Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca
| Fri, Oct 21 2011 02:06pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
hisham loni 340 Posts |
Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca
Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara
Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu
tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah.
Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia
supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan
anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha
dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan
kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen
tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia
nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org
tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai
pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang
tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La,
kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga
diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak
buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya.
"Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah
satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya
bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free
free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak
dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang.
Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia.
Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang
lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya"
kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit
kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di
perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la
tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia
dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock
la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa
berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau
dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api
dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam
besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok
teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata
mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya
berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah
tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam
perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang.
Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni.
Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam
rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang
pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala
kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan
semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua
org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak
ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang
sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu"
sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu
pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata
Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih
mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la
ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang
meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam
kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti
dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil
membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan
terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam
kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq
sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu
kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni,
jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata
Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong
jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek
nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la",
kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab
Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan
makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex
aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik
Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah
hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang
tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah
macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ?
bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu
taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik
Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah
Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila
mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq
dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok
ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia
Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan
bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia
tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan
: "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun
pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau
dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau
isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata,
pakcik tak turun kelaut pagi tu...
|
|
Viewing 1 - 1 of 1
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.