KEAGUNGAN SENI BINA ALHAMBRA DAN PENGARUHNYA DI MALAYSIA
| Sat, Apr 24 2010 01:59am MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
ainul wardah 1 Posts |
MARIAH MOHD SUKRI A119644 KEAGUNGAN SENI BINA ALHAMBRA DAN PENGARUHNYA DI MALAYSIA 1.0 Pendahaluan Islam mencapai satu tahap ketamadunan yang tinggi pada suatu masa dahulu. Ketamadunan yang dicapainya sememangnya memberi sumbangan yang besar dalam setiap aspek yang dapat dinilai melalui kesan peninggalannya yang sehingga kini masih lagi dapat dilihat dan dijadikan kajian. Perkembangan tamadun Islam sememangnya tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni ukiran, kesusasteraan, seni khat, muzik, seni bina, kesenian tekstil dan sebagainya. Jika dilihat perkembangan seni bina selari dengan pencapaian seni khat, seni ukir, dan perkembangan sains dan teknologi. Kesemuanya saling merangkumi dan melengkapi antara satu sama lain dan ahkirnya ia menghasilkan satu binaan yang dikagumi dan sehingga kini peninggalan seni bina banyk diaplikasikan dalam binaan beberapa bangunan yang penting. Seni bina di dalam tamadun Islam juga mencatat sebagai suatu yang amat penting, hal ini kerana ia merujuk sejauhmana proses pencapaian ketamadunan sesebuah empayar yang menguasai dunia Islam pada waktu itu. Binaan yang terawal dalam Islam iaitu Kaabah merupakan binaan yang terpenting dalam proses permulaan Islam. Di dalam al-Quran sendiri telah mencatatkan bahawa Kaabah sendiri telah dilindungi daraipada ancaman tentera bergajah dan ianya jelas dicatatkan dalam alQuran dari Surah al-Fil. Hal ini menunjukan bahawa binaan amat penting dalam proses penyebaran Islam. Kaabah juga merupakan gaya terawal kesenian seni bina Islam, sehinggalah seni bina Islam terus berkembang dan penyaksikan pelbagai elemen yang diterapkan dalam setiap seni bina yang muncul selepas itu yang dipengaruhi elemen pemerintah, budaya setempat dan sebagainya. Peninggalan monumen-monumen yang merujuk kepada seni bina Islam kini, masih lagi dapat dilihat akan keagungan binaannya. Contoh seni bina yang termasyhur antaranya ialah Taj Mahal, masjid Motii(mutiara) yang dibina semasa empayar Mughal. Selain Taj mahal sejarah Islam turut mencatatkan satu seni bina yang cukup hebat dan mengkagumkan iaitu seni bina al-Hambra yang pada masa kini masih dikaji akan kehalusan dan ketepatan kejuruteraan pembinaannya.
2.0 Tamadun Seni Bina Di Andalus Seni bina memberi satu pengertian suatu keindahan yang dicipta melalui kemahiran yang merangkumi elemen kreatif, kesungguhan, bakat yang daplikasikan dalam bidang binaan dan pertukangan, termasuk aspek-aspek dalam hal reka bentuk sebuah bangunan, samaada dekorasi dalaman dan luaran. Senibina yang dimaksudkan ini juga merupakan antara bidang kesenian dalam kelompok sebuah kebudayaan yang dihasilkan oleh sekumpulan manusia. Ekspedisi Islam di Andalus dimulakan oleh orang Arab dan Barbar. Unsur seni bina Islam mula bertapak di Cordova dan bandar-bandar lain di Andalus sekaligus meliputi bangunan, masjid, istana dan taman yang mempunyai cirri-ciri keislaman.(Maruwiyah Ahmat, 2003: 106) Islam yang telah memerintah andalus hampir lapan abad. Tempoh masa tersebut akhirnya telah melahirkan satu tamadun yang begitu tersohor dan sukar ditandingi oleh mana tamadun di dunia. Pencapaian yang begitu pesat dalam bidang ilmu pengetahuan dan kesenian menjadikan Andalus sebagai pusat intelektual dunia Barat yang masyhur. Kesan daripada perkembangan ilmu yang begitu meluas iaitu merangkumi matematik, kejuruteraan, ilmu geologi, serta ilmu ukir dan khat, ia telah membawa kepada satu hasil yang teramat bernilai iaitu kesenian seni bina. Pada zaman pemerintahan Islam di Andalus terdapat binaan yang amat menarik dan dikagumi. Pembinaan pembandaran seperti istana, tembok, masjid, menara ialah antara seni bina yang amat unik dan menarik. Apatah lagi ianya dihiasi dengan koleksi berbentuk berlian, batu permata, emas, lengkungan bercuping ladam dan lengkungan berkisi. Pada masa pemerintahan Islam di Andalus juga dikatakan bahawa manusia pada waktu itu telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi sehinggakan suduh wujud tempat pemandian(spa). (Ezad Azraai, 2004: 69)
2.1 Sejarah Pemerintahan Islam di Andalus Kemasukan Islam di Andalus pada akhir abad pertama Hijrah bukan hanya dapat mengembangkan dakwah Islamiyyah malahan telah berjaya menegakkan kalimah tauhid dan kerajaan Islam yang unggul di dunia barat. Namun begitu kejatuhan kerajaan Andalus pada abad ke9 telah meninggalkan implikasi besar terhadap ketamadunan Islam amnya. Pemerintahan Islam di andalus dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama ialah pemerintahan kuasa-kuasa kecil yang lebih tertumpu kepada perluasan wilayah jajahan dan penerokaan tempat-tempat baru. (Anisah Bahyah Ahmad, 2007:1)
Manakala peringkat kedua pula, kemunculan pemerintahan Banu Umayyah yang diterajui oleh Abd al-Rahman al-Dakhil yang melarikan diri daripada buruan kerajaan Abbasiyah. Abd Rahman al-Dakhil merupakan pengasas kerajaan Banu Umayyah di Andalus pada tahum 138H. Dengan penubuhan pemerintahan ini, bermulah titik permulaan penubuhan sebuah kerajaan yang begitu dikagumi diseluruh dunia. Ini termasuk kegiatan-kegiatan keilmuan dan juga kesenian, disamping ia lebih menyerlah apabila pemerintahan-pemerintah seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan. Ia termasuklah golongan al-Murabitun dan al-Muwahiddun yang mempunyai sumbangan besar terhadap perkembangan tersebut.(Ibid)
3.1 Keagungngan Seni bina Al-Hambra Perkembangan seni bina dalam Islam telah mencapai satu taraf yang tinggi dan unggul dalam peradaban dunia. Sejarah mencatatkan bahawa banyak seni bina atau monument dalam Islam yang mendapat pengiktirafan dunia, buktinya Taj Mahal yang dibina semasa keagunggan empayar Mongul telah diiktiraf sebagai antara tujuh perkara ajaib dunia. Begitu juga keagungan seni bina al hambra yang kini masih lagi dikaji dan dan banyak diadpatasikan kepada monumen seluruh dunia. Nama al-hambra juga mengembalikan kenangan kepada umat Islam akan sinar Islam yang pernah terpancar di bumi Sepanyol ini. Selain itu juga membangkitkan rasa kebanggaan dalam diri umat Islam akan penguasaan empayar Islam yang pernah gah pada suatu ketika dulu.( (Ezad Azraai, 2004: 71) Al-Hambra dalam bahasa arab (Al Hamra الحمراء)bermaksud merah ataupun istana yang kemerah merahan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa istana ini merah hasil daripada warna kering matahari terhadap istana tersebut yang dibina daripada batu bata yang terhasil daripada tanah liat dan batu kelikir. Selain istana ini juga yang digelar sebagai al hambra(kemerahan) adalah kerana obor api merah yang sentiasa digunakan semasa kerja pembinaan dijalankan dan fungsinya untuk beberapa tahun. Nama al-Hambra juga diambil sempena dengan nama pengasas Muhamad Ibnu Al-Ahmar. (ibid) Al Hambra juga dianggap sebagai sebuah kompleks monumen yang unik kerana menggabungkan beberapa keadaan yang luar biasa seperti kedudukan topografinya di puncak bukit La Sabica, Banjaran Sierra Nevada. Dengan demikian, ia semacam menaungi keseluruhan kota Granada dengan dinding pertahanan yang kukuh. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Al-Hambra pastinya akan tersentuh hati melihat seni binaan yang begitu agung. Sehingga boleh dikatakan bahawa setiap penjuru dan sudut istana ini mempunyai ukiran yang sukar dilakukan hatta ukiran itu dilakukan di atas konkrit, kayu, besi dan setiap penjuru tiang, siling dan juga sudut yang sukar untuk dilakukan ukiran kerana bukan bahagian yang rata.. Setiap ukiran banyak bermotifkan kalimah Allah, tumbuh-tumbuhan, rasullulah dan sebagainya. Istana ini seolah-olah mengabdikan ukirannya dengan kalimah allah di merata-rata sudut dan penjuru. Sebagai sebuah bangunan yang cukup indah dan terletak di pinggiran, banjaran Sierra Nevada, ia juga turut juga dihiasi hiasan yang cukup indah yang berlatarkan warna emas dan reka bentuknya yang amat menarik dan juga dianggap bangunan yang teramat indah. Ukiran dan pembinaan bangunan al hambra dibina berdasarkan pengiraan geometri bersama gabungan matematik. Bangunan al-Hambra juga dikatakan sebagai kemahiran tertinggi manusia dalam pembinaan bangunan. Di dalam dokumentari Islamic Spain: When the Moors Ruled in Europe (Alhambra, Granada) mengambarkan bahawa dibina untuk diabadikan untuk deria manusia.( http://www.youtube.com/watch?v=Mfm9RsEYCsk) Selain itu juga al hambra juga dibina berdasarkan asas pengiraan matematik yang tepat, tanpa sebarang sebarang cacat cela pada stuktur kejuruteraannya. Ianya juga mempunyai taman disetiap sudut luar yang menghubungkan antara satu sama lain. Disetiap tanpa dibina pancuran air yang menampakkan suatu suasana romantik. Aliran air ini juga terdapat disetipa sudut tepi tangga yang seolah-olah mengalir menuruni tangga. Dan sebenarnya aliran air dan pancuran air telah mewujudkan satu rentak bunyi yang begitu menenangkan dan mendamaikan apatah lagi rentak bunyi ini seolah-olah bergabung dengan bunyi kicaun burung yang menghasilkan satu bunyi yang begitu harmoni. (ibid) Menurut Profesor Antonions Fernandez Puertas dari University Of Granada yang telah menghabiskan sepanjang masanya dalam mengkaji keagungan seni bina Al-Hambra, menyatakan bahawa kesemua binaan al-Hambra adalah cukup sempurna, mengajaibkan, dan begitu mempesonakan. Ianya dibina berdasarkan suatu kawasan yang cukup terhad, namun begitu hasil pengiraan dan perancangan yang cukup sempurna iainya tetap meng hasilkan sebuah persekitaran yang abadi. Sebagai contohnya setiap sudut mengunakan pengiraan pithagoras yang tepat dalam menghasilkan satu bahagian istana. Dan pengiraan ini perlu tepat kerana ianya dibina di atas kawasan yang terhad kerana al-hambra sebenarnya adalah sebuah kubu yang kemudiannya barulah berkembang menjadi istana. Selain itu juga menurut Profesor Antonions Fernandez apabila kita menjejakkan kaki ke al-Hambra kita akan dapat merasakan suatu keajaiban yang cukup sempurna dan ianya memerlukan kita mengabung kesemua deria kita untuk merasainya, umpama apabila kita mendengar muzik Mosaic, Bethoveen kita akan dapat merasakan sesuatu yang mekagumkan yang menguasai diri kita.
Al hambra juga dikatakan satu binaan yang misteri dan mengajaibkan kerana terdapat satu sudut dalam binaan bangunan al-Hambra menempatkan sebuah kolam. Kolam ini seolah dirancang pembinaannya untuk memantulkan bayang bangunan, yang akhirnya seolah-olah menampakkan cantuman diantara bangunan dan imej yang terhasil dari air kolam tersebut. Ianya seolah bangunan yang mempunyai visual tiga dimensi antara satu sama lain.(ibid)
Ada empat elemen yang diciptakan dalam mewujudkan suasana yang mengasyikkan di al-Hambra. Antaranya ialah elemen pendengaran, penglihatan, sentuhan, dan bauan, kesemua ini seolah-olah saling bersatu antara satu sama lain dan ianya mengambarkan bahawa Al Hambra pada awal pembinaannya digunakan untuk tujuan ketenteraan iaitu ia dijadikan sebagai benteng pertahanan menghadapi golongan musuh terutamanya pemberontak dari luar.peristiwa ini dapat dilihat pada abad ketiga/kesembilan masihi, Amir Banu Umayyah ,Abd Allah telah menjadikan benteng daripada serangan luar. Setelah Muhammad I b . al-Ahmar menduduki granada pada tahun 1238 beliau telah memperbaiki dan membina semula kota pertahanan tersebut untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan istananya. Al_hambra yang pada asalnya untuk tujuan ketenteraan telah berkembang menjadi sebuah bandar kubu (alcazaba) kemudian dijadikan sebagai sebuah istana(alcazar) dan ahkirnya sebagai sebuah bandar kecil, kesemuanya digabungkan menjadi satu. Ketiga-tiga elemen ini dapat menjelaskan akan keistimewaan yang terdapat pada bangunan ini.(Ezad Azraai, 2004: 72)
Semasa pemerintahan Muhammad I usaha pembaikan dan pembesaran dilakukan yang kemudiannya diteruskan oleh para pemerintah Nasriyyah berikutnya seperti Muhammad II al-Faqih(1273-1302M) dan Muhammad III al-Makhlu(1302-1309M). Era kegemilangan kerajaan Nasriyyah iaitu dibawah pemerintahan Sultan Yusuf I (1333-1354M) Sultan Muhammad V(1354-1359,1362-1391M) telah mencatatkan bahawa Casa Real Vieja telah berjaya dibina. Bahagian yang paling indah dalam istana alhambra ini ialah Patio de Los Leones(the court of Lions) yang menempatkan bilik-bilik peribadi para sultan dan keluarga diraja. Dekorasi plaster yang cantik dan luar biasa diukir bagi menyamai warna dan corak permaidani dan lantai yang beraneka bentuk dalam istana. Ketelitian dan pemilihan bahan binaan berserta warna yang sesuai telah mengambarkan tahap ketamadunan yang tinggi terutamanya dalam aspek kesenian yang dicapai pada waktu itu. Selain itu juga warna al-Hambra akan sentiasa berubah-ubah mengikut tahap cahaya dan kedudukan matahari, bulan dan bintang. Di suatu sudut iaitu dibahagian tengah bahagian al-Hambra terdapat sebuah pancutan air yang dikelilingi oleh 12 replika patung singa yang diperbuat daripada batu marmar dan setiap patung singa itu berfungsi mengalirkan pancutan air daripada mulutnya. Al hambra dianggap sebagai suatu monumen yang agung dengan pelbagai elemen dekorasi yang digunakan. Satu perkara yang hampir mustahil untuk mengambarkan kemahiran manusia Seluruh bangunan yang terdapat dalam kompleks Al-Hambra itu tidak dibangun sekali gus, melainkan secara bertahap selama lebih dari 100 tahun pada abad ke-14 dan ke-15. Pembinaan pertama dibangunkan oleh Sultan Muhammad bin al-Ahmar I (1257-1323 M), keluarga Bani al-Ahmar atau Bani Nasr, yang berketurunan Said bin Ubadah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dari suku Khazraj di Madinah. Kemudian bangunan itu diperluas oleh sultan-sultan sesudahnya. Al-Hambra berada pada dataran di atas sebuah bukit kecil yang tingginya kira-kira 150 m di atas kota Granada. Dataran seluas kira-kira 14 hektar tersebut dikelilingi dinding yang dari jauh nampak bagaikan sebuah benteng yang kukuh. Di sekeliling dinding itu menjulang menara-menara yang megah sebanyak 13 buah, di antaranya ada yang setinggi 26 m. Jalan menuju ke istana itu terasa sejuk dan nyaman kerana di sepanjang jalan berjajar pepohonan dan air pancuran. Setelah melewati Istana Generalif yang didirikan oleh Karel V (penguasa Sepanyol tahun 1516-1556 M), pengunjung akan sampai di depan gerbang Al-Hambra. Bangunan yang mula-mula dapat dilihat adalah Masjid al-Mulk atau Masjid Sultan. Dinding yang mengelilingi Istana Al-Hambra dibuat dari batu buatan daripada tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah. Sepanjang tembok, bahagian bawah setinggi 4 kaki dihiasi dengan gambar-gambar, manakala bahagian atasnya pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana pula dibuat dari pada marmar putih bersegi empat. Atapnya berbentuk kubah. Di dalamnya terdapat taman-taman yang luas dan indah. Di bahagian belakang terdapat dua halaman luas di dalam gedung. Di atas semua bahagian istana, seperti dinding, langit-langit, tiang, ceruk dan lengkungan bertaburan pula arca-arca yang mewah. Istana Al-Hambra terdiri daripada berbagai-bagai ruangan, masing-masing mempunyai nama dan keindahan yang berbeza, iaitu: (1) Ruangan al-Hukmi, ruangan pengadilan berbentuk empat persegi setinggi 20 m. Ruangan ini mempunyai sebuah lambang yang menggambarkan tangan yang menadah ke langit dan anak kunci disampingnya, suatu lambang yang mengandungi makna bahawa keadilan membuka jalan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. (2) Taman Singa, sebuah kawasan berukuran 28.5 m x 15.70 m di sebelah barat Ruangan al-Hukmi. Keempat penjuru lapangan ini dikelilingi oleh teras dengan 128 tiang marmar yang berlapis dua, berlapis tiga dan berlapis empat. (3) Qaatu Bani Siraj, sebuah ruangan berbentuk bujur sangkar di sebelah timur Taman Singa. Dindingnya dihiasi dengan ukiran keemasan dan hiasan tulisan Arab. Di tengah ruangan terdapat saluran air pancuran / pancutan daripada batu pualam. Selain itu terdapat juga ruangan dua perempuan bersaudara, ruangan yang disediakan untuk dua orang saudara perempuan Sultan al-Ahmar. Di samping itu, ada juga ruangan bersiram, ruangan istirahat sultan dan permaisuri, sebuah taman di depan ruangan istirahat aultan, ruangan Barkah, ruangan Duta, ruangan as-Safradan masjid di sebelah utara ruangan istirahat sultan. Seorang penyair dari India yang mengunjungi Al-Hambra menuliskan ketakjubannya pada salah satu pintu Al-Hambra itu: Andaikan Firdaus ada di dunia, maka Firdaus itu adalah Al-Hambra. Kota Granada dengan Al-Hambra jatuh ke tangan penganut Kristian tahun 1492 M, dan Al-Hambra menjadi istana Kristian. (http://berita-harian-online.com/)
Istana ini dilengkapi dengan taman
mirta seperti pohon myrtuscommunis dan juga bunga-bunga yang
indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada
juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 128
tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam
air pancutan yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang
berbaris melingkar, di mana dari mulut patung singa-singa
tersebut keluar air yang memancar setiap kali masuknya waktu
solat. Satu keajaiban yang masih lagi dikaji oleh orang-orang
Barat. Kebanyakan penyair yang mengabadikan puisi mereka ke atas al-Hambra menyatakan bahawa tiada apapun dapat menandingi dan menyamai binaan al-Hambra, ianya juga merupakan menara yang menawan hati, binaan ini selah-olah mengagungkan Allah yang Ahad, dan semuanya diinspirasikan sebagai sesuatu yang mengatasi segala kecantikan.(Hillenbrand, Robert. 1994: 455) Antara puisi yang mengabadikan al-Hambra ialah The stars would gladly descent from their zones of light, And wish they lived in this hall instead of in heaven, Antara lain terdapat juga puisi yang mengungkapkan Fountain of the court of the Lions: And a full sea, and it is like the Sea of Solomon(ibid) , but it stands not upon oxen, And lions stationed upon its brink as it were young lions roaring for their prey, Whose inward parts are like overflowing springs - by their mouths (come) streams like rivers (Spiritual Spain-A Synthesis Author(s): M. J. Benardete Source: Hispania, Vol. 10, No. 1 (Feb., 1927), pp. 1-21 http://www.jstor.org/stable/330932 )
3.2 Elemen Air dan al-Hambra Pembinaan al-Hambra di bukit Sabikah sebenarnya memudahkan pembinaan aliran air. Bekalan air di al-Hambra dikatakan mencukupi untuk urusan seharian al-Hambra seperti untuk mandi, saliran air untuk taman. Aliran air yang begitu terancang pembinaanya ini sebenarnya telah mewujudkan satu tempang pemandian yang bukan biasa wujud pada waktu itu. Ianya dirancang dengan teknik yang teliti dan unik. Bahagian-bahagian seperti dewan untuk menukar pakaian, perjumpaan dibina berdasarkan rekabentuk yang fantasi dan luar biasa kerana bahagian ini seterusnya diikuti dengan bilik utama iaitu bilik yang memanaskan badan dan menyejukan badan dan sebenarnya tempat pemandian ini memenuhi standard Grananada pada masa itu malahan sesetengah pendapat mengatakan tempat pemandian al-Hambra lebih moden lagi.( Lane, Allen 1978: 73) Banyak kajian dilakukan dalam mengkaji aliran air dan hubungannya terhadap senibina dan rekabentuk di al-Hambra. Di al-Hambra dekorasi seperti taman, kolam dan pancuran air semestinya banyak mengunakan elemen air. Aliran air di al-Hambra boleh dibahagikan kepada kepada aliran. Satu aliran di Court of Myrtles, Partal yang biasanya tempat asas di al-Hambra. Pada asasnya pada bahagian aliran ini mempunyai dua kolam panjang untuk menghidupkan pokok, bunga dan tumbuhan sekitar taman, ringkasnya aliran air bahagian ini adalah untuk perkara asas. Bahagian kedua pula iaitu di Court of Lions adalah satu bahagian yang dinamik, dimana dua aliran air ini dipaksikan secara menegak yang saling berdekatan dengan bilik-bilik dan kemudiannya aliran Court of Lions air ini terus mengalir ke bahagian Court of Lions lalu mencurahkan air di bahagian perut Lions ini. Satu fenomena yang menakjubkan.(Ibid)
4.0 SENI BINA AL HAMBRA DAN PENGARUHNYA DI MALAYSIA Keagungan senibina Al-Hambra telah memberi pengaruh yang amat besar dalam bidang seni bina terhadap dunia. Boleh dikatakan bahawa terdapat banyak monumen dan bangunan banyak mengimplikasikan binaan al-Hambra samaada dari segi reka bentuk, binaan, ukiran dan sebagainya. Di Malaysia sendiri seni bina al-Hambra diaplikasikan oleh kebanyakan bangunan atau binaan yang penting. Seni bina al-Hambra banyak diaplikasikan di institusi akademik dan pengajian tinggi. Keaijaban dan keagungan seni bina al-Hambra itu sendiri telah menarik minat ramai untuk diabadikan pada monumen tertentu. Bagi mereka yang mengagungkan keagungan seni bina al-hambra banyak diluahkan dalam bentuk muzik, bacaan ilmiah, puisi, dokumentari dan sebagainya. Di Malaysia selain daripada tarikan seni bina al-Hambra yang agung, pengaplikasian binaan itu sendiri adalah untuk mengingati kembali akan keagungan empayar islam yamg pernah bertapak di dunia barat. Antara bangunan terkenal yang mengambil reka bentuk al-Hambra di Malaysia ialah: 1) The International Institute Of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) 2) University Islam Antarabangsa Malaysia 3) Kolej Universiti Islam Selangor 4) Replika Al-Hambra di Taman Tamadun Islam Terengganu 5) Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Purajaya Jelas sekali senibina al-Hambra begitu diiktiraf di Malaysia, buktinya rekaannya digunakan untuk binaan institusi pendidikan. Contohnya di Istac hampir kesemua reka bentuk binaannya mengunakan senibina al-Hambra, Istac yang diispirasikan binaan dan rekabentuknya oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Pembinaan penuhnya bermula dari tahun 1996 yang mengunakan lapan ekar keluasaannya yang bertempat di Damansara Kuala Lumpur. Antara bentuk persamaan di antara seni bina al-Hambra dengan Istac ialah ianya juga dibina dikawasan bukit sama seperti al-Hamra yang dibina dibukit sabikah. Di Istac hampir setiap ukiran, bentuk pintu, jendela, menara menyamai rekabentuk al-Hambra. Pancuran airnya juga mengunakan replika singa sama seperti al-Hambra yang mempunyai Court of Lions di suatu sudut pancuran air. Pengaruh al-Hambra terhadap Istac boleh dikatakan amat kuat sehingga ada yang mengatakan bahawa Istac adalah al-Hambra yang wujud di kota Kuala Lumpur. (Syed Muhammad Naquib al- Attas. 1998 : 25) Selain Istac terdapat institusi pendidikan lain yang menjadikan al-Hambra sebagai inspirasi rekabentuk binaan seperti Kolej Universiti Islam Selangor. Sebagai contohnya bentuk lengkungan ladam yang terdapat di sekitar bangunan Kuis menyerupai al-Hambra. Begitu juga dengan taman di sekitar bangunan seakan reka bentuk taman di al-Hambra. Reka bentuk tiang dan pintu kebayakkan mengunakan bentuk lengkungan sama seperti al-Hambra. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula terdapat juga reka bentuk al-Hambra yang digunakan disitu. Contohnya terdpat binaan di Masjid Uiam ada reka bentuknya menyamai rekabentuk al-Hambra.( http: www al hambraUstaz Amin Jom Kongsi Pengalaman 5 - Spain (al-Hambra).mht) Pengiktirafan dan pengaruh seni bina al-Hanbra turut diabadikan di Taman Tamadun Islam di Terengganu. Taman Tamadun Islam ini turut juga dikenali sebagai taman tema yang mengangkat tamadun Islam sebagai warisan yang tidak ternilai. Dibina pada tahun 2005 di Pulau Wan Man Terengganu. Taman ini mengabadikan monomen tamadun islam yang terkenal di seluruh dunia dan dijadikan sebagai replika. Dan al-hambra turut dijadikan sebagai replika pada kadar nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal. Masjid besi yang dibina di Putrajaya yang bermula pada tahun 2004 turut mengunakan al-Hambra sebaga isumber inspirasi dalam pembinaan. Reka bentuk ini dapat dilihat semasa perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba AlHambra.( ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Tamadun_Islam) Kesan daripada senibina agung al-hambra sebenarnya telah mempengaruhi kebanyakan binaan di dunia. Di Malaysia tidak terkecuali dalam mengiktiraf seni bina al-Hambra. Kecantikan dan keaijaban al-Hambra sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ianya perlu dilihat sendiri semasa menjejakkan kaki ke al-Hambra. Kemisterian dalam kemahiran dan kesungguhan setipa reka bentuk al-Hambra seolah-olah masih belum terungkap lagi. Begitu banyak kajian yang membuktikan bahawa binaan al-Hambra sebenarnya direka dengan terancang mengunakan kepakaran geometri, matematik dan kejuruteraan. Seterusnya ia membuktikan bahawa islam itu sebenarnya pernah mencapai satu tamadun yang tinggi pada ketika dahulu. RUJUKAN
Anisah Bahyah Ahmad, dlm Ezad Azraai Jamsari. 2007. Prosiding symposium Tamadun Islam Abad pertengahan politik, ekonomi, sosial dan intelektual era Andalusi. Bangi: JPATI FPI, Ukm. Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Salmah Ahmad. 2004. Al-Hadarah menjulang tamadun terbilang. Bangi: JPATI, FPI, UKM. Hillenbrand, Robert. 1994. Islamic Architecture form, function and meaning. Edinburgh: Edinburgh University Press. Lane, Allen. The AlHambra. 1978. London : Penguins Book Ltd. Maruwiah Ahmat. 2003. Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Syed Muhammad Naquib al- Attas. 1998. Istac illuminated a pictorial tour of Islamic thought And civilization. Kuala Lumpur: Istac Damansara. Spiritual Spain-A Synthesis Author(s): M. J. Benardete Source: Hispania, Vol. 10, No. 1 (Feb., 1927), pp. 1-21 http://www.jstor.org/stable/330932 http://berita-harian-online.com/ http: www al hambraUstaz Amin Jom Kongsi Pengalaman 5 - Spain (al-Hambra).mht http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,19781.msg76753/#msg76753
|
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.