league muslim, it leader muhammad Ali Jinnah.
| Thu, Oct 21 2010 11:29pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
ROSMANORA OSMAN 2 Posts |
PENDAHULUAN Pemikiran politik islam kontemporari , muncul di abad ke 17, hal ini kerana , dunia islam berada dalam keadaan yang begitu mundur di sebabkan pelbagai faktor yang tercetus hasil dari masyarakat islam dan kepimpinan muslim itu sendiri. Akibat daripada masalah kepimpinan , sosial , ekonomi dan keagamaan ini, maka wujudnya gerakan-gerakan yang mencetuskan kemurnian islam dan pembaharuan. Antara faktor munculnya gerakan –gerakan islam di dunia adalah kerana kebanyakan Negara islam berada dalam gengaman pihak atau Negara barat. Selain itu, Negara barat di lihat sebagai pencetus kepada keruntuhan politik islam yang sangat berjaya pada satu ketika dahulu. Sikap penjajah barat terhadap masyarakat di Negara islam telah meyemarakkan kemarahan umat islam sehingga tercetusnya perasaan anti barat di kalangan umat islam , terutama di india dan di Negara-negara lain. Tidak dapat dinafikan bahawa Negara barat merupakan Negara yang mempunyai keunggulan dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah teknologi. Selain itu, orang islam banyak ketinggalan dari Negara barat dari segi kemajuannya, walaupun kemajuan itu telah di mulakan oleh orang muslim sendiri. Dalam hal inilah, maka lahirlah pemikir- prmikir islam yang cuba mengungkap idea- idea pembaharuan dalam bidang politik yang merkaitan dengan Negara islam. Jika di perhatikan idea- idea politik yang di kemukakan oleh tokoh islam seperti Prof. Dr.H.Munawir, beliau menyenaraikan islam dalam tiga kelompok atau aliran iaitu, islam adalah agama yang sempurna, sehingga dapat mengaturkan segala aspek kehidupan manusia dan Negara. Antara tokoh islam yang di sanjung tinggi ialah Hasan al-Banna, Rasyid Ridha dan ramai lagi. Selain itu, terdapat juga pendapat mengatakan islam tidak berkaitan langsung dengan urusan Negara seperti Ali Abd Raziq dan Thaha Husien. Selain itu, pendapat juga turut menyatakan islam adalah agama yang lengkap kerana mempunyai nilai murni kehidupan bernegara seiring ajaran Al-Quran dan hadis. SEJARAH NEGARA INDIA India adalah merupakan sebuah Negara sedang membangun kerana mencapai kemerdekaan dari inggeris pada tahun 1947. India juga adalah merupakan sebuah Negara demokrasi yang di anggap Berjaya berbanding dengan Negara sedang membangun yang lain. Berdasarkan populasi penduduknya, india mempunyai kepadatan penduduk selepas Negara china. Meskipun pelbagai hambatan yang menghantui amalan demokrasi di india, seperti konflik keagamaan yang sering meletus, gerakan pemisah yang tidak henti mengancam integrasi nasional dan terrorisme yang sudah banyak mengorbankan orang awam dan pemimpin Negara, namun amalan demokrasi di india masih berjalan dengan baik dan berkembang. India merupakan Negara terbesar di Asia Selatan, baik dari segi jumlah penduduk mahupun saiz geografi. Keluasan geografi nagara India ialah 3,287,782 km persegi bersepampadan dengan Negara Pakistan, Nepal, china, rusia dan seri lanka. Masyarakat Negara ini memiliki 18 bahasa utama dan lebih daripada 100 dielek. Daripada jumlah penduduk, 83% beragama hindu, manakala 12% adalah muslim dan selainnya penganut agama kristian, Buddha dan Sikhs. Parti politik yang terkenal di India suatu ketika dahulu ialah parti Kongres India atau di kenali sebagai India Nasional Congress. Ia telah berjuang sejak zaman kalonial lagi untuk memastikan kemerdekaan india dapat di capai. Parti ini telah menghasilkan individu yang berpengaruh dan di kenali dalam arena politik antarabangsa seperti mahatma Ghandi dan Jawaharlal Nehru. Parti ini telah menjaya membentuk kerajaan pusat sejak kemerdekaan nya pada tahun 1947. Oleh itu, parti kongres di India pada waktu itu telah melahirkan ramai perdana menteri yang memimpin india seperti Nehru, Indira Ghandi, dan Narashimha Rao. MUSLIM LEAGUE/ LIGA MUSLIM Liga muslim adalah merupakan sebuah parti yg di tubuhkan pd 30 dis 1906, di Dhaka India. Pada awal penubuhannya, Parti ini tujuan untuk membela hak- hak serta kepentingan masyarakat India Muslim dan mewakili orang muslim di India dalam berurusan dengan kerajaan Inggeris pada ketika itu yang menjajah India. Pada awal abad ke-20 (1913) Liga Muslim telah melahirkan Muhammad Ali Jinnah, yang merupakan seorang tokoh besar yang memperjuangkan nasib rakyat Muslim di India. Dalam perjuangan beliau ini, beliau amat menekankan konsep untuk memastikan umat Islam dan Hindu bersatu dalam satu wadah perjuangan membebaskan India dari kolonialisme Inggeris. Kongres India (All India National Congress) dan Liga Muslim memperjuangkan hak kaum muslim dan hindu di India. Selain itu, kemujudan liga muslim di India adalah untuk memperjuangkan muslim di india yang semakin hari semakin jauh ketinggalan akibat daripada penindasan kerajaan India terhadap kaum muslim. Masyarakat islam dan hindu di India sebenarnya mempunyai pemahaman yang berbeza. Pertikaian antara kedua agama ini terus tercetus di India. Kepentingan umat Islam di India semakin di asingkan. Oleh kerana itu maka muncullah idea untuk membina satu organisasi politik yang membela rakyat muslim yang di beri nama Liga Muslim. Pada tahun 1916 Kumpulan liga Muslim telah membuat perjanjian dengan Kongres Kebangsaan India , bahawa india muslim akan bersama-sama berjuang untuk rakyat india dalam mendapatkan kemerdekaan untuk Negara tersebut kerana mengakui bahawa muslim india berhak berbuat demikian kerana mereka juga merupakan warganegara India. Liga muslim di bawah pimpinan Muhammad Ali Jinnah telah Berjaya perjuangan mereka dalam bentuk nasionalisme Islam, iaitu mereka ingin membentuk sebuah pemerintahan sendiri bagi umat Muslim. Pada tahun 1937 Kumpulan india Muslim atau liga muslim ini telah menuntut autonomi dari kerajaan india pada ketika itu, di mana umat Islam merupakan majoriti penduduk di India. Manakala Pada tahun 1940, mereka menyeru agar sebuah negara Islam yang bebas di bentuk agar mereka dapat melaksanakan perjuangan mereka untuk membentuk sebuah Negara baru iaitu pakistan. Melalui resolusi Lahore, telah di tetapkan beberapa syarat iaitu, sebagai satu bangsa dan satu agama, umat islam di India sangat memerlukan tanah air sendiri untuk menjamin kehidupan mereka tanpa ada gangguan dari pihak lain sehingga boleh mencetuskan konflik bersama. Untuk itu, mereka menyatakan penduduk islam di India menginginkan sebuah Negara yang baru yang di beri nama Pakistan. Melalui Resolusi ini, Liga Muslim telah menetapkan tujuan perjuangannya adalah untuk mewujudkan sebuah Negara Pakistan dan pelbagai usaha di lakukan untuk mencapai perjuangan tersebut. Resolusi Lahore telah menetapkan tujuan sebenar perjuangan Liga Muslim, hal ini kerana, ia member pengaruh yang besar terhadap kaum muslim di India . Hal ini amat di sokong oleh masyarakat muslim di India dan tokoh-tokoh Islam di seluruh dunia kuat. Namun, kenyataan ini telah membawa perubahan dan pandangan terhadap tokoh-tokoh Partai Kongres India. Oleh kerana itu, Mereka melihat Liga muslim merupakan satu pertubuhan Islam yang di geruni. Pada tahun 1944, mereka bersedia mengadakan perundingan dengan Liga Muslim tentang kerajaan british di India pada ketika itu . Antara objektif penubuhan liga muslim adalah, Liga muslim di tubuhkan untuk mempertahankan golongan muslim di india yang di katakan mempunyai perbezaan dari segi agama, budaya dan masyarakat di india. Selain itu, tujuan penubuhannya adalah untuk mempertahankan masyarakat minoriti islam di India yang di katakan mundur serta di layan seperti orang asing di bumi India. Selain itu, penubuhan liga muslim ini adalah untuk Selain itu, liga muslim adalah bertujuan untuk menegak, membela, serta mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat islam di india. Selain itu, penubuhannya adalah untuk memberi kebebasan kepada rakyat india untuk menganut mana- mana agama dan budaya tanpa ada perbezaan dari segi status, kasta, etnik , agama dan sebagainya. Penubuhan liga muslim juga adalah untuk penubuhannya adalah untuk mewujudkan negara India yang aman dan damai serta untuk menguatkan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat India dalam membentuk sebuah perpaduan yang harmoni. Selain itu, penubuhan liga muslim adalah untuk melindungi dan mempertahankan agama serta budaya, selain mengutamakan pelbagai aspek sosial seperti pendidikan, kemajuan ekonomi dan perkembangan politik yang sihat agar india dapat menekankan serta mengutamakan hak-hak individu serta member kebebasan kepada rakyat dan menjaga kepentingan kaum muslim dan golongan minoriti lain yang terdapat di india. Dalam pada itu, penubuhan liga muslim adalah untuk membentuk kesepaduan rakyat india yang berlainan agama dan bangsa di satukan agar tiada perbezaan dalam kasta dan taraf rakyat di india. Antara pencapaian dan kejayaan yang telah di miliki oleh Liga muslim ialah, perjanjian ‘ pakatan Lucknow di mana liga muslim dan parti kongres india telah bersetuju untuk menyesesaikan konflik politik yang berlaku antara mereka pada tahun 1916. Menurut perjanjian ini, Kongres India mengakui Negara India hidup dalam keadaan terasing iaitu perbezaan agaman antara hindu dan muslim. Selain itu, perjanjian ini turut menerima permintaan liga muslim untuk menubuhkan sebuah negara baru bagi orang muslim di india iaitu Negara Pakistan. Hal ini kerana, menurut Muhammad Ali Jinnah, kongres india hanya menjaga hak dan kepentingan masyarakat hindu di india sahaja dan pada tahun 1928, sebuah laporan yang di kenali sebagai "Nehru Report" telah menolak fakta yang mengatakan orang islam adalah merupakan orang asing di india. MUHAMMAD ALI JINNAH Muhammad Ali Jinnah di lahirkan di Karachi pada hari ahad 25 Disember 1876. Ayah beliau adalah seorang saudagar dan peniaga yang bernama Jinnah Bhai. Ketika beliau menginjak sepuluh tahun, ibu bapanya telah menhantar beliau ke Bombay untuk mendapat pendidikan awal selama satu tahun. Selepas itu, beliau pulang ke Karachi dan melanjutkan pelajarannya di Sind Madrasatul Islam. Pada tahun 1896, beliau telah memperolehi sarjana dalam bidang undang-undang di sebuah Universiti di Landon. Namun pada tahun tersebut, beliau pulang ke India dan berkerja sebagai peguam sementara di Bombay. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pengacaraan undang- undang, beliau telah bercampur dengan pelbagai golongan dan susun lapis masyarakat. Antaranya Machperson, seorang senior di Bombay. Hal ini member kesan yang snagat mendalam kepada Jinnah, sebelum beliau mengaktifkan diri dalam bidang politik. Perjalanan karier politik beliau bermula pada tahun 1906, di mana beliau telah menyertai persidangan congress kalkuta ( Calcutta congress seassion) sebagai sekritariat organisasi tersebut. Selepas itu, beliau memilih untuk bergabung dengan congress nasional india kerana beliau berpendapat bahawa, perjuangan yang harus di utamakan oleh rakyat india samada muslim atau hindu, ialah bersatu untuk mencapai kemerdekaan india dari penjajahan inggeris. Selain itu, beliau terkenal dengan gelaran juga di kenali sebagai "Quaid-e-Azam" dalam sejarah India. Beliau di anugerahkan gelaran tersebut kerana beliau merupakan seorang pemimpin besar dalam kalangan Muslim di india dan beliau juga merupakan pemimpin kepada beberapa pertubuhan dunia yang melibatkan islam. Beliau juga telah di angkat menjadi leader kpd all muslim league, dari tahun 1913 hinggalah kemerdekaan Pakistan pada 14 ogos 1947. Dalam pada itu, Muhammad Ali Jinnah telah memegang jawatan sebagai gabenor Negara Pakistan yang pertama pada 15 Ogos 1947 sehinggalah kematian beliau pd 11 sept 1948. Beliau adalah merupakan seorang tokoh islam yang cukup di sanjungi. Hal ini kerana perkara yang membezakan beliau dengan pemimpin dunia lain adalah beliau merupakan pejuang kemerdekaan bagi bangsanya serta umat islam di india secara keseluruhannya. Meskipun beliau menghadapi tentangan hebat dari kerajaan Inggeris pada masa itu dan dari orang Hindu di India. Setelah beliau mempunyai perjuangan membela kemerdekaan negaranya dan membela umat muslim di India, namun atas keyakinan serta keupayaan beliau untuk menyatukan umat islam dan orang hindu adalah merupakan syarat untuk mencapai kemerdekaan India. Pada ketika ini, Jinnah belum berminat untuk menyertai liga muslim, kerana baginya liga muslim tidak sesuai dengan jiwanya kerana pada ketika itu, beliau hanya inginkan kemerdekaan india dari pihak inggeris. Hal ini kerana, pada ketika itu, tujuan terbentuknya liga muslim pada waktu itu adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa kesetiaan kepada pihak inggeris dan mematuhi setiap peraturan dan undang- undang yang di keluarkan oleh pemerintah. Selain itu, liga muslim adalah untuk meningkatkan kepentingan politik terhadap orang muslim dan patuh kepada pihak inggeris. Selain itu, penubuhannya adalah untuk menghindari perasaan permusuhan di antara orang islam terhadap etnik dan agama lain. Tetapi pada tahun 1913, liga muslim telah berubah asas perjuangannya dan menerima idea dari pemimpin India, bahawa rakyat india perlu bersama-sama berjuang untuk rakyat india. Kepimpinan di bawah Muhammad Ali Jinnah, bersama liga muslim berjuang untuk orang islam di India dan seterusnya berusaha untuk membentuk sebuah Negara yang bernama Pakistan. Pada tahun 1913, Jinnah telah di pilih menjadi presiden Liga muslim. Namun pada waktu itu, Jinnah masih mempunyai keyakinan bahawa kepentingan Umat islam di India. Dapat di jamin melalui ketentuan Undang-Undang yang ada dalam perlembagaan India. Dalam satu rundingan ialah perjanjian Luckknow 1916, menurut perjanjian itu, umat islam di India perlu dan akan memperoleh wilayah untuk membentuk sebuah Negara islam. Namun bukan mudah untuk mencapai kata sepakat untuk membentuk sebuah Negara baru. Oleh itu, Mahatma Ghandi telah telah mengeluarkan konsep Nasionalisme India. Pada tahun 1930-1932 telah di adakan satu konfrantasi oleh pihak inggreis untuk kemerdekaan India yang telah di adakan di landon. Dalam Konfrentasi ini, Jinnah melihat kerajaan India bersemangat untuk memperoleh kemerdekaan orang hindu, tetapi tidak melihat kepentingan orang muslim di India. Pada tahun 1932, Jinnah memutuskan untuk mengundur diri dari arena politik dan mengambil keputusan untuk menetap di landon. Namun, selepas kepergian beliau ke Landon, beliau di minta pulang pada tahun 1984 kerana tiada pemimpin yang sesuai untuk mengetuai Liga muslim. PERJUANGAN DALAM MEMBENTUK PAKISTAN Khepimpinan liga muslim di bawah Muhammad Ali Jinnah telah mengalami banyak perubahan. Dalam sidang tahunan yg telah di adakan di Bombay pada tahun 1936, Liga Muslim yang merupakan sebuah parti politik telah menjadi sebuah organisasi yang lebih demokratik. selain itu liga muslim juga telah berubah menjadi sebuah gerakan rakyat yang kuat. Kerana sebelum ini, liga muslim hanya di pelopori oleh golongan elit dan atasan. selain itu, kepimpinan jinnah dalam liga muslim, telah menyedarkan rakyat islam, bahawa liga muslim merupakan organisasi umat islam muslim di India. Dalam pada itu jinnah terus berusaha mencari alternatif dengan mengadakan perbuncangan dgn pemimpin di India mengenai masa depan India. selepas banyak perjanjian dan usaha di lakukan gagal, selepas itu, lahirlah negara baru untuk umat islam di india. Iaitu pakistan. Tujuan utama untuk mewujudkan pakistan agar umat islam di india dapat melaksanakan ajaran islam dengan aman dan damai. Pada tahun 1937 satu pemilihan daerah di India. Dalam pemilihan ini, Liga Muslim menghadapi kekalahan terhadap parti Kongres India yang menang besar dalam pemilihan tersebut. Atas dasar itu, Nehru telah mengatakan bahawa kekuatan india adalah dari parti kongres dan pemerintah inggeris. Selain itu, masyarakat India semakin kuat apabila ramai pemimpin daripada golongan India beragama hindu yang memegang jawatan dan mengganggotai menteri-menteri di India. Walaupun ada juga orang islam menjadi pemimpin, namun ianya hanyalah pengikut parti kongres dan bukan dari parti Liga Muslim. Oleh itu, umat islam sedar dan mula melihat bahawa agama islam di India telah di tindas, sehubungan dengan itu, Muhammad Ali Jinnah telah mencari alternative untuk membendung masalah ini dan memerlukan barisan pemimpin dan sokongan rakyat terutama umat islam di india dalam memantapkan semula Islam di India. Walaupun pelbagai perbincangan di buat oleh Jinnah dan rundingan demi rundingan telah di lakukan oleh kerajaan India, namun sering menemui kegagalan. Selepas itu, Jinnah telah membuat perubahan dari segi politik liga muslim, kepercayaan beliau terhadap parti kongres hilang sama sekali dan keyakinan mula timbul, bahawa iaitu umat islam akan terjamin hak dan kepentingannya apabila sebuah Negara baru di bentuk untuk memisahkan agama hindu dan islam dari bumi India. Keputusan untuk membentuk sebuah Negara islam yang baru telah di cadangkan dalam satu resolusi yang di adakan di Lahore pada tahun 1940. Dalam persidangan itu, satu persetujuan sebulat suara telah di capai iaitu Untuk membentuk sebuah Negara islam yang baru iaitu Pakistan. Pembentukan Pakistan adalah satu lambang perjuangan Liga Muslim dalam menegakkan agama islam. Namun wilayah dan pemerintahannya masih dalam perbincangan. Liga muslim pada waktu itu sudah mempunyai satu kedudukan yang jelas kerana mendapat sokongan daripada Umat islam dan memjadikan kedudukannya bertambah kuat. Malah ada sebahagian daripada pemimpin islam parti kongres telah menyertai liga muslim kerana mereka menyokong hasrat liga muslim untuk membentuk sebuah Negara Pakistan. Sehubungan dengan itu, parti kongres India mula melihat kelebihan dan kekuatan yang ada pada liga muslim di bawah kepimpinan Muhammad Ali Jinnah. Selepas tertubuhnya Negara Pakistan , ia mencakupi enam daerah. Daerah Pakistan terdiri daripada barat laut Pakistan, Balukhistan, Sindi dan Punjab di sebelah barat serta Bengal dan Assam di sebelah timur Pakistan. Masyarakat islam di daerah tersebut adalah sejumlah 70 juta dan 70 peratus dari jumlah penduduk. Sokongan umat islam di India terhadap Jinnah bertambah kuat selepas pilihanraya 1946, di mana Liga muslim telah memperoleh 31 dari 34 kerusi di daerah Sindi. Selepas inggeris menyatakan untuk member kedaulatan Negara kepada dua dewan konstitusi, iaitu satu untuk Pakistan dan satu lagi untuk India. Pada 14 ogos 1947 dewan kongres Pakistan di buka dengan rasminya, dan keesokan nya pada 15 ogos 1947, maka lahirlah Pakistan sebagai sebuah Negara bagi umat islam di India. Manakala Jinnah telah di angkat menjadi Gabenor jenaral Pakistan yang pertama dan mendapat gelaran Qaid-I-Azam iaitu pemimpin besar dari rakyat Pakistan. Selepas memimpin Pakistan selama setahun, belau meninggal dunia pada September 1948 di Karachi. KESIMPULAN Muhammad Ali Jinnah adalah pelopor atau tokoh muslim yang amat di sanjungi di India dan pencetus kepada pembentukan Negara islam iaitu Pakistan dan pencetus idea pemikiran islam. Tujuan utama, pembentukan sebuah Negara Pakistan adalah untuk kepentingan masyarakat muslim di India agar mereka dapat menjalankan ajaran agama islam dengan aman dan damai tanpa ada pertelingkahan dan konflik antara agama. SENARAI RUJUKAN Taha Jabir al Alwani, Krisis Pemikiran Moden, The Internasional Institute of Islamic Thought. Mustapha Daud 1991, Tamadun Islam The civilization of Islam, with reference to Malaysia. Utusan publication Ian Talbot, Inventing The Nation, India and Pakistan, professor of south Asian Studies, Coventry University. Syed Muhammad Naquid Al Attas, 2001 Risalah Untuk Kaum Muslimin Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam Ayesha Jalal, 1985, The Sole Spokesmen: Jinnah, the muslim league and the Demand for Pakistan. University Press, Cambridge. Harun Nasution, 1992 Pembaharuan dalam Islam, Sejarah Pemikiran dan Gerakan, Bulan Bintang, Jakarta. |
|
| Sun, Apr 10 2011 05:11pm MYT 2 | ||
|
wenzhen119 chen 29 Posts |
|
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.