LAPORAN PROGRAM HERO-HEROIN MASCOT PRESENTATION DI KOLEJ UNGKU OMAR

Fri, Mar 5 2010 04:19pm MYT 1
Jowin Roslan
Jowin Roslan
9 Posts
<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman","serif"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman";} p {mso-style-unhide:no; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman","serif"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman";} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} -->

LAPORAN PROGRAM HERO-HEROIN MASCOT PRESENTATION DI KOLEJ UNGKU OMAR

Pada 14 Januari 2010 yang lalu, program hero-heroin mascot presentation telah diadakan di foyer Kolej Ungku Omar (KUO) yang dianjurkan oleh sekretariat english speaking zone. Program ini disertai seramai 48 peserta, 10 orang pemudahcara dan 3 0rang juri/hakim Antara tetamu-tetamu yang turut menjayakan dan merasmikan majlis tersebut adalah Pn. Zaidah Mustapha ,Timbalan Pengetua KUO, Cik Nishata Royan A/P Rajendran Royan, Felo Penasihat ESZ, En. Mohd Ashahadi Bin Dzulkafli, Felo Penghuni KUO,barisan Felo dan JAKSA KUO.

Majlis dimulakan pada pukul 8.15 malam hingga 10.00 malam dengn kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Zaidah Mustapha ,Timbalan Pengetua KUO.Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para penyelidik ESZ dan sekretariat ESZ KUO atas usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program tersebut. Selepas itu, upacara penyampaian hadiah dan sijil dijalankan untuk meraikan kemenangan para peserta..

Program ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu lukisan Pahlawan-Heroin Maskot dan Pembentangan Hasil lukisan. Bagi lukisan Pahlawan-Heroin Maskot para peserta Peserta akan dipecahkan kepada 8 kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 orang setiap kumpulan mengikut biro mereka masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki melukis pahlawan-heroin Maskot yang telah dibincangkan dan melukisnya dalam kertas mahjong yang disediakan dengan pen marker dan alat warna yang disediakan.

Bagi Pembentangan Hasil lukisan, Setiap kumpulan akan menghantar 1 atau 2 orang wakil kumpulan mereka untuk membentang hasil lukisan pahlawan-heroin Maskot mereka dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan menerangkan mengapa mereka memilih pahlawan-heroin Maskot. Pembentangan tersebut akan mengikut nombor-nombor yang dicabut oleh mereka sebelum pembentangan bermula supaya perjalanan program dapat dilancarkan dengan tersusun dan teratur. Sebelum pembentangan bermula, ketua hakim akan memberi taklimat tentang syarat-syarat kepada para peserta. Para hakim atau juri akan bersedia menilai dan memberi markah kepada setiap kumpulan setelah pemberian taklimat. Keputusan adalah muktamad.

Program seperti ini banyak membantu para pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam berbahasa Inggeris. Keyakinan yang ditonjolkan oleh para peserta menggambarkan keberkesanan program ini. Secara tidak langsung, para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berbahasa Inggeris. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan secara besar-besaran pada peringkat universiti kelak.




Disediakan oleh,
Nurul A’idah bte Abd Rahim

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links