minoriti muslim di sri lanka(mohd helmi bin yusoff)
| Wed, Mar 31 2010 02:17pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
iemi noor 2 Posts |
1.0 MINORITI MUSLIM DI SRI LANKA. 1.1 Pendahuluan. Penggunaan
istilah Minoriti diperingkat antarabangsa dari sudut politik ialah
sekumpulan atau beberapa kumpulan daripada rakyat di sesebuah
negara. Istilah ini kebiasaannya berkait rapat dengan bangsa,
bahasa atau agama. Kebiasaannya, apa yang diperjuangkan oleh
sesebuah kelompok minoriti ialah keadilan yang sama dengan golongan
majoriti dari segi hak-hak kemajuan, politik dan kebebasan
melaksanakan tuntutan agama. Suatu perkara serius yang dihadapi
oleh masyarakat Islam kini ialah kejahilan mereka tentang
perkembangan yang berlaku kepada kumpulan-kumpulan minoriti Muslim
di dunia. Masyarakat Islam yang hidup sebagai kelompok minoriti
bilangannya hampir 1/3 daripada jumlah keseluruhan masyarakat
Muslim di dunia. Mereka biasanya tinggal di negara-negara yang
agama rasminya Kristian atau lain-lain agama. Kajian statistik yang
lengkap tentang jumlah minoriti Muslim ini adalah perlu
memandangkan ia akan memudahkan lagi untuk mengetahui perkembangan
semasa mereka. Kajian ini memerlukan kerjasama sepenuhnya dari
semua pihak yang berkaitan kerana ketidakseriusan dalam
melaksanakannya akan membuatkan maklumat-maklumat tentang mereka
dikeluarkan secara kasar sahaja atau tidak tepat atau menyimpang
daripada realiti. Perangkaan yang diperolehi melalui kajian
berkenaan juga akan dapat digunakan bagi mengikuti hal ehwal
sosio-ekonomi dan politik mereka disamping menjadikannya sumber
lengkap untuk mengetahui pertumbuhan populasi serta pembangunan
minoriti Muslim. 2.0 NEGARA SRI LANKA Sri Lanka, ialah sebuah
negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari
pantai selatan India. Ia masyhur dengan gelaran `Mutiara Lautan
Hindi`, yang merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.
Disebabkan lokasinya di tengah-tengah laluan jalan-jalan laut
utama, Sri Lanka adalah penghubung laut yang strategik antara Asia
Barat dan Asia Tenggara, dan merupakan sebuah pusat agama dan
kebudayaaan Buddha sejak zaman silam. Hari ini, negara tersebut
adalah negara yang berbilang agama dan bangsa, dengan 1/3 daripada
populasinya menganut agama selain ajaran Buddha, terutamanya agama
Hindu, Kristian dan Islam. Dahulu, pada masa silam, Sri Lanka
dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba
menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib
(asal-usul perkataan "serendipity"). Selain itu, Ceilao ialah nama
yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka
tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972 , nama rasmi negara
tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri
Lanka. Pada tahun 1978 pula, ia ditukar kepada Republik Demokratik
Sosialis Sri Lanka. Sri Lanka adalah negara ke-53 terdapat di
dunia, dengan kadar tumbesaran populasi tahunan sebanyak 0.79%. Sri
Lanka mempunyai kadar kelahiran sebanyak 15.63 kelahiran bagi
setiap 1000 orang dan kadar kematian sebanyak 6.49 kematian bagi
setiap 1000 orang. Kepadatan penduduk terbesar adalah di barat Sri
Lanka, terutamanya dalam dan sekitar Colombo. Terdapat sejumlah
kecil penduduk di pulau Wanniyala iaitu orang Aetto, juga dikenali
sebagai orang Veddah. Mereka ini dipercayai adalah kumpulan etnik
asli dan tertua yang mendiami pulau tersebut. Orang Sinhala
membentuk kumpulan etnik terbesar, dengan anggaran sebanyak 81.9%
daripada penduduk keseluruhan. Orang Tamil yang tertumpu di
wilayah-wilayah utara, timur, tengah dan barat. Orang Tamil yang
dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk
bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah
yang dihantar balik ke negara asal berikutan kemerdekaan Sri Lanka
pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India".
Mereka berbeza daripada penduduk berketurunan Tamil asal yang telah
menetap di Sri Lanka sejak zaman silam. Menurut data bancian 2001
orang Tamil India membentuk 5.1% daripada penduduk Sri Lanka dan
orang Tamil Sri Lanka 4.3%. Walaupun angka ini hanya menghitung
orang Tamil Sri Lanka di kawasan-kawasan yang dikuasai kerajaan,
tanpa menghitung mereka yang berada di wilayah-wilayah yang
dikuasai golongan pemberontak. Terdapat populasi orang Moor yang
ketara (8.0%) yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan
pendatang-pendatang dari Timur Tengah. Kewujudan mereka tertumpu di
bandar-bandar dan wilayah-wilayah tengah dan timur. Terdapat juga
kumpulan-kumpulan etnik kecil seperti orang Burgher (keturunan
kacukan Eropah) dan Melayu dari Asia Tenggara. Di sri lanka,
masyarakat Sinhala membentuk populasi terbesar, dengan orang Tamil
yang tertumpu di utara dan timur pulau tersebut membentuk minoriti
etnik terbesar. Masyarkat-masyarakat lain termasuklah orang Moor
yang beragama Islam, Melayu dan Burgher. Kaum Sinhala datang ke
pulau ini sekitar abad ke 5 SM. Mereka berasal dari daratan India
bahagian selatan dan kemudian menetap di sekitar pesisir pantai
sebelah barat. Untuk kegiatan kegiatan ini mereka membangun
pelbagai sarana di mana akhirnya mereka berjaya menemukan teknik
pertanian berdaya maju dan memperdagangkan hasil pertanian mereka
ke daerah-daerah lain hingga ke China. Ditambah lagi dengan
kedudukan straregik pulaunya pada masa itu. Suku Tamil pula mula
menetap ke wilayah ini antara awal Masehi hingga abad ke 12.
Sekitar abad ke 14 mereka berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang
terletak disekitar Jafna dengan ibu kotanya Nallur. Suku ketiga
bangsa Moor, juga berdagang. Hingga abad ke 15 dan seterusnya,
pulau ini terus menjadi rebutan antarabangsa termasuk bangsa Eropah
seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekitar tahun 1900 mulai
tumbuh kesedaran nasionalisme di kalangan penduduk asli di sana.
Penduduk Sri Lanka sebahagian besar bertempat tinggal di pedesaan.
Angka harapan hidup bagi penduduk Sri Lanka yang lelaki adalah
berusia 68 tahun dan yang perempuan 72 tahun. Sekitar 75% populasi
berasal dari suku Sinhala, yang majoriti beragama Buddha mazhab
Theravada. Kelompok besar lainnya adalah suku Tamil 18% yang
majoriti beragama Hindu dan tinggal di sebelah utara dan timur.
Suku Tamil dibahagi lagi kepada dua kelompok: Tamil Asli dan suku
Tamil yang merupakan pendatang baru dari India. Minoriti yang lebih
kecil adalah Muslim (7%), yang kebanyakan adalah keturunan Arab dan
Melayu, suku Burgher (keturunan campuran Eropa; 1%) serta
Wanniyala-Aetto atau Vedda,keturunan kebudayaan awal di Sri Lanka
yang jumlahnya semakin surut. Agama-agama terbesar adalah Buddha
(70%) dan Hindu (15%). Sekitar 7% dari populasi beragama Kristian
(6% Katolik dan 1% Protesten). Sri Lanka juga menikmati
kepelbagaian agama. Dianggarkan sebanyak 69% daripada penduduknya
adalah penganut agama Buddha. Agama Buddha aliran Theravada adalah
mazhab utama, dengan pecahan mazhab yang berbeza-beza seperti
Ramanna Nikaya, Amarapura Nikaya dan Siam Nikaya diikuti secara
meluas. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan
dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang
sedia ada di Asia Tenggara. Sri Dalada Maligawa atau "Kuil Gigi"
yang kuno dan terkenal itu adalah kuil Buddha induk di Sri Lanka,
dan dengan tradisi penyimpanan Gigi Buddha. Ia diziarahi
berjuta-juta pelawat setiap tahun. Agama Hindu diamalkan oleh 7.9%
penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat Tamil. Agama Kristian
diamalkan oleh 7% penduduk, terutamanya orang Burgher walaupun
kebanyakan penganut Kristian adalah orang Sinhala atau Tamil.
Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik,
terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi
Belanda dan Kommunion Anglikan. Agama Islam diamalkan oleh 8.5%
penduduk dan hampir keseluruhan penganutnya adalah orang Moor dan
Melayu. Di sri lanka, bahasa Sinhala ataupun Tamil merupakan bahasa
rasmi sejak persetujuan India-Sri Lanka yang ditandatangani tahun
1989. Bahasa Inggeris pula adalah bahasa pemersatu berdasarkan
perlembagaan, bahasa ibunda bagi sekitar 10% dari seluruh penduduk,
dan dituturkan serta difahami dengan luas di Sri Lanka. Ketiga-tiga
bahasa tersebut digunakan dalam pendidikan dan pemerintahan.Berbeza
pula dengan anggota-anggota masyarakat Burgher. Mereka bertutur
dalam pelbagai ragam bahasa Kreol Portugis dan Belanda dengan tahap
kefasihan yang berbeza-beza, manakala anggota-anggota masyarakat
Melayu bertutur dalam satu bentuk bahasa Kreol Melayu yang unik di
pulau tersebut. Secara rasmi, sistem politik di sri lanka
mengamalkan Negara Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (dikenali
sebagai Ceylon sebelum tahun 1972) Setelah diperintah oleh beberapa
pemerintahan beraja tempatan lebih daripada 2000 tahun, beberapa
bahagian Sri Lanka diduduki oleh Portugal dan Belanda pada
permulaan kurun ke-16, sebelum penguasaan keseluruhan negara
tersebut beralih ke tangan Empayar British pada tahun 1815. Semasa
Perang Dunia Ke-2, Sri Lanka bertindak sebagai pengkalan utama bagi
Tentera Berikat untuk menentang Empayar Jepun. Sebuah gerakan
nasionalis(Ceylon Nasional Congress) bersifat politik muncul di
negara tersebut pada awal kurun ke-20 dengan matlamat memperolehi
kemerdekaan politik. Antara tuntutannya, penduduk asli perlu
mendapatkan majoriti kursi dalam badan legislatif. Pada tahun 1931
Ceylon berhasil membentuk suatu perlembagaan baru yang memungkinkan
menjalankan pemerintahan sendiri. Pada tahun 1947 kawasan ini
memperoleh kedaulatan penuh dari tangan Inggeris. Pilihan raya pun
diadakan. Partai Persatuan Nasional (United National Party)
menangkan suara majoriti, maka pada 2 Mei Ceylon berubah menjadi
Republik Sri Lanka. kerana akhirnya diberikan oleh Empayar British
selepas rundingan damai pada tahun 1948. Sri lanka adalah terkenal
dengan pengeluaran dan eksport teh, kopi, getah dan kelapa, Oleh
itu Sri Lanka berbangga dengan sistem ekonomi mereka yang
berasaskan industri yang pesat dan moden dan pendapatan per modal
yang tertinggi di Asia Selatan. Selain itu,Keindahan semula jadi
hutan-hutan tropika, pantai dan lanskap Sri Lanka, dan juga warisan
kebudayaannya yang kaya, menjadikannya sebagai sebuah destinasi
pelancongan dunia yang terkenal. 3.0 PERMULAAN ISLAM DI SRI LANKA
Pada dasarnya, Islam telah masuk ke negara ini pada masa
kekhalifahan Umar ibn Khattab. Ketika itu penduduk Sailan, (nama
lain Sri lanka), mendengar tentang adanya agama Islam, lalu mereka
mengirim utusan ke khalifah Umar dan akhirnya mereka masuk Islam.
Sekembalinya ke Sailan, mereka menyerukan agama Islam kepada para
penduduk dan mulailah kejayaan Islam. Pada kurun ke-15,
pedagang-pedagang Arab telah menguasai banyak perdagangan di Lautan
Hindi termasuklah Sri Lanka. Ramai antara mereka yang bermastautin
di pulau itu lalu menggalakkan penyebaran Islam. Kemudian kaum
muslimin dilanda musibah besar dengan datangnya kaum penjajah.
Mereka mengalami pelbagai jenis penderitaan. Penjajah Portugal
melakukan penindasan dan pengusiran terhadap mereka, bahkan
beribu-ribu orang telah dibunuh, karana mereka mengadakan
perlawanan dalam rangka mempertahankan Sailan. Orang-orang Portugal
mengusir orang-orang islam dari ibu kota, menghambat gerak-gerik
mereka dan memecat mereka dari pekerjaan, bahkan sebagian dari
mereka ada yang dibakar hidup-hidup. Orang-orang Portugal menutup
sekolah-sekolah orang islam dan mulai melancarkan gerakan
kristenisasi di berbagai pelosok negeri.Lalu datang pula penjajahan
belanda yang memerintah negara ini dengan kekerasan, membuat
undang-undang yang melarang orang islam melakukan kegiatan ibadah,
menindas serta memaksa mereka membayar pajak kematian; iaitu bahawa
setiap orang harus membayar pajak sebagai jaminan perlindungan
kehidupan mereka, merampas harta benda mereka, dan melarang mereka
melakukan aktiviti perdangan atau berhubungan dengan para pedagang
muslim lainnya. Dan terakhir datang penjajah inggris yang melakukan
siasat adu domba dan selalu kaum muslimin menjadi korban dan
penindasan. Kedatangan orang Islam dari India semasa kurun ke-19
dan 20 juga menyumbang kepada perkembangan Islam di Sri Lanka.
Terutamanya orang Islam Pakistan dan India telah memperkenalkan
Islam ala Syiah dan mazhab Hanafi ke dalam Sri Lanka walaupun
kebanyakan orang Islam di pulau itu masih berpegang teguh pada
amalan tradisional Islam Sunni. Pada zaman moden ini, orang Islam
di Sri Lanka dikendalikan oleh Jabatan Urusan Agama dan Budaya
Orang Islam yang ditubuhkan pada tahun 1980-an untuk menghalang
pengasingan berterusan komuniti orang Islam daripada kelompok lain.
Hari ini, lebih kurang 8% orang Sri Lanka menganut agama Islam;
kebanyakannya dari komuniti etnik keturunan Arab dan Melayu. 4.0
MINORITI MUSLIM DI SRI LANKA Di Sri Lanka, Islam diamalkan oleh
sekumpulan minoriti yang membentuk lebih kurang 8% penduduk.
Masyarakat Islam terbahagi kepada tiga kumpulan etnik utama: Orang
Moor Sri Lanka, Orang Moor India dan Orang Melayu, masing-masing
memiliki sejarah dan tradisi tersendiri. Majoriti orang bukan Islam
di Sri Lanka kerap menggunakan istilah "Muslim" sebagai sebuah
kumpulan etnik, khasnya apabila merujuk pada orang Moor Sri Lanka.
4.1 ORANG MOOR SRI LANKA Orang Moor Sri Lanka membentuk 93%
penduduk Islam dan 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara
tersebut. (1,404,534 orang pada tahun 2005). Kebanyakan mereka
bermazhab Syafi'i. Dari sudut etimologi, istilah "Moor" pertama
kali diguna pakai oleh orang Portugis yang melabel semua orang
Islam sempena musuh mereka, orang Moor yang diperangi mereka di
Semenanjung Iberia selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan
pedagang-pedagang Arab yang menetap di Sri Lanka pada masa antara
kurun ke-8 dan ke-15. Bahasa Arab yang dibawa oleh tentera-tentera
upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun banyak
perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian. Pada
masa lalu, orang Moor menggunakan bahasa Arwi sebagai bahasa ibunda
mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan.
Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan bahasa
Tamil sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan
pinjaman daripada bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam
bahasa Sinhala, satu bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh kelompok
majoriti Sri Lanka, orang Sinhala.Orang Moor Sri Lanka tinggal
dalam kelompok masyarakat perdagangan pantai dan pertanian sambil
memelihara warisan kebudayaan Islam mereka di samping menerima
pakai banyak adat resam Asia Selatan. Semasa tempoh penjajahan
orang Portugis, orang Moor menderita akibat penyeksaan, dan ramai
yang berpindah ke Tanah Tinggi Tengah yang keturunan mereka masih
wujud di sana. 4.1.1 ORANG MOOR PANTAI TIMUR Di pantai timur, orang
Moor Sri Lanka adalah petani, nelayan dan pedagang. Keluarga mereka
bersusur galur melalui pihak wanita sebagaimana sistem hubungan
kekeluargaan di negeri barat daya India, Kerala tetapi mentadbir
masyarakat mereka melalui Syariat Islam. 4.1.2 ORANG MOOR BERBANGSA
ARAB Orang Tamil Sri Lanka, sepanjang sejarah, cuba mengkelaskan
orang Moor Sri Lanka sebagai bangsa Tamil. Kononnya cubaan ini
dibuat sebahagian besarnya kerana sebab-sebab pentingkan diri
sendiri dalam usaha menghalang masyarakat minoriti Islam daripada
memiliki identitinya sendiri yang unik. Bagaimana pun, kerajaan Sri
Lanka menganggap orang Islam sebagai keturunan Arab dan kumpulan
etnik yang berbeza daripada orang Tamil. Cara Islam berkembang di
Sri Lanka serupa dengan apa yang berlaku di pantai Malabar India.
Tradisi mencatatkan bahawa orang Arab yang menetap di pantai
Malabar biasa belayar dari pelabuhan Cranganore ke Sri Lanka untuk
menziarahi apa yang dipercayai mereka sebagai bekas tapak kaki Adam
a.h di puncak sebuah gunung yang sehingga kini masih dipanggil
sebagai Puncak Adam. Sebelum akhir kurun ke-7, sebuah koloni
pedagang Islam telah tertubuh di Sri Lanka. Terpukau dengan
keindahan pemandangan sekitar dan tertarik dengan tradisi yang
dikaitkan dengan Puncak Adam, pedagang Islam tiba dalam jumlah yang
besar dan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk menetap di
pulau yang digalakkan dengan layanan mesra yang diterima mereka
daripada pemerintah tempatan. Kebanyakan mereka tinggal di
sepanjang kawasan pantai dengan aman dan makmur sambil mengekalkan
hubungan budaya dan komersial dengan Baghdad dan bandar-bandar
Islam yang lain. Perkara yang membantu pertumbuhan petempatan
adalah berbeza-beza. Kebanyakan golongan majoriti Sinhala lebih
bergantung pada pertanian berbanding perdagangan, dengan demikian
perdagangan terbuka luas kepada orang Islam. Raja-raja Sinhala
menganggap petempatan orang Islam sesuatu yang menguntungkan mereka
kerana hasil yang dibawa orang Islam kepada mereka melalui hubungan
mereka di seberang laut dalam perdagangan dan politik. Toleransi
agama yang ditunjukkan penduduk tempatan juga merupakan satu lagi
faktor penting dalam perkembangan petempatan orang Islam di Sri
Lanka. Petempatan orang Islam terawal sebahagian besarnya dibina di
sekitar pelabuhan disebabkan tabiat semula jadi perdagangan mereka.
Juga diperkirakan bahawa ramai pedagang Arab tidak membawa bersama
kaum wanita apabila mereka menetap di Sri Lanka. Justeru itu,
mereka terpaksa berkahwin dengan wanita Sinhala dan Tamil di pulau
tersebut setelah membawa mereka kepada Islam. Hakikat bahawa
sebilangan besar orang Islam di Sri Lanka bertutur dalam bahasa
Tamil dapat dianggap berpunca daripada kebarangkalian bahawa mereka
adalah rakan perdagangan bagi orang Tamil di India Selatan dan
mempelajari bahasa Tamil untuk menjalankan perniagaan mereka.
Integrasi dengan orang Islam Tamil Nadu di India Selatan mungkin
juga menyumbang kepada perkara ini. Juga berkemungkinan bahawa
orang Arab yang sudah pun berhijrah ke Sri Lanka sebelum kedatangan
Islam telah menggunapakai bahasa Tamil sebagai medium komunikasi
dalam pergaulan mereka dengan orang Islam India Selatan yang
bertutur dalam bahasa Tamil. Orang Islam merupakan
pedagang-pedagang yang amat berkemahiran yang secara perlahan-lahan
membina sebuah pusat perdagangan yang sangat menguntungkan di Sri
Lanka. Sebuah koloni orang Islam yang besar dikatakan bertapak di
Beruwela (pantai barat laut) dalam Daerah Kalutara pada tahun 1024.
Orang Islam tidak ghairah menyebarkan Islam di kalangan penduduk
asal Sri Lanka meskipun ramai wanita Sinhala dan Tamil yang
dikahwini mereka memeluk Islam. Meskipun begitu, orang Islam
sentiasa mengekalkan hubungan yang amat kukuh dengan kerabat diraja
Sinhala dan penduduk tempatan. Terdapat bukti bahawa mereka lebih
rapat dengan orang Sinhala berbanding orang Tamil. Hubungan orang
Islam dengan raja-raja Sinhala bertambah kuat dan malah pada kurun
ke-14 mereka berjuang bersama-sama raja-raja tersebut menentang
kerajaan Tamil dan pengaruh maritimnya yang sedang meluas. Pada
permulaan kurun ke-16, orang Islam Sri Lanka yang merupakan
keturunan para pedagang Arab, telah menetap di pulau tersebut
dengan selesa. Mereka amat berjaya dalam perdagangan dan perniagaan
serta berintegrasi secara sosial dengan adat resam penduduk
tempatan. Mereka menjadi kelompok masyarakat yang tidak dapat
dipisahkan dan malah yang amat diperlukan. Tempoh ini adalah salah
satu daripada kekuasaan dengan aman dan makmur bagi orang Islam Sri
Lanka. 4.2 ORANG MELAYU Orang Melayu Sri Lanka berasal daripada
Asia Tenggara dan hari ini terdiri daripada 50,000 orang. Nenek
moyang mereka datang ke negara tersebut ketika Sri Lanka dan
Indonesia menjadi tanah jajahan Belanda. Kebanyakan pendatang
Melayu terawal adalah tentera yang dihantar oleh pentadbir penjajah
Belanda ke Sri Lanka yang kemudian mengambil keputusan untuk
menetap di pulau tersebut. Pendatang lain adalah banduan atau
anggota keluarga bangsawan dari Indonesia yang dibuang negeri ke
situ. Sumber utama dalam mengekalkan identiti Melayu ialah bahasa
Melayu yang menyerap beberapa perkataan daripada bahasa Sinhala dan
varian Moor bahasa Tamil. Pada tahun 1980-an, orang Melayu
membentuk 5% bagi penduduk Islam di Sri Lanka. Seperti orang Moor
Sri Lanka, mereka bermazhab Syafi'i. 4.3 ORANG INDIA (Memon, Bhora,
Khoja) Orang Moor India ialah orang Islam yang berketurunan
pendatang-pendatang yang mencari peluang perniagaan semasa zaman
kolonial. Sebahagian mereka datang ke negara ini seawal zaman
Portugis; yang lainnya tiba semasa zaman British dari pelbagai
tempat di India. Majoriti daripada mereka datang dari negeri-negeri
seperti Tamil Nadu dan Kerala, dan tidak seperti orang Moor Sri
Lanka, adalah berkait secara etnik dengan orang India Selatan.
Orang Memon, yang pada asalnya dari Sindh, pertama kali tiba pada
tahun 1870; pada tahun 1980-an bilangan mereka hanyalah 3000 orang,
kebanyakan mereka bermazhab Hanafi. Orang Bohra Dawoodi dan orang
Khoja adalah orang Syiah yang datang dari barat daya India
(Gujarat) selepas tahun 1880; pada tahun 1980-an bilangan mereka
secara kolektif adalah kurang daripada 2000 orang.
Kumpulan-kumpulan ini cenderung kepada mengekalkan rumah ibadat dan
bahasa tanah air nenek moyang mereka. 5.0 ISU-ISU SEMASA TERHADAP
MUSLIM DI SRI LANKA. 5.1 Isu kekejaman kumpulan LTTE terhadap orang
islam di Sri Lanka. (Lambang rasmi Harimau Pembebasan Tamil Eelam.)
LTTE merupakan singkatan kepada kumpulan Pembebasan Harimau Tamil
Eelam. Dalam bahasa Inggeris pula ialah Liberation Tigers of Tamil
Eelam,Kumpulan ini merupakan puak pemberontak yang mahu menubuhkan
negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur
pulau Sri Lanka. Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon
sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala
dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32
negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan
pengganas oleh Amerika Syarikat. LTTE diasaskan oleh Velupillai
Prabhakaran pada 1975 bagi memperjuangkan nasib kaum Tamil dan
kumpulan ini menerima sokongan padu daripada belia Tamil yang
kecewa dengan kebanyakan dasar kerajaan Sri Lanka. Corak perjuangan
dari serangan kecil-kecilan kepada pengebom berani mati 1980-an dan
menggunakan helikopter dan kapal terbang pada 1990-an dan menguasai
wilayah dan bandar di utara dan timur Sri Lanka dan 2000-an. LTTE
bukanlah sebarangan kumpulan pemberontak. Mereka mempunyai
organisasi yang tersusun serta pasukan marin dan udaranya sendiri
dan jumlah askar dikatakan mencapai 15 000 pada penghujung tahun
lepas. Tidak hairanlah jika konflik di Sri Lanka ini sukar
diredakan walaupun berdepan secara langsung dengan tindakan
pemerintah dan pada 2006, Kesatuan Eropah menyatakan LTTE adalah
pengganas disebabkan penentangan ke atas pemimpin kerajaan serta
serangan berani mati yang kerap dilakukan oleh mereka. Harun Yahya
di dalam tulisannya pernah mengatakan akibat tindakan kumpulan
pemisah LTTE ini turut mendatangkan kepayahan kepada ramai umat
Islam yang berada di bahagian utara dan timur Sri Lanka. Sebahagian
kecil kaum Sinhala pula sudah mula memerangi umat Islam yang juga
kaum minoriti di Sri Lanka. Terdapat lebih 10,000 pengganas
bersenjata di Sri Lanka dan 5,000 kadar terlatih yang disokong oleh
jaringan bantuan kewangan di seluruh dunia bagi membiayai pembelian
senjata dan operasinya. Dana kewangan daripada penyeludupan dadah,
perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran
cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut. Dana ini
membolehkan mereka mempunyai cawangan udara, di samping pasukan
laut bersenjata dikenali sebagai Sea Tigers, yang dilengkapi kapal
pengebom berani mati. Kapal jenis ini dipercayai telah memusnahkan
sekurang-kurangnya 30 bot tempur Sri Lanka. Mereka mendapat
sokongan moral, material dan kewangan dari masyarakat Tamil yang
menetap di Barat setelah menjadi orang pelarian semasa memuncaknya
konflik bersenjata di tanah tumpah darah mereka.Antara mangsa
serangan mereka adalah Menteri Perkhidmatan dan Kebajikan Sosial
Sri Lanka, Douglas Devananda mengalami 12 cubaan membunuh dan kali
terakhir pada 28 Nov 2008 apabila seorang wanita pengebom berani
mati cuba membunuh beliau di pejabatnya. Dalam kejadian itu,
setiausaha peribadi Douglas terbunuh. Akibat dari peperangan
tersebut, dari 1990 - 2009 lebih 700,000 terbunuh dan hampir
700,000 rakyat Sri Lanka terpaksa meninggalkan kampung halaman
akibat perang saudara antara kaum Singhala dengan Tamil Eelam.
Akibat perperangan ini juga, mereka tidak ada suara, tidak ada
kehidupan, tapi banyak janda dan anak yatim. Disamping itu,Perang
saudara yang melanda Sri Lanka dari 1983 hingga 1996 ini
menyebabkan negara itu mengalami kerugian berjumlah RM59 bilion
(AS$17 bilion). 5.2 KEKEJAMAN LTTE TERHADAP PENDUDUK MUSLIM DI SRI
LANKA (gambar bukti kekejaman kumpulan LTTE terhadap penduduk
muslim di sri lanka) ________________________________________ Sri
Lanka adalah bumi kecil yang dihuni 20 juta penduduk dengan etnik
Sinhala kumpulan majoriti sebanyak 74 peratus, Tamil (18 peratus)
dan Muslim (8 peratus), perang saudara itu sebenarnya tidak hanya
menyaksikan pertikaian antara kerajaan dengan LTTE atau penduduk
Sinhala dengan Tamil, tetapi turut sama mengheret penduduk
Muslimnya. Ramai penduduk Muslim jadi sasaran kekejaman Tamil Eelam
sepanjang 25 tahun perang saudara dengan kemenangan tentera Sri
Lanka mengalahkan kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) Ahad
lalu, tidak hanya menamatkan perang saudara yang berlanjutan lebih
25 tahun lamanya, tetapi turut mengakhiri trauma dan kesengsaraan
penduduk Muslimnya. LTTE yang mendakwa mereka mewakili Tamil Sri
Lanka yang berjumlah 7.2% dari penduduk Sri Lanka telah berperang
menuntut kemerdekaan yang merangkumi bahagian Utara dan Timur Sri
Lanka. Kawasan yang dituntut oleh LTTE berkeluasan hampir 1/3
daratan dan 2/3 kawasan pantai Sri Lanka. Kerajaan Sri Lanka telah
beberapa kali menawarkan kuasa autonomi kepada LTTE di bahagian
Utara dan Timur sepertimana yang diamalkan di India dan Malaysia,
tetapi mereka menolak dan hanya mahukan kemerdekaan. Hampir separuh
umat Islam di Sri Lanka menetap di bahagian Utara dan Timur. LTTE
melihat kehadiran umat Islam sebagai satu halangan bagi perjuangan
mereka. Mereka tidak mahu sebarang agama di Utara dan Timur
melainkan hanya Tamil Sri Lanka. Inilah antara sebab mereka membuat
kekejaman terhadap orang islam di bumi sri lanka. Oleh itu, mereka
membunuh pemimpin Islam, ulama2, wanita, kanak-kanak, dan
kadangkala mereka membakar umat Islam hidup-hidup. Bagi melemahkan
umat Islam dari segi ekonomi mereka merampas kedai dan rumah umat
Islam dan membakarnya. Untuk melemahkan umat Islam dari segi
pendidikan pula, mereka menawan sekolah dan merampas segala
peralatan sekolah dan memusnahkan segala kemudahan makmal. Antara
Keganasan-keganasan LTTE terhadap umat Islam ialah pada 1975 iaitu
tindakan pertama mereka dengan pembunuhan datuk bandar Jaffna di
utara Sri Lanka bernama Alfred Duraiappah. Modus operandi mereka
diasarkan kepada pembunuhan pemimpin. Pada 1977 ahli parlimen
Tamil, M Canagaratnam dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran,
pemimpin tertinggi LTTE. Pada Julai 1983, LTTE melakukan serangan
berani mati terhadap pihak tentera yang berpangkalan di utara.
Sebenarnya mereka banyak meniru perjuangan dan taktikal PLO di
Palestin. Seramai 13 tentera Sri Lanka terbunuh. Ekoran itu balas
dendam terjadi di seluruh Sri Lanka. Antara 400 hingga 3,000 Tamil
terbunuh dan dikenali sebagai Julai Hitam. Ramai penduduk Sri Lanka
melarikan diri. Berlaku juga pembunuhan beramai-ramai di ladang
Kent and Dolar Farms pada 1984. Kemudian pembunuhan beramai-ramai
Anuradhapura 1985 di mana 146 orang awam terbunuh. 23 orang Tamil
dibunuh dalam serangan bot Kumudini. LTTE bergabung dengan
organisasi lain yang simpati dengan perjuangan LTTE dan Tamil.
Rundingan damai dengan LTTE diadakan di Thimphu pada 1985.
Rundingan damai gagal dan perjuangan bersenjata diteruskan lagi.
1986 lebih banyak siri pembunuhan beramai-ramai di merata tempat.
Antara Mei-Jun 1987, tentera Sri Lanka melancarkan Operasi
Vadamarachchi untuk membebaskan Jaffna dari kawalan LTTE. Pihak
tentera melakukan perang secara konvensional. Kesannya pemimpin
LTTE iaitu Prabhakaran dan pemimpin Sea Tiger iaitu Soosai
melarikan diri dari Valvettithurai. Pemimpin operasi tentera ini
ialah Lt Col. Vipul Boteju, Lt Col. Sarath Jayawardane, Col. Vijaya
Wimalaratne, Brig. Denzil Kobbekaduwa and Maj Gotabaya Rajapaksa.
Pada Julai 1987, serangan berani mati menggunakan trak dilakukan
oleh "Captain Miller" dari Black Tiger. Serangan ditujukan terhadap
kem tentera dan seramai 40 tentera terbunuh. Selepas itu lebih 170
serangan berani mati dilakukan. Serangan berani mati menjadi 'trade
mark' kepada LTTE. Pada 22 Julai 1990 berlaku di Kiran,
Batticaloa.LTTE menawan 3 buah bas yang dipenuhi lebih 100 jemaah
yang baru pulang dari menunaikan haji di Mekah. Mereka telah
diseret kedalam hutan dan ditembak, dan mayat mereka seterusnya
dibakar sehingga tidak boleh dikenali. Pada 03 Ogos 1990 berlaku di
Kathankudy. Pengganas LTTE menyamar sebagai orang Islam dengan
memakai kain sarung putih, jubah putih dan kopiah. Mereka
melepaskan tembakan rambang di dalam masjid Jum'ah di Kathankudy
ketika jemaah sedang sujud dan telah membunuh 140 orang dan
mencederakan 70 orang yang lain.selain itu, pada 10 Ogos 1990 iaitu
diKawasan 3 dan 6, Eravur. Pengganas LTTE menyerang dan membunuh
127 wanita Islam dan kanak-kanak, mereka juga mencederakan 20 yang
lain. Selain itu,pada 22 Oktober 1990 pula penghapusan etnik telah
berlaku dalam sehari di 5 daerah Jaffna, Kilinochchi, Mullaithivu,
Mannar dan Vauniya. Hampir 100,000 orang Islam dari 75 kawasan
telah ditembak mati dalam tempoh 24 jam. Pengganas LTTE menawan
lelaki, wanita dan kanak-kanak serta merampas barang kemas mereka.
Rumah-rumah, 48 buah sekolah dan lebih 100 masjid telah dibakar
bagi mengelakkan umat Islam dari kembali ke kawasan mereka. Pada15
Oktober 1992 berlaku di Palliyagodella, Polonnaruwa.Pengganas LTTE
menyerang kampung orang Islam dengan menembak mati 182 orang dan
mencederakan lebih 200 orang. Manakala pada 03 Ogos 2006 iaitu di
Muttur, Trincomalee.Pengganas LTTE menyerang kampung-kampung orang
Islam pada pukul 1.30 pagi dengan serangan artileri dan pelancar
roket menyebabkan terbunuhnya 60 orang dan mengusir 40,000 yang
lain dari Muttur, Thoppur dan Pala Thoppur. 150 remaja Islam
ditangkap oleh LTTE, IRCS(Indian Red Cross Society) dan dipercayai
mereka telah disembelih. 6.0 RUMUSAN Sri Lanka adalah sebuah negara
kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam
seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang
melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut
menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak
bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku
di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3
Mei 2001.Seperti yang kita ketahui, mereka adalah sebuah masyarakat
yang menjalankan aktiviti per¬niagaan dan perdagangan, de¬ngan
per¬kembangan terkini mereka menceburkan diri dalam pelbagai
lapangan profesional. Sumbangan mereka terhadap pem¬bangunan dan
perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa po¬sitif Isu kumpulan
pemisah Hari¬mau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada
ramai umat Islam yang tinggal di kawa¬san-kawasan yang terjejas di
ba¬hagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat
Sin¬halese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam,
menyerang perniagaan mereka, masjid-masjid dan juga kehidupan
peribadi mereka.Hal ini menyebabkan masyarakat minoriti yang
mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap
lapisan masyarakat, memastikan mereka dibenarkan untuk hidup dengan
agama mereka dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan
sejak dahulu lagi. mereka bukannya sebuah masyarakat yang sukakan
perpecahan dan keganasan seperti Tamil. mereka tidak suka menentang
dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang
lain. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai
keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru
sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka
telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah
koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan
membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah
dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam
telah dimusnahkan. Selain itu,Ali Sahir Moulana, seorang ahli
parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah
masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat
Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa
bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk
memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella. Kekejaman yang berlaku
di Negara ini secara umumnya adalah lebih dahsyat berbanding di
tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem¬bolehkan suara
mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk
me¬neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes,
mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah
dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka
dari hidup ber¬landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak
berkuasa sedang berusaha untuk meng¬asimilasi mereka dengan
mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.Keadaan ini
benar-benar menyedihkan umat islam di Negara Sri Lanka ini. 7.0
RUJUKAN M. Ali Kettani, 1986, Muslim Minorities in the World Today,
Mansell Publishing Limited London and New York, hlm. 143. Wan Kamal
Mujani, 2002, Minoriti Muslim cabaran dan Harapan Menjelang Abad
Ke-21, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam FPI UKM, hlm. 185.
http://wikipedia.mobi/ms/Sri_Lanka
http://id.wikipedia.org/wiki/Sri_Lanka
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lanka
http://www.ibnuhasyim.com/2009/11/jelajah-colombo-inilah-yang-saya-cari.html
http://wapedia.mobi/id/sri_Lanka
http://ms.wikipedia.org/wiki/demografi_Sri_Lanka
http://www.islamuda.com/?id=263&imud=rubrik&kategori=5&menu=baca
http://ms.wikipedia.org/wiki/islam_di_sri_lanka
http://ms.wikipedia.org/wiki/harimau_pembebasan_tamil_eelam
http://berakhirkah kemelut di sri lanka.html
http://www.mra.my/index.php?option=com_content&view=article&id=66:ltte-benci-penduduk-islam-sri-lanka&catid=36:sri-lanka&Itemid=66
http://1johor.blogspot.com/2009/05kekejaman-ltte-terhadap-penduduk-islam.html
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/54115-kekejaman-ltte-terhadap-penduduk-muslim-di-sri-lanka-2.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/perang saudara Sri Lanka
|
|
| Mon, May 10 2010 05:33pm MYT 2 | ||
|
laat hassan 5 Posts |
topic yang menarik tapi, langsung tiada perenggan, susah mau
bacalah kawan
|
|
Viewing 1 - 2 of 2
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.