ELEMEN GEOMETRI DALAM KESENIAN ISLAM
| Thu, Apr 15 2010 01:32am MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
Norsaeidah Jamaludin 2 Posts |
DISEDIAKAN OLEH: NORSAEIDAH BINTI JAMALUDIN
(A119395)
1.0 PENGENALAN Melihat kepada perkembangan kesenian pada masa kini khususnya di dalam seni bina, penulis dapati terdapat suatu unsur penting yang diserapkan dalam penciptaan sesuatu binaan itu. Antara unsur yang dilihat sebagai elemen penting dalam perhiasan kesenian Islam adalah elemen geometri yang digunapakai sebagai hiasan setiap seni bina Islam. Oleh itu, di sini penulis akan membincangkan mengenai apakah yang diaplikasikan oleh pereka-pereka seni bina Islam dalam kesenian Islam berdasarkan elemen geometri. Selain itu juga, elemen geometri ini juga dilihat sebagi simbol bagi menggambarkan sesuatu bentuk yang mana corak-corak geometri itu di bentuk berdasarkan beberapa konsep yang digunakan bagi menghasilkan corak geometri yang menarik dan unik.
Selain itu,
penggunaan corak geometri ini juga begitu meluas malah hampir di
keseluruhan binaan sepanjang zaman Islam mempunyai pelbagai corak
dan bentuk geometri yang terdiri daripada segi empat sama, segi
empat tepat, segi tiga, heksagon, pentagon, octagon dan
sebagainya. 1.1 LATAR BELAKANG KESENIAN ISLAM
Tidak terdapat
kesepakatan pendapat para pengkaji kesenian Islam tentang
definisi umum kesenian Islam. Lantaran itu kesenian Islam telah
diberikan berbagai tafsiran. Perkara-perkara yang ditekankan
dalam tafsiran itu ialah ciri-ciri, bentuk-bentuk, tema dan
sumber-sumbernya, tempat asal, para karyawan, penjenisan, tahun
penciptaan dan sebagainya.
Kesenian
adalah pancaran daripada sebuah tamadun. Ketinggian tamadun
sesuatu bangsa besar itu dicerminkan melalui kecemerlangan
keseniannya, baik dalam aspek warisan fizikal mahupun dalam
bentuk pemikiran.
Menurut
tafsiran yang diberikan oleh Lois Lamya al-Faruqi, kesenian Islam
bukanlah terhad kepada hasil ciptaan atau bangunan yang berunsur
keagamaan semata-mata. Kesenian juga meliputi semua hasil ciptaan
yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika
dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan
untuk tujuan keagamaan atau tidak.
Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa agama Islam telah tersebar meluas
dan menembusi batas-batas geografi dan politik negara-negara
kini. Islam menjadi anutan beberapa bangsa di dunia ini. Maka
dengan itu wujudlah kesatuan di kalangan umat manusia. Sehubungan
dengan itu kepelbagaian dalam kesatuan telah dianggap sebagai
salah satu ciri kesenian Islam.
Penelitian
terhadap bahan-bahan kesenian Islam memperlihatkan susunan
perutusan Islam berdasarkan konsep ruang yang mencerminkan
fahaman Islam terhadap kekuasaan Allah yang mencipta seluruh alam
ini. Ia juga manifestasi ketaqwaan seniman Islam terhadap
pencipta-Nya. Ketaqwaan mereka ini dilahirkan melalui pemilihan
unsur-unsur ragam hias yang mereka terapkan ke atas bahan-bahan
seni yang mereka hasilkan. Islam menyampaikan perutusan melalui
simbol tetapi yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu
ialah Islam tidak menggunakan lambang-lambang atau arca-arca
dalam bentuk manusia. Islam menggunakan kaligrafi, motif
tumbuh-tumbuhan, arabesque (awan larat) dan geometri yang
memerlukan pemikiran yang tinggi untuk mencipta dan memahaminya.
Sekaligus ia melambangkan ketinggian daya pemikiran umat Islam
yang dapat menangkap segala makna yang tersurat dan
tersirat.
Peranan seni
yang paling penting dalam masyarakat Islam terletak kepada
kebolehannya memperkuatkan tauhid di kalangan ummah. Harus
diingat bahawa tauhid adalah ajaran monoteisme (keEsaan Allah) di
mana hubungan antara Pencipta dengan makhluk-Nya begitu
jelas.
Isi (iaitu
pokok persoalan dan motif yang digunakan dalam karya seni)
bukanlah satu-satunya aspek seni Islam yang memperkuatkan ajaran
tauhid tetapi struktur atau bentuknya yang menjadi sangat
penting. Bagi mengelak
dari penciptaan lambang atau bentuk manusia, maka kebanyakan
seniman Islam telah mencipta suatu cara baru bagi menggambarkan
hal-hal yang bersifat di luar kemampuan manusia. Penyelesaiannya
dibuat dengan mereka bentuk corak yang rumit yang dikenali
sebagai arabesque.
Oleh yang
demikian, kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan
hidup kita sebagai seorang muslim dengan menyatukan pekerjaan
masa lapang, istirehat dan hiburan dengan pelbagai aspek lain
dalam kehidupan kita. 1.2 CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM
Seni dijadikan
sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan
dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi factor
pendorong yang intebsif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya
seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk
menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan
bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu
mengunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat
yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya
Islam.
Ramai pengkaji
kesenian Islam berpendapat bahawa salah satu ciri kesenian Islam
ialah indah. Keindahan telah ditafsirkan sebagai kecantikan,
keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang indah.
Perkataan indah sendiri diertikan sebagai sesuatu yang cantik,
bagus, elok atau molek. Menurut Drs. Sidi Gazalba pula,
teori-teori tentang keindahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli
falsafah sejak dulu boleh dibahagikan kepada teori-teori lama
yang bersifat metafizikal dan teori-teori moden yang bersifat
psikologikal. Dari segi psikologikal, keindahan itu dilihat
sebagai sesuatu yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa.
Sifat-sifat keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa
kesenangan atau kepuasan ruang tertentu dalam diri kita yang
disebut estetika. Konsep keindahan ini merujuk kepada rasa yang
menggembirakan atau menyenangkan ini akan wujud bila kita
diketemukan dengan objek-objek yang indah yang selalunya
dikatakan mempunyai ‘seni’ malah dalam konteks kebudayaan, bidang
yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia ialah
kesenian. 2.0 GEOMETRI DALAM KESENIAN ISLAM 2.1 LATAR BELAKANG GEOMETRI ISLAM
Salah satu
ciri utama yang memberikan warisan artistik identiti dunia Muslim
yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Secara
universal aplikasi mereka pada logam, kayu, seramik, tekstil,
permaidani, miniatur dan dekorasi atau hiasan arkitek mengarah
kepada keyakinan bahawa mereka mencipta sesuai dengan kaedah yang
dirumuskan dengan jelas dan
menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan
kedua-dua variasi dan inovasi. Pada hakikatnya tidak dapat
dibayangkan bahawa seniman dan ahli kraftangan telah meneruskan
tradisi membuat corak dan merekacipta geometri selama
berkurun-kurun tanpa adanya: a) konsep umum komposisi dan
prinsip-prinsip rekaan b) metodologi komposisi, difahami dan
diamalkan oleh majoriti yang memasukkan penggunaan alat-alat
tradisional iaitu peraturan dan kompas dan pengetahuan
"matematik" tentang tempoh masa; c) sistem ukuran yang tidak
diragui kerana ia adalah aspek berdasarkan dari komposisi dan
rekaan. Oleh kerana itu, ia penting untuk proses pembuatan corak
geometri.
Corak geometri adalah motif yang terdapat dalam seni Islam dan
budaya materialnya. Ia ditemui di dalam seni bina Islam serta
hasil kerja logam, miniatur, dekorasi buku dan tekstil yang
digunakan setiap hari.
Penghiasan geometri dalam
seni bina Islam merangkumi dua dimensi corak-corak pada permukaan
rata dan melengkung, dan tiga dimensi yang disebut
muqarnas (rajah.1) terutamanya di bahagian dalam kubah.
Sebahagian besar
corak terkenal di bangunan al-Hambra di Granada didasarkan
daripada segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon.
Di timur dunia Islam, khususnya di Iran, masyarakat sering
menemukan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon,
dan bahkan heptagon dan nonagon. ![]() Rajah.1: Muqarnas di kubah Masjid Isfahan, Iran.
Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi
dalam kesenian Islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak
tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam
kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah,
corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni Islam,
terutamanya kerana kualiti mereka. Rekaan abstrak ini tidak hanya
menghiasi permukaan monument seni bina Islam, tetapi juga
berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada pameran yang luas
meliputi semua jenis benda.
Sementara penghiasan geometri telah mencapai ke puncak di dunia
Islam yang mana sumber-sumber untuk kedua-dua bentuk dan
corak-corak yang rumit sudah ada pada akhir zaman di kalangan
orang Greek, Rom, dan Sasan di Iran. Keseniaan Islam disesuaikan
dari elemen tradisi klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan
dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari dekorasi yang
menekankan pentingnya kesatuan dan ketenteraman awam. Sumbangan
ilmuan Islam yang bijaksana dalam bidang matematik, astronomi,
dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik
ini.
Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk
sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri
yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam
kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas
keseniaan Islam. Namun, corak-corak yang kompleks ini tampaknya
mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan
geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian
Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam
pengulangan dan begitu kompleks. Ia memberi peluang kepada
kemungkinan pertumbuhan yang pesat dan ia dapat disesuaikan
dengan gabungan perhiasan jenis lain. Dalam hal
mereka abstrak, berulang motif, dan simetrik, corak-corak
geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut
sebagai gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan
tumbuhan malah hiasan kaligrafi
juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak
geometri.
Oleh yang demikian, empat bentuk asas atau "unit pengulangan"
rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat
adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan,
segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan
segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta
melibatkan pelbagai sisi
poligon. Hal ini jelas,
bahawa corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda
merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang
membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu
kategori. 3.0 KONSEP GEOMETRI ISLAM
Seniman Islam mengembangkan corak-corak geometri pada tingkat
yang kompleks dan canggih yang sebelumnya tidak dikenali. Contoh
corak-corak yang penting dalam Islam adalah pengulangan, simetrik
dan corak bersambung.
Berdasarkan
pengetahuan el-Said, tidak ada catatan di dalam dunia Islam
mengenai penggunaan dalam teori membuat corak-corak geometri
tradisional. Mengikut pembelajaran seterusnya terdapat usaha
untuk menggambarkan bagaimana luasnya gambaran seniman dan ahli
kraftangan pada zaman yang berbeza dan di pelbagai bahagian di
dunia Islam. Namun terdapat sedikit atau dikatakan tiada langsung
pengetahuan tentang teori geometri, penggunaan prinsip-prinsip
geometri terhadap masalah praktikal bagi pembuatan corak yang
mana hanya menggunakan kompas dan pembaris. Walaubagaimanapun,
terdapat banyak usaha untuk menggambarkan pembangunan corak-corak
geometri. Namun, tiada karya sejarah yang mempertimbangkan konsep
yang disebut sebagai “unit pengulangan” corak geometri atau
prinsip-prinsip pengukuran yang terlibat.
Contoh-contoh
bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam
kategori yang berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang
diperintah bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis
terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan
corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi
mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu
segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan
seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik
garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi
sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak
keseluruhannya tercapai.
Selain itu,
modul atau sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang
menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah
bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan
poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik
pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus.
Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan 3,4,5 jumlah
bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit
pengulangan, sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil
sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh dikelompokkan dalam
beberapa bahagian berikut: 1. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua ( . Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua ( (nisbah segi empat kepada menyerong = 1: 2. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga ( 3). Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga ( (nisbah bagi setengah asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi = 1: ). 3. Corak-corak geometri berdasarkan sistem nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan oleh gandaan heksagon.
Sebagaimana
yang dihuraikan di atas, terdapat beberapa kaedah yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu rekaan geometri. Di sini penulis akan
menghuraikannya satu persatu. Corak geometri yang dihasilkan
dalam rekaan kesenian Islam bermula dengan penggunaan konsep unit
pengulangan. Berdasarkan catatan sejarah, tiada laporan yang
dapat dijadikan rujukan dalam mengajar tentang teori dalam mereka
corak-corak geometri Islam. Namun dalam dunia Islam hari ini,
para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada
kayu, marmar, logam, seramik dan lain-lain yang mana ia
menggunakan alat-alat tradisional iaitu kompas dan pembaris.
Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan dan
disempurnakan oleh para penguasa yang tidak diketahui pada masa
lalu. Asas atau unit ukuran diambil sebagai jejari. Pembahagian
awal sekeliling bulatan menjadi 4,6 atau 5 jumlah bahagian (atau
gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang
digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan
tersebut.
Konsep yang
kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua.
Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah
memberi karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh
heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut
penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan.
Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod
geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk
unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak
dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian
sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan
tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama
dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang
dibuat.
Konsep yang
ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan
yang ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan
bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan
dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas menjadi beberapa
bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam
rekaan sepanjang sisi ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya
dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan
setelah kaedah titik digunakan (rajah.2). Ia adalah unit
mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis
lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-bintang
heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut
heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah.3). Sistem
bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian diamenter
heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan
ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu
1:2.
Rajah.2
![]() Rajah.3
Konsep yang
keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio
(nisbah emas) (rajah.4). Menurut Euclid, konsep Golden
Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”. Manakala
seorang penulis zaman Renaissain berpendapat ia dianggap sebagai
“Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali
sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam
corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah
berbentuk bintang dekagon.
Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat
tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah
dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari
rombus. ![]() Rajah.4
Konsep
geometri kesenian Islam yang seterusnya adalah berdasarkan konsep
corak berasaskan gandaan heksagon (rajah.5). Corak geometri
berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan
menjadi dua belas bahagian yang sama.
Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu
lukisan segi enam. Hasil
mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi
empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang
maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang
harmoni dalam rekaan yang digambarkan dalam bahagian
ini. ![]() Rajah.5
Manakala konsep yang terakhir adalah berdasarkan kretiviti
artistik dan kaedah rekaan geometri. Corak geometri dicipta oleh berulangnya
bentuk-bentuk geometri yang mana hasil daripada kehendak yang
ditentukan oleh tindakan kreatif. Ketika sistem perkadaran yang dipilih, corak-corak
penciptaan yang melibatkan kombinasi yang pelbagai dari
bentuk-bentuk geometri telah menyebabkan sistem ini dapat dibuat.
Oleh yang demikian, para
pereka mempunyai kebebasan dalam memilih sistem pembinaan yang
mana menjadi pilihan serta kebebasan adalah variasi yang
dibolehkan dalam sistem ini. Oleh itu, kaedah geometri telah menetapkan suatu pendekatan
kepada seni di mana pelaksanaan dan komposisi estetikanya
ditentukan secara sistematik. 4.0 PERANAN GEOMETRI DALAM SENI BINA ISLAM
Seni bina Islam sangat dipengaruhi oleh corak-corak geometri,
yang mana ia telah berkembang selama berkurun-kurun
lamanya. Banyak
daripada pengaruh-pengaruh ini berasal dari pelbagai budaya
seperti Greek, Rom, Byzantin, Asia Tengah, dan Parsi. Arkitek
Islam
telah mencipta gaya mereka sendiri dengan merancang corak yang
didasarkan daripada segi empat sama, segi empat tepat, bintang
bersisi lapan (heksagon) dan oktagon. Rekaan ini telah berubah
menjadi corak geometri yang begitu kompleks. Bahkan masjid moden
juga masih menggunakan corak-corak rekaan serumit
ini.
Segi empat sama dan segi empat tepat telah memainkan peranan
penting dalam seni bina Islam. Alasan untuk hal ini adalah
berdasarkan binaan permukaan daripada batu bata yang berbentuk
segi empat tepat. Cetakan hiasan bata ini adalah bayangan di
padang pasir yang mana berkeadaan sinar matahari yang terik dan
ia mencipta kesan tiga dimensi. Terdapat sumber lain untuk motif
segi empat sama boleh dilihat adalah pada anyaman bakul.
Contoh yang
dapat dilihat adalah di
Iran yang mana ia contoh yang sangat baik untuk bangunan yang
dibina dengan dekorasi batu bata, khususnya ketika zaman Saljuk,
dan Masjid Agung Cordoba adalah contoh lain bagi corak rekaan
yang luar biasa.
Selain itu, corak lapan bintang menunjuk motif umum yang lain di
dalam senibina Islam. Ada pelbagai
cara untuk membina sebuah rekaan yang memanfaatkan bintang
bersisi lapan. Salah satu
kaedahnya adalah melibatkan instrumen geometri seperti protaktor
atau kompas. Kaedah kedua ialah menggunakan grid segi empat
seperti yang terdapat pada kertas graf. Malah corak bintang juga
sangat kompleks ketika mana titik terluar rajah itu bergabung
bersama dan silangan lain disambungkan pula secara sistematik.
Contohnya seperti bangunan al-Hambra yang menggunakan motif
pengulangan pada jubin dan simen hiasannya
(rajah.6). ![]() Rajah. 6 : jubin yang terdapat di bahagian dinding bangunan al-Hambra.
Seterusnya, bentuk oktagon pula muncul
dalam seni bina Islam dalam pelbagai bentuk.
Ia sering
dibentuk pada lantai marmar sesuatu bangunan contohnya seperti di
Masjid Allepo Citadel (rajah.7) di Syria yang
mengandungi lantai marmar yang mana ia memanfaatkan penggunaan
kuasa dua dan bintang berbucu lapan. ![]() Rajah.7: Masjid Allepo Citadel
Selain itu, corak geometri dan motif-motif bunga juga
menghiasi
permukaan monumen seni bina dan
benda-benda seni di dunia
Islam. Ini meliputi
rekaan abstrak pada kubah, lantai dan
anjung kubah bagi masjid-masjid besar dan
jubin
mozek diukir pada batu, dan dilukis
sebagai lukisan dinding.
Terdapat juga corak geometri pada tenunan bahan yang menjadi
kain,permaidani atau ia disempurnakan sebagai
buku pencerahan yang mana ia menunjukkan
kepada kita pelbagai corak yang terhasil dari segi
bentuk, warna dan jalinan corak serta
tidak terhad setakat itu sahaja.
Meskipun geometri dan motif bunga menjadi corak yang
sangat
khusus untuk Islam, namun sumber dan
bentuk untuk rekaan ini sudah wujud
pada zaman akhir dan zaman Byzantine. Corak geometri
adalah dihasilkan
dari
bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat
sama,
corak geometri yang digabungkan untuk
membentuk motif yang berulang dan
rekaan bersimetri. Manakala awan larat antara bentuk geometri
yang bergaya tinggi dari hiasan klasik berasaskan daun accanthus.
Selain itu, alternatif berirama melengkung yang terdapat ada awan larat membentuk
sebuah kesatuan yang harmoni merujuk pada
geometri
pertumbuhan organik. Sesungguhnya, seni hiasan
Islam telah
menunjukkan tahap kebebasan yang luar biasa dalam
pilihan kombinasi dan tatacaranya.
Sesungguhnya
apa juga jenis seni bina melibatkan penggunaan geometri. Ini
kerana kedua-duanya adalah mengenai penggunaan garisan, permukaan
dan bentuk-bentuk untuk mengisi ruang bangunan. Oleh itu,
sebarang analisis mengenai bidang seni bina, sebahagiannya
menyentuh aspek geometri.
Prinsip-prinsip
geometri telah digunakan dalam pelbagai bentuk senibina. Di dunia
barat, bermula daripada zaman pembaharuannya, pengaruh penggunaan
prinsip geometri dalam seni bina mendapat perhatian utama. Dalam
tradisi senibina dunia Islam pula, peraturan geometri digunakan
secara lebih fleksibel sebagai garis panduan umum dengan
menyesuaikannya dengan keadaan semasa.
Peranan
geometri dalam tradisi seni bina Islam adalah lebih sukar untuk
dinilai. Umat Islam melihat geometri sebagai satu bidang ilmu
yang penting dan meneruskan tradisi lama yang meletakkannya
setaraf dengan ilmu matematik, astronomi dan muzik malahan
kemajuan penggunaan geometri dan bidang saintifik yang lain dalam
dunia Islam bermula dalam kurun ke-8 dan ke-9, melalui terjemahan
buku-buku lama dalam bahasa Greek dan Sanskrit, ke dalam bahasa
Arab. Pada kurun ke-10, umat Islam telah membuat sumbangan
penting dalam perkembangan geometri hasil daripada usaha
antaranya Umar al-Khayyam, Abu’l Wafa al-Buzjani, Abu Mansur
al-Khawarazmi dan Ibn al-Khaytham.
Walaupun kita
mempunyai banyak pengetahuan mengenai kemajuan sains geometri
pada zaman pra-moden Islam, tetapi kita tidak mengetahui secara
mendalam mengenai proses dan pengantara yang bertanggungjawab
dalam pemindahan ilmu geometri teori ke dalam bidang-bidang
gunaan seperti seni bina. Ahli matematik
Islam seperti al-Buzjani dan Giyath al-Din Jamshid al-Kashi telah
menulis buku panduan bertujuan memperjelaskan prinsip-prinsip
asas geometri dan penggunaannya dalam seni bina. Buku tersebut
yang disediakan khusus untuk para arkitek, penukang dan penyelia
pembinaan telah membincangkan isu-isu termasuk rekaan hiasan
geometri dua dimensi, rangka kubah, pintu gerbang masjid, dan
ciri-ciri bumbung melengkung.
Bentuk bintang
bersegi enam, lapan atau lebih merupakan salah satu bentuk
geometri yang terdapat dalam seni bina Islam. Ia boleh dibentuk
dalam dua atau tiga dimensi sehingga menghasilkan bahagian dalam
kubah yang kelihatan seperti jejaring yang kadangkalanya disalut
dengan tembaga atau suasa. Ini dapat dilihat di Makam Hafiz di
Shiraz dan ukiran bentuk bintang di pintu Madrasah Sultan Hasan,
Kaherah.
Islam
menterjemahkan unsur-unsur geometri yang menggunakan asas bulatan
dan pelbagai bentuk lagi secara berulang-ulang, simetrik dan
perubahan ukuran, sehingga menghasilkan efek hiasan yang
menakjubkan seperti gambar hiasan di Makam I’timad
al-Dawla.
Permukaan yang
dihiasi dengan susunan bata mengikut reka bentuk tertentu seperti
di menara Masjid Damghan, Iran dan hiasan di Madrasa
al-Muntansir, Baghdad. Efek optikal yang dihasilkan melalui kesan
positif dan negatif penggunaan warna yang berbeza seperti yang
dapat dilihat di Makam Akbar di Sikandra, India. Campuran sumber
hiasan daripada kayu, jubin, dan ukiran batu juga dapat
menghasilkan bentuk hiasan mengikut prinsip geometri seperti di
Madrasah Bu-Inaniyya, Fez.
Selain itu,
geometri juga digunakan dalam seni bina Islam sejak lebih 800
tahun dulu bagi permukaan jubin girih. Hal ini dibuktikan oleh
Peter J. Lu melalui kajian yang dibuatnya bahawa masyarakat Islam
telah lebih dahulu mengaplikasikan jubin girih ini berdasarkan
gabungan matematik dan keseniaan dalam seni bina. Penemuan ini
telah mengalih pandangan mengenai seni geometri yang dikemukan
oleh Roger Penrose pada tahun 1970an. Jubin Girih ini mempunyai
identitinya tersendiri iaitu binaannya terdiri daripada gabungan
lima polygon antaranya pentagon, decagon dan heksagon yang
masing-masing mempunyai corak dekorasi yang unik. Binaannya juga
bersandarkan kepada garis-garis geometri dan mempunyai bentuk di
antara bentuk. Binaan jubin girih ini boleh dilihat pada
binaan-binaan di Isfahan, Iran, Turki dan Taj Mahal di
India. 5.0 KESIMPULAN Oleh yang demikian maka dapat dirumuskan bahawa geometri begitu memainkan peranan yang besar dalam kesenian Islam terutamanya dalam aspek seni bina. Hal ini kerana dengan elemen geometri itu sesuatu binaan itu akan tampak lebih menarik serta mengkagumkan sesiapa yang melihatnya. Atas sebab itu maka Islam tidak sekadar dipandang sebuah agama yang terlalu jumud kepada amalan spiritual semata-mata tetapi Islam juga berkembang meliputi pelbagai aspek sebagaimana yang ditonjolkan dalam kesenian Islam. Selain itu, elemen geometri juga dilihat sebagai pelengkap kepada keindahan dan kemasyhuran sesuatu binaan itu di mana elemen geometri inilah yang menjadi dekorasi di setiap sudut binaan ciptaan pereka-pereka Islam malah ia menjadi elemen utama di dalam seni bina Islam. RUJUKAN Anon, 1998, Masjid: sejarah, ciri-ciri pembentukan dan pembinaan masjid-masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur, Ed.1, Kuala Lumpur: Puncak Awal Sdn. Bhd. El-Said. Issam & Parman. Ayse, 1976, Geometric concepts in Islamic art, Ed.1, Jil.1, United Kingdom: World of Islam Festival Publishing Company Ltd. El-Said, Issam, 1993, Islamic art and architecture: the system of geometric design, Ed.1, United Kingdom: Garnet Publishing Limited. Othman Mohd. Yatim, 1989, Warisan kesenian dalam tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://tamanilmu.com/downloads/RB_Seni_Dalam_Islam.pdf (25 Januari 2010). http://www.blackbrown.com.my/pengembangan.htm: 2 febuari 2010. http://www.lc.leidenuniv.nl/lc/web/2006/209/description.php3?wsid=209 (2 Februari 2010). http://www.metmuseum.org/toah/hd/geom/hd_geom.htm (3Februari 2010). http://www.salaam.co.uk/themeofthemonth/march02_index.php?1=5 (3 Februari 2010). http://www.maryleenschiltkamp.com/pix/publicity/Flyer_Maryleen.pdf (10 Februari 2010). http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_geometric_patterns (10 Februari 2010). |
|
| Tue, Apr 20 2010 11:56am MYT 2 | ||
|
Samsul Adabi 170 Posts |
Gambar-gambar tidak dimasukkan, diharap dapat memasukkan
gambar-gambar atau ilustrasi corak geometri berkenaan, tk
|
|
| Tue, Apr 20 2010 02:47pm MYT 3 | ||
|
Norsaeidah Jamaludin 2 Posts |
salam
insyAllah ustaz, saya telah cuba masukkan tapi ada masalah. Saya akan cuba lagi sekali. syukran. ** ustaz, boleh tak saya nak dapatkan nota-nota kuliah kesenian Islam dari ustaz? Harap ustaz dapat masukkn dalam website ni segera. syukran. |
|
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.





