PERKEMBANGAN SENIBINA ISLAM DAN KESANNYA DI MALAYSIA
| Fri, Feb 12 2010 08:19am MYT 1 | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
nur haziqah 7 Posts |
Disediakan oleh:
Nur Haziqah Binti Muhamad Hanafiah ( A119369
) 1.0 Pengenalan Senibina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang, manakala senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia dihadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk- bentuk bangunan dan tugu- tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah 1994 : 4). Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syari’ah (Nasr 1987 : 73). Menurut beliau lagi, prinsip- prinsip senibina Islam tidak ditemui dalam sumber- sumber penulisan pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud, tetapi ia tidak perlu dijelaskan secara terperinci seperti hari ini.
Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi
spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan
wahyu Islam. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni
Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim, tetapi
juga dilandasi oleh wahyu Ilahi (Nasr 1987 : 17 ). Sejarah
perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu bermula setelah
kedatangan para pendakwah Islam seawal abad ke 12M. Hasil
peninggalan mereka bukan sahaja menjadi bukti sejarah, malahan
telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan
termasuklah dalam aspek senibina dan kesannya boleh dilihat di
seluruh negara sehingga ke hari ini. Seni atau ‘art’ pada asalnya didapati daripada perkataan Latin, yang difokuskan kepada kerja- kerja tangan atau ukiran. Dalam konteks senibina, ianya adalah seni membuat bangunan. ‘Seni’ mempunyai erti yang merangkumi konsep, rupa, bentuk, gerak, dan masa. Manakala perkataan ‘bina’ tidak khusus kepada rangka bangunan ataupun sesuatu bentuk fizikal tetapi meliputi tindakan dan juga konsep (Romzah 1994 : 2). Senibina Islam menurut Yaa’cob Yusuf, merupakan gabungan konsep- konsep Tauhid, Perundangan, dan Kemasyarakatan yang terdapat dalam kepercayaan dan ajaran Islam merupakan faktor penyatu yang mencantumkan berbagai bentuk bangunan dalam menghasilkan satu corak yang menggambarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian, keharmonian dan keseimbangan (Yaa’cob 1983 : 40). Al- Qur’an banyak menjelaskan kepada kita tentang senibina. Penerangan dari wahyu Allah S.W.T telah dijadikan sumber rujukan bagi para sarjana. Antaranya ialah al- Qur’an telah memberitahu bahawa Allah S.W.T adalah Maha Mencipta, dan segala ciptaanNya adalah sempurna. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam banyak surah, antaranya pada surah an- Naba’, ayat 12 dan 13 yang memberitahu kepada manusia bahawa Allah S.W.T telah membinakan tujuh langit yang kukuh di atas manusia: (13) وَجَعَلْنَا سِرَاجاً وَهَّاجاً (12) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعاً شِدَاداً Antara ayat lain yang membicarakan tentang senibina adalah seperti dalam surah Qaf, ayat 6 tentang pembinaan (penciptaan) langit yang tidak retak walau sedikitpun: أَفَلَمْ يَنظُرُواْ إِلَى السَّمَآءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَـهَا وَزَيَّنَّـهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ Allah S.W.T juga telah menjelaskan bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan ialah Ka’bah, penerangan ini terdapat dalam beberapa surah seperti pada ayat 96, surah Ali- Imran: إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدًى لِّلْعَـلَمِينَ Firman Allah S.W.T dalam surah al- Isra’ ayat 1 turut memberitahu kepada manusia tentang binaan (rumah ibadat) yang diberkati Allah S.W.T adalah Masjid al- Haram dan Masjid al- Aqsa’: سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الاْقْصَى الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءايَـتِنَآ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Allah S.W.T turut menceritakan peristiwa sejarah tentang kebinasaan negeri- negeri orang yang zalim dan keruntuhan bangunan- bangunan dan istana, kesan ini dapat dilihat sehingga kini. Peristiwa ini diceritakan dalam surah al- Hajj, ayat 45: فَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَـهَا وَهِىَ ظَالِمَةٌ فَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَبِئْرٍ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ مَّشِيدٍ Allah S.W.T telah memberi ilham kepada Ashab al-Kahfi, supaya mendirikan bangunan (tempat ibadat) di atas gua, peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah S.W.T dalam surah al- Kahfi, ayat 21: وَكَذلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُواْ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لاَ رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَـزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُواْ ابْنُواْ عَلَيْهِمْ بُنْيَـنًا رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُواْ عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَّسْجِدًا Tujuan penciptaan piramid oleh kerajaan Firaun pada zaman nabi Musa a.s di Mesir turut dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al- Qasas, ayat 38: وَقَالَ فِرْعَوْنُ يأَيُّهَا الْملأ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرِى فَأَوْقِدْ لِى يَهَـمَـنُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّى صَرْحاً لَّعَلِّى أَطَّلِعُ إِلَى إِلَـهِ مُوسَى وَإِنِّى لأَظُنُّهُ مِنَ الْكَـذِبِينَ Aspek pertahanan dalam senibina turut diterangkan oleh Allah S.W.T secara terperinci. Allah S.W.T telah mengajar manusia tentang bagaimana membuat dinding pertahanan yang hebat, yang tidak mampu dimusnahkan oleh manusia, kecuali hanya kuasa Allah S.W.T sahaja yang boleh menghancurkannya dalam sekelip mata. Penjelasan itu terdapat pada ayat 94- 98, surah al- Kahfi: قَالُواْ يذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِى الاٌّرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا قَالَ مَا مَكَّنِّى فِيهِ رَبِّى خَيْرٌ فَأَعِينُونِى بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا ءَاتُونِى زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُواْ حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً
قَالَ آتُونِى أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً فَمَا
اسْطَـعُواْ أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَـعُواْ لَهُ
نَقْبًا Terdapat banyak lagi penjelasan al- Qur’an terhadap senibina. Al- Qur’an yang merupakan petunjuk dan wahyu dari Allah S.W.T, bukan sahaja dijadikan sebagai sumber hukum, malahan menceritakan perkara ghaib dan peristiwa sejarah, serta mengajar manusia cara- cara membuat pelbagai jenis senibina. Penjelasan oleh Rasulallah s.a.w berkaitan senibina juga terdapat dalam al- Hadith. Antaranya adalah seperti berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya, anak- anak yang soleh yang ditinggalkan, al- Qur’an yang diwariskan atau masjid- masjid yang dibinanya atau rumah- rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak- anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini merupakan waqaf yang berkekalan untuknya). (Riwayat Ibnu Majah, bab tsawab mu’allim al-nas al-khair, no. 242)
Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
Tempat
yang paling dicintai Allah S.W.T di atas muka bumi ialah masjid
dan tempat yang paling dibenci ialah pasar- pasar. (Riwayat
Muslim, bab fadl al-jalus fi muslah…
no.1528)
Aku mendengar bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Barangsiapa membina rumah- rumah Allah S.W.T, yang memasukkan di dalamnya nama Allah (berdzikir kepada Allah), Allah S.W.T akan binakan baginya rumah di dalam syurga. (Riwayat Ibnu Hibban, qala al-mulhaq: isnaduhu sahih)
Daripada A’isyah r.a, meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda: Baginda memerintahkan orang ramai di kampung- kampung supaya membina masjid- masjid, menjaga kebersihan masjid, dan memasang bau- bauan masjid. (Riwayat Abu Daud, bab ittakhazu al-masjid fi al-duar, no.455)
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh al- Qur’an dan al- Hadith, jelaslah bahawa kepentingan senibina Islam kepada manusia khususnya umat Islam tidak dapat dinafikan lagi. Tuntutan agama ini telah dijadikan satu kewajipan oleh para pendakwah yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja menyumbangkan ilmu, malahan menjadi perintis terhadap perkembangan senibina Islam di Malaysia pada masa kini.
3.0
Perkembangan
senibina berunsur Islam di Malaysia
Senibina Islam membentuk satu kesatuan sekaligus kepelbagaian, keselarasan, dan naungan, di seluruh kota dan desa. Antara senibina Islam yang terawal adalah Masjid al- Haram, Masjid al- Aqsa’ dan Masjid al- Nabawi. Menurut catatan Ibnu Hisham, 4 dinding asas Ka’bah pada zaman nabi Muhammad s.a.w, adalah hanya beberapa sentimeter lebih tinggi dari saiz ketinggian manusia. Manakala menurut catatan Izraqi saiz dinding itu berukuran 4.5m, bersamaan dengan 15 kaki (Allan 1989 : 4). Masjid al- Aqsa’ kemudiannya telah dibina selepas 40 tahun pembinaan Ka’bah (Omer 2005 : 235). Berdasarkan catatan sejarah tamadun Islam terdahulu, dapatlah diketahui bahawa senibina Islam tidak lahir serentak dengan kelahiran Islam itu sendiri. Ia lahir kerana pengaruh dari negeri- negeri asing, hasil dari peperangan dan pembukaan negeri. Senibina Islam berkembang dalam masyarakat Islam itu sendiri secara beransur- ansur selari dengan perkembangan tamadun (Desai 1971 : 12). Perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Senibina Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu pada kurun ke-12M. Senibina berunsur Islam ini dibangunkan oleh kelompok pendatang yang berperanan menyebarkan dakwah di Tanah Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh golongan tersebut mempamerkan kebudayaan tempat asal mereka.
Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah Kedah pada abad ke-10M, Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-14M, Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke-17M, dan Melaka abad ke-17M. Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam adalah seperti masjid dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan bangunan atau kota pentadbiran. Fokus perbincangan kerta kerja ini adalah pada binaan masjid dan istana bermula pada abad ke-17M sehingga awal abad ke-20M serta senibina moden di Malaysia. 3.1 Sejarah ringkas kedatangan Islam ke Tanah Melayu Kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah bermula dengan pelayaran mubaligh Islam dari Semenanjung Tanah Arab, benua China dan India serta Sumatera yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kawasan persinggahan. Selain dari menjalankan urusan perdagangan, para pendakwah ini menjadikan kawasan persinggahan mereka sebagai tempat menyebarkan agama Islam. Hasil peninggalan mereka memberi kesan kepada masyarakat Tanah Melayu serta memberikan gambaran yang sempurna tentang sejarah Islam di Malaysia. Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada kesultanan Melayu Melaka yang didirikan menjelang tahun 1400M. Pada zaman kegemilangan, kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan pantai timur Sumatera. Walau bagaimanapun, penemuan sejarah telah mencatatkan bahawa agama Islam terlebih dahulu sampai ke negeri Kedah iaitu pada abad ke-10M, Kelantan pada abad ke-12M, manakala Terengganu pada abad ke-13M. Menurut catatan Ibnu Khordazbeh dalam bukunya Al-Masalik wa al-Mamalik 224H/846M, agama Islam telah sampai di Kedah pada abad ke-10M berdasarkan penemuan makam (kubur orang Islam) di Tanjung Inggeris. Sebaliknya Salsilah Negeri Kedah mencatatkan agama Islam tiba di Kedah pada tahun 531H manakala Islam telah menjadi agama anutan penduduk Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1303M berdasarkan catatan pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang. (Abdul Rahman 1981 : 21). Kemunculan agama Islam di Kelantan dibuktikan dengan penemuan wang dinar yang dijumpai tertanam di kawasan Kota Kubang Labu. Tercatat padanya perkataan al-Jalus Kelantan 577 dalam bahasa Arab. Manakala di bahagian sebelahnya lagi tertulis perkataan al-Mutawakkil. Angka 577 dalam bahasa Arab itu dipercayai adalah bermaksud tahun 577H bersamaan 1181M (As’ad 1962 : 13). Penduduk Negeri Sembilan pula menerima Islam pada abad ke-14M. Hal ini terbukti dengan penemuan kubur seorang Islam bertarikh 850H/1467M (Abdul Rahman 1981 : 21). Kerajaan Johor dan Perak pula diasaskan setelah penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511M. Dalam abad ke-17M, Pahang telah menjadi sebahagian daripada Johor dan hanya muncul kembali sebagai kesultanan yang merdeka pada tahun 1881M (Zalinatun 1997 : xviii). Negeri Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei yang mencapai kejayaan pada abad ke-16M setelah kejatuhan Melaka. Menurut dokumen Selasilah tulisan jawi dalam bahasa Idaan, Lahad Datu telah menerima kedatangan Islam dari pedagang Arab, Parsi, dan India pada tahun1408M. Manakala sebuah surau tertua ditemui Midai, Sabah pada tahun yang sama (Abdul Rahman 1981 : 44). 4.0 Kesan peninggalan sejarah dalam aspek senibina Islam 4.1 Masjid Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid (Abdul Rahman 1981 : 67). Senibina masjid termasuk di dalam senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan ‘Masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud, iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T (Nasr 1987 : 51). Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan, tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Al-Quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji, dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil, dan sebagainya. Terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni kaligrafi khat Kufi, dan tilawah al- Qur’an (seni suara), Secara jelasnya, masjid memainkan peranan penting dalam pengciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru ( Nasr 1987 : 23). Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat. Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai, dan disisipkan dengan unsur-unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain. Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia. Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir contohnya Masjid Kampung Laut, Kelantan. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.
Masjid
Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya
berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina
bertingkat- tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke
bahagian atas. Bilangan 'meru' biasanya ganjil (3 atau 5) kerana
mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal)
dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-tingkat bumbung
terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya
supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa. Dinding, jendela,
dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetika
(Abdul Rahman 1981 : 67). Kini, hanya terdapat beberapa buah masjid yang berbentuk tradisional kerana banyak masjid lama telah reput dan musnah, ataupun telah terbakar. Beberapa bangunan masjid yang masih ada pada hari ini telah diperbaharui beberapa kali dengan menggantikan bangunan batu serta menggunakan bumbung zink atau genting menggantikan bumbung nipah. Reka bentuk senibina masjid berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan oleh faktor iklim ,topografi, persekitaran dan cara hidup masyarakat tempatan. Pada masa dahulu, masjid dibina berhampiran dengan istana-istana raja ataupun kawasan kegiatan ekonomi, seperti berdekatan sawah padi atau pusat perdagangan. Masjid-masjid yang terkemudian mempunyai kubah berbentuk bawang. Kubah jenis ini muncul selepas negara dijajah oleh Inggeris. Gaya pembinaan ini diilhamkan daripada senibina Timur Tengah dan India. Struktur pembinaan seperti ini hanya muncul di Tanah Melayu pada kurun ke-20 dan masih terus diaplikasikan dalam pembinaan masjid- masjid baru di Malaysia. Bentuk seni bina masjid di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kini terdapat gaya pembinaan yang menakjubkan dari segi bahan, teknik, dan proses. Antara masjid terawal di Malaysia yang bermula pada abad ke-17M sehingga abad ke-19M adalah seperti berikut;
|
|||||||
| Fri, Feb 12 2010 11:15am MYT 2 | ||||||||
|
nur haziqah 7 Posts |
1) Masjid Kampung Laut, Kelantan (abad ke-17M)
Antara kesan peninggalan sejarah terawal dalam aspek senibina
Islam adalah senibina Masjid Kampung Laut yang terdapat di
Kelantan. Ia merupakan masjid yang tertua di Malaysia yang dibina
oleh sekumpulan pendakwah dari Tanah Jawa. Nama masjid ini adalah
sempena nama kampung di mana terdapatnya tapak asal masjid ini.
Bentuk seni binanya hampir sama dengan Masjid Agung Demak di
Jawa, Indonesia, Masjid Kono di Champa dan Masjid Nat Tanjun di
Thailand. Bumbung masjid ini adalah berbentuk segi tiga tangkup
yang disebut 'bumbung bertenggek' . Atap yang dibina bermotifkan
‘buah betong’ (Mohamad Tajuddin 2000 : 59). Pada asalnya,
terdapat sebuah menara di tepi masjid. Di belakang masjid
terdapat sebuah kolah yang diperbuat daripada batu pejal, yang
merupakan tempat mengambil wudhu’. Tiang asal masjid ini
adalah tinggi, iaitu lebih daripada 2.4 m tinggi (dari aras tanah
ke lantai) untuk mengelakkan daripada ditenggelami air ketika
banjir. Kini, tapak masjid ini terletak di kawasan Pusat
Pengajian Islam Nilam Puri Kota Bharu, Kelantan. Tiang-tiang
tampungnya telah dipotong dan dipendekkan supaya masjid kelihatan
lebih teguh. Masjid ini adalah sangat tahan lama kerana papan
lantai, dinding, dan kayu tiangnya adalah daripada kayu jenis
cengal. Seni bina masjid ini menunjukkan kemahiran pertukangan
yang unggul kerana tidak terdapat sebatang paku pun yang
digunakan. Selain Masjid Kampung Laut, terdapat juga masjid
bersejarah yang lain di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi, Kota
Bharu. Ia dibina pada tahun 1284H/1867M iaitu pada zaman
pemerintahan Sultan Muhammad II menggunakan duit zakat (As’ad
1962 : 74). 2) Masjid Kampung Hulu, Melaka (1728M)
Masjid ini hanya dapat dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Karamutullah Shah. Keluasan ruang bangunan induk masjid ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oIeh serambi selebar 2.5 m. Masjid Ubudiah ini berbentuk bangunan yang berpecah empat dengan empat buah anjung,' empat buah kubah, Iapan buah menara induk, dan 16 buah menara apit dengan kubah induk di tengah-tengahnya. Sebuah kolah dibina di sisi timur masjid. Kubah berwarna emas yang bergemilauan dengan menara-menara yang tidak sarna ketinggiannya memberikan pemandangan yang mengkagumkan. Pembinaan masjid ini menggunakan marmar hitarn dan putih yang diimport dari Itali dan London. Seni bina masjid ini berdasarkan seni bina Moor, Timur Tengah, dan India Muslim( Mohamed 1998: 29). 10) Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang 1916M. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Pitt dan JaIan Lebuh Buckingham di bandar Pulau Pinang. Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh seorang penganut Islam yang berasal dari India iaitu Chauder Mohuddin yang telah menjalankan perdagangan di situ sejak pulau ini dibuka oleh penjajah Inggeris pada kurun ke-18. Beliau telah dilantik menjadi kapitan keeling atau penghulu orang- orang India Muslim (Mohamed 1998 : 21). Masjid Kapitan Kling ini dibina pada tahun 1916. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini ialah H.A. Neubronner. Masjid ini mempunyai bumbung berbentuk perabung lima. Tangganya yang dibina hingga anjung pertama adalah terdedah. Anjung puncak juga terbuka merupakan ciri istimewa bangunan masjid ini. Menara masjid terletak di sebelah timur yang kedudukannya terpisah daripada bangunan masjid. Seni bina masjid ini adalah berdasarkan rekabentuk masjid-masjid yang terdapat di India Utara. Selain dari Masjid Kapitan Keling, terdapat juga masjid terawal di Pulau Pinang iaitu Masjid Lebuh Acheh yang terletak di bandar Georgetown. Masjid yang dilihamkan oleh Tengku Syed Hussein al-Idid pada 1808M mempunyai ciri senibina dari Acheh, Belanda dan India (travelmalaysiaguide.com/mosques-malaysia/). Orang Melayu telah membina masjid dengan coraknya yang unik. Bangunan ini menggambarkan konsep falsafah ketuhanan dan amalan untuk disesuaikan dengan iklim tropika Alam Melayu yang mempunyai musim panas dan musim hujan. Keagungan masjid di Alam Melayu bukanlah terletak pada bangunan yang besar dengan menaranya yang menjulang ke langit tetapi terletak pada falsafah dan seninya yang sangat dalam bagi konsep falsafah ketuhanan dan kejadian alam (Abdullah 1987: 5).
|
|
||||||
| Fri, Feb 12 2010 11:17am MYT 3 | ||||||||
|
nur haziqah 7 Posts |
4.2 Istana Pengaruh agama Islam bukan sahaja dapat dilihat pada binaan masjid, malahan istana turut mempamerkan ciri yang berunsurkan senibina Islam yang paling ketara iaitu kubah dan menara. Istana bukan sahaja dijadikan tempat mengajar dan mempelajari agama Islam, malahan berperanan menjadi pelindung gerakan sufi ( Nasr 1987 : 23). Namun begitu, senibina istana di Tanah Melayu tidak banyak yang mengaplikasikan unsur senibina Islam berbanding senibina istana dinasti Islam di benua Asia Barat dan India. Senibina istana di alam Melayu khususnya yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu pada zaman awal kedatangan Islam adalah kebanyakannya berkonsepkan tradisional tempatan dan mirip senibina yang terdapat di Sumatera. Setelah kemasukan Islam ke alam Melayu, masyarakat tempatan mula memasukkan unsur senibina Islam pada bangunan istana seperti kubah, menara, binaan menghadap kiblat, serta hiasan pada istana. Antara yang terawal mengaplikasikan konsep senibina Islam adalah Istana Balai Besar di Kedah. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa (1710-1778M). Unsur senibina Islam pada bangunan istana ini adalah dilihat pada cara binaannya yang menghadap ke arah kiblat. Nama sebenar bangunan ini ialah Balai Penghadapan, yang merupakan tempat meletakkan astaka dan singgahsana sultan Kedah (Mohamed 1998 : 21) Manakala di Selangor, terdapat Istana Alam Shah yang merupakan istana rasmi Sultan Selangor. Di istana inilah tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat. Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan. Istana ini mempunyai 15 buah bilik dan ia direka dengan menggunakan kayu dan batu marmar (travelmalaysiaguide.com/mosques-malaysia/). Binaan asal istana ini mempunyai unsur senibina Islam iaitu menara dan 3 buah kubah yang merupakan lambang pengaruh Islam dari India dan Parsi. Istana ini kemudiannya diubahsuai kepada binaan yang lebih moden dan kesannya hanya terdapat sebuah menara berkubah emas yang masih dikekalkan sehingga kini. Binaan istana terawal yang terdapat di negeri- negeri lain di Malaysia lebih mengaplikasikan konsep Melayu tradisional berbumbungkan bentuk minangkabau dari Sumatera. Hal ini berbeza dengan bangunan moden masa kini yang banyak menonjolkan bangunan berkonsepkan senibina Islam.
5.0 Pengaruh senibina Dinasti Islam pada senibina moden di Malaysia Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, kebanyakan arkitek di Malaysia cuba menerapkan ciri senibina Islam pada bangunan- bangunan tertentu bagi menunjukkan simbol agama Islam dan mengingati zaman kegemilangannya di Asia Barat dan Eropah serta India. Antara bangunan moden di Malaysia yang mempunyai ciri yang sama dengan binaan klasik di zaman kegemilangan Islam adalah masjid. Masjid merupakan ruang yang menciptakan kedamaian dengan menghilangkan ketegangan. Seyyed Hossein Nasr (1987), berpendapat bahawa hendaklah mengambil unsur simbolik terhadap berbagai- bagai bentuk geometri yang sesuai dengan senibina Islam. Contohnya kubah masjid, bukan sahaja menjadi pelindung dari panas dan hujan, malahan dianggap sebagai simbol dari kubah syurga, manakala bentuk luar kubah melambangkan aspek keindahan Ilahiah atau Jamal, manakala menara melambangkan aspek Jalal atau keagungan Allah S.W.T. Nama menara dalam bahasa Arab menunjukkan identiti ‘cahaya Tuhan’ ( Nasr 1987: 64). Senibina Alhambra Kota Granada, istana raja, halaman masjid Parsi serta Taj Mahal dianggap seperti “Kristal cahaya yang terang dan cerah, yang menerangi dan diterangi” ( Nasr 1987: 64). Maka tercetuslah idea untuk membina Masjid Kristal di Terengganu. Walaupun tidak menyerupai senibina bersejarah tersebut, Masjid Kristal yang memantulkan cahaya boleh dianggap sebagai salah satu simbol yang mewakili kegemilangan senibina dalam tamadun Islam. Dekorasi yang terdapat pada kebanyakan dinding bangunan masjid di Malaysia juga ditiru daripada binaan masjid- masjid yang terdapat pada zaman kegemilangan Islam. Contohnya dekorasi bahagian dalam kubah Masjid Putrajaya diambil contohnya dari Masjid Lutfullah (1600M) dan Masjid Imam Shah (1611M) pada zaman empayar Safavid di Iran (Tadgell 2008 : 446). Jurutera yang menguruskan pembinaan Masjid Putrajaya juga mengaplikasikan penggunaan dekorasi geometri berbentuk bintang pada dinding pintu gerbang masjid. Dekorasi ini terdapat pada binaan Qal’ah-i Bust di Afghanistan pada abad ke-12 (Grabar 1967 : 85). Bangunan masjid- masjid di Malaysia juga terkenal kerana keunikan kubah yang terdapat padanya. Antaranya ialah Masjid Negara yang mempunyai kubah berbentuk bintang. Ilham menggunakan kubah berbentuk bintang ini diambil dari contoh kubah Masjid Shah Faisal di Islamabad. Manakala Masjid Wilayah Persekutuan pula memiliki kubah mirip Masjid Sultan Ahmad (abad ke-16M) di Turki. Selain itu , senibina kubah pada Masjid Bukhari juga menyerupai kubah pada Masjid Imam (1611M) di Isfahan, Iran. Tidak ketinggalan juga dengan bentuk binaan dan kubah pada Masjid Jamek di Kuala Lumpur menerima pengaruh senibina Moghul seperti yang terdapat pada masjid Mothi (1645M) di Agra, India. Manakala Masjid Jubli Perak di Kelantan yang dikenali sebagai Masjid Cina mengambil ciri senibina dari China. Bumbung masjid itu dibina menyerupai pintu gerbang masuk atau paifeng ke Masjid Xi’an (742M) di Qingzhen, China. Corak ‘awan larat’ yang menjadi hiasan dinding dan pintu masjid- masjid di Malaysia adalah diambil dari binaan Qasr Hallabat di Jordan (Arce 2006 : 44). Bangunan bersejarah di Malaysia turut menerima pengaruh dari senibina Islam. Antaranya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Senibina bangunan itu menyerupai Masjid Jami al-Far di India. Bangunan Balai Nobat (menara nobat) di Kedah juga menerima pengaruh Islam. Contohnya bangunan ini berbentuk seperti menara dan mempunyai kubah (Mohamed 1998 : 23). Selain itu, bangunan pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya juga mengaplikasikan unsur senibina Islam seperti mempunyai kubah selain dari berbentuk seperti istana moden. Bangunan MATRADE (Malaysian International Trading Center) turut mengambil ilham daripada senibina Char Minar di Hydrabad (1592M). Ia merupakan bangunan berbentuk seperti pintu gerbang masuk sebelah timur pada Masjid Wazir Khan di Lahore (Tadgell 2008 : 582). Bangunan unik yang mempunyai lubang ini lebih menyerupai bentuk pintu gerbang utama Masjid Badshah di Lahore (Tadgell 2008 : 587)
Menara Berkembar Petronas turut mengambil rekaan daripada menara
Qutb atau
The celebrated Qutb Minaret, yang dibina pd 1206 di Delhi. Ciri
persamaan yang terdapat pada Menara Berkembar Petronas dan
Qutb Minaret adalah pada bentuk geometrinya. Menara Qutb
ini bukan sahaja dijadikan sebagai menara untuk memanggil orang
solat tetapi dianggap sebagai spectacular simbol of new faith
in India (Grabar 1967 : 76). Persoalan mengenai senibina Islam adalah berlegar disekitar hubungan alam dengan manusia serta hubungan manusia dengan pencipta yang agung iaitu Allah S.W.T. Hakikatnya, senibina Islam ini sebenarnya tidak wujud di awal kelahiran Islam. Namun ia menjadi satu aspek kesenian Islam disebabkan ciri- ciri yang terdapat pada senibina tersebut yang bermotifkan nilai Tauhid dan melambangkan imej kerohanian Islam serta menjadi pemangkin perkembangan kesenian Islam yang lain seperti seni khat, seni suara (taranum) dan sebagainya. Senibina berunsurkan Islam ini berkembang seiring dengan perkembangan tamadun. Di samping itu, penerapan nilai kebudayaan masyarakat Muslim dari Tanah Arab, benua China, mahupun India serta Sumatera turut diterjemahkan melalui senibina. Ia kemudiannya menjadi ikon kepada kebanyakan senibina di Malaysia pada masa kini.
Wallahu
a'lam |
|
||||||
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.