biAwAk
| Fri, Oct 21 2011 02:10pm MYT 1 |

hisham loni
340 Posts
|
Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya
ternampak seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan
menjijikkan tetapi ianya mengenakkan! Saya yang masih belum
bersarapan dan makan tengahari itu memang sangat lapar dan
meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu. Jalanraya memang
lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai kucing yang
sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya
sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami
dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel
saya hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5
bintang ni. Ketika saya menikmati makanan enak itu datang
seeorang musang yang ingin nak join makanan tersebut. Saya yang
lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya tak kasi. Tapi En.
Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik bangkai
tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu
ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu
ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun
menjadi lauk yang enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat
serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan badan dan awet
muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang. Sememangnya
daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya makan
bangkai.
|
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.