seni Lukis dalam perspektif Islam dan Barat ( Fasihah bte Abdullah A120058)
| Tue, Apr 6 2010 10:12pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
fasihah abdullah 4 Posts |
Fasihah bte Abdullah (A120058) Tajuk : Seni Lukis dalam Persepektif
Islam dan Barat 1.0 Pendahuluan Seni merupakan Islam adalah agama
yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.
Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah
manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa,
kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran
manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia
terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang,
didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara
tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu
sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk
keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja
yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya. Dalam kajian ini, pengkaji menghuraikan seni lukis dalam
Perspektif Islam dan Barat secara terperinci. 2.0 Melukis dalam
Perspektif Barat Kenneth M. George (2010) mengikut kebudayaan
Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah
disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan
dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai
sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh
dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk
masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni
sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan
sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk
masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan
maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak. Eugene Johnson dalam 'The
Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran,
misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan.
Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai
segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa,
kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau
sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi
Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian'
menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan
yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap
kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada
seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru
itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada
sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui
pancaindera. 2.0 Melukis dalam Perspektif Islam Qardhawi (1997)
menjelaskan dalam al-Quran tentang melukis atau menggambar, bahwa
itu merupakan salah satu perbuatan Allah SWT. Dia yang telah
memberi rupa yang indah, terutama terhadap makhluk hidup, dan
utamanya lagi manusia. Allah SWT berfirman: "Dialah (Allah) yang
memberi rupa kamu di dalam perut (ibumu) sebagaimana
dikehendaki-Nya..." (Ali Imran: 6) "Dan telah memberi rupa kamu
dengan sebaik-baik rupa (bentuk)." (At-Taghabun: 3) "Yang telah
menciptakan kamu lalu menryempurnakan kejadianmu dan menjadikan
(susunan tubuh)-mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia
kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Al Infithar: 7-8) Al Qur'an juga
menjelaskan bahwa sesungguhnya di antara Asma Allah Al Husna
adalah"Al Mushawir," sebagaimana di dalam firman Allah SWT, "Dialah
Allah Yang Menciptakan Nama-nama yang Paling Baik ..." (Al Hasyr:
24) Demikian juga Al Qur'an relah menyebutkan patung-patung di dua
tempat; pertama, patung-patung yang dicela dan diingkari, yaitu
melalui lisan Ibrahim as, di mana kaumnya telah menjadikan
patung-patung itu sebagai sesembahan. Maka Ibrahim mengingkarinya,
sambil mengatakan, "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun
beribadat kepadanya?" Mereka menjawab, "Kami mendapati bapak-bapak
kami menyembahnya." (Al Anbiya': 52-53) Yang kedua, disebutkan oleh
Al Qur'an dalam nada memberikan karunia kepada Sulaiman as, yang
telah ditundukkan kepadanya angin dan jin yang siap bekerja di
sisinya atas seizin Tuhannya. Firman Allah. "Para jin itu bekerja
untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dangedung-gedung yang tinggi
dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam
dan periuk yang tetap (berada di atas tungku)..." (Saba':13) 3.0
Seni lukis, pahat atau patung Al-Quran secara tegas dan dengan
bahasa yang sangat jelas berbicara tentang seni pahat, seni lukis,
seni patung, seperti berikut ini. Dalam surat Saba (34): 12-13
diuraikan tentang nikmat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi
Sulaiman, yang antara lain adalah, (Para jin) membuat untuknya
(Sulaiman) apa yang dikehendakinya seperti gedung-gedung yang
tinggi dan patung-patung ... (QS Saba [34]: 13). Dalam Tafsir
Al-Qurthubi disebutkan bahwa patung-patung itu terbuat dari kaca,
marmer, dan tembaga, dan konon menampilkan para ulama dan nabi-nabi
terdahulu. Di sini, patung-patung tersebut karena tidak disembah
maka keterampilan membuatnya serta pemilikannya dinilai sebagai
bagian dari anugerah Ilahi. Dalam Al-Quran surat Ali Imran (3):
48-49 dan Al-Maidah (5): 110 diuraikan mukjizat Nabi Isa a.s.
antara lain adalah menciptakan patung berbentuk burung dari tanah
liat dan setelah ditiupnya, kreasinya itu menjadi burung yang
sebenarnya atas izin Allah (al-Qardhawi 1997) Aku membuat untuk
kamu dari tanah (sesuatu) berbentuk seperti burung kemudian aku
meniupnya, maka ia menjadi seekor burung seizin Allah (QS Ali Imran
[3): 49). Di sini, karena kekhawatiran kepada penyembahan berhala
atau karena faktor syirik tidak ditemukan, maka Allah SWT
membenarkan pembuatan patung burung oleh Nabi Isa as. Kaum Nabi
Shaleh terkenal dengan keahlian mereka memahat, sehingga Allah
berfirman, Ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu
pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum Ad, dan memberikan
tempat bagimu di bumi, Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanah
yang datar, dan kamu pahat gunung-gunung untuk dijadikan rumah,
maka ingatlah nikmat-nikmat Allah, dan janganlah kamu merajalela di
bumi membuat kerusakan (QS Al-Araf [7]: 74). Yang digarisbawahi di
sini bahwa pahat-memahat yang mereka tekuni itu merupakan nikmat
Allah SWT yang harus disyukuri, dan harus mengantar kepada
pengakuan dan kesadaran akan kebesaran dan keesaan Allah SWT
Apabila seni membawa manfaat bagi manusia, memperindah hidup dan
hiasannya yang dibenarkan agama, mengabadikan nilai-nilai luhur dan
menyucikannya, serta mengembangkan serta memperhalus rasa keindahan
dalam jiwa manusia, maka sunnah Nabi mendukung, tidak menentangnya.
Karena ketika itu ia telah menjadi salah satu nikmat Allah yang
dilimpahkan kepada manusia. Demikian Muhammad Imarah dalam bukunya
Maalim Al-Manhaj Al-Islami yang penerbitannya disponsori oleh Dewan
Tertinggi Dakwah Islam, Al-Azhar bekerjasama dengan Al-Mahad
Al-Alami lil Fikr Al-Islami (International Institute for Islamic
Thought). 4.0 Pembahagian Seni Seni secara ringkasnya dapat
dibahagikan kepada empat bahagian utama : • Seni melaui pendengaran
seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
• Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis,
seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. • Seni yang
dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,
tablo, teater, filem dan sebagainya. • Seni yang dinikmati melalui
pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan
prosa. 4.1 Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga
dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan
untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan
ukiran eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli
buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain.
Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut
antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman
kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak
dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air,
buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang
juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat
dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani,
sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias
pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk
geometri pada kubah dan lain-lain. Seni lukis pula bermula pada
zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera
padahelaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak
lukisan bunga dan gambar berbentukaraesque dengan pilihan warna
emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna
yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun
alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad
kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda
bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
5.0 Kesimpulan Seni Lukis telah lahir pada permulaan zaman dahulu
lagi. Ini dapat dilihat di pintu-pintu gua. Hal ini bagi
mengambarkan kepada kita sejarah kehidupan mereka dahulu kerana
ketika itu, pen dan kertas tidak wujud lagi. Seni lukis boleh
dikatakan seni yang datang dari sanbari seseorang. Dalam Islam seni
lukis dibenarkan tetapi mempunyai batas-batas yang tertentu. Namun
pada zaman dahulu seni lukis merupakan seni yang paling popular
kerana mereka tidak mempunyai alatan yang canggih seperti kita
sekarang. Rujukan Dr. Yusuf Qardhawi. 1997. Sistem Masyarakat Islam
dalam Al Qur'an & Sunnah. Citra Islami Press. Kenneth M.
George. 2010. Picturing Islam: Art and Ethics in a Muslim
Lifeworld. United Kingdom: Wiley Blackwell. Lampiran
|
|
Viewing 1 - 1 of 1
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.