Pada 10 Ogos 2009, Isnin, pukul 10 malam, taklimat SPKG pelajar
tahun 2 telah dibuat di gelanggang bola keranjang Kolej Ungku
Omar. Para pelajar tahun 2 telah berkumpul dan berbaris mengikut
aras dan blok masing-masing. Kemudian, felo-felo kolej telah
memberi taklimat tentang cara penilaian SPKG.SPKG pelajar akan
dinilai mengikut sekretariat yang pelajar sertai. Oleh itu, semua
pelajar termasuk pelajar tahun 2 diwajibkan menyertai sekretariat
JAKSA.

JAKSA ICT & Penerbitan membuka pendaftaran... begitu fokus
dengan laptopnya.
Mengikut penerangan felo, SPKG pelajar akan dinilai melalui
sekretariat yang pelajar sertai. Jadi, pelajar-pelajar yang belum
sertai mana-mana sekretariat perlu mendaftar dengan segera. Untuk
pelajar tahun 1, had bilangan untuk setiap sekretariat yang boleh
disertai mereka ialah 30 orang sahaja.

Pelajar tahun 2 sedang berbincang untuk pilih sekretariat.
Di samping taklimat SPKG disampaikan oleh felo, kedatangan
pelajar diambil. Selepas taklimat SPKG oleh felo, pelajar-pelajar
yang masih belum mendaftar mana-mana sekretariat masing-masing
pergi mencari JAKSA yang berkenaan untuk mendaftar sekretariat
yang mereka inginkan.
Selepas pendaftaran sekretariat selesai, majlis bersurai. Semua
felo, JAKSA, dan pelajar-pelajar beredar ke urusan masing-masing.

Pelajar tahun 2 sedang mendaftar sekretariat yang diinginkan.

Kad kolej sedang diedarkan.

JAKSA dan felo sedang berbincang.