as farce" (with the former referring to Napoleon I, the latter to Napoleon III). Marx said: "Hegel remarks somewhere that all great world-historic facts and personages appear, so to speak, twice. He forgot to add: the first time as tragedy, the second time as farce." In the preface to the second edition, Marx said it was the intention of the work to "demonstrate how the class struggle in France created circumstances and relationships that made it possible for a grotesque mediocrity to play a hero's part."
Their field of production, the small holding, admits of no division of labour in its cultivation, no application of science and, therefore, no multiplicity of development, no diversity of talents, no wealth of social relationships
Demikian ulasan negative beliau terhadap kedudukan petani di dalam gerakan social.
Secara jelas marx menyatakan bahawa kelas ini tidak mungkin akan melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka
Kelas petani digambarkan sebagai tidak berupaya memperjuangkan kepentingan kelasnya sendiri samada melalui parlimen mahupun mana-mana perkumpulan. Bagi marx untuk berkembang kumpulan ini mesti diwakili ke peringkat yang lebih tinggi.
Terdapat kontradiksi dalam sejarah yang bertentangan dengan pandangan marx yang merendahkan kelas petani ini.
They are consequently incapable of enforcing their class interest in their own name, whether through a parliament or through convention. The cannot represent themselves, they must be represented
Dalam sejarah terdapat beberapa revolusi yang tercetus melibatkan kelas petani dan buruh. Di China umpamanya Mao Tse Tung telah memobilasikan kelas petani yang akhirnya dapat juga menjatuhkan kelas bangsawan dan pemerintah.
Revolusi yang meletus di Russia pimpinan Lenin. Namun revolusi ini dianggap tidak sepenuhnya menurut ramalan marx. Ia lebih digerakkan oleh parti politik pimpinan Lenin yang dinamakan Bolshevik.
Dari perbincangan tadi kelihatan bahawa, marx di dalam teori sejarahnya melihat perubahan social berlaku kerana perjuangan dan konflik antara Kuasa pengeluaran (forces of production) dan relation of production yang sedia terdapat dalam masyarakat.
Di dalam melihat konflik di dalam masyarakat maka asas teori Marx ini dikembangkan oleh sarjana lain kemudiannya.
Konflik kemudiannya menjadi satu alat pemerhatian yang popular dan sangat berguna di samping menjadi saingan kepada pendekatan integrasi, equilibrium dan fungsionalisme dan perkembangannya telah menyebabkan ia boleh dilihat secara berasingan dari Marxisme.
Percampuran idea di dalam pendekatan konflik yang sebelumnya dipopularkan oleh marx telah berlaku dengan munculnya pandangan-pandangan sarjana dan pemikir lain. Antara pendokong pendekatan konflik kemudian ialah Miliband, Dahrendorf, Mill, Coser dan Gluckman.
ideologi dan Negara (state) mengikut marx
Selain persoalan konflik kelas dan historical materialism, di dalam tulisan marx beliau juga banyak membincangkan persoalan lebih mendalam mengenai Negara dan pemerintahan tidak hanya melalui bukunya communist manifesto.
Banyak ide beliau dianggap sebagai satu ideology yang konkrit.
Contohnya: Komunisme dengan aliran marxisme kemudian menjadi satu ideology yang tidak sedikit pengikutnya. Lenin di Russia berusaha merealisasikan idea revolusi dan pemerintahan marx walaupun kejayaan beliau ini tidak dianggap benar-benar menurut keadaan yang marx bayangkan.
Beberapa pandangan mengatakan: Revolusi yang dilancarkan di Russia pada 1917 dianggap sebagai kapitalisme yang tidak matang. Pemerintahan kemudiannya pula juga tidak dapat dianggap sebagai satu kerajaan proletar.
Dalam teorinya: state mengikut marx adalah satu sifat pemerintahan yang terkawal dan segalanya adalah untuk kepentingan awam
Dalam pandangnnya mengenai state di dalam penguasaan kapitalis menyatakan: “ mereka menentukan berbagai keputusan di dalam kerajaan dan segala dasar yang digubal adalah untuk kepantingan mereka. Agensi kerajaan yang ada seperti polis, anggota keselamatan lain, institusi bank, sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan system perundangannya adalah berperanan untuk menjaga kepentingan kelas atasan ini.
Di dalam konteks ini golongan pemerintah mempunyai kepentingan dan menguasai state untuk kepentingan mereka,
Segala agensi state seperti disebutkan dieksploitasi untuk epentingan mereka.
Meskipun di state ini melaksanakan beberapa dasar yang Nampak demokratik seperti mengadakan pilihanraya, membentuk parlimen dan perlembagaan namun setiap satunya dikuasai oleh golongan ini.
Lantas segala dasar yang dilaksanakan serta segala perancangan yang dilakukan adalah untuk kepentingan golongan pemerintah ini.
Mereka akan memastikan bahawa golongan bawahan ini tidak akan mencabar kedudukan mereka apatah lagi menjatuhkan kuasa mereka.
Di atas kesedaran kelemahan kedudukan mereka itulah marx menyarankan satu state dari golongan proletar dibentuk
Ide ini membawa kepada saranan membentuk kerajaan komunis yang akan dikuasai oleh kelas proletar.
Kerajaan komunis ini menjadi impian marx.
Dalam bayangan marx: Dalam kerajaan ini kewujudan kelas tidak dibenarkan lagi dan hak yang sama diberikan kepada semua rakyat. Dengan keadaan seperti inilah penindasan itu dapat dielakkan.
Pandangan: Namun jika kita lihat reality yang terjadi, kebanyakan Negara yang mengakui komunis adalah lebil eksploitatif sifatnya dan tidak dapat lari dari kewujudan kelas juga. Kelas pemerintah dan yang kaya tetap wujud.
Di bawah komunis, kerajaan yang dibentuk seolah-olah bermusuhan dengan golongan pemodal dan segala unsur yang membolehkan kemunculan golongan tersebut. Pengumpulan harta persendirian adalah dianggap kesalahan besar, pemerintah memiliki kuasa yang kuat untuk mengawal agar satu masyarakat tanpa kelas akan dibentuk.
State menurut pendekatan marx lagi: adalah satu ciptaan atau binaan golongan yang terhasil dari pertentangan kelas. Malangnya setelah wujud ia ternyata dikuasai oleh pemodal.
Teori marx (bersama engels) mengenai state kelihatannya; tidak berpuashati dengan kewujudan state. Menurut mereka pencapaian besar sesebuah masyarakat adalah apabila mereka bebas dari cengkaman state.
Dalam perspektif marxisme mengenai kuasa; bahawa state pada dasarnya merupakan kuasa tekanan yang wujud untuk mengekalkan struktur kuasa kelas. Dengan kuasa ini ia kemudiannya menjadi suatu alat untuk mendominasi kelas lain.
Menurut marx lagi, fungsi utama state ialah untuk mempertahankan kuasa kelas dominan dan menghalang kelas bawahan daripada mencabar kuasa tersebut.
Antara lain kenyataan marx lagi ialah: state merupakan jentera berpusat yang menjerat dan mencengkam kehidupan masyarakat sivil dengan ketenteraan yang canggih dan terdapat di mana-mana birokrasi dan organ kehakiman.
Segala tanggungjawab social yang kebiasaannya dilaksana oleh masyarakat akan diambil alih oleh state yang bergerak secara tidak adil serta memihak kepada kelas berkuasa.
Kesimpulan pandangan marx mengenai state: State merupakan satu institusi yang perlu dalam masyarakat yang terbahagi kepada beberapa kelas.
Tujuan utama penubuhan state adalah untuk mempertahankan struktur kelas berkuasa
State dalam apa jua bentuk sekalipun bertindak secara tidak neutral di kalangan kelas-kelas social yang berbeza dalam masyarakat sivil.
Ia wujud untuk menjaga kepentingan kelas dan mencengkam kelas yang lain
State merupakan suatu alat untuk mengekalkan pemerintahan kelas melalui penindasan dan paksaan terhadap merka yang menentang kelas yang berkuasa.
Pandangan:
Pengekalan kuasa state berlaku bukan sahaja melalui jentera dan agensi state sahaja malah turut berlaku melalui ideology. Sebagai contoh; ideology dalam system demokrasi liberal mengenai pengiktirafan setiap anggota masyarakat sebagai warganegara dengan menggunakan propaganda bahawa setiap seorang dikira untuk satu dan tidak sesiapa yang dikira lebih daripada satu. Ini adalah antara ideology dan propaganda yang digunakan untuk mengaburi mata masyarakat dan seterusnya mengekalkan status quo.
State dalam dunia moden merupakan alat yang jauh lebih kompleks. Ia merupakan suatu cara dominasi yang melibatkan bentuk penjagaan dan pengawasan kelas yang lebih canggih.
State berada di atas masyarakat sebagai suatu alat yang berasingan daripada masyarakat dan secara relative adalah autonomi daripada masyarakat sivil.
Namun ia bukan suatu yang universal kerana hakikatnya ia masih mewakili kepentingan kelas dan bukan kepentingan umum sungguhpun mempunyai autonomi dalam masyarakat
Dalam membincangkan perkara ini hanya masyarakat sivil yang dapat dianggap boleh mencabar kuasa state, itu pun apabila ia sudah mencapai peringkat yang benar-benar matang.
Menurut Gellner masyarakat sivil adalah satu set institusi bukan kerajaan yang mempunyai kekuatan untuk mengimbangi kuasa state, menghalang tindak tanduk pemerintah yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.
Selain itu ia juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum. Malah ia adalah sebuah institusi menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi golongan majority masyarakat
Kuliah 6
Idea social- Politik Max Weber (1)
konsep Ideal Type atau sifat unggul dalam perbincangan Max Weber.
Pendahuluan
Max Webr dapat dianggap sebagai tokoh sosiologi Jerman yang teragong.
Tulisan-tulisan beliau menjadi bahan rujukan klasik sehingga sekarang ini
Hasil pemikiran beliau member alternative kepada beberapa pandangan atau pendekatan utama khususnya yang dihasilkan oleh karl marx dan Emile Durkheim.
Max Weber : Latar belakang sejarah kehidupannya banyak mempengaruhi idea social dan politik weber Dilahirkan 1864 di Erfurt, Thuringia, Jerman.
Dibesarkan dalam kelurga yang berada dan sangat terdedah dengan perkembangan politik Jerman zaman Bismark.
Ayah beliau seorang ahli perniagaan dan pemimpin National Liberal party. Sebuah parti dominasi kelas pedagang-kapitalis masa itu.
Rumah beliau sering menjadi arena perbincangan politik Negara. Weber mendapat pendidikan sehingga Universiti Heidelberg, ijazah kedoktorannya di Universiti Berlin dalam perundangan.
Beliau mengajar undang-undang dan ekonomi di Universiti Freiburg dan dilantik menjadi professor di situ ketika usia 31 tahun.
Weber juga banyak mengkaji ekonomi sebelum membuat tumpuan khusus kepada bidang sosiologi.
Selain di Freiburg beliau sempat memegang kerusi professor di university Heidelberg, Vienna dan Munich.
Tugas penting akhir beliau ialah sebagai anggota jawatankuasa merangka perlembagaan Weimer selepas perang dunia pertama tamat.
Pernah sakit saraf dan berhenti dari university. Semasa berihat beliau banyak merantau ke selatan eropah hingga ke Amerika Syarikat.
Tujuh tahun kemudian sembuh dan kembali berkhidmat di university.
Pernah bertanding pilihanraya umum Jerman merebut kerusi dewan perundangan tetapi tewas.
Meninggal dunia 1920 ketika usia 54 tahun.
Banyak idea dan perdebatan telah dilahirkan oleh weber, kebanyakannya digolong dalam dua tajuk utama:
1) social action yang melibatkan kajian asas beliau mengenai perlakuan individu, makna dalam perlakuan dan masyarakat yang dibentuk oleh hubungan-hubungan social (social relationship);
2) Ideal Type yang juga merupakan model utama di dalam pemerhatian beliau terhadap sesuatu perkara atau fenomena.
Dalam konteks ideal type ini beliau membincangkan beberapa bentuk idealism seperti kapitalisme, kepimpinan dan autoriti, sifat birokrasi dan stratifikasi social.
Perkara yang dibincangkan itu berlainan antara satu dengan yang lain tetapi setiap satu perkara itu digambarkan dalam bentuk ideal atau unggul seperti birokrasi, kepimpinan dan perbezaan strata masyarakat.
Meskipun berbagai perkara disentuh weber namun rata-rata dua konsep utama ini dapat menghubungkaitkan pekara-perkara tersebut.
Pemikiran weber dalam membincangkan idea-idea ini dapat dikategori sebagai beraliran neo-kantian yang jelas menekankan sifat neutral dan bebas nilai. Asas rationalism bagaimanapun tetap menjadi asas penting dalam pemikiran ini.
weber: pertumbuhan kapitalisme
Max Weber sangat berminat dalam mengkaji dan memerhati perkembangan kapitalisme di eropah ddan membuat banyk kajian punca perkmbangan kapitalisme. Kebetulan semasa hayatnya perkembangan kaitalisme khususnya di Britain yang kemudian menular di Negara eropah lain menyaksikan kepada beliau berbagai kesan sampingan yang melibatkan berbagai fenomena social.
Sejak dari awal perkembangan akademiknya weber sangat berminat memerhatikan perkembangan ekonomi kapitalisme
Pada tahun 1894-1897 weber menulis satu siri artikel mengenai perjalanan pasaran saham dn hubungannya dengan pelaburan keewangan.
Beliau cuba menjelaskan kepada masyarakat akan kebaikan perjalanan saham ini dan menafikan ia hanya merupakan suatu bentuk penindasan ekonomi masyarakat.
Beliau juga melihat bagaimana proses commercialization of agriculture kemudian berupaya mengubah struktur ekonomi dan social masyarakat tani luar Bandar kepada suatu system ekonomi yang sangat cair dalam jualbeli atau begitu commercialized.
Perubahan ini kemudian membawa konflik antara golongan pekerja dan pemilik. Proses ini tidak juga membawa perubahan yang semakin baik terhadap golongan pekerja. Mereka ditindas dengan upah harian yang sangat rendah, masa bekerja yang panjang dan tempoh kerja yang tidak selesa.
Dalam pada itu apa yang menarik pada weber pada waktu ini di eropah ialah beliau mendapati bahawa peniaga yang kaya raya, hartawan yang terkenal, dan pekerja teknikal yang mahir yang Berjaya serta pekerja teknikal dan peniaga-peniaga lainnya yang maju adalah rata-ratanya terdiri daripada penganut agana protestant. Apa kesannya pada masyarakat dan apa fenomena sosiopolitik yang muncul kesan daripada pengaruh kapitalisme ini.
Max weber juga mencari sebab kenapa perkembangan kapitalisme ini tidak muncul ditempat lain seperti di Asia memandangkan terdapat persamaan dari sudut sifat berkerja dan asas ekonomi pada masa itu.
Ekoran daripada itu beliau kemudian membuat kajian perbandingan dengan beberapa masyarakat timur di India, china dan palestin.
Sebenarnya perkembangan sekeliling weber pada masa ini banyak mempengaruhi pemikirannya..
Beliau menyaksikan Negara Jerman berubah daripada bersifat decentralized kepada bentuk national state, satu Negara yang lebih sepadu. Sebelum perubahan ini Negara Jerman terbahagi mengikut beberapa kawasan pentadbiran yang dikenali sebagai principalities, duchies dan kingdom . Unsure feudalism masih mempengaruhi akan pembahagian kawasan ini.
Pada masa ini juga perkembangan industrialisasi bergerak pesat dengan Negara baru ini dan serentak itu webwr melihat zaman kegemilangan Eropah anatu the supremacy of Europe sampai ke kemuncaknya pada masa ini apabila kegiatan imperialism mereka berkembang luas hingga ke benua lain. Perkembangan ini secara jelas menggunakan kekuatan kuasa tentera untuk kepentingan nasional
Pemerintah jerman pada masa ini Kaiser Wilhelm II muncul dengan bentuk pemerintahan yang autokratik walaupun ia sebenarnya tidak memiliki wibawa yang tinggi.
Di dalam keadaan ini golongan elit pertanian atau Junkers mengambil kesempatan mengeksploitasi kelemahan beliau untuk mendominasi ekonomi Negara. Mereka bersama golongan industrialis bergerak membangunkan system ekonomi Negara kepada bentuk industry kapitalis dengan menggunakan kedudukan dan hubungan dengan pemerintah.
Jungkers ialah golongan feudal-aristokrat Jerman yang menguasai tanah dan pertanian Negara tersebut tidak ubah seperti Kulak di Russia dan Zamindar di India suatu waktu dahulu. Kehadiran eleman baru kapitalisme di dalam Negara ini mendorong mereka turut sama untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
Buruh kasar yang kebanyakkannya merupakan buruh inport dari Poland digunakan sepenuhnya oleh Junkers ini. Weber tidak senang dengan kegiatan mereka yang dianggapnya lebih bersifat parasit atau lebih kapitalis berbanding kapitalis sebenar kerana terlalu mementingkan keuntungan peribadi.
Tindakan ini mirip kepada satu bentuk revolusi dari atas terhadap masyarakat dan ekonomi Negara. Industrialisasi berkembang lebih pesat dari yang terdapat di lain-lain Negara eropah seperti England mahupun perancis. Kedudukan kelas pekerja semakin tertekan dan hak mengundi mereka tidak dilaksanakan.
Meskipun perkembangan nilai demokrasi sudah meluas namun golongan menengah, akademik dan gerakan kesatuan sekerja kelihatan gagal mempengaruhi tindakan pemerintah dan kelas atasan ini supaya bersifat lebih demokratik
Perkembangan pesat teknologi yang berlaku telah memesatkan proses pertumbuhan industry dan ia telah meminggirkan gerakan politik dalaman Jerman meskipun rakyatnya mengetahui perkembangan menarik sedang dan telah berlaku di beberapa Negara besar lain seperti England, prancis dan Amerika syarikat.
Di England kejayaan revolusinya dan kemudian gerakan :Anti-Corn law telah memberikan kejayaan dan kekuatan politik kepada golongan industrialis dari cengkaman golongan feudal-aristokrat.
Di prancis pula revolusi menjatuhkan istana telah meletus dan ia kemudian memberi tempat kepada golongan Bandar, pedagang dan industrialis untuk mengumpul kekuatan politik dan memesatkan lagi proses industrialisasi (meskipun dengan kos yang agak tinggi bagi Negara ini).
Di Amerika juga telah mengalir berita akan kejayaan pihak dari utara Negara di dalam perang saudara mereka. Golongan utara ini secara jelas adalah golongan industri yang menentang golongan rasis atau perkauman tani-ladang dari selatan
Anehnya semua perkembangan yang menarik ini tidak memunculkan satu bentuk revolusi pekerja mahupun daripada golongan sedarhana di jerman.
Karl marx yang meramalkan akan berlaku revolusi proletar di dalam Negara industry-kapitalis nampaknya gagal melihat kebenaran ramalannya.
Bukan sahaja di jerman, di Negara industry-kapitalis lain juga tidak memunculkan satu revolusi proletar. Sebaliknya golongan atasan khususnya junkers dan golongan kapitalis berkerjasama mengumpul kekuatan politik dan kekayaan ekonomi.
Perkembangan kapitalisme mendorong kepada perubahan besar ini baik di England, perancis mahupun amerika.
Perkembangan kapitalisme juga merubah struktur social masyarakat kepada satu bentuk struktur baru selari dengan kepentingan ekonomi. Golongan petani yang ramai dahulu cepat berubah menjadi buruh-buruh kilang atau pekerja perdagangan
Dengan peningkatan tahap kapitalisme ini bermakna peningkatan tingkat rationality masyarakat juga berubah menjadi semakin baik.
Konsep rationalization dan rationality banyak dibincang oleh weber di dalam tulisannya khususnya di dalam menjelaskan hubungannya dengan perkembangan kapitalisme dan analisanya terhadap perbandingan agama.
Rationality bagi weber dimaksudkan sebagai segala tindakan yang dikuasai fikiran logic dan pengetahuan empirical untuk mencapai sesuatu matlamat. Fikiran dan pengetahuan ini mesti bersifat konsisten dan mantap.
Konsep ini mempunyai eleman-eleman penggunaan logic, penyesuaian antara cara dan matlamat (ends and means), penolakan unsure nilai secara sedar dan menimbang secara objektif akan rationality orang lain tanpa menghirau hubungannya dengan perkara-perkara lain
Rationality dengan ini memerlukan satu bentuk pemikiran yang jelas objektif dan bebas dari pengaruh pemikiran yang mementingkan sentiment, unsure tradisi yang merugikan dan factor-faktor nilai seperti kepentingan kaum, agama dan tribal kelompok. Bagi weber hanya dengan ini kemajuan dan kapitalisme itu mudah diperkembangkan.
Weber memerhati semua perkembangan dinegaranya dengan teliti tetapi yang menarik perhatiannya ialah mengenai pengekalan golongan jungkers di dalam transformasi ekonomi dan masyarakat ini.
Birokrasi Negara masih dikuasai oleh pemerintah dan institusi ini tidak bergerak berasaskan perhitungan rasionalisme.
Kelemahan pemerintahan ini memberi kesempatan yang baik kepada golongan jungkers untuk mengaut keuntungan. Bagi weber Negara kapitalis yang baru muncul perlu disediakan asas-asas psikologi, politik dan ekonomi yang sesuai agar tidak satu golongan sahaja yang tampil mengaut keuntungan.
analisis weber
Melihat kepada tumpuan weber dan cara beliau mengkaji sesuatu perkara, kelihatan kaedah yang digunakan dan huraian beliau berlainan dengan kebanyakan sarjana social lain. Berbanding dengan hasil kajian marx umpamanya, huraian dan kaedah kajian weber bersifat lebih abstrak dan sukar dikenalpasti. Ia juga tidak memiliki sesuatu bentuk identity tersendiri.
Pemikiran ini memiliki satu aliran dan pendekatan yang jelas sifatnya (distinct) dan mudah dikenali.
Sebagai bandingan marx lebih dikenali dengan kepentingan pertentangan kelas, keagongan factor material (mode and relations of production) dan factor sejarah sebagai penentu kepada perkembangan sesuatu masyarakat umum, namun weber cuba keluar dari permasalahan yang meterialistik itu.
Weber memiliki cara pemerhatian dan pendekatan yang berbeza dengan sarjana lain. Meskipun asalnya adalah seorang sarjana ekonomi ia berlainan dengan ekonomis yang menumpukan kredit, institusi bank, pasaran saham dan sebagainya.
Pemerhatian weber lebih jauh lagi dengan mengaitkan pertumbuhan ekonomi ini dengan eleman-eleman socio-budaya. Beliau turut mengkaji masyarakat tetapi lebih menumpukan kepentingn perlakuan individu-individu anggota masyarakat tersebut.
Beliau juga mengkaji perkembangan kapitalisme tetapi tidak melihat mode of production atau perhitungan asas ekonomi atau factor modal mahupun bentuk dan tingkat teknologi masyarakat tersebut.
Sebaliknya beliau menyingkap etika Calvinism-protestanisme yang memberi kesan kepada perkembangan ini. Beliau mengkaji status social masyarakat tetapi tidak semata-mata melihat angkubah pendapatan dan pengagihan material sebagai penentu status.
Dalam konteks ini permasalahan social yang menjadi tumpuannya dan bagaimana ia menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan politik. Demikian juga di bidang-bidang lain yang memperlihatkan kelainannya pengkajian weber.
Di samping itu beliau juga memiliki kemahiran yang bersifat multidisiplin dengan tumpuan kepada sosiologi, perbandingan agama, undang-undang, ekonomi dan ekonomi-politik.
Pengetahuannya di dalam bidang-bidang ini mempelbagaikan konsep dan pendekatan yang digunakan. Istilah-istilah seperti legal-rational (legal-rasional), legitimate authority (autoriti yang abash), spirit of capitalism (semangat kapitalisme), rasional birokrasi dan seumpamanya memperlihatkan kemahiran weber ini berbeza dengan kebanyakan sarjana sosiologi lain.
Tumpuannya kepada sejarah social dan sejarah ekonomi yang tidak harus diperkecil kerana bidang ini berkait rapat dengan sosiologi dan perkara ini banyak terjalin di dalam tulisannya di dalam bidang terdahulu itu.
Konsep social action ini adalah berbeza dengan social action yang didokong oleh Manchester school of thought. Social action tersebut dibincang dalam modul 7. Sarjana yan membicarakan social action tersebut antara lain ialah bailey, bax dan boissevain.
Untuk keterangan lanjut lihat giddens. Capitalism and modern social theory beliau membincangkan perkara ini dengan agak panjang di dalam tulisannya ini . timbul tanda Tanya beliau mengapa fenomena ini berlaku dan persoalan ini terjawab kemudian di dalam buku brliau the protestant ethic and the spirit of capitalism
tambahan
Kuliah 8
Sosial action dan Ideal Type
Fokus utama analisis dan perbincangan Max Weber weber; sosial action, Verstehen dan Ideal type
1. sosial action,
3. konsep Ideal Type atau sifat unggul
Social Action
Antara aspek kajian weber yang selalu diperbincangkan ialah mengenai tingkah laku atau perilaku sosial.
Merupakan suatu perkara yang paling asas dalam sosiologi
Bagi Weber kajian sosial atau sosiologi adalah the study of social action iaitu; kajian mengenai tingkah laku masyarakat.
Kajian ini lebih menumpukan kepada tingkah laku individu dan bukan kolektiviti.
Mengikut weber hanya individu berupaya melakukan tingkahlaku yang penuh makna bukan kelompok.
Weber tidak setuju dengan Durkheim yang menumpukan kepada kolektiviti sebagai fokus kajian
Bagi weber sebarang kajian bukan tidak boleh melihat kolektiviti tetapi kajian terhadapnya perlu dilihat dari sudut himpunan perlakuan individu.
Individulah yang berperanan melakukan sesuatu tindakan sebagaimana kenyataan beliau:
Bagi Weber sebarang kajian bukan tidak boleh melihat kolektiviti tetapi kajian terhadapnya perlu dilihat dari sudut himpunan perlakuan individu.
Individu yang berperanan melakukan sesuatu tindakan seperti kenyataannya:
collectivities must be treated as solely as the resultants and modes of organization of particular acts of indivudual persons, …. Collectivities cannot think, feel, perceive; only people can (petikan dari Parkin 1982:17-18)
Jika Durkheim menumpukan perhatian kepada masyarakat sebagai entiti tersendiri yang berupaya mempengaruhi perlakuan individu, max weber pula menekankan persoalan yang lebih mikro dengan mengutamakan peranan perlakuan individu yang menentukan perlakuan sosial.
Di dalam menjelaskan ini weber melihat individu berperilaku di dalam masyarakat berasaskan perilaku orang lain terhadapnya. Setiap perilaku ini pula dilakukan dengan tujuan tertentu dann dengan itu bagi weber perlakuan demikian dianggap sebagai memiliki makna tersendiri.
Perlakuan sosial ini (action) adalah:
….human behavior, whether overt or not, to which the acting individual attaches subjective meaning (timeasheff and Theodorson 1976:150)
Di dalam setiap perlakuan individu itu tersirat subjective meaning, yang terkandung di dalamnya matlamat, unsur budaya dan dorongan yang menyebabkan perlakuan itu dibuat.
Contoh; seorang yang sedang menulis sesebuah karya. Perlakuan ini boleh ditafsir dengan matlamatnya untuk membuat sesebuah karangan atau artikel, cerpin atau puisi. Namun kajian yang cuba melihat makna yang subjektif akan mengaitkannya dengan latar belakang budayanya seperti dengan menjelaskan mungkin ia sedang mengisi masa lapang atau menenangkan perasaan marahnya ketika itu.
Menjadi tugas sarjana sosiologi untuk menembusi pemahaman mengenai subjective meaning ini untuk memahami tingkahlaku sosial di dalam masyarakat.
Weber dengan ini menyatakan sebarang rumusan generalisasi terhadap perlakuan ini hanya boleh dibuat sebagai suatu kebarangkalian atau probability dan bukannya suatu kepastian.- meskipun norma dan budaya memberi panduan dan batasan kepada perlakuan anggota masyarakat, tindakan mereka masih bersifat subjektif dan bebas mengikut kehendak mereka. Tidak ada suatu bentuk perlakuan berulang yang benar-benar dapat diperhati secara objektif.
Mengikut Weber, social action is always probable rather than certain becouse the unique nature of social relationships generates the probability of deviation from the expected course of action (swingewood 1984: 148)
Norma sosial hanya mendorong anggota masyarakat menurutinya namun individu masih boleh mengingkarinya dan melakukan devian. Ini menyebabkan jangkaan perlakuan hanya diperingkat probabilitiy dan tidak di peringkat pasti bagi weber.
Perlakuan sosial ini dapat dianggap sebagai bersifat meaningful understandable, iaitu pelaku lain boleh memahami dan mengorientasikan kembali tindakannya kepada anggota lain berasarkan norma masyarakatnya.
Suatu bentuk hubungan sosial (social relationship) akan terbentuk melalui proses perilaku yang bertimbal balik atau perilaku yang saling berbalasan.
Menurut weber social relationship ini ialah:
… the behavior of plurality of actors in so far as, in its meaningful content, the action of each takes account of that of the others and is oriented in these terms (petikan dari Rosenberg 1969:71)
Apabila terdapat hubungan sosial di dalam sesuatu kelompok maka kelompok itu sudah dapat dianggap membentuk satu masyarakat. Bersesuaian dengan Hubungan sosial itu yang dianggap sebagai keadaan di mana terdapatnya saling balas membalas perilaku sosial yang penuh makna lagi difahami dalam kalangan individu di dalam masyarakat.
Ideal Type
Pendahuluan
Perbincangan Max Weber dan konsep Ideal Type atau sifat unggul
beberapa contoh masyarakat dan politik yang dikemukakan.
Konsep Ideal Type atau sifat unggul sering dikaitkan dengan Weber.
Ideal Type hanyalah satu bentuk ciptaan minda atau mental construct semata-mata dan tidak ada satu bentuk di alam nyata ini yang menyerupai keseluruhan ciri-cirinya.
Bentuk unggul ini adalah satu gambaran yang sengaja diada-adakan kesempurnaannya. Apa yang jelas bentuk sempurna ini hanya wujud di dalam minda seseorang.
Di dalam realiti sifat sedemikian yang wujud hanyalah hampir menyerupainya dan tidak sempurna persamaannya. Keadaannya sempurna dan sifat ini dapat menggambarkan suatu bentuk unggul yang menjadi harapan atau matlamat sesuatu tujuan.
Weber tidak melahirkan konsep ini untuk mencapai keadaan seperti itu sebaliknya ia digunakan sebagai satu alat analisis yang berguna.
Ia boleh berfungsi sebagai bahan ukuran di dalam sesuatu penganalisaan. Sesuatu bentuk di alam nyata itu tidak menyerupai Ideal type namun kekurangannya boleh menjadi asas dan bimbingan kepada usaha pembentukan ciri yang lebih baik menuju keunggulan itu.
beberapa contoh masyarakat dan politik yang dikemukakan
Antara contoh sifat unggul yang weber jelaskan di dalam kajiannya ialah kepimpinan yang memiliki sifat karisma, bentuk kapitalisme, birokrasi, pemerintahan legal-rational dan tradisional
Beberapa contoh penggunaan kaedah ideal type yang ditonjolkan oleh weber ialah penjelasan beliau mengenai autoriti atau wibawa di dalam pemerintahan. Weber melihat bahawa autoriti yang sah di dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
i. Rational-Legal ii. Traditional dan Charismatic authority
Setiap satu jenis autoriti ini memiliki legitimasi yang berbeza berdasarkan kepada;
i. asas yang rasional
Ii. Kepercayaan terhadap satu-satu peraturan atau
Iii. Berasaskan autoriti dimiliki oleh orang tertentu yang mendakwa ia sepatutnya memiliki wibawa itu tanpa soal.
Bagi autoriti rational-legal, ia dilihat mirip seperti masyarakat moden barat yang dicirikan dengan amalan pemerintahan demokrasi dan birokrasi moden.
Masyarakat di dalam pemerintahan ini mengutamakan peraturan rasmi negara (impersonel norms).
Di dalam autoriti ini rakyatnya mematuhi arahan ketua atau pemerintah dan kepatuhan ini bukan kerana sifat personaliti ketuanya tetapi adalah merupakan kepatuhannya kepada peraturan atau undang-undang rasmi negara. Kepatuhan yang terbentuk menunjukkan bahawa legitimasi telah diterima di dalam pemerintahan ini.
Dalam hal ini ‘konsep dominasi weber’ juga mempunyai perkaitan rapat dengan legitimasi ini. Weber menghuraikan ‘teori dominasinya’ dengan detail. Di sini dibincang secara ringas mengenai teori ini.
Dominasi menurut weber dibezakan dengan kuasa melalui hubungannya dengan legitimasi. Ada pemerintah yang ada kuasa tetapi tidak dominasi kerana tidak memiliki legitimasi.
Legitimasi adalah penerimaan masyarakat itu terhadap kedudukan dan peranan pemerintah apabila sesuatu pemerintah itu mendapat legitimasi maka ia melikiki autoriti yang sah terhadap negara atau pemerintahannya.
Individu patuh kepada sebarang arahan bukan kerana dipaksa tetapi kerana percaya norma dan arahan yang terbentuk itu adalah sah, dan dalam keadaan ini legitimasi itu sudah terbentuk (Swingewood 1984:193)
Sesuatu pemerintah mungkin boleh muncul tanpa legitimasi. Kerajaan yang dibentuk secara rampasan kuasa, penaklukan dari luar atau secara rusuhan dan pemberontakan tidak mendapat keabsahan kebanyakan rakyat adalah dianggap sebagai tidak memiliki legitimasi
Di dalam masyarakat seperti ini kepatuhan menerima arahan pemerintah mungkin wujud namun kepatuhan ini bukan dipupuk kerana legitimasi yang wujud tetapi kerana rakyatnya bimbang kekerasan hukuman yang dikenakan oleh pemerintah di atas sebarang keingkaran
Autoriti Tradisional
Dalam autoriti tradisional menurut weber legitimasinya terletak kepada kepercayaan terhadap kemuliaan tradisi yang telah lama diamalkan seperti yang terdapat di dalam pemerintahan monarki.
Di dalam autoriti ini unsur tradisi masyarakat menggariskan bidang kuasa autoriti pemerintah. Kerapkali didalam autoriti ini jawatan seseorang pemerintah itu seolah-olah disamakan dengan individu tersebut seperti raja, pembesar negara dan ketua masyarakat. Status sosial dan autoriti yang dimiliki menempatkan mereka kepada satu kedudukan yang sangat istimewa.
Autoriti Charismatic
Penggunaan keadah ideal type melalui jenis autoriti charismatic pula terletak kepada sanjungan kepada suatu sifat yang dikagumi atau dimuliakan sangat kerana memiliki sifat extraordinary yang sangat dihormati seperti hero atau pahlawan.
Kualiti kepimpinan di sini dianggap bersifat supernatural, superhuman atau sangat istimewa. Bagi masyarakat tradisi kelahiran pemimpin bersifat ini adalah penting sebagai pencetus kepada revolusi.
Rata-ratanya pemimpin yang bersifat karismatik ini lahir di dalam masyarakat yang memiliki kadar rasionalisasinya masih diperingkat rendah lagi. Malah keunggulan pemimpin seperti ini adalah lebih terserlah kerasa rasionalisasi masyarakat tersebut masih rendah dan mengikut weber semakin tinggi kadar rasionalisasi sesebuah masyarakat maka semakin kuranglah pemimpin memiliki karisme ini (gidden 1975: 160-161) – di dalam sejarah dunia pemimpin seperti ini boleh dilihat antaranya seperti Hitler, lenin, Sukarno dan ghandi.
Dua sifat autoriti yang dibincangkan tadi sebenarnya masih abstrak dan pemerintahan yang benar-benar bersifat seperti di atas tidak wujud dalam bentukyang sempurna. Pemerintahan yang wujud dalam realiti sekarang adalah hanya menghampiri rupanya dan tidak tepat sempurna bersifat legal rational mahupun tradisional.
Malah yang lebih tepat satu-satunya bentuk pemerintahan yang ada sekarang adalah bentuk yang memiliki campuran eleman dari ketiga-tiga kategori ini.
Di negara kita Malaysia yang mengamalkan pemerintahan demokrasi dan memiliki sistem birokrasi moden dan autoritinya lebih banyak bersifat legal-rational namun eleman tradisional dan karismatik masih kelihatan.
Keadaan yang sama juga boleh dilihat melalui contoh Amerika syarikat atau Jerman sekarang yang merasakan sudah cukup moden dan maju. Weber membentuk sifat ini hanya untuk membina suatu gambaran konseptual ringkas yang penting di dalam kajian sosiologi.
K9
Tradisi dan Identiti
Pengenalan Tradisi dan Identiti
Konsep Tradisi dan Identiti
Tradisi dan Identiti boleh dipengaruhi pembentukannya
Tradisi dan Identiti boleh dirancang dan dihapuskan
Kesimpulan
Istilah tradisi digunakan membawa maksud yang luas. Ia melibatkan pelbagai tradisi sama ada dalam bentuk perayaan, pakaian, ritual sehinggalah tugu atau tempat tertentu yang memiliki nilai tradisi.
Namun begitu tumpuan khas tradisi di sini ialah kepada tradisi-tradisi itu sendiri samada yang terbentuk sendiri atau dibentuk khas secara formal
Walaupun tradisi membawa maksud yang luas pengertiannya namun ia tetap terbatas. Bukan semua perkara atau ritual boleh dianggap sebagai tradisi
Kedudukan tradisi dan identiti sesebuah masyarakat sebenarnya boleh dibina serta dibina semula melalui satu proses konstruksi sosial.
Tradisi sebenarnya tidak semata-mata warisan dari generasi terdahulu
Tradisi dan identiti juga sebenarnya boleh dipengaruhi pembentukannya malah dirancang atau dihapuskan
Kerajan atau sesebuah pemerintahan itu merupakan pihak berkuasa yang boleh merancang pembinaan sesebuah identiti dan membentuk sesebuah wawasan bangsa.
Tradisi dan identiti berdasarkan
beberapa pengkaji
Boleh dilihat pandangan-pandangan seperti Hobsbwm, David Cannadine, terence Ranger, J.S furnival, Clifford Geertz, Shamsul A.B dan lain-lain
Hobsbawm menyatakan:
The term ‘invented tradition’ is used in broad, but not imprecise sense. It include both ‘traditions’ actually invented, construsted and formally instituted and those emerging ia a less easily traceable manner within a brief and dateable periode – a matter of a few years perhaps – and establishing themselves with great rapidity (1985:1)
Mengikut Hobsbawn lagi tradisi boleh dicipta, ini dapat difahamkan sebagai:
A set of practices, normally governed by overtly or tacitly accepted rules and of a ritual or symbolic nature, which seek to inculcate certain values and norms of behavior by repetition, which automatically implies continuity with the past. In fact, where possible, they normally attempt to establish continuity with suitable historic past” (1985:1)
Tradisi dan Identiti boleh dipengaruhi pembentukannya
Mencipta tradisi dapat dianggap sebagai satu proses bersifat formalisasi dan ritualization, yang menjadikan ia suatu tradisi ialah apabila ritual ini dibentuk dengan signifikannya dari zaman lampau dan amalannya terus dilakukan secara berulang kali.
Kepentingan Pembentukan Identiti dalam sesebuah negara
Bagi negara baru merdeka kehadiran pelbagai etnik dan konflik dalam kalangan mereka adalah perkara biasa dan pembentukan bangsa atau nation building adalah satu agenda penting dan perlu disegerakan. Di dalam usaha ini penciptaan pelbagai tradisi yang baru banyak sekali dilaksanakan.
Dalam banyak situasi pembinaan tradisi baru ini diinisiatifkan oleh pihak pemerintah kerana menyedari betapa pengaruh sentimen dan unsur pengikat yang kuat dimilikinya.
Dalam perbincangan Tradisi yang pembentukannya didorong oleh pemerintah, hobsbwm mengkategorikan kepada antaranya; sebagai bersifat rasmi atau official di mana tradisi kategori ini juga dapat dianggap bersifat political.
Satu lagi kategori tradisi dilihat tidak bersifat rasmi, unofficial dan ia dianggap bersifat sosial.
Contoh tradisi yang bersifat politikal adalah seperti peristiharan cuti umum, perayaan yang diistiharkan seperti hari kebangsaan atau ulang tahun kemerdekaan dan sambutan ulang tahun revolusi atau keputeraan raja, pemujaan kepada tokoh hero tertentu dan anugerah-anugerah negara seperti pingat atau bintang yang diberi kepada yang berjaya atau berbakti
Peranan kerajaan penting di sini di dalam menpengaruhi pembentukan tradisi bersifat seperti ini.
Peristiharan satu cuti umum, perayaan satu-satu pesta atau hari kebesaran, semuanya dapat dianggap sebagai ritualization dan ia dilakukan secara berulang kali.
hari-hari perayaan seperti hari raya Puasa, Krismis, tahun baru China, Thaipusam, maulidur rasul dan Hari Kebangsaan adalah contoh hari perayaan yang sudah menjadi tradisi di malaysia.
Bagi negara Barat, hari krismis adalah tradisi paling utama diikuti dengan tahun baru, Thanksgiving, Easter, halloween dan Good Friday
Sekiranya sesuatu perayaan itu dibuat sekali sekali sahaja seperti perayaan menyambut beberapa pingat emas Olimpik, Sukan Komenwel ke Malaysia atau perayaan pengistiharan tahun melawat Malaysia, maka perayaan ini tidak dapat dianggap sebagai tradisi kerana tidak berlaku secara berulang kali meskipun eleman di dalamnya ada yang merupakan tradisi seperti memakai pakaian kebangsaan, sirih junjung, kibaran bendera, paluan kompang, tarian naga dan sebagainya.
Fungsi asas tradisi ini tidak lain dari memelihara kesetiaan dan kesepaduan sosial di dalam masyarakat di samping menonjolkan imej dan identiti mereka. Ia memelihara nilai-nilai popular (popular values) dan menjadi desakan kesepaduan (integrative forces) di dalam masyarakat.
Tradisi ini juga digunakan bagi mengingatkan kembali kepada zaman kegemilangan lampau di samping bertujuan untuk propaganda bagi matlamat tertentu.
K10
Konstruksi Sosial
(social construction)
Pengenalan konstruksi sosial (social construction)
asas-asas kepada pendekatan Konstraksi Sosial ini berdasarkan beberapa pengkaji
kaitan pendekatan ini dengan politik dan masyarakat.
kesimpulan
Pengenalan konstruksi sosial (social construction)
Konstruksi sosial merupakan suatu kesinambungan kepada perbincangan tradisi dan identiti.
Secara ringkasnya melalui proses konstruksi sosial bentuk sesebuah masyarakat itu serta identiti mereka boleh dibina dan dibina semula.
Pendekatan ini antara lain; melihat sesuatu fenomena yang berlaku itu sebenarnya merupakan hasil binaan sesuatu proses sosial. Ia merupakan hasil tindakan seseorang atau kelompok dan sebagainya yang boleh berlaku sekali atau berulang dan seterusnya. Ia dengan itu tidak melihatnya sebagai sesuatu yang berlaku secara semulajadi sahaja tanpa pengaruh sosial.
Di dalam melihat perkembangan ini sejarah memainkan peranan penting. Melalui tinjauan pensejarahan, pelbagai maklumat boleh diperolehi, dikumpul dan disaring untuk melihat pelbagai konstruksi yang telah dilakukan.
Asas-asas kepada pendekatan Konstraksi Sosial ini berdasarkan beberapa pengkaji
Burr, an introduction to social constructionism,
Geertz, the integrative revolution: primordial Sentiments and Civil politics in the new States,
Hobsbwm dan Ranger, The Invention of tradition,
Shamsul A.B, debating about Identity in Malaysia: Discourse Analysis
Burr, an introduction to social constructionism (1995), menyatakan tidak terdapat suatu bentuk definisi yang tetap bagi konstruksi sosial. Beliau memberikan beberapa asas pegangan di dalam pendekatan ini.
Asas berkenaan ialah seperti di bawah:
Bersifat kritikal terhadap ilmu yang selalunya diterima semudahnya
Pandangan ini secara tidak langsung menolak pandangan positivisme dan emperisisme di dalam sains tradisi. Pandangan tradisi ini melihat bahawa alam semulajadi ini boleh dianalisis secara pemerhatian dan apa yang wujud ialah apa yang kita anggap wujud. Konstruksi sosial sebaliknya selalu menganjurkan supaya bersifat syak dan teliti di dalam andaian bagaimana punca alam ini terhasil begini (1995:3
2. Pendekatan yang benyak bersandar kepada sifat budaya dan sejarah sesebuah masyarakat
Semua cara pemerhatian dan pemahaman adalah bersifat relatif dari sudut budaya dan sejarah. Apa yang berlaku bukan sahaja merupakan tertumpu kepada spesifik budaya sesebuah masyarakat tetapi merupakan hasil dari perkembangan sejarah dan budaya tersebut (1995, 3-4)
3. Ilmu dihasilkan melalui proses sosial
Ilmu tidak berkembang secara semulajadi seperti proses evolusi. Ilmu terhasil dari proses konstruksi yang dibuat oleh manusia. Melalui interaksi kelompok manusia membina ilmu dan mengukuhkannya. Dengan itu proses interaksi dan bahasa merupakan faktor utama yang menjadi minat kepada pendokong konstruksi sosial (1995: 4)
kaitan pendekatan ini dengan politik dan masyarakat.
Pendekatan ini memberi alternatif pemikiran kepada analisis sosial. Pendekatan ini dianggap salah satu pendekatan pasca moden yang memberi ruang pemikiran yang lebih luas dan lebih kritikal.
Terlihat bahawa pendekatan konstruksi sosial ternyata betapa identiti dan sentimen masyarakat itu sebenarnya suatu elemen yang boleh dibentuk dan dipengaruhi. Ia semacam sesuatu yang hidup dan membesar menjadi semakin matang. Dalam proses inilah ia boleh dipengaruhi dan diubahsuai mengikut kehendak masyarakat itu.
Terlihat bahawa pendekatan konstruksi sosial ternyata betapa identiti dan sentimen masyarakat itu sebenarnya suatu elemen yang boleh dibentuk dan dipengaruhi. Ia semacam sesuatu yang hidup dan membesar menjadi semakin matang. Dalam proses inilah ia boleh dipengaruhi dan diubahsuai mengikut kehendak masyarakat itu.
Dalam proses inilah ia boleh dipengaruhi dan diubahsuai mengikut kehendak masyarakat itu. Ia dengan itu bukan sesuatu yang statik, given atau kaku tidak boleh dipengaruhi.
nota last
4 Comments
louis vuitton uk
Marc Jacobs exhibition is currently on.In 1867, the company participated in the universal exhibition in Paris.louis vuitton
To protect against the duplication of his look, he changed the Trianon design to a beige and brown stripes design in 1876. LV has an excellent reputation among female consumers for its durable quality and exquisite craft. With these good merits,louis vuitton uk
are really the first choice as a special Christmas gift for yourself and your friends.Want to become more charming and faddish? Go to visitlouis vuitton outlet
webpage and select the most suitable products for yourself. For your consideration is the Cheapsac louis vuitton
which is made in USA . It is crafted in traditional monogram canvas and has natural cowhide leather.leading manufacturers of champagne and cognac, merged respectively withlouis vuitton
to form the luxury goods conglomerate. Profits for 1988 were reported to have been up by 49% more than in 1987. Its official that me and my mom are addicted to thelouis vuitton uk
fall winter 2011.last week we went for holiday to Jakarta indonesia and managed to stop by at the local Boutique there in Plaza Senayan.leading manufacturers of champagne and cognac, merged respectively withlouis vuitton
to form the luxury goods conglomerate. Profits for 1988 were reported to have been up by 49% more than in 1987.louis vuitton bags
are graceful in shapes and delicate in details. New arrivals are supplied on Louis Vuitton Outlet. New colors and styles make you a new lady in this summer.After the death of his father, Georgeslouis vuitton
began a campaign to build the company into a worldwide corporation, exhibiting the company's products at the Chicago World's Fair in 1893. In 2004,louis vuitton wallet
celebrated its 150th anniversary. The brand also inaugurated stores in New York City (on Fifth Avenue), S?o Paulo, Mexico City, Cancun and Johannesburg.The ASA said that the evidence supplied bylouis vuitton belt
fell short of what was needed to prove the products were made by hand.Click here to sign up now.