~Kursus Pemantapan Felo-Felo Kolej Kediaman UKM, 2009 d'Langkawi~
| Tue, Aug 11 2009 02:56pm MYT 1 | ||
|---|---|---|
|
amir 5142 12 Posts |
Pulau Langkawi, siapa yang tidak kenal dan tidak pernah
mengunjunginya..merupakan salah satu lokasi pilihan bagi mereka
yang inginkan pengalaman percutian menarik. "Helang" terbang yang
menjadi simbol kemegahan Pulau Langkawi serta keseluruhan
rakyatnya telah menarik minat pihak pengurusan UKM untuk
menganjurkan kursus pemantapan felo di pulau tersebut. 23 - 27
Julai 2009 dipilih sebagai tarikh kursus kali ini. Bukan untuk
"berbulan madu" atau
"bershopping" , walaupun ianya
merupakan salah satu niat para peserta, namun para peserta kursus
telah dibawa ke "alam" lain yang tidak terfikir dek mereka
sepanjang perjalanan ke pulau peranginan tersebut. Antara paparan
sepanjang Kursus Pemantapan Felo adalah seperti mana yang
diabdikan dalam ruangan sesawang ini:-
KURSUS PEMANTAPAN FELO-FELO KOLEJ KEDIAMAN
UKM 23 - 27 JULAI 2009 PUSAT LATIHAN SANDY BEACH, LANGKAWI KEDAH ![]() SenYum Jer akak felo nie.. ![]() muka-muka letih..(sape tak mandi pagi, tolong senyum.. ![]() kami "TEAM UO" (hidup KUO.. ![]() sampai jugak kat langkawi akhirnya (mane driver nie..) ![]() interkolej felo (felo Ashahadi jejaka si pembawa panji.. ![]() issh..felo kolej mana nie..? (bang, sempikan kit mulut tu) ![]() ehh, besar nyer penyu nie..tgk sikit2 jer, bagi kat org blkang plak ![]() siapa yang paling menonjol..? (saiz perut..haha ![]() xlawa laa istana pasir group nie..tgk group no 3 k.. ![]() ehh, cam kenal jer diorang nie..bukan felo KUO ker..? ![]() bang, esok saya nak balik KL, nak sain..(gaye MC mantap) ![]() ehh, jumpa pengetua kat Langkawi laa,, ![]() Bersama TNC (HEPA, UKM) & Ketua Jurulatih Pak Mie ![]() nie laa jurulatih2 kursus Pemantapan Felo-Felo UKM 2009.. ![]() kembara malam bersama pengetua (round Langkawi.. ![]() oo, nie keje korang kat Langkawi..(pemantapan sebagai petani..) ![]() turunn!!!!, semua kene turun..cepat..(takut kat lintah tu) ![]() felo-felo nie cari kunci ker kat dalam nie..(kunci kat opis jer laa) ![]() ishh2, bersawah secara berjemaah.. ![]() ape tnjuk2 bang..satu jer..kitorang dapat 53 ekor ikan..(juara tu.. ![]() ee ishh, keje xsiap..sibuk bergambar jer.. ![]() lepas nie blh laa buat part time kat tasik kejut..hehe ![]() semangat nak tanam padi nie.. ![]() isshh ssh nyer nak cari makan, nak besarkan anak2.. ![]() org dlu2, tanam sorang jer..bdk skang nie..isshh, (kerjasama daa.. ![]() laa, bnyk lagi kiambg kat blakang sana tu, nak jgk kgsi2 yg tu..ishh2 ![]() nie saye yang punya, saya punya (woiii, jangan berebut..blakng tu banyak lagi) ![]() nak bunga..bang, tak macho laa dok main kat batas jer..hehe ![]() mane blh tgkap ikan gune bnde tu..(issh Felo Asha trun laa kalau brani.. ![]() cepat dik cepat, masa dh nak habis (tepuk tangan jer bro, trun laa klu brani)
Secara sedar atau tidak sedar, banyak perkara baru yang
diperolehi oleh peserta yang mengikuti Kursus Pemantapan
Felo yang dianjurkan d'Langkawi baru-baru ini. Tidak
diajar cara untuk menguruskan kunci di pejabat-pejabat
kolej, atau cara menggantikan tombol pintu yang rosak,
tetapi kursus ini lebih kepada kesedaran di kalangan
peserta yang terlibat. Setiap slot yang dilalui
diselitkan dengan pelbagai moral (lebih kurang moral of
the story laa), untuk menguji pelbagai tahap dan
kesedaran para peserta. Bukan semua peserta yang terlibat
dengan kursus ini mengetahui segala aspek dalam kehidupan
harian mereka, sehinggalah
"menjoinkan" diri dalam kursus
ini. Sabagai contoh, para peserta diuji melakukan
sebarang pekerjaan untuk mendapatkan wang. Secara
keseluruhannya, rata-rata peserta (berkumpulan) berjaya
memperolehi wang melebihi target yang ditetapkan iaitu RM
50.
Secara keseluruhannya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua felo-felo kolej kediaman, terutamanya felo KUO yang telah mengikuti kursus tersebut dengan jayanya. Semoga pengalaman sepanjang berada d'Langkawi dapat dijadikan ilmu yang berguna. Sekian,
G00D LucK tO:- FELO ASHAHADI FELO DIN FELO AMIR FELO IRA FELO NANA |
|
| Fri, Aug 14 2009 12:20pm MYT 2 | ||
|
Samsul Adabi 170 Posts |
Tok awang ucapkan syabas kepada semua Felo yang pergi ke program
berkenaan. terima kasih pada felo Amir membuat laporan ini.
|
|
Viewing 1 - 2 of 2
Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.





























