minoriti muslim di Jerman

Tue, Apr 20 2010 04:00am MYT 1
mie :)
mie :)
5 Posts
UMI SALAMAH BINTI MOHAMAD AINI
A123659

TAJUK

MINORITI MUSLIM DI JERMAN

1.1 ISLAM DI JERMAN

Disebabkan kemasukan buruh asing sekitar 1960-an dan beberapa siri pelarian politik sejak 1970-an, Islam di Jerman kini menjadi sebuah agama yang ketara. Sehingga 2006, terdapat kira-kira 3.5 juta Muslim (4% penduduknya). Selepas Gereja Roman Katolik dan Protestan, Islam merupakan agama ketiga terbesar di negara ini. Majoriti Muslim di Jerman berasal dari Turki (lebih daripada 90%), diikuti oleh kumpulan-kumpulan kecil dari negara-negara bekas Yugoslavia, Albania, negara-negara Arab, Iran dan Afghanistan. Kebanyakan Muslim tinggal di Berlin dan bandar-bandar besar bekas Jerman Barat. Walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan negara-negara Eropah lain, kecuali Austria dan sebahagian daripada Switzerland, komuniti yang agak besar wujud di sesetengah kawasan perkampungan Jerman, terutamanya Baden-Württemberg, Hesse, Bavaria dan Nordrhein-Westfalen. Disebabkan jarangnya kemasukan sebelum 1989, bilangan Muslim di wilayah bekas Jerman Timur adalah sangat sedikit. Kebanyakan Muslim di Jerman adalah Sunnah Waljamaah. Terdapat juga penganut Syiah, kebanyakannya dari Lubnan. Selain itu, ramai di kalangan pendatang Turki adalah golongan Alawi[1].

1.2 DEMOGRAFI

Jerman mempunyai penduduk terbanyak selepas Perancis yang beragama Islam. Kira-kira 3.5 juta Muslim tinggal di negara ini. Daripada jumlah itu, hanya sekitar 1 juta orang adalah rakyat Jerman sendiri. Lebih 15,000 orang daripadanya adalah pemeluk baru berketurunan Jerman dan bilangan ini dijangka akan meningkat[2].

Majoriti daripada penganut Islam, iaitu 70% daripada 3.5 juta orang itu pula berketurunan Turki. Pendatang-pendatang Turki ini mula tiba di Jerman pada dekad 1960-an sebagai jawapan kepada kekurangan tenaga buruh di negara ini. Mereka dijangka (atau diharap) akan meninggalkan Jerman selepas tamat bekerja, tetapi hanya kurang separuh daripadanya yang benar-benar telah meninggalkan negara ini. Pada mulanya pendatang ini semuanya lelaki, tetapi mereka kemudiannya dituruti oleh isteri-isteri dan sanak keluarga mereka.

Kebanyakan pendatang-pendatang Islam ini menetap di sekitar kawasan perindustrian seperti Berlin, Cologne, Frankfurt, Stuttgart, Dortmund, Essen, Duisburg, Munich, Nuremberg, Darmstadt, Goppingen dan Hamburg. Hanya sedikit sahaja yang tinggal di wilayah-wilayah bekas Republik Demokratik Jerman[3].

Kumpulan kedua terbesar pula berasal dari Bosnia dan Herzegovina (sekitar 167,081 orang), diikuti oleh pendatang-pendatang Iran (sekitar 81,495 orang), Maghribi (79,794 orang), Afghanistan (65,830 orang), Lubnan (46,812 orang), Pakistan (35,081 orang), Syria (29,476 orang), Tunisia (24,533 orang), Algeria (16,974 orang), Indonesia (12,660 orang) dan Jordan (10,448 orang). Pelarian-pelarian berketerunan Palestin pula hampir kesemuanya masuk ke Jerman dari negara ketiga, tetapi bilangan mereka dianggarkan sekitar 200,000 orang. Masyarakat berketurunan Afghan di Jerman, walaupun bilangan mereka semakin berkurangan selepas tumpasnya pemerintahan Taliban, merupakan yang terbesar di Eropah. Berbanding dengan negara-negara lain di Eropah Barat, Jerman turut memiliki bilangan terbesar pelarian-pelarian berketurunan Kurd. Penduduk berketurunan Arab pula dianggarkan sekitar 290,00 orang. Kumpulan pertama pendatang-pendatang Muslim ke Jerman adalah sebagai buruh asing pada dekad 1960-an dan 1970-an[4].

Kebanyakannya datang dari Turki, tetapi ada juga yang datang dari Afrika Utara dan negara-negara bekas Yugoslavia. Sejak awal dekad 1980-an pula pemohon suaka dan perlindungan beragama Islam di negara ini pula semakin meningkat, terutamanya dari Turki (puak Kurd, Yazidi dan Assyiria) dan Yugoslavia. Bilangan penganut Islam yang agak sekular, terutamanya penuntut-penuntut, datang dari Iran sejak dekad 1960-an. Hari ini, masyarakat Iran merupakan yang paling bersepadu kerana bilangan ahli akademik dan perniagaan di kalangan mereka adalah sangat tinggi berbanding masyarakat Islam lain. Pelarian-pelarian beragama Islam yang berketurunan Bosnia dan Kosovar pula menyebabkan pergerakan besar merentas Eropah. Kini lebih 300,000 sedang menetap di Jerman.

Hari ini, tinggal di Jerman empat generasi beragama Islam. Satu pertiga daripada penganut Islam berketurunan Turki dilahirkan di sini tetapi tidak mempunyai kerakyatan. Bagi keturunan Bosnia pula, peratusannya ialah 16.5%, Iran 8.7%, Maghribi 21% dan Afghan 12.6%. Kira-kira 65% daripada penganut-penganut Islam di sini ialah Ahli Sunah Waljamaah.

1.3 PENGHAYATAN ISLAM

Sekitar 68% penganut Islam di Jerman dianggarkan bergiat aktif di dalam komuniti agama, sementara 69% yang lainnya menunaikan amalan keagamaan seperti berpuasa dan meraikan perayaan keagamaan. Islam amat berkembang terutama di Jerman dan merupakan kelompok ketiga terbesar selepas kaum Protestan dan Katholik. Namun demikian, peningkatan jumlah umat Islam di Jerman sangat cepat, sehingga saat ini kira-kira 40 peratus umat Islam yang tinggal di Jerman berusia bawah 18 tahun. Menurut Klaus Lagenvis, seorang pakar undang-undang Jerman, masjid Jerman merupakan tempat bagi kaum muslimin daripada berbagai kelompok untuk saling menyatukan diri dan meraih rasa percaya diri. Majalah Figaro terbitan Perancis dalam sebuah makalahnya menulis, “Jumlah kehadiran umat Islam di masjid dan surau sedemikian banyaknya di Jerman, sehingga Paus Paulus mengimpikan sambutan yang sama terhadap gereja”[5]

Terdapat sekurang-kurangnya 2,500 pusat keagamaan di seluruh Jerman. Lebih kurang 160 daripadanya ialah masjid-masjid yang siap dengan kubah dan menara. Proses pembinaan masjid ini walau bagaimanapun seringkali menerima tentangan daripada penduduk setempat dan juga pihak berkuasa tempatan. Malah, 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.[6]

Jika sebelum itu golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang menjadi tanah air mereka[7]. Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman. Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9 peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan masjid besar. Ini petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat. Apabila Islam semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota masyarakat, tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit. Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di bumi Eropah.

Di Jerman, tiada larangan menyeluruh ke atas pemakaian tudung dikenakan, walaupun perbahasan mengenai guru-guru yang memakai tudung masih berjalan. Pada tahun 2003, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak menyebelahi kerajaan negeri Baden-Württemberg dalam usahanya melarang usaha seorang guru Muslim memakai tudung di sekolah. Namun, mahkamah itu tetap memberikan peluang untuk larangan peringkat negeri. Oleh yang demikian, banyak negeri telah meluluskan perundangan berkaitan larangan pemakaian tudung untuk guru-guru. Negeri Hesse misalnya telah meluluskan larangan termasuk ke atas kakitangan awam di negeri itu. Konflik ini, walau bagaimanapun terus berjalan.

Penyembelihan haiwan secara halal telah bertahun-tahun dicabar di mahkamah. Namun, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2002 telah memutuskan untuk mengecualikan orang-orang Islam daripada perundangan berkaitan perlindungan haiwan atas alasan kepercayaan agama mereka. Konflik ini walau bagaimanapun masih belum tamat.

Sejak dekad 1960-an, kegiatan yang digelar perniagaan etnik telah ditubuhkan bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan daripada pendatang-pendatang Muslim ini. Salah satu daripada pertubuhan yang paling berpengaruh ialah Persatuan Usahawan-usahawan Bebas (MÜSIAD). Kebanyakan ahli-ahlinya adalah usahawan yang kuat beragama[8]

1.4 PERTUBUHAN ISLAM

Hanya sebilangan kecil Muslim yang menetap di Jerman menjadi ahli pertubuhan-pertubuhan agama. Yang mempunyai bilangan tertinggi adalah:

  • Diyanet İşleri Türk İslam Birliği (DİTİB): Cabang Jerman Pengerusian Turki untuk Hal Ehwal Agama.
  • Islamische Gemeinschaft Milli Görüş: berdekatan dengan Islamist Saadet Partisi di Turkey, Kerpen near Cologne
  • Islamische Gemeinschaft Jamaat un-Nur: Cabang Jerman Masyarakat Risale-i Nur.
  • Verband der islamischen Kulturzentren: Cabang Jerman mahzab konservatif Süleymancı di Turki, Cologne
  • Islamische Gemeinschaft in Deutschland pertubuhan Muslim Arab berdekatan dengan Persaudaraan Muslim, Frankfurt
  • Verband der Islamischen Gemeinden der Bosniaken: Muslim Bosnia, Kamp-Lintfort dekat Duisburg.

Tambahan lagi terdapat pertubuhan-pertubuhan payung berikut:

  • Zentralrat der Muslime in Deutschland, didominasikan oleh "Islamische Gemeinschaft in Deutschland" dan "Islamisches Zentrum Aachea"
  • Islamrat in Deutschland, didominasikan oleh Islamische Gemeinschaft Milli Görüş dan sub-pertubuhannya[9].

Selain itu terdapat pelbagai pertubuhan setempat yang tidak berkait dengan mana-mana pertubuhan di atas. Dua pertubuhan telah dilarang pada 2002 kerana rancangan mereka dianggap melanggar perlembagan: "Hizbut Tahrir" dan juga "Caliphate State" yang diasaskan Cemalettin Kaplan.

1.5 PENDIDIKAN

Selain amalan diskriminasi yang menular dalam sektor pekerjaan, kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan pendatang Muslim juga disebabkan oleh tahap pendidikan yang rendah. Seramai 700,000 orang murid dan pelajar menuntut di institusi pengajian di negara ini. Namun, perangkaan rasmi ini hanya merujuk kepada pelajar-pelajar asing.

Kajian Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (PISA) memberikan bukti bahawa golongan pendatang dan anak-anak mereka yang belajar di sekolah-sekolah Jerman tidak berjaya sebaik murid-murid berlatar belakang Jerman. Golongan ini berkemungkinan besar belajar di sekolah-sekolah paling bawah dalam sistem persekolahan Jerman, yang mempunyai tiga tahap, dan akan meninggalkan sekolah tanpa kelulusan. Tiga kali ganda kanak-kanak berketurunan asing (murid-murid di sekolah-sekolah Jerman yang tidak mempunyai kerakyatan) berbanding kanak-kanak Jerman memasuki Hauptschule (sekolah menengah paling bawah) selepas pengajian rendah. Kebanyakannya tidak akan melanjutkan pelajaran selepas itu.

Kajian PISA juga mendapati bahawa murid-murid dari generasi kedua keluarga pendatang (anak-anak pendatang yang lahir di Jerman) memiliki keputusan yang lebih teruk berbanding murid-murid dari generasi pertama (anak-anak yang memulakan pengajian selepas datang ke Jerman). Satu sebab berlakunya keadaan ini ialah kanak-kanak golongan pendatang yang lebih bertumpu di sekolah-sekolah yang majoriti muridnya adalah dari golongan yang kurang berjaya, dari segi taraf ekonomi dan latar belakang sosial. Hal ini berlaku memandangkan keluarga mereka kebanyakannya berasal dari latar belakang luar bandar, yang tidak berjaya dan tidak memiliki pendidikan tinggi. Akhirnya, Hauptschule digelar Restschulen (sekolah untuk kategori lain-lain) atau kadangkala sebagai Türkenschulen (sekolah untuk orang Turki)[10].

Pengasingan murid-murid berdasarkan kebolehan pada peringkat seawal selepas pengajian rendah dikritik sebagai diskriminasi terhadap anak-anak golongan pendatang oleh banyak pihak, contohnya Pesuruhjaya PBB bagi Hak pendidikan, Vernor Munoz ketika lawatannya ke Jerman pada tahun 2005. Selain itu, kanak-kanak berketurunan Turki atau Muslim berlatar belakang pelarian menghadapi kesukaran yang ketara dengan bahasa Jerman. Tambahan pula, kanak-kanak pelarian mempunyai taraf tempat tinggal yang tidak terjamin, menyebabkan peluang yang terhad untuk melanjutkan pengajian dan latihan.

Rakyat asing, termasuk ramai Musllim, mempunyai peluang yang sedikit dalam pendidikan kerjaya, Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pemuda dan pemudi berketurunan asing (20-29 tahun) kekal tanpa kelulusan profesional berbanding 8% bagi orang Jerman dalam lingkungan umur yang sama. Corak negatif ini juga boleh diperhatikan pada tahap pengajian tinggi. Bilangan penuntut Jerman pada umur 22 tahun adalah dua kali ganda berbanding penuntut berlatar belakang asing, manakala pada umur 26 tahun, bilangannya adalah tiga kali ganda lebih banyak. Berbeza dengan kebanyakan negara- negara lain di Eropah, Jerman dalam perkembangan kebelakangan ini, mulai memperbolehkan pelajaran agama Islam bagi para pelajar Muslim di sekolah-sekolah umum. Biasanya pelajaran agama dilakukan orang-orang Islam secara non-formal di masjid-masjid atau kelompok-kelompok masyarakat.

Kebijaksanaan baru yang merupakan hasil dari perbincangan bersama antara pemerintah Jerman dan minoriti Muslim di Jerman ini adalah salah satu upaya mendukung proses integrasi sosial Muslim di Jerman. Menurut Wolfgang Schrauber, Menteri Dalam Negeri Jerman, perbincangan tersebut dapat menyelesaikan perbezaan yang kerap timbul. Tidak hanya di peringkat sekolah, pendidikan Islam juga mulai diperkenalkan pada peringkat akademik dengan membuka Jurusan Teologi Islam di perguruan tinggi di Jerman. Pendidikan pada tingkat akademik ini dianggap dapat memberi penyelesaian terhadap masalah kehidupan Muslim dalam keragaman dan juga dapat mengangkat isu penyertaan mereka dalam politik di negara tersebut.

1.6 PASARAN BURUH

Latar belakang agama seseorang pekerja tidak direkodkan di dalam perangkaan pekerjaan Jerman. Oleh itu, anggaran hanya boleh dibuat berdasarkan negara asal. Kadar pengangguran kekal dua kali lebih tinggi untuk orang-orang bukan Jerman. Di sesetengah negeri, kadar pengangguran dalam kalangan belia Muslim dianggarkan sekitar 30%[11]. Warganegara Turki adalah yang paling teruk keadaannya. Malah, jika dibandingkan dengan golongan yang tidak mempunyai kelayakan, lebih banyak pendatang asing (tiga suku) berbanding orang-orang Jerman (satu pertiga) yang menganggur.

Bagi golongan yang mempunyai kelayakan rendah, sistem ini tampak bergerak dengan lebih baik. Belia-belia dengan latar belakang pendatang bertumpu dalam pekerjaan kurang mahir dan separa mahir. Mereka sering menerima latihan dalam pelbagai bidang kerjaya seperti dalam industri (perlombongan, tekstil, pembuatan kereta), perdagangan, kraftangan atau bekerja sendiri, contohnya dalam bidang penyediaan makanan. Golongan ini, walau bagaimanapun, tidak banyak yang diambil bekerja dalam perkhidmatan awam. Pemudi-pemudi Muslimah, yang sering mempunyai peluang rendah berbanding pemuda-pemuda, kebanyakannya bekerja sebagai pendandan rambut, pembantu doktor gigi atau setiausaha perubatan.

Secara keseluruhannya, pendatang-pendatang Muslim menghadapi halangan-halangan yang sama dengan kumpulan pendatang lain dalam pasaran buruh Jerman. Halangan tersebut adalah diskriminasi tidak langsung dan diskriminasi secara langsung kerana taraf kediaman mereka yang tidak terjamin dan ketiadaan kerakyatan. Golongan yang tidak mempunyai kerakyatan selalunya hanya layak bekerja jika tiada penganggur Jerman atau rakyat negara anggota EU lain yang boleh dicari untuk pekerjaan itu. Oleh itu, dalam konteks kadar pengangguran yang tinggi, mencari pekerjaan menjadi semakin rumit bagi pendatang Muslim. Pengambilan bekerja dalam sektor perkhidmatan awam juga dikekang oleh ketiadaan kerakyatan di kalangan pendatang. Oleh itu, hanya terdapat sedikit bilangan pegawai polis contohnya, yang mempunyai latar belakang seorang Muslim. Pemohon suaka kadangkala tidak diberi permit bekerja atau menghadapi tempoh menunggu yang panjang sebelum kebenaran diberikan. Sebelum tahun 2004, pendatang-pendatang asing yang menetap di Jerman dibenarkan bekerja selepas tempoh lima atau enam tahun dicapai. Undang-undang baru bagi mengawal imigesen (bahasa Jerman: Zuwanderungsgesetz) memberikan kebenaran ini kepada golongan pendatang asing seperti pelarian atau pemohon suaka yang diterima masuk[12].

Orang-orang Islam di Jerman sememangnya menghadapi halangan dalam pekerjaan. Tetapi, diskriminasi lebih banyak terjadi dalam pekerjaan separa mahir berbanding yang berkelayakan tinggi. Dalam pekerjaan separa mahir, malah juga pekerjaan berkelayakan tinggi, pekerja-pekerja Muslim sering menghadapi sikap tidak toleran terhadap tanggungjawab agama mereka seperti menunaikan solat Jumaat dan solat harian selain kantin yang lazimnya tidak menyediakan makanan halal, memandangkan tiada undang-undang dalam hal sebegini.

Anggota-anggota sesetengah pertubuhan Islam pula, walaupun sah dari segi undang-undang, dilabel sebagai "Islamis" dan diketepikan dariapada beberapa bidang kerjaya seperti kakitangan awam dalam perkhidmatan keselamatan. Dalam bidang sebegini, satu permohonan am perlu dibuat di Pejabat Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan (BfV). Pekerja-pekerja Muslimah pula sering menghadapi halangan lain seperti larangan memakai tudung.

1.6 KESIMPULAN

Islam kembali berkembang setelah Jerman bersatu pada tanggal 3 Oktober 1990 sampai saat ini. Kali ini Islam disebarkan oleh para mahasiswa muslim dari berbagai penjuru dunia. Para pekerja dan imigran yang kebanyakan berasal dari Turki, Bosnia, dan Iran terus bermigrasi dan menetap di Jerman. Perkembangan besar-besaran yang dilakukan umat Islam di Jerman berbuah penambahan jumlah muslim dan berdirinya masjid-masjid baru di Jerman. Data terakhir yang didapat menunjukan bahwa jumlah muslim di Jerman sudah melebihi angka 3,2 juta jiwa atau 3,7 % dari seluruh jumlah penduduk Jerman. Terdapat organisasi Muslim yang cukup berpengaruh di Jerman. Antara lain adalah Diyanet Isleri Turk Islam Birligi, Islamische Gemeinschaft Milli Gorus, dan Verband der Islamischen Gemeinden der Bosniaken.

Selain untuk tempat beribadah dan mengaji, masjid-masjid itu juga berfungsi untuk mengadakan program pembinaan bagi generasi muda. Komuniti Muslim Indonesia juga tidak mahu kalah, sehingga mendirikan Masjid Al-Falah di pusat kota Berlin, serta kedudukannya tak jauh dari Kedutaan Besar Republik Indonesia. Kepesatan pembangunan masjid di Jerman sempat membuat masyarakatnya khuatir akan terorisme. Sejak tragedi 11 September 2001[13], Pemerintah Jerman berusaha bagaimana komuniti Muslim Jerman dapat berintegrasi dengan masyarakat. Timbul pula keinginan dari sementara kalangan untuk mengenal lebih jauh agama ini. Sejumlah kegiatan diadakan, mulai dari seminar, diskusi, konferensi internasional, sampai pentas budaya Islami[14].

Setiap tanggal 3 Oktober, seluruh masjid dan islamic center di Jerman mengadakan open house bagi warga non muslim yang ingin mengenal lebih jauh tentang Islam. Hasil dari kegiatan rutin tahunan ini sangat memuaskan, tidak hanya pengetahuan dan perhatian masyarakat Jerman saja yang bertambah, tetapi juga jumlah mualaf yang meningkat. Awal tahun di kota Hannover diadakan pameran tentang Islam. Sejumlah perwakilan negara Muslim, organisasi dan lembaga Islam lokal turut berpartisipasi. Menariknya, pameran tersebut dikoordinasi oleh pihak Gereja Protestan Lutheran setempat. Tujuan penyelenggaraan pameran adalah agar masyarakat Jerman lebih mengetahui agama Islam. Dengan begitu, umat Muslim dan masyarakat setempat menjadi lebih mesra. Selain Hannover, pameran serupa diselenggarakan di sepuluh kota selainnya. Fokusnya adalah tentang kehidupan seharian para Muslimah Jerman. Warga Jerman bebas mengajukan pertanyaan mengenai jilbab serta proses adaptasi mereka terhadap gaya hidup Barat. Usaha-usaha tersebut membuahkan hasil.

Simpati masyarakat agama lain terhadap Islam makin meningkat. Angin baru juga berhembus saat Idul Adha lalu, Islamic Center Berlin menerima banyak sekali ucapan, baik melalui surat maupun telepon, dari gereja-gereja di Berlin, Münich, dan kota-kota lain di Jerman. Media massa pun memuat iklan ucapan “Selamat Idul Adha” bagi kaum Muslim. Pemerintah Jerman juga memanfaatkan momen-momen keagamaan untuk melakukan pendekatan terhadap komunitas Muslim. Bahkan, Presiden Jerman Horst Kohler menyerukan agar Muslim jangan diperlakukan sebagai warga kelas dua. Ia menekankan pentingnya dialog untuk menekan terus berkembangnya fobia Islam di negeri itu.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links