Pada 26 Ogos, 2009, Biro Kerohanian KUO telah mengadakan majlis
berbuka puasa dengan TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di dataran
KUO. Antara tetamu-tetamu jemputan yang telah memeriahkan majlis
tersebut adalah TNC HEPA, Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak,
Pengetua KUO, Prof. Madya Mejar Dr. Samsu Adabi Mamat, kakitangan
pihak pentadbiran KUO dan barisan Felo.
Majlis dimulakan pada pukul 6.30 petang dengn kata-kata aluan
daripada pengacara majlis dan bacaan doa oleh saudara Naufal.
Selesai sahaja bacaan doa, majlis diteruskan dengan menjemput wakil
Jaksa KUO, saudari Raihan Abd Karim, merangkap Setiausaha Agung
Jaksa KUO untuk berucap. Kemudian, majlis menjemput Pengetua KUO
untuk menyampaikan ucapannya.
Selepas ucapan pengetua, tibalah acara kemuncak petang tersebut,
iaitu ucapan TNC HEPA , Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak dan
seterusnya sesi berdialog bersama beliau. Setelah tamat sesi
berdialog TNC HEPA dengan pelajar KUO, majlis diakhiri dengan
jamuan berbuka puasa.

Bacaan doa oleh saudara Naufal.

Ucapan saudari Raihan Abd Karim (Setiausaha Jaksa
KUO)

Pengacara majlis pada malam tersebut.

Pengetua KUO sedang berucap.

Dari kiri, Pengarah Program Ihya Ramadan merangkap Jaksa Kerohanian
KUO (Abdus Salam Morshidi), Setiausaha Agung Jaksa KUO (Raihan Abd
Karim), TNC HEPA (Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak), Pengetua
KUO (Prof. Madya Mejar Dr. Samsu Adabi Mamat).

Ucapan TNC HEPA dan diteruskan dengan sesi berdialog bersama
pelajar.

Sesi berdialog TNC HEPA dengan pelajar KUO.

Warga KUO yang menghadiri majlis tersebut.
Oleh, Ng Yen Peng.