Taklimat SPKG Pelajar Tahun 2

Sun, Aug 16 2009 05:59am MYT 1
Jowin Roslan
Jowin Roslan
9 Posts

Pada 10 Ogos 2009, Isnin, pukul 10 malam, taklimat SPKG pelajar tahun 2 telah dibuat di gelanggang bola keranjang Kolej Ungku Omar. Para pelajar tahun 2 telah berkumpul dan berbaris mengikut aras dan blok masing-masing. Kemudian, felo-felo kolej telah memberi taklimat tentang cara penilaian SPKG.SPKG pelajar akan dinilai mengikut sekretariat yang pelajar sertai. Oleh itu, semua pelajar termasuk pelajar tahun 2 diwajibkan menyertai sekretariat JAKSA.


JAKSA ICT & Penerbitan membuka pendaftaran... begitu fokus dengan laptopnya.

Mengikut penerangan felo, SPKG pelajar akan dinilai melalui sekretariat yang pelajar sertai. Jadi, pelajar-pelajar yang belum sertai mana-mana sekretariat perlu mendaftar dengan segera. Untuk pelajar tahun 1, had bilangan untuk setiap sekretariat yang boleh disertai mereka ialah 30 orang sahaja.


Pelajar tahun 2 sedang berbincang untuk pilih sekretariat.

Di samping taklimat SPKG disampaikan oleh felo, kedatangan pelajar diambil. Selepas taklimat SPKG oleh felo, pelajar-pelajar yang masih belum mendaftar mana-mana sekretariat masing-masing pergi mencari JAKSA yang berkenaan untuk mendaftar sekretariat yang mereka inginkan.

Selepas pendaftaran sekretariat selesai, majlis bersurai. Semua felo, JAKSA, dan pelajar-pelajar beredar ke urusan masing-masing.








Pelajar tahun 2 sedang mendaftar sekretariat yang diinginkan.


Kad kolej sedang diedarkan.


JAKSA dan felo sedang berbincang.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links