Peminat kecewa Sofia bergambar dengan anjing
| Fri, Mar 19 2010 03:18pm MYT 1 |

hisham loni
340 Posts
|
KUALA LUMPUR - Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed
Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing
di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang
senang peminat-peminatnya.
Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog
miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif
daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.
Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20,
berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan
gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan
perasaan marah terhadapnya.
"Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak
percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak
kecewa," katanya di sini semalam.
SUMBER KOSMO.
|
|