MINORITI MUSLIM DI TONGA (SABILA BINTI HUSSIN , A125623)

Mon, Apr 19 2010 12:12am MYT 1
sabila hussin
sabila hussin
2 Posts
<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; margin-top:0cm; margin-right:0cm; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-US;} h2 {mso-style-priority:9; mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-link:"Heading 2 Char"; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0cm; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0cm; mso-pagination:widow-orphan; mso-outline-level:2; font-size:18.0pt; font-family:"Times New Roman","serif"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-MY; font-weight:bold;} p.MsoFootnoteText, li.MsoFootnoteText, div.MsoFootnoteText {mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-link:"Footnote Text Char"; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-US;} span.MsoFootnoteReference {mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; vertical-align:super;} p {mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0cm; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0cm; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman","serif"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-MY;} span.Heading2Char {mso-style-name:"Heading 2 Char"; mso-style-priority:9; mso-style-unhide:no; mso-style-locked:yes; mso-style-link:"Heading 2"; mso-ansi-font-size:18.0pt; mso-bidi-font-size:18.0pt; font-family:"Times New Roman","serif"; mso-ascii-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-hansi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-MY; font-weight:bold;} span.mediumtext1 {mso-style-name:medium_text1; mso-style-unhide:no; mso-ansi-font-size:12.5pt; mso-bidi-font-size:12.5pt;} span.longtext1 {mso-style-name:long_text1; mso-style-unhide:no; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} span.FootnoteTextChar {mso-style-name:"Footnote Text Char"; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-unhide:no; mso-style-locked:yes; mso-style-link:"Footnote Text"; mso-ansi-language:EN-MY;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial;} /* Page Definitions */ @page {mso-footnote-separator:url("file:///C:/DOCUME~1/Bael88/LOCALS~1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_header.htm") fs; mso-footnote-continuation-separator:url("file:///C:/DOCUME~1/Bael88/LOCALS~1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_header.htm") fcs; mso-endnote-separator:url("file:///C:/DOCUME~1/Bael88/LOCALS~1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_header.htm") es; mso-endnote-continuation-separator:url("file:///C:/DOCUME~1/Bael88/LOCALS~1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_header.htm") ecs;} @page Section1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:72.0pt 72.0pt 72.0pt 72.0pt; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} -->

Pengenalan

Kerajaan Tonga terletak di sebuah Kepulauan di Lautan Pasifik Selatan yang terdiri daripada 160 buah pulau dan 35 buah di antaranya adalah berpenghuni. Keluasan kawasan Tonga adalah kira-kira 748 sq.km iaitu sebanyak 718 sq.km kawasan tanah dan 30 sq.km kawasan yang dilitupi air. Pulau yang paling besar adalah Tongatapu iaitu sekitar 260 sq.km.[1] Pulau-pulau yang membentuk kepulauan terletak di sebelah selatan Samoa, kira-kira dua pertiga jalan dari New Zealand ke Hawai.[2]

Tonga juga adalah satu-satunya negara Pasifik Selatan yang tidak sepenuhnya diambil alih oleh salah satu kuasa Barat dan sistem politik yang relatif tetap utuh. Penduduk yang menduduki di kawasan Tonga adalah kira-kira seramai 102 000 orang. Tonga dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ‘Eua, Ha’apai, Niuas, Tongatapu dan Vava’u. Bandar utama Tonga ialah Nuku’alofa iaitu didiami seramai 29 000 orang penduduk dan selebihnya tinggal di bandar-bandar kecil Tonga yang lain.. Bahasa yang digunakan oleh penduduk Tonga ialah Tongan, English. Agama Kristian merupakan agama yang majoriti diamalkan masyarakat Tonga iaitu Free Wesleyan Methodist 43%, Roman Katolik 16%, Gereja Bebas 11 % dan agama-agama yang lain sebanyak 30%.[3]

Semua penduduk Tonga adalah Polynesian. Walaubagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil daripada kumpulan etnik Eropah iaitu kira-kira sebanyak 300 orang. Pada masa sekarang, raja yang memerintah Tonga ialah Raja George Tupou V serta dibantu Perdana Menteri mereka iaitu Dr. Feleti Sevele.

Walaupun kerajaan telah memerintah Kepulauan Tonga selama lebih daripada 1000 tahun, tetapi sistem moden pertama mulai terbentuk pada tahun 1862 ketika Raja Tupou memperkenalkan kod undang-undang untuk kerajaannya. Kod ini membolehkan kedua-dua kepala suku dan rakyat jelata harus diperlakukan sama adil dalam setiap hukuman, membebaskan rakyat jelata daripada kerja paksa dan membiarkan rakyat jelata untuk mengendalikan hak milik mereka sendiri.

Bermula pada akhir abad ke-18, Tonga diganggu oleh petualang asing, pedagang dan mubaligh. Oleh sebab negara mempunyai raja yang kuat, Tonga mampu memeterai perjanjian dengan Perancis (1850), Jerman (1876), Great Britain (1879) dan Amerika Syarikat (1888) yang menjamin kemerdekaan yang terus-menerus. Meskipun perjanjian-perjanjian ini telah menyebabkan Tonga takut menjadi korban dari persaingan kuasa besar yang telah menelan sisa Kepulauan Pasifik yang lain. Bagi mengelakkan ini berlaku, Tonga bersetuju untuk menerima sebuah perjanjian dengan United Kingdom pada tahun 1990 yang memberi Westminster kawalan atas urusan luar negeri Tonga. Perjanjian ini berlangsung selama 70 tahun, hingga 4 Jun 1970, ketika Tonga diberikan kemerdekaan penuh.[4]

Tonga beroperasi sebagai negara raja berperlembagaan. Penghormatan untuk menggantikan raja yang diselenggarakan di abad-abad awal untuk kepala terpenting yang suci, yang Tui Tonga. Kritikan terhadap raja adalah yang dianggap bertentangan dengan budaya dan etika Tonga. Sebuah keturunan langsung raja pertama, Raja George Tupou V, keluarganya, beberapa bangsawan yang kuat, dan meningkatnya non-kasta elit kerajaan tinggal di banyak kekayaan, dengan seluruh negeri hidup dalam kemiskinan relatif. Kesan daripada perbezaan ini adalah dikurangkan oleh tiga faktor: pendidikan, perubatan, dan pemilikan kawasan.

Tonga menyediakan kemudahan kepada warganegaranya seperti pendidikan percuma dan pendidikan ini wajib untuk semua. Pendidikan menengah hanya dengan kos nominal dan asing yang dibiayai biasiswa untuk pasca pendidikan menengah. Penduduk Tonga juga menikmati tahap yang relative tinggi pendidikan, dengan tahap celik huruf sebanyak 98% termasuk perubatan dan lulus darjah (yang kebanyakkannya dikejar luar negeri).

Penduduk Tonga juga mempunyai akses kepada sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Di samping itu, Tonga juga merupakan perlembagaan yang melindungi pemilikan tanah. Tanah tidak boleh dijual kepada orang asing (meskipun mungkin disewakan). Walaupun ada kekurangan tanah di pulau utama pembandaran Tongatapu (di mana 70% daripada penduduk berada), namun ada kawasan tersedia di pulau-pulau terpencil. Terdapat juga sebilangan kecil orang asing yang bekerja di Tonga. Hampir 2500 orang penduduk Tonga akan berhijrah ke New Zealand setiap tahun.

Ekonomi Tonga dicirikan oleh non besar sektor kewangan dan pergantungan berat kiriman wang daripada separuh daripada penduduk negara yang hidup di luar negeri, terutama di Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Sektor kewangan perekonomian didominasi dan sebahagian besar dimiliki oleh keluarga diraja dan bangsawan.[5] Di samping itu, ekonomi penduduk Tonga juga adalah berdasarkan hasil laut, penternakan dan pertanian. Barangan utama eksport mereka adalah seperti minyak kelapa, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran tropika.[6] Kerajaan Tonga juga turut berusaha untuk memajukan sektor pelancongan bagi meningkatkan lagi ekonomi negara mereka.

Islam Di Tonga

Agama Islam telah sampai di Tonga pada tahun 1980 iaitu apabila salah seorang penduduk Tonga telah memeluk agama Islam. Terdapat seramai 80 orang Muslim yang tinggal di Tonga. Diyakini bahawa kira-kira 20 orang daripadanya adalah orang India dari Fiji dan selebihnya memang penduduk asal Tonga. Organisasi Islam yang pertama ditubuhkan ialah kumpulan Tonga Muslim iaitu pada tahun 1984. Kemudian, organisasi ini telah digantikan dengan Muslim Society Tonga pada tahun 1992.[7]

Perkembangan Islam di Tonga

Orang Islam di Tonga adalah kebanyakkannya daripada kalangan orang muda. Majoriti Islam di Tonga adalah daripada golongan petani dan pedagang India.

Walaupun belum terdapat lagi masjid di Tonga, namun begitu terdapat pusat Islam yang telah digunakan sejak tahun 1990. Pusat Islam ini terdiri daripada dua rumah di gelanggang istana Ratu. Selain itu juga, Tonga tidak mempunyai restoran yang halal, tetapi pada masa sekarang sudah terdapat sebuah kedai yang halal iaitu Kinikinilau Shopping Centre yang merupakan kedai yang mengimport daging halal daripada New Zealand dan Fiji.[8]

Walaupun bilangan orang Muslim yang menetap di Tonga hanya sedikit tetapi, mereka amat mementingkan pendidikan. Malah orang Muslim di Tonga diwajibkan belajar di antara umur 6 dan 14 tahun. Tahap penduduk yang celik huruf kebangsaan adalah sebanyak 95%. Semua penduduk Muslim di Tonga mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan asas. Pendidikan Islam adalah diketuai oleh Imam. Setiausaha Muslim Society iaitu, Alitasi Tuituiohu adalah orang Islam yang pertama memulakan program ijazah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. [9]

Antara tokoh-tokoh Islam yang terkenal di kalangan Muslim Tonga ialah, Baharuddin Osman (Imam dari Indonesia), Malik Nikua (Mantan Presiden TMS), Alitasi Tuituiohu (Mantan Setiausaha TMS), Faiyaz Manu (Presiden Pertama TML and dan Presiden TMS sekarang) dan Zakiah Ariff.

Isu-isu masyarakat Islam di Tonga

Masyarakat Islam di Tonga adalah sangat beruntung kerana mendapat sokongan daripada kerajaan. Hal ini disebabkan, mereka telah mendapat sokongan utama secara peribadi daripada Raja dan Ratu Tonga. Masyarakat Islam berkaitan langsung dengan Raja dan Perdana Menteri Tonga.[10]

Antara projek yang akan dijalankan di Tonga ialah masyarakat Islam berusaha untuk meminta dana dari Timur Tengah untuk mendirikan sekolah asrama baru di Tongatapu. Sekolah tersebut akan mengikuti kurikulum sekolah Tonga, namun ditambah penggunaan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

Syeikh Imam Abdul Fader, pemimpin semangat masyarakat Muslim Tonga dan seorang guru matematik, mengatakan projek mereka adalah membuat sekolah asrama tiga tingkat yang akan melayani Muslim dan non-Muslim, khususnya anak yatim piatu yang sering kekurangan pendidikan. Anak-anak yang sekolah di situ tidak akan dipaksa untuk belajar dan memeluk Islam. Sebuah delegasi kecil Muslim Tonga telah pergi pada Jun 2007 ke Arab Saudi dan Qatar untuk mencari dana untuk sekolah baru mereka kerana dua buah negara tersebut terkenal atas bantuan mereka yang baik.[11]

KESIMPULAN

Tonga merupakan salah sebuah negara memiliki Muslim yang sangat minoriti. Walaupun Muslim di Tonga hanya sedikit, tetapi orang Islam di Tonga tidak diabaikan bahkan mereka telah mendapat sokongan peribadi yang utama daripada Raja dan Ratu Tonga. Secara tidak langsung, kelebihan ini telah memberikan peluang kepada orang Islam di Tonga untuk menyebarkan lagi dakwah mereka dalam agama Islam. Malah, tidak mustahil juga Tonga akan menjadi salah sebuah negara Islam di dunia suatu masa kelak.

RUJUKAN

Alitasi Tuituiohu, Muslim Almanac Asia Pasifik.1996, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Robert H.Taylor, Handsbooks to the Modern World Asia and The Pacific. 1991, Facts On File. New York, Oxford.

Islamic World.Net: Countries.http://www.islamic-world.net/countries/tonga.htm#org (05 februari 2010).

Islam di Tonga.http://id.wikipedia.org/wiki/Islam di Tonga (09 Februari 2010).

Tonga.http://en.wikipedia.org/wiki/Tonga (08 Februari 2010).



[1] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik ms 222: 1996, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

[2] Islamic World.Net: Countries.http://www.islamic-world.net/countries/tonga.htm#org (05 februari 2010).

[3] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik ms 221: 1996, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

[4] Robert, Handbooks to The Modern World Asia and The Pacific. 1991, ms 693-694.Fact s on File.New York,Oxford.

[5] Tonga.http://en.wikipedia.org/wiki/Tonga (08 Februari 2010).

[6] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik 222: 1996, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur

[7] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik 222: 1996, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur

[8] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik, 1996. ms 223-224, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

[9] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik, 1996. ms223-224, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

[10] Alitasi Tuituiohu, Muslim AlManac Asia Pasifik, 1996. ms 223-224, Berita Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

[11] Islam di Tonga.http://id.wikipedia.org/wiki/Islam di Tonga (09 Februari 2010).

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links