Kelebihan AL-QURAN
| Fri, May 29 2009 08:11pm MYT 1 |

Rahmat Khalil
35 Posts
|
Sememangnya konfem bg kita semua tau tentang kelebihan
Al-Quran..
tp adakah semata2 tau shj.????
Al –Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah
SWT. Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap dan mengatasi
kitab-kitab yang telah diturunkan terdahulu. Al-Quran akan
menjadi petunjuk, panduan dan syafaat kepada umat manusia,
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang diceritakan oleh Abu
Umamah R.A.:
"Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan
datang pada hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan
syafaat – yakni pertolongan kepada orang-orang yang
mempunyainya"
(RIWAYAT MUSLIM)
Antara kelebihan membaca Al-Quran lain yang telah diriwayatkan
daripada Hadis Rasulullah S.A.W. ialah:
-
Mu’adz
Bin Anas berkata, Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Siapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isinya (ajarannya)
maka Allah akan memberi kepada kedua ibu bapanya mahkota pada
hari kiamat yang bercahaya lebih terang daripada cahaya
matahari ke dalam rumah di dunia ini, maka bagaimanakah
dugaanmu terhadap orang yang berbuat itu sendiri?"
(RIWAYAT AHMAD)
-
‘Amir
Bin Syua’iab R.A. telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud:
"Jika seorang telah mengkhatamkan Al-Quran, maka dibacakan doa
oleh enam puluh ribu Malaikat ketika khatam itu."
(RIWAYAT ADDAILAMI)
-
Mas’ud
R.A. menceritakan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda,
maksudnya:
"Siapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran)
maka ia akan mendapat pahala untuk tiap huruf, hasanat dan tiap
hasanat itu berlipat ganda sepuluh kali, saya tidak berkata :
Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf."
(RIWAYAT AL-HAKIM)
Surah-surah
dan ayat-ayat di dalam Al-Quran mempunyai kelebihan atau fadilat
yang tersendiri, bukan sahaja panjang pendeknya malahan
rahsia-rahsianya yang tidak diketahui oleh manusia, kecuali sekadar
diterangkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
|
|
| Fri, May 29 2009 08:13pm MYT 2 |

Rahmat Khalil
35 Posts
|
wah wah wah..jadi kecik la plok tulisan..hrp2 seme leh bacer jgk
ye....xtau nk edit cm mana artikel yg dh di post..
|
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.