SUNNAH DAN KESENIAN ISLAM
| Wed, Feb 10 2010 11:43pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
akmal al-islah 1 Posts |
1.0 PENDAHULUAN Konsep Kesenian Menurut Islam Berdasarkan Hadith Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Maka berkata seorang lelaki, sesungguhnya seorang lelaki suka memakai baju indah dan kasut yang indah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu maha Indah dan Dia sukakan keindahan.” Ini menjelaskan kepada kita bahawa keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t. menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t. jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni. Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (Al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia (Mustafa 1992: 305). 2.0 DALIL HADITH MENGHARUSKAN MENDENGAR NYANYIAN. Sebagaiman diketahui bahawa teradapat pendapat yang tidak rasional menyatakan bahawa mendengarkan nyanyian itu hukumnya haram dimana Allah s.w.t akan menyeksa orang yang mendengar nyanyian. Ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diputuskan oleh akal semata-mata, tetapi mestilah dengan memerhatikan dalil-dalil dari segi syara’. Terdapat beberapa hadith menunjukkan bahawa mendengarkan nyanyian itu adalah harus, ia merupakan nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepada hamba-hambanya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. tidak mengutus seorang Nabi, melainkan yang merdu suaranya.” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tarmizi dari Qatadah) Dalam hadith lain, Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Allah s.w.t. lebih mendengarkan orang yang bersuara merdu yang digunakannya membaca Al-Quran daripada orang yang mempunyai hamba perempuan yang pandai menyanyi yang mendendangkan nyanyian di hadapannya.” (Hadith riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim) Di dalam hadith yang memuji Nabi Daud a.s., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi Daud itu mempunyai suara merdu yang boleh membuat dirinya sendiri menangis dan ketika membaca Zabur, sehingga berkumpullah bangsa manusia, jin, binatang-binatang liar dan burung untuk mendengarkan suaranya. Di dalam majlisnya pula dibawa lebih kurang empat ratus jenazah dalam waktu-waktu tertentu.” (Al-Iraqi tidak pernah menjumpai hadith ini.) Dalam memuji Abu Musa al-Asy’ari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Dia telah dikurniakan satu seruling dari seruling-seruling keluarga Nabi Daud” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih.)(Imam al-Ghazali. Terj. 1999: 12-13) 3.0 KAITAN AL-SUNNAH DAN KESUSASTERAAN Al-Sunnah juga melihat kesusasteraan dalam beberapa aspek. Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa Allah s.w.t. itu Maha Indah dan sentiasa cinta akan keindahan. Allah s.w.t. juga menjadikan segala ciptaan-Nya begitu indah, terutama manusia. Keindahan manusia bukan sahaja dari segi bentuk rupa, malah dianugerahkan juga naluri keindahan dalam diri manusia. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Maka berkata seorang lelaki, sesungguhnya seorang lelaki suka memakai baju indah dan kasut yang indah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu indah dan sukakan keindahan.” Al-Sunnah juga melihat kecintaan dan kerinduan manusia kepada keindahan dan kesenian merupakan sesuatu yang sejagat. Kecintaan itu meliputi keindahan bahasa atau kesusasteraan. Selain itu, baginda amat meminati dan menyenangi syair kerana ia mengandungi banyak nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya sebahagian daripada syair itu mengandungi hikmat.” (Hadith riwayat Bukhari dari Abi Ibn Ka’ab) Perlu ditegaskan bahawa kegemaran Rasulullah s.a.w. ke atas syair tidak tidak bererti Baginda menyukai semua syair. Baginda amat menyenangi keindahan bahasa dan ungkapannya. Kadangkala Rasulullah s.a.w. tidak dapat menerimanya, bergantung kepada isinya. Syair yang indah dari segi bahasa dan ungkapannya serta isi yang tidak bertentangan dengan aqidah, syarak dan akhlak amat diminati dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. sebaliknya baginda menolak syair yang isinya bertentangan dengan ketiga-tiga unsur tadi. Hal ini dijelaskan di dalam hadith: Dan diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umru al-‘As katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Syair mempunyai kedudukan percakapan, yang baik seperti percakapan yang baik dan yang buruk, seperti percakapan yang buruk.” (Mustafa 1992: 305-3006). Sunnah Tentang Puisi Terdapat beberapa syair yang pernah dinyanyikan di hadapan Rasulullah s.a.w. Maka, baginda pernah bersabda: وإن من الشعر لحكمة Ertinya: “Sesungguhnya dari sesetangah syair (puisi) itu mengandungi hikmah.” Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Aisyah Radiallahu ‘anha, beliau berkata: “Apabila Rasulullah s.a.w. datang sampai ke Madinah, tiba-tiba Abu Bakar r.a. dan Bilal ibn al-Rabbah sedang dilanda wabak. Aku bertanya: “Wahai ayahku bagaimana perasaanmu sekarang? Wahai Bilal, bagaimana perasaanmu sekarang?” Kebiasaannya Abu Bakar r.a. jika diserang demam, beliau akan bersyair. Manakala Bilal pula apabila hilang demamnya, beliau akan bersyair. Seterusnya Aisyah r.a. berkata: “Aku memberitahukan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah baginda: اللهم حبب إلينا المدينة كحبنا مكة أو أشد Ertinya: “Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku cinta terhadap Madinah sebagaimana cintaku terhadap Makkah atau lebih dari itu.” Sewaktu Rasulullah s.a.w. mengangkat batu bata bersama orang ramai ketika kerja-kerja membina masjid Madinah, baginda bermadah: هذا الحمال لا حمال خيبر * هذا أبر ربنا وأطهر Ertinya: pekerjaan ini memanglah beban tapi tidak berat seberat perang Khaibar pekerjaan ini lebih besar kebajikannya dan lebih suci di sisi Tuhan kita Pada masa yang lain baginda bermadah: اللهم إن العيش عيش الاخرة * فارحم الاصار والمهاجرة (بحر رجز). Ertinya: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kehidupan Adalah kehidupan akhirat Maka curahlah rahmat Kepada orang Ansar dan Muhajirin Semua keterangan di atas adalah nas yang terdapat di dalam kitab Hadith Bukhari dan Muslim. Rasulullah s.a.w. menyediakan sebuah mimbar untuk Hasan Ibn Thabit di dalam masjid. Di sanalah penyair itu berdiri untuk memuji Rasulullah s.a.w. atau mengadakan serangan balas terhadap syair-syair pihak yang menghina Rasulullah s.a.w. dan Islam. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: إن الله يؤيد حسان بروح القدس ما نفح أو فاخر عن رسول صلى الله عليه وسلم. Ertinya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menguatkan Hasan dengan Ruhul Quds, tentang apa-apa yang dipertahankannya atau yang dipujikannya mengenai Rasulullah s.a.w.” (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud,at-Tarmizi, dan al-Hakim dari Aisyah radiallahu ‘anha) Apabila al-Nabighah menyanyikan syairnya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Semoga ALLAH s.w.t. tidak membuka mulutmu.” (Hadith daif riwayat al-Baghawi dan Ibn Abdil Bar) Umar Ibn al-Syuraid menceritakan dari ayahnya, dia berkata: “Aku menyanyikan dihadapan Rasulullah s.a.w. seratus rangkap syair yang diucapkan oleh Umayyah Ibn Abi Shilat. Semuanya disambut oleh Rasulullah s.a.w.: “Lagi…lagi…”. Kemudian baginda bersabda: “Jika diperhatikan dari syairnya, Umayyah itu hampir masuk Islam.” (Hadith riwayat Muslim) Anas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, lalu ada orang menyanyi untuk beliau. Anjasyah menyanyi untuk rombongan wanita dan al-Barra’ Ibn Malik menyanyi untuk rombongan lelaki. Bersabdalah Rasulullah s.a.w” (bermaksud): “Wahai Anjasyah! Perlahan-lahanlah engakau membawa rombongan botol-botol itu (rombongan wanita).” Menyanyikan lagu di belakang unta sudah menjadi adat kebiasaan orang-orang Arab di zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman Sahabat radiallahu ‘anhum Sedang yang dinyanyikan, tidak lain adalah syair-syair yang dikumandangkan dengan suara merdu dan lagu yang berirama, dan tidak seorang pun di antara sahabat itu yang didapati melarangnya. Bahkan kadang-kadang mereka meminta yang demikian itu sekali sekala untuk menggerakkan unta dan sekali sekala untuk berseronok. Maka tidaklah boleh diharamkan dari segi bahawa syair itu merupakan perkataan yang dapat difahami, sedap didengar, dinyanyikan dengan suara merdu dan dengan lagu yang berirama (Imam al-Ghazali. Terj. 1999: 21-25). 4.0 KEPENTINGAN SENI BINA MELALUI HADITH Kepentingan seni bina dari kaca mata Islam adalah dapat diukur dengan kepentingan pembinaan masjid itu sendiri. Selagi masjid diutamakan, selagi itulah kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa umat Islam memerlukan kepakaran dalam seni bina. Bagaimana umat Islam dapat membina masjid, jika sekiranya mereka tidak mengetahui seni bina? Lebih-lebih lagi kini dengan perkembangan umat Islam dan tamadunnya, masjid yang besar dan indah serta banyak pula jumlahnya mesti didirikan. Kesemuanya ini hanya dapat dilaksanakan setelah seni bina dikuasai oleh mereka sendiri. Betapa besarnya pahala orang yang Berjaya mendirikan masjid dan memperindahkannya untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, bermaksud: “Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga Firdaus.” (Mustafa 1992: 363) 5.0 KEPERLUAN SENI LOGAM MELALUI SUNNAH Daripada Anas bin Malik, apabila Nabi s.a.w. ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: “Seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad Rasulullah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras menolak protokol itu atau tidak mempedulikannya (http://mohdrohan.blogspot.com /2009/02/ nabi_muhammad pandai-menuls. html). Padahal jika Nabi tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi daripada mereka semua. Namun, baginda berlunak dalam hal yang seperti ini. 6.0 SENI REKA PAKAIAN MELALUI PENJELASAN AL-SUNNAH Rasulullah s.a.w. juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah. Baginda menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadith dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom”.Sebahagian hadith disebut jubah syamiah (negeri Syam) yang sempit kedua tangan bajunya (Riwayat Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Dalam Hadith lain juga menyebut yang bermaksud: Dari Ubadah Ibn al-Shamit berkata: “Rasulullah pernah keluar berjumpa kami (para sahabat) pada suatu hari dan beliau memakai jubah negeri Rom dari bulu yang sempit dua lengannya, lalu Baginda mengerjakan solat bersama kami dengan memakai jubah itu, tidak ada sesuatu yang dipakainya yang selainnya. (Hadith riwayat Ibnu Majah) Rom pada ketika itu adalah tamadun besar Kristian. Namun jubah Rom tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa. Syeikh al- Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) pernah berkata: “Rasulullah s.a.w. itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya) (Hamzah 1979: 25). Baginda pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas. Maka, sunnah Rasulullah s.a.w. dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.” (Ibn Taymiyyah t.th: 541). Kata al-Imam Ibn Qayyim pula: “Petunjuk Nabi dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditanggalkan.” (Ibn Qayyim .. 1987: 237). 7.0 HADITH BERKAITAN SENI PERHIASAN DAN PERABOT Banyak perkara yang boleh dihasilkan daripada kulit dan tulang belulang binatang. Kegunaan yang diperlukan daripada kulit binatang pernah berlaku dalam Sunnah Nabi s.a.w. bermaksud: Dari Saudah, isteri Nabi s.a.w. berkata: “Telah mati seekor kambing kepunyaan kami, lalu kami menyamak kulitnya, maka kami sentiasa meletakkan anggur ke daamnya sehingga ia menjadi qirbah (tempat air).” (Hadith riwayat Ahmad) Dari perkara ini dapat diambil pengajaran, bahawa agama menganjurkan untuk mengambil manfaat sesuatu dengan menghilangkan mudaratnya. Kegunaan kulit haiwan yang lain sebagai yang dinyatakan dalam hadith mengenai Rasulullah s.aw. sendiri memakai kasut yang diperbuat daripada kulit, bermaksud: Dari Aisyah r.a berkata: “Adalah kasut Rasulullah s.a.w. terdiri dari kulit yang berisi sabut.” (Hadith riwayat Bukhari) Hadith tersebut selain menunjukkan kesederhanaan, Rasulullah s.a.w. di dalam rumah tangganya juga menunjukkan bahawa kulit itu serba guna (Hamzah 1979: 29-30). Selain itu, unsur-unsur haiwan yang lain seperti tulang, gigi, tanduk atau gading sehingga kini masih merupakan bahan yang dikehendaki kerana bermutu tinggi sebagai perhiasan dan perabot rumah. Sebagaiaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tsauban r.a. menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. mengarahkan supaya membelikan Fatimah seutas rantai diperbuat daripada gigi binatang dan dua gelang dari gading.” (Hadith riwayat Abu Daud) (Hamzah 1979: 30). Terdapat juga dalil hadith menjelaskan pengharaman perhiasan seperti sutera ke atas lelaki sebagaiman yang disabdakan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, baginda meletakkan di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan disebelah kirinya, lantas baginda berkata: “Kedua-dua ini haram buat lelaki dikalangan umatku.” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai, Ibn Hibban dan Ibn Majah) (Ghazali 2001: 262). 8.0 DALIL HADITH MENGENAI KEPERLUAN RIADAH (PERMAINAN) 1. Lumba lari Aisyah r.a. mengatakan: “Rasulullah s.a.w. bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah s.a.w. bertanding lagi dengan saya dan baginda menang kemudian baginda bersabda: kemenangan ini untuk kemenangan itu.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud) 2. Gulat/Gusti Rasulullah s.a.w. pernah bergusti denagn seorang lelaki yang terkenal dengan kekuatannya bernama Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali (riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. gulat dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu kemudian dia berkata: Domba lawan domba. Kemudian Nabi s.a.w. bergulat dan dia berkata: Berjanjilah dengan aku untuk lain kali lagi, lantas Nabi s.a.w. bergulat untuk kali yang ketiga. Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang seharusnya aku katakan kepada keluargaku? Nabi s.a.w. menjawab. Katakan domba telah dimakan oleh serigala, dan larilah domba. Kemudian, apa pula yang akan aku katakan untuk yang ketiga? Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergulat dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu, ambillah hadiahmu.” (Hadith riwayat Abu Daud) 3. Memanah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya” “Kamu seharusnya belajar memanah kerana memanah itu termasuk dalam sebaik-baik permainan” (Hadith riwayat al-Tabrani) 4. Kanak-kanak bermain patung. Sebuah hadith yang dinukilkan oleh Aisyah r.a. yang bermaksud: “Aku pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah s.a.w. bersama kawan-kawan perempuan yang juga bermain-main bersamaku; dan tatkala Rasulullah s.a.w. masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah s.a.w. suka melihat mereka bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) 5. Menunggan kuda. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan” (Hadith riwayat Bukhari) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi dalam hadithnya yeng bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) seorang lelaki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) seorang yang mendidik kudanya. (3) bermain-mainnya seorang dengan isterinya. (4) belajar berenang. (Hadith riwayat Tabrani) Ibnu Umar meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberikan hadiah kepada pemenangnya.” (Hadith riwayat Ahmad) (Ghazali 2001: 262-264). 9.0 KESIMPULAN Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Maka, sebab itulah wujudnya Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penunjuk jalan cara mengaplikasikan sesuatu perkara seperti konsep kesenian ini agar tidak berlaku penyelewengan dari sudut aqidah dan syariah. |
|
| Sat, Aug 20 2011 02:17pm MYT 2 | ||
|
helen chen 27 Posts |
(yea, it was cool). Then Tissot released this version from the
T-Touch that is the Trekking model. The size and search with the
watch was significan replica watches at the
way the review is presented is awesome and certainly wise decisions
can be made with the help of reviews at replicabuzz.com.here is no
scarcity cheap
handbags the picture it is the one of the lv leather handbags.
It has the brief design and the fashionable color, which make the
whole bags more charming and rolex replica dbags? If yes,
then please feel free to ask over www.spothandbags.com as they
would certainly take care of your job by making you available the
most lust replica
watch ere to help with lots of ways to pamper and celebrate the
first lady in your life. Go on, get reading and gifting to make
Mother’s Day extra spec replica handbags andbags
loyalists know the timeless appeal of this classic pattern.
Synonymous with upscale style throughout the world, the LV monogram
disting
Concord Replica Watches by storm. A fantastic replica handbag
tells with regards to the intelligent option crafted from the gals.
They appear like authentic ones and rather A.Lange & Sohne Replica s
purse, consider a high-quality replica. When it’s crafted by
trained artisans, your replica can exude te same style and
sophistication of the re Blancpain
Replica fect choice is not big deal with the help of these
websites.Speaking on the move, the professional had to say, It is a
replica handbag that makes it p Rolex
Replica restige. Why not extend those same standards to your
luggage by investing in Replica Louis Vuitton handbags travel
pieces? With a set of coordi Bell
& Ross Replica right now but don’t know a better way? Here
i will show you the way and some tips you should care about.You
should be aware that buying wow gold is a
Cartier Replica Watches affordable rates and therefore the
models readily available are certainly eye catching. We assure that
in case you get it the moment from
Jacob & Co Replica Watches Considered substitutes for the
royal crown, hats enable Queen Elizabeth to be easily identified in
a crowd, shield her from the glare of the sun, add h replica watches ndbags
worldwide cost effectively.Are a huge fan of highly unique, shiny
and glossy types of handbags? Do you want to grab the most lustrous
kinds of han cheap
handbags handbags are ordinary people who cannot afford to lose
money on poor quality or poor designs. This is where the replica
handbag reviews play an import Lacoste
Replica
|
|
Viewing 1 - 2 of 2
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.