Ikhwanul Muslimin - Ahmad Adil Asyraf-A123305
| Mon, Oct 25 2010 06:34pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
Ahmad Adil Asyraf Musa 3 Posts |
1. Al-Ikhwan Al-Muslimin Al-Ikhwanul muslimin (ikhwanul muslimin) adalah salah satu jamaah dari umat Islam, mengajak dan menuntut ditegakkannya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para salafush-shalih 1.1. Sejarah Awal Ikhwanul Muslimin Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyah, Mesir pada Maret 1928 dengan pendiri Hassan al-Banna, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 September1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib. 1.2. Perkembangan Al-Ikhwan Al-Muslimin Kemudian pada tahun 1934, Ikhwanul Muslimin membentuk divisi Persaudaraan Muslimah. Divisi ini ditujukan untuk para wanita yang ingin bergabung ke Ikhwanul Muslimin. Walaupun begitu, pada tahun 1941 gerakan Ikhwanul Muslimin masih beranggotakan 100 orang, hasil pemilihan oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1948, Ikhwanul Muslimin turut serta dalam perang melawan Israel di Palestin. Saat organisasi ini sedang berkembang pesat, Ikhwanul Muslimin justeru dibekukan oleh Muhammad Fahmi Naqrasyi, Perdana Menteri Mesir tahun 1948. Berita penculikan Naqrasyi di media massa tak lama setelah pembekuan Ikhwanul Muslimin membuat semua orang curiga pada gerakan Ikhwanul Muslimin. Secara misteri, pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna meninggal dunia karena dibunuh pada 12 Februari 1949. Kemudian, tahun 1950, pemerintah Mesir mengubahsuai organisasi Ikhwanul Muslimin. Pada saat itu, parlimen Mesir dipimpin oleh Mustafa an-Nuhas Pasha. Parlemen Mesir menganggap bahwa pembekuan Ikhwanul Muslimin tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ikhwanul Muslimin pada tahun 1950 dipimpin oleh Hasan al-Hudhaibi. Kemudian, tanggal 23 Juli 1952, Mesir dibawah pimpinan Muhammad Najib bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin dalam rencana menggulingkan kekuasaan monarki Raja Faruk pada Revolusi Juli. Tapi, Ikhwanul Muslimin menolak rencana ini, kerana tujuan Revolusi Juli adalah untuk membentuk Republik Mesir yang dikuasai oleh ketenteraan sepenuhnya, dan tidak berpihak pada rakyat. Karena hal ini, Jamal Abdul Nasir menganggap gerakan Ikhwanul Muslimin menolak mandat revolusi. Sejak saat ini, Ikhwanul Muslimin kembali dibenci oleh pemerintah. Ketika Anwar Sadat mulai berkuasa, anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara mulai dilepaskan. Menggantikan Hudhaibi yang telah meninggal pada tahun 1973, Umar Tilmisani memimpin organisasi Ikhwanul Muslimin. Umar Tilmisani menempuh jalan moderat dengan tidak bermusuhan dengan penguasa. Rezim Hosni Mubarak saat ini juga menekan Ikhwanul Muslimin, dimana Ikhwanul Muslimin menduduki posisi sebagai pembangkang di Parlimen Mesir. 2. FALSAFAH POLITIK HASSAN AL-BANNA Berdasarkan kandungan utama dalam penulisan Hassan al-Banna dapatlah dilihat bahawa falsafah politik Hassan al-Banna adalah berlandaskan kepada kesempurnaan prinsip-prinsip hukum Islam dan matlamat politik Islam yang menjamin kebahagian manusia sama ada di dunia dan akhirat. Dalam aspek politik, terdapat pelbagai perbahasan isu-isu yang dibawa oleh Hassan al-Banna yang mencangkumi matlamat sesebuah masyarakat/negara, tanggungjawab individu (keluarga), pemerintah yang ideal, kewajipan pemerintah dan masyarakat terbaik. Dalam kesempatan ini, penulis hanya akan membincangkan dua isu daripada falsafah politik Hassan al-Banna yang masih lagi relevan dan diperkatakan sehingga kini oleh masyarakat dunia secara umum, dan relevan kepada perkembangan politik negara Malaysia masa kini secara khusus.
Falsafah politik yang dibawa oleh Hassan al-Banna yang dilihat masih lagi relevan dalam dunia kontemporari hari ini ialah berkenaan dengan konsep “Pemerintahan Islam” atau yang disebut sebagai “Negara Islam”. Berbanding dengan istilah “Negara Islam” penulis lebih cenderung menggunakan istilah “Pemerintahan Islam” kerana sekirannya menggunakan perkataan “Negara Islam” ada yang berpendapat bahawa negara Islam itu merujuk kepada penduduk majoriti yang beragama Islam, negara Islam yang dimaksudkan ini tidak bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Hassan al-Banna. Oleh itu penggunaan istilah “Pemerintahan Islam” adalah lebih tepat. Dalam hal ini, Hassan al Banna menyatakan bahawa dua perkara penting dalam pembentukan pemerintahan Islam iaitu pelaksanaan Syariah Islam dan kesesuaiannya pada zaman moden dan persoalan mengenai pemisahan agama daripada kerajaan (Abu Sufian 2004). Menurut Yusuf Qhardawi (Riduan Mohamad Nor 2008), “sebelum munculnya Hassan al-Banna dan gerakan dakwahnya, politik nyaris tersisih daripada perhatian jamaah Islam yang ada pada saat itu atau konkritnya jamaah-jamaah keagamaan dan politik berada di luar kegiatan dan pemikirannya. Pada ketika itu politik dianggap bertentangan dengan agama, ibarat warna hitam yang sangat bertentangan dengan warna putih, sehingga tidak mungkin keduanya terkumpul dalam diri seseorang atau jamaah. Di kala itu manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan agama atau golongan politik”. Keadaan ini bukan hanya berlaku di dalam negara Mesir bahkan ia berlaku hampir keseluruhan umat Islam. Di waktu ketika negara-negara Islam lain berada bawah jajahan pihak-pihak kolonial seperti Inggeris dan Perancis, mereka telah memperkenalkan fahaman sekularisme[1] dan ini menyebabkan hukum-hukum Islam tidak lagi dipakai dan khazanah Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah mula ditinggalkan oleh orang Islam. Keadaan ini ditambah lagi dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah pada tahun 1924 oleh Mustafa Kamal Antartuk telah menyemarakkan lagi fahaman sekular. Di dalam risalah Halatuju Dakwah Kita, Hassan al-Banna telah menegaskan bahawa politik tidak boleh dipisahkan dengan Islam dan sistem sosial dalam Islam. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan-tulisan beliau. Contohnya seperti berikut:
“Wahai bangsa kami, janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu daripada menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang digunakan ini menutup semua. Janganlah luaran itu menutup segala kebenaran. Islam sememangnya mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Inilah politik kami dan kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu ketengahkanlah politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini nescaya kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu pasti akan memahaminya bila sampai masanya.” (Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna 2003)
Dalam kegelapan cara berfikir ini (Sekularisme) menyebabkan Hassan al-Banna berusaha untuk memulihkan salah tanggapan tentang kesyumulan Islam. Menurut Yusuf Qardhawi dalam bukunya Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan al-Banna (1980) dalam aspek politik Hassan al-Banna pernah mengungkapkan dalam Risalah Untuk Pemuda “kita menghendaki pemerintahan Islam yang membawa rakyatnya ke masjid, kemudian membimbing manusia dalam petunjuk Islam sebagaimana Islam menjadi petunjuk bagi para sahabat Rasulullah saw; Abu Bakar dan Umar...di masa dahulu. Di dalam kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa Hassan al-Banna tidak mengiktiraf sistem pemerintahan yang tidak ditegakkan di atas landasan Islam dan tidak bersumber daripada al-Quran dan as-Sunnah. Pemerintahan bercorakkan Islam ini juga menurut Hassan al-Banna (Abu sufian 2004) merangkumi negara dan tanah air, kerajaan dan rakyat, akhlak dan kekuatan (kuasa), ataupun timbang rasa dan keadilan, dan juga “thaqafah” (keintelektualan), undang-undang, ilmu pengetahuan, perundangan, material (kebendaan), harta, usaha, kekayaan, jihad (perjuangan), dakwah, ketenteraan, fikrah, akidah yang betul, dan ibadah yang sempurna.
Selain itu, pembentukan Pemerintahan Islam merupakan suatu perjuangan semula jadi untuk membolehkan pelaksanaan Syariah Islam. Pembentukan Pemerintahan Islam ini menjadi satu tanggungjawab bagi setiap individu Islam termasuklah kewajipan pemerintah dan kewajipan rakyat. Bagi Hassan al-Banna dengan berdirinya sebuah Pemerintahan Islam, orang Islam akan dapat melaksanakan pembaharuan dan pembaikan dalam semua aspek meliputi ekonomi dan juga kemasyarakatan. Tambah beliau lagi (Salehan Ayub 2003), sesebuah negara tidak akan disebut sebagai Pemerintahan Islam jika tanpa syariah Islam. Keadaan negara seperti ini disifatkan sebagai hilang arah panduan serta bertentangan dengan pengistilahannya. Oleh itu, Hassan al-Banna sangat menekankan syariah Islam yang merupakan salah satu daripada ciri-ciri negara Islam. Dalam hal ini, Hassan al-Banna berpandukan ayat al-Quran yang bermaksud :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya ada petunjuk dan Nur (Cahaya)di mana nabi-nabi menghukum berdasarkan Taurat, terhadap orang-orang Yahudi dan (begitu pula) ulama dan ketua-ketua agama, sebab mereka menghafal Kitab Allah dan mereka menjadi saksi ke atas demikian itu. Sebab itu janganlah kamu jual ayat-ayat-ku dengan harga yang sedikit. Sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu orang-orang kafir.
Bagi beliau, ayat itu bukan sahaja menggabungkan politik dan agama tetapi juga mengandungi penjelasan mengenai autoriti pelaksanaan Syariah Islam dalam kehidupan. Namun begitu, beliau merasakan bahawa kejayaan sesuatu undang-undang itu bergantung sepenuhnya pada individu itu sendiri. Individu itu sendirilah yang menentukan corak untuk tidak minum arak contohnya, walaupun perkara itu dibolehkan oleh undang-undang negara jika ia benar-benar mematuhi peraturan agama. Ini kerana sekiranya jiwa individu itu lemah, pengharaman oleh undang-undang itu tidak terpakai.
3. Struktur Organisasi dan Pengurusan Al-Ikhwanul Muslimin
Struktur organisasi dan kepngurusan jemaah Ikhwan al-Muslimin terdiri daripada Jawatnkuasa Pembangunan, Pemimpin Utama, Markas Utama dan Usrah.
3.1. Jawatankuasa Pembangunan
Jawatankuasa pembangunan adalah merupakan Majlis Permusyawaratan Umum Ikhwan al-Muslimin yang menduduki jawatan organisasi secara umum. Dari jawatankuasa ini muncul kekuatan utama Ikhwan al-Muslimin. Ahli jawatankuasa ialah ahli Ikhwan yang sudah melakukan dakwah. Jawatankuasa ini bertugas mengetahui perjalanan dakwah secara umum, memilii ahli pimpinan umum dan tugas-tugas lain.
Sidang Jawatankuasa ini diadakan pada awal Muharra setiap tahun. Sidang ini merupakan forum untuk mendengar dan mendiskusikan program markas besar tentang jika telah tamat tempoh jawatan mereka, membincangkan laporan kewangan, menimbangkan usul untuk tahun berikutnya, serta meninjau dan membincangkan berbagai usul yang dikemukakan dalam persidangan. Sidang di luar waktu yang sudah ditetapkan ini boleh diadakan atas: i. Undangan pemimpin umum ii. Jika memang sangat diperlukan iii. Ketetapan markas utama iv. Atas permintaan 20 orang ahli Pemimpin sidang ialah pemimpin umum jemaah. Sidang dianggap sah apabila dihadiri oleh majoriti mutlak. Syarat-syarat ahli jawatankuasa Pembina ialah: i. Dari ahli tetap ii. Berusia sekurang-kurangnya 25 tahun iii. Berpengalaman dakwah, sekurang-kurangnya 5 tahun iv. Memiliki akhlak yang terpuji, mempunyai wawasan yang luas dan mempunyai kepakaran khusus sesuai dengan pekerjaannya. Setiap tahun seramai 10 orang ahli diberi kesempatan untuk menjadi ahli jawatankuasa pembangunan. Mereka biasanya dipilih daripaa wakil-wakil wilayah. 3.2.Pemimpin Umum (Pengerusi) Pemimpin umum dipilih oleh ahli jawatankuasa pembangunan yang dihadiri oleh empat perlima ahli dan disetujui oleh tiga per empat ahli yang hadir. Apabila korum tidak cukup, maka sidang ditunda sekurang-kurangya dalam waktu dua minggu dan paling lama ialah tempoh empat minggu daripada tarikh penyelenggaraan pertama. Apabila dalam persidangan kedua ini, korum masih juga tidak mencukupi, sidang ditunda dengan syarat yang sama dan diberitahukan mengenai waktu sidang yang akan dating sesuai dengan persetujuan. Dalam sidang terakhir ini, pemilihan sudah dianggap sempurna, dengan tiga per empat ahli yang hadir. Adapun kriteri bagi seseorang yang akan dipilih dan dilantik sebagai pemimpin umum ini adalah sebagai berikut: i. Telah menjadi ahli jawatankuasa pembangunan sekurang-kurangnya lima tahun ii. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, berakhlak mulia dan memahami segala persoalan yang berkaitan dengan aktiviti jemaah. Jawatan pemimpin umum ialah seumur hidup. Apabila pemimpin sudah meninggal dunia atau tidak mampu lagi melaksanakan tugasnya, dia digantikan oleh Timbalan atau Naibnya hingga jawatankuasa pembanguan mengadakan sidang untuk memilih pemimpin baru. Pemilihan mesti diadakan dalam masa sebulan dari tarikh berlakunya kekosongan itu. 3.3.Markas utama Markas utama dipilih oleh jawatankuasa pembangunan. Ahlinya terdiri dari 12 orang yang dipilih daripada ahli jawatankuasa. Dalam pemilihan ini, 9 orang ahli hendaklah ipilih oleh Ikhwan al-Muslimin Kaherah dan selebihnya dari daerah lain. Syarat-syarat menjadi ahli markas utama ini adalah sebagai berikut : i. Telah menjadi ahli jawatankuasa pembangunan sekurang-kurangnya 5 tahun. ii. Mempunyai kelebihan dan kepakaran dari segi akhlak, ilmu dan pekerjaan. iii. Berusia sekurang-kurangnya 30 tahun. Pemilihan dilakukan dengan cara undi rahsia. Apabila hasilnya sudah diumumkan, ahlinya dikehendaki bersumpah untuk menjaga dan memelihara prinsip Ikhwan, percaya kepada pemimpin, melaksanakan ketetapan jemaah, sekalipun bertentangan dengan pendapatnya dan berbai’ah atas dasar tersebut. Jawatankuasa pembangunan juga memilih di antara 9 orang wakil Ikhwan dari Kaherah untuk menduduki jawatan wakil (timbalan), setiausaha dan bendahari. Tempoh keahlian markas besar ialah dua tahun. Jika telah tamat tempohnya, maka diadakan pemilihan yang baru. Bagaimanapun, ahli yang sudah tamat tempoh itu boleh dipilih semula. Apabila jawatan salah seorang kosong sebelum tamat tempoh perkhidmatannya, boleh diisi oleh orang lain yang dipilih daripada urutan jumlah suara yang dilakukn oleh jawatankuasa ketika pemilihan ahli tersebut. 3.4. Usrah Usrah adalah salah satu rangkaian dalam pembentukan jemaah Ikhwan al-Muslimin. Ahlinya terdiri daripada lima orang yang diketuao oleh seorang naqib. Mengeni kewjipan dan pensyaratan ahli usrah, akan dijelaskan ketika kita memperkatakan kewajiban dan syarat peribadi jemaah. Sehingga tahun 1948, jumlah cawangan Ikhwan al-Muslimin, mencapai dua ribu buah yang dianggotai oleh lebih kurang sejuta ahli. Dr. Richard Micil telah menulis mengenai struktur tersebut dalam tulisan beliau yang berjudul Ideologi Jemaah Ikhwan al-Muslimin. BUku ini menjelaskan dengan sempurna bagi sesiapa yang ingin penjelasan meluas mengenai tugas-tugas bahagian dari struktur tersebut. Keistimewaan struktur tersebut ialah kerana ia dibuat sesuai dengan syariat Islam dan peraturan pentadbiran moden. Kerapian yang menonjol dalam struktur tersebut ialah dalam system organisasi. Setiap Jemaah dari berbagai jemaah Islam hendaklah melihat masalah ini. Sehubungan dengan system organisasi jemaah Ikhwan al-Muslimin, Syaikh Sa’id Hawwa menyatakan, bahawa titik utamanya terletak pada: i. Langkah utama keidupan seorang Muslim ialah menggabungkan diri ke dalam jemaah yang teratur. Ini adalah kepada prinsip Islam tidak akan menjadi kenyataan kecuali denagn menggabungkan diri berdasarkan kaedah usul, yang berbunyi: “ Sesuatu yang tidak akan sempurna perkara yang wajib tanpa adanya, maka wajiblah sesuatu itu”. ii. Ikut serta dalam organisasi akan mendorong manusia melakukan sesuatu sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan dan gerakannya tidak beku. iii. Menyatukan Muslim dalam kekuatan Ikhwan sehingga dapat membentuk kekuatan yang saling mendukung. iv. Denga organisasi generasi mendatang, akan dapat menyempurnakan aktiviti organisasi generasi sebelumnya. v. Di dalam jemaah akan terbentuk kebiasaan saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, mengekalkan jihad dalam segala bentuknya, amalah sesame ahli akan saling membantu untuk beristiqamah dan tidak menyimpang dari kebenaran. vi. Kewajipan membentuk organisasi yang rapid an baik, kerana organisasi yang tidak teratur adakalanya menjadi penghalang amal, melumpuhkan dan membekukan kekuatannya. vii. Kemestian adanya suatu system untuk menentukan bentuk organisasi, ruangnya, petunjuk amal dan tanggungjawab pelakunya. Takrif takwim dan tanfiz dalam dakwah memerlukan faktor yang saling menyokong, yang mesti dimiliki oleh system dan di dalamnya tidak ada segi lain yang bertentangan. 4. Saranan Al-Ikhwan Al-Muslimin 4.1. Insan Muslim Jika pembentukan insan muslim memiliki peranan yang sangat penting dari beberapa misi dan tujuan menurut Al-Ikhwan Al-Muslimin – maksud dari manusia di sini adalah setiap lelaki dan perempuan, anak kecil lelaki dan perempuan, pemuda dan pemudi – maka saranan untuk membentuk manusia yang memiliki karakter sejati dalam aqidah, keimanan, pemahaman, amal dan sumbangannya adalah termasuk pada beberapa hal berikut: 4.2.Masyarakat atau Bangsa yang Islami Banyak tujuan utama yang diajukan oleh imam Al-Banna, menguatkan pandangannya terhadap permasalahan dari berbagai segi dan tingkatan, sebagaimana beliau mengungkapkan, “Harus ada fatrah (masa) dalam rangka mensosialisasikan prinsip-prinsip yang dipelajari dan diamalkan oleh bangsa, sehingga dapat memberikan pengaruh dalam kebaikan secara umum dan tujuan yang agung terhadap kebaikan individu dan tujuan yang minimal.” Jadi cara untuk mewujudkan bangsa muslim adalah pengenalan terhadap Islam dan jamaah, membentuk akhlak dan nilai-nilai Islam, etika dan perilaku, melalui halaqah, sarana komunikasi, melalui kitab, risalah, dialog dan dakwah fardiyah 4.3.Pemerintahan Islam Cara mencapai pemerintahan Islami: Al-Ikhwan mengangkat syiar dan komitmen dengannya melalui pemahaman mereka terhadap Islam, pengaplikasian dan komitmen dengan nilai-nilainya. Hal ini seperti yang telah digariskan oleh imam Syahid dalam ungkapannya, “Al-Ikhwan Al-Muslimin tidak menuntut diterapkannya hukum Islam untuk diri mereka sendiri, jika ada dari segolongan umat yang siap memikul amanah yang berat ini dan mampu menunaikan amanah dan hukum dengan berteraskan Islam dan Al-Quran, maka mereka adalah parajurit dan tentara penolongnya. Al-Ikhwan bukan para pencari hukum atau dunia, hukum menurut mereka bukan tujuan utama, namun sebagai wasilah dan amanah, tanggung jawab dan beban yang berat.” 4.4. Negara Islam antarabangsa Usaha menegakkan daulah Islamiyah di peringkat antarabangsa, sehingga dapat mengukuhkan hak setiap insan dimana mereka memperolehi kebebasan, keamanan, mampu mengeluarkan pendapat dan beribadah, hingga mencapai negara Islam bersatu. Hal tersebut bukanlah mimpi namun kenyataan yang telah diberitakan oleh Rasulullah saw. 5. Kesimpulan Seperti yang dijelaskan di atas, esei ini menekankan tiga aspek penting di dalam Ikhwanul al-Muslimin iaitu sejarah, struktur organisasi dan saranan jemaah ini kepada umat islam. Melalui sejarah perkembangannya dapat dilihat bagaimana kepayahan dan kesukaran yang dialami oleh jemaah ini di dalam memastikan keberlangsungan jemaah ini. Bagi bahagian struktur organisasi pula dapat dilihat dari system pemilihan ahli yang membawa kepada pembentukan usrah. Dari bawah, pemilihan dibuat bagi melantik ahli jawatankuasa dan ini seterusnya membentuk suatu hierarki kepimpinan yang menunjukkan jemaah ini turut mengamalkan proses pemilihan secar demokrasi walaupun dapat dilihat pemilihan ahli markas utama adalah majoritinya dipilih daripada jemaah cawangan Kaherah. Selain jemaah ini turut membawa saranan yang kuat kepada umat Islam di dalam membentuk masyarakat Islam antarabangsa dimana ianya bermula dari peringkat indivdu seterusnya masyarakat yang seterusnya diterapkan ke dalam sistem pemerintahan Islam. Dengan kewujudan sistem pemerintahan islam ini seterusnya akan bersatu hingga mewujudkan komuniti Islam antarabangsa. Sumber Rujukan Al-Sisiy, Abbas. 2001. Ikhwanul Muslimin dalam kenangan. Terj. M. Ilyas . Jakarta : Gema Insani Press Mahmud, 'Ali 'Abd al-Halim. 1997. Ikhwanul muslimin : konsep gerakan terpadu. Jakarta : Gema Insani Press. Ramli Awang . 1985. Kumpulan tulisan tiga tokoh Ikhwanul Muslimin. Terj. Kuala Lumpur: Alharamain [1] Dalam istilah politik, sekularisme merupakan pergerakan ke arah pemisahan agama dan politik/kerajaan. Ia boleh dirujuk sebagai mengurangkan hubungan di antara kerajaan dan agama rasmi, serta menggantikan undang-undang berdasarkan kitab suci. |
|
| Sun, Apr 10 2011 05:06pm MYT 2 | ||
|
wenzhen119 chen 29 Posts |
|
|
| Sat, Nov 19 2011 10:51am MYT 3 | ||
|
CPnikedunk CPnikedunk 26 Posts |
easy to use sturdy hue of enjoy, the installation of enormous
blocks involving color choice is among the most factors ,
49ers Jerseys
developed by outstanding emotional tension as well as oral make use
of color selection to precise all of the tidy small sexual acts and
sunshine. Style and design stresses and strains conditions range of
effortless type adjustments to focus on your a sense of video or
graphic model to be able to a shackles associated with traditional
, 49ers Jerseys for
sale more modern not to mention manner personal taste.
San Francisco 49ers
Jerseys Still, each model stage is very simple
nevertheless wash!
Brian Westbrook Jerseys From this a line gets results
there is designer's sophisticated design! Mimicking a capabilities
involved with made of woll, comfortable and curly in addition to
comfortable nice , Aldon
Smith Jerseys more than made of wool, man-made fleece
coat noted. By having a fluffy, huge, effortless to colour, vivid
colouring, lightweight, anti-bacterial, unafraid of pesky insects,
perspective harmony, far better overall performance or anything
else. Fall months plus winter services inside The old continent can
often be made use of coal.
Patrick Willis Jerseys It set regarding products over
the sweatshirt and or garment resources include distinctive ,
Anthony Davis Jerseys concerning outstanding not to
mention value, it will be within the world-wide brandnames, want to
really expensive department store lettings and then type price,
Replica 49ers Jerseys can help you enjoy the personal
taste from a low-key extravagance, our manufacturers want to reveal
to you good work!
Deion Sanders Jerseys Your fashion cardigan
sweatshirts, is a memorable. Do not think preppy form in which just
the younger generation could ,
Nate Clements Jerseys this full material, low-key
performing in pursuit of top-quality people extremely enjoying.
Roger
Craig Jerseys You desire to point out some calmer
clothing, non-perfectly. In addition to types, studying is quite
trendy color selection. Bleak may be the colour of the security
males belonging to a girl, though predictably several ,
Vernon Davis Jerseys connected with peace and quiet.
Plus bleak to the record, add more color choice sewing style and
design, immediately raised that mood of this common forceful tune.
Construction point or dissipate jacquard, taking walks outfit and
the body as well basic and nice and clean , Y.A.
Tittle Jerseys additionally brought a host involved
with joy and happiness. Place the stability with acrylic, down,
tender cumbersome ,
Justin Smith Jerseys characteristics in one
long-lasting highly polished, using fantastic skin-friendly, cozy
and additionally moisture hang, window curtain provide lively,
comfortable touch sufficiency, Customized
49ers Jerseys incorporate yet another ultra-fine pvc,
carries tried a real supporting place bones coat, putting on a far
more wear-resistant even more completed type ,
Authentic 49ers Jerseys never fat, together with
superior potential insect, normal prevention, anti-pilling , zero
frame distortions, simply no shrinkage. It's favorite found in the
fall and winter cardigans things. 49ers cpdunk commnet
|
|
| Wed, Nov 30 2011 09:35am MYT 4 | ||
|
kakaxi xi 19 Posts |
u will find usually a few of the much more selfish concept, and I
hope, louis vuitton handbag by no means worth plunges, then I
purchased the world’s most pres uk replica watches be
attributed from the reality the watch maker ahs beencreating
watches because time in memorial. The watch label continues to be
in existence for nearly a rolex replica enthusiasm
that a female selects the woman’s footwear? She would like my way
through all of them and it is definitely not likely to give up
within this 1 e replica
watches uk ven though there are lots of individuals who think
before using the problem, as well as who covers the cost the larger
costs related to custom t chanel handbags to do issues
in accordance to their very own emotions. Nadia whether or not the
style for your infringement problem, many people concur with her
actions in th swiss
replica watches he customers even stated, We’ve right here 1
month fundamental wage louis vuitton bag store appears to become
5000, needed undergraduate schooling, peak and chanel handbags
bag. This really is a difficult factor to achieve, however they do
it by totally duplicating how the bag is created. Whether or not it
be style, ma chanel replica
Custom wrist watches are among the most widely used types of
jewellery these days; particularly amongst males. Once the genuine
thing can certainly uk replica watches same
functions and characteristics as could be observed in some original
replicas watch as these replicas are developed by employing some
extremely high uk
replica watches wever, what’s going to provide you with in
order to actuality with the great thud is the place you understand
just how much the actual footwear wi Replica Watches able to
visit any kind of classy celebration putting on some of those fake
watches also it can end up being assured which nobody could
differentiate. watches
replica f using a luxurious watch, however being a parent you
cant ever pay for to invest large amount cash simply to purchase a
watch. replica
watches ch replications ., replica wrist watches through best
manufacturers, custom replica purses and much more group the actual
racks awaiting consumer to choose all ately this type of watch may
be worth a lot more than $550K) — you can aquire a replica
Girard-Perregaux watch for any discount as well. Replica Watches with
manufacturers as well as luxurious add-ons however they might end
up being very costly.The marketplace is stuffed with smart
knockoffs that may effortless chanel handbags
zel RM 020 Watches Replica. the consumer is certainly heading to
become extremely harm about this. They are scenarios that you
simply would by no means replica chanel need to
usually do some research prior to acquiring.Watches play an
important role to tell other people about the social standing and
class of the Replica
Handbags uk ing and stylish watches that an individual needs to
select from.1 brand which has a big choice of stunning and stylish
watches is Emporio Armani.Armani ar uk replica watches
|
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.