SISTEM EKONOMI ISLAM & KEUNIKANNYA

Fri, Mar 19 2010 11:31am MYT 1
✿✿ANIS FILZAH✿✿
✿✿ANIS FILZAH✿✿
4 Posts

SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem Ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang lahir daripada agama Islam. Sistem ekonomi ini menggunakan sumber-sumber ciptaan Allah s.w.t dengan cara yang cekap dan adil berlandaskan hukum-hukum syarak. Sistem ekonomi ini menentang amalan riba atau feadah kerana mempunyai unsur penindasan. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi islam ialah al-Quran dan hadis. Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam ialah Arab Saudi Dan Mesir.

1) SISTEM PERBANKAN ISLAM

Ciri utama dalam sistem perbankan Islam adalah bebas daripada riba. Hal ini kerana riba jelas diharamkan dalam Islam. Dalam al-Quran terdapat empat ayat yang menjelaskan larangan terhadap riba.

Tiada alasan yang menghalalkan umat Islam dalam transaksi yang mengandungi riba, maka mekanisme alternatif dicari untuk menggantikan faedah (interest) yang diamalkan oleh system perbankan nasional agar umat Islam dapat turut serta dan memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi. Persoalan yang timbul, apakah proses yang dapat menggantikan riba. Beberapa kaedah pengoperasian diusulkan, antaranya ialah perkongsian keuntungan (profit sharing) dan pelaburan.

2)SISTEM PERMODALAN

Sebelum sesuatu institusi perbankan didirikan, kaedah pengumpulan modal perlu diteliti agar cara yang digunakan selaras dengan syariat Islam. Penggunaan cara kapitalis dalam usaha mengumpulkan modal seperti menjual saham, koperasi dan kaedah-kaedah konvensional lainnya perlu dielakkan sama sekali. Dalam hal ini, mudharabah boleh digunakan. Dalam kaedah mudharabah, modal boleh dikumpulkan hasil perkongsian daripada sekumpulan kaum muslimin. (Mustafa Dakian, 2005, hlm. 49)

Terdapat dua cara yang boleh digunakan, iaitu,

i) Sebelum memulakan aktiviti perbankan, pihak pengurusan bank menawarkan kepada masyarakat awam untuk mengikuti aktivitinya sebagai pelabur modal.

ii) Sekumpulan pemodal mengadakan perjanjian untuk mendirikan institusi perbankan. Modal yang dikumpulkan tersebut kemudian ditawarkan kepada pihak tertentu yang akan mengelolakannya dalam bentuk perbankan Islam.

Sistem mudharabah berbeza daripada apa yang dilaksanakan oleh sistem perbankan konvensional, di mana pihak pelabur dalam sistem perbankan konvensional tidak mempunyai sebarang risiko untuk menanggung kerugian. Dalam sistem mudharabah (qiradh), keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan kepada kedua-dua pihak mengikut kesepakatan. Sekiranya terjadi kerugian, maka ia akan ditanggung oleh pelabur iaitu daripada modal yang dilaburkan. Ini selaras dengan hadis Nabi,

“keuntungan bergantung kepada keadaan atau hasil urus niaga yang diusahakan dan kerugian bergantung kepada modal”

Mudharabah selaras dengan syarak sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Al-Abbas Bin Abdul Mutalib yang telah melaburkan hartanya dan meletakkan syarat kepada pengusahanya. Perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah dan Baginda menyukainya. Perkara ini turut disepakati oleh para sahabat. Diriwayatkan daripada Hamid Bin Abdullah :

“Umar Bin Al-Khattab telah membarikan harta anak yatim dalam mudharabah

Untuk diusahakan di Iraq”

Kesemua ini dipersetujui oleh para sahabat, tiada seorang pun di antara mereka yang menolak ataupun menafikannya. (Mustafa Dakian, 2005, hlm. 50 ). Apa yang telah dipraktikkan oleh perbankan Islam kini adalah perjanjian berlaku antara pelabur-pelabur yang bersetuju untuk membiayai sesuatu projek di mana pengusaha telah bersetuju untuk mengusahakannya. Keuntungan dan kerugian akan dibahagikan bersama mengikut perjanjian yang telah disepakati. Namun, apa yang harus dilakukan ialah modal tersebut telah dikumpulkan sebelum bank melakukan aktivitinya, seterusnya modal tersebut boleh dikendalikan oleh pengelola dalam bentuk usaha atau pelaburan. Walaupun sistem perbankan masa kini mendakwa telah melakukan sistem mudharabah, namun ia terbatas dalam pengumpulan untuk modal usaha sahaja, bukan untuk mendirikan modal itu sendiri. Ia hanya digunakan oleh bank tersebut untuk menjalankan aktivitinya dan mengembangkan harta selepas bank itu ditubuhkan.

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI ISLAM

i) Pemilikan sumber ekonomi.

Sumber ekonomi adalah dimiliki oleh allah s.w.t, individu hanya merupakan pemegang amanah keatas sumber Allah. Walaupun begitu inidividu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan asalkan tidak melanggar hukum-hukum syarak.

ii) Motif ekonomi.

Dalam sistem ekonomi islam, individu dalam masyarakat tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Apa yang lebih penting ialah kebajikan masyarakat. Matlamat sistem ekonomi islam adalah untuk mancapai al-falah, iaitu mancapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

iii) Persaingan yang sihat dibenarkan.

Dalam sistem ekonomi islam, persaingan yang sihat diamalkan iaitu dengan cara yang adil dan saksama. Penindasan, makan riba, sorokan dan perkara-perkara yang diharamkan di dalam islam sama sekali dilarang dalam sistem ekonomi islam. (http://www.slideshare.net/muniruknoor/sistem-ekonomi-islam-2009)

iv) Kebebasan membuat keputusan ekonomi.

Sistem ekonomi islam memberikan kebebasan dalam menjalankan sistem ekonomi seperti menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan, cara barang itu dikeluarkan, dan sebagainya asalkan tidak melangar hukum islam. (http://www.slideshare.net/muniruknoor/sistem-ekonomi-islam-2009)

v) Penyelasaian masalah asas dalam sistem ekonomi islam

Dalam sistem ekonomi islam, individu dibenarkan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan feadah kepada manusia. Dalam sistem ekonomi islam, barang yang tidak dibenarkan oleh islam tidak dibenarkan untuk dikeluarkan. Oleh itu, pengeluar hanya mengeluarkan barang dan perkhidmaan yang dapat mendatangkan kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat. (http://www.slideshare.net/muniruknoor/sistem-ekonomi-islam-2009)

3) KEUNIKAN SISTEM EKONOMI ISLAM

· Sistem yang bukan ciptaan manusia.

· Sistem yang berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah.

· Hukum yang telah ditentukan oleh syariat tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun.

· Lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan.

· Kegiatan ekonomi yang dijalankan mengikut syarak diangap sebagai ibadat dan akan diberikan ganjaran di masa hadapan (syurga).

· Tujuan ekonomi islam tidak hanya terhad kepada mendapatkan kesejahteraan di dunia malah juga di akhirat.

· Tujuan utama ekonomi islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadat.

· Memelihara fitrah manusia .

· Memenuhi keperluan-keperluan masyarakat .

· Kegiatan-kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam.

· Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu bertujuan berusaha untuk mencari keuntungan individu, di samping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat.

· Aktiviti-aktiviti ekonomi islam sentiasa diawasi oleh hukum-hukum islam dan perlaksanaannya dikawal pula oleh pihak pemerintah

· Ekonomi islam mennyeimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links