RAHSIA KESENIAN DALAM AL-QURAN

Tue, Apr 20 2010 04:18pm MYT 1
solehah zahirah binti yahaya
solehah zahirah binti yahaya
8 Posts

Disediakan oleh: SITI SOLEHAH @ ZAHIRAH BINTI YAHAYA

No. Matrik: A 119744

1.0 PENGENALAN

Seni itu indah. Bagi setiap ciptaan itu pasti terdapat keseniannya yang tersendiri. Apabila seseorang melihat kepada sesuatu objek dengan pancaindera yang sempurna, sudah tentu akan teruja dengan seni yang terdapat pada objek tersebut itulah yang dinamakan seni. Misalnya, apabila kita melihat sebuah rumah yang cantik pasti kita akan terfikir siapa yang empunya idea untuk membina rumah tersebut. Oleh itu, bagi setiap insan wajib menggunakan mata yang dikurniakan Allah s.w.t untuk melihat keindahan dan kecantikan ciptaan Allah s.w.t di dunia ini serta menggunakan akal dengan sebaiknya untuk mengkaji tentang apa yang tersirat di sebalik ciptaanNya itu. Inilah yang dikatakan nikmat Allah s.w.t kepada hambaNya agar makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dapat beribadah kepadaNya. Tanpa seni hidup manusia akan menjadi hambar. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah s.w.t itu mempunyai keindahan dan kecantikan yang sempurna. Maka perlulah direnungi dan dihayati segala kesenian yang terdapat pada ciptaannya. Hal ini lebih jelas dapat dilihat melalui ciptaan alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya.

Seni merupakan cerminan budaya dan kehidupan masyarakat. Kita dapat mengetahui tentang sesuatu kaum dan masyarakat melalui kegiatan kesenian dan kebudayaan mereka. Seni berkait rapat dengan kepercayaan, emosi dan pengalaman yang digambarkan dalam tindakan yang merupakan intipati dari kebudayaan mereka. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui bentuk kesenian yang terdapat dalam sesebuah kaum seperti suku kaum di pedalaman negara kita melalui hasil kraftangan, pertukangan, seni hiburan dan sebagainya. Seni dalam kepelbagaian bentuk itu tidak dipisahkan kerana ia wujud dalam kesatuan yang harmonis dan dapat menggambarkan ketinggian budi, daya fikir dan intelektual sesuatu bangsa. Oleh itu, tidak hairanlah, dengan meneliti hasil kesenian sesebuah bangsa, kita dapat mengetahui kecenderungan mereka.

2.0 KESENIAN BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM

Kesenian dikenali sebagai art dalam bahasa Inggeris dan al-fan dalam bahasa Arab. Ia membawa makna halus, cantik, indah, kudus, harmoni dan sewaktu dengannya. Pada asasnya, ia muncul daripada pelbagai bentuk daripada benda yang konkrit hingga kepada bentuk-bentuk seni hasil daripada pengucapan dan olahan tubuh yang abstrak. Ia juga boleh dirumuskan sebagai suatu ungkapan yang bersistematik, halus dan indah tentang perkara yang mempunyai kesan emosi dengan cara tertentu yang didapati melalui perasaan dan kejiwaan.

Menurut Kamus Dewan, seni didefinisikan sebagai halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), comel (bentuk badan). Definisi lain pula, seni ini adalah karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan denagn bakat serta kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Kamus dewan juga turut mengaitkan seni dengan beberapa item yang berbeza; sajak, lukisan, foto, ukiran, muzik, nyanyian, tarian, sastera dan lain-lain. Malah perkataan seni juga digabungkan dengan perkataan kreatif (Seni kreatif) yang member makna apa sahaja seni yang dapat mencipta sesuatu (Noresah 1992: 1169).

Islam meletakkan kesenian seperti konsep di atas iaitu dengan meletakkan segala perkara yang halus, cantik, indah dan sebagainya digunakan untuk membawa keselesaan kepada manusia dan mendekatkan hubungan dengan Allah s.w.t (Abdul Ghani 2001: 1). Pandangan Islam tentang kesenian hasil daipada world view bahawa matlamat hidup dalam Islam adalah akhirat dan pelabagi hiburan dalam dunia ini hanyalah bersifat sementara. Justeru, apa jua tindakan termasuklah aktiviti kesenian, perlulah menjuruskan kepada mendekatkan diri kepada tuhan. Sebagaimana firman Allah s.w.t dan hadis Rasulullah s.a.w:

Firman Allah s.w.t: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah s.w.t, yang Allah s.w.t telah keluarkan untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya” (surah al-A’raf: 32).

Sabda Rasulullah s.a.w S.A.W maksudnya “Sesungguhnya Allah s.w.t itu indah dan suka kepada keindahan” (sahih Muslim, kitab al-Iman: 131).

Ayat al-Quran dan Hadis di atas merupakan salah satu teras kepada penghujahan dan kedudukan kesenian di dalam Islam. Dalil di atas juga menegaskan bahawa mengambil manfaat daripada keindahan dunia bukanlah satu larangan, bahkan Allah s.w.t telah mempersoalkan mereka yang sewenang-wenangnya mangharamkan perkara yang dibenarka oleh Islam sedangkan Allah s.w.t menciptakannya untuk manusia. Seterusnya, keindahan itu merupakan prinsip utama di dalam Islam kerana apakah nilaian kekotoran sedangkan Allah s.w.t itu indah dan suka kepada keindahan (Muhammad Faisal & Badlihisham 2006: 132).

Terdapat banyak ayat al-Quran yang telah menyeru manusia berfikir tentang langit dan bumi serta segala keindahan ciptaan Allah s.w.t untuk meletakkan keyakinan di benak hati manusia bahawa semua keindahan ini bukan terjadi dengan sendiri malah merupakan hasil ciptaan tuhan yang Maha Agung (Muhammad Faisal & Badlihisham 2006: 132).

3.0 KESENIAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi perantaraan malaikat Jibrail a.s. nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Surah pertama iaitu Surah al-‘Alaq diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 15 Ramadan ketika Nabi berumur 40 tahun.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari berdasarkan kepada keperluan pada masa itu. Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86430 perkataan dan 323, 760 huruf-huruf Arab. Jumlah ayat di dalam al-Quran ialah sebanyak 6236 ayat. Untuk memudahkan pembacaan al-Quran, ia dibahagikan kepada 30 bahagian.

Nilai kesenian dan estetika bahasa al-Quran mampu menarik orang kepada Islam. Al-Faruqi berpendapat bahawa dalam masyarakat berbahasa Arab, ramai orang yang menganut Islam hanya dengan persembahan al-Quran itu sahaja (al-Faruqi 1992: 364).

Kesenian dalam al-Quran cukup zahir dalam asalib al-bayan yang cukup mengkagumkan. Ibn Ishaq telah meriwayatkan tentang golongan atasan Quraysh yang begitu tertarik dengan kesenian gaya bahasa al-Quran:

“Abu Sufyan bin Harb, Abu Jahal bin Hisham bin Syurayq telah keluar pada suatu malam untuk mendengar Rasulullah s.a.w ketika baginda sembahyang di rumahnya. Setiap seorang daripada mereka mengambil tempat masing-masing dan kesemua mereka tidak mengetahui kedudukan yang lain. Maka mereka pun bermalam mendengar bacaan baginda, hinggalah naiknya fajar mereka pun meninggalkan tempat masing-masing. Dalam perjalanan itu mereka bertembung dan sama-sama mencerca kelakuan mereka dengan kata: jangan kamu sekalian kembali lagi sebegini, kalaulah ada orang-orang bawahan yang melihat kamu pasti mereka akan mengesyaki sesuatu terhadap kamu. Kemudian mereka pun bersurai. Hinggalah tiba pada malam berikutnya, setiap seorang daripada mereka kembali ke tempat masing-masing dan mereka pun bermalam mendengar bacaan baginda, hinggalah naik fajar mereka pun meninggalkan tempat masing-masing. Dalam perjalanan itu mereka bertembung dan sama-sama berkata sebagaimana yang mereka ucapkan pada kali pertama pertemuan. Kemudian mereka pun bersurai. Hinggalah pada malam ketiga, setiap seorang daripada mereka kembali ke tempat masing-masing dan mereka pun bermalam untuk mendengar bacaan baginda, hinggalah naiknya fajar mereka pun meninggalkan tempat masing-masing. Dalam perjalanan itu mereka bertembung dan masing-masing berkata: Kita tidak akan berpisah hinggalah kita berjanji tidak akan mengulangi lagi. Mereka pun berjanji dan berpisah (Ibn Hisyam 2001, 1: 233).

Secara jelasnya dalam kisah ini, kesenian al-Quran dalam susunan bahasanya mampu menarik perhatian sejahat-jahat manusia dalam memusuhinya untuk mendenga al-Quran. Akan tetapi keimanan itu bukanlah suatu yang dapat didatangkan dengan kesenian semata-mata.

Kesimpulannya, kesempurnaan al-Quran tiada tandingannya dengan kitab-kitab terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil. Hal ini kerana, di dalam kitab al-Quran ini mengandungi pelbagai petunjuk dalam semua aspek termasuk kesenian. Bagi membuktikan kesempurnaan al-Quran, penulis telah mengkaji dan akan menjelaskan mengenai sebahagian ayat-ayat yang berkaitan dengan kesenian yang yang terkandung dalam al-Quran serta kewujudannya sehingga kini.

4.0 BUKTI KESENIAN YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN

Sepanjang kajian yang dilakukan oleh penulis, telah di dapati bahawa di dalam al-Quran terdapat banyak bukti-bukti yang berkaitan dengan kesenian dan telah dijelaskan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang ingin mengetahui tentang keagungan ciptaannya. Oleh yang demikian, penulis telah membuat ringkasan dan huraian tentang sebahagian hasil dapatan yang dikaji seperti berikut:

4.1 Asma’ al-Husna

Dalam al-Quran terdapat empat ayat yang menggunakan redaksi al-Asma’ al-Husna iaitu di dalam surah al-A’raf ayat 180, al-Isra’: 110, Thaha: 8, dan surah al-Hasyr: 24.

Kata al-asma’ adalah bentuk jamak dari kata al-ism yang biasa diterjemahkan dengan nama. Ia berakar dari kata al-sumuww yang bermaksud ketinggian atau al-simah yang bermaksud tanda. Sememangnya nama merupakan tanda bagi sesuatu, sekaligus harus dijunjung tinggi. Manakala perkataan al-husna adalah bentuk mu’annas feminine dari kata ahsan yang bermaksud terbaik. Penyifatan nama-nama Allah s.w.t dengan kata yang berbentuk superlative ini menunjukkan bahawa nama-nama tersebut bukan sahaja baik,tetapi adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan yang lain (Shihab 2007: 100).

Menurut Ibnu Kathir, beliau menafsirkan Asma’ al-Husna yang terdapat di dalam ayat 180, surah al-A’raf adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, 100 kurang satu. Barangsiapa dapat menghitungnya, maka akan masuk syurga. Allah s.w.t itu tunggal dan menyukai yang ganjil” (HR.al-Bukhari dan Muslim) (‘Abd Allah 2004, 3: 491). Ayat di bawah mengandungi asma al-Husna yang mana terdapat di dalam ayat 110 surah al-Isra’:

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Setiap individu muslim wajib memohon sesuatu hajat dengan menyebutkan nama Allah s.w.t di dalam setiap doa yang dipohonkan agar beroleh keberkatan dari Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Hal ini kerana, seorang hamba tidak boleh berjauhan dari penciptanya dan perlu menyatakan rasa cinta tersebut dengan selalu menyebut-nyebut namanya tidak kira waktu dan ketika.

4.2 Hajar al-Aswad

Ramai orang yang menjadikan ucapan Saidina Umar bin al-Khattab r.a. ketika beliau mencium Hajar al-Aswad sebagai dalil bagi perbuatan tersebut.

“Sesungguhnya, kamu hanyalah batu yang tidak memberi manfaat ataupun bahaya. Kalau sahaja aku tidak melihat Rasulullah s.a.w S.A.W menciummu, aku tidak akan menciummu juga” (HR.Muttafaq ‘alaih).

Pernyataan itu kemudian dibantah oleh Sayyidina ‘Ali, katanya:

“Tidak, sesungguhnya ia adalah batu dari syurga yang dahulunya berwarna putih, tetapi menjadi hitam kerana dosa-dosa para hamba”.

Berdasarkan dialog antara Khalifah Umar al-Khattab dengan Imam ‘Ali, dapatlah diketahui bahawa Hajar al-Aswad adalah batu yang berasal dari syurga. Batu ini dapat mencatat nama-nama orang yang menciumnya, menyentuhnya atau yang sekadar memeberi isyarat kepadanya untuk dijadikan catatan di hadapan Tuhan.

Pada zaman pemerintahan Dawlah Umawiyah, seseorang yang bernama Muhammad Abdullah yang berasal dari Ahsa’ telah menguasai Hajar al-Aswad dan membawanya ke wilayah ‘Asir, Arab Saudi. Beliau menentang bahawa tiada seorang pun yang dapat mengambil semula batu itu darinya. Usaha ini dilakukannya dengan tujuan untuk memindahkan tempat ibadah haji dari Makkah ke wilayah tersebut dengan jarak 900km. Hajar al-Aswad ini dibawa oleh 100 ekor unta, tetapi 40 ekor daripadanya mati di dalam perjalanan. Perjalanan membawa Hajar-al-Aswad memekan masa selama empat puluh malam itu pun meninggalkan baki 40 ekor unta sahaja yang selamat (Ensiklopedia kemukjizatan ilmiah dalam al-Quran t.th: 178).

Secara ilmiah, materi yang tidak dapat dipanaskan oleh bara api dan tidak tenggelam apabila diletakkan di dalam air adalah cirri materi semikonduktor dan materi ini merupakan bahan yang tidak dapat menghantar panas. Orang menemukan materi semikonduktor sebenarnya tidak pernah membuat atau menciptakan alat tersebut. Ia hanya menemukan dan merangkainya setelah mengetahui tugas materi tersebut di alam ini. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Haqqah ayat 38 dan 39 serta al-Isra’ ayat 85:

“Maka aku bersumpah demi apa yang kamu lihat, dan demi apa yang tidak kamu lihat”.

NAD

š“dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit”

Transformasi peradaban yang terjadi di dunia adalah kerana ditemukannya materi semikonduktor yang mempunyai sifat mengapung dan tidak terpengaruh oleh panas. Dahulu, radio bentuknya besar dan masa aktifnya akan berhenti jika bola lampunya dipanaskan, tetapi sekarang, radio dapat bekerja selama 24 jam tanpa henti. Hal ini menunjukkan sifat bahan yang terkandung di dalam Hajar al-Aswad yang mana ia mempunyai materi semikonduktor itu yang tidak terpengaruh oleh panas dan tidak tenggelam di dalam air telah mencetuskan idea penciptaan radio yang canggih pada hari ini (ensiklopedia kemukjizatan ilmiah dalam al-Quran t.th: 179).

Pada sebuah konferensi pembahasan berbagai materi alternatif bagi manusia yang diselanggarakan di Capitol, Amerika Syarikat, salah seorang ilmuwan Amerika mengatakan bahawa beberapa ilmuwan di sana berhasil mendapatkan serpihan batu yang berasal dari Hajar al-Aswad, mereka kemudiannya menguji batu itu dan menyimpulkannya sebagai materi semikonduktor (ensiklopedia kemukjizatan ilmiah dalam al-Quran t.th: 181).

Hajar al-Aswad merupakan satu-satunya batu dari syurga sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w S.A.W. Tidak ada satu pun jenis batuan yang materinya sama atau meyerupai batu Hajar Al-Aswad di muka bumi ini. Serpihan batu Hajar al-Aswad sebesar kerikil mempunyai kemampuan kerja 10 kali ganda besarnya dibandingkan dengan materi fiber glass sebesar paip pemadam kebakaran. Hal ini merupakan sesuatu yang menakjubkan (ensiklopedia kemukjizatan ilmiah dalam al-Quran t.th: 181).

4.3 Organisme Hidup dan Proses Kejadian Manusia

Allah s.w.t merupakan sebaik-baik pencipta dan setiap yang dicipta adalah paling tinggi mutunya. Jika dibandingkan dengan manusia, ilmu dan kemahiran yang dimiliki manusia amat terbatas. Ciptaan Allah s.w.t sungguh indah dan keseniannya boleh membuatkan manusia takjub apabila melihatnya, contohnya pada ciptaan organisme hidup itu terdapat seni yang tidak mampu untuk dilihat oleh pancaindera. Demikianlah seni sesuatu yang diciptakan oleh Allah s.w.t.

Apabila melihat pada asal usul organisme hidup, penulis mendapati banyak sumber yang menyatakannya dari sudut sains. Namun setelah dikaji, penulis berjaya menemukan asal usul organisme hidup menurut al-Quran. Berikut adalah penjelasan mengenai asal usul organisme hidup menurut al-Quran.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Anbiya’ ayat 30 yang mana dalam ayat tersebut Allah s.w.t menyatakan bahawa semua organisme hidup berasal daripada air. Ayat wa ja‘alna min al-ma’i kulla syai’in hayyin bermaksud Kami jadikan semua organisme hidup daripada air. Berdasarkan ayat di bawah:

ó30. dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Menurut (Mohd. Arip 2007: 53) embriologi ialah satu bidang ilmu pengetahuan mengenai pembentukan dan perkembangan embrio iaitu pembentukan anak (sama ada anak manusia atau haiwan) yang berlaku dalam uterus. Dalam embriologi, manusia atau haiwan terbentuk apabila benih betina (ovum) disenyawakan oleh benih jantan (sperma).

Persenyawaan lazimnya berlaku di hujung salur falofium. Setelah berlaku persenyawaan, zigot terbentuk dan akan bergerak ke arah rahim (uterus) dan menempel pada dinidng rahim. Sekiranya ia tidak bergerak ke arah rahim, zigot akan membesar di salur falofium dan akan menyebabkan kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy).

Proses kejadian manusia dalam rahim ibu bermula dengan persenyawaan antara ovum dan sperma. Persenyawaan adalah proses penembusan sperma ke dalam ovum. Selepas sperma masuk ke dalam ovum, nucleus sperma dan nucleus ovum berpadu untuk membentuk zigot. Zigot ialah peringkat awal dalam pembentukan embrio. Pada ketika ini zigot yang sedang berkembang mempunyai bilangan kromosom yang lengkap. Separuh disumbangkan oleh sperma dan separuh lagi disumbangkan oleh ovum. Pergantungan fetus yang sedang berkembang kepada uterus dinamakan embrio menempel dengan merembeskan sejenis enzim untuk memecahkan sel-sel uterus untuk mengorek kepada dinding uterus ibu. Sel-sel uterus ibu membesar dan mengelilingi embrio tersebut (Mohd. Arip 2007: 54).

Zigot yang dihasilkan melalui proses persenyawaan antara sperma dan ovum diikuti oleh pembahagian sel. Pada awalnya melalui proses mitosis, zigot membahagi kepada dua sel, empat sel, lapan sel, enam belas sel, dan tiga puluh dua sel. Proses ini dinamakan proses cleavage. Sel-sel ini akhirnya berbentuk bola sel-sel yang dinamakan morula. Gambarajah di bawah menunjukkan proses cleavage yang membentuk morula seperti yang dijelaskan di atas (Mohd. Arip 2007: 55).

Cleave1.jpg

Proses cleavage yang membentuk morula

Sel-sel yang berkembang pesat ini akhirnya berubah untuk membentuk bola yang berlubang dan dinamakan sebagai Blastula bentuknya seperti belon, yang dibina oleh berjuta-juta sel yang halus.

200px-Blastula_(PSF).jpg

Blastula

Satu daripada sisi blastula ini kemudian melengkok ke dalam dan menjadi dua lapisan bola yang berlubang dan ini dinamakan gastrula.

image9.gif

Gastrula

Menurut (Mohd. Arip 2007: 56) gastrula mempunyai liang yang jelas pada salah satu hujungnya dan ini dinamakan blastopore iaitu peringkat permulaan proses pembezaan. Kini terdapat dua lapisan yang berbeza membentuk bola yang lompong. Kawasan yang lompong ini dinamakan sebagai archernteron, dan ia akan menjadi rongga orang dewasa. Blastopore akan menjadi bubur

Berdasarkan penjelasan di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa setiap sel-sel yang dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai kesenian yang amat unik dan cantik apabila dilihat melalui mikroskop sehingga mampu memikat hati orang yang bukan Islam setelah melihat keajaiban dan kesenian apada ciptaan Allah s.w.t ini, lalu ada di antara mereka yang mengucapkan syahadah. Demiakianlah yang berlaku dan membuktikan bahawa al-Quran itu juga indah setiap kandungannya yang menjadi petunjuk kepada manusia

4.4 Gambaran Syurga

Di bawah ini pula terdapat beberapa ayat yang menggambarkan keindahan syurga yang disediakan untuk hamba-hambanya yang soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Mereka ini merupakan golongan yang dijanjikan Allah s.w.t dengan segala nikmat yang tidak terdapat di dunia. Antara ayat tersebut ialah dari surah al-Rahman ayat 70 dan ayat 57 surah an-Nisa’ serta ayat 10 hingga 16 surah al-Ghasyiyah:

£Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) Yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

DAN

57. dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

SERTA

“Dalam syurga yang tinggi”. “Tidak didengar di dalamnya percakapan kosong (yang tidak berguna)”. “Di dalamnya ada mata air yang mengalir”. “Di dalamnya ada tempat duduk yang ditinggikan”. “Dan piala-piala (gelas-gelas) yang diletakkan (di hadapannya)”. “Dan bantal-bantal yang tersususn”. “Dan permaidanai-permaidani yang terbentang”

Merujuk kepada ketiga-tiga contoh ayat di atas, dapat digambarkan oleh akal manusia tentang keindahan dan kinikmatan yang Allah s.w.t sediakan untuk hambanya yang bertaqwa. Gambaran yang diberikan menjelaskan bahawa di dalam syurga terdapat bidadari-bidadari yang cantik dan baik-baik layanannnya serta baik pula tutur katanya dan di dalamnya juga mempunyai mata air yang mengalir di bawahnya, tempat duduknya yang tinggi dan dibentangkan permaidani yang sangat cantik.

4.5 Besi

Perkataan hadid diulang sebanyak enam kali di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Isra’: 50, al-Kahfi: 96, al-Hajj: 21, Saba’: 10, Qaf: 22 dan surah al-Hadid: 25.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kisah besi ini, perlulah merujuk kepada ayat 96 dalam surah al-Kahfi serta huraian bagi tafsiran ayat tersebut:

t95. Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya

,lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96. bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.

zulkarnain.jpg

Tembok Besi Zulkarnain

Berdasarkan ayat ini, “Aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi” adalah berhubungan dengan kisah Zulkarnain yang berusaha menutup bukit dengan tembok yang dibina daripada besi dan tembaga agar tidak boleh ditembusi oleh Ya’juj dan Ma’juj (Hassan Zaini 2007: 263,ensiklopedia al-Quran).

Menurut Ibnu Kathir, az-zubar bentuk jamak dari zabrah, ertinya potongan besi. Demikianlah menurut apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan Qatadah, potongan besi itu akan dijadikan sebagai batanya. Menurut suatu riwayat, berat setiap potongan besinya adalah satu kuintal Damaskus.

Manakala berdasarkan maksud ayat ini “Sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu Ibnu Kathir telah menyatakan bahawa setelah potongan-potongan besi itu disusun mulai dari bawah, hingga ketinggiannya sama rata dengan puncak kedua bukit seraya menutup celah yang ada di antara keduanya; para ulama berbeza pendapat tentang tinggi dan lebar dinding tersebut, banyak pendapat mengenainya di kalangan mereka (Ibnu Kathir 2003:16: 40).

Seterusnya lihat pula pada penerangan ayat 17 surah al-Ra’d yang berkaitan dengan besi iaitu logam yang mana bahan-bahan ini telah digunakan oleh manusia untuk membuat perhiasan seperti pedang, keris, kunci dan sebagainya. Segalanya telah diterangkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran, hanya manusia yang perlu mengkaji ilmu tersebut bagaimana untuk menghasilkan pedang, kunci dan sebagainya daripada logam dan besi yang wujud di dunia ini.

“Dia menurunkan air dari langit, lalu mengalir di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu akan membawa buih yang timbul (di permukaan air). Dari apa (logam) yang mereka bakar dengan api untuk membuat perhiasan atau manfaat (alat-alat), ada pula buih seumpama buih arus itu, maka lenyaplah seperti sampah dan adapun yang bermanfaat bagi manusia, maka tinggal Allah s.w.t di tanah. Demikianlah Allah s.w.t membuat perumpamaan-perumpamaan”.

Dengan turunnya ayat di atas, manusia mampu mencipta perhiasan yang berasal dari besi dan logam untuk kegunaan harian misalnya pisau, parang dan kapak yang digunakan untuk berburu bagi pemburu di hutan. Selain itu, pedang juga digunakan oleh pahlawan-pahlawan yang terunggul di kalangan sahabat ketika zaman Rasulullah s.a.w S.A.W sebagai alat untuk mempertahankan diri dari serangan pihak musuh. Maka tidak hairanlah sekiranya Rasulullah s.a.w sendiri mahir dalam menggunakan pedang ketika menghadapi musuh yang menyerang.

4.6 Pakaian

“Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan”

Di dalam kitab tafsir Ibnu Kathir jilid 3, belaiu menafsirkan tentang ayat ini yang mana merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik, yang bdengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Sebagaimana yang diriwayatkan Imam Muslim, an-Nasa’ei dan Ibnu Jarir. Maka Allah s.w.t berfiman “Pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid”.

Demikian yang dikatakan oleh Mujahid, ‘Atha’, Ibrahim an-Nakaha’I, Sa’id bin Jubair, Qatadah dan beberapa ulama salaf dalam memberikan penafsiran terhadap ayat tersebut kerana ayat di atas juga menunjukkan sunnah untuk menghias diri ketika hendak mengerjakan solat, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan hari raya. Selain itu, disunatkan juga untuk memakai wangi-wangian kerana itu termasuk di dalam perhiasan. Di antara pakaian yang paling baik adalah yang berwarna putih, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Ibnu ‘Abbas, sebagai hadis marfu’ ia berkata:

Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih, kerana sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati di antara kalian dengannya. Dan sesungguhnya sebaik-baik celak mata kalian adalah yang di buat dari batu itsmid kerana ia dapat memperjelaskan pandangan mata dan menumbuhkan rambut.”

Dari Qatadah, dari Muhammad bin Sirin, bahawa Tamim al-Dari pernah membeli sebuah rida’ (selendang atau serban) dengan harga 1000, lalu ia mengerjakan solat dengan mengenakan rida’ itu. Maka bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang terkandung di dalam surah al-A’raf ayat 31 di atas yang memerintahkan supaya hamba-hambanya berhias dengan pakaian yang indah-indah dan hiasan yang cantik-cantik.

Hal ini membuktikan bahawa terdapat saranan untuk berhias dengan memakai pakaian yang cantik, indah dan bersih. Maka jelaslah menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat dan member perhatian terhadap kesopanan dan kekemasan umatnya walaupun dalam berpakaian dan berhias diri.

4.7 Sesawang Labah-Labah

Labah-labah merupakan ahli kepada family arachnida yang merangkumi haiwan-haiwan seperti tungau. Kalajengking dan hama. Terdapat paling kurang 40,000 jenis labah-labah dalam dunia ini. Tidak semua labah-labah membina sesawang mereka tetapi kebanyakan labah-labah membuat sesawang. Sesawang labah-labah dibuat daripada sutra yang dirembeskan daripada kelenjar khusus di bawah abdomen mereka.

Bahan buatan manusia yang boleh menandingi kekuatan sutra labah-labah ialah besi waja. Bahkan kekuatan sutra labah-labah mempunyai kekuatan lima kali ganda kekuatan besi waja bagi berat yang sama. Sesawang labah-labah berbagai-bagai bentuk tetapi yang paling biasa ialah bentuk orb (Mohd. Arip 2007: 122).

Allah s.w.t S.W.T telah berfirman di dalam surah al-‘Ankabut ayat 41 mengenai bandingan sifat manusia dengan sifat sesawang labah-labah. Pada pandangan mata, sesawang labah-labah sangat cantik dan mempunyai seni yang tersendiri, namun sifat kerapuhannya apabila ditiup angain membuatkan ia menjadi lemah dan musnah begitu sahaja. Hal ini dikaitkan dengan sifat kaum musyrik yang mana pada zahirnya mereka ini sangat cantik, namun sifat mereka sangat licik dan jahil sebagaimana berikut:

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah s.w.t sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan”

(Ibnu Kathir 2004:21: 279) berdasarkan tafsirannya menyatakan bahawa perumpamaan yang dibuat oleh Allah s.w.t untuk menggambarkan perihal kaum musyrik kerana mereka mengambil tuhan-tuhan selain Allah s.w.t yang mereka harapkan pertolongan dan rezekinya serta mereka pegang di saat mereka ditimpa musibah.

Keadaan mereka dalam hal tersebut sama dengan rumah labah-labah yang bersifat lamha dan rapuh. Orang yang menyembah tuhan-tuhan seperti mereka tiada lain seperti orang yang berpegangan pada rumah labah-labah, maka sesungguhnya hal itu tidak dapat member suatu manfaat pun kepada mereka. Sekiranya mereka mengetahui keadaan tersebut, maka tentulah mereka tidak akan menjadikan penolong-penolong mereka selain dari Allah s.w.t.

Berbeza pula halnya dengan orang muslim lagi beiman hatinya kepada Allah s.w.t, selain dari itu dia beramal denga baik sesuai dengan hukum syariat. Maka sesungguhnya dia berpegang teguh kepada tali yang kuat yang mana tidak akan terputus kerana kekuatan dan kekukuhannya.

Kemudian Allah s.w.t SWT berfirman seraya mengancam orang-orang yang menyembah selain Dia dan mempersekutukan-Nya dengan yang lain bahawa sesungguhnya Allah s.w.t S.W.T mengetahui segala amal perbuatan mereka dan mengetahui apa yang mereka persekutukan dengan-Nya berupa berhala-berhala dan tandingan-tandingan. Maka kelak Allah s.w.t akan memberikan balasan-Nya terhadap mereka; sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui (Ibnu Kathir 2004:21: 279) .

4.8 Tongkat Dan Istana

Perkataan ‘asha yang menunjukkan pengertian ‘tongkat’ disebutkan sebanyak 12 kali di dalam al-Quran. Di dalam bentuk tunggal ditemukan sebanyak 10 kali, semuanya berbicara tentang tongkat Nabi Musa a.s. dengan segala fungsi dan kegunaannya. Sebagaimana yang terdapat di dalam kisah kemukjizatan Nabi Musa a.s. mengenai tongkat beliau seperti berikut:

Nabi Musa a.s. telah diutus kepada Firaun dengan tujuan yang sama dengan perutusan semua nabi, iaitu menunjukkan jalan kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Agar timbul dalam diri insan yang diseru itu perasaan takut dan taat kepada Allah s.w.t s.w.t.

Dalam ayat ke dua puluh hingga ke dua puluh lima surah al-Nazi‘at Nabi Musa telah menunjukkan kepada Firaun mukjizat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepadanya bagi membuktikan kebenaran dakwahnya itu. Namun Firaun telah mengingkari dan merancang suatu konspirasi untuk menghalang pengaruh Nabi Musa a.s. Firaun menentang Nabi Musa walaupun pengetahuannya menerima kebenaran mukjizat itu (Zahazan 2010, 17: 11).

Kisah lanjut mengenai kemukjizatan Nabi Musa a.s. banyak dijelaskan di dalam surah Thahaa sebagaimana berikut:

Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”.

Ayat 18 surah Thaaha yang mana menceritakan tentang Nabi Musa a.s. sebelum menjadi rasul, tongkat itu digunakannya untuk berbagai macam keperluan seperti bertelekan dan memukul daun-daun pohon untuk makanan kambing gembalaannya. Setelah nabi Musa diangkat menjadi rasul, tongkat tersebut lebih banyak berfungsi sebagai mukjizat yang mengukuhkan kerasulan beliau sama ada di dalam mengukuhkan keyakinan pengikut-pengikutnya mahupun di dalam menghadapi dan memelihara diri dari musuh-musuhnya terutama Firaun.

Hal ini dapat dilihat menerusi kisah tongkat Nabi Musa a.s. berubah menjadi ular yang memusnahkan ular hasil tukang sihir Firaun. Ketika Nabi Musa dan para pengikutnya dikejar oleh Firaun, dengan memukul tongkatnya ke laut, tiba-tiba terbentanglah jalan yang menyelamatkan beliau dan para pengikutnya. Manakala dengan pukulan tongkat untuk kali kedua, jalan yang tadinya terbentang di laut, kembali semula kepada asalnya sehingga Firaun pun tenggelam seperti yang tercatat di dalam ayat 41 hingga 46 surah al-Syu‘ara’ begitu juga ayat 61 hingga 65 surah yang sama (M.Galib Matola 2007: 32).

Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah Kami akan beroleh upah, kiranya Kamilah orang-orang yang menang?". menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku". Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan". Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap Kamilah orang-orang yang akan menang". Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri (sujud).

Kesinambungan dari kisah ini juga telah dijelaskan di dalam ayat yang seterusnya dalam surah yang sama dalam ayat 61 hingga 65 iaitu:

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". Nabi Musa menjawab: "Tidak! jangan fikir (akan berlaku Yang demikian)! Sesungguhnya Aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), ia akan menunjuk jalan kepadaku". Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu Dengan tongkatmu". (setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian Yang terbelah itu terangkat seperti Gunung Yang besar. Dan Kami dekatkan golongan Yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang Yang bersama dengannya, semuanya.

Seterusnya, tongkat Nabi Musa a.s. menjadi lebih misteri apabila suatu hari ketika nabi Musa a.s. berada di Baitulmuqaddis untuk menyampaikan dakwah kepada kaumnya (Bani Israel) meminta air kerana merasa sangat dahaga, lalu diturunkan ayat 60 dari surah al-Baqarah yang memerintahkan agar Nabi Musa a.s. memukul tongkatnya pada batu dan didapati tongkatnya dapat mengeluarkan dua belas jenis mata air dan mampu untuk menghilangkan rasa dahaga di kalangan mereka. Namun begitu, Bani Israel tetap enggan beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s.. Ayat di bawah menjelaskan tentang kisah di atas:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah s.w.t itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"

Melihat kepada seni yang terdapat pada istana atau mahligai Firaun pula, (Zahazan 2010, 17: 11) telah dijelaskan di dalam al-Quran pada ayat 24 surah al-Nazi‘at yang mana ayat ini menjelaskan tentang kesombongan Firaun terhadap Nabi Musa a.s. lalu beliau membuat suatu ketetapan bahawasanya dia sebagai raja yang menguasai segala-galanya. Menurut Ibn ‘Abbas dan Mujahid, kata-kata itu telah diungkapkan olehnya empat puluh tahun setelah dia mengatakan kata-kata tersebut yang turut disebut dalam surah al-Qasas ayat 38 berikut:

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang Tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, Wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya Aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan Sesungguhnya Aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".

Berdasarkan ayat di atas, Firaun telah memerintahkan Haman iaitu salah seorang tenteranya supaya membina sebuah istana yang tinggi agar beliau dapat melihat Tuhan Musa (yang dikatannya itu). Demikianlah Firaun dan tentera-tenteranya menyombong di muka bumi tanpa kebenaran. Mereka menyangka, bahawa mereka tidak akan mati dan tidak kembali kepada Allah s.w.t s.w.t. akhirnya Allah s.w.t s.w.t menyiksa Firaun serta tenteranya sehingga mereka tenggelam di dalam laut. Demikianlah akibat bagi orang-orang yang zalim.

5.0 PENUTUP

Oleh yang demikian, setelah penulis selesai mengkaji tentang kesenian yang terdapat di dalam al-Quran dan beberapa hadis maka dapatlah penulis membuat kesimpulan bahawa segala keindahan dan kecantikan yang terdapat di sekeliling kita ini merupakan kesenian yang diciptakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya agar manusia berfikir tentang kebijaksanaan dan kehebatan ciptaannya yang begitu indah dipandang, cantik dilihat dan tenang dirasai.

Di samping itu, kesenian yang terdapat di dunia ini menunjukkan bahawa setiap zat yang ada pada 99 nama Allah s.w.t itu juga adalah bukti kepada sifat-sifatnya yang Maha Hebat. Misalnya seni yang terdapat pada kejadian manusia, batang pokok, sesawang labah-labah dan gambaran syurga yang indah serta lain-lain yang berkaitan menunjukkan betapa hebatnya Tuhan yang mencipta alam ini.

Kandungan al-Quran dan hadis telah menjelaskan kepada manusia tentang setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t itu ada hikmahnya. Oleh itu, sebagai hambaNya yang kerdil maka perlulah kita bersyukur dan menghayati keindahan ciptaanNya serta berfikir tentang hikmah disebalik kejadian makhluk. Maka dengan ini, diharapkan agar pengkajian dan penulisan artikel mengenai kesenian menurut al-Quran dapat dipergiatkan lagi oleh generasi mahasiswa yang akan datang.

Tue, Apr 20 2010 04:23pm MYT 2
solehah zahirah binti yahaya
solehah zahirah binti yahaya
8 Posts
Perhatian buat sahabat-sahabat sekalian, semua bukti-bukti kesenian yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagaian sahaja yang dikaji di dalam al-Quran. Namun masih banyak lagi bukti-bukti lain. Oleh itu, bagi yang berminat untuk mengetahui rahsia-rahsia kesenian yang lain bolehlah membuat kajian lanjut.. sekian terima kasih.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links