
Rahmat Khalil
35 Posts
|
Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir
zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang
tidak benar, melainkan benar belaka.
Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan
berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.
Betul tak? Benar
Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada
padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.
Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina
sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah
135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam
tanam-tanaman.
Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti
hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda
Rasulullah
ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak
1991.
Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan
kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan
kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban.
Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika
dan Eropah. Semuanya
ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah
seterusnya.
Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di
Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100
orang akan
mati.
Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika
bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka
tuduh
paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di
sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya
menyerang
Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan
menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara
Zionis ialah
dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.
Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh
Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq
(satu
kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi
mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan
yang besar - ibu
segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan
Israel).
Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.
Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam
akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah,
satu
pertiga lagi menang. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:
Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut
mati. Mereka semuanya
hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati.
Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka
tidak
takut mati.
Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat
Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang
hancur.
Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.
Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang
mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan
pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat
dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga
digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi
medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah
membuak-buak.
Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan
digunakan.
Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah
itu, sangat dahsyat.
|
|