Latihan Kebakaran (edited)

Sat, Aug 15 2009 04:11am MYT 1
Jowin Roslan
Jowin Roslan
9 Posts

Pada jam 12.00 tengah malam, 31 Julai 2009, Kolej Ungku Omar telah mengadakan latihan kawad kebakaran. Latihan dimulakan dengan letupan mercun di sekitar kolej untuk memanggil turun semua pelajar. Pelajar dikumpulkan di empat kawasan, iaitu gelanggang bola keranjang, tempat letak kereta 1, tempat letak kereta 2, dan gelanggang badminton. Pelajar lelaki berkumpul di gelanggang bola keranjang dahulu sebelum bergerak ke tempat letak kereta 1 yang berhadapan dengan pejabat pentadbiran kolej. Manakala, pelajar perempuan berkumpul di tempat letak kereta 2 dan gelanggang badminton sebelum dikumpulkan di tempat letak kereta 1. Operasi tersebut sepatutnya mengambil masa hanya 5 minit untuk berkumpul, tetapi para pelajar mengambil masa lebih dari 5 minit yang diperuntukkan. Oleh itu, operasi menyelamatkan diri telah gagal.

Semasa lelaki berkumpul di gelanggang bola keranjang kolej, ahli BSMM kolej berkejar ke tempat letak kereta yang bersebelahan dengan gelanggang untuk memberi rawatan kecemasan kepada seorang perempuan pengsan.
Kereta bomba baru tiba dan berhenti di depan blok K7D.

Semasa para lelaki berkumpul di gelanggang bola keranjang, kedatangan mereka diambil mengikut aras dan blok. Setelah selesai mencatat kehadiran, pelajar-pelajar lelaki bergerak ke tempat letak kereta depan kolej.


JAKSA yang sedang mengawal keadaan di gelanggang bola keranjang KUO.

Majlis pun bermula dengan bacaan doa dan ucapan pengetua. Selepas ucapan pengetua, ahli bomba memulakan taklimat. Kemudian beliau menunjukkan demonstrasi tentang cara memadamkan api. Kalau bahan terbakar ialah kayu dan kertas, api boleh dipadam dengan air atau pemadam api. Untuk bahan terbakar yang berpunca dari elektrik pula, ahli bomba mengingatkan supaya jangan sesekali gunakan air. Api yang menyala disebabkan elektrik mesti dipadamkan dengan bahan kering seperti pasir atau alat pemadam api. Cara yang sama juga bagi bahan terbakar yang basah seperti minyak. Karbon dioksida dari alat pemadam api sahaja yang boleh memadamnya selain bahan kering seperti pasir.


Pelajar lelaki sedang beratur mengikut aras dan blok.

Ahli bomba pun mula hidupkan api dengan menunjukkan demonstrasi memadam api. Kemudian, beliau meminta para pelajar untuk cuba memadamkan api dengan alat pemadam api yang disediakan. Pelajar lelaki dan perempuan diberikan peluang beberapa kali untuk mencubanya. Setelah selesai taklimat kebakaran dari ahli bomba, pengetua menamatkan majlis dengan ucapannya. Maka, latihan kawad kebakaran tamat pada kira-kira pukul 1.00 pagi.


Ahli BSMM sedang memberi rawatan kecemasan kepada seorang pelajar perempuan yang telah pengsan disebabkan kejutan mercun.


Pelajar lelaki sedang menulis kehadiran mengikut aras dan blok.


Pelajar lelaki telah dikumpulkan dengan perempuan sekali di depan kolej.


Ahli BSMM duduk bersama-sama di belakang semua pelajar semasa taklimat latihan kebakaran.


Ahli bomba sedang memberikan taklimat dengan penuh serius.


"Api.... api...", bisik hati pelajar Kolej Ungku Omar. :)


Ahli bomba sedang menunjukkan demonstrasi tentang cara memdamkan api dengan alat pemadam api.


Pelajar-pelajar sedang cuba memadamkan api dengan tunjuk ajar ahli bomba.


Pengetua sedang berucap dengan jaket UKM dan T-shirt KUOnya.

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links