aku,dia dan kamu

Mon, May 31 2010 02:07pm MYT 1
Mira Sobri
Mira Sobri
21 Posts
Perkarangan Kolej Matrikulasi Pahang hingar bingar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. Maklumla hari ini merupakan pendaftaran pelajar baru. Kereta Toyota Camry itu diparkir betul-betul di hadapan Kolej B1. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut dan membuka but belakang kereta dan mengeluarkan dua buah bagasi besar daripadanya.
"Kat mana kakak nak daftar ni?" tanya Datuk Haris kepada anak gadisnya.
"Foyer kolej ni." jawab Dhiya sambil membetulkan ikatan rambutnya.
"Dokumen-dokumen untuk pendaftaran semua dah ada dalam fail tu?"
"Dah. Kakak pergi daftar dulu ye,korang semua tunggu kat sini kejap tau. Nanti bila kakak dah dapat kunci bilik,kakak datang balik. Ok?"
"Ok."

"Ini kunci bilik awak dan sila amik beg atas meja kat tepi sana. Itu cenderahati daripada kolej ni. Pastikan kat dalam tu ada cadar, pakaian sukan KMPh, tudung, beg dan juga alatulis serta buku peraturan kolej ni." beritahu petugas pendaftaran sambil tersenyum.
"Terima kasih." ucap Dhiya,membalas senyuman petugas tersebut.
Segera dia mengatur langkah menuju ke arah ahli keluarganya yang setia menanti berhampiran dengan kereta mereka.
"Dah settle pendaftaran?" tanya Datuk Haris.
"Dah pa. Jom naik ke bilik kakak."
"Kakak dapat bilik mana?" soal Hakimi pula.
"B1-T1-15. Bilik dekat aras satu ni je."
"Oh,berapa orang sebilik?"
"Campur kakak,4 orang la."

Pintu bilik T1-15 itu diketuknya perlahan sambil memberikan salam. Kedengaran orang menjawab salam daripada dalam bilik tersebut dan mempersilakan Dhiya masuk. Tanpa berlengah lagi,Dhiya melangkah masuk,dia melemparkan senyuman pada penghuni bilik tersebut yang memandangnya.
Datuk Haris,Haikal dan Hakimi dahpun bersalaman dengan seorang lelaki yang berada dalam bilik tersebut.
"Saya Haris,dari Shah Alam. Ni anak-anak saya,Haikal dan Hakimi. Tu Mardhiyah,dia la yang akan belajar di sini. Yang sana tu isteri saya,Azrina,yang kecil tu anak perempuan saya,Alisya." perkenal Datuk Haris.
"Saya Luqman,dari Perak. Tu yang bertudung hijau,anak saya yang akan belajar di sini, Shahila. Yang tengah mengemas barang tu isteri saya,Zulaikha. Yang tengah pasang cadar tu kakak kepada Shahila,Shafira. Anak-anak kami ada lagi 5 orang,tapi mereka tak ikut. Maklumla ada yang bersekolah."
"Oh,besar juga ye bilik ni. Erm 2 orang lagi belum sampai ye?"
"Belum lagi agaknya."
Dhiya segera bersalaman dengan Shahila dan keluarganya, selepas itu dia menarik begnya untuk mengemas barang-barangnya di dalam locker.
"Mana cadar kakak? Biar Mama Rina pasangkan."
"Oh,kakak lupa,ada kolej bagi cadar KMPh tadi,ada dalam beg ni. Nah." ujar Dhiya sambil menghulurkan cadar berwarna ungu lembut kepada Datin Azrina.
Haikal dan Hakimi dah duduk bersila di atas lantai yang dilapik tikar getah dan mengeluarkan pakaian Mardhiyah daripada beg besar dan melipatnya.
"Baju kurung dan kebaya ni Dhiya nak gantung ke ape?" tanya Haikal.
"Ya. Along tolong hulurkan hanger sekali,biar Dhiya gantung dalam locker tu."

Setelah selesai membantu Mardhiyah mengemas barang-barangnya, Datuk Haris meminta diri untuk pulang.
"Papa pulang dulu ya,jaga diri baik-baik. Study elok-elok. Kalau ade apa-apa masalah, call la papa."
Mardhiyah hanya mengangguk.
"Kakak nangis ek?" Hakimi dah berdiri di sebelah Mardhiyah sambil memeluk bahu adiknya. Tangan kirinya pula menarik hidung Mardhiyah.
"Mana ada orang nangis. Angah ni,pandai-pandai je la." ujar Mardhiyah sambil menepis tangan abangnya.
Haikal pula bergerak menghampiri Mardhiyah, diusapnya perlahan rambut Mardhiyah yang panjang mencecah paras pinggang itu.
"Along tau Dhiya kuat. Study elok-elok. Janji dengan Along Dhiya akan dapat good result. Live a happy life here,bertahanla,setahun je pun. Even Aliff takde kat sini dengan Dhiya,tapi janganla sedih sangat ye."
"Along ni,mana ada orang sedih pasal Aliff takde kat sini la." Mardhiyah dah memberontak.
"Kal,Kimi,dah-dahla tu kacau kakak. Kakak,mama Rina harap kakak okay duduk kat sini,be a good girl. Belajar rajin-rajin." pesan Datin Azrina sambil memeluk dan mengucup pipi Mardhiyah.
"Insya-Allah I will. Mama Rina,nanti baby nak keluar,jangan lupa bagitau Dhiya,eh?" ujar Mardhiyah,matanya menyoroti perut ibu tirinya yang bulat benar itu,maklumlah sedang hamil 7 bulan.
Datin Azrina hanya mengangguk.
Mardhiyah memeluk pula adiknya,Alisya yang berusia 3 tahun itu dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya.

"Hi,saya Nur Hasrina binti Hassan. Boleh panggil saya Arin. Saya dari Penang." ujar gadis berkulit sawo matang berbaju kurung biru dan bertudung putih itu.
"Saya Ella,Nurin Shahila binti Luqman Hakim,dari Ipoh."
"Saya Leya. Aleya Husna binti Azman dari Kelantan. Awak?" Tiga pasang mata merenung Dhiya. Dhiya menarik senyum segaris merenung ketiga-tiga orang roommatenya itu.
"Saya Hani Mardhiyah binti Haris,dari Shah Alam. Nice to meet you." ujar Dhiya sambil bersalaman dengan Arin,Ella dan Leya.

Mardhiyah dan Aleya terkocoh-kocoh berjalan menuju ke Dewan Dato Bahaman,tanpa disedari Mardhiyah terlanggar seorang lelaki sehingga menyebabkan file yang dipegang lelaki itu jatuh daripada pegangannya.
"Sorry." ucap Mardhiyah sambil tunduk mengutip file lelaki tersebut dan menyerahkan kepadanya.
Lelaki yang bersongkok hitam dan berbaju kemeja biru lembut itu menarik segaris senyum protokol sebelum mengucapkan terima kasih kepada Mardhiyah.

Fuhhhhh penatnya!!! Mardhiyah merebahkan tubuhnya di atas katil bercadar ungu itu. Hari ni masuk hari ketiga minggu orientasi,terasa penat dengan pelbagai aktiviti,ceramah,ronda-ronda satu matrik, sesi LDK la. Kini tinggal 2 hari lagi untuk menamatkan minggu orientasi. Petang tadi ada sesi LDK yang pertama. Dia diletakkan di bawah LDK 24 dan di bawah pengawasan Miss Nur Amalina,pensyarah Matematik. Ahli LDKnya pula seramai 16 orang, 8 lelaki,8 perempuan. Dan yang paling tak disangka-sangka,mamat bersongkok yang dilanggarnya pagi tadi seLDK dengannya lah pula. Tergamam dia seketika tadi apabila melihat lelaki itu damai bersandar di kerusinya dalam Bilik Tutorial 24 itu. Apatah lagi apabila lelaki itu menarik senyum segaris 3 saat kepadanya,terus dia jadi kaku nak melangkah. Lambat-lambat barulah bibirnya dapat mengukir senyum pada lelaki tersebut.

Syed Adam Firdaus, begitulah nama lelaki bersongkok tu. Anak keturunan syed-syed, berasal dari Johor, dulunya bersekolah Arab di Johor. Dengar kata,lelaki itu juga ada keturunan Iran di sebelah ibunya, itulah yang menjadikan mukanya kacak. Dia tinggi lampai, setinggi lima kaki tujuh inci,berkulit putih kemerahan-merahan. Matanya bersinar warna hazel. Subhanallah,kacaknya dia,memang tak terlawan kekacakan mana-mana lelaki lain pun di matrikulasi Pahang ini. Sekali pandang padanya,pasti ramai gadis akan jatuh cinta. Baru tiga hari ini pun, dengar cerita sudah ramai gadis yang cuba mendekatinya tapi Adam buat acuh tak acuh je. Mardhiyah pula,entah kenapa saat terpandang wajah Adam,hatinya terus berdenyut laju. Padahal dalam hatinya sudah dia khaskan tempat itu buat seorang lelaki sahaja-Muhammad Akhtar Aliff. Ada yang tidak kena dengan hatinya ini. Mengapa secara tiba-tiba hatinya berdegup lebih laju dan berdebar-debar tatkala melihat,apatah lagi mendengar nama dan suara Adam? Aduhai hati yang satu ni,sukarnya untuk aku mengertimu." desis hati kecil Mardhiyah.

Telefon bimbit Sony Ericsson berwarna pink metallic itu melagukan Nobody-Wondergirls.
"Siapa punya telefon ni?" tanya Arin yang berada berhampiran dengan telefon tersebut.
"Aku." jawab Dhiya sambil mencapai telefon miliknya. Sekilas dijeling nama pemanggil pada skrin telefonnya. Oppa..bibirnya sudah mengukir senyum. Oppa=Aliff.

"You tengah buat apa ni? Kenapa lambat je nak jawab call?" soal Aliff.
"Iron baju. Sorry la, you sihat ke?"
"Sihat aje. Tapi penatla,kelas memanjang je. Camna dengan orientasi,ok?"
"Okay je. Kadang-kadang bosan jugak. You la takde kat sini. Dah 4 hari dah,baru nak call I."
"You merajuk eh Hani..Sorryla,I kan sibuk. Maklumla,kelas banyak sangat ni. I bukan tak ingat kat you. You pun tau kan,persediaan I nak ke England ni dah nak habis, September nanti berangkatla I ke sana."
"I tau la you sibuk tapi takkan la tak ingat kat I langsung. Nanti-nanti you dah fly ke England,entah-entah you dah lupa kat I terus." suara Mardhiyah,berjauh hati.
"I promise takkan lupakan you. You pun tahu kan, I dah nak masuk musim exam bulan Jun nanti,memang sangat-sangat sibukla."
"Takpe,I faham. Ni you dah makan belum? Jangan sibuk sangat sampai lupa nak makan,nanti dah tak handsome pakwe I ni."
"I dah makan la tadi sayang,dengan Fikri roommate I. Ala,tak handsome pun,I tau cik Hani sayangkan I lagi kan?"
"Perasan!! Siapa yang sayang kat you?"
"Ye la tu. Okla sayang, I nak siapkan assignment I ni,lusa dah nak kena hantar. Lainkali I call lagi ye?"
"Ok,take care.'
"You too,take care. Saranghaeyo!"

Hari ini merupakan hari terakhir untuk minggu orientasi. Isnin depan dah mula kuliah. Senarai nama pelajar dan praktikum masing-masing akan ditampal pada notice board berhampiran Unit Hal Ehwal Pelajar pada jam 5 petang. Pagi itu,sesi LDK berjalan seperti biasa. Miss Amalina telah meminta semua pelajar untuk menyiapkan tugasan mengikut bulan kelahiran masing-masing. Mardhiyah tercari-cari siapakah yang satu kumpulan dengannya. Dia dah bertanya kepada rakan-rakan yang lain,nampaknya tiada seorang pun yang lahir pada bulan yang sama dengannya. Haru jugak kalau dia sorang-sorang je nak kena siapkan tugasan tu. Harapannya cuma tinggal satu je,ade seorang lagi 'mamat' yang dia belum bertanya. Mardhiyah memandang sekilas pada mamat berbaju kemeja kuning cair itu dan tanpa disedari Adam juga memandang ke arahnya sambil melemparkan senyuman pencair hati,tujuh juta megawattnya. Darah terasa tersimbah ke muka, Mardhiyah menunduk menahan malu. Adam berjalan menghampiri Mardhiyah yang berbaju kurung kuning air dan bertudung krim itu,dia sudah tersenyum senang dalam hati. Bagaikan berjanji pula,dia dan Mardhiyah berpakaian sedondonlah pula.
"Assalamualaikum. Awak dah jumpa ke group awak?"
"Waalaikummussalam. Belum lagi la. Awak?"
"Belum. Saya dah tanya kawan-kawan yang lain tadi,tak ada seorang pun yang lahir bulan 12."
"Awak lahir bulan 12 ke?" mata Mardhiyah dah pun bersinar senang.
"Ya. Kenapa? Awak pun lahir bulan 12 ke?"
"Ya. Syukurnya dah jumpa partner yang lahir pada bulan yang sama dengan saya. Ingatkan saya sorang-sorang je tadi." Mardhiyah dah tersenyum gembira.
"So boleh kita mulakan kerja kita sekarang?"
"Okay,sure!"

Mereka berbual-bual sambil menyiapkan tugasan yang diberi. Inilah masa berharga untuk saling mengenali diri masing-masing.
"So awak ni memang asal Shah Alam ke,Dhiya?"
"Takla,saya lahir kat Indonesia,dekat Acheh. Keluarga kami memang selalu berpindah randah. Tapi sekarang ni rumah kami dekat Shah Alam la,dah hampir 5 tahun tinggal kat Shah Alam."
"Oh,jauhnya. Lahir kat Indon tu. Awak ada saudara mara ke kat sana?"
"Ada. Arwah mama saya memang asal sana,family mama asal dari Acheh tapi mereka dah pindah ke Bandung,ada la dalam 8 tahun dah,jadi masa tsunami dulu,keluarga kitorang tak terjejas la."
"Oh macam tu. Adik-beradik awak berapa-orang?"
"Kalau adik-beradik dengan arwah mama saya, kami 3 orang je,saya ada 2 orang abang. Kalau dengan mama baru, kami ada seorang adik perempuan. Ni pun mama tiri saya hamil lagi,tak lama lagi dapatla adik baru." tutur Mardhiyah dengan senyuman.
"Maaflah saya tanya,dah lama ke mama awak meninggal? Arwah meninggal sebab ape ye?"
"Tak apa. Arwah mama meninggal masa saya umur 10 tahun, mama meninggal sebab penyakit barah serviks."
"Innalillah. Mesti keluarga awak terasa kan dengan pemergian mama awak tu?"
"Ya,lebih-lebih lagi saya,sebab saya rapat dengan mama. Lagipun saya satu-satunya anak perempuan mama. Papa pun sedih jugak,ye la mama kan cinta pertama dia. Tapi mama ada pesan pada kami semua sebelum dia meninggal, mama taknak kami terlalu bersedih dengan pemergian dia. Mama nak kami teruskan hidup ni dengan ceria walaupun tanpa dia di sisi kami. Pada papa pula,mama ada berpesan,carilah isteri yang lain. Mama tak sanggup lihat papa hidup sendiri membesarkan kami 3 beradik. Walaupun papa dah berkali-kali cakap pada mama,hanya mama di hatinya,tiada siapa pun dapat gantikan mama. Mama cinta pertama dan terakhir papa. Awak tahu apa mama cakap? "Nessa tak nak abang hukum diri sendiri, abang berhak untuk hidup bahagia walaupun tanpa Nessa, anak-anak kita perlukan seorang ibu dan abang perlukan teman. Nessa dah 16 tahun menjadi isteri abang,Nessa bahagia sangat-sangat,dan Nessa tak kisah jika abang nak gantikan Nessa dengan perempuan lain kerana abang berhak. Abang, terima kasih kerana begitu tulus mencintai Nessa tapi Nessa pinta,tolonglah jangan menutup hatimu untuk gadis lain, bukalah hatimu untuk mencintai gadis lain, abang tak akan rugi sedikitpun. Lagipun jika kita menyanyangi seorang yang lain, kasih sayang kita terhadap orang lama itu tak akan berkurangan sedikitpun,jadi janji pada Nessa,abang,yang abang akan menikah lain setelah pemergian Nessa." Itulah kata-kata terakhir arwah mama sebelum dia meninggal,dan itulah juga yang membuka hati papa untuk berkahwin lagi dengan Mama Rina." air mata dahpun menitis sewaktu Mardhiyah bercerita, disekanya perlahan dengan hujung jari.
"Dhiya,maaf,saya tak patut tanya soalan macam ni pada awak,buat awak bersedih." sayu suara Adam tatkala dia melihat cecair bening dahpun bergenang di tubir mata Mardhiyah yang cantik itu.
"Tak mengapa,saya dah biasa,dah kuat untuk berhadapan dengan semua ni,dah 8 tahun pun cerita sedih tu berlaku." Mardhiyah cuba menarik senyum,menghiasi bibirnya.
"Asyik tanya pasal saya je. Ceritalah pasal family awak pulak. Awak memang asal Johor ke?"
"Saya lahir kat Ipoh. Dulu family kitorang tinggal kat Perak,kemudian pindah ke Terengganu, baru 5 tahun kebelakangan ni je kitorang tinggal kat Johor,dekat area Johor Bharu."
"Oh,family awak ada berapa orang?"
"Ramai,campur parent saya ada 10 0rang, adik-beradik saya semuanya 8 orang, 5 perempuan, 3 lelaki."
"Ramainya,mesti meriah kan rumah awak. Teringat pula tante-tante dan om-om saya di Indonesia,adik-beradik arwah mama saya ramai, 7 orang. Papa pula cuma 3 beradik je. So,awak ni anak ke berapa?"
"Lima, saya ada 2 orang abang,2 orang kakak dan 3 orang adik perempuan."
"Oh, dah ada ke yang kahwin?"
"Kakak saya dan abang saya yang sulung dah kahwin. Hujung tahun ni,insya-Allah kakak saya yang kedua akan kahwin pulak."
"Yang sulung lelaki ke perempuan? Dah ada anak saudara ke? Adik-adik awak sekolah lagi ke?"
"Yang sulung perempuan,Syarifah Ainul Shuhada. Dia dah ada anak, dah dua orang pun. Dua-dua lelaki. Abang saya Arif baru je kahwin tahun lepas,tak ada anak lagi. Adik-adik saya sekolah lagi,yang bawah saya,Aisya form four, Ayuni form one, yang bongsu Arisa darjah tiga."
"Oh. Parent awak kerja apa?"
"Abi saya doktor pakar bedah,dekat Hospital Sultanah Aminah,JB. Ummi pula pensyarah Matematik dan Statistik dekat UTM Skudai. Parent awak pulak?"
"Wah,hebatnya parent awak. Erm papa saya ahli perniagaan, mama tiri saya cikgu Biologi, dekat sekolah lama saya dulu."
"Oh. Papa awak,Datuk Haris yang jadi pengedar makanan dan minuman kesihatan yang berjaya tu ke?"
"Ya. Papa saya la tu."
"Oh, orang hebat jugakla papa awak ni. So,tarikh lahir awak bila ni?"
"31 Disember. Awak?"
"24 Disember. Selang seminggu je la,birthday kita,ek?"
"Ya,so awak nanti amik Bio ke Fizik? Saya amik Bio."
"Saya amik Fizik,sebab lepas ni nak sambung engineering."

Sedar tak sedar dah pun dua minggu kuliah berjalan. Penatnya, hari-hari kuliah sehingga jam 5 petang. Cuma hari Jumaat je kuliah sehingga pukul 12 tengahari. Mardhiyah diletakkan di bawah kuliah 5 Sains Hayat,praktikum 32. Rakan-rakan sekelasnya ada 25 orang,dengan 3 orang Chinese.Untuk subjek Kimia,kuliahnya bergabung dengan kuliah Sains Fizik 5. Kebetulan, dia sekuliah dengan Adam lah pula untuk subjek Kimia ini. Kenapalah asyik jumpa dia je? Ada jodoh ke? Tak dinafikan, Mardhiyah rasa senang bersahabat dengan Adam. Adam yang baik dan peramah itu,tapi rasanya dengan gadis lain Adam tu tak lah pula banyak bercakap. Hanya dengan dia je,Adam terlebih ramah. Kenapa ye, takkanlah Adam suka kat aku kot?
Teringat kali pertama menjejakkan kaki ke kuliah Kimia Encik Razlan, hampir terkeluar biji matanya melihat Adam di barisan hadapan kerusi dalam dewan kuliah tersebut. Adam pula riak selamba sambil tersenyum mesra padanya. Dan tak disangka pulak,Adam ni sekelas la pula dengan Kery,sepupu tirinya itu. Waktu itu,dia baru nak melangkah keluar dari dewan kuliah,nak menuju ke library,lagipun ada gap 2 jam sebelum tutor Biologi,lagi baik ke library siapkan tutorial. Ketika itu,dia dan rakan sekelasnya,Wafa, Azreen,Bella dan Kim,satu-satunya Chinese girl dalam kelas dia dah nak menapak ke library apabila ada seseorang memanggil namanya. Terkujat seketika melihat si Kery yang dah tersenyum senang,dan di sebelah Kery,Adam dan seorang lagi budak lelaki,macam pernah tengok memandang ke arahnya. Lambat-lambat dia mengukir sengih segaris pada mamat bertiga tu. Rakan-rakannya dah memandang pelik,pada rakannya,dia menuturkan perlahan,"That's my cousin. Aku jumpa dia jap,tunggu kat library. Nanti aku datang,ok?" Mujurlah rakan-rakannya tak banyak kerenah,mereka segera berlalu meninggalkan Mardhiyah.

Mardiyah menapak mendekati Kery,dia menarik senyum segaris.
"My lady,Hani. Tak sangka kau pun masuk sini jugak. I'm thought Mak Su Rina was joking about you being here." Kery dah menuturkan, dipandangnya Mardhiyah yang manis berbaju kurung corak abstrak berwarna hijau pucuk pisang,dipadankan dengan sandal tumit tinggi 1 inci berwarna krim. Rambut gadis itu pula disanggul kemas.
"Aku pun tak pernah tau kau masuk sini,tak pernah nampak time orientasi pun. Ke kau aci ulang-alik dari sini ke rumah kau?"
Si Kery atau nama sebenar dia,Muhammad Faizi Khairi ni tinggal dekat Pahang ni je,dekat Permatang Badak,Kuantan tu je.
"Perli aku eh? Aku ada je,tapi datang orientasi lewat sikit,demam panas. Tapi sungguhla aku tak tau kau pun kat sini. Seingat aku mak su dan pak su ada cakap nak datang Pahang,tapi tak cakap pun nak hantar kau. Masa diaorang datang rumah aku pun,kau takde."
"Ye la,sebab mereka dah hantar aku kat sini,on da way nak balik,singgahla rumah Pak Ngah dulu. Sehari sebelum daftar,kitorang tidur kat rumah nenek kau,dekat Pekan tu."
"Oh patutla. Ade pulak cakap nenek aku,nenek aku pun nenek kau jugakla. So kau kat sini ambil Hayat ke?"
"Ya,macamla tak tau lagi cita-cita aku." Mardhiyah memandang Adam yang sedari tadi merenungnya,dan dia perasan Adam merenung rambutnya yang perang tu. Janganlah mamat tu tanya kenapa aku tak bertudung.
"Oh lupa pulak aku. Hani,ni kawan sekelas aku,Adam Firdaus dari Johor,tu sorang lagi,Naim dari Kelantan. Adam,Naim,ni cousin aku,Hani,budak asal Indon tapi menetap di Shah Alam." perkenal Kery sambil ketawa.
"Aku dah kenal Adam, Naim ni macam pernah nampak. Banyakla kau cakap aku budak Indon."
"La,dah kenal ke? Patutla Adam nampak happy je bila tengok kau. Adam tak percaya bila aku cakap kita ni cousin. Mana kau kenal Adam? Eh-eh,dah memang kau lahir kat Indon kan? Your late mama kan orang Indon,your eyang too."
"That's true. Adam ni satu LDK dengan aku. Adam,saya dengan Kery ni cousin tiri,my mama tiri ni adik kepada ayah Kery."
"Oh macam tu. So,tak ada kelas ke lepas ni?"
"Ada,pukul 12,tutor Bio. Korang?"
"Pukul 11 nanti ada lab Fizik."
"Oh. Maaflah Kery,Adam,Naim,I kena minta diri dulu,tak boleh borak lama-lama dengan korang. Lagipun my friends dah tunggu kat library,nak discuss pasal tutorial bio. Jumpa lain kali,ok?"
"OK. Hani,kalau ada masa datangla rumah aku,mak aku dah lama tak jumpa kau."
"Sure,bila cuti nanti,kalau aku tak balik Shah Alam or rumah opah aku kat Johor. AKu pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam.

Adam duduk bersila di atas katil Kery,sambil menekan kalkulator untuk menyiapkan tutorial Matematik. Kery pula sedang mengadap laptopnya, mungkin sedang berchatting dengan seseorang.
"Kau dah siap ke tutor Math ni ,Kery?"
"Belum,ada 3 soalan yang complicated,aku tak tau buat, ingat esok nak tanya Hani jap."
"Oh. Kery,dah lama ke mak su kau kahwin dengan papa Mardhiyah tu?"
"Adalah dalam 5 tahun. Kenapa?"
"Saja tanya. So kau kira rapat jugakla dengan adik-beradik dia?"
"Nak kata rapat tu, takdela rapat sangat, biasa-biasa aje la. Dengan Hani dulu pun aku takla rapat sangat, tapi kami jadi rapat sejak 2 tahun kebelakangan ni la,maklumla kami saling share tentang pelajaran masing-masing. Abang-abang dia aku jarang jumpa,maklumla dua-dua tu belajar kat oversea."
"Oh,abang-abang dia belajar kat mana? Mardhiyah tu dapat berapa A SPM ek?"
"Yang sulung amik Medic, dekat Scotland, yang second amik engineering dekat Korea Selatan. Hani tu dapat straight A's SPM."
"Bijak juga dia tu, dia tak apply oversea ke?"
"Hani tu memang nak pergi oversea tapi papa dia tak bagi,suruh belajar kat Malaysia ni je."
"Oh."
"Kenapa kau tanya? Kau minat kat dia,ek?" Kery dah sengih menyakat.
"Ish,mana ada, saja je a"ku tanya. Kau ni.."
"Tak salah kalau kau nak suka kat dia pun, Hani tu cantik, memang ramai la suka kat dia."
"Kau pernah suka kat dia ke?"
"Ade pulak tanya aku balik. Aku ni tak padan dengan orang secantik Hani, lagipun aku dah ada awekla. Kalau kau suka kat Hani, cubalah dekati dia, Hani tu okay je."
"Aku just suka dia sebagai kawan je."
"Tak salah kalau kau suka dia lebih daripada tu. Ni ha,aku ada gambar family Hani masa raya tahun lepas,kau nak tengok?"
"Boleh jugak." Adam dahpun berdiri, menghampiri meja Kery.
Matanya menyapa gambar Mardhiyah yang berbaju kebaya merah jambu dengan stiletto warna sedondon, rambut perang gadis itu didandan cantik. Di sebelah kiri Mardhiyah pula terdapat seorang lelaki berbaju melayu biru laut siap bersamping, di sebelah kanan Mardhiyah pula lelaki berbaju melayu warna merah manggis.
"Siapa tu?" tanya Adam pada Kery.
"Yang kiri tu Along,Haikal,dia yang belajar di Scotland,umur 23. Yang sebelah kanan angah,Hakimi,belajar kat Korea,umur 21."
"Oh. Yang ni gambar siapa pula?"
"Oh itulah gambar mereka satu family. Ni masa mereka beraya dekat rumah opah Hani,dekat Johor."
"Opah dia orang Johor ke?"
"Ya,dekat JB. Rasanya tak jauh la dari rumah kau."
"Oh. Erm, memang Mardhiyah ni free hair ke dari dulu?"
"Ya,dari aku kenal dia, rasanya kalau dia pakai tudung pun time ada kelas agama kat sekolah dan ziarah pusara arwah mama dia je. Kenapa tanya?"
"Takde la,time orientasi tu aku tengok sweet je dia pakai tudung. Terkejut jugak bila tengok dia free hair time pergi kelas."
"Oh,kan time orientasi kakak-kakak OC strict,semua girls yang Islam wajib pakai tudung, tu la yang dia pun bertudung, mungkinla. Tapi betullah,aku rasa Hani lagi sweet bila bertudung. Memangla rambut perang dia tu cantik."
"Yeah, she is sweet dan lg sweet bila pakai tudung."
"Kau tanya lebih-lebih ni kenapa? Kau suka kat dia ek?"
"Ish tak ade la...Entah-entah dia dah ada pakwe.Orang cantik macam dia tu, takkanla takde pakwe lagi kot.."
"Memang dia dah ada pakwe pun. Melepaslah kau nampak gayanya,Adam"


"Dhiya, kau nak tak jadi calon untuk MPP untuk satu tahun ni?" tanya Haida.
"Kenapa? Kau nak cadangkan nama aku ke ape?" tanya Mardhiyah dengan kening berkerut.
"Ya, sebab aku dengar budak Sains Hayat kena hantar at least 20 calon untuk bertanding, tak kisahla dari kuliah mana pun."
"Under Hayat kan ada 7 Kuliah..dan student pun ramai..mustahil la kau nak calonkan aku...entah-entah aku ni tak layak langsung."
"Takde maknanya kau tak layak, kau tu kan best student dalam kuliah kita..aku dengar kuliah kita la paling banyak nak hantar wakil.. yang dah confirm Zee Ling dan Aaron. lagi satu Hazriq, campur kau sorang lagi kira ok la tu.."
"Takde orang lain ke selain daripada aku?"
"Yup, kami semua sepakat hanya kau yang layak. Aku calonkan nama kau ek? Lagipun dah ramai nak undi kau ni. Lagi satu, Adam kau pun masuk bertanding jugak tau."
"Adam aku?" Dhiya buat muka blur.
"Ala,Adam yang selalu tegur kau tu..Dengar kata,dia bertanding untuk jawatan Presiden.'
"Oh, habis tu korang nak calonkan aku untuk jawatan apa?"
"Apa lagi, Naib presiden la.'
"Gila, taknak la aku."
"Jangan nak mengada-ngada. Tu si Danial dah siap nak bagi nama kau kat Encik Shahrul, maknanya kau dah takleh nak cancel"
"Haida!!!!"


Keputusan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar dah pun dikeluarkan dan seperti dijangkakan, Adam memenangi jawatan Presiden. Si Kery pulak selaku Bendahari dan Mardhiyah pula selaku Naib Presiden. Hailoh, macam mana pulak boleh menang ni?













Tue, Jun 29 2010 02:45pm MYT 2
Mira Sobri
Mira Sobri
21 Posts
i really don't know how to write a good story..huhu..
ni pun cuma menulis mengikut idea yg ada dlm kepala..bila idea dtg,akan sy taipkan sedikit2x supaya x hilang..so sbb itu lah,cerita ni masih tak habis2x..sbb masih byk kesinambungan dia...hope akan dpt byk lg idea..tajuk dia pun xtau nk ltk ape,tgu cerita ni siap dlu la,bru fikir tajuk yg sesuai..

erm kpd anda yg on mewpace tu,kalau free ke,bosan ke,jenguk2xla kat forum ni,tgk karya sy ni dan berikan komen anda..kritikan dan komen membina,semua sy terima..sbb sy pun x pandai menulis cerpen,tentu byk kekurangannya...

ok..salam drp sy~Mira

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links