Kelab Penyayang UKM

Logo PENYAYANG yang dilambangkan dengan lakaran dua individu menggambarkan fungsi dan peranan PENYAYANG. Ikon yang berwarna merah melambangkan golongan yang menerima bantuan, manakala ikon yang berwarna biru melambangkan golongan yang memberi bantuan. Warna merah, yang biasanya dikaitkan dengan bahaya, masalah atau bencana, digunakan bagi melambangkan mereka yang berada di dalam keadaan susah dan bermasalah serta memerlukan pertolongan. Ciri positif adalah senyuman lebar pada ikon merah kerana bantuan yang diperlukan dapat diterima. Warna biru yang dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan, melambangkan ikon yang memberi pertolongan dan sokongan. Senyuman pada ikon melambangkan keriangan dan sikap positif pihak yang menghulurkan bantuan. Kedua-dua ikon mempunyai senyuman lebar-senyuman seorang penerima bantuan and senyuman seorang penderma yang bersifat penyayang. Di bawah grafik ini tertera perkataan, "PENYAYANG" yang membawa maksud prihatin. Secara keseluruhannya, logo ini menggambarkan objektif dan komitmen Yayasan untuk membantu individu dan masyarakat meningkatkan potensi mereka supaya menjadi warganegara yang lebih produktif melalui bantuan yang bersesuaian.
Topics No. Replies No. Views Latest Post
Normal Topic jualan
Started By rozek =)
3 338
belum jemput lagi la syg..hehe =)View
Latest poster: Insp Rozek 2 years ago
Meet New Friends. Add site Increase your website traffic with Attracta.com Active Search Results Contextual Links