Videos

No videos yet...

Ummah

Ummah

Muslim World
This is a public group.

Location

No map yet...

Events

0 Events...

About

Muslim Around the world, World Muslim Societies, Muslim Ummah, Islamic Society, Muslim in non-Muslim state, Minority Muslim, Muslim Minorities in the world Today, Minoriterian Muslim, Minority Political system, Non-Territorial Islamic state.

Latest Activity

  • 3 months ago
    sabila hussin is now a member of Ummah.
  • 3 months ago
    Tok Awang Gading commented on the group Ummah's wall:
    tahniah kepada Syuhada kerana telah berjaya uploud dlm create topic, selamat berjaya
  • 3 months ago
    siti nazirah is now a member of Ummah.
  • 3 months ago
    syuhada jalani commented on the group Ummah's wall:
    maafkan kami ye ustaz... sy dh masukkn dalam create topic seperti mana yang ustaz mahu kn... maaf ye ustaz...
  • 3 months ago
    izyan norizan is now a member of Ummah.
  • 4 months ago
    Tok Awang Gading commented on the group Ummah's wall:
    Salam, diminta kepada anna farhana dan syuhada jalani agar hantar asigment di dalam Bahagian FORUM lihat di atas dan belah kanan dia tekan "CREATE TOPIC". masukkan artikal/kertas kerja ante berdua dalam "create TOPIC". TQ
  • 4 months ago
    anna farhana commented on the group Ummah's wall:
    -NAMA: NURUL FARHANA BINTI JAAFAR(A126135) TUTORIAL: RABU (11.00 PG - 12.OO TGH HARI) MINORITI MUSLIM (TUGASAN INDIVIDU TUTORIAL) TAJUK: MINORITI MUSLIM DI PALAU (BELAU) Pengenalan Secara umumya, di Kepulauan Asia Pasifik Utara terdapat 19 ...
  • 4 months ago
    syuhada jalani commented on the group Ummah's wall:
    1- KONSEP MINORITI MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN PENGENALAN Perkataan minoriti mempunyai pengertian yang berbeza berdasarkan kepada unsur-unsur kepelbagaian sesebuah wilayah yang lain, berbanding dengan sebuah negara ...
  • 5 months ago
    ziana ziey is now a member of Ummah.
  • 6 months ago
    Salminda Ortama Edwards is now a member of Ummah.

Members

13 Members...

  • Samsul  Adabi
  • sabila hussin
  • syuhada jalani
  • anna farhana
  • Salminda Ortama Edwards
  • mie :)
  • Muhammad  Faiz
  • rossa seroja
  • tieha norfatiha
  • opah  kome
  • bidadari ziey
  • Izyan Norizan

The Wall

6 Wall Posts

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.
  • Samsul  Adabi
    by Samsul Adabi 3 months ago
    tahniah kepada Syuhada kerana telah berjaya uploud dlm create topic, selamat berjaya
  • syuhada jalani
    by syuhada jalani 3 months ago
    maafkan kami ye ustaz...
    sy dh masukkn dalam create topic seperti mana yang ustaz mahu kn...
    maaf ye ustaz...
  • Samsul  Adabi
    by Samsul Adabi 4 months ago
    Salam, diminta kepada anna farhana dan syuhada jalani agar hantar asigment di dalam Bahagian FORUM lihat di atas dan belah kanan dia tekan "CREATE TOPIC". masukkan artikal/kertas kerja ante berdua dalam "create TOPIC". TQ
  • anna farhana
    by anna farhana 4 months ago
    -NAMA: NURUL FARHANA BINTI JAAFAR(A126135)
    TUTORIAL: RABU (11.00 PG - 12.OO TGH HARI)
    MINORITI MUSLIM (TUGASAN INDIVIDU TUTORIAL)
    TAJUK:
    MINORITI MUSLIM DI PALAU (BELAU)

    Pengenalan
    Secara umumya, di Kepulauan Asia Pasifik Utara terdapat 19 buah negara yang mana termasuk 9 buah negara yang merdeka sepenuhnya: Samoa Barat, Nauru, Tonga, Fiji, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Kiribati, dan Vanuatu, 5 negara kerajaan sendiri yang bebas dari persatuan dengan kuasa luar: Kepulauan Cook dan Niue dengan New Zealand, dan Kepulauan Marshall, Negara Persekutuan Micronesia dan Palau dengan Amerika Syarikat, dan 5 kepulauan diperintah oleh kuasa luar: New Caledonia dan Perancis Polynesia oleh Perancis, dan Guam, Amerika Samoa dan Mariana Utara oleh Amerika Syarikat.
    Palau atau Belau, secara rasminya disebut Republik Palau, merupakan sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik, lebih kurang 800 kilometer (500 batu) ke Timur Filipina dan 3,200 kilometer (2,000 batu) ke selatan Tokyo, Jepun. Setelah muncul daripada peramanahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (yang ditadbir oleh Amerika Syarikat) pada tahun 1994, Palau adalah salah satu daripada negara-negara termuda dan terkecil di dunia.

    Latar Belakang

    Sejarah
    Republik Palau (atau Belau) terdiri daripada lebih 340 pulau, berantai (lebih kurang di Timur Laut/Barat Daya) kira-kira 404 batu/650 kilometer panjang. Ia terletak di pusat Pasifik Barat, dan bersama negara Persekutuan Micronesia kepulauan Pulau Caroline. Jumlah keseluruhan kawasan tanah adalah 191 batu persegi/494 kilometer persegi. Purata tahunan suhu pulau di Koror ialah 81˚F/27.2˚C, dengan hanya kecil variasi secara bulanan, purata tahunan penurunan hujan di Koror adalah 147/3,729 mm, dengan banyak variasi musim.
    Palauan yang terdahulu datang dari Polynesia dan Asia. Bergantung kepada keluarga Palauan yang asli, Palauan mewakili banyak bahagian Melanesia, Micronesia dan Polynesia. Walaubagaimanapun, mereka tidaklah secara tradisional berbanding penduduk Micronesia.
    Sejarah moden Palau pada 1978: penubuhan kedaulatan Sepanyol di pertengahan 1880-an, Jerman pada tahun 1899, Jepun dari tahun 1914, pembentukan Peramanahan Kepulauan Pasifik, di bawah pentadbiran Amerika Syarikat, pada tahun1947. Pada tahun 1978, populasi Palau memilih untuk berasingan dengan Peramanahan Kepualauan Pasifik yang lain.
    Sejarawan menulis pelayaran awal pengembara Eropah di Pasifik. Terdapat percanggahan pendapat tentang Spaniard Ruy Lopez de Villalobos, yang mendarat di beberapa Pulau Caroline, terutama di kepulauan Palau pada 1543. Palau mempunyai hubungan yang terbatas sebelum abad ke-18, terutamanya dengan Yap dan Jawa. Orang English, Henry Wilson, kapten Syarikat Hindia Timur paket Antelope, kapal karam di pulau Ulong pada 1783. Raja Palau mengizinkan Kapten Wilson untuk membawa anaknya, Putera Lee Boo ke England, yang telah sampai pada tahun 1784. Walaubagaimanapun, putera tersebut meninggal tidak lama kemudian terkena cacar. Syarikat Hindia Timur membina sebuah monument berhampiran kuburnya di St. Mary Churchyard, Rotherhithe. Wilson yang telah memberi kepulauan ini dengan nama “Pulau Pelew (Palau)”.
    Akhir kurun ke-19, kedudukan pulau dituntut oleh Britain, Sepanyol dan maharaja Jerman. Pada tahun 1885, permasalahan ini telah dibawa kepada Pope Leo XIII untuk membuat keputusan. Pope mengakui tuntutan Sepanyol, tetapi mengakui juga penyerahan ekonomi kepada Britain dan Jerman. Palau kemudiannya menjadi sebahagian daripada Indie Timur Sepanyol, bersama Pulau Mariana, Pulau Caroline dan Pulau Marshall. Semuanya ditadbir daripada Filipina. Selepas kekalahan pada tahun 1898 di dalam peperangan Sepanyol-Amerika dan 1898 kalah dalam kedudukan Pulau Filipina, Sepanyol telah menjual kepulauan Palau kepada Maharaja Jerman pada tahun 1899, perjanjian Jerman- Sepanyol. Walaubagaimanpun, Jerman hanya mampu bertahan selama 15 tahun.
    Pada tahun 1914, empayar Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas empayar Jerman dan menceroboh kawasan Jerman di seberang laut di Lautan Pasifik. Selepas peperangan, Kebangsaan Bersekutu menganugerahkan Palau kepada Jepun sebagai kelas C, Mandat Kebangsaan Bersekutu.
    Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjelaskan Amerika Syarikat mentadbir Palau sebahagian daripada Peramanahan Kawasan di Kepulauan Pasifik. Pada tahun 1979, penduduk Palau sekali lagi memilih menyertai Negara Persekutuan Mikronesia disebabkan bahasa dan budaya yang berlaianan. Selepas beberapa lama berubah, termasuk kematian 2 orang presiden yang kejam (Haruo Remeliik pada tahun 1985 dan Lazarus Salii pada tahun 1988), pada tahun 1994 Palau memilih untuk berpersekutuan secara bebas daripada Amerika Syarikat sementara kemerdekaan ditahan di bawah Perjanjian Persatuan Bebas.

    Politik
    Pada 5 April 1979, Amerika Syarikat mengakui pembahagian pentadbiran tempatan mengesahkan perlembagaan di Negara Persekutuan Mikronesia, Pulau Marshall dan Palau. Perlembagaan yang seterusnya dimasukkan di Pulau Marshall dan Negara Persekutuan Mikronesia pada 1 dan 10 Mei 1979 secara berturut-turut, dan Palau pada 1 Januari 1981. Kesemua tiga buah negara ini petunjuk perjanjian persatuan bebas dengan Amerika Syarikat, Pulau Marshall pada 30 Mei 1982, Palau pada 26 Ogos 1982 dan Negara Persekutuan Mikronesia pada 1 Oktober 1982. Perjanjian ini mengesahkan untuk Pulau Marshall dan Negara Persekutuan Mikronesia pada 1986 dan Palau pada 1987.
    Politik di Palau mengambil tempat pelbagai parti bentuk kerja mewakili presiden demokrasi republik, di mana Presiden Palau adalah kedua-duanya ketua negara dan ketua kerajaan. Kuasa eksekutif adalah dilatih oleh kerajaan, sementara kuasa legislatif adalah hak kedua-dua kerajaan dan Kongres Kebangsaan Palau. Sistem kehakiman adalah bebas daripada eksekutif dan legislatif. Palau mencapai kemerdekaannya pada 1 Oktober 1994.

    Hubungan Luar
    Sebagai bangsa berdaulat, Palau memimpin hubungan luarnya sendiri. Sejak kemerdekaannya, Palau telah menubuhkan hubungan diplomatik dengan bilangan bangsa, termasuk negara jiran Pasifiknya. Palau membenarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 15 Disember 1994, dan menyertai bebrapa pertubuhan antarabangsa. Pada September 2006, Palau menjadi tuan rumah pertama bagi Taiwan-Pasifik Kemuncak Sekutu, dan Presidennya telah pergi melawat secara rasmi beberapa buah negara Pasifik yang lain, termasuklah Republik China (Taiwan). Semenjak tahun 2004, Palau telah menyertai Amerika Syarikat dan Israel sebagai satu-satunya bangsa yang menyokong secara konsisten menentang resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menjatuhkan Amerika Syarikat embargo menentang Cuba yang mana ditempatkan semenjak 1962. Dan pada 5 Oktober 2009, Palau membuat hubungan Diplomatik dan Hubungan Perdagangan secara rasmi dengan Malaysia dan Lord Morris Davidson dilantik sebagai Konsul Kehormat Palau yang pertama ke Malaysia.

    Tempat perlindungan untuk tahanan terdahulu Guantanamo
    Pada 10 Jun 2009, Palau mengumumkan bahawa ia terima lebih 17 baki Uyghurs memegang extrakehakiman penahanan di Guantanamo “sebagai mengisyaratkan keperikemanusiaan”. Lima tahanan Uyghur menghilangkan kesemua keraguan pada tahun 2004, dan dihantar ke Albania pada tahun 2006. Baki 17 menghilangkan kesemua keraguan pada tahun 2008.

    Daerah
    Palau dibahagikan kepada 16 daerah (sehingga 1984 dipanggil munisipilati). Berikut ialah kajian populasi yang dijalankan pada tahun 2005 :
    Daerah Area (km persegi) Kajian 2005
    Aimeliik
    52 270
    Airai
    44 2,723
    Angaur
    8 320
    Hatohobei
    3 44
    Kayangel
    3 188
    Koror
    18 12,676
    Melekeok
    28 391
    Ngaraard
    36 581
    Ngarchelong
    10 488
    Ngardmau
    47 166
    Ngaremlengui
    65 317
    Ngatpang
    47 464
    Ngchesar
    41 254
    Ngiwal
    26 223
    Peleliu
    13 702
    Sonsorol
    4 100
    Secara sejarahnya, Palau yang tidak bermastautin telah menjadi sebahagian dari daerah Koror.

    Geografi
    Kepadatan penduduk di Palau terdapat di Angaur, Babeldaob, Koror dan Peleliu. Antara 2-3 populasi tinggal di Koror. Karang pulau cincin Kayangel terletak di utara pulau, sementara pulau utama, juga sebahagian daripada negara dan menjadi daerah Hatohobei dan Sonsorol.
    Palau mempunyai iklim tropikal sepanjang tahun dengan suhu tahunan 82˚ F (28˚ C). Taburan hujan boleh berlaku sepanjang tahun, jumlah purata 150 inci (3,800 mm). Purata kelembapan tahunan ialah 82 peratus, dan walaubagaimanapun penurunan hujan lebih kerap antara Julai dan Oktober , masih lagi ada pancaran matahari. Taufan jarang-jarang, kerana Palau terletak di luar zon taufan yang utama. Palau secara kesimpulannya mempunyai iklim tropikal, panas dan lembap, kelembapan musim Mei hingga November.
    Persekitaran di Palau secara isu semasanya, kekurangan kemudahan untuk pelupusan sisa pepejal, gangguan ekosistem marin daripada pengorekan pasir dan karang, berlatih memancing secara haram dan lebihan memancing. Secara perjanjian antarabangsa pula, biokepelbagaian, iklim yang berubah, undang-undang laut, perlindungan lapisan ozon, memberi petunjuk penangkapan ikan, tetapi tiada penguatkuasaan: tiada pemilihan perjanjian.

    Ekonomi
    Sumber utama terdiri daripada pelancongan, penghidupan agrikultur dan memancing. Pelancong yang datang tertumpu kepada selam skuba dan aktiviti penyelaman (snorkeling) di pulau yang kaya dengan persekitaran marin, termasuk dinding penyekat terumbu karang dan kehancuran semasa Perang Dunia ke II.
    Pada Julai 2004, Penerbangan Palau Mikronesia telah melancarkan dengan perkhidmatan Palau ke Yap, Guam, Mikronesia, Saipan, Australia dan Filipina. Dengan menawarkan kadar tambang rendah ia dijangka menjadi pesaing kepada Benua Mironesia, walaubagimanapun operasinya telah tamat pada Disember tahun yang sama, sebab utamanya kerana kenaikan harga bahan api. Penerbangan Palau Mikronesia tidak memulakan semula operasi semenjak itu, tetapi telah membuat perkongsian kod perikatan dengan Asian Spirit, telah membawa operasi penerbangan antara Palai dan Filipina (Davao, Cebu dan Manila). Terdapat dua penerbangan setiap minggu dari Manila melalui Cebu ke Palau dan penerbangan setiap minggu dari Davao. Hanya beberapa bulan perkhidmatan, Asian Spirit berhenti jalan laluan Filipina ke Palau. Cukai sederhana, cukai pendapatan ada 3 peringkat dengan kadar medium (9.3 %, 15 % dan 19.6 %), cukai korporat 4 % dan cukai jualan umum adalah 7.5 %. Tiada cukai harta.
    Hasil semulajadi di pulau ini adalah seperti hutan, hasil galian (terutamanya emas), produk marin, galian laut dalam. Antara produk agrikultur ialah seperti kelapa, copra, ubi kayu, keledek, ikan. Produk industri pula seperti pelancongan, barangan kraf (daripada siput, kayu, mutiara), membuat pakaian. Komoditi eksport seperti kulit siput, tuna, copra, pakaian dan komoditi import seperti peralatan mesin, bahan api, logam dan brang makanan.

    Demografi
    Etnik yang terdapat di Palau ialah seperti penduduk Palau (Mikronesia dengan Malayan dan Melanesia tambahan) 69.9 %, Filipina 15.3 %, Cina 4.9 %, Asia yang lain 2.4 %, orang putih 1.9 %, Carolinian 1.4 %, Mikronesia yang lain 1.1 %, lain- lain atau yang tidak ditetapkan 3.2 % (kajian 2000).
    Anggaran populasi Palau ialah sebanyak 21,000, yang mana 70 % penduduk asal Palau, yang mana campuran Melanesia, Mikronesia dan keturunan Malaya. Ramai penduduk Palau juga berketurunan Asia, yang mana hasil perkahwinan kacukan antara peneroka dan penduduk Palau antara kurun ke-19 dan 20. Penduduk Palau dengan campuran keturunan Jepun adalah kumpulan yang tertinggi, dan beberapa keturunan Cina dan Korea. Filipina pada tingkat kedua keluasan etnik penduduk. Bahasa rasmi Palau ialah Palauan dan Inggeris kecuali dua daerah (Sonsorol dan Hatohobei) yang mana bahasa tempatan, bersama Palauan adalah rasmi. Penggunaan bahasa Jepun dituturkan secara meluas oleh penduduk Palau terdahulu, dan ia merupakan bahasa rasmi bagi daerah Angaur. Bahasa Tagalog bukanlah bahasa rasmi di Palau, tetapi merupakan bahasa keempat yang dituturkan.

    Agama
    Tiga suku populasi adalah Kristian (terutamanya Roman Katolik dan Protestan), sementara Modekngei (kombinasi Kristian, agama Palau asli dan percaya nasib) dan agama kuno Palau adalah yang biasa diraikan. Menurut kajian pada tahun 2005, 49.4 % populasi adalah Roman Katolik, 21.3 % adalah Protestan, 8.7 % adalah Modekngei dan 5.3 % adalah Seventh-day Adventist. Hanya sebilangan kecil komuniti Yahudi di Palau. Pada 2009 ia telah menghantar 3 ahli ke Perlawanan Maccabiah ke-18. Juga terdapat hampir-hampir 400 Banggali Muslim di Palau, dan baru-baru ini 6 Uyghur yang ditahan di Guantanamo dibenarkan untuk selesaikan bangsa di pulau.
    Perlembagaan memperlengkapkan untuk hak kebebasan dalam beragama, dan kerajaan secara umumnya menghormati hak ini dalam mempraktiknya. Kerajaan Amerika Syarikat mendapati tiada laporan mengenai penganiyaan sosial atau diskriminasi mengikut kepada kepercayaan beragama atau praktik.
    Mengikut kajian data pada tahun 2005, terdapat seramai 19,907 penduduk di Pulau ini, yang mana 1,613 atau 8.10 % mengakui agama lain berbanding yang disenaraikan dalam kajian. Dalam erti kata lain, pulau ini terdapat lebih 500 atau 2.51 % Bangladesh Muslim, anggaran populasi Muslim di Palau.







    Islam di Palau
    Agama Islam telah dibawa masuk apabila ramai pekerja dari Bangladesh, yang mula mendarat dan masuk ke pulau beberapa tahun yang terdahulu, dalam mencari pekerjaan dan ketenangan.
    Islam di Palau diamalkan oleh hampir-hampir 500 Bengali Muslim, dan baru-baru ini beberapa tahanan Uyghur di Guantanama dibenarkan untuk selesaikan di pulau ini. Terdapat dua buah masjid di Palau, salah satunya terletak di Koror.

    Perkembangan Islam di Palau
    Bersembunyi di laluan satu-satunya kepunyaan masjid di Koror, rumah lebih 2 ke 3 orang di Palau, Pasifik yang suram bersetuju untuk mengambil kumpulan tahanan Cina Muslim dari Guantanamo. Masjid yang tiang rumahnya diperbuat daripada buluh dan berpaut dengan perca kain alunan logam. Untuk kumpulan minoriti 500 Muslim di dalam sebuah negara yang majoriti adalah Kristian, ini adalah semangat tempat perlindungan.
    Kebanyakan Muslim di Palau adalah terdiri warga Bangladesh yang terdiri daripada sektor pekerja seperti, peladang, pekerja penyelenggaraan, pekerja binaan dan sebagainya. Pekerja warga Bangladesh ini mengagumi kecantikan pulau Palau ini, kehidupana mereka di sini sederhana dan kemahiran pekerja yang rendah. Gaji minimum bagi penduduk Palau ialah $2.50 per jam. Manakala untuk pekerja asing ialah $1.50.





    Isu-isu Muslim di Palau
    Perlembagaan membenarkan dalam kebebasan agama dan tiada laporan yang mengatakan diskriminasi dalam beragama. Walaupun Muslim di sini adalah minoriti tetapi pihak kerajaan secara umumnya menghormati hak kebebasan beragama.
    Cuma baru-baru ini, beberapa orang Muslim Uyghur telah dipindahkan ke negara kepulauan Pasifik ini setelah lama menjadi sebagai tahanan di penjara Guantanamo. Haranou Rashid, seorang penternak ayam Bangladesh yang telah tinggal di Palau selama 13 tahun ini, berita ini telah membuatkannya berasa bimbang. Seorang tua yang berusia antara 40-an mengatakan warga Palau seperti mereka, mereka tidak membuat apa-apa masalah di sini, tetapi apabila datang orang baru, berkemungkinan mereka tidak baik. Rashid juga menambah kalau seorang Muslim membuat masalah, maka ia akan menyakitkan semua Muslim di Palau.
    Tanpa menghiraukan kisah silam mereka, dialu-alukan untuk bersolat di masjid di Koror, kata Mohi Uddi, 32, presiden Persatuan Bangladesh. Bekerja sebagai penyelenggara, Uddi berkata beliau tidek bimbang tentang kedatangan Uyghur ke Palau, disebabakan, jika mereka datang, ia adalah ketentuan Allah S.W.T. Mujahid Hussein, Palau Pakistan, berkata, dia tidak berapa tahu tentang Uyghur untuk menentukan samada mereka berpegang kepada asas rukun secara aman. Dia tidak pernah mempunyai masalah sebagai Muslim di Palau dan menggambarkan 10 tahunnya di sini sebagai “baik dan mudah”.
    Pada Disember 2005, isu kerajaan tentang penangguhan rasmi pekerja Bangladesh. Bilangan pekerja Bangladesh meningkat daripada 163 pada 2004 kepada 425 pada 2005, menurut kepada laporan 2007 agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.





    Kesimpulan
    Palau merupakan negara yang terdapat di Asia Pasifik, dan merupakan salah satu daripada negara-negara yang termuda dan terkecil di dunia. Agama Islam di sini merupakan agama minoriti, yang mana terdiri daripada warga Bangladesh dan Pakistan yang telah berhijrah ke negara ini. Terdapat hanya 2 buah masjid di negara ini. Walaubagaimanapun, perlembagaan di negara memberi kebebasan dalam beragama dan saling menghormati antara agama yang lain.



    Rujukan
    Houssain Kettani, 2009. Muslim population in Ocenia. Proceedings of the 2009 International Conference on Social Sciences and Humanities, hlm. 1-6.


    Robert H.Taylor. 1991. Handbooks to the Modern World Asia and the Pacific. Jil. 1. New York: Oxford.


    Tomoko A. Hosaka. 2009. Palau’s Muslims anxiously await Gitmo detainess.http://www.newsvine.com/_news. 19 Jun 2009. [10 Februari 2010].



    William Nester. 1991. Handbooks to the Modern World Asia and the Pacific. Robert H.Taylor. Jil.1. New York: Oxford.



    Anon. t.th. Palau. http://en.wikipedia.org/wiki/Palau. [10 Februari 2010].


    Anon. t.th. Palau, CIA World Factbook. http://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/docs/notesanddefs.html. [11 Februari 2010].


    Anon. t.th. International Religious Freedom Report 2007. http://www.state.gov. [10 Februari 2010].
  • syuhada jalani
    by syuhada jalani 4 months ago
    1- KONSEP MINORITI MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF
    AL-QURAN

    PENGENALAN
    Perkataan minoriti mempunyai pengertian yang berbeza berdasarkan kepada unsur-unsur kepelbagaian sesebuah wilayah yang lain, berbanding dengan sebuah negara dengan negara yang lain, sebagaimana juga dengan suatu zaman dengan zaman yang lain di dalam sejarah. Semua itu tentu sekali mempunyai perbezaan maksudnya yang tersendiri. Beberapa kelompok minoriti contohnya, hidup dalam secara bertaburan di dalam sesebuah negara atau kawasan yang tertentu, manakala yang lainnya pula tertumpu di sesuatu bahagian atau kawasan yang tertentu, bagi membentuk sebuah kelompok majoriti di bahagian atau kawasan tertentu di dalam sesebuah negara (Pirzada 1980:67).
    Istilah minoriti di dalam beberapa kes yang tertentu atau dirujuk bermaksud sesuatu kelompok atau kumpulan nasional, etnik atau kumpulan-kumpulan ras yang mempunyai perbezaan tertentu dengan kelompok majoriti di dalam sesebuah negara. Di dalam beberapa kes yang lain pula, ia digunapakai untuk merujuk kepada sesuatu kumpulan bahasa atau kelompok agama. Di beberapa buah negara lain pula istilah minoriti digunakan dengan membawa suatu gambaran yang negatif, sama ada untuk menunjukkan ciri-ciri seperti nasional, etnik, bentuk bahasa ataupun kumpulan atau kelompok yang berbeza daripada kelompok asal negara tersebut. Berdasarkan kenyataan ini, Prof. D.P.O’Connell memberikan pengertian minoriti seperti berikut:
    Kumpulan rakyat di dalam sesebuah kerajaan, yang mereka itu dikira berdasarkan sama ada melalui perkiraan ras, bahasa ataupun agama dan biasanya ketiga-tiga unsur itu membentuk elemen dalam sesuatu komuniti. Unsur kumpulan minoriti tersebut tentu sekali agak berbeza daripada unsur-unsur milikan kelompok majoriti di dalam negara berkenaan (Pirzada 1980:67).
    A.K. Brohi (1980:31) pula, di dalam membahaskan persoalan minoriti telah memberikan jawapan beliau sendiri mengenai definisi minoriti seperti berikut iaitu:
    “Minoriti” itu merupakan suatu anggaran daripada sesebuah kelompok penduduk yang mempunyai ciri yang agak nyata berbeza. Perbezaan ini, biasanya melihat kepada unsur seperti; ras/jenis kaum, agama bahasa ataupun orientasi etnik mereka yang melambangkan mereka sebagai suatu unsur milikan yang nyatanya berbeza dan berlawanan dengan sesuatu kumpulan majoriti negara tersebut. Keadaan ini (dianggap minoriti) dan dikira begitu bilamana sesuatu kumpulan majoriti ataupun kumpulan yang dominan yang mendiami atau menduduki sesebuah negara itu membuat perbandingan antara diri mereka dengan kelompok minoriti dan seterusnya melihat bahawa di sana terdapat perbezaan yang agak ketara dan nyata.
    Dalam situasi seperti ini, ada negara yang bertindak mengambil langkah untuk mempertahankan sesuatu kelompok minoriti dan memberi serta memperuntukkan undang-undang tertentu bagi mendiami ataupun berada di dalam sesuatu kumpulan majoriti di dalam sesebuah negara tersebut. Ada pula negara yang memberi status kerakyatan di samping memperuntukkan sesuatu kawasan yang tertentu untuk mereka. Walau bagaimanapun, biasanya seseorang ahli daripada kelompok minoriti itu secara umumnya adalah tidak mempunyai kuasa yang boleh mempengaruhi sama ada dalam bidang kuasa pentadbiran, pembentukan undang-undang dan sebagainya yang digunakan oleh negara tersebut (Brohi 1980:31).
    Kettani (1986:1) telah membawakan suatu definisi yang dipetik daripada kamus Webster’s Seventh New Collegiate Dictionary yang mendefinisikan minoriti itu sebagai: “ Suatu bahagian daripada suatu penduduk/ rakyat yang mempunyai perbezaan dalam beberapa ciri kepada mereka juga berbeza layanannya”. Walau bagaimanapun, kata beliau, definisi ini tidak mencukupi untuk menerangkan proses kewujudan sesuatu kelompok minoriti itu. Sebagai contoh, suatu perkara yang nyata bahawa sesuatu faktor yang mendorong kepada pembentukan sesuatu kelompok minoriti itu adalah disebabkan oleh wujudnya di kalangan sesuatu kelompok rakyat dalam sesebuah negara, dan mereka ini mempunyai “cirri yang berbeza” daripada penduduk asal Negara berkenaan. Oleh itu, sesuatu kelompok penduduk dalam situasi sebegini secara jelasnya boleh diistilahkan sebagai suatu kelompok minoriti semata-mata kerana wujudnya unsur “ciri yang berbeza” itu. Ciri yang berbeza ini seterusnya membawa kepada perbezaan layanan.
    Selain unsur “ciri yang berbeza” , suatu ciri lain yang turut menjadi ukuran adalah kemungkinan ukuran dalam bentuk fizikal, seperti unsur warna kulit. Contohnya, perbezaan layanan yang diberikan oleh kelompok majoriti di Amerika Syarikat terhadap kelompok “berkulit hitam” di Morocco, sebagai contonya, tidak wujud, walaupun ramai orang Morocco adalah berkulit hitam. Suatu keadaan yang sama, mungkin wujud apabila wujudnya perbezaan dalam bentuk “perbezaan bahasa”. Dalam persekitaran orang Islam yang sebenarnya, suatu perbezaan dalam aspek bahasa tidak ada kaitan langsung untuk dianggap sebagai minoriti dan diberikan layanan yang berbeza. Sebagai contohnya, pada zaman awal empayar kerajaan “Uthmaniyyah”, prinsip seperti ini begitu kuat sekali dipertahankan (mempraktikkan satu bahasa sahaja). Oleh itu, pada zaman tersebut tidak akan terdapat penggunaan bahasa kelompok minoriti ( Kettani 1986:1).
    Dari sudut yang lain pula, sesuatu kelompok rakyat mungkin boleh dipertimbangkan sebagai kelompok minoriti walaupun mereka banyak dari segi bilangannya di dalam sesebuah negara atau wilayah, tetapi mereka masih menjadi bahan kepada perbezaan layanan oleh kelompok yang lebih kecil daripada mereka tetapi mereka merupakan kelompok yang cukup berpengaruh (Kettani 1986:1).















    MINORITI MUSLIM : SATU PENGERTIAN

    Minoriti Muslim tidak banyak berbeza dengan minoriti umum. Menurut Ali Kettani, minoriti Muslim ialah sekumpulan orang Islam yang tinggal tanpa diberi hak dalam entiti politik sebuah Negara bukan Islam (Kettani 1979:241). Beliau menambah lagi bahawa sukar untuk memutuskan pengertian minoriti Muslim yang sebenar, ini kerana dalam sesebuah negara, umat Islam menjadi kuat dalam politik dan sosial. Keadaan seperti inilah yang berlaku terhadap orang Islam Mughul di India.
    Minoriti Muslim merupakan salah satu entiti dalam minoriti dunia. Jumlah minoriti Muslim di seluruh dunia iaitu kira-kira 300 juta daripada jumlah keseluruhan umat Islam sebanyak 900 juta (Amadaou 1980:1). Mereka yang hidup di negara bukan Islam ini sukar untuk diramalkan nasib mereka, akan tetapi apa yang jelas hak mereka ini dinafikan oleh kumpulan majoriti. Keadaan ini boleh dilihat di beberapa buah negara seperti Albania, Palestin, Sepanyol, Afrika Selatan, India dan lainnya.
    Bercakap mengenai sejarah, Islam sendiri lahir daripada minoriti iaitu minoriti seorang manusia yang bernama Muhammad (s.a.w.). Baginda Muhammad dalam usaha menyebarkan Islam kepada masyarakat Arab pada masa itu telah dihina, ditekan, dipulaukan dan sampai kepada peringkat ancaman bunuh. Namun atas kesungguhan perjuangan baginda dan perlindungan oleh Allah maka Islam dapat mengatasi rintangan tersebut dan berjaya menjadi majoriti pada peringkat kemudiannya, khususnya di Madinah. Namun Islam tidak menafikan hak kumpulan minoriti. Setelah Islam menjadi majoriti, ia member hak kepada golongan minoriti untuk mengamalkan apa jua bentuk acara tanpa sebarang kecaman.
    Dalam sejarah period keagungan Islam sendiri, daripada pemerintahan Rasulullah (s.a.w.), zaman al-Khulafa’ al-Rasyidin hinggalah zaman kerajaan Abbasiyyah, isu minoriti-majoriti pada umumnya tidaklah menjadi permasalahan sosial atau negara. Ini kerana setiap minoriti (bukan dalam erti kata minoriti yang sedang diperbincangkan) diberi kebebasan mengamalkan adat resam dan budaya mereka sendiri selagi ia tidak menceroboh hak orang lain. Tindakan kerajaan Abbasiyah terhadap golongan Alawiyyun tidak seharusnya disalah ertikan sebagai penindasan majoriti ke atas minoriti, sebaliknya ia merupakan pergolakan politik semata-mata dan bukannya menggambarkan pertentangan budaya yang menghalang suatu golongan daripada mengamalkan budaya atau adat resam mereka.
    Minoriti yang lahir pada abad ke-20, dapat diperhatikan lahir daripada penjajahan atau menekan sesuatu bangsa atau kumpulan yang kuat ke atas golongan yang lemah sungguhpun sesuatu bangsa atau kumpulan yang dijajah tersebut adalah majoriti dari segi angka dan teguh dari segi struktur budaya sebelum penjajahan. Bangsa Melayu Patani dan bangsa Moro di Mindanao, sungguhpun mereka merupakan majoriti dari segi angka, menjadi minoriti akibat dari penjajahan dan asimilasi paksaan. Selain daripada itu minoriti juga lahir daripada penjajahan ke atas tempat atau kawasan yang terasing daripada suasana asal mereka; akibat daripada menjadi terasing di tempat lain, mereka menjadi tersisih atau terpencil dalam sebuah masyarakat yang lebih besar. Masyarakat Melayu Afrika Selatan umpamanya boleh dikategorikan sebagai minoriti akibat daripada penghijrahan, atau lebih tepat mereka merupakan tahanan-tahanan politik British atau Belanda yang dibuang negeri.
    Daripada beberapa pengertian yang diutarakan di atas jelaslah bahawa persoalan minoriti-majoriti telah lama diperkatakan oleh masyarakat global dan isu ini masih lagi diperdebatkan sehingga ke hari ini. Persoalannya sejauh manakah isu ini dapat ditangani dengan baik oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai majoriti. Apa yang jelas berlaku di hadapan mata kita, kaum minoriti sentiasa terdedah dengan ancaman, siksaan, pembunuhan dan apa yang dipanggil sebagai ‘ethnic cleansing’ jelas menunjukkan isu ini masih tidak ditangani, jauh lagi untuk diselesaikan. Dengan beberapa paparan pengertian mengenai minoriti, diharapkan ia dapat memberi sedikit gambaran terhadap minoriti dan membantu untuk memahami pengertian mahupun konsep minoriti Muslim itu sendiri.









    MINORITI: PENGERTIANNYA DARI PERSPEKTIF AL-QURAN

              ••         

    26. dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu Dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki Yang baik-baik, supaya kamu bersyukur. (surah al-Anfal,ayat 26).

    Dalam al-Quran, istilah ضعف di sebut sebanyak 49 kali dalam 20 surah. Ayat diatas menurut tafsir Ibnu Kasir menerangkan bahawa Allah S.W.T mengingatkan hamba-hambanya yang mukmin terhadap nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada mereka dan kebajikan-Nya kepada mereka. Pada awalnya mereka berjumlah minoriti, kemudian Allah menjadikan mereka sebagai golongan majoriti; dan pada mulanya mereka lemah lagi dalam keadaan dicekam rasa takut, kemudian Allah menguatkan mereka dan menolong mereka. Mereka pada mulanya miskin lagi papa, kemudian Allah member mereka rezeki dari barang-barang yang baik (halal). Kemudian Allah memerintahkan mereka untuk bersyukur kepada-Nya, mentaati-Nya, dan mengerjakan semua yang diperintahkan-Nya kepada mereka.
    Demikianlah keadaan orang-orang mukmin dalam periode Mekah. Mereka minoriti, dicekam rasa takut, tertindas, dan selalu dibayangi oleh rasa takut diculik oleh orang-orang Musyrikin dari berbagai kawasan, baik mereka orang Musyrik ataupun orang Majusi atau orang Romawi, kerana semuanya adalah musuh-musuh mereka. Demikian itu kerana jumlah kaum Muslim sedikit dan tidak mempunyai kekuatan. Demikianlah keadaan mereka selama itu, hingga Allah mengizinkan mereka untuk berhijrah ke Madinah, lalu Allah memberikan tempat tinggal kepada mereka di Madinah, dan menjadikan penduduknya senang kepada mereka, memberikan tempat, dan menolong mereka dalam Perang Badar dan peperangan lainnya. Bahkan penduduk Madinah dengan harta mereka yang pelbagai serta mereka rela mengorbankan jiwa dan raga mereka demi ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
    Qatadah ibnu Di’amah As-Sudusi rahimahullah telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya:
          
    26. dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, (Mekah). (Al-Anfal: 26)

    Kabilah Arab ini pada mulanya adalah manusia yang paling rendah, kehidupannya melarat, perutnya lapar, dan miskin pakaian serta paling jelas kesesatannya. Orang yang hidup di antara mereka kehidupannya celaka dan melarat, dan orang yang mati dari mereka dijerumuskan kedalam neraka; mereka dimakan dan tidak mendapat makan. Demi Allah, kami belum pernah mendengar bahawa di masa itu ada penduduk bumi yang lebih buruk kedudukannya daripada mereka. Kemudian hal itu berakhir setelah Allah menurunkan agama Islam kepada mereka. Maka berkat agama Islam itulah Allah menguatkan mereka hingga dipengaruhi di seluruh negeri, dan melalui Islamlah Allah meluaskan rezeki mereka serta menjadikan mereka raja-raja di atas semua manusia. Berkat Islam pula Allah memberikan banyak hal kepada mereka, seperti yang kalian lihat sendiri. Kerana itu, bersyukurlah kalian kepada Allah atas nikmat-nikmat-Nya kerana sesungguhnya Tuhan kalian Yang memberikan nikmat suka kepada perbuatan bersyukur, dan orang-orang yang bersyukur selalu beroleh tambahan nikmat dari Allah (Tafsir huraian Ibnu Kasir).





    KONSEP UMMAH

    Dalam al-Quran, istilah ummah disebut sebanyak 64 kali dalam 24 surah. Dalam frekuensi sebanyak itu, ummah mengandungi sejumlah erti, umpamanya bangsa (nation), masyarakat atau kelompok masyarakat (community), agama (religion), atau kelompok Satau itukata ummah itu mempunyai empat pengertian iaitu pertama, membawa erti bangsa, rakyat, “kaum yang hidup bersatu padu atas dasar iman”. Kedua, diertikan sebagai penganut suatu agama atau nabi. Ketiga, khalayak ramai. Dan keempat, umum, seluruh, umat manusia.
    Sementara itu, di dalam al-Quran sendiri terdapat istilah-istilah lain yang menunjukkan kepada konsep yang hampir serupa. Istilah Inggeris nation atau bangsa umpamanya, disebut dalam al-Quran dengan ummah;clan atau marga disebut sebagai ‘asyirah dan sya’b. People atau rakyat dirujukkan dengan kata-kata ahl, unas, al-‘abd, nas, qawm, dan syu’ub (kata plural dari sya’b). Sementara Tribe atau suku disebut dalam al-Quran dengan istilah-istilah ‘asyirah, qabil, raht, dan asbath. Sementara itu kita tidak memperoleh padanan dari kata society yang sering menjadi padanan kata “masyarakat” (lihat Hanna E. Kassis, A Concordance of the Quran).
    Sarjana Barat yang serius membahaskan pengertian ummah antara lain adalah W. Montgomery Watt, misalnya dalam bukunya Muhammad at Madina (1956, 1972). Bahasan yang dibahaskan oleh Watt inilah yang agak menarik Ali Syariati, seorang cendekiawan mujahid Iran yang tersohor, untuk mengupas istilah ummah secara sosiologi dan epistimologi. Sudah tentu ia bukan membahas istilah itu lantaran Watt, melainkan dalam rangka menjelaskan salah satu aspek penting dalam ideologi Syi’ah, iaitu keharusan adanya imamah dalam ummah, dalam bukunya al- Ummah wa al- Imamah. Analisis Watt hanya dijadikan titik tolak oleh Syariati, kerana ahli sejarah politik dan teologi Islam asal Inggeris itu mengajukan pertanyaan ilmiah, seperti yang dihuraikan kembali oleh Syariati, iaitu “Sesungguhnya manusia, sepanjang sejarah dan bumi mana pun, hidup berkelompok. Maka, apakah nama yang diberikan kepada kelompok manusia ini, yang mereka buat dan di dalamnya mereka hidup?” Selanjutnya, “Sesungguhnya, nama yang dibataskan untuk suatu kelompok dapat mengungkapkan pandangan kelompok itu, gambarannya tentang hidup bermasyarakat dan diketahuinya secara jelas, mengapa manusia itu berkelompok”.
    Tetapi kembali kepada pokok persoalan, apa nama yang diberikan untuk berkelompok itu? Di situ Syariati menampilkan beberapa istilah yang di antaranya berasal dari al-Quran, iaitu: qabilah, qawm, sya’b, thabaqah, mujtama atau jamiah, jama’ah dan thaifah. Ia juga membandingkannya dengan beberapa istilah Inggeris, iaitu: nation, strata, class, atau social, race, mass dan society.


























    PERKATAAN MUSLIM YANG DISAMBUNGKAN DENGAN PERKATAAN MINORITI

    Istilah Muslim merupakan “suatu perkataan Arab yang membawa maksud seseorang yang menyerahkan dirinya kepada Allah, iaitu menerima Islam. Perkataan ini kadang-kadang dieja dengan Moslem – suatu kalimah dalam bentuk bahasa Parsi. Kalimah Musulman juga merupakan suatu kalimah yang selalu digunakan untuk membawa maksud Muslim (Philips 1963:24).

    Perkataan “Muslim” digunakan untuk menggambarkan sesiapa sahaja yang mengakui Muhammad s.a.w. putera Abdullah sebagai Rasul Allah yang terakhir serta memegang ajaran baginda sebagai suatu kebenaran ataupun pegangan, tanpa mengira / mengendahkan sedalam manakah mereka tahu mengenai ajaran Islam ataupun tanpa mengira sama ada mereka mampu untuk hidup berdasarkan kepada ajaran itu. Pengakuan sebagai Muslim ini sudah cukup untuk menimbulkan perasaan “mesra” dengan semua orang Islam yang berkongsi kepercayaan yang sama. Seseorang individu itu harus menganggap dan menyedari serta mengambil berat terhadap seorang Muslim yang lain sehingga menganggapnya sebagai sebahagian daripada “Ummah Muslim” seluruh dunia ini di mana sahaja mereka berada. Selain istilah ini, tidak ada lagi istilah lain yang sesuai untuk menggambarkan definisi minoriti Muslim ini (Kettani 1986:2).

    Tidak terdapat definisi “Muslim” lain yang lebih sesuai dalam mempelajari perkara berkaitan Minoriti Muslim, terutamanya apabila berhadapan dengan pandangan yang didasarkan kepada suatu asas ekstrim yang keras atau berat yang kita temui mengenai ungkapan “Muslim” ini pada masa lalu mahupun kini. Berkesinambungan daripada definisi tadi, maka ungkapan “Minoriti Muslim” memberikan suatu makna sebagaimana berikut:
    Minoriti Muslim menunjukkan atau menggambarkan suatu kumpulan orang Muslim yang tinggal atau hidup di dalam suatu entiti politik di sesebuah negara atau kerajaan daripada beberapa bilangan (kecil dari segi bilangan) dan mendapat layanan yang kurang baik berbanding dengan non-Muslim di negara berkenaan (Kettani 1979:5).
    Walau bagaimanapun, istilah yang diberikan itu agak susah untuk dipertahankan dalam penggunaan ekspresi makna seumpama ini. Semenjak wujudnya kes bahawa sesuatu komuniti Muslim mungkin dari segi bilangan mereka sedikit tetapi kuat atau berkuasa dari segi politik dan sosial. Dalam kes sedemikian, kumpulan yang kecil dari segi bilangannya ini tidak boleh dianggap sebagai kumpulan minoriti. Sebagai contohnya, keadaan ini boleh disamakan dengan orang Muslim Mughal di India. Dari suatu segi yang lain pula, sebuah komuniti Muslim mungkin dari segi bilangan mereka adalah banyak berbanding orang non-Muslim tetapi berkemungkinan peranan mereka dikurangkan kepada suatu posisi yang kurang penting dan kurang berkesan berbanding orang non-Muslim yang cukup berkuasa dan lebih menyerlah daripada mereka di negara yang berkaitan. Dalam kes seumpama ini, orang Muslim atau komuniti Muslim berkenaan seharusnya dianggap sebagai kelompok minoriti juga. Kes sebegini terjadi sebagaimana Muslim di Sicily sewaktu mereka diserang oleh orang Norman pada tahun 1061 M, dan kes lagi yang serupa ialah di Ethiopia dan Tanzania. Mengikut landasan yang sama, Lubnan juga mungkin boleh dimasukkan ke dalam kategori ini. Oleh yang demikian, kekuatan jumlah sesebuah komuniti selalunya bukanlah merupakan suatu faktor penentu kepada siapakah kumpulan minoriti itu (Kettani 1979: 6).










    KESIMPULAN

    Perbincangan mengenai minoriti Muslim ini sebenarnya amat penting sekali terutamanya bagi memahami konsep minoriti Muslim itu sendiri. Hal ini kerana rata-rata orang menganggap bahawa minoriti itu hanyalah suatu kelompok kecil dalam sesebuah negara, sedangkan keadaan yang sebenarnya tidaklah sebegitu. Dalam perbahasan mengenai minoriti ini, didapati bahawa tidak ada suatu definisi umum yang diterima sepenuhnya mengenai istilah minoriti. Perkataan minoriti mempunyai erti yang berbeza berdasarkan kepada unsur kepelbagaian suatu wilayah dengan wilayah yang lain, suatu zaman dengan zaman yang lain, satu kelompok dengan kelompok yang lain dan sebagainya. Di samping itu, mereka pula merupakan sekelompok penduduk yang mempunyai ciri atau watak yang agak nyata berbeza berbanding penduduk majoriti, sehinggakan mereka menjadi bahan kepada perbezaan layanan tersebut. Suatu penentu seterusnya terhadap konsep minoriti itu adalah perkiraan “posisi kuasa” sesuatu kelompok itu, sama ada mereka berkuasa atau tidak dalam politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan sebagainya di dalam negara itu.

    Dalam perbincangan mengenai kalimah Muslim pula, istilah yang diterima pakai untuk kita menilai sama ada rakyat di sesebuah negara itu Muslim atau tidak, adalah memadai dengan penentuan ucapan syahadah iaitu; mengakui tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Dengan pengakuan itu, maka orang itu dianggap sebagai Muslim tanpa mengira banyak atau sedikit amalan mereka. Sekiranya mereka tinggal di negara bukan Islam dan jumlah mereka sedikit serta mereka mendapat perbezaan layanan daripada pihak pemerintah negara tersebut, maka mereka itu bolehlah digelar sebagai minoriti Muslim. Namun pun begitu, walaupun jumlah mereka sedikit tetapi mereka membentuk suatu posisi kuasa yang tertentu sehingga negara yang mereka duduki mengiktiraf mereka sebagai kumpulan elit negara serta memberi layanan yang istimewa kepada mereka. Dalam situasi seperti ini kelompok Muslim sebegini tidak lagi boleh dianggap sebagai kelompok minoriti.

    NAMA: SITI SUHADA BINTI JALANI (A126208)
    TUTORIAL: RABU (11.00 PG - 12.OO TGH HARI)
  • Samsul  Adabi
    by Samsul Adabi 6 months ago
    Minta maaf kepad semua pelajar Minoriti Muslim, ana tidak sempat masukkan panduan kursus dan negara-negara di Asia pasifik yang jarang dimasukkan, kalau sempat ana cuba malam ni
Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results