minoriti muslim di sri lanka(mohd helmi bin yusoff)

Wed, Mar 31 2010 02:17pm MYT 1
iemi noor
iemi noor
2 Posts
1.0 MINORITI MUSLIM DI SRI LANKA. 1.1 Pendahuluan. Penggunaan istilah Minoriti diperingkat antarabangsa dari sudut politik ialah sekumpulan atau beberapa kumpulan daripada rakyat di sesebuah negara. Istilah ini kebiasaannya berkait rapat dengan bangsa, bahasa atau agama. Kebiasaannya, apa yang diperjuangkan oleh sesebuah kelompok minoriti ialah keadilan yang sama dengan golongan majoriti dari segi hak-hak kemajuan, politik dan kebebasan melaksanakan tuntutan agama. Suatu perkara serius yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini ialah kejahilan mereka tentang perkembangan yang berlaku kepada kumpulan-kumpulan minoriti Muslim di dunia. Masyarakat Islam yang hidup sebagai kelompok minoriti bilangannya hampir 1/3 daripada jumlah keseluruhan masyarakat Muslim di dunia. Mereka biasanya tinggal di negara-negara yang agama rasminya Kristian atau lain-lain agama. Kajian statistik yang lengkap tentang jumlah minoriti Muslim ini adalah perlu memandangkan ia akan memudahkan lagi untuk mengetahui perkembangan semasa mereka. Kajian ini memerlukan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak yang berkaitan kerana ketidakseriusan dalam melaksanakannya akan membuatkan maklumat-maklumat tentang mereka dikeluarkan secara kasar sahaja atau tidak tepat atau menyimpang daripada realiti. Perangkaan yang diperolehi melalui kajian berkenaan juga akan dapat digunakan bagi mengikuti hal ehwal sosio-ekonomi dan politik mereka disamping menjadikannya sumber lengkap untuk mengetahui pertumbuhan populasi serta pembangunan minoriti Muslim. 2.0 NEGARA SRI LANKA Sri Lanka, ialah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Ia masyhur dengan gelaran `Mutiara Lautan Hindi`, yang merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk. Disebabkan lokasinya di tengah-tengah laluan jalan-jalan laut utama, Sri Lanka adalah penghubung laut yang strategik antara Asia Barat dan Asia Tenggara, dan merupakan sebuah pusat agama dan kebudayaaan Buddha sejak zaman silam. Hari ini, negara tersebut adalah negara yang berbilang agama dan bangsa, dengan 1/3 daripada populasinya menganut agama selain ajaran Buddha, terutamanya agama Hindu, Kristian dan Islam. Dahulu, pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan "serendipity"). Selain itu, Ceilao ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972 , nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 pula, ia ditukar kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka. Sri Lanka adalah negara ke-53 terdapat di dunia, dengan kadar tumbesaran populasi tahunan sebanyak 0.79%. Sri Lanka mempunyai kadar kelahiran sebanyak 15.63 kelahiran bagi setiap 1000 orang dan kadar kematian sebanyak 6.49 kematian bagi setiap 1000 orang. Kepadatan penduduk terbesar adalah di barat Sri Lanka, terutamanya dalam dan sekitar Colombo. Terdapat sejumlah kecil penduduk di pulau Wanniyala iaitu orang Aetto, juga dikenali sebagai orang Veddah. Mereka ini dipercayai adalah kumpulan etnik asli dan tertua yang mendiami pulau tersebut. Orang Sinhala membentuk kumpulan etnik terbesar, dengan anggaran sebanyak 81.9% daripada penduduk keseluruhan. Orang Tamil yang tertumpu di wilayah-wilayah utara, timur, tengah dan barat. Orang Tamil yang dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah yang dihantar balik ke negara asal berikutan kemerdekaan Sri Lanka pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India". Mereka berbeza daripada penduduk berketurunan Tamil asal yang telah menetap di Sri Lanka sejak zaman silam. Menurut data bancian 2001 orang Tamil India membentuk 5.1% daripada penduduk Sri Lanka dan orang Tamil Sri Lanka 4.3%. Walaupun angka ini hanya menghitung orang Tamil Sri Lanka di kawasan-kawasan yang dikuasai kerajaan, tanpa menghitung mereka yang berada di wilayah-wilayah yang dikuasai golongan pemberontak. Terdapat populasi orang Moor yang ketara (8.0%) yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan pendatang-pendatang dari Timur Tengah. Kewujudan mereka tertumpu di bandar-bandar dan wilayah-wilayah tengah dan timur. Terdapat juga kumpulan-kumpulan etnik kecil seperti orang Burgher (keturunan kacukan Eropah) dan Melayu dari Asia Tenggara. Di sri lanka, masyarakat Sinhala membentuk populasi terbesar, dengan orang Tamil yang tertumpu di utara dan timur pulau tersebut membentuk minoriti etnik terbesar. Masyarkat-masyarakat lain termasuklah orang Moor yang beragama Islam, Melayu dan Burgher. Kaum Sinhala datang ke pulau ini sekitar abad ke 5 SM. Mereka berasal dari daratan India bahagian selatan dan kemudian menetap di sekitar pesisir pantai sebelah barat. Untuk kegiatan kegiatan ini mereka membangun pelbagai sarana di mana akhirnya mereka berjaya menemukan teknik pertanian berdaya maju dan memperdagangkan hasil pertanian mereka ke daerah-daerah lain hingga ke China. Ditambah lagi dengan kedudukan straregik pulaunya pada masa itu. Suku Tamil pula mula menetap ke wilayah ini antara awal Masehi hingga abad ke 12. Sekitar abad ke 14 mereka berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang terletak disekitar Jafna dengan ibu kotanya Nallur. Suku ketiga bangsa Moor, juga berdagang. Hingga abad ke 15 dan seterusnya, pulau ini terus menjadi rebutan antarabangsa termasuk bangsa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekitar tahun 1900 mulai tumbuh kesedaran nasionalisme di kalangan penduduk asli di sana. Penduduk Sri Lanka sebahagian besar bertempat tinggal di pedesaan. Angka harapan hidup bagi penduduk Sri Lanka yang lelaki adalah berusia 68 tahun dan yang perempuan 72 tahun. Sekitar 75% populasi berasal dari suku Sinhala, yang majoriti beragama Buddha mazhab Theravada. Kelompok besar lainnya adalah suku Tamil 18% yang majoriti beragama Hindu dan tinggal di sebelah utara dan timur. Suku Tamil dibahagi lagi kepada dua kelompok: Tamil Asli dan suku Tamil yang merupakan pendatang baru dari India. Minoriti yang lebih kecil adalah Muslim (7%), yang kebanyakan adalah keturunan Arab dan Melayu, suku Burgher (keturunan campuran Eropa; 1%) serta Wanniyala-Aetto atau Vedda,keturunan kebudayaan awal di Sri Lanka yang jumlahnya semakin surut. Agama-agama terbesar adalah Buddha (70%) dan Hindu (15%). Sekitar 7% dari populasi beragama Kristian (6% Katolik dan 1% Protesten). Sri Lanka juga menikmati kepelbagaian agama. Dianggarkan sebanyak 69% daripada penduduknya adalah penganut agama Buddha. Agama Buddha aliran Theravada adalah mazhab utama, dengan pecahan mazhab yang berbeza-beza seperti Ramanna Nikaya, Amarapura Nikaya dan Siam Nikaya diikuti secara meluas. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara. Sri Dalada Maligawa atau "Kuil Gigi" yang kuno dan terkenal itu adalah kuil Buddha induk di Sri Lanka, dan dengan tradisi penyimpanan Gigi Buddha. Ia diziarahi berjuta-juta pelawat setiap tahun. Agama Hindu diamalkan oleh 7.9% penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat Tamil. Agama Kristian diamalkan oleh 7% penduduk, terutamanya orang Burgher walaupun kebanyakan penganut Kristian adalah orang Sinhala atau Tamil. Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik, terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi Belanda dan Kommunion Anglikan. Agama Islam diamalkan oleh 8.5% penduduk dan hampir keseluruhan penganutnya adalah orang Moor dan Melayu. Di sri lanka, bahasa Sinhala ataupun Tamil merupakan bahasa rasmi sejak persetujuan India-Sri Lanka yang ditandatangani tahun 1989. Bahasa Inggeris pula adalah bahasa pemersatu berdasarkan perlembagaan, bahasa ibunda bagi sekitar 10% dari seluruh penduduk, dan dituturkan serta difahami dengan luas di Sri Lanka. Ketiga-tiga bahasa tersebut digunakan dalam pendidikan dan pemerintahan.Berbeza pula dengan anggota-anggota masyarakat Burgher. Mereka bertutur dalam pelbagai ragam bahasa Kreol Portugis dan Belanda dengan tahap kefasihan yang berbeza-beza, manakala anggota-anggota masyarakat Melayu bertutur dalam satu bentuk bahasa Kreol Melayu yang unik di pulau tersebut. Secara rasmi, sistem politik di sri lanka mengamalkan Negara Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972) Setelah diperintah oleh beberapa pemerintahan beraja tempatan lebih daripada 2000 tahun, beberapa bahagian Sri Lanka diduduki oleh Portugal dan Belanda pada permulaan kurun ke-16, sebelum penguasaan keseluruhan negara tersebut beralih ke tangan Empayar British pada tahun 1815. Semasa Perang Dunia Ke-2, Sri Lanka bertindak sebagai pengkalan utama bagi Tentera Berikat untuk menentang Empayar Jepun. Sebuah gerakan nasionalis(Ceylon Nasional Congress) bersifat politik muncul di negara tersebut pada awal kurun ke-20 dengan matlamat memperolehi kemerdekaan politik. Antara tuntutannya, penduduk asli perlu mendapatkan majoriti kursi dalam badan legislatif. Pada tahun 1931 Ceylon berhasil membentuk suatu perlembagaan baru yang memungkinkan menjalankan pemerintahan sendiri. Pada tahun 1947 kawasan ini memperoleh kedaulatan penuh dari tangan Inggeris. Pilihan raya pun diadakan. Partai Persatuan Nasional (United National Party) menangkan suara majoriti, maka pada 2 Mei Ceylon berubah menjadi Republik Sri Lanka. kerana akhirnya diberikan oleh Empayar British selepas rundingan damai pada tahun 1948. Sri lanka adalah terkenal dengan pengeluaran dan eksport teh, kopi, getah dan kelapa, Oleh itu Sri Lanka berbangga dengan sistem ekonomi mereka yang berasaskan industri yang pesat dan moden dan pendapatan per modal yang tertinggi di Asia Selatan. Selain itu,Keindahan semula jadi hutan-hutan tropika, pantai dan lanskap Sri Lanka, dan juga warisan kebudayaannya yang kaya, menjadikannya sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia yang terkenal. 3.0 PERMULAAN ISLAM DI SRI LANKA Pada dasarnya, Islam telah masuk ke negara ini pada masa kekhalifahan Umar ibn Khattab. Ketika itu penduduk Sailan, (nama lain Sri lanka), mendengar tentang adanya agama Islam, lalu mereka mengirim utusan ke khalifah Umar dan akhirnya mereka masuk Islam. Sekembalinya ke Sailan, mereka menyerukan agama Islam kepada para penduduk dan mulailah kejayaan Islam. Pada kurun ke-15, pedagang-pedagang Arab telah menguasai banyak perdagangan di Lautan Hindi termasuklah Sri Lanka. Ramai antara mereka yang bermastautin di pulau itu lalu menggalakkan penyebaran Islam. Kemudian kaum muslimin dilanda musibah besar dengan datangnya kaum penjajah. Mereka mengalami pelbagai jenis penderitaan. Penjajah Portugal melakukan penindasan dan pengusiran terhadap mereka, bahkan beribu-ribu orang telah dibunuh, karana mereka mengadakan perlawanan dalam rangka mempertahankan Sailan. Orang-orang Portugal mengusir orang-orang islam dari ibu kota, menghambat gerak-gerik mereka dan memecat mereka dari pekerjaan, bahkan sebagian dari mereka ada yang dibakar hidup-hidup. Orang-orang Portugal menutup sekolah-sekolah orang islam dan mulai melancarkan gerakan kristenisasi di berbagai pelosok negeri.Lalu datang pula penjajahan belanda yang memerintah negara ini dengan kekerasan, membuat undang-undang yang melarang orang islam melakukan kegiatan ibadah, menindas serta memaksa mereka membayar pajak kematian; iaitu bahawa setiap orang harus membayar pajak sebagai jaminan perlindungan kehidupan mereka, merampas harta benda mereka, dan melarang mereka melakukan aktiviti perdangan atau berhubungan dengan para pedagang muslim lainnya. Dan terakhir datang penjajah inggris yang melakukan siasat adu domba dan selalu kaum muslimin menjadi korban dan penindasan. Kedatangan orang Islam dari India semasa kurun ke-19 dan 20 juga menyumbang kepada perkembangan Islam di Sri Lanka. Terutamanya orang Islam Pakistan dan India telah memperkenalkan Islam ala Syiah dan mazhab Hanafi ke dalam Sri Lanka walaupun kebanyakan orang Islam di pulau itu masih berpegang teguh pada amalan tradisional Islam Sunni. Pada zaman moden ini, orang Islam di Sri Lanka dikendalikan oleh Jabatan Urusan Agama dan Budaya Orang Islam yang ditubuhkan pada tahun 1980-an untuk menghalang pengasingan berterusan komuniti orang Islam daripada kelompok lain. Hari ini, lebih kurang 8% orang Sri Lanka menganut agama Islam; kebanyakannya dari komuniti etnik keturunan Arab dan Melayu. 4.0 MINORITI MUSLIM DI SRI LANKA Di Sri Lanka, Islam diamalkan oleh sekumpulan minoriti yang membentuk lebih kurang 8% penduduk. Masyarakat Islam terbahagi kepada tiga kumpulan etnik utama: Orang Moor Sri Lanka, Orang Moor India dan Orang Melayu, masing-masing memiliki sejarah dan tradisi tersendiri. Majoriti orang bukan Islam di Sri Lanka kerap menggunakan istilah "Muslim" sebagai sebuah kumpulan etnik, khasnya apabila merujuk pada orang Moor Sri Lanka. 4.1 ORANG MOOR SRI LANKA Orang Moor Sri Lanka membentuk 93% penduduk Islam dan 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara tersebut. (1,404,534 orang pada tahun 2005). Kebanyakan mereka bermazhab Syafi'i. Dari sudut etimologi, istilah "Moor" pertama kali diguna pakai oleh orang Portugis yang melabel semua orang Islam sempena musuh mereka, orang Moor yang diperangi mereka di Semenanjung Iberia selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan pedagang-pedagang Arab yang menetap di Sri Lanka pada masa antara kurun ke-8 dan ke-15. Bahasa Arab yang dibawa oleh tentera-tentera upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun banyak perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian. Pada masa lalu, orang Moor menggunakan bahasa Arwi sebagai bahasa ibunda mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan. Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam bahasa Sinhala, satu bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh kelompok majoriti Sri Lanka, orang Sinhala.Orang Moor Sri Lanka tinggal dalam kelompok masyarakat perdagangan pantai dan pertanian sambil memelihara warisan kebudayaan Islam mereka di samping menerima pakai banyak adat resam Asia Selatan. Semasa tempoh penjajahan orang Portugis, orang Moor menderita akibat penyeksaan, dan ramai yang berpindah ke Tanah Tinggi Tengah yang keturunan mereka masih wujud di sana. 4.1.1 ORANG MOOR PANTAI TIMUR Di pantai timur, orang Moor Sri Lanka adalah petani, nelayan dan pedagang. Keluarga mereka bersusur galur melalui pihak wanita sebagaimana sistem hubungan kekeluargaan di negeri barat daya India, Kerala tetapi mentadbir masyarakat mereka melalui Syariat Islam. 4.1.2 ORANG MOOR BERBANGSA ARAB Orang Tamil Sri Lanka, sepanjang sejarah, cuba mengkelaskan orang Moor Sri Lanka sebagai bangsa Tamil. Kononnya cubaan ini dibuat sebahagian besarnya kerana sebab-sebab pentingkan diri sendiri dalam usaha menghalang masyarakat minoriti Islam daripada memiliki identitinya sendiri yang unik. Bagaimana pun, kerajaan Sri Lanka menganggap orang Islam sebagai keturunan Arab dan kumpulan etnik yang berbeza daripada orang Tamil. Cara Islam berkembang di Sri Lanka serupa dengan apa yang berlaku di pantai Malabar India. Tradisi mencatatkan bahawa orang Arab yang menetap di pantai Malabar biasa belayar dari pelabuhan Cranganore ke Sri Lanka untuk menziarahi apa yang dipercayai mereka sebagai bekas tapak kaki Adam a.h di puncak sebuah gunung yang sehingga kini masih dipanggil sebagai Puncak Adam. Sebelum akhir kurun ke-7, sebuah koloni pedagang Islam telah tertubuh di Sri Lanka. Terpukau dengan keindahan pemandangan sekitar dan tertarik dengan tradisi yang dikaitkan dengan Puncak Adam, pedagang Islam tiba dalam jumlah yang besar dan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk menetap di pulau yang digalakkan dengan layanan mesra yang diterima mereka daripada pemerintah tempatan. Kebanyakan mereka tinggal di sepanjang kawasan pantai dengan aman dan makmur sambil mengekalkan hubungan budaya dan komersial dengan Baghdad dan bandar-bandar Islam yang lain. Perkara yang membantu pertumbuhan petempatan adalah berbeza-beza. Kebanyakan golongan majoriti Sinhala lebih bergantung pada pertanian berbanding perdagangan, dengan demikian perdagangan terbuka luas kepada orang Islam. Raja-raja Sinhala menganggap petempatan orang Islam sesuatu yang menguntungkan mereka kerana hasil yang dibawa orang Islam kepada mereka melalui hubungan mereka di seberang laut dalam perdagangan dan politik. Toleransi agama yang ditunjukkan penduduk tempatan juga merupakan satu lagi faktor penting dalam perkembangan petempatan orang Islam di Sri Lanka. Petempatan orang Islam terawal sebahagian besarnya dibina di sekitar pelabuhan disebabkan tabiat semula jadi perdagangan mereka. Juga diperkirakan bahawa ramai pedagang Arab tidak membawa bersama kaum wanita apabila mereka menetap di Sri Lanka. Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin dengan wanita Sinhala dan Tamil di pulau tersebut setelah membawa mereka kepada Islam. Hakikat bahawa sebilangan besar orang Islam di Sri Lanka bertutur dalam bahasa Tamil dapat dianggap berpunca daripada kebarangkalian bahawa mereka adalah rakan perdagangan bagi orang Tamil di India Selatan dan mempelajari bahasa Tamil untuk menjalankan perniagaan mereka. Integrasi dengan orang Islam Tamil Nadu di India Selatan mungkin juga menyumbang kepada perkara ini. Juga berkemungkinan bahawa orang Arab yang sudah pun berhijrah ke Sri Lanka sebelum kedatangan Islam telah menggunapakai bahasa Tamil sebagai medium komunikasi dalam pergaulan mereka dengan orang Islam India Selatan yang bertutur dalam bahasa Tamil. Orang Islam merupakan pedagang-pedagang yang amat berkemahiran yang secara perlahan-lahan membina sebuah pusat perdagangan yang sangat menguntungkan di Sri Lanka. Sebuah koloni orang Islam yang besar dikatakan bertapak di Beruwela (pantai barat laut) dalam Daerah Kalutara pada tahun 1024. Orang Islam tidak ghairah menyebarkan Islam di kalangan penduduk asal Sri Lanka meskipun ramai wanita Sinhala dan Tamil yang dikahwini mereka memeluk Islam. Meskipun begitu, orang Islam sentiasa mengekalkan hubungan yang amat kukuh dengan kerabat diraja Sinhala dan penduduk tempatan. Terdapat bukti bahawa mereka lebih rapat dengan orang Sinhala berbanding orang Tamil. Hubungan orang Islam dengan raja-raja Sinhala bertambah kuat dan malah pada kurun ke-14 mereka berjuang bersama-sama raja-raja tersebut menentang kerajaan Tamil dan pengaruh maritimnya yang sedang meluas. Pada permulaan kurun ke-16, orang Islam Sri Lanka yang merupakan keturunan para pedagang Arab, telah menetap di pulau tersebut dengan selesa. Mereka amat berjaya dalam perdagangan dan perniagaan serta berintegrasi secara sosial dengan adat resam penduduk tempatan. Mereka menjadi kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dan malah yang amat diperlukan. Tempoh ini adalah salah satu daripada kekuasaan dengan aman dan makmur bagi orang Islam Sri Lanka. 4.2 ORANG MELAYU Orang Melayu Sri Lanka berasal daripada Asia Tenggara dan hari ini terdiri daripada 50,000 orang. Nenek moyang mereka datang ke negara tersebut ketika Sri Lanka dan Indonesia menjadi tanah jajahan Belanda. Kebanyakan pendatang Melayu terawal adalah tentera yang dihantar oleh pentadbir penjajah Belanda ke Sri Lanka yang kemudian mengambil keputusan untuk menetap di pulau tersebut. Pendatang lain adalah banduan atau anggota keluarga bangsawan dari Indonesia yang dibuang negeri ke situ. Sumber utama dalam mengekalkan identiti Melayu ialah bahasa Melayu yang menyerap beberapa perkataan daripada bahasa Sinhala dan varian Moor bahasa Tamil. Pada tahun 1980-an, orang Melayu membentuk 5% bagi penduduk Islam di Sri Lanka. Seperti orang Moor Sri Lanka, mereka bermazhab Syafi'i. 4.3 ORANG INDIA (Memon, Bhora, Khoja) Orang Moor India ialah orang Islam yang berketurunan pendatang-pendatang yang mencari peluang perniagaan semasa zaman kolonial. Sebahagian mereka datang ke negara ini seawal zaman Portugis; yang lainnya tiba semasa zaman British dari pelbagai tempat di India. Majoriti daripada mereka datang dari negeri-negeri seperti Tamil Nadu dan Kerala, dan tidak seperti orang Moor Sri Lanka, adalah berkait secara etnik dengan orang India Selatan. Orang Memon, yang pada asalnya dari Sindh, pertama kali tiba pada tahun 1870; pada tahun 1980-an bilangan mereka hanyalah 3000 orang, kebanyakan mereka bermazhab Hanafi. Orang Bohra Dawoodi dan orang Khoja adalah orang Syiah yang datang dari barat daya India (Gujarat) selepas tahun 1880; pada tahun 1980-an bilangan mereka secara kolektif adalah kurang daripada 2000 orang. Kumpulan-kumpulan ini cenderung kepada mengekalkan rumah ibadat dan bahasa tanah air nenek moyang mereka. 5.0 ISU-ISU SEMASA TERHADAP MUSLIM DI SRI LANKA. 5.1 Isu kekejaman kumpulan LTTE terhadap orang islam di Sri Lanka. (Lambang rasmi Harimau Pembebasan Tamil Eelam.) LTTE merupakan singkatan kepada kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam. Dalam bahasa Inggeris pula ialah Liberation Tigers of Tamil Eelam,Kumpulan ini merupakan puak pemberontak yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka. Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat. LTTE diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran pada 1975 bagi memperjuangkan nasib kaum Tamil dan kumpulan ini menerima sokongan padu daripada belia Tamil yang kecewa dengan kebanyakan dasar kerajaan Sri Lanka. Corak perjuangan dari serangan kecil-kecilan kepada pengebom berani mati 1980-an dan menggunakan helikopter dan kapal terbang pada 1990-an dan menguasai wilayah dan bandar di utara dan timur Sri Lanka dan 2000-an. LTTE bukanlah sebarangan kumpulan pemberontak. Mereka mempunyai organisasi yang tersusun serta pasukan marin dan udaranya sendiri dan jumlah askar dikatakan mencapai 15 000 pada penghujung tahun lepas. Tidak hairanlah jika konflik di Sri Lanka ini sukar diredakan walaupun berdepan secara langsung dengan tindakan pemerintah dan pada 2006, Kesatuan Eropah menyatakan LTTE adalah pengganas disebabkan penentangan ke atas pemimpin kerajaan serta serangan berani mati yang kerap dilakukan oleh mereka. Harun Yahya di dalam tulisannya pernah mengatakan akibat tindakan kumpulan pemisah LTTE ini turut mendatangkan kepayahan kepada ramai umat Islam yang berada di bahagian utara dan timur Sri Lanka. Sebahagian kecil kaum Sinhala pula sudah mula memerangi umat Islam yang juga kaum minoriti di Sri Lanka. Terdapat lebih 10,000 pengganas bersenjata di Sri Lanka dan 5,000 kadar terlatih yang disokong oleh jaringan bantuan kewangan di seluruh dunia bagi membiayai pembelian senjata dan operasinya. Dana kewangan daripada penyeludupan dadah, perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut. Dana ini membolehkan mereka mempunyai cawangan udara, di samping pasukan laut bersenjata dikenali sebagai Sea Tigers, yang dilengkapi kapal pengebom berani mati. Kapal jenis ini dipercayai telah memusnahkan sekurang-kurangnya 30 bot tempur Sri Lanka. Mereka mendapat sokongan moral, material dan kewangan dari masyarakat Tamil yang menetap di Barat setelah menjadi orang pelarian semasa memuncaknya konflik bersenjata di tanah tumpah darah mereka.Antara mangsa serangan mereka adalah Menteri Perkhidmatan dan Kebajikan Sosial Sri Lanka, Douglas Devananda mengalami 12 cubaan membunuh dan kali terakhir pada 28 Nov 2008 apabila seorang wanita pengebom berani mati cuba membunuh beliau di pejabatnya. Dalam kejadian itu, setiausaha peribadi Douglas terbunuh. Akibat dari peperangan tersebut, dari 1990 - 2009 lebih 700,000 terbunuh dan hampir 700,000 rakyat Sri Lanka terpaksa meninggalkan kampung halaman akibat perang saudara antara kaum Singhala dengan Tamil Eelam. Akibat perperangan ini juga, mereka tidak ada suara, tidak ada kehidupan, tapi banyak janda dan anak yatim. Disamping itu,Perang saudara yang melanda Sri Lanka dari 1983 hingga 1996 ini menyebabkan negara itu mengalami kerugian berjumlah RM59 bilion (AS$17 bilion). 5.2 KEKEJAMAN LTTE TERHADAP PENDUDUK MUSLIM DI SRI LANKA (gambar bukti kekejaman kumpulan LTTE terhadap penduduk muslim di sri lanka) ________________________________________ Sri Lanka adalah bumi kecil yang dihuni 20 juta penduduk dengan etnik Sinhala kumpulan majoriti sebanyak 74 peratus, Tamil (18 peratus) dan Muslim (8 peratus), perang saudara itu sebenarnya tidak hanya menyaksikan pertikaian antara kerajaan dengan LTTE atau penduduk Sinhala dengan Tamil, tetapi turut sama mengheret penduduk Muslimnya. Ramai penduduk Muslim jadi sasaran kekejaman Tamil Eelam sepanjang 25 tahun perang saudara dengan kemenangan tentera Sri Lanka mengalahkan kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) Ahad lalu, tidak hanya menamatkan perang saudara yang berlanjutan lebih 25 tahun lamanya, tetapi turut mengakhiri trauma dan kesengsaraan penduduk Muslimnya. LTTE yang mendakwa mereka mewakili Tamil Sri Lanka yang berjumlah 7.2% dari penduduk Sri Lanka telah berperang menuntut kemerdekaan yang merangkumi bahagian Utara dan Timur Sri Lanka. Kawasan yang dituntut oleh LTTE berkeluasan hampir 1/3 daratan dan 2/3 kawasan pantai Sri Lanka. Kerajaan Sri Lanka telah beberapa kali menawarkan kuasa autonomi kepada LTTE di bahagian Utara dan Timur sepertimana yang diamalkan di India dan Malaysia, tetapi mereka menolak dan hanya mahukan kemerdekaan. Hampir separuh umat Islam di Sri Lanka menetap di bahagian Utara dan Timur. LTTE melihat kehadiran umat Islam sebagai satu halangan bagi perjuangan mereka. Mereka tidak mahu sebarang agama di Utara dan Timur melainkan hanya Tamil Sri Lanka. Inilah antara sebab mereka membuat kekejaman terhadap orang islam di bumi sri lanka. Oleh itu, mereka membunuh pemimpin Islam, ulama2, wanita, kanak-kanak, dan kadangkala mereka membakar umat Islam hidup-hidup. Bagi melemahkan umat Islam dari segi ekonomi mereka merampas kedai dan rumah umat Islam dan membakarnya. Untuk melemahkan umat Islam dari segi pendidikan pula, mereka menawan sekolah dan merampas segala peralatan sekolah dan memusnahkan segala kemudahan makmal. Antara Keganasan-keganasan LTTE terhadap umat Islam ialah pada 1975 iaitu tindakan pertama mereka dengan pembunuhan datuk bandar Jaffna di utara Sri Lanka bernama Alfred Duraiappah. Modus operandi mereka diasarkan kepada pembunuhan pemimpin. Pada 1977 ahli parlimen Tamil, M Canagaratnam dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE. Pada Julai 1983, LTTE melakukan serangan berani mati terhadap pihak tentera yang berpangkalan di utara. Sebenarnya mereka banyak meniru perjuangan dan taktikal PLO di Palestin. Seramai 13 tentera Sri Lanka terbunuh. Ekoran itu balas dendam terjadi di seluruh Sri Lanka. Antara 400 hingga 3,000 Tamil terbunuh dan dikenali sebagai Julai Hitam. Ramai penduduk Sri Lanka melarikan diri. Berlaku juga pembunuhan beramai-ramai di ladang Kent and Dolar Farms pada 1984. Kemudian pembunuhan beramai-ramai Anuradhapura 1985 di mana 146 orang awam terbunuh. 23 orang Tamil dibunuh dalam serangan bot Kumudini. LTTE bergabung dengan organisasi lain yang simpati dengan perjuangan LTTE dan Tamil. Rundingan damai dengan LTTE diadakan di Thimphu pada 1985. Rundingan damai gagal dan perjuangan bersenjata diteruskan lagi. 1986 lebih banyak siri pembunuhan beramai-ramai di merata tempat. Antara Mei-Jun 1987, tentera Sri Lanka melancarkan Operasi Vadamarachchi untuk membebaskan Jaffna dari kawalan LTTE. Pihak tentera melakukan perang secara konvensional. Kesannya pemimpin LTTE iaitu Prabhakaran dan pemimpin Sea Tiger iaitu Soosai melarikan diri dari Valvettithurai. Pemimpin operasi tentera ini ialah Lt Col. Vipul Boteju, Lt Col. Sarath Jayawardane, Col. Vijaya Wimalaratne, Brig. Denzil Kobbekaduwa and Maj Gotabaya Rajapaksa. Pada Julai 1987, serangan berani mati menggunakan trak dilakukan oleh "Captain Miller" dari Black Tiger. Serangan ditujukan terhadap kem tentera dan seramai 40 tentera terbunuh. Selepas itu lebih 170 serangan berani mati dilakukan. Serangan berani mati menjadi 'trade mark' kepada LTTE. Pada 22 Julai 1990 berlaku di Kiran, Batticaloa.LTTE menawan 3 buah bas yang dipenuhi lebih 100 jemaah yang baru pulang dari menunaikan haji di Mekah. Mereka telah diseret kedalam hutan dan ditembak, dan mayat mereka seterusnya dibakar sehingga tidak boleh dikenali. Pada 03 Ogos 1990 berlaku di Kathankudy. Pengganas LTTE menyamar sebagai orang Islam dengan memakai kain sarung putih, jubah putih dan kopiah. Mereka melepaskan tembakan rambang di dalam masjid Jum'ah di Kathankudy ketika jemaah sedang sujud dan telah membunuh 140 orang dan mencederakan 70 orang yang lain.selain itu, pada 10 Ogos 1990 iaitu diKawasan 3 dan 6, Eravur. Pengganas LTTE menyerang dan membunuh 127 wanita Islam dan kanak-kanak, mereka juga mencederakan 20 yang lain. Selain itu,pada 22 Oktober 1990 pula penghapusan etnik telah berlaku dalam sehari di 5 daerah Jaffna, Kilinochchi, Mullaithivu, Mannar dan Vauniya. Hampir 100,000 orang Islam dari 75 kawasan telah ditembak mati dalam tempoh 24 jam. Pengganas LTTE menawan lelaki, wanita dan kanak-kanak serta merampas barang kemas mereka. Rumah-rumah, 48 buah sekolah dan lebih 100 masjid telah dibakar bagi mengelakkan umat Islam dari kembali ke kawasan mereka. Pada15 Oktober 1992 berlaku di Palliyagodella, Polonnaruwa.Pengganas LTTE menyerang kampung orang Islam dengan menembak mati 182 orang dan mencederakan lebih 200 orang. Manakala pada 03 Ogos 2006 iaitu di Muttur, Trincomalee.Pengganas LTTE menyerang kampung-kampung orang Islam pada pukul 1.30 pagi dengan serangan artileri dan pelancar roket menyebabkan terbunuhnya 60 orang dan mengusir 40,000 yang lain dari Muttur, Thoppur dan Pala Thoppur. 150 remaja Islam ditangkap oleh LTTE, IRCS(Indian Red Cross Society) dan dipercayai mereka telah disembelih. 6.0 RUMUSAN Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001.Seperti yang kita ketahui, mereka adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti per¬niagaan dan perdagangan, de¬ngan per¬kembangan terkini mereka menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan mereka terhadap pem¬bangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa po¬sitif Isu kumpulan pemisah Hari¬mau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawa¬san-kawasan yang terjejas di ba¬hagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sin¬halese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan mereka, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi mereka.Hal ini menyebabkan masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan mereka dibenarkan untuk hidup dengan agama mereka dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi. mereka bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil. mereka tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan. Selain itu,Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella. Kekejaman yang berlaku di Negara ini secara umumnya adalah lebih dahsyat berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem¬bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me¬neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber¬landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng¬asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.Keadaan ini benar-benar menyedihkan umat islam di Negara Sri Lanka ini. 7.0 RUJUKAN M. Ali Kettani, 1986, Muslim Minorities in the World Today, Mansell Publishing Limited London and New York, hlm. 143. Wan Kamal Mujani, 2002, Minoriti Muslim cabaran dan Harapan Menjelang Abad Ke-21, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam FPI UKM, hlm. 185. http://wikipedia.mobi/ms/Sri_Lanka http://id.wikipedia.org/wiki/Sri_Lanka http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lanka http://www.ibnuhasyim.com/2009/11/jelajah-colombo-inilah-yang-saya-cari.html http://wapedia.mobi/id/sri_Lanka http://ms.wikipedia.org/wiki/demografi_Sri_Lanka http://www.islamuda.com/?id=263&imud=rubrik&kategori=5&menu=baca http://ms.wikipedia.org/wiki/islam_di_sri_lanka http://ms.wikipedia.org/wiki/harimau_pembebasan_tamil_eelam http://berakhirkah kemelut di sri lanka.html http://www.mra.my/index.php?option=com_content&view=article&id=66:ltte-benci-penduduk-islam-sri-lanka&catid=36:sri-lanka&Itemid=66 http://1johor.blogspot.com/2009/05kekejaman-ltte-terhadap-penduduk-islam.html http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/54115-kekejaman-ltte-terhadap-penduduk-muslim-di-sri-lanka-2.html http://ms.wikipedia.org/wiki/perang saudara Sri Lanka
Mon, May 10 2010 05:33pm MYT 2
laat hassan
laat hassan
5 Posts
topic yang menarik tapi, langsung tiada perenggan, susah mau bacalah kawan

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links