Videos

No videos yet...

KENEGARAAN UPSI-2

KENEGARAAN UPSI-2

Kursus Kenegaraan UPSI Kumpulan 2
This is a public group.

Location

No map yet...

Events

0 Events...

About

Kursus Umum Universiti yang membincangkan mengenai Hal Ehwal Kenegaraan. Konsep asas bernegara seperti Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan kedaulatan.

Kursus merangkumi semua aspek perbincangan kenegaraan Malaysia dari sejarah awal pembentukan negara Malaysia, pembentukan bangsa Malaysia, kelahiran parti-parti Politik, kepelbagaian rakyat Malaysia dan perkara berkaitan dengan perbincangan yang memupuk rasa cinta kepada negara Malaysia.

Latest Activity

Member

86 Member

  • Samsul  Adabi
  • NURATIKAH THALIB
  • ABDUL MU'IZ
  • nurhariz nazira
  • ainna liyana raja ...
  • Nur Farhana Mohamad
  • siti nurain  a.hamid
  • fia hasshim
  • shyamime supawi
  • nurul hidayah omar
  • ifa hafirahs
  • ct najwa (wAwA)

The Wall

14 Wall Posts

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up now.
  • nur  syuhada
    by nur syuhada 1 year ago
    UPSI
    Pelajar Pengajian Malaysia dengan pendidikan
    Fairuamir b Ismail
    d20101039255
    Maaf lambat upload asgment n sebab tidak mahir utk upload,,


    1.0 PENGENALAN
    Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
    Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan vernacular.
    Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.
    Selain itu, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Jadi, usaha rakyat untuk pembentukan sistem pendidikan kebangsaan ialah dengan menyediakan laporan-laporan yang merupakan langkah awal ke arah pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan di negara ini iaitu Laporan Razak (1957), Laporan Rahman Talib (1960), dan Laporan Kabinet (1979). Jadi disinilah bermula perjuangan tokoh-tokoh pendidikan sewaktu zaman pemerintahan Inggeris sehinggalah negara merdeka. Antara tokoh-tokoh sebelum zaman kemerdekaan yang memperjuangkan sistem pendidikan di negara ini ialah Za’ba, Ibu Zain, Aminuddin Baki, dan Raja Ali Al-Haji Ibni Raja Ahmad manakala tokoh-tokoh yang memperjuangkan sistem pendidikan selepas kemerdekaan pula seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Ungku Aziz, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak, Ungku Omar bin Ungku Ahmad dan Dato Asiah binti Abu Samah. Mereka inilah antara tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan sistem pendidikan di negara Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
    2.0 TOKOH PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
    2.1 Latar belakang Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
    Tan Sri Pendeta Za’ba (1895 – 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak. Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran pada waktu pagi dan malam. Tiga tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji. Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi. Beliau juga belajar Bahasa Arab pada sebelah petang.
    Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun 1915. Za’ba mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru pada tahun 1916. Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu. Semasa zaman Jepun, Za’ba bertugas sebagai juruhebah perang dalam bahasa Inggeris di radio Singapura. Pada tahun 1946, Za’ba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.
    Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu. Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'. Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu. Za’ba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua. Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing. Za’ba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap orang melayu. Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu. Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London. Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut. Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun. Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama. Za’ba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut. Memandangkan jasa-jasa Za’ba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu, beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.
    Pada 23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sini sekali lagi Za’ba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali. Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu. Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur. Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu. Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia serta mengangkat martabat Melayu ke arah The Glorious Malay World.
    2.1.1 Sumbangan Za’ba terhadap sistem pendidikan.
    Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsa di negara ini sangat banyak dan amat bererti. Antara sumbangan dalam pemikiran beliau ialah dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan meluas. Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Pada tahun 1918, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Sumbangan beliau tidak hanya terhadap bahasa Melayu kerana beliau juga turut memberi sumbangan dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi. Di samping itu juga, beliau menghasilkan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1951).
    Selain itu, beliau juga turut memperkenalkan sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. Untuk menghasilkan kamus Jawi, sebagai langkah permulaan, beliau telah memperkenalkan sebuah sistem ejaan Jawi. Pada tahun 1929, Za’ba telah menerbitkan sebuah Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan pada tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi. Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu hanyalah ringkasan atau patinya sahaja. Jadi, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1924 beliau telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi dan pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi. Beliau juga telah menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun1938. Akhirnya, impian beliau tercapai untuk menghasilkan sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Implikasi pendiriannya dan sumbangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan Jawi ini dapat kita lihat sekarang ini dengan jelas. Menurut Ahmad Juhari Moain, kegiatan-kegiatan untuk menyempurnakan ejaan Jawi sepanjang tahun 1983 dan 1984 berkemuncakkan Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu dalam bulan April 1984. Hasilnya ialah Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1986, yang diikuti pula dengan penerbitan Daftar Ejaan Rumi-Jawi juga oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1988. Hasil sumbangan beliau kepada sistem pendidikan di negara ini akhirnya pada tahun 1959, Za’ba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya. Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.
    2.2 Latar belakang Aminuddin Baki.
    Aminuddin Baki telah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Beliau telah terlibat dalam penggubalan beberapa dasar pendidikan negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu yang keluar daripada sistem pendidikan yang diasaskan oleh penjajah yang berat sebelah.
    Beliau di lahirkan di Chemor, Perak pada tahun 1926 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor sehingga darjah lima dan kemudiannya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1936 hingga 1945. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura dan memerolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di University of London dan dianugerahkan Postgraduate Certificate of Education. Beliau telah bergerak cergas dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan pelajar Melayu di Semenanjung seperti Persatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution pada tahun 1945. Kecenderungan beliau menggerakkan pelajar Melayu supaya bersatu mendapatkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan tinggi dilanjutkan ketika beliau menuntut di Singapura. Pada tahun 1950, Aminuddin Baki telah dipilih menjadi Yang Dipertua GPMS dimana beliau telah meniup semangat orang Melayu untuk memberikan perhatian yang serius kepada pendidikan.
    Beliau juga dilantik menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) setelah sekembalinya dari melanjutkan pelajaran di London. Semasa menjadi pensyarah, beliau telah membuka fikiran penuntutnya untuk melihat peranan Islam dalam pembentukan tamadun dunia dan peri pentingnya memperoleh pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu, beliau turut memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan Negara dengan penglibatannya dalam menyiapkan Penyata Razak (1955-1957) dan Laporan Rahman Talib (1960-1963). Penyata dan Laporan ini penting dalam pembinaan dasar pendidikan negara sehingga hari ini. Beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi dan Pelajaran Aneka Jurusan.
    Pada usia 30-an, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (sekarang dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran) Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1961 hingga 1965. Kesimpulannya, kejayaan pendidikan tinggi kebangsaan pada hari ini antaranya disumbangkan oleh Aminuddin Baki. Perhatian dan perjuangannya kepada pendidika tinggi orang Melayu sangat dihargai. Penglibatannya dalam perancangan menyiapkan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib dan keaggotaannya dalam pelbagai bidang jawatankuasa yang lain memberikan pengalaman yang besar dan penting dalam melaksanakan tugasnya sebagai penasihat pelajaran. Jasanya yang besar kepada perkembangan dasar pendidikan negara telah diabadikan dalam pelbagai bentuk seperti penamaan sekolah, kolej dan institusi pendidikan.
    2.2.1 Sumbangan Aminuddin Baki terhadap sistem pendidikan.
    Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh pendidikan yang disegani kerana segala perjuangan beliau adalah untuk memastikan bangsa melayu maju dari semua aspek termasuklah bidang pendidikan. Oleh sebab itu, beliau telah berusaha kuat untuk memastikan bangsa Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di Tanah Melayu. Beliau juga merupakan salah seorang yang menggubal Laporan Razak. Jadi, beliau telah memastikan wujudnya sekolah menengah aliran Melayu. Keputusan ini membuka laluan dan peluang yang luas kepada pelajar Melayu mendapat pendidikan tinggi di universiti. Bagi memajukan lagi perkhidmatan pendidikan negara, Aminuddin telah memujuk pegawai Melayu menyertai profesion perguruan iaitu Abdul Rahman Arshad dan Murad Mohd. Nor yang kedua-duanya kemudian menjadi Ketua Pengarah Pelajaran. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menjadikan tugas Aminuddin semakin berat. Beliau menyusun dan menggerakkan jentera pelajaran dengan amat berkesan. Beliau merancang beberapa Dasar Pelajaran dalam negara untuk digubal dan digunakan sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan.
    Terdapat dua cabaran yang diatasinya ialah bagi mewujudkan aliran Melayu peringkat sekolah menengah dan meyakinkan ibu bapa akan keupayaan anak-anak mereka maju dalam aliran Melayu yang ketika itu tidak diyakini akan dapat memberi peluang kerjaya yang baik. Satu lagi sumbangan Aminuddin Baki yang penting ialah bagi mewujudkan aliran sains di sekolah menengah Melayu bagi memperbanyak lulusan aliran ini dalam kalangan anak Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti.
    Usaha beliau ini telah berjaya melahirkan graduan Melayu daripada aliran Melayu dan aliran sains yang sebelum ini dinafikan oleh sistem pendidikan penjajah. Justeru, sesuailah jolokan 'Arkitek Pendidikan Negara' diberikan kepada beliau. Dalam bidang kemasyarakatan, Aminuddin Baki juga sangat terkenal kerana aktif dalam gerakan pelajar. Kerana tertarik dengan penubuhan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur pada 1945, beliau telah menyertainya. Beliau juga dikatakan pelopor kepada penulisan esei kritikan yang lantang dan berani. Terdapat sebuah catatannya bertulisan jawi yang menggambarkan sikap dan perjuangannya dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Catatan tersebut yang masih tersimpan di Arkib Negara diberi tajuk ’Anak Kandung, Anak Angkat’ mungkin novel yang akan dikarangnya. Beliau ingin menyedarkan masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta pusaka yang dimiliki agar tidak tergadai di tangan penjajah dan kaum pendatang.
    Selain itu juga, Aminuddin Baki telah memperkenalkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPSM) atas usahanya dan beliau turut terlibat aktif dalam aktiviti budaya dan bahasa Melayu termasuk pernah dipilih mewakili Tanah Melayu atas nama Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 1956 ke Persidangan Persuratan Melayu di Medan. Tetapi kerana halangan tertentu beliau digantikan oleh timbalannya, Ustaz Baharuddin. Beliau dan Abdullah Ayob turut mengasaskan GPMS di Universiti Malaya Singapura sebagai wahana pencetus kesedaran kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS ini ialah untuk mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.
    Pada suatu masa, Aminuddin Baki mula menyedari kedudukan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran masih jauh terkebelakang kerana peluang pendidikan yang amat terhad. Ketika itu, belum wujud lagi sekolah menengah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sebahagian besar sekolah Melayu cuma menawarkan tempat sehingga darjah lima. Hanya mereka yang tamat darjah enam akan diserap menjadi guru pelatih sekolah Melayu. Lantaran bimbang dengan pengaruh agama Kristian, tidak ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris kerajaan juga masih sedikit bilangannya. Oleh itu, demi memenuhi matlamat perjuangan GPMS, Aminuddin Baki memilih untuk terus menjadi tenaga pengajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) walaupun memiliki kelayakan yang membolehkannya menduduki jawatan yang lebih besar. Beliau menyedari penglibatan menyeluruh dan kejayaan anak bangsanya dalam pelajaran bergantung kepada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan (SK) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diwujudkan. Selain demi kelangsungan pendidikan anak-anak Melayu, beliau juga menyedari sistem pendidikan kebangsaan adalah alat bagi mencapai perpaduan kaum.
    Pejuang Melayu tulen ini banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan mempelopori pelbagai aspek pendidikan negara seperti kurikulum, bahasa pengantar, pentadbiran dan Falsafah Pendidikan Negara. Tidak hairanlah, Aminuddin Baki dikenal sebagai ‘ensiklopedia bergerak’ kerana pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti latihan perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan, pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam pengetahuannya. Beliau sememangnya memiliki pengalaman, minat dan kesungguhan dalam menyediakan tapak kepada sistem pendidikan kebangsaan.

    2.3 Latar Belakang Raja Ali Al-Haji Ibn Haji Ahmad.
    Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin. Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang sangat terkenal dalam bidang sastera lama, iaitu Gurindan Dua Belas.
    Dalam bidang sejarah, terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat- Al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890, sementara kitab Taufat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan raja-raja Bugis., asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisional dan Kepulauan Riau. Tuhfat al- Nafis pula merupakan hasil sejarah Melayu yang penting.
    2.3.1 Sumbangan Raja Ali Al-Haji Ibn Haji Ahmad terhadap sistem pendidikan.
    Beliau telah memberi sumbangan terhadap tata bahasa melayu. Beliau merupakan penulis pertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusi bukunya Bustan al-Katibin (1850). Beliau juga merupakan orang pertama cuba menyusun sebuah kamus Melayu iaitu Kitab Pengetahuan Bahasa (1858). Walaupun ianya tidak dapat disiapkan. Beliau merupakan seorang Sejarawan Melayu pertama yang menyedari kepentingan tarikh terjadinya satu-satu peristiwa yang diceritakan. Disebabkan sikapnya yang begitu mengambil berat terhadap tarikh sesuatu peristiwa telah menyebabkan semua masyarakat sedar akan sesuatu peristiwa itu berlaku.
    Ini dapat dilihat pada cara penulisan beliau dimana ia berbeza dari kisah sejarah di zamannya yang tidak menyatakan tarikh berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya mereka dan dengan demikian tidak boleh dirujuk sebagai bahan penyelidikan. Raja Ali Haji adalah ahli Agama, ahli bahasa Arab, ahli bahasa Melayu dan juga seorang ahli politik. Beliau layak digelar Sejarawan Melayu pertama berdasarkan sumbangan-sumbangan tersebut. Antara karya-karya beliau yang lain ialah Salasilah Melayu dan Bugis (1860) dan Tuhfat al-nafis (1865).
    2.4 Latar Belakang Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi.
    Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854), menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu.
    Karya -karya Abdullah ialah Syair Singapura Terbakar (1830, Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837), Dawai-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), Hikayat Abdullah(1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).
    2.4.1 Sumbangan Abdullah Bin Abdul Munshi terhadap sistem pendidikan.
    Beliau merupakan orang Melayu pertama dan yang paling lantang (pada abad ke-19 dalam zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang melayu terhadap bangsa melayu. Sikap dan pandangan Abdullah mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-zaman selepasnya. Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap kehidupan menyebabkan dia dianggap oleh orang Melayu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden.
    Di samping itu, dia juga dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu kerana beliau telah memberi kesedaran kepada orang Melayu terhadap bahasa menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung . Tindakan beliau dan orang melayu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara iaitu secara perseorangan ,dan melalui pertubuhan-pertubuhan. Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu. Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu.
    Tindakan orang Melayu melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan untuk mempelajari dan mengubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan dan kebudayaan. Asas 50 juga bertujuan untuk menyatukan dan memajukan setiap usaha karang-mengarang, dan bahasa dalam sastera Melayu. Pada tahun 1956,Kongres Bahasa dan Persuratan ke-3 telah diadakan dan ASAS 50 menyediakan sebuah memorandum kepada kerajaan tentang Balai Pustaka, penyatuaan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia, perkembangan bahasa Melayu sekarang dan akan datang serta peranan bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1956, ASAS 50 menyerahkan memorandum kepada kerajaan tentang Laporan Pelajaran 1956. Dalam memorandum itu, ASAS 50 terus memperjuangkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pelajaran. Hasil sumbangan Abdullah dan orang melayu akhirnya cuma wujud satu jenis sekolah sahaja, rendah, menengah dan tinggi yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Berkenaan kekurangan guru untuk mengajar bahasa Melayu, ASAS 50 bersetuju supaya Maktab Perguruan Bahasa dibina untuk menjamin kedudukan bahasa Melayu.
    3.0 TOKOH SELEPAS MERDEKA.
    3.1 Latar belakang Ungku Aziz.
    Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.
    Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM, diikuti dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988. Di samping itu juga, beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978.
    3.1.1 Sumbangan Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan.
    Sumbangan Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan di Malaysia ialah dengan penubuhan Akademi Islam yang pertama di negara ini. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu tertubuhnlah Akademi Islam UM.
    Selain itu, sumbangan beliau terhadap sistem pendidikan di Negara ini ialah denagan penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979. Insitusi ini menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan serta pengajaran Kursus Sarjana Falsafah (Falsafah Penyelidikan). Seterusnya beliau juga turut mengasas penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Sumbangan beliau bukan hanya di situ sahaja, malah beliau sekali lagi menubuhkan sebuah Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.
    Hasil sumbangan beliau terhadap system pendidikan di Negara ini, beliau telah banyak diberi penghargaan daripada institusi-insitusi pendidikan dan juga anugerah terhormat. Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987); professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Soka Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed Putra (2007).
    3.2 Latar Belakang Tun Abdul Razak.
    Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
    Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
    Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu. Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Hasil usaha gigih beliau dalam bidang politik, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955.
    3.2.1 Sumbangan Tun Abdul Razak terhadap sistem pendidikan.
    Sumbangannya beliau yang terpenting ialah semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 9 Ogos 1955. Sebagai Menteri Pelajaran Kebangsaan pertama, beliau memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan Penyata Razak pada tahun 1955 yang mana intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. . Penyata Razak ini juga telah menjadi asas sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi kehendak nusa untuk meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sesuai dengan tema perpaduan yang dipratikkan oleh beliau, Penyata Razak juga bertujuan untuk memelihara pertumbuhan bahasa dan kebudayaan bangsa lain dalam negara ini.
    Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan kelas pelajaran dewasa bagi membantu rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu. Kejayaan program ini terserlah apabila dengan hanya 300 kelas dalam tahun 1961. Ia telah meningkat kepada lebih 9000 kelas pada penghujung tahun 1962. Dalam tempoh sepuluh tahun beliau mencelikkan lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf menerusi kelas-kelas pelajaran dewasa di seluruh negara. Beliau juga telah melihat ketidakseimbangan nisbah dan ciri-ciri pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Tun Abdul Razak telah mengarahkan agar segera diwujudkan keseimbangan dalam kemasukan pelajar luar Bandar ke Universiti Malaya dan Maktab Teknik Kuala Lumpur yang selama ini mengutamakan pengambilan pelajar Bandar agar lebih ramai pelajar Melayu mendapat peluang pendidikan tinggi. Bagi merealisasikan matlamat untuk memberi akses kepada pendidikan, beliau juga telah berusaha untuk menambahkan lagi bilangan Institut Pengajian Tinggi. Beliau telah mengarahkan supaya langkah-langkah diambil bagi menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.
    3.3 Latar Belakang Ungku Omar Bin Ungku Ahmad.
    Ungku Omar bin Ungku Ahmad telah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1931 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Tangkak, Pontian dan Segamat, Johor. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Inggeris di Keluang dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya beliau memperolehi ijazah dalam bidang perubatan di UM Singapura pada tahun 1957. Selepas memperolehi ijazah, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Setelah itu, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang Patologi dan memperolehi diploma dalam bidang tersebut daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeon.
    Seterunya beliau telah melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah dari University of London pada tahun 1965 dengan tesis bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes”. Beliau telah menjadi Pengarah Institute of Medical Research (IMR) pada tahun 1965 dan turut menghasilakn sebuah jurnal antarabangsa yang terkenal iaitu Journal of Clinical Pathology. Beliau menggunakan pelbagai medium untuk mendidik masyarakat luar bandar tentang perlunya menjaga kesihatan seperti berceramah di radio sehingga dikenali sebagai “Doktor Radio”. telah memainkan peranan penting dalam penubuhan UKM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
    3.3.1 Sumbangan Ungku Omar bin Ungku Ahmad terhadap sistem pendidikan.
    Ungku Omar juga banyak memberi sumbangan bagi memartabatkan bahasa melayu. Ini dapat dilihat apabila beliau telah berusaha memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perubatan di universiti khususnya di UKM. Selain itu, beliau turut menekankan penggunaan bahasa Melayu di falkuti sastera dan agama, sains, kedoktoran, kejuruteraan, pertanian dan ekonomi kerana ramai pelajar Melayu daripada sekolah kebangsaan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kuliah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
    Selain itu, beliau juga mengemukakan konsep universiti Islam di Malaysia dalam satu kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Peradaban Islam se-Malaysia. Beliau mencadangkan bahasa Melayu , Arab dan Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti Islam yang dicadangkan. Selain mengajar bahasa Arab dan pengajian Islam, Universiti Islam Malaysia mengajarkan disiplin lain seperti perdagangan, kejuruteraan dan teknologi, undang-undang dan perubatan. Jasanya yang besar dalam bidang pendidikan telah diabadikan bukan sahaja dengan anugerah bintang kebesaran tetapi juga namanya diabadikan di IPT seperti Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak yang merupakan politeknik yang tertua di Malaysia.




    4 PENUTUP
    Sistem pendidikan pada zaman sebelum pemerintahan Inggeris iaitu, sebelum abad kesembilan belas adalah bercorak non-formal. Pendidikan non-formal ialah pendidikan berasakan Pengajian Agama Islam di sekolah-sekolah pondok, masjid, dan surau untuk masyarakat Islam. Kedatangan dan seterusnya campur tangan Inggeris dari abad kesembilan belas sehingga pertengahan abad kedua puluh dalam pemerintahan Tanah Melayu telah membawa perubahan yang besar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial pada masyarakat peribumi dan masyarakat kosmopolitan yang terbentuk kemudiannya. Fenomena ini telah menimbulkan kerencaman masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan sehingga hari ini.
    Usaha-usaha awal mengadakan sistem pendidikan formal yang sistematik dan moden bukannya dijalankan oleh pemerintahan Inggeris tetapi oleh persatuan-persatuan pendakwah kristian yang mengasaskan penubuhan sekolah-sekolah ’free’. Bagi penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden, iaitu Madrasah, telah di kembangkan oleh Kaum Muda. Tokoh-tokoh seperti Za’ba, Ibu Zain, Aminuddin Baki, Raja Ali Al-Haji Ibni Raja Ahmad dan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi antara orang berperanan besar dalam memperjuangkan sistem pendidikan negara Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan. Manakala, tokoh-tokoh yang memperjuangkan sistem pendidikan selepas kemerdekaan pula seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Ungku Aziz, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak, Ungku Omar bin Ungku Ahmad, Dato Asiah binti Abu Samah. Mereka inilah antara tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan sistem pendidikan di negara Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
    Antara langkah dan penglibatan yang diambil oleh tokoh-tokoh tersebut dalam sistem pendidikan di negara ini ialah dengan menyediakan Laporan Barnes (1951) yang merupakan salah satu laporan yang kontroversial tetapi telah memulakan usul pembentukan satu sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan dan bersepadu (unified). Meraka juga terlibat dalam Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang telah dijadikan asa penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar-dasar penting yang dikemukakan oleh kedua-dua laporan tersebut juga telah termaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961. Tahun-tahun 1970 sehingga 1990 boleh dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial kerana pada zaman inilah tertubuhnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lain-lain lagi. Segala usaha dan perjuangan tokoh-tokoh ini sangat tinggi nilainya. Tanpa mereka, sistem pendidikan di negara kita tidak akan dapat bersaing di peringkat global.


    ISI KANDUNGAN
    BIL TAJUK MUKA SURAT
    1.0 PENGENALAN 1-2
    2.0 TOKOH PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
    2.1 Latar belakang Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
    2.1.1 Sumbangan Za’ba terhadap sistem pendidikan.
    2.2 Latar belakang Aminuddin Baki.
    2.2.1 Sumbangan Aminuddin Baki terhadap sistem pendidikan.
    2.3 Latar Belakang Raja Ali Al-Haji Ibn Haji Ahmad.
    2.3.1 Sumbangan Raja Ali Al-Haji Ibn Haji Ahmad terhadap sistem pendidikan.
    2.4 Latar Belakang Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi.
    2.4.1 Sumbangan Abdullah Bin Abdul Munshi terhadap sistem pendidikan. 2

    2-4

    4-6


    6-7


    7-9


    10

    10-11



    11


    11-12


    3.0 TOKOH PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA

    3.1 Latar belakang Ungku Aziz.

    3.1.1 Sumbangan Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan.
    3.2 Latar Belakang Tun Abdul Razak.
    3.2.1 Sumbangan Tun Abdul Razak terhadap sistem pendidikan.
    3.3 Latar Belakang Ungku Omar Bin Ungku Ahmad.
    3.3.1 Sumbangan Ungku Omar bin Ungku Ahmad terhadap sistem pendidikan. 12

    12-13


    13-14

    14-15


    15-16


    16-17


    17
    4.0 PENUTUP 18-19
    5.0 BIBLIOGRAFI


    Bibliografi

    Abdul Rahim Bakar (2005). Awang Sariyan, Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur:
    Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Choong Lean Keow (2007). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
    Dharma Wijaya (2005). Buku Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba (2005). Kuala
    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
    Legasi Tun Abdul Razak: Perintis Kepimpinan Global. Kuala Lumpur: Terbitan

    Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak, 2007.

    Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)" dalam Jurnal Dewan Bahasa,

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 1991, halaman 554-561.


    Sufian Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


    Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris
    Training College, 1949, halaman 3.
    Sumber internet:

    http://jpt.mohe.gov.my/profile%20korporat/INFO%20PENGAJIAN%20TINGGI/tokoh.html:
    50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM,
    2007

    http://1426.blogspot.com/2009/09/aminuddin-baki-arkitek-pendidikan-negara.html:
    Diakses pada 22 April 2009.
  • aq eihaaz
    by aq eihaaz 1 year ago
    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    KURSUS : KENEGARAAN(ULP 1023)
    KUMPULAN : I
    FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
    PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
    TAJUK TUGASAN :KRAFTANGAN BERASASKAN BULUH
    NAMA PENSYARAH:DR.SAMSUL ADABI BIN MAMAT
  • Noor Syafeena Sabarin
    by Noor Syafeena Sabarin 1 year ago
    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    KERJA KURSUS


    NAMA KURSUS : KENEGARAAN
    (ULP 1023)
    KUMPULAN I
    SEMESTER 2 2010/2011


    FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAAN
    PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN

    TAJUK :
    TARIAN SINGA

    NAMA PENSYARAH :
    DR. SAMSUL ADABI BIN MAMAT

    NAMA PELAJAR :
    NOR LYANA BINTI ZAINUDDIN D20101039247



    ISI KANDUNGAN

    TAJUK MUKASURAT

    PENGENALAN
    1

    SEJARAH TARIAN SINGA
    2

    TARIAN SINGA YANG POPOULAR
    3-4

    KOSTUM TARIAN SINGA
    5-6

    JENIS TARIAN SINGA
    7

    MUZIK TARIAN SINGA
    8-9

    TARIAN SINGA HIDUPKAN SEMANGAT 1MALAYSIA
    10

    KESIMPULAN
    11

    RUJUKAN
    12


    Pengenalan
    Tarian singa merupakan salah satu daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Tarian singa telah menjadi adat di negara-negara sepeti China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia. Setiap negara-negara tersebut mempunyai corak dan juga bentuk tarian yang berbeza dan mempunyai nilai-nilai yang tersendiri.
    Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina dan hari Capgome, tarian singa akan dipersembahkan dimerata tempat. Sudah menjadi amalan dan tradisi kaum Cina untuk memperlihatkan tarian singa setiap kali menyambut kedatangan hari kebesaran terutamanya Tahun Baru Cina. Hal ini kerana, Tarian singa merupakan sebuah persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Selain itu, berdasarkan kepercayaan kaum Cina, tarian singa bukan hanya sekadar untuk menghibur, sebaliknya dipercayai mampu membawa tuah dan rezeki mereka pada masa akan datang.
    Oleh yang demikian, melalui kepercayaan tersebut, tarian singa bukan sahaja dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina, malah turut diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan banyak lagi. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan tuah dan rezeki kelak.
    Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian. Nian adalah sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina.
    Tarian singa adalah dimainkan oleh dua orang penari yang meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah serta kekayaan pada Tahun Baru Cina.
    Seni tarian singa ini merupakan salah satu senaman yang baik bagi fizikal, rohani dan jasmani bagi yang mengamalkannya. Malahan tarian singa juga berupaya menjai symbol perpaduan apabila terdapat beberapa anggota yang menyertai tarian singa ini terdiri daripada masyarakat yang berbangsa melayu dan india.

    Sejarah Tarian Singa
    Tarian singa merupakan sebuah pertunjukkan yang telah wujud sejak 1500 tahun lagi. Pertunjukkan seni tarian singa ini adalah untuk mengusir hal-hal buruk daripada berlaku. Terdapat beberapa cerita berkaitan dengan sejarah tarian singa ini, namun yang paling terkenal adalah berkaitan dengan Nian. Nian adalah sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang cina yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa kepadanya.
    Pada masa pemerintahan Dinasti Qing, terdapat satu wilaah di China yang diserang oleh Nian. Nian ini telah menggangu penduduk setempat sehingga menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada pendudukan wilayah tersebut. Pada ketika itu, tiba-tiba muncul seekor singa untuk menghalau Nian tersebut. Akhirnya Nian tersebut kalah dan lari dalam ketakutan.
    Namun, kegembiraan yang diperolehi oleh penduduk wilayah itu hanya seketika. Hal ini kerana Nian tersebut datang semula untuk membalas dendam setelah singa yang dianggap wira tersebut telah pergi. Penduduk wilayah tersebut kembali bimbang dan ketakutan dan memekirkan kemana sebenarnya singa yang dapat mengalahkan Nian tersebut.
    Oleh kerana singa yang dianggap wira itu tidak muncul-muncul, pendudukan mengambil jalan akhir dengan membuat kostum yang menyerupai singa dengan tujuan untuk menyingkirkan Nian terbabit. Berkat susah payah penduduk tersebut untuk membuat kostum singa terbabit, akhirnya Nian tersebut dapat dikalahkan. Penduduk di wilayah tersebut kembali ceria dan hidup dengan tenang.
    Oleh yang demikan, tarian singa akan sering dipersembahkan di hari-hari yang paling bermakna dalam kehidupan masyarakat cina seperti perayaan tahun Baru cina, majlis perkahwinan, pembukaan restoron dan sebagainya. Hali ini kerana, untuk mengusir perkara-perkara buruk daripada berlaku.




    Tarian Singa Yang Popular
    Setiap Negara mempunyai corak dan tarian yang berbeza. Dua tarian singa yang sangat popular ialah tarian singa utara dan tarian singa selatan.
    Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum Singa Utara ini menggunakan warna merah, jingga dan kuning manakala warna hijau bagi kostum singa betina. Singa Utara ini memiliki surai ikal dan berkaki empat.
    Kebiasaannya Singa Utara di sebut sebagai Peking Lion atau Singa Peking. Hal ini kerana bentuknya adalah menyerupai anjing Peking. Selain itu, penampilan tarian Singa Utara adalah kelihatan lebih semulajadi dan serupa seperti singa sebenar jika dibandingkan dengan Singa Selatan. Manakala dari segi pergerakan Singa Utara pula lebih cenderung kepada lincah dan penuh dinamik. Hal ini kerana, Tarian Singa Utara mempunyai empat kaki dan bertujuan sebagai hiburan.
    Tarian Singa Selatan pula lebih menunjukkan perlambangan terhadap alam sekitar. Tarian Singa Selatan biasanya disebut juga sebagai Contonese Lion yang terbahagi kepada beberapa jenis. Jenis singa Fat San memiliki mulut yang lebih melengkung, mempunyai sebuah tanduk dan mempunyai ekor yang panjang. Sementara singa jenis Hok San pula memiliki mulut yang lebih mendatar, mempunyai tanduk yang melingkar dan mempunyai ekor yang pendek. Walaubagaimanapun, tarian singa jenis Fat San lebih digemari oleh masyarakat cina sekarang.
    Secara umumnya Tarian Singa Selatan memiliki sisik serta kaki yang bervariasi antara dua atau empat kaki. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum singa selatan ini mempunyai mata yang lebih besar daripada singa utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk dihadapan kepalanya. Tanduk yang ada pada kepala Singa Selatan kadangkala menyerupai seekor binatang “Kilin”.
    Tarian Singa Selatan kebiasaannya dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Singa Selatan terkenal dengan gerakan kepalanya yang keras dan melonjak-lonjak seiring dengan tabuhan gong dan tambur.
    Selain itu terdapat juga gabungan daripada kedua-dua singa iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Gabungan bagi kedua-dua singa ini disebut sebagai Fat Hok Lion. Fat Hok Lion mempunyai mulut yang berbentuk lengkung dan mempunyai ekor yang pendek. Namun berdasarkan pekembangan sekarang wujud pula versi mini dimana versi mini dari singa-singa asli berbadan besar dimainkan oleh anak-anak kecil masyarakat cina.
    Walaubagaimanapun terdapat satu gerakan utama dalam tarian singa. Gerakan utama yang dimaksud adalah gerakan singa memakan amplop berisi wang yang disebut dengan istilah ‘Lay See’. “Lay See” ialah istilah yang banyak digunakan di Hong Kong. Di atas sampul ampao tersebut biasanya dilekatkan dengan sayuran selada air yang melambangkan hadiah bagi sang Singa. Proses memakan ‘Lay See’ ini berlangsung sekitar separuh bahagian dari seluruh tarian Singa yang dipersembahkan.
    Selain itu, di depan penari singa biasanya juga terdapat seorang penari lain yang mengenakan topeng dan membawa kipas. Tokoh ini disebut Sang Buddha. Tugasnya adalah untuk menggiringi sang Singa ke tempat di mana amplop berisi wang disimpan. Mereka yang ingin mendapatkan untung besar, umumnya berlumba-lumba mengisi sampul angpao dengan jumlah wang yang banyak.
    Kostum Tarian Singa
    Selain daripada muzik iringan, konstum tarian singa merupakan antara perkara yang paling penting dalam mempersembahkan tarian singa kepada penonton seorang yang membuat kostum perlulah terdiri daripada seorang individu yang teliti. Hal ini kerana proses pembuatan kostum tarian singa adalah rumit dan memerlukan kepakaran.
    Ketelitian semasa melukis di kepala singa adalah penting kerana jika tidak lukisan yang dibuat pada kepala singa itu akan comot. Sebelum melukis corak pada kepala singa, kepala singa akan dibentuk dengan rotan mengikut lengkung rim aluminium. Lengkungan rotan yang salah akan menyebabkan kepala singa gagal dibentuk dengan cantik. Oleh yang demikian kepala singa akan kelihatan cacat dan tidak sempurna.
    Selain itu, semasa melengkungkan rotan, pembuat perlulah berhati-hati. Hal ini kerana, jika tersilap langkah, rotan yang dilengkungkan akan tercabut dan melinas tangan atau muka sehingga boleh menyebabkan kecederaan kepada si pembuat.
    Jika dahulu, pembuatan kostum kepala tarian singa dilakukan mengikut adat, namun kini tidak lagi. Pada hari ini ukiran yang terdapat pada kepala singa adalah lebih bersifat moden. Jika dulu kepla tarian singa hanya menggunakan beberapa warna sahaja tetapi sekarang pelbagai warna digunakan mengikut permintaan pelanggan. Antara warnanya ialah merah, kuning, hijau dan biru.
    Manakala dari segi tempoh masa untuk menyiapkan kostum tarian singa ini adalah dalam masa tujuh hari sekurang-kurangnya. Namun begitu, jika pelanggan mahu kepala singa yang dipenuhi dengan kepala naga, ekor ikan, kelawar, burung phoenix dan bola naga, pembuat memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menyiapkannya dengan sempurna.
    Kos pembuatan kostum tarian singa ini adalah bergantung kepada ciri-ciri yang diinginkan oleh pelanggan. Kebiasaanya kos untuk konstum tarian singa yang mudah dan ringkas akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan rekaan kostum tarian singa yang rumit dan penuh. Harga jualan bagi konstum tarian singa biasanya dijual dari harga RM 1800.
    Konstum kepala singa untuk tarian singa juga adalah berbeza saiznya. Hal ini kerana, penari tarian singa bukan sahaja terdiri daripada golongan dewasa, bahkan remaja dan kanak-kanak juga ada. Sehubungan dengan itu, saiz badan mereka juga berbeza-beza. Saiz untuk konstum kepala singa ini bermula dari saiz satu hingga lapan. Saiz satu adalah untuk orang dewasa yang memiliki saiz badan yang besar manakala saiz lapan adalah untuk golongan kanak-kanak kerana mempunyai saiz badan yang kecil. Walaupun saiz kepala singa adalah berbeza-beza, namun panjang ekor kostum singa tetap sama iaitu dua meter. Bagaimanapun, terdapat juga pelanggan yang mahu panjang ekor singa tiga meter. Jika ditambah dengan kepala singa, panjang kostum singa ini boleh mencecah sehingga empat meter. Kostum tarian singa yang rosak tidak boleh diperbaiki.

    Proses pembuatan kostum kepala singa agak rumit dan memerlukan kepakaran

    Rangka kepala singa diperbuat daripada rotan.

    Jenis Tarian Singa
    Tarian singa yang dimainkan oleh dua orang penari. Setiap penari mempunyai tanggungjawab masing-masing bergantung kepada jenis tarian yang dibuat. Tarian singa terbahagi kepada dua jenis iaitu akrobatik dan tradisional.

    Tarian singa akrobatik, penari di bahagian belakang adalah penggerak utamanya.

    Bagi tarian akrobatik, penggerak utamanya adalah pemain di belakang yang memerlukannya melompat dan berputar. Kebiasaanya pemain bagi tarian singa akrobatik mempunyai seni wusyu. Hal ini memudahkan pemain untuk mengatur gerak tarian yang dibuat. Bagi tarian akrobatik, hanya pemain yang betul-betul mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja layak untuk melakukan persembahan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan semasa melakukan persembahan.
    Manakala bagi tarian singa tradisional, pemain yang memegang kepala singa iaitu yang berada dihadapan adalah lebih sukar. Hal ini kerana, penari bertanggungjawab untuk memastikan Singa menunjukkan pelbagai ekspresi muka. Penarinya juga perlulah mempunyai stamina yang tinggi untuk mengangkat kepala singa yang beratnya mencecah tujuh kilogram (kg).
    Muzik Tarian Singa
    Muzik memainkan peranan yang penting dalam tarian singa. Terdapat banyak tenaga ying dalam muzik singa. Hal ini kerana, muziknya mampu mengusir makhluk halus mengikut kepercayaan masyarakat cina.
    Dalam mempersembahkan tarian singa, terdapat seorang pemain gendang, dua atau empat orang pemain simbal dan seorang pemain gong. Muzik-muzik yang dimainkan oleh gong dan simbal dapat menukarkan qi negatif kepada qi positif. Selain itu muzik dalam tarian singa juga adalah pelbagai bentuk. Hal ini kerana muzik yang dimainkan adalah bergantung kepada ekspresi muka singa. Apabila singa marah, muziknya lain dan apabila singa gembira muziknya berubah.
    Alat muzik yang terlibat dalam tarian singa ialah ensemble genderang Luo Gu- Gong dan Gendang.
    Luo adalah gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaan gong ini adalah rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Gong Luo ini akan digantung ketika dimainkan. Pemain akan meletakkan satu tangan dibahagian belakang untuk mengawal bunyi yang di hasilkan semasa alat ini dimainkan.


    Manakala BO merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain secara serentak.


    Chebagu pula adalah gendang besar yang berbentuk tong. Gendang besar ini mempunyai satu muka kulit. Pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Di dalam dram terdapat beberapa dawai memberikan warna ton yang berlainan.







    Tarian Singa Hidupkan Semangat 1Malaysia
    Tarian singa merupakan salah satu tarian kesenian yang terdapat di Malaysia. Tarian Singa ini yang dulunya hanya di persembahkan dan disertai oleh masyarakat cina, namun kini tidak lagi begitu. Hal ini kerana, kini tarian singa turut melibatkan masyarakat yang berbilang kaum yang terdiri daripada kaum india dan melayu.
    Perkara ini telah menunjukkan satu perkembangan yang sihat , disamping mewujudkan konsep 1 Malaysia yang dapat menggambarkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tarian Singa ini telah membuktikan wujudnya semangat perpaduan tinggi dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda-mudi yang terdapat di Malaysia.
    Secara tidak langsung, penglinatan generasi muda-mudi dalam tarian singa ini merupakan satu kemajuan dalam konsep 1 Malaysia yang diispirasikan oleh Pedana Menteri, Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Di mana terdapat masyarakat selain masyarakat Cina yang memukul irama gendang Cina dan menarikan rentak Tarian Singa.
    Tarian singa yang disertai oleh semua kaun telah mewujugkan semangat perpaduan yang akrab dan telah menghidupkan semangat 1 Malaysia di Malaysia. Dengan adanya penyertaan semua kaum dalam setiap budaya kaum itu, hal ini dapat memberi impak yang besar dalam penyatuan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan hidup harmoni.
    Selain itu, semangat 1 Malaysia juga dapat dilihat melalui sokongan pelbagai bangsa dan agama di mana walaupun mereka tidak melibatkan diri secara langsung dalam tarian singa ini, tetapi mereka turut terlibat secara tidak langsung dengan memberi sokongan dan menyaksikan persembahan pertunjukkan dan upacara tarian singa. Oleh yang demikian, ini merupakan satu petanda bahawa wujudnya kesejahteraan dan muhibbah dalam kalangan rakyat Malaysia.
    Oleh itu, untuk memastikan semangat 1 Malaysia dan semagat bersatu pad uterus wujud dalam kalangan anak-anak bangsa Malaysia, kegiatan kesenian dan kebudayaan perlulah diwujudkan di peringkat sekolah lagi. Penglibatan setiap kegiatan kesenian dan budaya yang dianjurkan oleh sekolah haruslah melibatkan semua pelajar yang terdiri pelbagai kaum dan agama. Dengan adanya hubungan antara kaum termasuk aktiviti berbentuk kesenian dan budaya di peringkat sekolah ia dapat mengukuhkan dan meningkatkan perpaduan yang sedia ada.
    Kesimpulan
    Kesimpulannya tarian singa merupakan sebuah tarian yang unik dan mempunyai tahap kesenian yang tinggi. Hanya individu-individu yang benar-benar mempunyai kepakaran sahaja mampu mempersembahkan tarian singa ini dengan baik.
    Kepakaran bukan sahaja perlu ada pada seseorang penari, malah pembuat dan pereka kostum juga perlu mempunyai kemahiran dan tahap kesenian yang tinggi. Hal ini kerana kecantikan dan keunikan sesebuah tarian singa itu bukan sahaja bergantung kepada gerak tarian malah lukisan dan ukiran yang terdapat pada kostum.
    Selain itu, pada masa kini tarian kesenian masyarakat cina mampu dipersembahkan oleh masyarakat selain masyarakat cina. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi semangat bersatu padu di samping perasaaan hormat-menghormati dalam kalangam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
    Tarian singa ini juga merupakan salah satu bentuk senaman. Hal ini kerana, tarian singa merupakan tarian yang melibatkan gerakkan yang banyak. Dimana tarian yang dibuat adalah bersifat lancar dan agresif secara tidak langsung individu yang terlibat dalam kesenian tarian singa ini dapat menegluarkan peluh dan seterusnya dapat menyihatkan badan.
    Oleh yang demikian, tarian ini haruslah dipastikan supaya tidak hilang di telan zaman. Pihak-pihak yang tertentu perlulah menjalankan tanggunjawab masing-masing agar kesenian ini sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat. Hal ini kerana, kepelbagaian keunikan kesenian yang terdapat di Malaysia mampu menarik ramai pelancong. Seterusnya ia dapat meningkatkan ekonomi negara di samping memastikan kesenian yang ada di Malaysia ini terus kekal.











    Rujukan.
    1. Penghantar Muzik Malaysia1,Patricia Matusky dan Tan Sooi beng, 1998, m.s 36
    2. http://www.docstoc.com/docs/58188973/Kuliah-Minggu-14
    3. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
    4. http://www.slideshare.net/bmreynardi/tarian-2992679
    5. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm
    6. http://www.scribd.com/doc/25051730/Tarian-tarian-tradisional
    7. http://id.shvoong.com/humanities/1921685-asal-usul-tarian-barongsai/#ixzz1IGds64RX
  • Noor Syafeena Sabarin
    by Noor Syafeena Sabarin 1 year ago
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN ( AT58 )
    KENEGARAAN ( HNS 2013/ ULP 1023 )
    PENSYARAH :
    DR. SAMSUL ADABI BIN MAMAT
    KUMPULAN ( I )
    SEMESTER 2 SESI 2010 / 2011
    TAJUK :
    WAU DAN LAYANG - LAYANG

    BIL. NAMA NO. MATRIKS
    1 NOOR SYAFEENA BINTI SABARIN D20101039244







    ISI KANDUNGAN
    TAJUK MUKASURAT

    PENGENALAN
    1

    SEJARAH WAU DI MALAYSIA
    2

    MITOS PERMAINAN WAU
    2-3

    JENIS-JENIS WAU
    4

    CARA MEMBUAT WAU
    4

    BAHAGIAN PERINCIAN WAU
    5-6

    CARA BERMAIN WAU
    7-8

    FUNGSI WAU MASA INI
    9-10

    JENIS WAU DI SETIAP NEGERI
    11-13

    ANTARA PERSATUAN WAU YANG WUJUD
    14
    KESIMPULAN 15

    PENGENALAN

    Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang diwarisi daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai setiap adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Hal ini termasuklah amalan suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi yang mana ikatan itu terus diperkukuh dan dieratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian, maka, banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

    Permainan tradisional telah berjaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Hal ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Tambahan pula, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri mereka dengan keadaan yang sedemikian. Apabila musim menuai padi telah berakhir dan musim tengkujuh telah tiba, para pesawah dan nelayan akan mengisi masa yang terluang dengan kerja-kerja sampingan yang mana kerja-kerja tersebut boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan inilah digunakan untuk mengadakan keramaian dan pesta.

    Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Antara permainan tradisional yang masih lagi dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat pada hari ini ialah termasuklah wau, guli, congkak, sepak raga dan gasing.






    Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Mereka telah mempercayai terdapat perkaitan di antara semangat angin dan langit. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau adalah sejenis buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan, malahan, dipertandingkan. Apa yang dititikberatkan dalam pertandingan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini, permainan tersebut telah mula popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

    Sejarah Wau Malaysia

    Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walaubagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Hal ini demikian kerana reka bentuk serta perwatakan mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

    Mitos Permainan Wau

    Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan ‘Wau’.
    Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.
    Bagi menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang".
    Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angin barat.
    Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.





    Jenis-jenis Wau
    Pelbagai jenis wau yang telah dicipta oleh masyarakat Melayu sebenarnya. Antaranya termasuklah wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat. Wau yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau bulan telah direka coraknya bermotifkan awan larat dan pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Negeri Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih lagi mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan. Selain itu, wau juga dijadikan sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

    Cara Membuat Wau :
    Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan
    lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,
    lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ia mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rumbia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau Teraju Tiga.





    Bahagian Perincian Wau

    Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

    Teknik Pembuatan Wau Tradisional

    Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

    Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh

    1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau
    dusun.
    2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
    3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
    4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
    5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluhs eperti di waktu tengahari.
    6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
    7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu.
    8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
    9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai SangBubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu toksah ikut akulah, mu make hok sini.


    Cara Bermain
    Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat
    Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang- layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
    Kawasan yang sesuai

    Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon. Tiga unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin dipermukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.
    Daya tarikan graviti tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah. Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.




    Teknik menaikkan wau jarak dekat.

    Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

    Mengawal penerbangan

    Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

    Teknik menurunkan wau.

    Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seoranglagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau, manakala, penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penariktali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus






    Fungsi Wau Masa Ini
    Layang-layang yang dahulunya digunakan untuk mengisi masa lapang dan untuk mengeratkan silatulrahim antara masyarakat dan hubungan kini telah bertukar fungsinya. Terdapat pelbagai fungsi yang wujud dalam kehidupan masyarakat sekarang berkaitan dengan wau ataupun layang-layang ini. Antaranya:
    • Sebagai Medium Pertandingan
    Banyak pertandingan yang melibatkan wau dan layang-layang di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah pertandingan atau festival layang-layang yang dianjurkan oleh pelayang Johor yang bertempat di Pasir Gudang. Adakalanya pertandingan sebegini dapat mewujudkan kebaikan dan kadangkalanya juga sebaliknya.
    • Sebagai Lambang Atau Identiti
    Layang-layang biasanya diwujudkan adalah semata-mata untuk memperkenalkannya, tetapi, ia dilihat sebagai sebuah perkara yang lebih menjurus kepada tujuan komersial sahaja dan bukannya untuk diselami. Misalnya, syarikat penerbangan Malasia Airlines menggunakan motif wau sebagai lambang untuk menunjukkan identitinya sebagai syarikat penerbangan yang berasal daripada Malaysia. Tiada tujuan lain yang dapat dilihat daripada fungsi wau tersebut.
    • Sebagai Bahan untuk Tujuan Komersial atau Material
    Lazimnya, layang-layang sering ditemui di mana-mana dalam tujuan komersial, namun, setelah sekian lama fungsi itu sudah mula dilupakan dan pengedar-pengedar juga sudah muak dan letih untuk menghasilkannya walhal habuan yang diperoleh amat sedikit. Kini, bentuk layang-layang sudah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Sebagai contoh, bentuk wau digunakan untuk menghasilkan ‘brooch’ atau kerongsang untuk hiasan, ‘keychain’ atau rantai kekunci, corak di atas kek dan alat pameran di rumah. Semua hasil karya ini dijual dengan hargga yang tinggi kononnya dikatakan barangan tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi, walhal, para peniaga hanya ingin mengaut keuntungan.


    • Sebagai Bahan Pameran
    Muzium layang-layang menjadi topik utama yang akan disentuh sekiranya memperkatakan tentang pameran layang-layang. Boleh dikatakan semua layang-layang di seluruh dunia boleh ditemui disitu. Tetapi, sampai bila laying-layang ini akan bertahan dengan hanya dijadikan sebagai alat pameran di muzium-muzium. Terdapat juga layang-layang yang dijadikan pameran di kedai-kedai yang bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka. Semua laying-layang tersebut hanya boleh dilihat dan dijadikan bahan ilmiah atau bahan pengetahuan dan bukan sebagai medium untuk mencapai fungsi seperti masa dahulu.
    • Sebagai Alat Hiburan
    Layang-layang dahulunya turut berfungsi sebagai medium untuk hiburan ketika masa lapang. Kini, ia juga berfungsi sebagai permainan ketika masa terluang cuma perbezaannya, kini tidak ramai yang memainkannya. Masyarakat kini lebih memilih pemainan elektronik untuk menghiburkan mereka. Fungsi layang-layang sebagai alat permainan kini hanya boleh didapati dan ditemui dikawasan luar bandar dan di kampung-kampung. Jikalau dilihat dibandar, layang-layang sudah tidak dimainkan kecuali tempat tersebut berdekatan dengan pantai.






    Di Malaysia terdapat pelbagai jenis Wau Tradisi. Tiga jenis wau yang diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan adalah Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau JalaBudi.


    Wau Bulan Wau Kucing Wau Jalabudi


    Wau Tradisi di Setiap Negeri-Negeri.


























    Antara Persatuan/ Kelab Wau/ Layang-layang
    Pelayang Johor adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat dan ahli-ahli persatuan pelayang di seluruh negara bahkan kini telah meniti dari bibir ke bibir sehingga ke dunia luar ekoran dari kejayaannya menganjurkan festival bertaraf antarabangsa pada setiap tahun sejak lebih 10 tahun yang lepas.
    Kekuatan pada persatuan dapat dilihat dari kejayaan demi kejayaan yang dicapai membuatkan nama Pelayang Johor mulai dikenali ramai sehingga hari ini yang mana dengan penganjuran acara tahunan festival berkenaan secara tidak langsung telah membuatkan nama Pasir Gudang telah menjadi masyhur di peta dunia.
    Prestasi yang ditunjukkan oleh Pelayang Johor juga telah diiktiraf oleh semua persatuan-persatuan pelayang dari negeri lain dimana sehingga ke hari ini Pelayang Johor telah diberi kepercayaan untuk menerajui Majlis Pelayang Malaysia.
    Antara Festival Wau/ Layang-layang yang pernah dianjurkan di Malaysia
    • Festival Borneo 200
    • Festival Layang-Layang Melaka 2008
    • Festival Layang-Layang Kelantan 2008
    • Malaysia-China Kite Festival, Melaka 1 Jan 2009
    Seramai 15 orang ahli Pelayang Johor telah menyertai Malaysia-China Kite Festival, di Dataran Pahlawan Melaka pada 1 Jan 2009. Pelayang-pelayang dari China pula adalah mereka yang datang dari Nanjing dan Beijing.






    KESIMPULAN

    Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Melalui permainan tradisional seperti wau, kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra dalam kelompok masyarakat. Permainan seperti ini juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia. Selain itu, permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan di samping dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
    Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya. Tambahan pula, permainan sebegini juga merupakan satu bentuk hiburan masyarakat zaman dahulu. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional harus didedahkan kepada masyarakat di peringkat rendah lagi terutama kanak-kanak kerana kebanyakan remaja sekarang sudah tidak mengenali warisan nenek moyang mereka.
    Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan harus mengambil langkah-langkah yang agresif untuk memperkenalkan permainan tradisional ini sama ada di dalam dan di luar negara. Tempat-tempat khas seperti Taman Budaya untuk mengadakan demonstrasi permainan tradisional ini harus diperbanyak dan diperhebat peranannya. Publisiti yang meluas terhadap permainan tradisional harus diberikan terutamanya di luar negara melalui badan-badan korporat seperti MAS dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Majlis-majlis sosial terutama yang berkaitan dengan seni dan budaya harus memasukkan permainan tradisional sebagai salah satu acara mereka. Di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar merupakan golongan sasaran yang paling tepat untuk didedahkan kepada permainan tradisional iaitu melalui aktiviti kokurikulum.






    BIBLIOGRAFI
    Mohd. Ariff Abu Bakar. (1989). Permainan Tradisional. Kuala Lumpur: Sama Publications.
    Shafiee Ahmad. (1992). Permainan Tradisional di Malaysi. Kuala Lumpur: Buku Must.
    Hapisa Tala. (1993). Permainan Tradisional. Petaling Jaya: Setiamas.
    http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
    http://www.mkns.com.my/?lang=my&act=5&content=165&id=19&mnu=19
    http://www.memorikedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=12&idskandungan=41&id=288&mtopic=1#
  • nur  syuhada
    by nur syuhada 1 year ago
    NURUSY SYUHADA BT ABD HAMID D20101039267
    PERMAINAN TRADISIONAL WAU

    1.0 Pendahuluan
    Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang diamalkan sejak turun temurun. Kebudayaan ini disatukan sehingga menjadi kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat yang membentuk kebudayaan Melayu. Perkara ini termasuk aktiviti gotong – royong secara beramai – ramai dan permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradsional telah membentuk sebahagian kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang terdahulu. Kesinambunagn permainan tradisional terdahulu merupakan kesinambungan cara hidup nenek moyang terdahulu. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan tidak mempunyai perbezaan. Mereka bekerja dan berhibur dalam satu – satu masa. Semasa musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, para pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja –kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
    Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja tetapi, ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
    2.0 Pengenalan
    Permainan wau ini dimainkan sejak kurun ke 15 dan dikenali juga dengan layang – layang. Permainan wau amat digemari penduduk kampung dan masih digemari dalam kalangan masyarakat. Wau masih dimainkan di kawasan negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
    3.0 Nama permainan
    Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang – layang di antai barat semenanjung. Permainan ini merupakan permainan tradisional yang dimainkan dalam kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Nama wau juga dikatakan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikatkan pada wau. Apabila dinaikan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur akan menghasilkan bunyi “wau”, “wau”, “wau”, secara berirama.
    3.0 Latar belakang
    Menurut ahli sejarah Clive Hart, layang – layang berasal daripada negeri China. Hal ini demikian kerana reka bentuk mempunyai bentuk mempunyai persamaan dengan layang – layang negeri China. Nama lain bagi wau ialah layang – layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Catatan Tun Seri Lanang telah membuktikan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat diraja dan tidak disebut bermain wau.
    Kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama. Negeri yang mempopularkan permainan ini ialah di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu juga negeri- negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau. Kaum yang terlibat dalam permainan ini ialah kaum melayu. Secara umumnya, kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini.



    4.0 Tujuan dimainkan
    Wau merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat. Selain itu, menguji kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Di Malaysia wau merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.
    5.0 Mitos permainan wau
    Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipelihara bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan isterinya berasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyeksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah diusahakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka adalah “semangat padi” dan menasihatkan petani tersebut meminta maaf . Sebagai tanda meminta maaf mereka membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.










    6.0 Jenis – jenis wau
    Wau Jalabudi dan Wau Kenyalang


    Wau Kucing

    Wau Puyuh

    Wau Bulan

    Wau Helang dan Wau Merak


    Wau Puyuh dan Layang - layang




    7.0 Antara Wau Tradisional
    Wau Bulan Wau Kucing Wau Jala Budi

    Wau Merak


    7.1.1 Negeri yang mempopularkan permainan wau







    Negeri yang mempopularkan permainan wau










    8.0 Seni Pertukangan Filigree
    Wau Bulan juga boleh didapati daripada seni pertukangan Fligree
    Seni pertukangan Perak merupakan salah satu cabang kesenian orang – orang melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, pengaruh tamadun Hindu dan Islam sememangnya terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan Perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni Perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta itu sendiri.
    Barangan Filigree lebih memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree antaranya motif bunga – bungaan dan motif wau.

    9.0 Tarian Siti Wau Bulan
    Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling







    10.0 Dikir Barat
    Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah Karut Selampit, Karut Menora, Karut Jenaka Mak Yong dan Karut Wau Bulan.

    Contoh Lirik lagu Wau Bulan dalam dikir barat.
    Eh Wau Bulan 2X
    Wau Bulan teraju tiga
    Ini malam sama –sama
    Sama – sama bersuka ria

    11.0 Cara bermain
    Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.











    Walaupun wau mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi layang – layang juga mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
    11.1 Bahan yang diperlukan membuat wau.
    Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
    12.0 Petua dan pantang larang pemilihan buluh
    1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
    2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
    3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
    4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
    5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
    6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
    7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
    8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
    9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
    12.1 Meraut buluh
    Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan benar-benar tajam untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan dapat mengelakkan daripada sebarang kesilapan.
    Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
    1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
    2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
    3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
    4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
    Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.
    12.2 Membuat bingkai
    Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlu diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
    Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:
    1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
    2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
    3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
    4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
    5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
    6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
    7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
    Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:
    1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
    2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
    3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
    4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
    12.3 Mengukur, melukis dan menyobek corak
    Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:
    1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
    2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
    3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
    4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
    5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
    6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.
    Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
    Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna
    12.4 Memasang belalai
    Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.
    12.5 Memasang busur
    Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
    1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
    2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
    3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
    4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon







    Rumusan

    Permainan tradisonal merupakan lambang identiti masyarakat Malaysia. Permainan ini perlu diperturunkan turun temurun supaya tidak lupus ditelan zaman. Selain itu juga, terdapat nilai – nilai yang penting dalam permainan tradisional antaranya ialah dapat mengeratkan silaturahim, tolong – menolong dan mewujudkan suasana meriah dalam masyarkat. Permainan tradisional ini juga menggambarkan kemeriahan sesebuah masyarakat terdahulu dan diperturunkan sehingga ke hari ini.
    Kewujudan permainan tradisional pada hari ini telah menarik minat pelancong luar untuk mempelajari permainan wau. Selain itu juga, permainan wau ini juga telah diperkembangkan sehingga diwujudkan pesta permainan wau dalam rancangan tahunan negara Malaysia. Perkara ini telah membuktikan betapa pentingnya permainan tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia.
    Nilai estetika yang ada pada wau sangat tinggi nilainya sehingga diadaptasi dalam pembuatan barangan kemas wanita, tarian dan dikir barat. Permainan tradisional ini juga tidak hanya pada permainan sahaja tetapi mempunyai banyak keistimewaan dalam kalangan masyarakat.





    Bibliografi
    Mohd Nazri Ahmad (2000) Wau dan Seni Telat. Selangor Pustaka Mamar.
    http//malaysiana.pnm.my diperoleh pada Mac 22, 2011
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Layang-layang.my diperoleh pada Mac 22, 2011
  • FAIZUL PEJO
    by FAIZUL PEJO 1 year ago
    MOHD FAIZUL BIN ABU SEMAN D20101039099
    MATAWANG NEGARA MALAYSIA : MATAWANG KERTAS DARI DULU HINGGA SEKARANG
    PENGENALAN
    Wang atau duit merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang diterima oleh masyarakat umum dan sah disisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik. Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.
    Wang moden dan kebanyakan wang purba juga sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.
    WANG KERTAS PADA ZAMAN DAHULU
    Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas pokok pisang sebagai ganti matawang di Tanah Melayu. Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.
    Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran. Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri.
    Berbagai-bagai jenis mata wang duit pisang dipaparkan di Memories at Old Ford Factory, Singapura. Oleh sebab duit pisang tidak bernilai sejurus selepas Perang Dunia II, nota bank duit pisang kini terhad sebahagian besarnya kepada barang pameran muzium atau pengumpul duit syiling.
    Selepas penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga hari ini, kerajaan Jepun enggan menukarkannya. Sesetengah orang tempatan berjaya mengelakkan kemiskinan kerana mereka menyembunyikan dolar Selat dan dolar Malaya yang merupakan mata-mata wang yang digunakan sebelum serangan Jepun. Oleh itu, mereka yang mempunyai dolar lama itu dapat menggunakannya sejurus selepas pihak British menyambung semula penguasaan Singapura dan tanah-tanah jajahan yang berhampiran. Sebilangan nota bank duit pisang dicap sebagai kenang-kenangan perang, dengan penggunaannya sebagai kertas bercetak untuk kalendar asas pada 1946 juga dicatat.
    Nilai duit pisang pada masa ini sebagai barang pengumpul tidak tetap dan bergantung kepada keadaannya, kewujudan nombor siri, penggunaan kertas tenun, serta penggunaannya sebagai spesimen. Nota-nota yang tidak memilik nombor siri masih bernilai tetapi nilainya adalah lebih rendah daripada nilai tercetak, manakala versi-versi yang lebih jarang ditemui adalah lebih tinggi daripada nilai tercetaknya, kekadangnya sebanyak banyak kali. Nota-nota yang dicap sebagai kenang-kenangan perang kini jarang ditemui, manakala nota-nota dengan cetak tindan kalendar 1946 bernilai lebih kurang RM3,000 pada September 2006.
    Risalah-risalah bersaiz 10 dolar dengan cetak tindan nota bank 10 dolar di bahagian depan pernah digugurkan dari udara oleh angkatan tentera British semasa pendudukan Jepun sebagai amaran kepada penduduk bahawa duit-duit pisang itu tidak akan bernilai jika Jepun ditewaskan. Ketakutan dalam kalangan penduduk terhadap pemilikan risalah tersebut menyebabkan risalah-risalah itu kini jarang ditemui dan oleh itu, nilainya sekarang adalah tinggi (dianggarkan bernilai RM3,000 pada September 2006).
    WANG KERTAS PADA ZAMAN SEKARANG
    Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali.
    Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut. Tujuan utama imej pendam ini dimasukkan adalah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan wang kertas agar tidak mudah untuk dipalsukan.

    Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas yang dikeluarkan pada siri terdahulu.

    Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
    Semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran. Siri yang diedarkan masa kini ialah siri ketiga yang bertemakan "WAWASAN 2020" yang mencerminkan pembangunan ekonomi Malaysia. Siri ini mengandungi 6 denominasi kesemuanya, iaitu, RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Siri tersebut menerapkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang baru sebagai tambahan kepada ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk membendung kegiatan yang berkaitan dengan wang palsu.
    WANG YANG SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI
    Hanya wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai (iaitu, sah untuk digunakan di Malaysia). Wang kertas dan duit syiling tidak boleh diconteng atau dirosakkan permukaannya untuk sah diperlakukan dengan nilai. Bagi duit syiling, jumlah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran adalah terhad. Walau bagaimanapun, tiada had dikenakan bagi pembayaran dengan menggunakan wang kertas.

    PENYALINAN ATAU PENGELUARAN SEMULA MATAWANG MALAYSIA
    Anda tidak dibenarkan untuk menyalin atau mengeluarkan semula matawang Malaysia. Adalah juga menjadi kesalahan menggunakan gambar foto, lukisan atau reka bentuk sebarang wang kertas atau duit syiling atau sebahagian wang kertas atau duit syiling walau apa saiz, skala atau warna sekalipun pada iklan atau barangan atau produk yang dikilang, dijual dan diedarkan atau diagihkan kecuali dengan kebenaran BNM. Anda mungkin didenda sehingga RM5,000 jika menyalin atau mengeluarkan semula matawang Malaysia tanpa kebenaran BNM.
    CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS
    Wang kertas Malaysia mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan bagi mengelak penipuan berlaku. Salah satunya ialah kertas yang digunakan. Wang kertas Malaysia dihasilkan daripada kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit dan apabila diramas hasilnya ialah bunyi kerangupan yang unik. Seterusnya ialah potret Yang di-Pertuan Agong. Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama yang terdapat di sebelah kanan wang kertas adalah satu ciri pencegah pemalsuan yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan semula. Selain itu, potret tanda bayang juga merupakan salah satu ciri keselamatan yang ada pada wang kertas. Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan. Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan untuk denominasi RM50.

    Ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kertas juga ialah benang keselamatan. Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, "BNM RM50" dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50. Selain itu, wang kertas Malaysia juga mempunyai LEAD bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. Di sebelah kanan wang kertas denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara, iaitu imej yang sama dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, imej yang menunjukkan angka denominasi dan imej huruf-huruf BNM.
    Ciri-ciri keselamatan yang seterusnya ialah PEAK. Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50. Seterusnya ialah tanda pandang telus. Tanda pandang telus ialah bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan depan dan belakang wang kertas. Ciri-ciri keselamatan seterusnya ialah cetakan Intaglio. Cetakan Intaglio ialah cetakan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul. Cetakan ini dibuat pada potret Yang di-Pertuan Agong, nombor denominasi corak dan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA.


    PENGENALAN WANG KERTAS BARU
    Bank Negara Malaysia kini mengeluarkan wang kertas RM10 versi baru dengan ciri keselamatan tambahan. Denominasi RM10 versi baru ini dilengkapi jalur holografi ubahan optik di bahagian hadapan (sama seperti jalur yang digunakan pada wang kertas RM50 dan RM100). Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan dan dicetak untuk penipuan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai. Perkara ini akan meningkatkan lagi keselamatan wang kertas serta menjadikan wang kertas tersebut selamat daripada diciplak.

    Pada dasarnya RM10 versi baru ini masih mengekalkan reka bentuk, warna, ciri-ciri keselamatan dan ukuran yang asal. Tiada sebarang perubahan ketara dibuat pada reka bentuk di bahagian hadapan dan belakang wang kertas RM10 versi baru ini kecuali jalur holografi tersebut. Wang kertas versi baru ini dicetak menggunakan bahan yang sama dengan wang kertas Malaysia yang ada dalam edaran. Ciri-ciri keselamatan utama wang kertas RM10 telah dijelaskan dalam risalah untuk panduan orang ramai. Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa ciri-ciri keselamatan dengan teliti bagi memastikan ketulenan wang kertas. Wang kertas RM10 versi baru diedarkan seiring dengan siri wang kertas RM10 yang sedia ada.
    Selain wang kertas RM10, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengeluarkan wang kertas RM50 dengan reka bentuk baru serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah ‘tertanam’ pada kertas dan unsur cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
    WANG KERTAS LUSUH
    Setelah agak lama di edaran, wang kertas boleh bertukar menjadi lusuh. Anda boleh menukar atau mendepositkan wang kertas lusuh di mana-mana cawangan bank perdagangan. Adalah tidak wajar wang kertas lusuh diedarkan semula memandangkan ia tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan kerana ciri-ciri keselamatannya sudah tidak berkesan lagi seperti mana yang terdapat pada wang kertas bersih. Di samping itu, keupayaan orang ramai mengenal pasti wang kertas yang tulen akan terjejas. Anda boleh memainkan peranan untuk memastikan wang kertas sempurna dan bersih sahaja berada di edaran dengan menukarkan wang kertas lusuh dengan wang kertas sempurna. Keadaan wang kertas yang sempurna dan bersih ini sebenarnya mencerminkan imej negara kita.
    WANG KERTAS YANG TERCONTENG
    Wang kertas tidak boleh boleh diconteng dengan apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan, ataupun mesej. Perbuatan menconteng permukaan wang kertas menyebabkan wang kertas ini tidak boleh diguna di dalam urusan serta tidak mempunyai nilai lagi. Selain itu juga, wang kertas yang diconteng juga tidak akan bernilai untuk ditukar di mana-mana bank perdagangan atau cawangan BNM.
    WANG KERTAS CACAT
    Wang kertas yang cacat dan telah rosak boleh ditukarkan dengan wang kertas baru di mana-mana cawangan BNM. Wang kertas yang mengalami kecacatan atau kerosakan yang teruk akan menjalani pemeriksaan yang rapi sebelum nilainya dapat diberi. Faktor utama yang menyebabkan wang rosak ialah apabila terbakar atau terkena air, bahan kimia dan bahan letupan. Selain daripada itu, kerosakan boleh berlaku akibat haiwan dan serangga atau dalam keadaan tertanam atau terurai. Keputusan untuk memberi nilai adalah tertakluk kepada budi bicara BNM.
    TINDAKAN ANDA APABILA MENDAPAT MATAWANG PALSU
    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil jika kita mengesyaki seseorang telah memberi matawang palsu Malaysia kepada kita. Langkah yang pertama ialah kita seharusnya melengahkan pemergian orang yang disyaki memberi wang palsu tersebut serta camkan orangnya. Catat masa dan tarikh pada hari tersebut. Hal ini kerana boleh menjadi bahan bukti. Selain itu, kita juga harus mencatat nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki oleh orang tersebut agar orang tersebut mudah dijejaki.
    Apabila wang yang diterima tersebut disahkan palsu, kita tidak boleh menconteng, memotong atau mengedar wang tersebut kerana boleh menjadi kesalahan. Seelok-eloknya, wang palsu yang diterima itu tidak disentuh secara berkali-kali. Sebaliknya, jika perlu menyentuh wang tersebut pastikan sentuhan adalah yang paling minimum. Wang tersebut seharusnya dimasukkan kedalam sampul atau plastik. Hal ini kerana bahan bukti atau kesan cap jari yang terdapat pada wang tersebut boleh menjadi bahan bukti seterusnya dapat menjejaki penjenayah yang melakukan pemalsuan wang tersebut.
    Perkara terakhir yang perlu dibuat ialah membawa wang palsu tersebut ke balai polis berhampiran. Wang tersebut harus diserahkan kepada pihak polis kerana pemalsuan wang merupakan satu jenayah. Kita tidak harus memandang remeh perkara tersebut kerana hal ini merupakan jenayah yang paling besar serta mampu menggugat keselamatan negara.


    BIBLIOGRAFI
    Banking info (2003). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.insuranceinfo.com.my/_system/media/downloadables/matawang.pdf
    Creative thinking (2004). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.aku-sempoi.com/2009/02/sejarah-wang-kertas-malaysia.html
    Creative thinking (2008). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.budiey.com/gambar-wang-kertas-rm50-bank-negara-malaysia/












    LAMPIRAN
    WANG POKOK PISANG

    WANG KERTAS LAMA




    WANG KERTAS BARU
  • FAIZUL PEJO
    by FAIZUL PEJO 1 year ago
    MATAWANG NEGARA MALAYSIA : MATAWANG KERTAS DARI DULU HINGGA SEKARANG
    PENGENALAN
    Wang atau duit merujuk kepada sesuatu objek atau barang yang diterima oleh masyarakat umum dan sah disisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik. Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.
    Wang moden dan kebanyakan wang purba juga sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.
    WANG KERTAS PADA ZAMAN DAHULU
    Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas pokok pisang sebagai ganti matawang di Tanah Melayu. Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.
    Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran. Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri.
    Berbagai-bagai jenis mata wang duit pisang dipaparkan di Memories at Old Ford Factory, Singapura. Oleh sebab duit pisang tidak bernilai sejurus selepas Perang Dunia II, nota bank duit pisang kini terhad sebahagian besarnya kepada barang pameran muzium atau pengumpul duit syiling.
    Selepas penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga hari ini, kerajaan Jepun enggan menukarkannya. Sesetengah orang tempatan berjaya mengelakkan kemiskinan kerana mereka menyembunyikan dolar Selat dan dolar Malaya yang merupakan mata-mata wang yang digunakan sebelum serangan Jepun. Oleh itu, mereka yang mempunyai dolar lama itu dapat menggunakannya sejurus selepas pihak British menyambung semula penguasaan Singapura dan tanah-tanah jajahan yang berhampiran. Sebilangan nota bank duit pisang dicap sebagai kenang-kenangan perang, dengan penggunaannya sebagai kertas bercetak untuk kalendar asas pada 1946 juga dicatat.
    Nilai duit pisang pada masa ini sebagai barang pengumpul tidak tetap dan bergantung kepada keadaannya, kewujudan nombor siri, penggunaan kertas tenun, serta penggunaannya sebagai spesimen. Nota-nota yang tidak memilik nombor siri masih bernilai tetapi nilainya adalah lebih rendah daripada nilai tercetak, manakala versi-versi yang lebih jarang ditemui adalah lebih tinggi daripada nilai tercetaknya, kekadangnya sebanyak banyak kali. Nota-nota yang dicap sebagai kenang-kenangan perang kini jarang ditemui, manakala nota-nota dengan cetak tindan kalendar 1946 bernilai lebih kurang RM3,000 pada September 2006.
    Risalah-risalah bersaiz 10 dolar dengan cetak tindan nota bank 10 dolar di bahagian depan pernah digugurkan dari udara oleh angkatan tentera British semasa pendudukan Jepun sebagai amaran kepada penduduk bahawa duit-duit pisang itu tidak akan bernilai jika Jepun ditewaskan. Ketakutan dalam kalangan penduduk terhadap pemilikan risalah tersebut menyebabkan risalah-risalah itu kini jarang ditemui dan oleh itu, nilainya sekarang adalah tinggi (dianggarkan bernilai RM3,000 pada September 2006).
    WANG KERTAS PADA ZAMAN SEKARANG
    Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali.
    Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut. Tujuan utama imej pendam ini dimasukkan adalah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan wang kertas agar tidak mudah untuk dipalsukan.

    Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas yang dikeluarkan pada siri terdahulu.

    Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
    Semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran. Siri yang diedarkan masa kini ialah siri ketiga yang bertemakan "WAWASAN 2020" yang mencerminkan pembangunan ekonomi Malaysia. Siri ini mengandungi 6 denominasi kesemuanya, iaitu, RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Siri tersebut menerapkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang baru sebagai tambahan kepada ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk membendung kegiatan yang berkaitan dengan wang palsu.
    WANG YANG SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI
    Hanya wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai (iaitu, sah untuk digunakan di Malaysia). Wang kertas dan duit syiling tidak boleh diconteng atau dirosakkan permukaannya untuk sah diperlakukan dengan nilai. Bagi duit syiling, jumlah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran adalah terhad. Walau bagaimanapun, tiada had dikenakan bagi pembayaran dengan menggunakan wang kertas.

    PENYALINAN ATAU PENGELUARAN SEMULA MATAWANG MALAYSIA
    Anda tidak dibenarkan untuk menyalin atau mengeluarkan semula matawang Malaysia. Adalah juga menjadi kesalahan menggunakan gambar foto, lukisan atau reka bentuk sebarang wang kertas atau duit syiling atau sebahagian wang kertas atau duit syiling walau apa saiz, skala atau warna sekalipun pada iklan atau barangan atau produk yang dikilang, dijual dan diedarkan atau diagihkan kecuali dengan kebenaran BNM. Anda mungkin didenda sehingga RM5,000 jika menyalin atau mengeluarkan semula matawang Malaysia tanpa kebenaran BNM.
    CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS
    Wang kertas Malaysia mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan bagi mengelak penipuan berlaku. Salah satunya ialah kertas yang digunakan. Wang kertas Malaysia dihasilkan daripada kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit dan apabila diramas hasilnya ialah bunyi kerangupan yang unik. Seterusnya ialah potret Yang di-Pertuan Agong. Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama yang terdapat di sebelah kanan wang kertas adalah satu ciri pencegah pemalsuan yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan semula. Selain itu, potret tanda bayang juga merupakan salah satu ciri keselamatan yang ada pada wang kertas. Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan. Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan untuk denominasi RM50.

    Ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kertas juga ialah benang keselamatan. Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, "BNM RM50" dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50. Selain itu, wang kertas Malaysia juga mempunyai LEAD bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. Di sebelah kanan wang kertas denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara, iaitu imej yang sama dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, imej yang menunjukkan angka denominasi dan imej huruf-huruf BNM.
    Ciri-ciri keselamatan yang seterusnya ialah PEAK. Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50. Seterusnya ialah tanda pandang telus. Tanda pandang telus ialah bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan depan dan belakang wang kertas. Ciri-ciri keselamatan seterusnya ialah cetakan Intaglio. Cetakan Intaglio ialah cetakan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul. Cetakan ini dibuat pada potret Yang di-Pertuan Agong, nombor denominasi corak dan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA.


    PENGENALAN WANG KERTAS BARU
    Bank Negara Malaysia kini mengeluarkan wang kertas RM10 versi baru dengan ciri keselamatan tambahan. Denominasi RM10 versi baru ini dilengkapi jalur holografi ubahan optik di bahagian hadapan (sama seperti jalur yang digunakan pada wang kertas RM50 dan RM100). Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan dan dicetak untuk penipuan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai. Perkara ini akan meningkatkan lagi keselamatan wang kertas serta menjadikan wang kertas tersebut selamat daripada diciplak.

    Pada dasarnya RM10 versi baru ini masih mengekalkan reka bentuk, warna, ciri-ciri keselamatan dan ukuran yang asal. Tiada sebarang perubahan ketara dibuat pada reka bentuk di bahagian hadapan dan belakang wang kertas RM10 versi baru ini kecuali jalur holografi tersebut. Wang kertas versi baru ini dicetak menggunakan bahan yang sama dengan wang kertas Malaysia yang ada dalam edaran. Ciri-ciri keselamatan utama wang kertas RM10 telah dijelaskan dalam risalah untuk panduan orang ramai. Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa ciri-ciri keselamatan dengan teliti bagi memastikan ketulenan wang kertas. Wang kertas RM10 versi baru diedarkan seiring dengan siri wang kertas RM10 yang sedia ada.
    Selain wang kertas RM10, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengeluarkan wang kertas RM50 dengan reka bentuk baru serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah ‘tertanam’ pada kertas dan unsur cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
    WANG KERTAS LUSUH
    Setelah agak lama di edaran, wang kertas boleh bertukar menjadi lusuh. Anda boleh menukar atau mendepositkan wang kertas lusuh di mana-mana cawangan bank perdagangan. Adalah tidak wajar wang kertas lusuh diedarkan semula memandangkan ia tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan kerana ciri-ciri keselamatannya sudah tidak berkesan lagi seperti mana yang terdapat pada wang kertas bersih. Di samping itu, keupayaan orang ramai mengenal pasti wang kertas yang tulen akan terjejas. Anda boleh memainkan peranan untuk memastikan wang kertas sempurna dan bersih sahaja berada di edaran dengan menukarkan wang kertas lusuh dengan wang kertas sempurna. Keadaan wang kertas yang sempurna dan bersih ini sebenarnya mencerminkan imej negara kita.
    WANG KERTAS YANG TERCONTENG
    Wang kertas tidak boleh boleh diconteng dengan apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan, ataupun mesej. Perbuatan menconteng permukaan wang kertas menyebabkan wang kertas ini tidak boleh diguna di dalam urusan serta tidak mempunyai nilai lagi. Selain itu juga, wang kertas yang diconteng juga tidak akan bernilai untuk ditukar di mana-mana bank perdagangan atau cawangan BNM.
    WANG KERTAS CACAT
    Wang kertas yang cacat dan telah rosak boleh ditukarkan dengan wang kertas baru di mana-mana cawangan BNM. Wang kertas yang mengalami kecacatan atau kerosakan yang teruk akan menjalani pemeriksaan yang rapi sebelum nilainya dapat diberi. Faktor utama yang menyebabkan wang rosak ialah apabila terbakar atau terkena air, bahan kimia dan bahan letupan. Selain daripada itu, kerosakan boleh berlaku akibat haiwan dan serangga atau dalam keadaan tertanam atau terurai. Keputusan untuk memberi nilai adalah tertakluk kepada budi bicara BNM.
    TINDAKAN ANDA APABILA MENDAPAT MATAWANG PALSU
    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil jika kita mengesyaki seseorang telah memberi matawang palsu Malaysia kepada kita. Langkah yang pertama ialah kita seharusnya melengahkan pemergian orang yang disyaki memberi wang palsu tersebut serta camkan orangnya. Catat masa dan tarikh pada hari tersebut. Hal ini kerana boleh menjadi bahan bukti. Selain itu, kita juga harus mencatat nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki oleh orang tersebut agar orang tersebut mudah dijejaki.
    Apabila wang yang diterima tersebut disahkan palsu, kita tidak boleh menconteng, memotong atau mengedar wang tersebut kerana boleh menjadi kesalahan. Seelok-eloknya, wang palsu yang diterima itu tidak disentuh secara berkali-kali. Sebaliknya, jika perlu menyentuh wang tersebut pastikan sentuhan adalah yang paling minimum. Wang tersebut seharusnya dimasukkan kedalam sampul atau plastik. Hal ini kerana bahan bukti atau kesan cap jari yang terdapat pada wang tersebut boleh menjadi bahan bukti seterusnya dapat menjejaki penjenayah yang melakukan pemalsuan wang tersebut.
    Perkara terakhir yang perlu dibuat ialah membawa wang palsu tersebut ke balai polis berhampiran. Wang tersebut harus diserahkan kepada pihak polis kerana pemalsuan wang merupakan satu jenayah. Kita tidak harus memandang remeh perkara tersebut kerana hal ini merupakan jenayah yang paling besar serta mampu menggugat keselamatan negara.


    BIBLIOGRAFI
    Banking info (2003). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.insuranceinfo.com.my/_system/media/downloadables/matawang.pdf
    Creative thinking (2004). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.aku-sempoi.com/2009/02/sejarah-wang-kertas-malaysia.html
    Creative thinking (2008). Diperoleh pada Mac 22, 2011 daripada http://www.budiey.com/gambar-wang-kertas-rm50-bank-negara-malaysia/












    LAMPIRAN
    WANG POKOK PISANG

    WANG KERTAS LAMA




    WANG KERTAS BARU
  • nurul hidayah omar
    by nurul hidayah omar 1 year ago
    by nor azwani bt sibiramalek
    PENDAHULUAN
    Sejak akhir-akhir ini masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada warga pribumi Malaysia telah mendapat perhatian istimewa daripada kerajaan Negara ini. Masyarakat ini mendapat perhatian yang lebih kerana ia masih belum mampu untuk mencapai kemajuan seperti yang dicapai oleh warga Malaysia. Perhatian istimewa juga wajar diberikan kepada kumpulan Orang Asli, bukan sahaja kerana status mereka sebagai Warga Pribumi, tetapi juga kerana bilangan mereka adalah kecil.
    Oleh kerana jumlah penduduk Orang Asli begitu kecil, maka mereka tidak dilihat sebagai kumpulan penduduk yang disignifikan. Lantaran itu, kumpulan masyarakat Orang Asli kurang diberikan perhatian dalam perancangan pembangunan Negara, dan oleh kerana itu, mereka sering menjadi terbiar dan terpinggir daripada pembangunan Negara.
    Walaupun demikian keadaan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli, tidaklah bererti Kerajaan Malaysia langsung tidak menghiraukan nasib dan masa depan mereka. Pelbagai usaha walaupun secara sederhana telah dilaksanakan sejak dari dahulu lagi untuk membantu masyarakat Orang Asli melibatkan diri dengan perubahan yang sedang berlaku. Langkah ini dibuat bagi membolehkan masyarakat ini menikmati perubahan yang sedang berkembang disamping membolehkan mereka tersepadu ke dalam masyarakat arus perdana, demi membentuk Bangsa Malaysia yang moden.
    Pada 1993 Malaysia telah menyahut perisytiharaan Tahun Warga Pribumi Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagi merealisasikan perisytiharan tersebut Kerajaan Malaysia telah menganjurkan satu seminar antarabangsa yang bertemakan “Indigenous People: The way Forward” di Kuala Lumpur. Pengalaman dan usaha Negara lain menangani masalah membangunkan masyarakat pribumi, kemudiannya telah cuba dimanfaatkan dalam menyusun strategi dan langkah-langkah membangunkan masyarakat pribumi di Negara ini.
    Malaysia juga turut member jaminan yang mereka akan berusaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat pribumi di Negara ini untuk mencapai sesuatu kemajuan.

    SIAPA ORANG ASLI
    Laporan pertama yang pernah ditulis mengenai Orang Asli ialah Sherard Osborn 1857 yang telah mengungkapkan bahawa masyarakat Orang Asli ini sebagai kumpulan manusia yang sangat rendah tahap tamadunnya serta tidak mengamalkan sebarang agama. Mereka juga tidak mempunyai sebarang bentuk kerajaan, malahan mereka hanya memiliki naluri dan keinginan haiwan. Apabila mereka ditemui, mereka akan ditangkap oleh orang melayu dan akan dipasungkan sperti monyet. Selain itu, lapaoran R.J.Wilkinson 1920 menceritakan mengenai Orang Asli pada pandangan seorang pentadbir British iaitu Orang Asli dilihat sebagai kumpulan manusia yang primitive yang wajat diajar cara-cara hidup moden dan bertamadun. Hal ini perlu dilaksanakan kerana manusia tersebut hidup dalam budata jahiliah dan kegelapan agama.
    Ahli antropologi telah mengatakan bahawa Orang Asli adalah objek kajian yang snagat menarik kerana mereka boleh digunakan untuk mendalami pengetahuan mengenai sejarah tamadun manuasia. Ringkasnya masyarakat Orang Asli selalu disalah anggap dan disalah faham. Akibatnya mereka terpaksa menghadapi pelbagai prejudis dan penindasan. Fenomena inilah yang telah menjadikan Orang Asli dan kaum pribumi terasing dan terpinggir (Bodley 1982).
    Dengan menggunakan asas-asas fizikal, linguistik dan tret-tret budaya sebagai criteria mengklasifikasikan kelompok manusia awal ini, maka ahli-ahli antropologimtelah Berjaya membahagiakn mereka kepada 3 kumpulan yang dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Penelitian tersebut telah membolehkan ahli-ahli antropologi membahagiakn setiap kumpulan Orang Asli kepada 6 sub-kumpulan etnik. Pembahagian tersebut telah diterima oleh Malaysia. Kumpulan Orang Asli Negrito terdiri daripada Kintak, Kensiu, Menriq, Bateq, Lanoh dan Jahai. Manakala kumpulan Orang Asli Senoi dipecahkan kepada Semai, Temiar, Jah Hut, Che Wong, Semaq Beri dan Mah Meri. Seterusnya kumpulan Orang Asli Melayu-Proto iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar dan Orang Kuala.




    PECAHAN KUMPULAN MASYARAKAT ORANG ASLI
    CARA HIDUP DAN RUPA BENTUK
    Berdasarkan keterangan sejarah, dipercayai kumpulan Negrito merupakan kumpulan Orang Asli yang terawal hadir ke rantau ini. Ahli-ahli antropologi berpendapat bahawa kumpulan tersebut telah sampai ke Malaysia sekitar 25 000 tahun yang lalu (Carey 1976: 13-23). Ramai daripada tinggalan keturunan tersebut masih meneruskan cara hidup nomadik ataupun separa-menetap. Kumpulan yang hidup begini boleh ditemui di kawasan pedalaman utara Semenanjung seperti di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang. Sebagai contoh, suku Bateq yang tinggal di kawasan Taman Negara masih meneruskan kegiatan hidup nomadik. Dari sudut bentuk badan, kaum Negrito adalah lebih kecil, mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang sangat kerinting berbanding kaum Orang Asli yang lain.
    Orang Senoi pula dipercayai merupakan kumpulan yang datang lebih kemudian. Mereka dikatakan telah hadir di sini sekitar 6000-8000 tahun yang lalu. Ramai di antara mereka mendiami kawasan-kawasan selatan dan barat daripada kawasan yang didiami oleh Orang Negrito. Kumpulan ini mengamalkan pertanian pindah dan ramai yang ada pada masa ini terlibat dengan pertanian wang seperti menanam getah dan kelapa sawit. Penglibatan mereka dalam aktibiti tersebut adalah akibat daripada usaha pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan. Kumpulan Senoi juga mempamerkan kepelbagaian dari sudut linguistik dan tahap perkembangan kebudayaan. Ini adalah akibat daripada proses interbreeding dan juga kontrak mereka dengan dunia luar. Dari segi paras rupa, mereka lebih memiliki ciri-ciri mongoloid, berkulit lebih cerah dan rambut hitam yang ikal (Carey 1976).
    Kumpulan Melayu-Proto dianggap sebagai kumpulan Orang Asli yang paling lewat sampai ke sini. Mereka dipercayai telah hadir di Malaysia sekitar 4000 tahun lalu, selepas kedatangan kumpulan Senoi. Kumpulan Melayu-Proto ramai ditemui di Kepulauan Sumatera. Kalau kumpulan Negrito dan Senoi tadi ramai yang didapati mendiami kawasan berbukit di daerah pendalaman, kumpulan Melayu-Proto pula ramai yang menghuni kawasan pantai. Melayu dikenali sebagai Melayu-Proto kerana ciri-ciri fizikal mereka yang lebih mirip kepada Orang Melayu. Malah mereka turut meniru adat dan gaya hidup Orang Melayu dan ramai di antara mereka menganut agama Islam.
    Ahli antropologi juga telah menyimpulkan bahawa mereka ini bukan dari kumpulan pribumi Melayu, kecuali kumpulan Orang Kuala dan dikenali sebagai kumpulan Dossin Dolak ataupun Duano. Orang Dossin Dolak menuturkan bahasa yang dikolompokkan ke dalam rumpun bahasa Mon-Khmer. Hal ini membuktikan bahawa terdapatnya hubungan masa lampau asal keturunan Orang Asli dengan penduduk di kawasan tanah besar Asia Tenggara ( Dentan 1997).

    PENGJUMLAHAN ORANG ASLI MENGIKUT KELOMPOK
    Antara ketiga-tiga kumpulan ini kumpulan Orang Senoi merupakan kumpulan yang terbesar. Mengikut unjuran yang diberikan oleh JHEOA, pada tahun 2000 yang lepas, kumpulan Orang Senoi berjumlah seramai 62 313 orang atau merupakan 53.66% daripada keseluruhan populasi masyarakat Orang Asli. Mereka ini ramai ditemui di Perak. Kumpulan Melayu-Proto pula merupakan kumpulan Orang Asli yang kedua terbesar selepas kumpulan Orang Senoi. Mereka dianggarkan mempunyai populasi seramai 50 223 orang atau 43.2% daripada populasi keseluruhan Orang Asli. Manakala kumpulan Negrito pula berjumlah seramai 3583 orang atau 3.095 sahaja.
    Mengikut penerangan yang diberikan oleh JHEOA lebih daripada 60% masyarakat Orang Asli masih tinggal di kawasan hutan dan pendalaman Semenanjung, manakala 40% lagi didapati menetap di kawasan pantai atau kawasan luar Bandar yang mudah dihubungi dari luar. Kedudukan sebegini dijangka akan berubah pada masa akan datang apabila pembangunan infrastruktur sampai kawasan kediaman Orang Asli. Dengan itu, lebih banyak perkampungan Orang Asli akan dapat dihubungi dan mereka juga akan mudah untuk berhubung dengan dunia luar, apabila kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan telefon berjaya dihubungkan ke perkampungan mereka.




    PENGKLASAN ATAU KLASIFIKASI ORANG ASLI
    Istilah Orang Asli yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang dibincangkan ini adalah merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Ia membawa kepada konotasi bahawa Orang Asli adalah orang asal atau orang yang terawal menduduki negara. Istilah ini juga merujuk kepada kaum yang masih belum maju dan membangun. Gelaran baru yang diberikan oleh kerajaan ini telah di terima oleh Orang Asli. Mereka telah menggunakannya kepada diri mereka sendiri secara kolektif, merangkumi seluruh kelompok etnik Orang Asli kerana sebelum ini mereka digelar sebagai Orang Sakai, Semang, Orang Darat dan Pangan.
    Dari sudut Perlembagaan Persekutuan masyarakat Orang Asli tidak ditakrifkan sebagai bumiputera. Mengikut artikel 160(2) dalam Prlembagaan Persekutuan Orang Asli hanya ditakrifkan sebagai Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu. Dalam pentadbiran pula, masyarakat Orang Asli telah disediakan dengan ‘AKTA 134 AKTA ORANG ASLI’ yang diguna pakai sebagai garis panduan hal ehwal kehidupan mereka.
    Dari sudut ekonomi, pencapaian masyarakat Orang Asli tertinggal jauh di belakang. Mengikut laporan bancian JHEOA pada tahun 2000 sebanyak 85.7% penduduk Orang Asli masih berpendapat RM350 atau kurang sebulan. Majority mereka berada pada paras kemiskinan. Kadar pendapatan mereka yang rendah telah menyebabkan taraf kehidupan mereka menjadi rendah berbanding dengan pencapaian taraf hidup warga Malaysia. Akibat daripada kemiskinan yang dialami telah menyebabkan tahap pendidikan mereka sentiasa mundur. Kebanyakan Orang Asli ialah buta huruf, hanya berpendidikan rendah dan tidak menamatkan pengajian sekolah rendah sepenuhnya.
    Akibat daripada kemiskinan dan kemunduran yang dialami serta kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada hutan senata-mata telah menyebabkan mereka di anggap masyarakat yang primitive, tidak bertamadun dan tidak beragama. Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya salah anggap yang mengakibatkan mereka disalah fahami oleh pemerintah dan pengkaji. Masyarakat tersebut terpaksa menghadapi pelbagai prejudis dan tekanan oleh kumpulan masyarakat lain yang lebih dominan. Fenomena inilah yang antara lain telah menjadikan kaum peribumi terasing dan terpinggir malah ada yang tertindas (Bodley 1982).
    HUBUNGAN ORANG ASLI DENGAN ORANG MELAYU
    Hubungan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat Malaysia khususnya adalah satu hubungan yang sensitif. Orang Melayu telah mengelarkan Orang Asli dengan panggilan Sakai. Istilah tersebut menpunyai konotasi menghina. Gelaran atau nama yang menghina digunakan telah menjelaskan ciri-ciri hubungan sosial antara kedua-dua kumpulan kaum ini. Perkataan Sakai hamper sama maksudnya dengan istilah Savage dalam bahasa Inggeris. Penggunaannya kepada sesuatu kelompok manusia membawa konotasi bahawa manusia tersebut hidup dalam budaya amat rendah, hamper sama dengan kehidupan haiwan. Bagi orang Melayu gelaran Sakai itu telah menggambarkan keadaan hidup manusia separa haiwan.
    Kamus Dewan (1986) telah memberikan takrifan yang lebih sederhana mengenai istilah Sakai yang membawa maksud sebagai orang suruhan, hamba dan pengikut. Dalam tulisan sastera klasik tidak terdapat situasi dimana istilah Sakai digunakan oleh penulis untuk merujuk kepada hamba, orang suruhan dan pengikut. Kehidupan masa ini, perkatan Sakai digunakan oleh orang Melayu untuk menunjukkan situasi marah untuk menghina seseorang tentang netapa bodoh, mundur, tidak berepengetahuan serta tidak bertamadunnya Orang Asli. Orang Asli tidak mengelarkan diri mereka sebagai orang Sakai sebaliknya dengan gelaran Sen-oi atau Semaa’ yang bermaksud manusia. Mengikut laporan Birch (1874), Residen Perak yang pertama, Orang Asli telah diburu dan dijadikan hamba, dan jika berlaku sebarang pembunuhan terhadap Orang Asli, orang itu tidak akan di ambil sebarang tindakan.
    Dalam Undang-Undang Negeri Perak, istilah Sakai diletakkan bersebelahan dengan hamba, hamba berhutang dan biduanda (Maxwell 1890). Sakai tidak merujuk kepada hamba tetapi merujuk kepada kumpulan manusia yang dilindungi oleh Raja ataupun Orang Besar. Undang-undang melarang mereka yang mengambil Orang Asli tanpa kebenaran daripada orang yang melindunginya ataumoran yang memilikinya. Disini kit adapt simpulkan bahawa Orang Asli telah mempunyai hubungan yang lama dengan Orang Melayu. Malah bukti telah menunjukkan bahawa ramai orang Melayu hari ini memiliki darah Orang Asli mengalir dalam tubuh mereka. Misalnya Swift (1965) dan Baharon (1974) telah menyatakan bahawa hubungan istimewa antara Orang Temuan yang dianggap sebagai waris dalam denga Orang Melayu yang menjadi waris di luar di Negeri Sembilan.
    KEHIDUPAN ORANG ASLI SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
    Peristiwa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941-1945 telah membawa perubahan dan kesan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli. Dengan kembalinya Kerajaan British untuk menguasai semula pemerintahan di Semenanjung, mereka tealah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk menangani masalah yang sedang berlaku opada ketika itu. JHEOA bertanggungjawab sebagai menangani semula hati Orang Asli supaya kembali memihak kepada Kerajaan British. Hanya tindakan PKM dapat dibatasi dan dilumpuhkan. Akta Orang Asli telah diperkenalkan pada tahun 1954. Kerajaan British bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Orang Asli dan mereka di beri hak untuk memilih cara hidup sendiri.
    Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, Akta 134 telah dipinda supaya pengurusan msayarakat Orang Asli dapat diperbaiki. Akta ini terus kekal menjadi rangka rujukan pentadbiran harian Orang Asli sampai ke hari ini. Bagi melicinkan dan mengemaskan lagi tugas JHEOA satu garis panduan pentadbiran yang dikenali senagai Statement of Policy Regarding The Administration of The Aborriginal Peoples of The Federation of Malaya telah dibentangkan dala tahun 1961. Garis panduan tersebut telah menekankan beberapa aspek iaitu:
     Membolehkan Orang asli mendapatkan kesamaan dari hak dan peluang yang diizinkan oleh undang- undang kepada sector komuniti warga Malaysia yang lain.
     Oleh sebab Orang Asli mundur dari segi ekonomi maka mereka sewajarnya diberikan bantuan dalam bidang kesihatan, pembangunan ekonomi dan sosial.
     Orang Asli juga sepatutnya digalakkan berintegrasi dengan masyarakat Malaysia.
     Hak Orang Asli terhadap kawasan tradisi hendaklah diiktiraf dan mereka tidak sepatutnya dikeluarkan daripada kawasan kediaman tanpa kerelaan dan persetujuan mereka sendiri.
    Kerajaan Malaysia menampakkan kesungguhan untuk membantu membantu membangun di samping melindungi hak dan cara hidup tradisi Orang Asli. Dasar ini bermatlamat menbawa perubahan dan kemajuan dalam kehidupan Orang Asli, khususnya dari segi menyediakan peluang dan hak kesamaa dengan warga Malaysia yang lain dari segi ekonomi, kesihatan dan sosial.

    STATUS MASYARAKAT ORANG ASLI MASA KINI
    Dalam laporan Rancangan Pembangunan Malaysia Ketujuh misalnya menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli masih merupakan kumpulan masyarakat yang termiskin di negara ini. Hasan (2000) juga telah melaporkan bahawa mengikut unjuran yang dibuat oleh JHEOA pada tahun 1994 yang lalu 97% daripada jumlah penduduk Orang Asli mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM350. Sementara itu 7.9% keta isi rumah tidak mempunyai pekerjaan, 30.6% masih bekerja memungut hasil hutan dan 9.1% tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Jika kita teliti dengan mendalam perangkaan ini, didapati lebih daripada 47% Orang Asli masih hidup dalam belenggu kemiskinan yang amat sangat. Mereka masih bergantung kepada sumber hutan yang sedang menghadapi kepupusan.
    Wan Zawawi Ibrahin (1996) menyatakan masyarakat ini masih lagi belum mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang berhubung dengan tanah saka ynag mereka warisi. Banyak projek pembangunan sejak akhir ini telah melibatkan kawasan kediaman ataupun tempat tinggal mereka malah telah menjejaskan kebun-kebun mereka dan pendapatan mereka. Kerana pembangunan itu lebih diperlukan Orang Asli telah disuruh berpindah ketempat lain walaupun ada dalam kalangan mereka pergi tanpa kerelaan.
    Orang Asli yang boleh diperintahkan pindah keluar kemana-mana kawasan yang mereka diami dengan syarat pampasan diberikan kepada mereka yang terlibat. Mengikut Akta tersebut pampasan hanya dibayar berdasarkan nilai tanaman yang mereka miliki dan tanah mereka yang diambil tidak diberikan penilaian. Keadaan yang begini memberikan gambaran bahawa Orang Asli tidak memiliki hak atau berkuasa ke atas tanah yang mereka usahakan (Hasan 1996). Paras pendidikan yang rendah telah menjadi penghalang untuk membolehkan mereka menceburkan diri dalam sector ekonomi moden. Hal-hal yang begini menutup peluang mereka untuk membaiki taraf kehidupan serta menebus harga diri mereka di samping dapat bersepadu secara lebih bermakna ke dalam masyarakat arus perdana.



    SISTEM AGAMA MASYARAKAT ORANG ASLI
    Orang Asli umumnya menganut fahaman animism Sari pati kepada sistem kepercayaan animism ialah, masyarakat tersebut mempercayai bahawa ini dan juga benda-benda yang terdapat didalamnya mempunyai semangat. Di samping itu, mereka juga percaya selain daripada semangat itu, terdapat pula makhluk-makhluk ghaib yang baik dan jahat sifatnya. Makhluk ghain yang baik ini dapat dimanfaatkan untuk membantu manusia mengatasi kesusahan dan kesulitan dirinya, manakala makhluk jahat pula sentiasa mencari peluang untuk menganggu manusia. Makhluk ghaib ini juga dikatakan telah menentukan cara bertingkah laku baik dan betul. Jika perbuatan atau tingkah laku seseorang itu melanggar kebiasaan dipercayai makhluk ghaib itu sendiri akan menghukumnya.
    Oleh kerana demikian pandang dunia mereka, maka sebarang tindaj tanduk mereka harus mengambil kira kesannya kepada makhluk ghaib ini. Seseorang itu dianggap bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Sebarang kecelakaan atau padah akibat perbuantannya yang didatangkan oleh makhluk ghaib, bukan sahaja boleh menimpa dirinya sendiri tetapi juga seluruh anggota komunitinya. Oleh itu, ahli-ahli dalam masyarakat mereka sangat prihatin kepad tingkah laku mereka. Mereka tidak mahi komuniti mereka menanggung bencana akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Jika seseorang Orang Asli sengaja melanggar pantang larang yang terdapat dalam system kepercayaannya, beliau seolah-olah telah mengundang bencana yang boleh membinasajan dirinya ataupun menghapuskan mereka seluruhnya.
    Oleh kerana takut akan akibatnya, biasanya Orang Asli akan patuh kepada adat dan kepercayaan mereka. Lantaran itu, mereka tidak akan memberikan kerjasama dan tidak mengelak daripada menyertai sebarang upacara agama yang dijalankan, kecuali jika seseorang itu sudah nekad untuk merosakkan hubungannya dengan anggota komunitinya dan juga ingin menghancurkan perlindungan yang dijamin oleh komuniti terhadap dirinya. Biasanya mereka hanya akan melakukan upacara-upacara amal yang mereka lakukan sangat berkait dengan kegiatan hidup mereka seharian seperti kegiatan ekonomi, perubatan, kelahiran dan kematian. Dengan upacara yang mereka lakukan telah mengukuhkan hubungan saling bergantungan antara mereka dan lebih mementingkan kesejahteraan kelompok yang disemai.
    Oleh sebab itu, system kepercayaan Orang Asli ini sangat bergantung kepada tradisi lisan, maka terdapat keluwesan dalam kandungan mitos yang disebarkan dan juga dalam pola amalan yang mereka lakukan. Pengetahuan mengenai mitos dan amalan agama yang dipraktikan oleh sesuatu kelompok etnik, turut diwarnai oleh amalan dari kelompok etnik Orang Asli lain. Penyebaran amalan sedemikian boleh terjadi kerana berlakunya perkahwinan campur dan interaksi sosial antara kelompok-kelompok etnik Orang Asli. Di samping itu, pengetahuan dan amalan dari kumpulan lain turut diserap malalui proses yang sama. Dengan cara ini, amalan yang sedia da telah digembelingkan dengan maklumat-maklumat baru dan dimodifikasikan supaya sesuai dengan mitos dan amalan yang dipraktikkan dalam sesuatu kelompok etnik.
    Dapat dirumuskan bahawa, setidak-tidaknya agama yang mereka amalkan itu mempunyai dua fungsi. Pada paras spiritual, sistem kepercayaan yang mereka anuti dapat menyediakan satu kerangka ideologi yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan yang konstruktif dengan kuasa-kuasa alam yang berada di luar kawalan mereka sendiri. Namun begitu, kemurnian sistem kepercayaan mereka iaitu animisme Orang Asli tidak bertahan lama kerana apabila berlaku kontaks dengan budaya dari luar, pengaruh-pengaruh agama besar seperti Islam dan Kristian mula menular ke dalam kehidupan mereka.
    Antara kampung yang dipilih bagi penempatan Orang Asli di Perak ialah salah satunya di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng , Perak. Kampung ini dipilih kerana penduduknya telah memeluk agama Kristian sejak lebih 25 tahun. Kampong ini juga telah melahirkan tokoh mubaligh Kristian iaitu Bah Rahu dan sebagai kubu penganut agama Kristian Methodist di Perak. Kampung ini merupakan perkampungan Orang Semai dan kesemua penduduknya menganut agama Kristian mazhab Methodist. Kedudukan kampung ini ialah sekitar estet getah dan tanah berhutan. Jalan ke kampung ini sempit dan berliku-liku serta berbukit-bukit tetapi tidak rata dan tidak di turap dengan tar. Kawasan Geruntum pernah dijadikan sebagai tapak perkuburan. Selain itu masyarakatnya menjalan kegiatan ekonomi membuka lading, menanam pokok buah-buahan serta membina rumah-rumah di kawasan yang dipercayai tidak meganggu roh yang ditanam di kawasan tersebut. Terdapat kemudahan sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Geruntum yang mengandungi 4 bilik sahaja. Selain itu kemudahan perubatan dan bangunan untuk dijadikan gereja sebagai tempat ibadat mereka pada hujung minggu selama 2-3 jam pada setiap minggu tidak kira lelaki atau perempuan.
    PERAYAAN ORANG ASLI PERAK
    PERAYAAN JIS PAI
    Setiap bangsa di Malaysia, mahupun di dunia ini mempunyai budaya, adat resam, pantang larang dan system perayaan yang tersendiri. Sambutan perayaan masyarakat Orang Asli ini mempunyai pelbagai nama dan disambut pada tarikh yang berbeza-beza. Kesemua sambutan perayaan ini pada kebiasaannya berkait rapat dengan tujuan untuk menunjukkan rasa syukur keatas hasil rezeki dan kesihatan yang baik yang telah dikecapi pada musim-musim berkenaan.upacara kesyukuran ini dikaitkan dengan sambutan hasil menuai padi dan buah-buahan. Di Perak sambutan perayaan ini berbeza-beza tarikhnya mengikut kawasan iaitu dari bulan Disember hingga Mac setiap tahun dengan nama yang berlainan iaitu ‘ngenggulung’ atau ‘genggulang’ ‘taut pai’ ‘bak pai’ ‘jis breg’ dan sebagainya. Suatu usaha telah dijalankan oleh Yayasan Orang Asli Perak dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia untuk menyelaraskan nama dan tarikh perayaan-perayaan tersebut yang pada akhirnya dinamakan ‘Jis Pai’ yang disambut pada 31 Disember pada setiap tahun.
    LATAR BELAKANG
    Konsep perayaan ‘Jis Pai’ ini adalah sama dengan konsep sambutan Pesta Keamatan di Sabah, Hari Gawai di Sarawak dan konsep Tahun Baru Cina bagi kaum China. Pada asalnya nama Genggulang diambil sebagai nama perayaan Orang Asli Perak hasil daripada perjumpaan Tok-Tok Penghulu, Tok-Tok Batin dan pemimpin Orang Asli seluruh Perak yang diadakan pada 1 Januari 2000 bertempat di YMCA Ipoh. Tarikh perayaan Ngenggulang telah diputuskan pada hari Sabtu minggu terakhir bulan Februari. Nama Genggulang dalam istilah Semai berkait rapat dengan amalan tradisi nenek moyang yang memuja roh penjaga dan penunggu untuk membersih dan melindungi kampong daripada gangguan syaitan, hantu dan makhluk halus. Nama Genggulang telah memberikan pengertian dengan pemujaan, maka tidak mendapat sambutan menyeluruh daripada masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam dan Kristian. Pada 22 Jun 2003 satu perjumpaan oleh pemimpin-pemimpin Orang Asli dab Tok-Tok Batin yang memutuskan nama perayaan tersebut sebagai ‘Jis Pai’. Tujuan utama perayaan ini diadakan ialah untuk menyatupadukan suku kaum Orang Asli.


    PERAYAAN ‘JIS PAI’
    Jis Pai adalah bermaksud ‘Hari Baru’ dalam bahasa suku kaum Semai. Perayaan ini menjadi simbolik satu keazaman untuk semanagt baru, harapan baru dan matlamat baru yang lebih baik daripada sebelumnya untuk dicapai dan ditempuhi oleh setiap individu atau keluarga dalam masyarakat pribumi Orang Asli di Perak tanpa mengira suku kaum dan agama. Bagi masyarakat Orang Asli yang menyambut kedatangan Jis Pai, setiap keluarga akan mengadakan rumah terbuka yang akan dikunjungioleh sanak saudara kluarga dan sahabat handai. Jaudah makanan yang istimewa dan kuih-muih tradisional dan moden akan dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung. Seperti sambutan perayaan-perayaan suku kaum lain setiap keluarga akan memulakan pakaian mereka dengan memakai pakaian baru dan cantik pada pagi perayaan. Kebiasaannya setiap keluarga akan berkumpul iaitu dirumah ketua keluarga untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing sambil mengadakan perbincangan keluarga dan saling kemaafan antara satu sma lain. Kemuncak perayaan ini adalah pada sebelah malam kerana suatu pesta yang mempunyai beberapa acara sambutan secara tradisional seperti tarian sewang dan acara moden seperti tarian ronggeng akan diadakan untuk menghiburklan masyarakat.





    PERKAHWINAN ORANG ASLI PERAK
    Perkahwinan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud suatu ikatan, pergabungan atau pertalian. Bagi masyarakat Semai, istilah perkahwinan bermaksud suatu situasi yang mengesahkan atau membenarkan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan untuk melahirkan zuriat yang sah mengikut adat masyarakat Semai. Contohnya amalan ini masih diamalkan di Gopeng, Kampar, Chenderiang, Tapah, Cenderung, Balai, Sungai Keroh, Tanjung Tualang, Bidor, Langkap, Parit, Bota Kuala Kangsar, Slim River dan Tanjung Malim.
    ADAT RESAM
    Dalam masyarakat pribumi Orang Asli Semai atau Seng-oi dalam bahasa Semai, adat resam merupakan suatu peraturan budaya yang menjadi pegangan kuat dan dipatuhi oleh mereka. Adat resam dipraktikan oleh masyarakat ini dalam kehidupan mereka. Selain itu, system adat resam ini menjadi panduan perjalanan hidup bagi masyarakat Semai. Perkara-perkara yang berkaitan dengan adat resam masyarakat Semai ialah:
    1. Adat istiadat keluarga, adat resam hal nikah kahwin dan cerai ungkai.
    2. Dusun dasan.
    3. Pinjam meminjam.
    4. Pawing.
    5. Berladang.
    6. Perubatan dengan bomoh.
    7. Pantang larang.
    8. Kematian.
    9. Anak baru lahir.
    10. Bidan.
    11. Keampunan.
    ADAT ISTIADAT KELUARGA
    Adat istiadat keluarga dibuat untuk melindungi golongan perempuan didalam masyarakat Semai. Ini kerana golongan perempuan dianggap suatu yang berharga seperti niali barang emas. Golongan perempuan yang tertua dalam sesebuah keluarga digelar Mas. Bagi golongan lelaki pula digelat sebagai Wali. Mereka ini bertanggungjawab keatas urusan keluarga bagi mengawal dan mempertahankan nama baik daripada tercemar dan dipandang hina oleh orang lain. Contohnya masyarakat Semai sangta menghormati golongan wanita dan mereka percaya bahawa anak perempuan dalam sebuah keluarga harus dikawal ketat menerusi pengawasan, teguran, nasihat, didikan. Anak gadis yang telah mencapai umur 12 tahun sudah tertakluk kepada adat tersebut. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada mereka bahawa mereka telah sampai kepada umur belasan tahun dan menuju remaja.
    ADAT RESAM HAL NIKAH KAHWIN
    Adat ini bermula pada pasangan bertemu jodoh, membuat satu perjanjian antara mereka dan mereka akn bertukar barangan. Contohnya perempuan memberikan cincin dan lelaki memberikan ranatu ataupun jam tangan. Sekirannya mereka bersetuju barang tersebut akan menjadi bukti yang akan ditunjukkan kepada keluarga masing-masing pasal hubungan mereka. Selepas semuanya setuju Mas akan mengarahkan lelaki tersebut datang bermalam secara sulit tanpa pengetahuan sesiapa selama tiga malam.
    KELAYAKAN JANTINA
    Adat masyarakat Semai tidak banyak bezanya dengan adat masyarakat lain terutamanya kelayakan jantina bagi sesebuah perkahwinan. Masyarakat Semai hanya mengiktirafkan perkahwinana antara pasangan lelaki dan perempuan sahaja. Perkahwinana yang sama jantina dengan pasanagn dwi-jantina adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali. Sebelum sesuatu perkahwinan dilangsungkan masyarakat Semai amat menitikberatkan syarat bertemu jodoh kerana ianya menjadi asas kepada perkahwinan. Terdapat 3 syarat-syarat untuk bertemu jodoh iaitu:
    1. Perkahwinan yang dilarang keras
     Pasangan adik beradik atau anak dengan ibu bapa.
     Adik beradik bapa(pak cik atau makcik) dengan anak saudara mereka.
     Pasangan lelaki dan pasangan perempuan yang ada hubungan sepupu yang selari.
     Seseorang lelaki yang telah berkahwin tidak dibenarkan berkahwin dengan kakak ipar atau adik ipar semasa ada talian dengan kaum keluargannya.
     Lelaki yang berkahwin tidak dibenarkan berkahwin dengan mak mertua dan sebaliknya.
     Seorang perempuan yang mempunyai suami tidak boleh berkahwin lain kecuali sudah bercerai.
    2. Perkahwinan yang sangat tidak digalakkan
     Pasangan lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sepupu silang atau adik beradk ibu (pakcik atau makcik) berkahwin dengan anak saudara mereka.
    3. Perkahwinan yang dibenarkan
     Terutama pasangan yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah.
    4. Poligami
     Poligami tidak digalakkan oleh masyarakat Semai.
     Walaupun terjadi hanya perlu persetujuan dari Penghulu dan Tok-Tok Batin serta Ketua Orang Asli.
     Sama sekali tidak dibenarkan kepada golongan perempuan.

    ADAT DAN CARA PERKAHWINAN
    Kelayakan umur minima untuk berkahwin bagi lelaki adalah 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan. Kebiasaannya mereka akan memilih pasangannya sendiri atau pilihan keluarga. Terdapat pelbagai proses sebalum perkahwinan berlangsung iaitu:
    Adat Merisik
    Adat Meminang
    Tanggung Nafkah
    Semasa Bertunang
    Hari Berkahwin
    Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan
    Istiadat Berarak
    Merenjis Atau Menabur Bertih
    Memohon Tanda
    Upacara Bersanding
    Menyembah (Menerima Nasihat)
    Upacara Penyatuan
    KERAMAIAN SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN
    Pada masa dahulu majlis keramaian sempena majlis perkahwinan yang dijalankan secara adat pertunangan ini diraikan selama 3 hari 3 malam. Pada hari pertama ini juga biasanya diadakan majlis bersanding secara berasingan di antara pengantin lelaki dan perempuan. Pada hari kedua pula dimana majlis persandingan raja sehari dijalankan. Manakala pada hari ketiga pula dinamakan majlis keraian ‘sapu lantai’ atau ‘panes gerei’ yang menandakan hari penutup majlis keraian perkahwinan berkenaan. ‘Sapu lantai’ dan ‘panes gerei’ bermaksud membersihkan segala kekotoran termasuk menghabiskan segala saki baki makanan.
    CARA PERCERAIAN
    CERAI MATI
    Salah seorang daripada suami isteri telah meningal dunia. Penceraian ini tidak banyak melibatkan hokum adat kecuali tuntut balu dan pembahagian harta pusaka.
    CERAI HIDUP
    Merujuk kepada perpisahan pasangan suami isteri kerana sudah tidak sehaluan lagi dalam rumah tangga. Jenis penceraian ini lebih melibatkan hukuman-hukuman adat, iaitu sekiranya penceraian berpunca dari suami, beliau tidak perlu memulangkan belanja tubuh kepada isterinya tetapi akan di denda mengikut peruntukan adat yang lain. Selain itu berlaku sebaliknya jika penceraian yang brpunca daripada isterinya haruslah memulangkan semula Belanja Tubuh kepada suaminya.
    SYARAT SELEPAS PENCERAIAN
    Bekas suami dan isteri tidak dibenarkan berkahwin dengan pasanagn lain dalam tempoh tiga bulan selepas penceraian. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa serta semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang bercerai tidak boleh diputuskan. Sekiranya ada pihak yang cuba memutuskan hubungan tersebut maka ia akan didenda mengikut adat yang telah ditetapkan.
    HAK PENJAGAAN ANAK
    Anak-anak mestilah diberikan hak penjagaannya kepada ibu. Bapa adalah diwajibkan untuk menyara nafkah hidup anak-anak, menziarahi serta memberikan hiburan kepada anak-anak, membantu perbelanjaan anak-anak. Sekiranya ibu bapa bercerai anak-anak yang telah remaja bebas memilih sama ada untuk tinggal bersama ibunya ataupun bapanya dengan syarat mestilah adil kedua-dua pihak. Sebaliknya bagi anak-anak yang masih remaja hanya boleh melakukan perkara-perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua ibubapanya.










    KESIMPULAN
    Perkembangan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negara ini adalah merupakan satu fenomena yang sangat menarik. Pendekatan dan strategi yang digunakan oleh mubaligh Kristian begitu berkesan sekali. Malah pada masa kini kegiatan menyebarkan agama tersebut dalam kalangan masyarakat ini bukan sahaja dimainkan oleh mubaligh Methodist tetapi juga oleh kumpulan mubaligh dari mazhab Kristian yang pelbagai. Di samping itu, pendakwah agama-agama lain turut bergiat aktif memujuk ahli masyarakat Orang Asli supaya menerima ajaran agama yang mereka bawa. Antara kumpulan pendakwah itu termasuklah pendakwah agama Islam dan Bahai. Bentuk perubahan sosial yang akan berlaku bergantung kuat kepada keberkesanan kegiatan dakwah serta corak peneriamaan yang wujud dalam kalangan ahli masyarakat. Tidak kurang pentingnya perubahan dalam sistem kepercayaan perlu mendapat dokongan daripada kemajuan sosio-ekonomi. Kemantapan tahap kehidupan sosio-ekonomi akan dapat menjamin kejayaan peneriamaan dan pengekalan amalan agama yang diterima.
    Sehingga kini belum lagi terdapat tanda-tanda masyarakat Orang Asli menentang kegiatan dakwah dalam komuniti yang dikaji. Malah mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kehadiran komuniti tersebut. Pertama dari sudut menjaga kualiti kebersihan rumah dan kawasan kediaman didapati telah meningkat, khususnya dalam kalangan komuniti Kampung Ulu Geruntum. Kesedaran mereka terhadap kebersihan ini timbul akibat daripada selalu mendengar teguran dan nasihat yang di buat oleh penceramah agama tentang perlunya menjaga kebersihan diri dan kawasan kediaman mereka. Perubahan kegiatan ekonomi daripada mengamalkan ekonomi tradisional kepada bekerja ‘ makan gaji ’ seperti yang terdapat dalam huraian isi.
    Hal ini bukan sahaja telah meningkatkan kadar pendapatan mereka untuk membolehkan mereka membeli perabut dan alatan rumah tetapi telah membuka ruang minda mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar dan membuka peluang kepada mereka untuk meniru gaya hidup masyarakat luar. Perubahan gaya hidup ini telah mencerminkan satu paras kemajuan yang telah dicapai. Selain itu kesedaran mengenai politik. Ramai antara mereka sedar tentang nasib dan masa depan mereka. Kesedaran ini ialah perjuangan yang diketengahkan oleh pendakwah Kristian yang terdiri daripada individu Orang Asli sendiri. Dari pemerhatian yang dibuat, ibu bapa sangat mengalakkan anak-anak untuk bersekolah supaya dapt membaiki taraf hidup mereka.
    BIBLIOGRAFI
    Carey, I. (1976). Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. London, New York, Melbourne: Oxford University Press.
    Couillard, M. A. (1984). Tradition in Tension: Carving in a JAH HUT Comunity. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
    Dentan, R.K.(1976). Identity and Ethnic Contact in Perak, Malaysia in Intergroup Relations. Asian Scenes, I.King(eds): Journal of Asian Affairs 1(1).
    Durkheim, E.(1965). The Elementary Form of Religious Life. New York: Free Press.
    Endicott, K. (1979). Bateq Negrito Religion. New York: Oxford University Press.
    Nor, H. M. (2001). Salib dalam Komuniti Pinggiran . Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
    Sakeys. (1883). Perak et Less Orangs. Paris: Voyage.
    Schebesta, P. (1973). Among The Forest Dwarfs of Malaya. Singapore: Oxford University Press.
    Suki Mee.(2009). Orang Asli Perak: Perayaan Jis Paid an Adat Perkahwinan. Perak: Yayasan Orang Asli Perak.
  • nurul hidayah omar
    by nurul hidayah omar 1 year ago
    PENDAHULUAN


    Istilah Orang Asli yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang dibincangkan ini adalah merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Istilah ini membawa konotasi bahawa Orang Asli itu adalah orang asal atau orang yang awal menduduki negara ini. Di samping itu istilah ini juga merujuk kepada kaum yang masih belum maju dan membangun. Gelaran baru yang diberikan oleh Kerajaan ini telah diterima oleh Orang Asli sebagai label yang merujuk kepada kaum mereka sendiri tidak mempunyai istilah yang khusus untuk merujuk kepada kaum atau bangsa mereka sendiri. Dengan istilah tersebut mereka telah menggunakannya untuk merujuk kepada diri mereka secara kolektif, merangkumi seluruh kelompok etnik Orang Asli lain.
    Dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula masyarakat Orang Asli tidak ditakrifkan sebagai bumiputera. Mengikut artikel 160 (2) di dalam Perlembagaan Persekutuan “Orang Asli” hanya ditakrifkan sebagai Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu dan tidak disebutkan sebagai bumiputera untuk membolehkan mereka menikmati hak yang setaraf dengan kaum bumiputera yang lain. Malah dalam konteks pentadbiran juga, masyarakat Orang Asli telah disediakan dengan satu Akta yang dikenali sebagai ‘AKTA 134 Akta Orang Asli’ yang diguna pakai sebagai garis panduan untuk mentadbirkan hal ehwal kehidupan mereka
    Daripada penilitian sejarah mengenai manusia awal yang mendiami Semenanjung, telah disimpulkan bahawa komuniti manusia tersebut dipercayai datang dari Selatan Asia dan Indo-China (Skeat dan Blagden 1906, Schebesta 1928). Selanjutnya kajian yang lebih kemudian seperti yang dilakukan oleh Noone (1936) dan Carey ( 1976) pula berpendapat adalah lebih wajar melihat migrasi orang-orang awal telah berlaku secara beransur-ansur dan bertahap-tahap. Dalam proses yang begini lama mereka percaya telah berlaku interbreeding antara penduduk dan proses ini telah melahirkan hybrid yang baru dan berkembang sejajar dengan kumpulan migrant asal yang lebih tulen.
    Dengan menggunakan asas-asas fizikal, linguistik dan tret-tret budaya sebagai kriteria mengklasifikasikan kelompok manusia awal ini, maka ahli-ahli antropologi telah berjaya membahagikan mereka kepada tiga kumpulan. Kumpulan tersebut dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Ketiga-tiga kumpulan inilah yang menjadi komponen masyarakat Orang Asli di Malaysia hari ini. Penilitian yang lebih mendalam terhadap ketiga tiga kumpulan tersebut telah membolehkan ahli-ahli antropologi membahagikan setiap satu kumpulan Orang Asli kepada enam sub-kumpulan etnik. Pembahagian tersebut telah diterima pakai oleh Kerajaan Malaysia dalam mengklasifikasikan masyarakat Orang Asli.

    Kelompok Etnik Orang Asli di Malaysia
    Negrito Senoi Melayu-Proto
    Kintan Semai Temuan
    Kensiu Temiar Semelai
    Menriq Jah Hut Jakun
    Bateq Che Wong Orang Kanaq
    Lanoh Semoq Beri Orang Seletar
    Jahai Mah Beri Orang Kuala

    Berdasarkan kepada keterangan sejarah, dipercayai kumpulan Negrito merupakan kumpulan Orang Asli yang terawal hadir ke rantau ini. Ahli-ahli antropologi berpendapat bahawa kumpulan tersebut telah samapai ke sini sekitar 25, 000 tahun yang lalu (Carey 1976: 13-23). Ramai daripada tinggalan keturunan ini masih meneruskan cara hidup nomadik ataupun separa menetap. Kumpulan yang hidup begini boleh ditemui di kawasan pedalaman utara Semenanjung seperti di Kedah, Kelantan dan juga Pahang. Sebagai contoh, suku Bateq yang tinggal di kawasan Taman Negara masih meneruskan kegiatan hidup nomadik. Dari sudut bentuk badan, kaum Negrito adalah lebih kecil, mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang sangat kerinting berbanding kaum Orang Asli lain. Antara ketiga-tiga kumpulan ini, kumpulan Orang Senoi merupakan kumpulan yang terbesar. Mengikut unjuran yang diberikan oleh JHEOA pada tahun 2000 yang lepas, kumpulan Orang Senoi berjumlah seramai 62, 313 orang atau merupakan 53.66 peratus daripada keseluruhan populasi masyarakat Orang Asli dan mereka ini terdapat banyak ditemui di negeri Perak dan Pahang. Orang Asli yang akan saya usulkan ialah mengenai Orang Asli yang terdapat di Pahang.











    MASYARAKAT ORANG ASLI DI PAHANG

    I. Semelai
    'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.
    II. Bateq
    Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
    Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang.
    III. Semoi
    Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
    IV. Semoq Beri
    Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
    Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang.
    V. Jahut
    Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.


    VI. Che Wong
    Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.


    AGAMA


    Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada bermacam-macam kelompok yang mempunyai bahasa, adat dan rupa paras serta tahap pencapaian tamadun yang berbeza. Berdasarkan perbezaan ini, umumnya ahli-ahli antropologi telah mengklasifikasikan masyarakat Orang Asli kepada 18 kumpulan etnik. Perbezaan antara mereka tidak terhenti di situ sahaja dan mereka ini terbahagi pula kepada beberapa kelompok agama. Kadang-kadang di dalam sebuah kampung yang kecil, kita dapati ada ahlinya yang mengamalkan agama tradisi, ada yang menganut agama Islam dan ada pula yang menganut agam Kristian.
    Untuk menghuraikan sistem agama masyarakat Orang Asli ini secara umum kita akan cuba melihat rol dan fungsi agama itu dalam kehidupan seharian masyarakat tersebut. Seperti yang telah disebutkan awal tadi masyarakat Orang Asli umumnya menganut fahaman animisme Sari Pati kepada sistem kepercayaan animisme ialah, masyarakat tersebut mempercayai bahawa alam ini dan juga benda-benda yang terdapat di dalamnya mempunyai semangat. Di samping itu, mereka juga percaya selain daripada semangat itu terdapat pula makhluk-makhluk ghaib yang baik dan jahat sifatnya. Makhluk yang baik ini dapat dimanfaatkan utnuk membantu manusia mengatasi kesusahan dan kesulitan dirinya, manakala makhluk ghaib yang jahat sentiasa mencari peluang untuk menggangu manusia.
    Oleh kerana demikian pandang dunia mereka, maka sebarang tindak tanduk individu harus mengambil kira kesannya kepada makhluk ghaib ini. Seseorang itu dianggap bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Sebarang kecelakaan atau padah akibat perbuatannya yang didatangkan oleh makhluk ghaib, bukan sahaja boleh menimpa dirinya sendiri tetapi juga seluruh anggota komunitinya. Oleh hal yang demikian ahli-ahli dalam masyarakat Orang Asli sangat prihatin kepada tingkah laku mereka. Jika seseorang Orang Asli sengaja melanggar pantang larang yang terdapat dalam sistem kepercayaannya, beliau seolah-olah mengundang bencana yang boleh membinasakan dirinya ataupun menghapuskan mereka seluruhnya. Oleh kerana takut kepada akibat daripada perbuatan melanggar pantang, biasanya Orang Asli akan patuh kepada adat dan kepercayaan mereka. Lantaran itu mereka tidak akan memberikan kerjasama dan tidak mengelak daripada menyertai sebarang upacara agama yang dijalankan, kecuali jika seseorang itu sudah bertekad merosakkan hubungannya dengan anggota komunitinya dan juga ingin menghancurkan perlindungan yang dijamin oleh komuniti terhadap dirinya.
    Sistem agama animisme yang menjadi amalan masyarakat Orang Asli tidak mempunyai sistem dogma yang formal dan tidak juga mempunyai sebarang bentuk perlembagaan yang dimanifestasikan sama ada di dalam kesenian atau dalam kitab. Apa yang mereka miliki hanyalah tradisi lisan yang diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi lain. Ahli masyarakat mempelajari sistem kepercayaan itu melalui penglibatan dalam upacara-upacara yang dikendalikan oleh komuniti mereka sendiri dan juga melalui pemerhatian serta mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh orang yang lebih tua, khusunya halaaq (bomoh atau pawing) yang terdapat dalam komuniti itu.
    Ghalibya upacara perubatan yang diamalkan oleh sesebuah komuniti itu merupakan peristiwa yang berperanan mendokong kelanjutan sistem kepercayaan mereka. Biasanya cerita-cerita mengenai semangat dan makhluk halus, yang merupakan mitos dalam masyarakat dijadikan perbualan ketika upacara perubatan diadakan. Melalui proses inilah golongan generasi muda berpeluang menghayati sistem kepercayaan itu dan melanjutkannya sebagai kepercayaan tradisi mereka.
    Oleh sebab sistem kepercayaan Orang Asli ini sangat bergantung kepada tradisi lisan, maka terdapat keluasan dalam kandungan mitos yang disebarkan dan juga dalam pola amalan yang mereka lakukan. Pengetahuan mengenai mitos dan amalan agama yang dipraktikkan oleh sesuatu kelompok etnik Orang Asli lain. Peyebaran amalan sedemikian boleh terjadi kerana berlakunya perkahwinan campur dan interaksi sosial antara kelompok-kelompok etnik Orang Asli. Di samping itu juga pengetahuan dan amalan dari kumpulan lain turut diserap melalui proses yang sama. Dengan cara begini mitos dan amalan yang sedia ada dalam masyarakat itu digembelingkan pula dengan maklumat-maklumat baru dan dimodifikasi supaya sesuai dengan mitos dan amalan yang dipraktik di dalam sesuatu kelompok itu.
    Sebagai rumusan dapat disimpulkan, setidak-tidaknya agama mereka amalkan itu mempunyai dua fungsi. Pada paras spritiual, sistem kepercayaan yang mereka anuti dapat menyediakan satu kerangka ideologi yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan yang konstruktif dengan kuasa-kuasa alam yang berada di luar kawalan mereka sendiri. Pada masa yang sama ia membolehkan mereka mempengaruhi alam untuk tujuan kewujudan mereka. Pada paras sosial pula sistem kepercayaan itu telah dapat meyepadukan kelompok mereka serta memberikan identiti disamping menjamin proses kelanjutan warisan budaya mereka diteruskan. Namun begitu kemurniaan sistem kepercayaan animisme masyarakat Orang Asli tidak bertahan lama, kerana apabila berlaku kontaks dengan budaya dari luar, pengaruh-pengaruh agama besar seperti Islam dan Kristian mula menular ke dalam kehidupan mereka.


    EKONOMI

    Dari sudut ekonomi juga didapati pencapaian masyarakat Orang Asli tertinggal jauh di belakang. Mengikut laporan banci JHEOA pada tahun 2000, sebanyak 85.7 peratus penduduk Orang Asli masih memperoleh pendapatan RM 350 atau kurang sebulan. Ini menunjukkan bahawa majoriti ahli masyarakat Orang Asli berada di bawah kemiskinan. Daripada peratusan tersebut sejumlah 56.6 peratus masyarakat Orang Asli tergolong dalam kumpulan penduduk termiskin. Jika dibandingkan dengan warga Malaysia termiskin yang tinggal di luar Bandar didapati hanya 2.4 peratus sahaja yang tergolong sebagai warga termiskin.
    Kadar kemiskinan mereka yang terendah telah menyebabkan taraf hidup mereka juga menjadi rendah berbanding dengan pencapaian taraf hidup majoriti warga Malaysia yang lain. Akibat daripada kemiskinan yang dialami dan tahap hidup yang rendah, masyarakat Orang Asli juga gagal mencapai tahap pendidikan yang memuaskan. Statistik daripada bancian JHEOA 2000 menunjukkan sejumlah 49.2 peratus ahli masyarakat Orang Asli adalah buta huruf, sementara 38.5 peratus hanya berjaya menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja dan majoriti daripada mereka tidak pun menamatkan pendidikan di sekolah rendah sepenuhnya.
    Akibat daripada kemiskinan dan kemunduran yang dialami, serta kehidupan mereka yang bergantung kepada hutan mereka terus dilihat sebagai kumpulan primitif, tidak bertamadun, tidak beragama. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya salah anggap yang mengakibatkan mereka disalah fahami oleh pemerintah dan pengkaji. Lantaran salah faham ini masyarakat tersebut terpaksa menghadapi berbagai prejudis dan tekanan oleh kumpulan masyarakat lain yang lebih dominan. Fenomena inilah yang antara lain telah menjadikan kaum peribumi terasing dan terpinggir malah ada yang terus ditindas (Bodley 1982).
    Kehidupan Orang Asli ini juga bergantung kepada hutan belantara, di mana mereka memperolehi berbagai jenis buah-buahan hutan, ubi, keladi, ikan darat dan binatang-binatang liar. Kegiatan memburu pada dasarnya dilakukan oeh kaum lelaki sahaja. Binatang seperti monyet, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang-binatang kecil yang lain diburu untuk makanan. Ini dilakukan dengan pelbagai cara, contohnya menyupit, memanah dan perangkap. Menangkap ikan merupakan kegiatan yang penting. Cara penangkapan ikan yang terkenal ialah lukah, kail, racun akar tuba, tombak, jaring dan dengan tangan kosong. Kegiatan atau aktiviti ini dilakukan oleh kaum lelaki juga perempuan.
    Bagi aktiviti berasaskan pertanian sara diri, mereka mengusahakan secara konsep berpindah setelah tanah tidak subur lagi untuk pertanian. Sistem ini dimulakan dengan membersihkan hutan untuk dijadikan tapak bercucuk tanam. Pokok-pokok besar serta semak samun dipotong lalu dibakar. Setelah dibiarkan tanah pada matahari selama tiga atau empat hari kerja menanam pun dimulakan. Ini diikuti dengan menanam berbagai jenis tanaman seperti padi huma, sekoi, ubi, pisang, keladi dan sayur-sayuran. Tapak ini kebiasaannya akan ditinggalkan selepas dua atau tiga tahun diusahakan. Ini kerana selepas tempoh tersebut tanah tidak lagi subur untuk tanaman seterusnya. Sebenarnya masa bukan faktor utama tanah menjadi tidak subur. Cara pemilihan jenis tanaman memberi kesan serta kurang pengetahuan menyuburkan tanah yang hanya dilakukan melalui pembakaran. Tapak yang baru akan dicari untuk menjalankan kegiatan yang diterangkan tadi.
    Dalam kalangan masyarakat Orang Asli, mereka ada juga melakukan aktiviti seperti bertukar bahan makanan dan keperluan-keperluan lain secara kongsi atau dinamakan ‘Sistem Barter’. Tidak terdapat sistem jual beli secara tunai. Sistem begini membantu menjalinkan kemesraaan yang lebih akrab dalam kalangan mereka. Aktiviti ketika masa lapangan ialah membaiki alat-alat memburu dan perkakas lain yang telah rosak.
    Dari sudut ini kita boleh melihat masyarakat Orang Asli Pos Betau. Pos Betau merupakan sebuah perkampungan masyarakat kaum asli dari suku kaum Semai yang terletak kira-kira 45 km dari pekan Kuala Lipis. Di Pos Betau ini sendiri terdapat kira-kira 18 buah perkampungan kecil orang asli yang saling bergantungan antara satu sama lain dan menggunakan kemudahan yang sama.
    Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Semoi, Kampung Sat, Kampung Meter, Kampung Lancang, Kampung Betau, Kampung Kabang, Kampung Samut, Kampung Tual, Kampung Jenang, Kampung Jerangkak, Kampung Kenip. Selain itu, Kampung Belida, Kampung Keraung 1, Kampung Keraung 2, Kampung Celang, Kampung Jelangak, Kampung Sarang dan Kampung Bertam juga berada di dalam kawasan Pos Betau.
    Kebanyakan penduduk di kampung ini masih lagi mengamalkan gaya hidup tradisional nenek moyang mereka dan aktiviti utama penduduk kampung ini ialah mencari hasil hutan seperti rotan, damar dan sebagainya. Kehidupan yang sederhana di sebuah perkampungan yang sangat bersih dan indah dengan dikelilingi kawasan flora dan fauna yang belum diterokai menjadi satu daya tarikan yang sangat unik selain keramahan penduduknya. Pos Betau juga terkenal dengan dusun buah-buahan tempatan. Pokok buah-buahan ini kebiasaannya ditanam di kawasan perumahan dan kawasan sekitar. Antara yang menjadi tanaman utama ialah buah durian. Apabila tiba musim buah-buahan kawasan ini akan menjadi tumpuan masyarakat sekitar Daerah Kuala Lipis dan kawasan sekitar yang lain.






    KESIMPULAN
    Kesimpulannya, perubahan dari zaman ke zaman memperlihatkan perbezaan yang ketara terhadap masyarakat Orang Asli. Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli dahulu mereka ini lebih belakang tidak kira dari segi apa pun. Misalnya dari segi agama, mereka hanya mempercayai semangat animisme dan menyembah seperti hujan, matahari yang dapat membantu mereka dalam aktiviti harian. Manakala masyarakat Orang Asli kini sudah mempunyai agama seperti Islam dan Kristian. Dari segi pendidikan pula masyarakatnya lebih maju dan sesetengahnya ada yang melanjutkan pelajatan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ini menunjukkan pemikiran mereka lebih terbuka bahawa pelajaran dapat mengubah kehidupan. Namun kelebihan yang terdapat pada Orang Asli ini mengenai selok belok dalam hutan memang tidak dapat disangkal lagi. Mereka ini juga mengetahui herba yang boleh ditemui di dalam hutan dan ini semua memerlukan khidmat Orang Asli.



    Bibliografi
    Carey, I. (1976). Orang Asli the aboriginal tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press London New York Melbourne.
    Couillard, M. A. (1980). Tradition in tension: Carving in a Jah Hui commuinty. Penang: USM.
    Gomes, A. G. (2004). Looking for money: Capitalism and modernity in an Orang Asli village. Subang Jaya: Center For Orang Asli Concerns Transpacific Press.
    Hasan Mat Nor (1947). Salib dalam komuniti pinggiran. Sabah: Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073 88999 Kota Kinabalu .
    Needham, R. (1984). Society and cosmos: Che Wong of Peninsular Malaysia. Singapore: Oxford University Press.
    Po, L. T. (2005). Changing Pathways forest degradation and the Batek of Pahang Malaysia. Petaling Jaya: Vinlin Press Sdn. Bhd.
    Schebesta, P. (1973). Among the forest dwarfs of Malaya. Singapore: Oxford University Press.
  • Nur Afida
    by Nur Afida 1 year ago
    Assalamualaikum Dr..senarai nama group kami..(group I kul 11-1)
    1)MOHD SABREE BIN ABU BAKAR
    2)MOHD ANWARRUDIN BIN ISMAIL
    3)MOHAMMAD ZURAIHAN BIN ABDULLAH
    4)BOB ZAKARIA BIN ROSLAN
    5)MOHD KHAIRUL HISYAM BIN MOHD SAAD
    6)NOOR SHIQAH BINTI MOHD SHARIF
    7)NUR AFIDA BINTI JAMAL
Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links