3.Minoriti Muslim di Korea (Rosmariza bt Mohd Noor)

Sun, Apr 4 2010 09:51am MYT 1
rossa seroja
rossa seroja
3 Posts
1.0 PENGENALAN
Pada asasnya, perkataan minoriti mempunyai pengertian yang berbeza berdasarkan unsur kepelbagaian sesebuah wilayah dengan wilayah yang lain, berbanding sebuah negara dengan sebuah negara lain, sebagaimana juga suatu zaman dengan suatu zaman yang lain di dalam sejarah. Semua itu tentu sekali mempunyai perbezaan maksud yang tersendiri. Beberapa kelompok minoriti contohnya, hidup secara bertaburan di dalam sesebuah negara, manakala yang lain pula tertumpu di sesuatu bahagian tertentu, membentuk sebuah kelompok majoriti di bahagian tertentu di dalam sesebuah negara.
2.0 KONSEP MINORITI
Istilah minoriti ini dirujuk bermaksud sesuatu kelompok atau kumpulan nasional, etnik atau kumpulan ras yang mempunyai perbezaan tertentu dengan kelompok majoriti di sesebuah negara. Seterusnya ia digunapakai untuk merujuk kepada sesuatu kumpulan bahasa ataupun kelompok agama.Di beberapa buah negara lain, istilah minoriti digunakan dengan membawa suatu gambaran yang negatif, sama ada untuk menunjukkan ciri seperti nasional,etnik, bentuk bahasa ataupun kelompok yang berbeza daripada kelompok asal negara berkenaan. Di samping itu juga, minoriti dari sudut istilah politik yang digunakan di peringkat antarabangsa ialah sekumpulan atau beberapa kumpulan daripada rakyat di sesebuah negara. Istilah ini kebiasaannya berkait rapat dengan bangsa, bahasa atau agama. Selalunya apa yang diperjuangkan oleh kelompok minoriti ialah keadilan yang sama dengan golongan majoriti dari segi hak-hak kemajuan, politik dan kebebasan melaksanakan tuntutan agama.
3.0 SEPINTAS LALU TENTANG SEJARAH KOREA SELATAN
Semenanjung Korea terletak di Asia Timur Laut yang disempadani oleh negara China dan Rusia serta Jepun di sebuah Tenggara. Semenanjung Korea adalah lebih kurang 1000km panjangnya dari utara ke selatan dan 216km lebar pada kedudukannya yang paling sempit. Disebelah timur ialah Timur Laut, di selatannya ialah Laut Atlantik dan di sebelah barat ialah Laut Kuning.Semenanjung Korea dan kesemua pulau yang berhubung dengannya terletak di antara124○ 11`T dan 131○53`T serta di antara 33○06`U dan 43○01` U . Keluasan semenanjung ini ialah 221,487km. Sejak 1948, Negara Korea dibahagikan kepada dua iaitu Republik Korea (Korea Selatan) di selatan yang mengamalkan system kapitalis dan Republik Rakyat Demokratik Korea di sebelah utara (Korea Utara) yang menggunakan sistem komunis. Jumlah keluasan Korea Selatan ialah 99,314km2 dan dibahagikan kepada 9 pronvisi. Ibu kotanya ialah Seoul dan bandar utama lain termasuklah Pusan,Taegu,Inch`on,Kwangju dan Taejon.70% muka bumi Korea Selatan diliputi gunung-ganang terutamanya di sepanjang timur semenanjung dan terdapat lebih kurang 3000 pulau yang mengelingginya.Sungai Hangang (514km) mengalir menyeberangi bandaraya Seoul. Korea terletak di zon peralihan iaitu antara iklim benua dengan iklim separuh tropika. Dengan itu, iklim Korea adalah sederhana dan mengalami 4 jenis musim dalam setahun: Musim bunga akhir bulan ( Mac-Mei).Musim panas bulan (Jun-awal September), Musim Luruh bulan (September-November) dan musim sejuk (Disember-pertengahan Mac). 3.1 Penduduk Rakyat Korea merupakan sebahagian daripada kaum Mongolia yang telah mengekalkan sebahagian adat resam, kebudayaan dan bahasa mereka. Jumlah penduduk Korea Selatan telah bertambah daripada 38.124 orang pada tahun 1980 kepada lebih kurang 43.5 juta orang pada masa kini. Kadar pertambahan penduduk ialah 0.98% setahun. 3.2 Agama Pada kurun ke 9, adalah kehadiran Islam pertama yang dapat di kenalpasti di Korea .Penyatuan Silla dengan ketibaan pelayar dan pedagang-pedagang Arab dan Parsi.Menurut beberapa ahli geografi Islam, termasuklah penjelajah dan ahli geografi Islam Parsi Ibn Khurdadhbih, ramai daripada mereka yang bermastautin di Korea lalu menubuhkan perkampungan orang Islam. Beberapa contoh menunjukkan bahawa ramai permastautin ini datang dari Iraq. Catatan-catatan lain menyatakan bahawa sejumlah besar puak syiah Alawi menetap di Korea.Selain itu juga, masyarakat orang Islam Timur Tengah di Silla adalah kelompok pengawal diraja yang mempunyai ciri-ciri Parsi yang tersendiri. Kemudian, ramai orang Islam pula yang berkahwin campur dengan wanita Korea. Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap.Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan. Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.Di Korea Selatan populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam( kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul.Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah ( Iran,Iraq,Kuwait, Qatar) Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990 hingga pada tahun 2000 selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini. Kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan di Korea yang menganuti pelbagai kepercayaan Animisme masih wujud sehingga hari ini dari segi pergantungan ke atasnya yang berterusan oleh orang-orang kampung dalam menjalankan upacara-upacara oleh shaman atau mudang untuk mengatasi nasib malang, kejayaan yang tidak tentu dan mengubati penyakit dengan cara memanggil roh-roh alam semulajadi. Agama Buddha mendapat sambutan meluas di Korea.Agama ini dibawa masuk melalui mubaligh-mubaligh Cina dan India sekitar tahun 300. Falsafah Konfusian disebarkan di Korea pada masa yang hampir sama dengan agama Budhha.Agama Kristian pula bermula di Korea dengan dipengaruhi secara tidak langsung idea-idea barat yang dibawa balik dari negara China oleh wakil-wakil takluk Korea.Agama Kristian mazhab Katolik lebih digemari oleh rakyat Korea.Jesteru itu, agama Islam diperkenalkan di Korea semasa perang Korea oleh Imam-imam angkatan Tentera Turki yang bertempur atas nama PBB di antara tahun 1950-1953. Selain itu Agama pribumi turut diamalkan seperti Chondogyo (Tongkak) Wonbulgyo dan Taejonggyo .
4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KERAJAAN KOREA SELATAN
Tiga negara kesukuan iaitu Mahan,Chinhan dan Pyonhan telah ditubuhkan di Korea Selatan.Bekas kerajaan Choson Purba di Korea Utara telah memberi jalan kepada pembukaan Empayar Han china pada 109 s.m.Han China telah menubuhkan 4 koloni-Lolang,Chenfan,Husantu dan Lintun. Pada tahun 57 s.m apabila dinasti Han Awal China memasuki zaman perbalahan dalam negeri Korea dipecahkan menjadikan 3 buah kerajaan Negara ke utara sekali mewarisi bekas tanah jajahan Lak Lang sehingga ke Manchuria dikenali sebagai kerajaan Koguryo atau Koryo (Korea).Ibu negerinya di Pyongyang.Kerajaan kedua ialah Paekche meliputi bahagian pantai barat dan selatan sempadan Koguryo ( tidak jauh dari barisan pemisah antara Korea Utara dengan Korea Selatan sekarang.Silla meliputi sebelah tenggara semenanjung.Tiga buah kerajaan ini kekal selama 700 tahun. Kedaulatan China terhadap korea adalah berjaya tetapi ini bukanlah boleh dicapai dengan cepat atau senang.Kuasa China Berjaya bertapak di Parhae meluaskan penaklukan sehingga berjaya mendapat seluruh negeri itu.Selepas itu berjaya memperolehi Koguryo. Silla telah bekerjasama dengan China.Satu pasukan tentera Jepun telah dijemput oleh Paekche untuk menyelamatkan negara telah di musnahkan oleh China.Silla yang mendapat kemenangan dalam perang itu dan menjadi pemerintah seluruh Korea bagi kali pertama telah bersatu dalam sebuah negara di bawah kedaulatan China. Pada peringkat ini, kuasa dan kekayaan Shilla Bersatu memuncak pada pertengahan abad ke 8( 668-935). Shilla meminta kerajaan China Tang untuk mengirimkan pasukan bagi mengalahkan Paekche (660) dan Koguryo ( 668).Akan tetapi Dinasti Tang pula menuntut penguasaan atas wilayah Paekche, Koguryo dan juga Shilla. Dengan demikian, bersatulah semenanjung Korea sebagai kesatuan politik tunggal pada zaman Shilla bagi menyumbangkan kerjasama dalam mengusir tentera Dinasti Tang keluar dari wilayah mereka.Seterusnya wujudnya kerajaan Dinasti Koryo ( 918-1392 ).Pada zaman ini bermula struktur pemerintahan aristocrat. Dinasti yang terakhir di Korea sebelum penaklukan Jepun adalah Dinasti Choson atau Yi (1392-1910).Pengasasnya ialah Yi Sang-gye yang menghapuskan kerabat Wang Koryo.Jeneral Yi atau Raja Taejo memindahkan ibu kota ke Seoul.Penciptaan han` gul iaitu abjad asli orang korea adalah satu pencapaian yang mesti di utarakan dalam sejarah kebudayaan Dinasti Yi` Abjad tersebut merupakan system penulisan yang tepat. 4.1 Perkembangan dari segi politik Perlembagaan Republik Korea diumumkan secara rasmi pada 17 Julai 1948. Perhimpunan National yang dibentuk pada tahun tersebut melalui pilihanraya di bawah arahan PBB telah menerima perlembagaan tersebut pada 12hb Julai 1948.Dengan demikian ini telah meletakkan asas bagi Republik Demokratik yang pertama di Semenanjung Korea. Kemudian, Taehan Min-guk atau Republik Korea telah diambil sebagai nama rasmi negara Korea pada 31hb Mei 1948.Seorang Presiden dilantik mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan sebuah kerajaan dibentuk dengan segera.Pada 15hb Ogos 1948, nama Republik Korea telah diumumkan kepada dunia. Seterusnya penggubalan perlembagaan pada 20hb Januari 1980 mengariskan sebuah sistem politik yang berasaskan pada idealisme demokrasi yang liberal. Perlembagaan juga memperkukuhkan komitmen.Republik Korea untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan demokratik yang menjunjung prinsip-prinsip ekonomi bebas dan memupuk tradisi serta warisan kebudayaan yang unik. Dasar luar Republik Korea ialah berharap dapat menyumbangkan tenaga kepada mayarakat antarabangsa dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.Sebaliknya ianya mencari persefahaman, pengiktirafan dan kerjasama daripada negara lain. Pada masa ini, setelah 40 tahun penubuhan pasukan tentera Republik Korea ( tentera darat, laut, udara) membuktikan bahawa mereka mampu mempertahankan negara mereka secara bersendirian jika berlaku krisis. Selain daripada kemampuan pemerintah dan komunikasi, pembangunan ekonomi Korea Selatan, kekuatan moral serta motivasi angkatan tenteranya juga keazaman rakyat memastikan keselamatan negara itu terjamin. 4.2 Dari segi ekonomi Kejayaan ekonomi yang telah dicapai oleh rakyat Korea dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira 20 tahun adalah satu hal yang mengkagumkan. Kini, Korea Selatan dianggap sebagai sebuah negara industri.Sektor perindustrian, perlombongan dan pembuatan tumbuh pada purata tahunan sebanyak 13% antara 1962-1984 iaitu hampir 2 kali lebih pesat daripada ekonomi secara keseluruhannya. Republik Korea tidak banyak memiliki sumber-sumber semulajadi, maka pelaksanaan antarabangsa merupakan nadi kepada perluasan eksportnya supaya ia dapat membayar untuk bahan-bahan mentah dan barangan modal yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.Kini, Korea Selatan di anggap sebagai sebuah negara industri yang maju. Syarikat-syarikat pembinaan Korea Selatan beroperasi lebih daripada 30 negara asing iaitu di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.Bidang pertanian, perhutanan dan perikanan turut dipergiatkan.Tambahan pula, Saemaul Undong (Pergerakan Komuniti Baru ) iaitu satu rancangan pembangunan luarbandar bersepadu telah dimulakan pada awal tahun 1970 an.Ini telah membawa kepada perubahan besar di kawasan desa.Pertumbuhan pesat dalam pelaburan dan tabungan dalam negeri membawa kepada pertumbuhan ekonomi Korea yang tinggi dalam masa dua dekad yang lalu.Oleh yang demikian, negara Korea mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan hampir kesemua jenis industri telah dibuka kepada pelaburan asing. 4.3 Dari segi sosial Korea Selatan ialah sebuah negara yang memadukan perubahan dan tradisi.Ia sedang berubah dengan kelajuan yang pesat sekali.Tetapi di sebalik transformasi masyarakat ini ialah kestabilan yang lahir daripada tradisi dan adat yang berabad-abad usianya.Walaupun ia telah diubahsuaikan namun masih sesuai dengan nilai sebuah masyarakat yang besar dan mempunyai pengaruh yang kuat. Bidang komunikasi dan pengangkutan dimajukan berikutan kemajuan dalam bidang perindustrian, hubungan antarabangasa, pelancongan dan lain-lain.Korea Selatan mempunyai industri pelancongan yang tumbuh paling cepat di dunia.Ibu kota Seoul ialah sebuah bandaraya metropolis yang moden.Ia mempunyai Kampung Traditional, kawasan peranginan yang indah, muzik dan seni kraftangan yang berbeza yang dapat menarik perhatian para pelancong antarabangsa. Asas pendidikan, Korea Selatan ialah suatu falsafah demokratik yang menjamin peluang bersama untuk pendidikan dan menghormati kebolehan individu.Disamping memberi pengetahuan asas tujuan pendidikan Korea ialah untuk menanamkan dalam diri pelajar nilai-nilai dan kemahiran yang perlu untuk pembangunan semula negara. Taraf hidup rakyat Korea telah banyak meningkat disebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak awal tahun 1960an.Kemudahan perubatan dan kakitangan di kawasan luar bandar terus dipertingkatkan untuk memenuhi tuntutan terhadap perkhidmatan perubahan yang semakin meningkat disebabkan oleh pelaksanaan insuran perubatan dan kemajuan taraf hidup.Kerajaan Korea mengambil peranan besar dalam memupuk perkembangan sukan dengan tujuan untuk mendorong kesihatan fizikal dan seterusnya meningkatkan prestij negara melalui prestasi yang lebih baik dalam acara-acara antarabangasa.Tahun 1981 merupakan tahun yang istimewa dalam sejarah kesukanan Korea.Korea Selatan dipilih menjadi tuan rumah Olimpik musim panas ke 24 pada tahun 1988 juga sukan Asia tahun 1986. Isu-Isu yang dihadapi Korea: Pada tahun 1962, Kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walaubagaimanapun rancangan tersebut terbantut akibat inflasi. Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjad ketara.Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli.Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul 1976.Selain itu juga terdapat masjid di Busan, Anyang, Gwanju, Jeonju dan Daegu. Menurut Presiden Institut Islam Korea ( Yi-Hui-Su) terdapat lebih kurang 40,000 orang Islam yang berdaftar di Korea Selatan, dan lebih kurang 10,000 dianggarkan adalah penduduk yang salih. Selain itu, Yayasan Muslim Korea menyatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam yang pertama dan akan dinamakan sekolah rendah Putera Sultan bin Abdul Aziz pada bulan Mac 2009 dengan matlamat untuk membantu orang Islam di Korea mempelajari agama mereka menerusi kurikulum sekolah yang rasmi. Perancanngan sedang dijalankan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah menengah dan malahan universiti.Salah seorang dari kedutaan Arab Saudi ke Seoul telah mengirimkan $ 500,000 kepada yayasan tersebut bagi pihak kerajaan Arab Saudi.
5.0 KESIMPULAN
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa sejarah Korea Selatan penuh dengan cabaran dan rintangan sejak dari zaman pra sejarah sehingga hampir musnah akibat Perang Korea.Namun demikian, rakyat Korea Selatan terus bersemangat untuk membangunkan negara daripada debu peperangan.Kini, Republik Korea merupakan negara kedua maju di Asian selepas Jepun sama ada dalam bidang pembangunan ekonomi mahupun teknologi.Jadi seruan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia memandang kearah negara Korea Selatan yang dikenali sebagai “ land of the morning calm” atau “ bumi damai di lembayung pagi” demi mempertingkatkan kegigihan rakyat dalam membangunkan negara kita.Sehubungan dengan itu, dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan di Malaysia sebagai satu langkah untuk memajukan negara dalam segala bidang di samping dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih erat antara Malaysia dan Korea Selatan.
RUJUKAN
‘Atiyyah, Ahmad.1960. al-Qamus al-siyasi. al-Qahirah:Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
Fitztgerald, C.P, Intisari Sejarah Asia Timor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970 Korea Travel Manual, Korea National Tourism Corporation, Seoul, Seoul, 1991.
Pirzada, S.S. 1980. “ Current Status of Constitutional Rights and Religious and Cultural Freedom in selected Non Muslim Countries”, dalam Muslim Communities in non-Muslim States ( himpunan kertas kerja seminar).London: Islamic Council of Europe.
Rajendran, M, Buku Panduan Korea (Terjemahan),Korean Overseas Information Service. Visit Korea Years 1994, Korea Overseas Information Service Visit Korea Years 1994, Korea National Tourism Corporation, Seoul
http://ms.Wikipedia.org/wiki/Islam_di Korea
Sat, Aug 20 2011 02:17pm MYT 2
helen chen
helen chen
27 Posts
replica louis vuitton handbags eventually led to its appearance.The LV Monogram Multicolore is the world’s leading brands, each handbag Multicolore Gucci Replica Watches by storm. A fantastic replica handbag tells with regards to the intelligent option crafted from the gals. They appear like authentic ones and rather Concord Replica Watches believe in the fact that fashion is for everyone and not just of the celebrities. Every single person in this planet deserves affordable and unique fashio Iwc Replica Watches and Walk:If you are taking your own vehicle then kindly park your vehicles at the under mentioned parking areas and walk down to the venue: - Blind Schoo cheap handbags s well.He added that, Our website is updated with the replica handbag reviews frequently and the fashion folks will not miss out even a single design. We uk replica watches Tissot T-Touch replica breitling, which came in many flavors (colours, straps, dials). They even had a white mother of pearl version for the ladies replica watch ountry travel and upscale fashion, these impeccably designed travel bags offer an abundance of delightful options for globe-trotting style: swiss replica watches - Jawaharlal Nehru Metro Station to Venue North Gate (Number 14) — 200 metres- Jungpura Metro Station to Venue East Gate (Number Richard Mille Replica prolonged lasting also and so they will also be priced at a value that is ton lower than the initial 1. Using this method you could pamper your self replica handbags queen included London College of Fashion’s Madame Marie O’Regan and the Danish Aage Thaarup.A Pennsylvanian has even contributed to the que affordable rates and therefore the models readily available are certainly eye catching. We assure that in case you get it the moment from A.Lange & Sohne Replica were off to the races — Royal Ascot and the Kentucky Derby in particular.For the 50th anniversary of Queen Elizabeth’s coronation in 2003, a retros replica watch handbags, and many others. Bear in mind that all of them are charming handbags models. Therefore if you need any assistance regarding the handbags, ple Patek Philippe Watches handbags are the most colorful looking handbags at all as they have matchless quality colors all the time. That is why one has to say that Michael Kors ha Iwc Replica Watches

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links