Latihan Kebakaran

Mon, Aug 3 2009 09:04pm MYT 1
Jowin Roslan
Jowin Roslan
9 Posts
Pada jam 12.00 tengah malam, 31 Julai 2009, mercun telah diletupkan secara tiba-tiba di merata kolej. Semua pelajar diwajibkan turun dan berkumpul. Pelajar lelaki kena kumpul di gelanggang bola keranjang dahulu sebelum dikumpulkan semua ke tempat letak kereta depan kolej. Sepatutnya 5 minit sahaja masa untuk semua berkumpul, tapi hari itu sudah lebih dari 5 minit. Kita gagal...

DSC_3895 (Small).JPG

Kereta bomba baru sampai.


DSC_3940 (Small).JPG
Semua pelajar berkumpul di tempat letak kereta depan kolej untuk taklimat latihan kebakaran.


DSC_3953 (Small).JPG
Ahli bomba sedang bagi taklimat tentang cara memadamkan api dengan pemadam api mengikut jenis bahan yang sedang terbakar.


DSC_3967 (Small).JPG
Antara pelajar-pelajar yang diberi peluang untuk cuba padamkan api dengan pemadam api itu.


DSC_3979 (Small).JPG
Selepas sesi latihan kebakaran selesai, pengetua memberikan sedikit ucapan, dengan baju KUO dan jaket UKMnya.
Fri, Aug 7 2009 04:40pm MYT 2
rosidah adeq
rosidah adeq
1 Posts
mmg berdebar mlm tu...
kuat giler bunyi mercun....
Fri, Aug 14 2009 12:22pm MYT 3
Samsul  Adabi
Samsul Adabi
170 Posts
Tok Awang ucap terima kasih pada laporan ringkas ini.
Fri, Aug 14 2009 02:06pm MYT 4
Hyun  Ae
Hyun Ae
5 Posts
nasib bek aku x tido lg time tu,kalu x rentung...huhu...

Please login or sign up to post on this network.
Click here to sign up.

Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links