EiA ESZ

Tue, Aug 25 2009 03:23pm MYT 1
Jowin Roslan
Jowin Roslan
9 Posts
PERASMIAN PROGRAM ENGLISH IN ACTION DI KOLEJ UNGKU OMAR

Pada 9 Ogos 2009 yang lalu, program ENglish in Action (EiA) telah dirasmikan di dataran Kolej Ungku Omar (KUO). Antara tetamu-tetamu khas yang turut menjayakan majlis tersebut adalah Pengetua KUO, Prof. Madya Mejar Dr. Sansu Adabi Mamat, Timbalan Pengetua KUO, Puan Zaidah Mustapha, Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr. Tajul, Timbalan Pengetua Kolej Tun Hussein Onn, Dr. Kartini, Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, En. Azhar Jaludin, barisan Felo dan JAKSA KUO.

Majlis dimulakan pada pukul 11.00 pagi dengn kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, majlis diteruskan dengan menjemput Pengarah English Speaking Zone (ESZ), KUO, saudara Aaron Lee untuk menyampaikan ucapannya. Dalam ucapannya, saudara Aaron memperkenalkan penganjur utama program tersebut, iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) yang telah menyumbangkan baju dan cenderamata kepada para peserta.

Seterusnya majlis disusuli dengan ucapan daripada Ketua Program EiA, saudari Nur Zatil. Dalam ucapannya, Nur Zatil mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu serta para peserta atas kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.Ucapan terima kasih diberikan khas buat Prof Madya Dr. Imran Ho, ketua projek penyelidikan ESZ, UKM, walaupun beliau tidak dapat menghadiri majlis pada pagi tersebut.

Apabila tamat sahaja ucapan tersebut, tibalah acara kemuncak pagi tersebut, iaitu ucapan dan seterusnya perasmian program EiA oleh Pengetua KUO, Prof. Madya Mejar Dr. Sambu Adabi Mamat. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para penyelidik ESZ dan sekretariat ESZ KUO atas usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program tersebut. Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan multimedia ESZ. Selepas itu, upacara penyampaian hadiah dan sijil dijalankan untuk meraikan kemenangan para peserta dalam program-program EiA. Majlis diteruskan dengan menjemput kumpulan yang memenangi acara persembahan untuk menyampaikan persembahan mereka. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar para peserta.

Program seperti ini banyak membantu para pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam berbahasa Inggeris. Keyakinan yang ditonjolkan oleh para peserta menggambarkan keberkesanan program ini. Secara tidak langsung, para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berbahasa Inggeris. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan secara besar-besaran pada peringkat universiti kelak.




Disediakan oleh,
Muhammad Ashral bin Amran

Gambar oleh,
Jowin Bin Roslan











Sedang buat rehearsal sebelum ketibaan VIP.






Sedang tunggu VIP.



Para tetamu jemputan disambut oleh penganjur


Para tetamu jemputan diiring ke tapak perasmian.

Para tetamu jemputan di tapak perasmian.








Permulaan majlis perasmian.


Bacaan doa.


Ucapan Pengerusi ESZ.


Ucapan ketua program EiA.


Ucapan pengetua KUO.


Gimik perasmian EiA.


Encik Azhar Jaludin yang turut hadir untuk memeriahkan majlis.


Warga KUO yang turut serta dalam program EiA.










Slot penyampaian sijil kepada wakil AJK EiA dan ketua-ketua kumpulan EiA, serta penyampaian hadiah kepada peserta EiA.


Persembahan kumpulan yang memenangi tempat pertama.



Suasana setelah majlis berakhir.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links