DUHAI WANITA! JANGAN MEMBENCI
POLIGAMI SESUKA HATI.
Hanya
kerana suami tidak reti menjaga hati.
Jangan mengharamkan poligami
kerana ia sunnah nabi,
Tapi buka hati menilai hikmah
berpoligami.
…………..
Kenapa wanita naik angin kalau
sebut poligami?
Kerana fikir suami tidak boleh
dikongsi-kongsi,
Sedangkan
suami bukan milik yang abadi,
Jangan benci poligami kalau suami
tidak ikut ajaran nabi.
…………..
Jarang sekali kita jumpa poligami
berperisa madu,
Banyak berperisa
hempedu,
Bini di
rumah makan hati,
Suami di
sana senang hati.
………………..
Wahai
lelaki,
Kami bukan
meminta kalian menjadi Rasulullah,
Bukan
mengharap menurut semua sunnah,
Tapi cukup
menjadi suami yang berbudi,
Tidak
membuat keputusan sesuka hati,
Tanpa fikir
keburukan menanti.
Perlu
bincang bersama isteri.
…………………
Wanita sensitive poligami kerana
termakan duri,
Duri ideology barat yang mencucuk
hati,
Sakit sampai menyumpah sunnah
nabi,
Hanya kerana jahil hikmah
poligami,
Terlalu
menurut kata hati,
Lupa iman
yang layak di turuti,
…………….
Poligami dianggap
zalim,
Kerana
suami tidak berlaku adil,
Si isteri
terus bagi surat hitam putih,
Ceraikan saya kalau mahu kahwin
lain!
…………………..
Duhai
Wanita!
Jika suami
anda seorang yang baik lagi bertanggunjawab,
Kenapa
ditentang kahwin lagi?
Jika anda isteri
beriman,
Redho sunnah nabi bukan
mencaci.
……………
Tetapi ingatlah si
suami,
Bukan mudah menjaga
poligami,
Bukan seperti buat
origami,
Silap hari bulan dilanyak awak
buat mee.
…………
Duhai
wanita,
Itu
sunnah nabi, kenapa menentang membuta
tuli,
Selidiki dulu kepentingan
suami,
Jika perlu kahwin lagi, redholah
hati,
insyaAllah syurga
menanti.
…………
Kenapa di
fikir dunia,
Sedang
akhirat lagi mulia,
Berkongsi di
dunia,
Tidak berkurang cinta di
syurga.
…………..
Kenapa menentang
poligami?
Takut giliran tidur tidak di
ikuti?
Takut harta di kongsi
bahagi?
Atau sebenarnya dengki menguasai
hati?
…………………
Kenapa menentang sunnah
nabi?
Takut hidup anak terabai sana
sini?
Jangan risau duhai
isteri!
Bukan dia yang memberi rezeki,
Tapi Allah Maha memberi.
……………
*Ada
seorang isteri membenarkan suaminya berkahwin lagi, gara-gara dia
tidak dapat mengandung lagi,
Itulah sedekah yang
terpuji,
Memberi harta yang paling
disayangi,
Tapi sayang
dengki memisahkan suami isteri.
……………………..
Duhai
suami!
Yakinkan kami poligamimu itu
sunnah nabi.
Jangan harap nak kahwin
lagi,
Jika kami dibiar tanpa belas di
hati.
…………
Jangan berangan nak kahwin
lagi,
Kalau si isteri masih mampu
memberi,berkongsi derita,
Usah di cari kesempurnaan yang
kedua,
Kerana yang pertama paling
memahami.
…………..
Jangan
fikir nak beristeri lagi,
Jika ibadah
hanya pada amali,
Bukan
berbekas pada hati,
Nanti
kahwin pun menambah beban di hati,
Kerana hati
tidak tenang mengurus isteri,
Satu mahu ferarri, satu mahu ke
itali,
Alih-alih botak kepala makan
hati,
Harapkan bahagia, tapi datang si
mati.
…………………….
Duhai
Isteri!
Jika
suamimu seorang yang alim dan baik,
Izinkanlah
dia berkahwin lagi jika itu pintanya,
Selagi dia
menjalankan tugas sebagai suami,
Mungkin
zuriatnya itu mampu membela ummat yang di
zalimi,
Alangkah
besar pahala menanti.
………………..
Usah difikir “di mana hak
kami!”
Allah memberi lebih cukup jika
kita sedari,
Allah hanya ingin ummat bangkit
kembali,
Dengan zuriat dari benih yang
terpuji.
……………
Jika benar tidak sanggup
berpoligami,
Taburlah budi sesungguh
hati,
Agar si suami tidak mencari lagi
satu,
Nanti tidak pasal-pasah punah
satu famili.
Duhai
Suami!
Kamu tidak
akan selamanya mencapai adil,
Fikirlah
berkali-kali,
Sebelum
berniat nak tambah koleksi,
Hendak
jawab apa depan Allah nanti?
…………………
~Wallaua’lam~