Minoriti Muslim di Vanuatu (SITI NAZIRAH BINTI ABDULLAH -A123117-)
| Sun, Apr 18 2010 06:33pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
siti nazirah 1 Posts |
Pendahuluan
Sungguhpun manusia diciptakan sama daripada segi fitrah, namun manusia tergolong ke dalam berbagai kelompok, bangsa, kaum, etnik dan ras. Islam mengiktiraf perbezaan-perbezaan ini dan Allah s.w.t. telah menekankan betapa perlunya manusia Muslim untuk saling mengenali antara satu sama lain. Islam tidak pernah mengabaikan kaum minoriti atau mendiskriminasi antara golongan lelaki dan wanita. Golongan minoriti dan wanita diberikan hak yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Semua manusia adalah dalam keluarga manusia, namun ikatan aqidah mengatasi keberlainan warna kulit dan kewarganegaraan. Secara dasarnya, manusia adalah satu bangsa, bangsa yang bernama manusia. Al-Quran mengesahkan perkara ini. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa manusia kemudiannya berbeza kerana perbezaan dalam aqidah dan sistem kepercayaan.
Geografi Negara Vanuatu
Vanuatu merupakan sebuah negara kepulauan republik di Samudra Pasifik di bahagian selatan. Vanuatu tersepit antara Australia di sebelah timur, Fiji disebelah barat, manakala di sebeleh timur laut pula adalah Kaledonia Baru, dan Kepulauan Solomon di selatan.Semasa penjajahan Perancis negara ini dikenali dengan nama Hebrides Baru. Vanuatu terdiri dari 83 pulau, 14 diantaranya mempunyai keluasan melebihi daripada 100 km2. Manakala keluasan wilayahnya adalah 12,190km2.Port Vila merupakan ibu kota negara ini.[1]
Penduduk yang menetap di Vanuatu dianggarkan mencecah 243,000 orang, mereka terdiri daripada pelbagai suku dan ras, termasuklah Cina dan Korea di samping penduduk kulit putih dari keturunan Perancis dan Inggris, serta penduduk asli yang masih satu ras dengan suku Papua. Manakala bahasa-bahasa yang digunakan disana adalah Perancis, Inggris dan Bislama.[2] Vanuatu sendiri dibahagikan menjadi enam negeri iaitu Malampa, Sanma, Penama, Shefa, Tafea dan Torba. Banyak di antara kepulauan yang terdapat di Vanuatu telah lama didiami oleh masyarakat. Ia dianggarkan sekitar 2000 tahun S.M, kepulauan ini telah ada penghuninya . Orang Eropah pertama yang menemukan kepulauan ini adalah seorang pelaut Portugis yang bernama Pedro Fernandes de Queirós pada tahun 1606. Manakala pada tahun 1768, mulai ramai orang-orang dari Eropah yang datang ke kepulauan ini, seperti seorang pelaut Perancis yang bernama Louis Antoine de Bougainville dan disusuli oleh James Cook pada tahun 1774 dan menamakan kepulauan ini dengan nama Hebryden baru, nama tersebut yang kemudian dipakai sehingga pada saat kepulauan ini mendapat kemerdekaan dan mengganti nama menjadi Vanuatu.[3]
Sebaliknya banyak pendatang-pendatang Inggeris dan Perancis di kepulauan yang indah ini sehingga mereka menjadi penduduk yang majoriti. Untuk menjamin keselamatan mereka, maka pada tahun 1906 kepulauan ini dengan rasmi dijadikan kondominium Inggeris dan Perancis, maksudnya kepulauan ini “dikemudikan” baik oleh Inggris mahupun Perancis. Hal ini sangat unik sekali karena kedua negara ini sebetulnya adalah musuh, ditambah pula dengan ikut campurnya Amerika Syarikat pada tahun 1940, secara tidak langsung, demi kepentingan sendiri, mereka mulai menghasut penduduk pribumi sehingga timbul rasa nasionalisme pada tahun 1960 dan pada tahun 1981 menjadi anggota PBB. Pada tahun 1983 negara ini menjadi anggota dari organisasi “negara-negara yang tidak terikat”[4]
Vanuatu mengikut sistem politik republik di mana ketua negaranya hanya sebagai lambang upacara sahaja. Presiden ini dipilih setiap 5 tahunh sekali oleh 2/3 dari anggota parlimen dan dewan setempat, dan tidak mempunyai kekuasaan apa-apa, dan mereka juga dapat memecat presiden ini bilamana dia di dapati atau dinilai melakukan satu perbuatan yang merugikan kepentingan negara. Pemimpin politik pemerintahan berada ditangan Perdana Menteri.[5] Meskipun termasuk sebagai satu “negara yang berkembang”, sistem hukum di negara ini dikatakan telah cukup dewasa dan mengikuti sistem Inggeris. Dengan adanya beberapa bahasa rasmi, terutamanya bahasa Perancis dan Inggris inilah yang menyulitkan negara ini untuk diperintah, sehingga secara tidak rasmi negara ini dibahagi menjadi bahagian Perancis dan Inggeris. Ini adalah satu faktor penghalang akibat daripada politik imperealisme barat dimasa lampau.[6]
Sejarah Islam di Vanuatu
Hampir seluruh penduduk di Vanuatu beragama Kristian. Presbyteriaanse church adalah yang terbesar yang dianuti oleh 1/3 dari penduduknya, kemudian Roma-Katholik dan Anglikan masing-masing sekitar 15%, selebihnya terdiri dari gereja Advent hari ketujuh dan Gereja utusan Kristus. Manakala masyarakat muslim yang tinggal di Vanuatu dikatakan tidak melebihi 5% sahaja, ini dianggarkan lebih kurang 100 000 orang. Ummat Islam di Vanuatu tertumpu di Desa Mele.[7]
Salah
seorang yang paling awal memeluk islam di Vanuatu ialah Hussein
Nabanga, atau nama kristiannya ialah John Henry Nabanga,iaitu pada
tahun 1978. Nabanga Hussein adalah
seorang ahli dari desa Mele
Sejarah
Islam di Vanuatu menunjukkan relatif yang singkat namun
kaya. Ini adalah
singkat kerana dalam erti bahawa jangka waktu
dari awal hingga saat ini merangkumi hanya jangka waktu sekitar 3
dekad. Hal ini juga kaya dalam erti
bahawa
John Henry Nabanga, lahir dan dibesarkan di desa Mele. Dia adalah salah seorang daripada 7 adik beradik dalam keluarganya. Ketika dia masih di awal umur tiga puluhan, dia sedar dan merealisasikan keperluannya terhadap pemahaman praktikal tentang konsep menyembah satu Tuhan. Hal ini memotivasikan dirinya untuk melakukan sebuah penyiasatan kritis secara peribadi tentang satu sifat Tuhan yang sejati dan untuk mencari pengetahuan tentang tujuan hidup hidup di dunia dan diakhirat. Untuk itu, mesti ada secara langsung bagi manusia untuk berkomunikasi dengan Allah SWT tanpa harus meminta apa pun perantara. Itu adalah titik permulaan dalam penyiasatan peribadinya sifat agama umumnya. Namun, ini belum kuat meyakinkan dirinya untuk memberikan pertimbangan serius terhadap Islam.[10]
Pada hari kemudian dan tumpuan yang tajam terhadap agama dan perspektif yang luas untuk hidup, Allahyarham John Henry Nabanga dipilih untuk menjalani latihan dalam terjemahan kitab suci di India pada tahun 1973. Perjalanan ini tinggal dan tinggal di negara lain, jauh dari negaranya, memberinya kemerdekaan intelektual untuk mengejar yang lebih dalam dan lebih kritis kajian mengenai sifat Allah dan agama. Sebagai seorang yang dewasa, persekitaran pengajian juga memberinya kesempatan untuk menguji perspektif tentang mengapa manusia harus menyembah Pencipta mereka, bagaimana dan bila mereka harus melakukan perkara itu. Pada dasarnya, dia ingin mengetahui apa keselamatan jiwa manusia benar-benar bererti. Dia ingin mencari jawapan dengan cara yang praktikal. Dia ingin mencari sesuatu yang komprehensif-merangkumi semua aspek kehidupan manusia dalam bidang rohani dan jasmani dan memberikan bimbingan dalam semua aspek.[11]
Memandangkan perkara ini merupakan penyiasatan spiritual yang diterima pakai oleh Henry, dia kemudian membuat keputusan peribadi untuk melakukan lebih kajian terhadap Islam dengan maksud untuk mengkristal fikirannya tentang masalah agama. Itu adalah bagaimana perjalanan membantunya mengenali Islam.[12]
Terjemahan kitab suci al-Quran telah berlangsung selama sekitar 5 tahun. Beliau kemudian kembali ke Vanuatu dan meneruskan kegiatan muzik yang pernah beliau lakukan dalam perjalanan sebelum tahun 1973.Setelah kembali ke rumah, hanya beberapa ahli masyarakat sahaja yang membangkang atau menentang tentang pengislaman ini, tetapi majoriti masyarakat menerima dengan hangat. Ini membolehkannya untuk terus menyelesaikan kepada rutin kehidupan sehari-hari.[13]
Semua ahli keluarga secara langsung telah menerima dan menghormati keputusannya untuk memilih agama dan cara hidup yang dia merasa senang dan selesa dengannya. Setiap individu secara peribadi bertanggungjawab atas tindakannya dan pada hari penghakiman tidak ada seorang pun akan menanggung beban lain. Kebiksanaan mereka dalam menghormati keputusannya itu konsisten dengan doktrin tanggungjawab peribadi dalam Islam. Kebanyakan ahli setempat menganggap memilih untuk menjadi Islam sebagai keputusan peribadi. Mereka juga menyedari bahawa keputusan yang dibuat mempunyai kesan yang besar dalam hidupnya. Dia akan berubah menjadi orang yang rendah hati dan penuh perhatian dan selalu bersedia membantu sesama manusia yang memerlukan. Daripada tempoh awal sehinggalah tahun 1993 setelah dia meninggal, Allahyarham John Henry Nabanga ramah menjawab dan menyelesaikan banyak soalan tentang Islam daripada ahli keluarganya dan masyarakat luar. Jawapannya merupakan yang paling bermaklumat.[14]
Allayarham John Henry Nabanga hampir seorang diri memetakan perjalanan sejarah Islam di Vanuatu. Melalui upaya tidak kenal lelah dan sukarela, beliau dapat menjelaskan Islam melalui cara yang rasional dan sabar kepada semua masyarakat yang mahu mendengar. Beliau telah disenangi oleh masyarakat, baik muslim dan bukan Muslim. Mengetahui kebenaran tidak bermakna jika tidak boleh diperluaskan atau diberikan kepada orang lain yang memerlukan. Ini adalah prinsip utama John Henry Nabanga. Menoleh ke belakang tentang apa yang dia lakukan, tidak akan sesekali berlaku dan boleh dikatakan bahawa misinya telah tercapai dengan baik.[15]
Komuniti Muslim Asli di Vanuatu
Menurut Mustapha Kaloas yang merupakan Setiausaha Agung Islam di Vanuatu, apabila Islam diperkenalkan untuk pertama kalinya di Mele, ketua pemimpin dan rakyatnya menghormati keputusan kaum muslimin untuk memilih iman mereka sukai. Hal ini diterima mereka dan menghormati kaum muslimin serta semua masyarakat hidup damai bersama sebagai sebuah komuniti.[16]
Islam menjadi secara umum diterima Mele kerana peribadi yang baik dan watak moral Hussein dan rakyat tempatan yang lain menyokong dirinya semasa memperkenalkan Islam di Vanuatu. Salah satu hal penting yang meyakinkan masyarakat Vanuatu untuk menerima Islam adalah kerana mereka menyedari bahawa Islam adalah sebuah cara hidup yang lengkap di dunia dan di akhirat.[17]
Seiap tahun, semakin banyak jumlah warga Vanuatu yang beralih menjadi Muslim. Kerana keputusan itu adalah bersifat peribadi, maka tidak tahu anggaran jumlah warga Muslim di Vanuatu. Biasanya seorang pria atau wanita yang mengikrarkan keislamannya maka akan mengislamkan juga anggota keluarganya yang lain. Umumnya mereka masuk Islam secara berombongan.[19] Politik
Vanuatu mengikuti sistem politik republik di mana ketua negaranya hanya sebagai lambang ceremonial sahaja. Presiden ini dipilih setiap 5 tahun sekali oleh 2/3 dari anggota parlimen dan dewan setempat, dan tidak mempunyai kekuasaan apa-apa, dan mereka juga dapat memecat presiden ini apabila dia melanggar atau dinilai melakukan satu perbuatan yang merugikan kepentingan negara. Pemimpin politik pemerintahan berada ditangan Perdana Menteri.[20] Meskipun termasuk sebagai satu “negara yang berkembang”, sistem hukum di negara ini dikatakan telah cukup dewasa dan mengikuti sistem Inggeris. Dengan adanya beberapa bahasa rasmi, terutama bahasa Perancis dan Inggeris inilah yang menyulitkan negara ini untuk diperintah, sehingga secara tidak rasmi negara ini terbahagi menjadi sebahagian Perancis dan Inggeris. Ini adalah satu faktor penghalang akibat dari politik imperealisme barat dimasa lampau.[21]
Sosial
Muslim tempatan di Vanuatu dihormati kerana mereka juga menunjukkan rasa hormat yang besar kepada semua kaum dan bangsa. Ada peringkat kualiti interaksi sosial antara kaum muslim dengan kaum lain. Muslim asli secara aktif bersama-sama dalam semua kegiatan sosial di kawasan mereka seperti perkahwinan, kematian sebuah upacara penggalangan dana. Anggota masyarakat bukan islam juga mengambil kesempatan dengan turut bersama-sama dalam merayakan dua festival penting Islam iaitu Idul Fitri dan Idul Adha, itu menandakan akhir bulan Ramadhan. Mereka juga bebas melakukan ziarah tahunan iaitu melakukan haji di Makkah dan perintah korban. Muslim tempatan selalu menggunakan kesempatan ini untuk memperluaskan keramahan mereka yang terbaik kepada teman-teman, tetangga dan masyarakat lain. Hal ini selari dengan pengakuan bahawa semua manusia adalah sama. Jadi, masalah keyakinan adalah masalah peribadi dan seharusnya tidak menjadi halangan untuk kesatuan umat manusia.[22]
Oleh kerana islam bukan agama hirarki yang didasarkan pada status atau kekayaan, semua umat Islam di Vanuatu menganggap diri mereka setara dengan satu sama lain tanpa memandang latar belakang mereka. Hubungan di antara mereka sendiri dan di antara mereka dengan orang lain adalah salah satu yang didasarkan pada kepercayaan, rasa hormat dan kasih sayang.[23]
Pendidikan dan pengetahuan
Keputusan oleh ummat Islam tempatan untuk melanggan dengan cara tertentu kepercayaan pada satu Allah harus dianggap segala-galanya sebagai tindakan tanggungjawab peribadi pihak mereka. Ketika sesama warga membuat beberapa usaha untuk memahami Islam, kesedaran dan toleransi yang lebih besar akan terbukti. Toleransi yang didasarkan pada pendidikan dan pengetahuan merupakan aset bagi setiap masyarakat, termasuklah di Vanuatu.[24]
Umat Islam telah menyedari bahawa pengambil alihan ilmu pengetahuan adalah satu-satunya cara yang mungkin mereka boleh memberikan sumbangan bermakna bagi pembangunan masa depan negara.Mendidik anak-anak untuk menjadi warga negara yang baik dan bertanggungjawab merupakan salah satu tujuan penting bagi mereka. Muslim di Vanuatu sangat menyedari bahawa kejayaan dalam pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan kewajipan bagi setiap Muslim, Baik lelaki atau perempuan.[25]
Bagi ummat islam di Vanuatu, mereka akan belajar agama di di masjid. Manakala mereka bersekolah di sekolah biasa, bergaul dengan masyarakat yang lain, mereka pergi ke Fiji meneruskan pendidikannya. Mereka juga belajar ilmu kedoktoran, teknik, komputer, atau manajemen. semua biasa-biasa sahaja, seperti masyarakat lain. Tidak ada yang aneh bagi mereka. Ketika pulang, mereka juga akan mengabdikan kepada negara seperti orang lain.[26] Terdapat sebuah sekolah Islam di Wilayah Oro di Papua New Guinea telah menarik anak-anak dari desa-desa tetangga bahagia untuk setiap sekolah. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka pergi ke madrasah (sekolah Islam) di luar negeri, seperti di Malaysia, Yaman, Fiji dan Arab Saudi "kerana mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik di sana".[27]
Ketika dunia Islam terjadi hubungan dengan budaya Pasifik, demikian pula hal itu penting bagi masyarakat kepulauan Pasifik mempunyai pemahaman yang lebih baik dari rentang Islam terutama mereka yang tertarik kepada iman dan kemungkinan akan mempunyai kesan kepada masyarakat mereka.[28]
Ekonomi
Pertanian dan pelancongan merupakan mata pencarian utama bagi negara Vanuatu. 80% daripada penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian yang berkisar daripada pertanian subsisten ke pertanian kelapa dan tanaman lain. Selain itu, Vanuatu juga menjalankan aktiviti dalam perikanan dan meningkatkan dalam bidang penternakan.[29]
Vanuatu dikenali sebagai syurga cukai, kerana Vanuatu tidak ada cukai pendapatan, pemotongan cukai, cukai bandar, cukai warisan, atau kontrol devisa. Banyak kapal antarabangsa syarikat pengurusan memilih untuk mengibarkan dan menggunakan bendera kapal-kapal mereka di bawah bendera Vanuatu, kerana faedah cukai dan undang-undang pekerjaan yang menguntungkan.[30]
Vanuatu juga menerima bantuan asing terutama dari Australia dan New Zealand. Penggemukan sapi menghasilkan pengeluaran daging lembu untuk di eksport. Salah satu anggaran pada tahun 2007 untuk nilai total kepala lembu dijual adalah 135 juta vatu. Lembu pertama kali diperkenalkan ke daerah ini oleh pekebun Inggeris James Paddon. Secara rata, setiap rumah tangga mempunyai 5 ekor babi dan 16 ekor ayam, dan ini merupakan "ternakan paling penting", babi dan ayam yang penting bagi pertanian serta memainkan peranan penting dalam upacara-upacara dan adat istiadat (terutama babi). Terdapat 30 ladang komersial (pemilikan tunggal (37%), perkongsian (23%), korporat (17%), dengan pendapatan 533 million vatu dan pengeluaran daripada 329 million vatu pada tahun 2007.[31]
Menurut penyelidikan dari New Economics Foundation, Vanuatu terpilih sebagai satu dari antara 178 negara di dunia yang di mana penduduknya sangat berbahagia dan negara yang nyaman untuk didudukii. Di samping itu Vanuatu mempunyai Happy Planet Index yang tertinggi di dunia.[32]
Masjid
Mohammed Seddiq, yang merupaka antara muslim yang terawal memeluk Islam di Vanuatu telah menyediakan tanah dan bangunan kecil yang yang dijadikan sebagai masjid, penukarannya kepada Islam tidak terjadi dalam singkat, tetapi selama bertahun-tahun, hingga dia merasa bahawa "Allah telah benar-benar memanggil nya.[33]
"Dahulu aku adalah seorang Kristian Pantekosta, tetapi aku tidak boleh mengendalikan hidup sya dan saya mempunyai masalah dengan alkohol," katanya."Islam sangat mudah dan berdisiplin dan inilah yang saya mahukan untuk menjadi orang yang lebih baik di mata Allah., Alkitab hanya penuh dengan cerita, tapi saya mendapati bahawa Quran memberikan arah hidup."[34]
Masjid
pertama diditubuhkan di Vanuatu ialah pada tahun
1992,
Menurut Seddiq lagi, di masjid Mele di Vanuatu menunjukkan bahawa tidak seperti Kepulauan Pasifik lain, Islam diasaskan oleh "anak sendiri", bukan mubaligh asing, sehinggakan akan selalu memelihara rasa tempatan.[36]
"Islam di sini adalah Homegrown, sehingga kami dapat mengendalikannya. Negara-negara lain mempunyai mubaligh asing, tetapi apa yang berlaku ketika mereka pergi? Lebih baik bahawa kita menghantar anak-anak kita luar negeri untuk belajar dan kembali dengan darjah yang baik daripada harus bergantung pada mubaligh luar negeri datang ke sini. "[37]
Sekarang 28 Muslim dari Vanuatu yang belajar di Universiti Islam luar negeri, seperti di Fiji, Malaysia, New Zealand, Arab Saudi, Iran dan Pakistan. Memandangkan bahawa ini adalah negara terkecil di Melanesia, kemungkinan bahawa pada suatu masa ratusan Pasifik Muslim belajar di luar negeri di madrasah di seluruh dunia Islam.[38]
Rumusan
Panduan untuk manusia menjalani kehidupan telah dikemukakan oleh Allah s.w.t.. Manusia akan selamat dan sejahtera di dunia dan Akhirat sekiranya manusia berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Begitu juga dalam aspek pembelaan hak minoriti muslim. Islam telah menawarkan peruntukan yang mencukupi agar hak-hak mereka terpelihara di mana tidak ada satupun ajaran yang sebegini sempurna yang boleh kita temui di mana-mana tempat di dunia. Begitulah juga di negara Vanuatu, walaupun majoriti rakyatnya beragama kristian dan terkenal dengan negara babi, tetapi minoriti Muslim di sana hidup dalam keadaan aman dan damai, bebas beragama, bebas merayakan hari kebesaran Islam, saling hormat menghormati antara satu sama lain, dan sebagainya. Ini adalah kerana, di Vanuatu keyakinan terhadap sesuatu agama adalah perkara yang peribadi dan rakyatnya bebas untuk menganut mana-mana agama.
[1]Journal, 2007. Pacific Affaairs, vol.80, University of British Columbia.hlm.67. [4] Ibid. [7]http://www.brisbanetimes.com.au/news/world/heeding-the-call-to-prayer-in-a- region-that-reveres-the-pig/2007/09/07/1188783496490.html [8] Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 21. [9] Ibid. [11] [11] Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 22. [13] Ibid. [14] [14] Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 22. [15] Ibid. Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 23. [18] [19] Ibid [22] Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 24. [24] Mohammed L. Ahmadu & Zainab M. Shuaibu, 2004. A Short Introduction to Islam and Muslims in Vanuatu.Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and Pacific.hlm 24. [25] Ibid. [26] http://www.smh.com.au/news/world/heeding-the-call-to-prayer-in-a-region-that-reveres-the-pig/2007/09/07/1188783496490.html [27] http://www.smh.com.au/news/world/heeding-the-call-to-prayer-in-a-region-that-reveres-the-pig/2007/09/07/1188783496490.html [29] http://en.wikipedia.org/wiki/Economy_of_Vanuatu [30]Ibid. [31] http://en.wikipedia.org/wiki/Economy_of_Vanuatu [33]http://www.brisbanetimes.com.au/news/world/heeding-the-call-to-prayer-in-a-region-that-reveres- the-pig/2007/09/07/1188783496490.html [34] Ibid. [35] Ibid. [36] Ibid. [37]http://www.brisbanetimes.com.au/news/world/heeding-the-call-to-prayer-in-a-region-that-reveres-the-pig/2007/09/07/1188783496490.html [38] Ibid. |
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.
