Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di
Malaysia.
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang
semakin meningkat.
Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di
Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita
artis di akhbar.
Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa
ke masjid.
Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang
sedang melanda umat Islam sekarang ini.
Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak
direkodkan ?
Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.
************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran
terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu
bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam
daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran
kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah
taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan
dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa
pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran
didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada
bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan
pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan
lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap
17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja
(1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang
dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
www.isuhangat.net