SAHAM

Tue, Oct 19 2010 10:44pm MYT 1
✿✿ANIS FILZAH✿✿
✿✿ANIS FILZAH✿✿
4 Posts

PELAKSANAAN SAHAM DARI ASPEK ISLAM DAN KONVENSIONAL

Maksud Saham :

i. Ia diertikan sebagai sejumlah unit pemilikan pelabur di dalam syarikat perkongsian ataupun awam yang berbeza keadannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu.

ii. Ia juga membawa maksud satu traskrip ataupun sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai pernyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat.

Makna yang kedua inilah yang dimaksudkan dan juga digunakan di dalam urusan perniagaan.

Saham mempunyai cirri-ciri yang tertentu yang digunakan bagi menerangkan dan menggambarkan nilai saham sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang. Ini adalh untuk memudahkan ketepatan pandangan dalam mesyuarat agung tahunan. Ia juga adalh untuk memudahkan pembahagian keuntungan kepada semua pelabur untuk menyelaraskan pembahagian keuntungan kepada semua pelabur, menyelaraskan nilai harga saham di bursa saham dan menentukan tanggungan pelabur berdasarkan nilai sahamnya.

Seseorang itu tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap hutang syarikat kecuali mengikut nilai saham yang dimilikinya. Di antara ciri-cirinya lagi ialah ia tidak boleh dibahagikan lagi kepada unit-unit yang lebih kecil daripada nilai mengikut transkrip ataupun sijil. Namun ia juga boleh beredar dikalangan orang ramai.

JENIS-JENIS NILAI & HARGA SAHAM

i. Nilai Catatan : Nilai yang tercatat di atas sijil.

ii. Nilai Terbitan : Nilam saham ketika penubuhan syarikat ataupun ketika penambahan modal yang baru diadakan.

iii. Nilai Sebenar : Bahagian yang sebenarnya yang dimiliki daripada harta bersih syarikat setelah ditolak hutangnya. Apabila syarikat mendapat keuntungan dan mempunyai rizab modal maka nilai sahamnya yang sebenar yang akan naik ataupun yang bertambah.

iv. Nilai Pasaran : Nilai saham di bursa saham yang mengikut permintaan dan juga penawaran, spekulasi, suasana politik dan ekonomi semasa. Biasanya ia berubah-ubah. Inilah yang biasanya kita lihat di bursa saham dan harganya sentiasa turun dan juga naik mengikut keadaan yang disebutkan. Harga yang tertentu boleh diusahakan dengan cara memanipulasikan pasaran iaitu memainkan nilai harga dan juga spekulasi.

JENIS-JENIS SAHAM MENGIKUT KATEGORI

i. Dari segi bentuk pemilikan yang dibayar oleh pelabur :

a) Tunai/Matawang (Cash Shares) – iaitu jika pelabur membayar dakam bentuk wang.

b) Barangan (Vendor’s Shares) – iaitu jika pelabur memberi sejumlah barangan tertentu tanpa melibatkan wang.

ii. Dari segi bentuk sijil, saham terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a) Saham Penama (Nominal Shares) – iaitu sijil saham yang tercatat padanya nama pelabur dan sekaligus memastikan bahawa saham tersebut adalah menjadi milikny sahaja.

b) Saham Pembawa (Bearer Shares) – iaitu sijil saham yang tidak dicatat nama pemiliknya, oleh itu sesiapa sahaja pembawanya dikira sebagai pemiliknya dalam pandangan syarikat.

c) Saham Dengan Perintah – iaitu sijil saham yang mengandungi perkataan dengan perintah. Saham ini boleh ditandatangani untuk tujuan perpindahan hak milik, sama seperti semua sijil-sijil bon yang menerima pakai syarat ‘dengan perintah ini.’

iii. Dari segi hak-hak pelabur yang diberikan kepada pemiliknya, saham terbahagi kepada dua jenis iaitu :

a) Saham Biasa (Ordinary/Common Shares) – iaitu saham yang mempunyai persamaan nilai dan sama hak-hak pelabur terhadap saham tersebut. (Seperti hak nilai keuntungan dan suara undi)

b) Saham Keutamaan (Preference Shares) – iaitu saham yang mempunyai faedah-faedah yang tidak dinikmati oleh saham biasa. Ia diwujudkan kerana syarikat ingin menambahkan modal lalu ia menawarkan sedikit keistimewaan yang tiada pada saham-saham lama (saham biasa) di mana ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk membelinya. Di antara keistimewaannya ialah :

i. Didahulukan pembayaran keuntungan, contohnya saham keuntungan diberi tidak kurang 5% daripada keuntungan. Baki selepas pembahagian itu barulah dibahagikan kepada semua saham-saham biasa yang lain secara sama rata.

ii. Atau ia mendapat pembayaran dividen tahunan yang tetap, sama ada syarikat ditutup, iaaitu sebelum dibuat pembahagian kepada pelabur-pelabur biasa yang lain.

iii. Pemulangan nilai sham dengan sempurna apabila syarikat ditutup, iaitu sebelum dibuat pembahagian kepada pelabur-pelabur biasa yang lain.

iv. Pemilik saham keutamaan ini mempunyai lebih daripada satu suara dalam mesyuarat agung.

v. Hak keutamaan untuk didahulukan tawaran membeli sham-saham baru yang diterbitkan oleh syarikat yang sama sebagai tambahan modal.

iv. Dari segi modal itu dipulangkan semula ataupun tidak, ia terbahagi kepada dua jenis sahaja :-

a) Saham Modal (Capital Shares) – iaitu saham yang tidak boleh tebus.

b) Saham Boleh Tebus (Redeemable Shares) – iaitu saham yang boleh ditebus dengan dipulangkan semula modal kepada pelabur sebelum syarikat ditutup.

Penebusan sesuatu saham itu dilakukan melalui beberapa cara seperti syarikat membeli sebahagian daripada saham atau menarik semula sebahagian daripada saham saham tersebut yang berada dalam edaran pasaran melalui pengundian. Syarikat akan membayar nilainya kepada pemegang saham tersebut daripada bahagian keuntungan syarikat.

Pelabur yang sahamnya itu ditebus akan menerima bayaran mengikut nilai yang tercatat pada sijil sahaja dan dia diberi satu ganti terhadap saham tersebut yang dinamakan sebagai saham boleh tebus, yang memberikannya satu hak untuk mendapatkan untung syarikat walaupun ia lebih rendah daripada hak yang diperuntukkan kepada pelabur sebenar dalam modal syarikat. Bahkan ia diberikan juga hak untuk bersuara di dalam mesyuarat agong tahunan.

PEREDARAN SAHAM

Undang-undang ciptaan hari ini membenarkan saham-saham beredar di kalangan individu dan berpindah milik dari pelabur pertama kepada pelabur yang lainnya.
Peredaran saham tersebut mestilah mengikut beberapa syarat. Antaranya ialah saham tersebut mestilah telah disebut dalam penawaran awam dan pada sijil sham tersebut mestilah tercatat jumlah lot saham sepertisatu, lima atau dalam gandaannya. Syarat yang lain ialah ia mestilah telah melewati dua tahun daripada penubuhan syarikat awam tersebut menurut terbitan akaun kira-kira untung dan rugi atau daripada tarikh ia menjadi syarikat pelaburan khas. Sebenarnya ini adalah bertujuan untuk memaksa pelabur supaya mengekalkan saham mereka di dalam syarikat tersebut selama dua tahun berturut-turutagar aktiviti syarikat boleh bergerak teguh tanpa ada apa-apa kekhuatiran.

Namun undang-undang telah menegah saham vendor’s daripada beredar di pasaran untuk menjaga pelabur-pelaburnya itu daripada segala bentuk permainan harga dan juga eksploitasi. Begitu juga tegahan terhadap syarikat daripada mengedarkan saham yang baru diterbitkan dan telah pasti ditempah pembeliannya ataupun tempahannya daripada orang ramai kerana telah pasti hak mereka untuk menerima saham-saham tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada nilainya yang sebenar.

Kadang-kala kedudukan saham vendor’s itu tidak diketahui keadannya yang sebenar, dan ini akan memebri kesan kepada pengurusan syarikat.

Para pelabur tersebut dikira telah bersetuju terhadap undang-undang syarikat untuk menghadkan peredaran saham tersebut dengan menetapkan beberapa syarat seperti boleh meminta dipulangkan kembali saham jika ada terdapat sesuatu keperluan untuk menjaga maslahah para pelabur.

Oleh yang demikian, apabila seseorang pelabur itu ingin menjual sahamnya kepada seseorang yang bukan dari kalangan pelabur syarikat tersebut, dia mestilah memberitahu syarikat sehinggalah syarikat berpuas hati terhadap pelabur tersebut untuk membeli sahamnya dengan harga yang berpatutan dalam tempoh yang tertentu.

IJTIHAD ULAMA MENGENAI SAHAM

Para ulama dizaman ini telah mengkaji berkenaan dengan saham ini dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjelaskan hukum syara’ mengenainya. Kebanyakan mekera mengkajinya dari sudut sisitem syarikat, dari sudut masalah riba dan kadang-kala menyelitkannya di dalam sesuatu fatwa iaitu sebagai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Dalam masalh saham ini, ianya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :-

i. Kumpulan yang mengharuskannya secara mutlak tanpa memperincikan bentuk-bentujnya yang pelbagai jenis. Tetapi mereka tidak menerangkan bagaimana hukum itu dikeluarkan menurut kaedah-kaedah syara’.

ii. Sekumpulan yang lain pula mengharamkan bermuamalah ataupun berurusniaga dengannya.

HUJJAH KUMPULAN PERTAMA (YANG MENGHARAMKAN SAHAM)

Pandangan mereka itu adalah verdasarkan bahawa syara’ mengharuskan kita untuk menjadikan jumlah pemilikan sesuatu unit saham dalam modal syarikat sama ada dalam keadaan bersamaan nilainya atau tidak. Bahkan itulah yang telah berlaku terhadap saham, sama ada bersamaan nilai atau berbeza-beza.

Penyertaan pelabur di dalamnya itu terdedah kepada risiko untung ataupun rugi. Bahkan saham-saham itu sebenarnya adalah unit-unit bahagian perkongsian di dalam modal syarikat. Oleh itu harus hukum penerbitannya sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Muhammad Yusuf Musa di dalam kitabnya Al-Islam Wa Musykilatuna Al-Hadhirah (Islam dan permasalahan kita hari ini.)

Setiap ulama’ yang mengharuskan kewujudan syarikat saham sama ada dengan syarat ataupun tidak, mereka ini mengharuskan juga penerbitan saham dan peredarannya. Mereka ini menganggap bermuamalah dengannya adalah halal tanpa keraguan (syubhah) lagi padanya. Antara mereka yang berpendapat demikian ialah:

i. Sheikh Muhammad ‘Abduh (Mufti Mesir)

ii. Syeikh Abdul Wahab Khalaf

iii. Syeikh Muhammad Rashid Ridha

iv. Syeikh Muhammad Syaltut (Sheikh Al-Azhar)

v. Syeikh Ali Al-Khalif

vi. Syeikh Muhammad Abu Zahrah

vii. Syeikh Muhammad Yusuf Musa

viii. Syeikh Muhammad Al-Khalishi

ix. Syeikh Muhammad Baqir Al-Shodri

Syeikh Muhammad Syaltut berkata di dalam fatwanya “Adapun saham maka ia adalah salah satu bahagian daripada modal, ia memberi faedah kepada pemegangnya apabila syarikat memperolehi keuntungan dan ia menanggung kerugian apabila syarikat mengalami kerugian. Maka tidak ada padanya sesuatu yang mneyalahi syara’.”

HUJAH KUMPULAH KEDUA ( YANG MENGHARAMKAN SAHAM )

Mereka beranggapan bahawa saham itu adalah haram kerana:-

i. Saham adalah nilai syarikat ketika ia dinilaikan dan bukannya nilai modal syarikat ketika ditubuhkan.

ii. Ia adalah satu bahagian yang bukan daripada diri syarikat, seumpama kedudukan bon dalam nilai asset syarikat. Oleh itu ia tidak boleh dianggap sebahagian daripada modal.

iii. Nilai saham adalah tidak sma seoanjang tahun, bahkan ianya adalah berbeza dan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu ia bukanlah modal yang diberi ketika pembentukan syarikat tetapi ia dalah modal yang dinilaikan ketika ia dijual.

Oleh itu mereka mengharamkan untuk berurusniaga dengan saham memandangkan saham itu satu perkara yang haram, begitu juga dengan keuntungan daripadanya adalah haram. Pandangan mereka ini dibina berdasarkan bahawa syarikat saham itu sendiri pada asasnya telah batal ataupun tidak betul. Oleh yang demikian, apa-apa yang berpunca daripada perkara yang haram adalah dikira haram.

HUKUM SAHAM DARI PERSPEKTIF ISLAM

Perkataan saham menurut istilah persyarikatan mengandungi dua makna iaitu sebagai unit pemilikan pelabur dalam dalam syarikat atau juga dengan makna satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai membuktikan haknya di dalam syarikat.

Makna yang kedua itu sendiri telah menunjukkan makna yang pertama iaitu yang menunjukkan unit pemilikan pelabur dalam syarikat. Bahagian pemilikannya dalam syarikat itu meliputi modal syarikat yang telah dibayar, sebahagian daripada asset syarikat yang telah dibayar, sebahagian daripada asset syarikat dan juga keuntungan yang telah dibekukan untuk pelbagai tujuan.

Penerbitan saham adalah harus menurut kedua-dua makna di atas. Tetapi mestilah ada perincian bagi setiap perkara yang berkaitan dengan sesuatu saham tersebut. Dengan itu penjelasan sesuatu hukum terhadapnya dapt dibuat secara terperinci, lebih jelas dan lebih sempurna.

NILAI SAHAM

Seperti yang diketahui, nilai saham syarikat itu mempunyai empat jenis nilai harga iaitu:-

i. Nilai Catatan – iaitu nilai yang tercatat pada sijil saham.

Kebanyakan undang-undang konvensional menyatakan bahawa nilai ketika diterbitkan mestilah sama sebagaimana nilai yang tercatat padanya, bahkan inilah juga yang dikehendaki oleh Islam. Pada sijil saham tersebut ada dinyatakan jumlah pemilikan pelabur dalam modal syarikat, oleh itu ia mestilah bertepatan dengan nilai wang yang dilaburkan olehnya.

Menurut Islam, nilai yang tercatat itu memberi kesan ketika pembahagian dividen, di mana tidak boleh memberi jumlah keuntungan yang sama rata kepada semua pelabur jika terdapat perbezaan pada nilai pelaburan, iaitu ada yang sedikit dan ada jhuga yang banyak. Khasnya bagi yang mempunyai nilai pelaburan yang sedikit berbanding pelabur yang lain, ini adalah kerana mereka tidak mempunyai apa-apa nilai yang melayakkan mereka menerima lebihan kekurangan keuntungan tersebut.

Menurut Islam, kaedah pembahagian sesuatu keuntungan itu mestilah disebabkan imbalan sesuatu harta atau sesuatu jaminan sedangkan keadaan di atas tidak mengikut kaedah tersebut.

ii. Nilai Terbitan – kebanyakan syarikat mengambil jalan selamat dengan menerbitkan saham yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada nilai yang tercatat pada sijil saham. Contohnya nilau yang tercatat pada sijil ialah RM4, tetapi syarikat menerbitkannya dengan harga RM3 sahaja.

Penerbitan sesuatu saham itu kadang kala bertujuan untuk menambahkan modal syarikat demi untuk menyelamatkan syarikat daripada kemerosotan, kelembapan atau untuk mengembangkan lagi operasinya. Dalam masa yang sama ia juga ingin menggalakkan pelabur dengan memberi mereka saham bernilai RM4 dengan harga yang lebih rendah iaitu RM3 sahaja.

Saham dalam bentuk ini tidak dibenarkan penerbitannya oleh syara’ kerana di dalam pembahagian keuntungannya ia dibahagikan sama rata dengan saham-saham yang lain, sedangkan sepatutnya sesuatu keuntungan itu hanya layak diberi sebagai imbalan terhadap sesuatu harta, pekerjaan ataupun jaminan. Tetapi dalam hal ini tidak terdapat sesuatu harta, kerja dan juga jaminan yang diberikannya untuk membolehkan pelabur tersebut menerima lebihan nisbah untung daripada orang lain.

Kecacatan itu ialah pada RM1 yang tidak dibayarnya ketika membeli saham tetapi mendapat nilai yang penuh RM4 sedangkan pemegang saham biasa terpaksa membayar penuh nilai tersebut.

Dari sudut yang lain pula, penerbitan saham ini memberi kesan negatif kepada pelabur yang lebih awal (saham biasa) yang telah membayar penuh nilai saham mereka tetapi mereka mendapat keuntungan yang sama rata termasuk mereka yang membayar kurang. Kemungkinan juga mereka ini bersama-sama berkongsi terhadap aset-aset syarikat.

Sesuatu yang memberi mudharat itu hukumnya tidak harus kerana Rasulullah (saw) bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh memudharatkan diri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”

Sama rata didalam pembahagian keuntungan itu (antara saham dengan nilai catatan dengan saham dengan nilai terbitan yang rendah) bukanlah suatu keadilan sedangkan keadilan itu adalah sesuatu yang dituntut.

iii. Nilai Sebenar – iaitu ia sebenar mewakili bahagian pemilikan sesuatu saham daripada harta bersih syarikat di mana termasuk modal syarikat yang dibayar dan aset-aset syarikat serta apa-apa yang disandarkan kepada modal seperti untung sebenar atau untung yang dibekukan untuk tujuan yang tertentu.

Nilai ini pada asalnya adalah nilai catatan pada sijil ketika penubuhan syarikat tetapi berubah selepas itu mengikut perkembangan syarikat dalam aktiviti dan juga operasinya dan pertambahan dalam jumlah hartanya yang menjadi aset syarikat.

Begitu juga terhadap sebahagian daripada keuntungan yang tidak dibahagikan tetapi iai disimpan sebagai rizab modal syarikat.

Nilai ini dikira harus disisi syarak kerana tidak ada sesuatu yang bercanggah dengan kaedah hukum syarak kerana kuntungan syarikat sentiasa bertambah, aktivitinya sentiasa berkembang dan begitu jugalah asetnya sentiasa bertambah. Oleh itu nilai sebenar saham akan menjadi lebih tinggi daripada nilai catatan dan itu adalah perkara yang biasa.

Selama mana pengembangan harta syarikat dan juga aset-asetnya mengikut cara yang halal maka pemilikannya menjadi hak pelabur. Dengan demikian mereka boleh mencampurkan keuntungan halal yang berlipat kali ganda tersebut dengan keseluruhan modal syarikat atau sebahagiannya atau mengekalkan pengasingan modal dengan untung tersebut, ini adalah lebih baik.

Jika hal ini dilakukan oleh majlis pengurusan syarikat untuk menjamin agar syarikat itu mampu berterusan dengan jayanya namun dalam hal ini mereka tidak sepakat terhadap tindakan tersebut, perincian hukumnya adalah seperti berikut:

Jika ia adalah suatu tindakan yang memang diketahui umum diterima sebagai adat kebiasaan perniagaan dan syarikat sebagai adat kebiasaan perniagaan dan syarikat maka hukumnya adalah harus kerana terdapat satu kaedah syarak iaitu : “Yang diambil kira ialah dengan uruf yang umum.”

iv. Nilai Pasaran – iaitu nilai saham apabila diniagakan di bursa saham, ia berubah-ubah naik dan turun mengikut kejayaan syarikat didalam operasinya, peningkatan aset syarikat dan juga berdasarkan rizab modal atau mengikut suasana dan krisis politik serta ekonomi.

Sebahagian ulama telah mengharamkan saham dengan beralasan kerana nilai pasarannya yang berubah-ubah naik dan turun, tetapi pandangan ini tidak mempunyai alasan yang kukuh kerana sebenarnya perubahan harga saham di pasaran adalah sesuatu yang lumrah.

Bahkan sebenarnya modal berbayar syarikat telah digunakan dalam usaha untuk mencapai matlamatnya sama ada dengan membeli aset-aset syarikat, membeli kelengkapan peralatan baginya ataupun seumpamnya yang berkaitan dengan operasi perniagaannya. Berkemungkinan juga modal syarikat tidak semuanya dinilai dalam bentuk wang tunai.

Pemilikan syarikat ini berubah-ubah nilainya mengikut penawaran dan permintaan atau juga menurut kemajuan dan kestatikannya. Kejayaan syarikat dan penerimaan orang ramai menjadi faktor melambungnya nilai saham tersebut dan begitulah jika sebaliknya akan menurunkan nilai pasarannya.

Kejayaan syarikat didalam operasinya dan keinginan para pelabur untuk membeli sahamnya itu menjadi faktor penyebab kepada bertambahnya nilai pasaran saham tersebut. Begitulah sebaliknya yang akan menjadikan sesuatu nilai saham itu jatuh.

Maka ini mendorong mereka untuk membeli saham syarikat yang berjaya itu, ini mengakibatkan kenaikan harga saham tersebut. Begitu juga nilai saham akan jatuh dengan jatuhnya nilai wang.

Sebahagian ulama’ yang telah mengharamkan saham tersebut, telah mengharuskan pula penerbitan wang yang dikeluarkan oleh kerajaan sedangkan ia juga terdedah di pasaran antarabangsa dengan dipengaruhi oleh penawaran dan juga permintaan serta konflik ekonomi dan politik, maka ini akhirnya menyebabkan nilainya naik dan juga turun.

Syarak tidak menegah jual beli saham dan juga tidak menghalang daripada menjualnya dengan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai catatan. Ini adalah kerana saham ini sendiri menggambarkan sebahagian pemilikan pelabur dalam modal syarikat yang dibayar, berkemungkinan sebahagian besar daripadanya telah berubah kepada harta syarikat atau alat-alat pengeluaran produk bahkan turut meliputi rizab modal dan keuntungan yang tidak dibahagikan. Maka nilai saham tersebut berubah-ubah mengikut pergerakan harta syarikat dan berjaya atau tidaknya dalam operasinya, begitu juga aset syarikat yang berubah nilainya mengikut keadaan.

Dari sudut yang lain pula, perpindahan sesuatu saham-saham itu dari seoeang pelabur kepada pelabur yang lain sama ada dengan sesuatu pertukaran ataupun tidak (seperti sedekah) adalah harus sebagaimana beredarnya wang. Sesungguhnya ulama’ telah menerangkan bahawa perpindahan sesuatu bahagian pemilikan pelabur kepada orang lain boleh membawa kepada syarikat tersebut itu dihemtikan jika para pelabur yang lain tidak bersetuju untuk meneruskan syarikat tersebut dengan kehadiran pelabur yang baru itu.

Begitu juga keharusan peredaran saham-saham itu telah disyaratkan iaitu menurut amalan kebiasaan iaitu urf. Bahkan kaedah peredaran saham ini telah diterangkan didalam perjanjian syarikat atau telah disebutkan didalam undang-undang tubuhnya, oleh itu para pelabur yang membelinya itu dikira telah bersetuju untuk mematuhinya dan dikira tidak akan membawa kepada pembubaran syarikat.

Oleh itu keredhaan para pelabur tersebut terhadap bolehnya sesuatu saham itu berpindah milik kepada pelabur yang baru, bermakna mereka juga bersetuju terhadap berterusan dan kekalnya syarikat tersebut.

Kemungkinan daripada segi syara’ dan juga undang-undang konvensional boleh menetapkan beberapa syarat peruntukan berkenaan peredaran saham untuk menjamin hak-hak pelabur dan juga menhalang saham-saham daripada terlepas ke tangan orang asing, seumpama menjadikan hak al-syufah didalam pembeliannya kepada pelabur-pelabur yang awal, ataupun sisaratkan mestilah dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan terbabit.

Oleh itu, selama mana sesuatu ketetapan itu telah dinyatakan dalam perjanjian syarikat atau telah tersebut didalam undang-undang tubuh syarikat, maka ia dikira telah dipersetujui dengan keredhaan, dan ini adalah diharuskan oleh syarak.

CIRI-CIRI SAHAM

I. Terdapat persamaan pada nilai harga (mengikut unit seperti satu unit saham berharga RM1) dan persamaan pada hak-haknya. Namun syarak mengharuskan untuk mempunyai persamaan ataupun perbezaan pada jumlah unit-unit saham.

Saham itu ialah satu dokumen ataupun sijil yang menunjukkan jumlah pemilikan seseorang pelabur mengikut bilangan jumlahnya. Nilai setiap unit saham mestilah sama untuk membolehkan kiraan pembahagian untung dilakukan dengan lebih mudah. Ini adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan kaedah syarak. Bahkan tidak terdapat nas yang menegah daripada membuat persamaan nilai dalam unit-unit saham tersebut. Selagi perbezaan jumlah saham itu boleh ditentukan melalui bilangan jumlah unit-unit saham yang tercatat padanya nama pelabur berkenaan.

Para fuqaha Mazhab Hanafi telah mengharuskan untuk menentukan persamaan jumlah saham pelabur dalam syarikat al-mufawadhah. Oleh itu adalah harus nilai setiap unit saham itu dibuat dalam nilai yang sama. Rentetan daripada itu juga mestilah diberi persamaan hak yang boleh dinikmati oleh setiap pelabur berdasarkan saham mereka. Kenyataan ini akan mewujudkan sedikit masalah dalam konsep saham keutamaan.

II. Tanggungan pelabur adalah mengikut jumlah saham mereka. Di antara cirri-ciri saham yang terdapat di dalam syarikat saham ialah tanggungan pelabur terhadap syarikat hanya mengikut kadar jumlah saham yang dimilikinya sahaja. Oleh itu mereka tidak bertanggungjawab terhadap hutang-hutang syarikat kecuali mengikut kadar saham yang mereka miliki.

Apabila sesuatu syarikat itu bankrap dan tidak mampu menjelaskan hutang-hutangnya, pelabur tidak perlu membayar hutang tersebut dengan harta peribadinya.

Menghadkan tanggungan pelabur mengikut kadar saham mereka, iaitu tidak dipertanggungjawabkan terhadap hutang syarikat adalah harus dari segi syarak. Hukum ini bersamaan dengan asas hukum fiqh bagi syarikat al-mudharabah, dimana pemodal tidak dituntut untuk membayar hutang-hutang syarikat kecuali pada harta ataupun wang yang dilaburkan kepada syarikat, oleh itu pelabur tidak perlu membayar hutang-hutang tersebut.

III. Setiap satu unit saham itu tidak boleh dibahagikan lagi kepada nilai yang lebih kecil lagi. Namun ia boleh beredar di kalangan orang ramai, iaitu berpindah milik.

Syarak menganggap bahawa ciri ini adalah harus kerana ia bertujuan menjaga hak para pelabur. Larangan daripada pembahagian tersebut bertepatan dengan uruf kebiasaan dalam perniagaan dalam perniagaan maka nia seumpama telah disyaratkan seperti itu. Kerana apa-apa sahaja syarat yang disepakati oleh para pelabur dikira harus sesame orang Islam selagi ia tidak menghalalkan apa yang diharamkan atau memngharamkan apa yang telah dihalalkan. Sabda Nabi (saw):

الموءمن عند شروطهم فيما أحل

“Orang-orang Islam itu berpegang pada janji selagi ia pada perkara yang dihalalkan.”

Oleh itu apabila seseorang pelabur itu meninggal dunia, jika dia memiliki satu unit saham sahaja maka tidak harus untuk membahagikan sahamnya itu kepada ahli waris. Berbeza jika dia mempunyai unit-unit saham yang banyak, maka bolehlah dibahagi-bahagikan kepada ahli warisnya mengikut bahagian masing-masing secara faraid.

PANDANGAN SYARAK TERHADAP SAHAM MENGIKUT JENISNYA

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa harus hukumnya terhadap saham yang awal, iaitu modal awal dalam modal syarikat itu terdiri daripada wangdan ini adalah pada asasnya. Manakala ulama’ zaman ini mengharuskan pula ywang kertas yang dikeluarkan oleh sesuat kerajaan untuk diurusniagakan sebagai ganti kepada emas dan juga perak.

Jumhur fuqaha tidak mengharuskan sesuatu saham itu dalam bentuk hutang sebagaimana mereka juga khilaf dalam hukum memberikan saham dalam bentuk barangan. Namun begitu, para fuqaha yang tidak mengharuskan saham dalam bentuk barangan tersebut telah bersepakat pula menyatakan harus membuat helah dengan cara dimana seorang pelabur itu dikira menjual barangannya kepada orang lain.

i. Saham Pembawa

Saham ini tidak tercatat pada nama pemiliknya. Oleh itu sesiapa sahaja yang membawanya dikira sebagai pemiliknya dalam syarikat. Jenis saham ini tidak sah penerbitannya di sisi syarak kerana tidak dapat dipastikan siapakah pemiliknya yang sebenar (sebagai pelabur syarikat), kerana ini boleh membawa kepada perselisihan dan juga perbalahan dikemudian hari. Ia juga boleh membawa kepada pengabaian hak-hak tertentu pelabur.

Apabila sijil saham tersebut dicuri, dirampas, hilang atau dijumpai oleh orang lain maka sesiapa sahaja yang memegangnya itu dikira sebagai pemilik saham tersebut sekaligus sebagai pelabur di dalam syarikat saham tersebut. Ini dikira telah mengabaikan hak-hak orang dan juga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sedangkan apa-apa yang membawa kepada perbalahan dan juga kemudaratan itu adalah ditegah disisi syarak.

Ketidakpastian siapakah pelabur yang sebenarnya itu boleh membawa akhirnya kepada hilangnya keahlian pelabur tersebut dan kehilangan keahlian itu pula membawa kepada tidak sah penyertaannya dalam syarikat. Oleh itu saham pembawa ini hendaklah dikira tidak sah digunakan di mana-mana syarikat. Nilai saham tersebut mestilah dipulangkan semula kepada pemilik asalnya ataupun saham tersebut ditukar kepada saham nominal (tercatat nama). Jika syarikat berkenaan tidak berbuat demikian maka syarikat tersebut dikira telah rosak dan ianya dalah tidak sah disisi syarak.

ii. Saham Dengan Perintah

Saham jenis ini ialah saham yang ditulis diatasnya ‘dengan perintah’. Ia boleh beredar dengan cara diturunkan tandatangan padanya di mana ia berpindah dari seorang pelabur yang lain dengan cara menulis di belakang sijil tersebut berpindah kepada orang lain. Maka penama kedua itu adalah pemilik saham yang baru sementara pemilik pertama tadi telah tidak ada apa-apa hubungan dengan saham itu lagi.

Saham jenis ini berbeza dengan saham sebelumnya di mana pemilik saham ini dapat dikenali dari awal penyertaannya dalam syarikat. Pemilik awal itu adalah pemegang sah saham dan mempunyai ikatan tertentu dalam syarikat. Dia tidak akan menyerahkan saham tersebut kecuali kepada orang yang dikenalinya.

Jika sijil tersebut tidak mengandungi ungkapan pemindahan milik (tandatangan) dengan nama pemilik kedua, maka ia dikira masih kekal berada di tangan pemilik pertama, tidak kira orang kedua itu sebagai pemilinya sekalipun dia membawa saham tersebut.

Pemilik saham tersebut walaubagaimanapun masih dapat dikenali dimana saham tersebut telah berpindah kepada pemilik yang kedua. Pemilik kedua dikira pelabur sebenar bagi saham tersebut sebagai pengganti kepada pemilik pertama. Dengan perpindahan itu, hilanglah segala hak-hak pemilik pertama itu terhadap syarikat. Ini adalah di antara bentuk-bentuk perpindahan sesuatu pemilikan kepada pelabur lain. Keadaan ini dikira harus disisi syarak.

Tidak kira sama ada pertukaran tersebut mempunyai imbalan seperti menjual ataupun tiada imbalan contohnya sedekah. Kerana ketidakketahuan tersebut telah ternafi dengan pengetahuan tentang pelaburnya yang sebenar dan ini tidak akan membawa kepada perbalahan dan juga kemudharatan.

Tambahan pula, pelabur-pelabur yang lain telah dikira bersetuju kepada pelabur yang kefua tadi untuk memnyertai syarikat tersebut melalui persetujuan mereka terhadap undang-undang syarikat yang membenarkan perpndahan tersebut dilakukan.

Peredaran saham jenis ini tidak menghalang syarak daripada mengharuskannya ia sebenarnya adalah perpindahan pemilikan saham iaitu pelabur yang pertama menyerahkan saham syarikat pegangannya kepada pelabur kedua.

iii. Saham Keutamaan

Saham jenis ini adalah sejenis saham yang memberikan beberapa hak keistimewaan kepada pemegangnya yang membezakannya daripada saham-saham biasa. Ia terdiri daripada beberapa jenis diantaranya ada yang harus disisi syarak dan ada yang tidak harus disis syarak.

Jenis Yang Tidak Harus :

a) Apabila terdapatnya keistimewaan dengan memberikan sebahagian saham tesebut hak keutamaan dalam memperolehi keuntungan, seperti memperuntukkan keuntungan tertentu untuk mereka. Contohnya 5% untuk satu unit saham daripada keuntungan syarikat. Baki selepasnya itu barulah dibahagikan kepada semua pelabur dengan nilai yang sama rata bagi setiap saham. Perbezaan jumlah yang diterima kemudiannya itu ialah mengikut jumlah unit saham yang dimiliki.

Diantara semua pemilik saham syarikat tersebut terdapat juga pemilik saham keutamaan. Oleh itu pemilik saham keutamaan itu telah mendapat keuntungan biasa bersama-sama dengan pemilik saham biasa tetapi mereka berbeza pula dalam mendapat keuntungan tambahan tersebut sedangkan saham milik mereka itu sama nilainya dengan orang lain. Contohnya satu unit saham bernilai RM1, di mana sebahagian saham syarikat itu dimiliki secara saham biasa dan sebahagian lagi dimiliki secara saham keutamaan. Namun saham keutamaan mendapat keuntungan yang lebih berbanding saham biasa walaupun mempunyai nilai yang sama.

Ini adalah tidak harus disisi syarak kerana nilai saham itu adalah sama, bahkan pemegang saham keutamaan itu tidak mempunyai apa-apa harta yanh menjadikan mereak berhak untuk mendapat lebiha untung tersebut. Sedangkan sesuatu untung itu hanya berhak dimiliki dengan imbalan sesuatu harta ataupun sesuatu aktiviti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kaedah syarak ;yang berkenaan dengan syarikat. Namun pertambahan ini boleh menjadi harus jika terdapat sesuatu aktiviti yang diberikan kepada syarikat.

b) Namun apabila saham itu memberi dengan memberi faedah/intereset tahunan yang tetap ada kepada sebahagian saham dan dibahagikan kepada pemegangnya itu dengan tidak mengira sama ada syarikat itu beroleh keuntungan atau mengalami kerugian. Keutamaan itu adalh haram disisi syrak dan tidak harus juga dalam apa bentuk keadaan jua pun kerana faedah ini adalah dikira sebagai sejenis riba iaitu apabila terdapatnya nilai lebihan yang diberi tanpa adanya imbal balas dan riba itu haram hukumnya.

Kemungkinan juga syarikat tidak mendapat apa-apa keuntungan kecuali apa yang telah dijadikan faedah ini sahaja maka hal ini dikira zalim terhadap para pelaburyang lain, yang sepatutnya berhak ke atas keuntungan tersebut atau sama-sama tidak memndapat keuntungan dan tidak mempedulikan hak-hak mereka. Ini adalah tidak harus di sisi syarak.

c) Apabila perbezaan itu dengan memberikan kepada mereka hak untuk mendapatkan semula jumlah nilai saham mereka dengan sepenuhnya apabila syarikat dibubarkan. Iaitu sebelum dilakukan pembahagian kepada pelabur yang lain.

Ini tidak harus disisi syarak kerana syarikat itu pada asasnya berada dalam keadaan tidak pasti, sama ada untung ataupun rugi. Kerugian itu pula akan memberi kesan kepada modal syarikat.

Oleh itu apabila diberi jaminan kepada pemegang saham ini untuk mendapat pulangan penuh nilai sahamnya semula maka ini menafikan maksud asal dalam konsep syarrikat.

Daripada sudut yang lain pula, jika syarikat mengalami kerugian tetapi pemegang saham ini dipulangkan semula semua nilai sahamnya sedangkan tidak begitu kepada pemegang saham yang biasa, maka ini tidak ada keadilan bagi semua pelabur yang lain. Ini adalh suautu kezaliman dan oleh itu ia tidak harus disisi syarak.

d) Apabila perbezaan itu ialah dengan memberi lebih suara dalam mesyuarat agung tahunan kepada pemegang saham keutamaan. Ini juga tidak harus disisi syarak kerana sepatutnya semua pelabur adalah sama sahaja hak mereka dan termasuk dalam hak-hak ini ialah persamaan suara mengikut bilangan saham yang dimiliki.

JENIS SAHAM KEUTAMAAN YANG HARUS:

Manakala jenis saham keutamaan yang harus disisi syarak pula ialah seperti memberikan sesuatu keistimewaan kepada pemegang saham awal iaitu dengan memberikan keutamaan untuk mendahulukan mereka memiliki saham-saham baru. Ini kerana mereka adalah ahli-ahli syarikat yang awal dan mereka sebenarnya memang lebih utama daripada orang lain agar syarikat hanya terhad dalam lingkungan mereka sahaja.

Bahkan pada asanya saham-saham baru itu tidak boleh dikeluarkan untuk memiliki ileh sesiapa pun kecuali mestilah dengan persetujuan mereka dalam mesyuarat agung yang memang terdiri daeipada mereka juga.

Syarak telah menetapkan bahawa setiap syarikat mestilah dibina diatas sistem al-ijab dan al-qabul. Apabila Mereka ingin memperluaskan aktiviti syarikat, mereka boleh memutuskan untuk menambah jumlah modal syarikat itu sama ada melalui sumbangan daripada mereka secara keseluruhannya atau sebahagiannya sahaja daripada mereka. Mereka boleh juga mengambil ahli syarikat (pelabur) yang baru lalu terbentuklah sebuah syarikat yang baru.

Kesimpulannya disini ialah mereka dibenarkan untuk mewujudkan gak keutamaan tersebut kepada sesama mereka atau kepada sebahagian sahaja dari kalangan mereka untuk memiliki saham-saham yang baru, iaitu sebagai satu keistimewaan kepada mereka. Sebagaimana hak asy-syufah iaitu suatu hak yang ditentukan syarak sementara di sini adalah hak orang-orang Islam yang terawal untuk mendapatkan keutamaan membeli saham-saham yang baru berbanding orang-orang yang selain mereka.

SAHAM BOLEH TEBUS (REDEEMABLE)

Ia adalah sejenis saham yang boleh ditebus nilainya dengan memulangkan semula kepada pemegangnya dalam keadaan syarikat masih kekal beroperasi.

Ahli undang-undang mengatakan bahawa ia boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti syarikat pada awalnya boleh menarik semula sebahagian daripada sahamnya dengan membayar nilainya kepada pemegang-pemegang sahamnya tersebut. Selepas penarikan itu syarikat akan memberikan sejenis pemilikan kepada pemegang-pemegang tersebut sejenis saham yang dikenali sebnagai saham boleh tebus. Saham ini membrikan hak kepada mereka untuk menikmati sebahagian daripada keuntungan walaupun untung daripada saham harta yang sebenar dan saham ini juga membenarkan mereka untuk menyertai mesyuarat agung tahunan.

Saham jenis ini ada yang harus dan ada yang tidak harus di sisi syarak. Jika nilai yang dipulangkan semula oleh syarikat kepada pelabur tadi ialah nilai saham yang sebenar, maka ia tidak harus disisi syarak. Ini kerana apabila dipulangkan kepadanya nilai saham sebenar tidak kira sama ada ia kyrang atau lebih tinggi daripada nilai saham yang tercatat, maka hubungannya dengan syarikat itu telah terputus dan terhenti setakat itu sahaja dan pelabur tersebut telah menerima semula suatu harta yang menyamai bahagian pemilikannya dalam syarikat iaitu yang mewakili sebahagian modal syarikat yang telah dibayar, bahagiannya didalam aset dan modal rizab syarikat atau sebagainya yang mengakibatkan dia tidak lagi berhak terhadap sesuatu pun daripada keuntungan syarikat selepas pembayaran penuh sahamnya itu.

Keuntungan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak hanya berhak dimiliki dengan imbalan daripada sesuatu harta atau sesuatu kerja atau sesuatu jaminan. Dalam keadaan di atas, dia telah pun keluar daripada syarikat itu maka dia tidak lagi dikira berkongsi dalam aqad, harta dan aktiviti syarikat. Oleh itu dia tidak berhak untuk mendapat sebarang keuntungan lagi. Dengan itu juga, maka saham boleh tebus ini tidak sah. Dengan itu juga dia sebenarnya tidak boleh menyertai bersama dalam mesyuarat agung tahunan syarikat.

Jika nilai yang dibayar semula itu adalah nilai catatan pada sijil saham dan bukannya nilai sebenar, maka hukum mengenainya itu mestilah diperincikan sedikit.

Jika nilai catatan tersebut itu kurang daripada nilai saham sebenar maka hubungan pelabur itu dengan syarikat dikira masih berterusan kerana dia hanya mengambil semula nilai saham pada catatan sahaja iaitu modal yang dibayar pada permulaan syarikat sedangkan masih tertinggal baki haknya yang telah berubah bentuknya dalam aset-aset syarikat, rizab modal syarikat dan dalam apa-apa bentuk haknya yang selain daripada nilai modalnya yang telah dipulangkan.

Oleh itu dia adalah berhak untuk mendapat sebahagian daripada keuntungan syarikat sekalipun nilai keuntungan pelabur-pelabur lain yang tidak mengambil semula jumlah sahamnya daripada syarikat. Kerana keuntungan tersebut adalah haknya pada sebahagian hartanya yang masih berbaki dalam syarikat tersebut. Bentuk saham ini adalah harus disisi syarak dan dia berhak terhadap untung tersebut.

Apabila syarikat mendapat keuntungan selepas itu maka dia tidak berhak lagi terhadap untung tersebut pada pandangan syarak. Oleh itu, harus hukumnya pada saham boleh tebus dalam keadaan sedemikian.

Jika syarikat tersebut memberhentikan operasinya, ia dikira dibubarkan, oleh itu ia mestilah menyelesaikan kedudukan akaunnya kemudian membahagikan kepada para pelabur apa-apa sahaja yang sepatutnya menjadi hak mereka sama ada dalam bentuk wang dan jika masih tertinggal dalam bentuk barangan ia mestilah menjualnya kemudian hasilnya dibahagikan bersama.

Setiap pelabur berhak untuk mendaptkan haknya dalam keuntungan syarikat. Jika syarikat itu mengalami kerugian, maka setiap pelabur itu bersama-sama menanggung keruguan. Setiap syarikat menghadapi risiko untung dan juga rugi dalam pperniagaan, oleh itu tidak boleh sebahagian pelabur terselamat daripada menanggung kerugian tersebut seperti mereka dibenarkan untuk mendapatkan keseluruhan nilai saham mereka, sedangkan sebahagian yang lain terpaksa menanggungnya. Jika ini berlaku, ini merupakan satu kezaliman, tidak berakhlak dan juga memudaratkan orang lain.

Semua ini adalah tidak harus disisi syarak dan tidak dikira sesuuatu yang terdesak (darurat) untuk menerbitkan saham boleh tebus dengan cara sebegini kerana nilai sesuatu saham itu dibayar daripada jumlah keuntungan syarikat, bahkan jika tidak dibayar dengan cara tersebut, keuntungan itu akan kembali semula kepada pelabur melalui sesuatu manfaat yang dikira tidak memudartkan mereka. Mereka juga akan memperoleh juga nilai saham mereka itu dengan terhentinya syarikat kelak.

Dalam keadaan yang lain, apabila tamatnya sesuatu kontrak bagi ssebuah syarikat, kerajaan akan mengambil alih projek tersebut. Syarikat berkenaan kemingkinan boleh membahagikan keuntungannya dalam bentuk bayaran tahunan dengan cara peruntukan tersebut disimpan atas nama pelabur-pelabur secara khusus sehungga menyamai semua nilai-nilai saham. Kemudian nilai ini disimpan sehinggalah samapi kepada tamatnya tempoh kontrak tersebut, lalu para pelabur itu bolehlah mengambil hak mereka tanpa terpaksa untuk menerbitkan saham boleh tebus tersebut kepada sebahagian pelabur dan tidak kepada sebahagian yang lain.

Walauapapun, bentuk yang diharuskan oleh syarak itu boleh dipraktikkan dengan cara membuat beberapa syarat yang disepakati bersama oleh semua pelabur. Sama ada ketika diperjelaskan ketika aqad syarikat dibuat atau ditulis di dalam undang-undang tubuh syarikat.

Sun, Apr 10 2011 05:11pm MYT 2
wenzhen119 chen
wenzhen119 chen
29 Posts

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links